' Reunion Party '

You Are My Miracle

Ahra dengan pantas bangun lalu membetulkan rambut dan skirtnya. Alangkah malunya dia membiarkan tetamu-tetamu di dalam rumahnya melihat aksi ' Gelak pecah perut ' nya tadi! . Ibunya memimpin tangan Ahra menuju ke arah tetamu manakala Ahra berjalan sambil memandang kakinya kerana malu! Apabila sampai di hadapan tetamu, Ibu Ahra terus mengenalkan anaknya sambil tangannya menunjukkan ke arah Ahra. " Ini lah anak saya. Namanya Kim Ahra. Mintak maaf sangat-sangat atas kelakuannya yang tidak sopan tadi. Ahra, Ini Kawan-kawan lama Omma ".

        Ahra menundukkan kepalanya memberi hormat " Annyeonghasaeyeo... Saya minta maaf atas kelakuan saya tadi... ".

       Salah seorang mak cik tersenyum sambil menggangguk " Gwaenchanayeo~ Mak cik masa muda-muda dulu macam tu juga~ Selamat berkenalan ya Ahra. Nama mak cik Kim Eun soo. Mak cik ibu kepada Myungsoo. Sekolah dekat Seoul International School kan? Kamu mesti dah jumpa budak bertuah tu ".

        Ahra tersenyum manis " Ya, Saya saya bersekolah di sana. Saya dah jumpa Myungsoo. Saya satu kelas dengan dia ".

        Tiba-tiba seorang lagi mak cik memotong perbualan mereka. Mak cik itu betul-betul serupa dengan Sunggyu! Malah sifatnya sama! " Satu kelas dengan Myungsoo? Maknanya kelas 4 Ace lah kan? Sama lah dengan Sunggyu makcik! Hehehe maaf lah mak cik menyampuk~ Nama mak cik Kim Eun Hee. Selamat berkenalan lah ya ".

        Ahra berjabat tangan dengan mak cik Eun Hee kemudian mengucapkan salam perkenalan dengannya " Selamat berkenalan juga mak cik Eun Hee. Sunggyu betul-betul serupa dengan mak cik. Sunggyu sungguh kelakar orangnya ".

Akhirnya seorang demi seorang memperkenalkan diri kepada Ahra! Ahra pula sudah mula risau kerana takut Yeongja menunggu kehadirannya! " Nama mak cik pula Kim Eun Ji. Mak cik ibu kepada Woohyun. Selamat berkenalan ". " Mak cik ibu kepada Dongwoo. Nama mak cik Jang Hye Jin ". " Mak cik Lee Eun Kyung. Ibu kepada Sungjoong. Selamat berkenalan ya Ahra ". " Nama mak cik Lee Hye Hoon. Ibu kepada Howon. Harap kita akan jadi jiran yang baik ". " Selamat berkenalan. Mak cik Lee Soo Eun. Ibu kepada Sungyeol. Selamat berkenalan ".

        Ahra tunduk hormat sekali lagi kemudian melemparkan senyuman yang manis kepada mereka. " Saya ucapkan selamat berkenalan kepada mak cik-mak cik semua. Mak cik-mak cik semua memiliki anak lelaki yang manis dan kacak orangnya. Mereka semua baik pada saya. Tapi saya perlu minta diri dulu. Kerana saya perlu membersihkan diri. Mak cik- mak cik semua berbual lah ya. Saya minta diri dulu ". Ahra sekali lagi tunduk hormat kemudian bergerak menaiki tangga menuju ke biliknya. Sebaik sahaja Ahra hilang dari pandangan, Ibu Ahra menerima berbakul-bakul pujian! " Cantik sungguh anak awak Soo Jin! ". " Anak awak sangat bersopan santun! ". " Senyumannya sungguh menenangkan hati saya! ". " Pandai sungguh awak mendidik anak! Ahra juga sangat comel! ". Ibu Ahra amat gembira mendengar pujian-pujian itu!.

