I'll Go With You

You Are My Miracle

       Seminggu telah pun berlalu dan Ahra telah pun beransur sembuh. Kini Myungsoo sedang membantu Ahra mengemaskan barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Dalam seminggu itu semua perasaan telah dia rasai. Malu, Geram, Sayang, Kecewa, Gembira dan banyak lagi. Dan semuanya kerana Myungsoo. Tapi sekarang ini, Ahra perlu belajar untuk menerima Myungsoo hanya sebagai seorang rakan dan tak lebih dari itu. Myungsoo telah pun menyatakan kaa hatinya. Ayat Myungsoo yang berbunyi ' Awak bukan style saya ' telah memberi maksud yang jelas kepada Ahra. Dirinya telah ditolak. Mentah-mentah. Pada saat itu, Apa yang Ahra rasakan ialah malu. Malu yang teramat sangat. Nasib baiklah tiada siapa yang bersama mereka pada saat itu. Kalau tak! Mahu Ahra pindah sekolah sekali lagi! Tak sanggup rasanya hendak bersemuka dengan Myungsoo ataupun rakan-rakan 7 Phoenix nya. 

       Sedang dia leka termenung, Kemudian perhatiannya beralih kepada Myungsoo yang ingin menolong mengemaskan pakaiannya! Dengan segera Ahra menghalang Myungsoo sambil berdehem sedikit "Kalau bab pakaian, Saya boleh kemas sendiri okay Myungsoo shii~".

       Myungsoo mencebik lalu memandang Ahra atas bawah "Baju pun saya tak boleh nak tolong kemaskan?? Bukannya saya nak bawak lari pakaian awak".

       Ahra dengan segera mengambil semua kain bajunya yang ada di dalam almari yang tersedia di dalam bilik VVIP itu "Andwaee..! Malulah saya kalau awak nampak barang peribadi saya..!".

       Myungsoo ketawa kecil lalu mengambil beg baju tersebut "Arasaeoo, Araseoo.. Awak tu pun. Bukannya ada apa pada awak yang boleh saya pandang~".

       Wajah Ahra terus berubah merah lalu menutup dadanya dengan bantal katil pesakitnya "Awak ni kan...! ".

       Myungsoo pula buat tak tahu kemudian mengambil semua beg pakaian Ahra dan pakaianya. "Haipp...! Awak tak boleh marah saya sebab saya dah jaga awak sepanjang awak berada dekat dalam hospital ni tau~".

       Myungsoo terus meninggalkan Ahra yang sedang menahan marah di dalam wad itu kemudian Myungsoo memanggilnya "Ahraa...! Awak nak tinggal dalam hospital lagi ke?? Cepat sikit..! Kalau tak saya tinggalkan awak nanti..!".

        Ahra yang mendengarnya terus menghentak kaki lalu berjalan keluar dari wad itu lalu mengejar Myungsoo. Kini mereka berjalan seiringan sambil diteman oleh ketua pengawal masing-masing. Ketika pengawal Lee ingin membawa semua beg pakaian yang tuan mudanya jinjing, Myungsoo menolak dengan alasan boleh membawanya sendiri walaupun diminta beberapa kali oleh lelaki pertengah 30-an itu. Sepanjang perjalanan hendak keluar dari bangunan hospital tersebut, Ahra hanya mendiamkan diri tanda protes. Sudahlah cintanya ditolak! Ditambah pula dengan kata-kata Myungsoo tadi! Kejam sungguh! Myungsoo yang perasan Ahra hanya mendiamkan diri terus ketawa kecil. Dia dapat rasakan gadis itu sedang merajuk. Bukannya memujuk, Sebaliknya Myungsoo hanya membiarkan Ahra melayan perasaanya sendiri kerana dia ada rancangan untuk mengenakan gadis itu.

       Sebaik sahaja mereka sampai ke tempat meletakkan kereta, Di situ Woohyun dan lain-lain sedang menunggu Ahra. Woohyun memegang erat bunga baby breath yang dia beli untuk Ahra kemudian dia menyembunyikan bunga itu di belakangnya.

