A Date??!!

You Are My Miracle

Malam ni semua pelajar 4 Ace akan pergi ke puncak gunung untuk melihat hujan tahi bintang. Ahra pula dah menerima pelawaan Woohyun untuk melihat fenomena yang jarang berlaku itu dengannya. Ahra berasa agak kecewa! Kenapa bukan Myungsoo yang pelawa dia untuk melihat tahi bintang sama-sama?? Apa-apa pun Ahra tak boleh menyalahkan Myungsoo dia yang lebih-lebih mengiginkan perhatian Myungsoo. Ahra terus menepuk-nepuk pipinya! Dia harus cepat menyiapkan lukisannya kalau nak berehat! Ahra meninjau ke arah Myungsoo. Dia sedang kusyuk melakar kelopak-kelopak bunganya di atas batu. Myungsoo betul-betul mnghadap dia yang sedang bersandar di bawah pokok tadi. Mereka kini berada di kawasan paling banyak bunga di gunung Jirisan iaitu di seberang air terjun. Berbagai-bagai jenis bunga ada di situ. Cikgu Minwoo dan pelajar-pelajar lain juga sedang melukis. Ahra kembali memandang lukisannya. Sikit lagi nak siap. Selepas setengah jam lukisan Ahra pun siap sementara yang lain masih melukis. Nasib baik tadi dia dah siapkan separuh sebelum sarapan kalau tak mesti lambat siap!

       Ahra mengeliat ngantuk. Dia berasa bosan pula Yeongja tiada kerana pilihan tema lukisan mereka tidak sama. Sekarang lukisannya dah siap dan dia ingin teman untuk berbual! Memandangkan Ahra tidak ingin menganggu sesiapa dia terus tidur di bawah pokok yang rendang itu. Setelah beberapa minit Ahra tertidur, Myungsoo terpandang ke arahnya. Myungsoo tersenyum. Myungsoo yang memang dah siap melukis terus membuka helaian kertas baharu kemudian melakar! Myungsoo mengamati wajah Ahra. Myungsoo mula melakar mata, kening, hidung serta bibirya. Secara tiba-tiba jantung Myungsoo berdegup kencang!

       Myungsoo menepuk-nepuk jantungnya kuat! Dia menelan air liur kemudian memandang Ahra semula! Dia terus berkata-kata di dalam hati " Apa yang tak kena dengan aku ni... Jangan-jangan... ".

       Belum sempat Myungsoo menghabiskan ayatnya dia terus memandang Ahra. Myungsoo terus jadi tak keruan! Myungsoo menampar-nampar pipinya " Anggap je ni semua sebagai latihan! Jangan fikir yang bukan-bukan lah Myungsoo! Tapi si biskut tu nampak comel pulak masa tido~ ".

       Myungsoo sekali lagi menampar pipinya kemudian menjerit " Apa yang aku cakapkan ni??!! Aku ni dah tak betul agaknya!! ".

       Ahra terus terjaga kerana terperanjat! Myungsoo yang lebih teperanjat kerana Ahra terjaga terus menekup mulut dengan kedua-dua belah tangannya! " Kuat sangat ke aku jerit tadi??!! ".

       Ahra menggosok mata kemudian memandang sekeliling " Bunyi apa tadi tu?? ".

       Myungsoo cepat-cepat membuka helaian lukisan bunganya tadi lalu bangun dari batu besar yang menjadi tempat duduknya ingin melarikan diri!

       Ahra yang nampak Myungsoo ingin pergi terus menegurnya " Awak dah siap melukis ke Myungsoo?? ".

       Myungsoo berdiri tegak sambil memandang ke arah lain! " Y...! Ya! Saya bukannya macam awak! Asyik tidur jer! ".

       Ahra ketawa sambil menggaru kepalanya " Saya ngantuk lah~ Lagipun lukisan saya dah siap. ".

       Secara tiba-tiba Myungsoo meninggikan suaranya kerana teringat yang dia dah buat Ahra marah tadi! Dia cepat-cepat memikirkan perkara yang boleh membuatkan kemarahan Ahra reda! Pada saat itu, Myungsoo tak tahu yang Ahra dah tak marah kepadanya " Hei biskut! Aw...! Awak tahu malam ni ada hujan tahi bintang kan!! ".

       Ahra yang terkejut terus mengangguk " Ya. Saya tahu. Kenapa?? ".