        Di dalam bilik pula, Ahra sedang terburu-buru mengeluarkan telifon bimbit daripada poket bajunya! Dia yakin Yeongja pasti sedang menunggunya! Sebaik sahaja dia ingin mendial nombor Yeongja, Dia mendapat panggilan daripada Yeongja. " Yeobusaeyeo? Ahra! Saya minta maaf sangat-sangat. Saya rasa hari ni saya tak dapat nak bawa awak pergi jalan-jalan. Sebab tiba-tiba saja keluarga saya kena pergi ke Busan kerana datuk saya sakit. Boleh tak kita pergi lain kali? ". 

        Ahra simpati mendengarnya " Saya turut bersimpati mendengarnya. Tapi saya pun tak boleh keluar hari ni. Sebab tiba-tiba sahaja ibu-ibu kumpulan Phoenix datang ke rumah saya. Pasal jalan-jalan tu, Lain kali pun kita boleh pergi. Awak  pergi lah tengok keadaan datuk awak. Sampaikan salam saya pada keluarga awak ya? ".

        Yeongja menggangguk " Baiklah. Terima kasih sebab memahami ya Ahra? Lain kali saya akan bawa awak keluar dari pagi sampai lah ke petang! ".

       Ahra ketawa " Saya akan nantikan hari tu tiba~ Bye Yeongja~ ! ".

       Yeongja juga ketawa " Bye Ahra~ ! ".

Sebaik sahaja Yeongja meletakkan telifonnya, Ahra menghelakan nafas lega. Nasib baik dia dah bertukar nombor dengan Yeongja di sekolah tadi. Kalau tidak mesti susah! . Ahra terus menanggalkan begnya lalu meletakkannya di atas katil. Sebaik sahaja dia ingin menanggalkan uniform sekolahnya, Dia terus teringat pada ahli-ahli Phoenix yang ingin mengikut dia dan Yeongja berjalan-jalan tadi! Bagaimana caranya dia ingin memberitahu Woohyun dan yang lain-lain yang mereka berdua tak jadi ingin pergi bersiar-siar?! Ahra terus menjadi runsing lalu jalan mundar mandir di dalam biliknya! Kemudian dia mendapat satu idea! Dia dengan pantas mencapai Kertas lukisan serta pen marker hitam kemudian keluar ke beranda biliknya! Dia cuba melihat kelibat Woohyun ataupun Hoya di dalam bilik mereka! Akhirnya selepas beberapa saat, Dia nampak Woohyun sedang meleraikan tali leher yang dililit pada lehernya pada cermin di dinding biliknya. Ahra dengan bersungguh-sungguh melambai-lambai tangannya berharap Woohyun nampak dia! Ahra betul-betul marah pada dirinya kerana lupa hendak bertukar nombor dengan mereka! Oleh kerana Woohyun tetap tidak perasan terhadapnya, Ahra mencari sesuatu untuk di baling! Kemudian dia ternampak batu kerikir yang menjadi hiasan berandanya! Dia mengambil satu, Berharap batu itu akan terkena tingkap Woohyun! Dia berdoa sebelum membaling batu itu. Dengan penuh harapan, dia melontar batu kerikir itu dengan sepenuh kekuatan! Oleh kerana halaman mereka berdua besar,  jarak rumah mereka berdua sangat jauh! Agak susah membaling batu kerikir sejauh itu! Tetapi oleh kerana pelbagai latihan yang diterima Ahra, Batu kerikir itu tepat kena pada tingkap Woohyun! Woohyun pun keluar ke beranda biliknya setelah dia nampak Ahra melambai-lambaikan tangannya.

        " Itukan Ahra? Apa yang dia buat? ". Fikir Woohyun di dalam hatinya. Woohyun mengangkat kedua-dua tangannya membuat isyarat " Ada...Apa...?? ".