       Sebaik sahaja dia sampai pada Woohyun, Bunga yang disorokkan terus diserahkan kepada gadis yang telah berjaya mencuri hatinya "Chukahaee~".

       Ahra yang mendengar kata-kata Woohyun terus ketawa "Mwoyaaa saya bukannya sambut hari jadi~ Tapi terima kasih ya Nam Woohyun~ ".

Ahli-ahli Phoenix yang lain dan juga Yeongja mula bersorak untuk mereka berdua! Myungsoo yang hanya boleh menonton drama yang berlaku di hadapan matanya mendiamkan diri. Hatinya mula membara melihat kemesraan mereka berdua. Dah lah beg baju Ahra dia yang angkut! Ahra yang memang marah dengan Myungsoo terus menambahkan minyak bagi memarakkan api di dalam hati pemuda itu dengan cara berbisik dengan Woohyun di hadapan mereka semua. Apa yang lebih menyakitkan hati ialah Woohyun yang sengaja tersenyum sinis pada Myungsoo apabila mata mereka bertentang! 

        Ahra yang tak tahu apa-apa terus sahaja berbisik "Woohyun, Esok kita pergi Iceland kan?? Awak tunggu saya depan rumah esok ya?? Kita pergi sama-sama~".

       Woohyun mengangguk kemudian mempamerkan senyuman manisnya "Naeee~ Saya akan datang betul-betul awal~ Awak jangan tak bangun pulak~ Kalau tak saya tinggalkan~ Tapi boleh ke ni? Awak kan baru keluar dari hospital?? Dah okay ke ni??".

       Ahra mengangguk kemudian berbisik untuk kali terakhir "Saya dah sihat dah~ Malas saya nak rehat lama-lama renung ceiling. Ya~ Saya tak akan lambat~ Sebab saya teruja sebenarnya! Dah jomlah naik kereta~ Omma saya menunggu dekat rumah tu".

Woohyun tersenyum kemudian terus membantu Ahra masuk ke dalam kereta yang dibawanya. Keadaan mula menjadi gamat semula apabila Ahra dan Yeongja berbual-bual di dalam kereta. Terasa rindu pula Hoya dan lain-lain untuk mendengar gelak ketawa mereka. Mereka semua terus berbual melainkan Woohyun yang memandu dan juga Myungsoo yang berada di sebelah pemandu. Suasana antara mereka tegang. Myungsoo berpura pura mendengar lagu dengan earphonenya manakala Woohyun teruskan sahaja memandu sementara matanya fokus ke jalan raya. Mereka berdua mengaku ada perkara yang mereka perlu bincangkan. Hanya mereka berdua. Woohyun kini sedar yang kata-kata rakan baiknya itu tentang Ahra hanyalah sekadar penipuan. Tidak perlu bertanya, Hanya dengan gerak geri Myungsoo, Woohyun tahu yang Myungsoo juga mencintai Ahra. Jika ini cabaran yang perlu dia hadapi untuk menentukan siapakah yang akan menjadi peneman hidupnya, Dia sanggup menghadapi Myungsoo untuk mendapatkan Ahra. 

       Myungsoo pula sedang ligat memikirkan tentang kejadian tadi. Agaknya apa yang Ahra bisik kepada Woohyun?? Ada apa antara mereka berdua sebenarnya sampai nak berbisik pulak. Myungsoo mengigit bibirnya perlahan kemudian menghelakan satu keluhan pendek. Dia betul-betul ingin tahu! Adakah perkara yang mereka bisik sebentar tadi adalah hal yang berkaitan dengan sekolah? Ataupun ini mengenai hal peribadi masing-masing?? Tapi kenapa mesti Woohyun dan bukannya Hoya ataupun Sunggyu? Myungsoo juga perasan yang Woohyun menaruh harapan pada Ahra. Walau apa pun yang terjadi, Gadis yang bernama Kim Ahra itu tak akan pernah Myungsoo lepaskan walaupun untuk rakan baiknya sendiri. Sekiranya Woohyun enggan mengalah maka Myungsoo akan mengistiharkan perang kepada rakan baiknya itu.

       

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~