       Myungsoo menoleh lalu memandang wajah Ahra " Saya! Nak awak pergi tengok hujan tahi bintang tu bersama saya! "

       Ahra mengeleng laju! " Tak boleh Myungsoo! Sebab! ".

       Belum sempat Ahra menghabiskan ayatnya Myungsoo mencelah " Saya akan carik awak masa kat atas puncak nanti! Ja...! Jangan lari pulak!! ".

Myungsoo terus berlalu dengan muka yang merah! Ahra tergamam di bawah pokok itu! Sekarang apa yang dia perlu buat?? Woohyun dah ajak dia dulu! Takkan Ahra nak tinggalkan Woohyun semata-mata kerana Myungsoo! Tak adillah kalau macam tu! Myungsoo pun satu! Kenapa dia tak bagi Ahra habiskan ayatnya dan lagi satu! Kenapa Myungsoo gelabah semacam?? Agaknya apa yang perlu dibuat sekarang?? Hari semakin gelap dan sekarang dah tiba masanya untuk melihat hujan tahi bintang. Daripada pagi tadi Ahra berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni tapi tak ada satu pun yang membantu!

        Sekarang semua pelajar 4 Ace sedang beratur untuk naik ke puncak gunung tapi Ahra tak nampak pun kelibat Woohyun! Tadi dia kata nak naik ke puncak sama-sama! Sedang Ahra dan Yeongja berbual tiba-tiba Woohyun datang dari belakang menegurnya! " Ahra!! ".

        Ahra yang terkejut terus mengurut dadanya! " Aisshh jinjja! Kenapa awak buat macam tu?? Nasib baik saya tak ada sakit jantung tau! ".

        Woohyun ketawa " Mianhae~ mianhae~ Saya janji tak buat lagi~ ".

        Ahra tersenyum " Gwaenchanha~ Saya tak marah pun~ Tunggu apa lagi, Jom lah! Kata nak tengok hujan tahi bintang dengan saya ".

        Woohyun terus menggaru kepalanya " Tulah masalahnya... Ahra saya minta maaf tapi awak kena naik dulu... Saya kena teman cikgu Park sekejap sediakan bahan-bahan nak masak BBQ... Kan semalam kita tak jadi buat sebab asyik bercerita... ".

        Ahra mengangguk " Yeke?? Saya boleh tunggu awak kalau awak nak ".

        Woohyun mengeleng " Tak apalah~ Kalau saya naik puncak nanti saya carik awak ".

        Ahra tersenyum " Baiklah! Tapi jangan lama-lama tau! ".

        Woohyun terus mencubit pipi Ahra " Yelah~ Saya pergi dulu ya? Nanti cikgu Park bising pulak nanti ".

        Ahra mengangguk " Yelah! Saya tunggu! ".

Woohyun terus berlalu kemudian hilang dari pandangan. Ahra menghela nafas lega. Sebenarnya dia sendiri tak sampai hati nak beritahu Woohyun perkara sebenar! selepas 5 minit pelajar 4 Ace mula bergerak. Ahra sekarang sedang memaut lengan Yeongja erat kerana takutkan gelap! Sebaik sahaja mereka semua melepasi kawasan yang tidak diterangi lampu, Ahra mula memejamkan matanya erat! Walaupun kawasan pergunungan itu diterangi cahaya bulan, Ahra tetap ketakutan! Dia memang nak sangat tengok hujan tahi bintang itu tapi perjalanan untuk ke puncak gunung merupakan malapetaka bagi dirinya!

       Yeongja tersenyum melihat Ahra! Yeongja terus merapatkan dirinya dengan Ahra " Jangan risau ya Ahra! Saya akan pastikan kita sampai ke puncak gunung dengan selamat! Saya takkan lepaskan lengan awak! ".

       Ahra mengangguk laju di dalam gelap! " Awak jangan lepaskan legan saya ya Yeongja! ".

       Myungsoo tersenyum memandang Ahra! Walau macamana pun dia akan pastikan Ahra selamat! Sementara Yongja pula hanya mengangguk " Baiklah Ahra! ".

       Apabila mereka dah separuh jalan hendak sampai ke puncak secara tiba-tiba Ahra terlepas lengan Yeongja akibat orang ramai yang berpusu-pusu! Ahra mula panik sementara Yeongja tidak perasan yang dia kehilangan Ahra! Ahra mula berdiri tegak! Badannya mula mengigil ketakutan! Akibat daripada trauma yang pernah dilaluinya, Ahra mula tak nampak apa-apa di dalam gelap kerana terlalu takut dan cemas!