         Ahra yang gembira melihat Woohyun telah keluar terus menulis sesuatu pada kertas lukisannya! Kemudian mengangkatnya tinggi supaya Woohyun nampak! ' TAK JADI PERGI!!! YEONGJA ADA URUSAN!!! IBU AWAK!!! DAN IBU KAWAN-KAWAN AWAK ADA DI RUMAH SAYA!!! ' 

        Woohyun membaca tulisan Ahra sambil mengecilkan matanya sambil mendekatkan diri pada dinding beranda biliknya " Apa yang Ahra tulis tu?? Tak..Jadi..Pergi..Yeongja..Ada..Urusan..Ibu..Awak..Dan..Ibu..Kawan..Kawan..Awak..Ada..Di..Rumah..Saya ". Woohyun terperanjat besar! Dia tidak kisah kalau mereka tidak jadi pergi! Tapi ada satu sahaja yang dia risaukan! Kalau ibunya sudah pergi ke rumah kawan perempuannya, Kemungkinan besar yang ianya adalah! Tak lain dan tak bukan! Untuk menjodohkan dirinya! Walaupun ibunya tidak selalu berbuat begitu, Tapi ibunya itu cuma akan pergi ke rumah rakan perempuannya yang disukai sahaja! Habis lah kalau ibunya cuba buat perkara itu lagi!

       Woohyun bergegas mencapai telifonnya lalu menelifon rakan-rakannya sambil lari turun dari tangga rumhanya " Korang EMERGENCY! Datang ke rumah Ahra sekarang! Diaorang nak buat lagi!!! ".   

Myungsoo yang demam itu pun terperanjat mendengar kata-kata Woohyun! Sampai dia berlari keluar dari biliknya sambil memakai baju sejuk serta membawa sapu tangannya! Nasib baiklah demamnya tak serius sangat! Kalau tidak dia mesti takkan dapat bangun menghalang ibunya! Dongwoo yang sedang minum air di dapur rumahnya terus menyemburkan balik semua air yang diminumnya sebaik sahaja mendengar Woohyun berkata yang ibunya ' nak buat lagi '!!!Dongwoo keluar dari rumahnya sambil menjerit " Omma!!! Jangan!!! ". Hoya yang sedang membaca buku di dalam biliknya menutup buku lalu bergegas turun dari tangga rumahnya lalu keluar berlari menuju ke rumah Ahra! Sungjoong yang di dalam kolam renang bergegas mencapai tuala membaluti tubuhnya kemudian memakai baju menuju ke rumah Ahra! Sunggyu yang sedang menonton Televisyen sampai tersandung sandung berlari keluar dari rumahnya! Sungyeol pula sedang bersenam di dalam bilik, Terus keluar dari biliknya dalam keadaan berpeluh! Mereka semua berlari keluar dari rumah kemudian menuju dari seluruh penjuru ' menyerang ' rumah Ahra! Mereka semua menerjah masuk ke dalam rumah Ahra sambil berkata " Omma jangan!!! ".

       Mereka membuat bising sepanjang ' Perlarian ' ke rumah Ahra! Ahra yang baru lepas mandi menuju ke arah pintu rumahnya untuk melihat apa yang tak kena dengan rakan-rakannya itu! Sebaik sahaja mereka ingin menerjah, Ahra membuka pintu! Belum sempat Ahra menghabiskan ayat, Mereka bertujuh jatuh keatas Ahra! " Awak semua! Apa bising - bis !!! ARH!!! ".

       Bagi Ahra, ketika itu, Dia bagaikan ditimpa oleh Gajah! Gajah yang terlebih makan! Ahra pengsan ditimpa mereka! Semua ibu-ibu yang berada di ruang tamu, Berlari ke pintu depan akibat mendengar jeritan Ahra! Mereka terperanjat melihat Ahra ditimpa anak-anak mereka! Sementara Myungsoo dan lain-lain menggosok kepala mereka kesakitan! " Adoi~ Sakitnya~ ".

        Makcik Eun soo terus menarik telinga anaknya! " Bertuah punya budak! Kau tengok apa yang kau dah buat! Penyek kawan kau tu!! ".

       Myungsoo menjerit kesakitan! " Arh! Om! Omma! Sakit! ". Melihat cara makcik Eunsoo menghukum Myungsoo, Ibu-ibu yang lain mula menyasarkan telinga anak masing-masing!

       Ahli-ahli Phoenix terus melindungi telinga mereka! " Omma! Omma!! jangan!!! ". Selepas puas menarik telinga anak-anak mereka, makcik Eunji terus menyuruh Woohyun mengendong Ahra yang pengsan ke ruang tamu! Woohyun membaringkan Ahra ke atas sofa dahi Ahra terluka sedikit. Mungkin kerana terhantuk pada sesuatu Ibu Ahra terus pergi ke dapur mengambil air dan plaster luka! Mereka semua berdiri mengelilingi Ahra!

       Makcik Eunji terus menampar lengan Woohyun " Aigoo Cheongmal! Tengok apa yang kamu dah buat! Kenapa kamu terjah pintu tu tadi?! Sambil menjerit-jerit pulak tu! Malu lah dekat orang! ".

       Woohyun menggosok-gosok lengannya yang sakit ditampar ibunya " Wae?! Omma nak jodohkan saya lagikan? Lagipun Woohyun bukan sengaja nak terjatuh kat Ahra. Sape suruh dia bukak pintu tiba-tiba ".

       Sekali lagi lengan Woohyun ditampar! Di tempat yang sama pulak tu! " Omma yang suruh dia buka pintu tu tadi untuk tengok-tengokkan kenapa kamu dan kawan-kawan kamu yang buat bising! Siapa pula yang nak jodohkan kamu! Omma datang sini nak jumpa kawan lama Omma!  Mak cik Soojin! Ibu Ahra! ".

       Kumpulan Phoenix terpinga - pinga! Makcik Eunkyung memandang anaknya, Sungjoong. " Kamu pun fikir benda yang sama ke?! ". 

       Sungjoong hanya mendiamkan diri sambil memandang ke tempat lain. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain! Makcik Eunkyung terus menampar lengan anaknya " Aigoo! Kamu ni kan! ".

      Sungjoong merungut " Wae~ ! Omma kan suka jodoh - jodohkan saya~ ".

Hoya terus melutut di tepi Ahra memegang pergelangan tangannya sambil melihat jam. Dia ada belajar serba sedikit untuk menangani masalah begini daripada ayahnya. Apabila ibu Ahra kembali dengan semangkuk air, Dia terus memberi air itu pada Hoya. " Makcik Soojin jangan risau. Ahra tak apa - apa. Dia cuma pengsan kerana terperanjat. Lepas saya sapu air ni pada mukanya dan tampalkan plaster luka pada dahi, Dia sepatutnya akan sedar ". Hoya terus menyelupkan tangannya ke dalam air kemudian menyapu ke muka Ahra, Kemudian dia menampalkan plaster luka pada dahi Ahra. Ahra bergerak sedikit sambil membuka matanya perlahan - lahan.

       Sungyeol yang risau akan keadaan Ahra terus bertanya " Ahra! Awak tak apa apa ke? ". Ahra perlahan - lahan cuba duduk sambil dibantu Hoya.

       Dia memegang kepalanya sakit! " Aduh~ Serius saya cakap. Apa yang awak semua makan? Besi? ". Ahli - ahli Phoenix ketawa mendengar Ahra yang masih lagi membuat lawak sementara Myungsoo hanya terpesin!

       Ibu - ibu kumpulan Phoenix memandang anak - anak mereka tajam! Membuatkan mereka berhenti ketawa dan terus memandang kaki mereka " Kamu tunggu apa lagi? Cepat minta maaf pada Ahra dan makcik Soojin! ".

       Mereka menundukkan kepala sedikit pada Ahra dan ibunya sambil berkata " Kami minta maaf Ahra~ Kami minta maaf makcik Soojin ".