       Ahra mula memanggil nama Yeongja dengan panik " Yeongja! Yeongja! Awak kat mana...! Saya tak nampak... ".

       Myungsoo yang memerhatikan Ahra dari tadi terus berlari mendapatkan Ahra lalu mengaut lengannya! Ahra yang tak nampak apa-apa di dalam gelap terus memeluk Myungsoo yang disangkakan Yeongja! Jantung Myungsoo terus berdegup laju!

       Ahra memeluk Myungsoo erat kemudian memegang tangannya " Yeongja?! Mujurlah awak jumpa saya balik... Saya betul-betul takut! Maafkan saya... Tadi orang ramai berpusu-pusu nak ke puncak... Jadi saya terlepas tangan awak... Mianhae... ".

Myungsoo tersenyum! Oleh kerana Ahra tak boleh nampak dirinya di dalam gelap, Dia terus menarik lengan Ahra dan menuju ke puncak bersamanya! Yeongja pula yang baru perasan Ahra tiada bersamanya terus mencari Ahra bagaikan orang gila! Dia yang telah sampai ke puncak terus turun semula untuk mencari Ahra! Baru sahaja beberapa langkah turun dari puncak, Yeongja nampak Myungsoo memimpin tangan Ahra ingin naik. Yeongja menghela nafas lega. Dia ingatkan dia dah hilangkan Ahra! Nasib baik Myungsoo jumpa rakannya itu! Sebaik sahaja Yeongja ingin menegur mereka berdua, Terus Myungsoo membuat tanda diam dengan jari telunjuknya!

        Apabila Myungsoo sampai kepada Yeongja, Dia terus berhenti kerana ingin ' menukar ' lengan Ahra yang tak tahu apa-apa terus bertanya " Yeongja kenapa awak berhenti?? Kita dah sampai ke puncak ke?? ".

        Myungsoo terus mengarahkan Yeongja menjawab pertanyaan Ahra " Be.. Belum lagi Ahra! Saya berhenti sebab saya penat! Ahra boleh awak tolong lepaskan lengan saya sekejap?? Lesu lah lengan saya~ ".

        Ahra terus melepaskan lengan Myungsoo! " Baiklah~ ".

        Yeongja tersenyum melihat Ahra kerana tak tahu apa-apa! Myungsoo berlalu meninggalkan mereka berdua lalu terus menuju ke puncak! Yeongja mengucapkan terima kasih kepada Myungsoo kemudian terus bergerak ke sebelah Ahra menukar lengan dengan Myungsoo dan mereka meneruskan perjalanan! Myungsoo pula tersenyum lebar kerana baru sahaja dipeluk Ahra! Dia memegang dadanya yang berdegup kencang kemudian berpaling ke belakang memandang Yeongja dan Ahra yang menuju ke puncak. Myungsoo ketawa kecil kemudian mengelengkan kepalanya.

         Yeongja yang melihat Myungsoo meneruskan perjalanan tersenyum sambil memandang Ahra. Nasib baik Ahra tak perasan! Kalau tak! Mesti lepas ni Ahra nak menghadap Myungsoo pun tak sanggup kerana malu! Sedang Yeongja berangan, Secara tiba-tiba Ahra memicit-micit lengannya! 

         Ahra yang berasa pelik mula bertanya " Yeongja ".

         Yeongja menyahut apabila namanya dipanggil Ahra " Ya, Ada apa?? ".

         Ahra trus sahaja memicit-micit lengan Yeongja " Kenapa saya rasa... Lengan awak besar dari tadi?? Tadi tak sebesar macam ni.... ".

         Yongja tergamam! " Ye...! Yeke?! Perasaan awak je kot~ Saya dari tadi dekat sini ngan awak tak berganjak pun tau! ".

         Ahra terdiam. Betul juga apa yang Yeongja cakapkan. Lagipun tak mungkin Yeongja menipu kerana mereka berdua berkawan baik! Tak lama kemudian mereka berdua sampai di puncak. Oleh kerana keadaan di situ agak terang dengan lampu yang tersedia Ahra pun membuka matanya. Di situ semua murid dah berkumpul sambil memegang kamera masing-masing kerana ingin merakam kejadian yang dianggap jarang berlaku itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~