       Ibu Ahra ketawa kecil " Kamu semua ni comel betul la. Tak apa lah. Kamu semua bukan sengaja. Ahra pun tak apa - apa ".

       Semua ibu - ibu kumpulan Phoenix menundukkan kepla mereka pada Ahra dan ibunya " Kami minta maaf ya Soojin? Anak - anak kami dah cederakan puteri kamu ".

      Ahra mengeleng sambil menggerakkan kedua - dua belah tangannya " Eh! Tak apa lah makcik! Mereka bukan sengaja! ". Kata - kata Ahra disokong ibunya " Betul tu! Kamu semua jangan lah macam ni ".

       Kemudian Ahra terus mengalihkan topik perbualan sebelum ibu - ibu kumpulan Phoenix terus meminta maaf kepadanya " Myungsoo!! ".

        Myungsoo yang sedang berpeluk tubuh terus memandang Ahra terperanjat kerana Ahra memanggil namanya secara tiba - tiba! Ahra terus menghampirinya sambil meletakkan tapak tangan pada dahi Myungsoo! " Aw...Awak demamkan? Kenapa awak datang sini! ".

        Wajah Myungsoo berubah merah kerana Wajah Ahra tak jauh dari mukanya! Myungsoo terus menepis tangan Ahra sambil memandang ke tempat lain! " Ma ! Mane ade ! Alihkan tangan awak dari dahi saya! ".

       Makcik Eunsoo terus meletakkan tangannya ke dahi Myungsoo sambil bertanya " Betul ke kamu demam? ".

       Sebaik sahaja makcik Eunsoo dapat rasakan panas yang agak tinggi, Dia terus menampar tangan Myungsoo! " Kenapa kamu tak bagi tau Omma! Sudah mari kita balik! Muka kamu dah merah! Nanti melarat pula! ".

       Makcik Eunsoo terus meminta diri. Begitu juga dengan yang lain - lain. " Soojin saya balik dulu lah ya? Saya minta maaf sangat atas apa yang terjadi hari ni. Saya akan datang melawat lagi lain kali. Makcik minta maaf ya Ahra? ". Ahra hanya tersenyum sambil menggangguk " Tak apa ". Makcik Eunsoo tahu kenapa wajah anaknya bertukar merah! Dia cuma ketawa kecil sambil memegang lengan anaknya keluar dari rumah Ahra!

       Ahli ahli Phoenix pula keluar dengan cara ditarik telinga sambil mendengar ceramah daripada ibu - ibu mereka. " Kami pergi dulu ya Soojin. Nanti kami datang lagi! ". 

       Ahra dan Ibunya tersenyum sambil menemani mereka sehingga ke pintu depan " Yalah ~ Jangan tak datang pula! ". Mereka berdua melambaikan tangannya kepada mak cik - mak cik yang sedang memulas telinga anak - anak mereka masuk ke dalam rumah!

       Sebaik sahaja mereka semua hilang dari pandangan, Ibu Ahra terus memegang wajah anaknya sambil menyelak rambut Ahra untuk melihat luka di dahi " Sakit ke? ".

       Ahra menggeleng " Ani~ Nan Gwaenchanayeo Omma ".

       Ibu Ahra tersenyum " Kamu perlu berehat. Bagi tahu Omma kalau sakit ya? Kita pergi ke hospital ".

       Ahra menggangguk " Nae Omma~ . Omma, Ahra rasa, Ahra nak buat sedikit biskut dan bagi kepada kawan - kawan lama Omma. Boleh Ahra buat bubur daun bawang untuk Myungsoo sekali. Ahra dengar bubur daun bawang bagus untuk menyembuhkan demam ".

      Ibu Ahra tersenyum sambil mencubit hidung Ahra " Kamu suka pada Myungsoo ya ~ ? ". Wajah Ahra bertukar merah " Mana ada lah! Myungsoo kan demam? Lagi pun dia kawan baru Ahra. Kalau Woohyun dan yang lain - lain demam pun, Ahra akan buat benda yang sama! ".

      Ibunya ketawa " Someone in love~ ". Wajah Ahra semakin merah " Omma! Geumanhae! ". Mereka berdua ketawa masuk ke dalam rumah menuju ke dapur untuk membuat biskut.

Selepas beberapa minit, Biskut Ahra siap dimasak. Begiu juga dengan bubur daun bawang Myungsoo! Ahra mengisi bubur dan biskut yang dimasaknya ke dalam bekas tapauwae kemudian ke dalam bakul yang disangkut dilengannya. Dia membetulkan rambut dan bajunya sebelum memberitahu ibunya yang dia ingin pergi menghantar biskut dan bubur ke rumah  rakan - rakannya.

        " Omma! Saya pergi dulu! ". Jerit Ahra dari luar pintu rumahnya. 

      Ibunya yang sedang menonton drama di ruang tamu membalas sambil matanya tidak beralih daripada kaca televisyen " Ok! Hati-hati ya! Nak lintas jalan pandang kiri kanan! ".

Ahra terus menyarung kasutnya lalu mula mengagihkan biskut yang dimasaknya tadi bermula dari jiran sebelah kanannya, Dongwoo. Ahra terus menekan pintu loceng di luar pagar rumah Dongwoo. " Ding Dong~ " . Alat pembesar suara yang berada di luar pintu pagar terus berbunyi " Dugusaeyeo~ ".

      Ahra kenal akan suara itu! Itu suara Dongwoo! Ahra tersenyum kemudian membalas " Dongwoo! Ini sayalah! Ahra! Saya ada buat biskut coklat chip tadi. Saya nak bagi pada awak dan keluarga. Boleh ke awak keluar sekejap? ".

       Tanpa sebarang balasan, Dongwoo terus mendiamkan diri! Ahra terkejut! Adakah talian telah terputus? Ahra pun bercakap sambil mengetuk-ngetuk monitor suara di pintu gate " Dongwoo? Dongwoo? Awak dengar saya tak? Mana awak pergi? ".

       Tiba - tiba Dongwoo keluar berpakaian cantik sambil mengigit setangkai bunga mawar merah pada mulutnya! " Puteriku~ Sudah lama kah Tuan hamba menunggu~ Silalah terima cinta patik melalui bunga mawar ini~ ".

      Ahra ketawa sambil mencubit hidung Dongwoo " Kalau awak terus buat macam ni, Saya tak nak kawan awak tau ".

      Dongwoo ketawa " Yelah~ Yelah~ Saya gurau pon tak boleh~ Mana biskutnya? ".

      Ahra terus mengeluarkan satu bekas tapauwae kemudian serahkan kepada Dongwoo " Nah. Ini dia. Saya harap, Awak dan keluarga awak akan sukakannya ".

      Dongwoo tersenyum sambil mengambil bekas berisi biskut itu daripada Ahra " Mesti lah saya akan suka kalau gadis secantik awak yang masakkan~ ".

      Ahra ketawa " Awak ni ada ada je lah! Awak makan lah dengan keluarga ya? Saya nak pergi bagi yang lain - lain juga. Bye Dongwoo! "

      Dongwoo menggangguk " Bye! Jumpa esok tuan puteri! ".

      Ahra ketawa sambil menuju ke rumah Hoya lalu menekan loceng rumahnya " Ding Dong~ Hoya! " . 

Hoya yang sedang membaca buku di atas katil terus bangun kemudian meninjau keluar tingkap biliknya. Dia tersenyum melihat Ahra sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Dia terus meletakkan buku di atas meja lalu turun melalui tangga rumahnya untuk membuka pintu pagar. Hoya tersenyum lebar bergegas berlari menuju ke pintu! Tanpa sebab dia berasa gembira tidak menentu! Ibunya tersenyum melihat Hoya. Sudah lama Hoya tidak berperangai begitu! Ibunya mengekori Hoya dari belakang secara senyap tanpa disedari Hoya! Sebaik sahaja Hoya berada di pintu depan rumahnya, Dia terus membetulkan rambut serta bajunya! Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum keluar berjumpa dengan Ahra! Ahra yang sedang menunggu di luar tersenyum sebaik sahaja dia nampak Hoya sedang berjalan menuju ke arahnya! Tapi dia nampak makcik Hyehoon sedang jalan sambil berjingkit-jingkit di belakang Hoya sambil membuat tanda ' Diam ' menggunakan jari telunjuknya.

        Sebaik sahaja Hoya membuka pintu gate rumahnya, Ahra pon masuk. " Maafkan saya Hoya sebab menganggu. Ini saya ada buat sedikit biskut Chocalate chip untuk awak dan keluarga. Yalah~ sebagai 'Tanda' kita dah jadi jiran. Saya harap awak suka ".

        Hoya tersenyum sambil menggaru kepalanya " T..Terima kasih lah... Buat susah susah je ". Tanpa dia sedari wajahnya mula berubah merah! Dia tidak berasa macamni masa dia jumpa Ahra buat kali pertama di dalam kelas tadi!

        Sebaik sahaja bekas tapauwae yang mengandungi biskut chocalate chip sampai di tangan Hoya,Makcik Hyehoon terus menyergah Hoya sambil memegang bahunya! " HAH! Kamu buat apa tu!! ".

        Hoya menjerit sambil memegang dadanya "ARHH! Omma! Aissh! Jinjja! Kan Howon dah cakap jangan buat macamtu lagi! Nasib baiklah saya tak ada sakit jantung! ".

        Ibunya ketawa kecil. " Dah kamu keluar sambil tersengih-sengih kenapa? Rupa-rupanya Ahra datang~ ".

        Hoya mula merah muka kemudian mengoncangkan lengan ibunya "Omma geumanhae! ".

        Ahra tersenyum melihat gelagat mereka dua beranak. " Makcik Hyehoon. Saya ada buat sedikit biskut Chocolate chip tadi. Saya harap makcik dan sekeluarga akan suka ".

        Makcik Hyehoon tersenyum "  Yeke? Terima kasih ya Ahra. Tambah tambah lagi Si Howon ni memang sukakan chocolate~ ".

        Ahra ketawa sambil memandang Hoya. " Betul ke ni makcik? Kalau saya tau, Saya akan buat lagi banyak! ".

        Makcik Hyehoon mengangguk " Betul! Howon betul-betul sukakan chocolate! Pernah masa kecil, Dia buat makcik membeli semua chocolate di dalam sebuah pasaraya! Dah lah tu taknak kongsi! Yang paling memberanjatkan, Dia boleh habiskan semuanya! ".

         Ahra memandang Hoya dengan perasaan yang penuh kagum! " Whoahh~ Saya betul tak sangka Hoya~ Awak ni hebat rupa-rupanya! ".

          Hoya betul-betul malu! Dia tersenyum sedikit pada Ahra kemudian menarik lengan ibunya masuk rumah! "Kita jumpa esok di sekolah Ahra! ".

         Ahra ketawa melihat muka Hoya yang merah bagaikan Strawberry! Dia melambai Hoya dan ibunya sambil berkata  " Bye Hoya! Bye Makcik Hyehoon~ "

         Mak cik Hyehoon membalas lambaian Ahra sambil merasa biskut yang Ahra buat " Bye Ahra! Erm! Mashikaeta! Ahra ya! Igeon, Jinjja Mashikaeta! ".

         Ahra ketawa sambil menjerit " Gomawo Omonim! ".

Hoya dan ibunya terus hilang dari pandangan Ahra selepas mereka masuk ke dalam rumah! Tak sangka makcik Hyehoon sangat sporting orangnya! Ahra berjalan perlahan-lahan kemudian dia terpandang rumah Myungsoo. Patut ke dia pergi ke rumah Myungsoo dulu dan berikan bubur yang dibuatnya? Atau pergi agihkan biskut yang dibuatnya kepada ahli-ahli Phoenix yang lain dulu? Dah lah orang yang paling depan menghempap badannya tadi ialah Myungsoo! Walaupun  bukan Ahra yang salah, Dia tetap malu ingin bertemu dengan Myungsoo! Sebelum dia pengsan tadi, Mata mereka bertentangan dan buat jantung Ahra berdegup kencang! Oleh kerana Ahra berasa malu, Dia mengagihkan biskut yang dibuatnya pada ahli-ahli Phoenix yang lain dulu! Tapi tak lama kemudian, Dia berdiri di tempat yang sama. Iaitu di depan rumah Myungsoo!

         Ahra mengambil nafas panjang sebelum menekan loceng rumah Myungsoo. " Ding Dong~ ".

         Tak lama kemudian Ahra terdengar suara makcik Eunsoo pada monitor di depan pintu masuk " Dugusaeyeo? "

        Ahra sambil malu-malu membalas pertanyaan makcik Eunsoo " Makcik, Ini saya, Ahra ".

         Sebaik sahaja Makcik Eunsoo mendengar nama ' Ahra ' disebut, Dia terus keluar dari rumahnya tanpa berfikir panjang! " Ahra ke? Tunggu kejap ya? Makcik datang! ".

        Tak lama kemudian, Makcik Eunsoo keluar dalam keadaan tersenyum. Ahra terus menyapa " Annyeonghasaeyeo makcik Eunsoo, Saya minta maaf sebab ganggu tapi saya ada buat sedikit biskut untuk makcik dan keluarga. Saya juga ada bawa bubur daun bawang untuk Myungsoo. Saya dengar ianya baik untuk orang demam ".

        Makcik Eunsoo terus mengambil kedua-dua tapauwae yang dihulur Ahra " Terima kasih lah ya Ahra? Myungsoo sekarang sedang berehat di dalam bilik. Makcik pon memang baru nak masakkan bubur untuk dia. Kamu pula macam mana? dah ok? Minta maaflah atas kejadian tadi. Kalau kamu nak jumpa dengan Myungsoo, Masuklah ".

        Ahra mengeleng " Tak apa lah Makcik. Hari pun dah nak gelap. Saya pun tak nak ganggu dia rehat.Saya dah ok~ cuma sakit kepala sikit jer. Saya harap dia makan bubur yang saya buat. Makcik pun cuba lah rasa biskut yang saya buat ya? ".

         Makcik Eunsoo mengusap kepala Ahra " Terima kasih ya? Sebab ambil berat pasal Myungsoo walaupun kamu berdua baru kenal. Makcik akan pastikan dia habiskan bubur yang kamu masak! Bau biskut kamu pun sedap! Rasanya makcik sorang pon boleh habiskan kalau bau pon dah sedap macamni ".

       Ahra ketawa kecil sambil tunduk hormat " Terima kasih ya makcik! Saya balik dulu! Annyeong! ". Ahra melambai ke arah makcik Eunsoo.

       Makcik Eunsoo mengangguk dan mambalas ambaian Ahra " Yalah... Hati-hati melintas jalan! ". 

Myungsoo yang perhatikan Ahra dari tingkap di dalam biliknya tersenyum. Dia yang tadinya berehat, Terus bangun melihat ke arah tingkap apabila loceng rumahnya berbunyi. Sebaik sahaja Ahra selamat masuk ke dalam rumahnya, Myungsoo terus menarik tirai langsir lalu merebahkan badannya ke atas tilamnya yang empuk. Tanpa Ahra sedari, Myungsoo mengawasi setiap gerak gerinya walaupun Ahra ingat yang Myungsoo tidak ingin bergaul dengannya. Ahra tidak tahu yang sebenarnya, Dia berjaya menarik perhatian Myungsoo!

 

 

 

        

 

   

         

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~