Lost

You Are My Miracle

Ahra dan lain-lain sedang makan BBQ dengan gembira. Sementara Woohyun dan Myungsoo pula sedang mengurut kaki mereka yang lenguh kerana berdiri dengan satu kaki selama setengah jam. Sambil para guru pembimbing dan pelajar makan, Cikgu Joongki memberi tugasan kepada para pelajarnya. Sudah semalaman para guru memikirkan aktiviti yang sesuai untuk pelajar-pelajar dan kini cikgu Joongki akan sampaikan aktiviti yang telah ditetapkan. Dan salah satu daripadanya ialah pertandingan tak tidur semalaman! Walaupun bunyinya agak melampau tetapi aktiviti yang ni dicadangkan oleh guru Gym mereka iaitu cikgu Daesung! 

        Cikgu Joongki terus mengarahkan para pelajar untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing. Sebaik sahaja mereka sudah bergerak, Cikgu Joongki membaca senarai pihak lawan setiap kumpulan dan akhirnya lawan kumpulan Myungsoo diumumkan " Lawan kumpulan INFINITY ialah TEENS ADVENTURE~ ".

        Dongwoo terus memandang tepat mata Myungsoo yang duduk betul-betul menghadapnya! Myungsoo pula tersenyum sengih apabila mendapat tahu yang lawan kumpulannya ialah kumpulan Dongwoo! Ahra dan lain-lain seolah-olah dapat merasakan getaran elektrik yang dikeluarkan dari mata kedua-dua jejaka itu! Sementara Yeongja pula berasa teruja kerana dapat beradu tenaga dengan Ahra! Walaupun bukan pertandingan bergusti, Yeongja berharap yang dia dapat memulihkan namanya setelah kejadian yang berlaku di kantin tempoh hari. Sebaik sahaja mereka semua habis makan, Pertandingan itu pun bermula.

         Kumpulan INFINITY mula berbincang di dalam kumpulan. Woohyun mencadangkan yang 2 orang dari kumpulannya perlu berjaga dahulu sementara yang lain tidur untuk memulihkan tenaga dari mendaki ke puncak tadi lagipun esok hari mereka semua ada aktiviti yang lebih lasak! Oleh kerana Woohyun bersimpati pada Myungsoo kerana tak mempunyai peluang untuk meminta maaf pada Ahra tadi, Dia terus membuat keputusan untuk biarkan mereka berdua untuk berjaga dahulu menentang Dongwoo dan Yeongja dari kumpulan TEENS ADVENTURE. Ahli-ahli yang lain terus masuk ke dalam khemah masing-masing dan tidur.

Cikgu Joongki telah menetapkan tempat ahli kumpulan INFINITY berjaga di bawah pokok yang berada di pinggir padang, Manakala untuk ahli kumpulan TEENS ADVETURE pula berdekatan di tepi sungai. Setelah Myungsoo dah Ahra menerima maklumat untuk tempat di mana mereka akan berjaga, Mereka mengatur langkah menuju ke sana. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Ahra hanya berjalan sambil memandang kakinya sementara Myungsoo pula hanya menggarukan kepala mengelak matanya bertentang dengan Ahra.

         Mereka berdua rasa amat janggal sekali pada ketika itu! Ahra pula sedang runsing! Apa topik yang patut dibualkan agaknya? Takkan dia nak duduk diam selama beberapa jam di bawah pokok nanti? Kenapalah masa berlalu lambat sangat?? Ahra merungut sendirian. Dia betul-betul tidak selesa dengan keadaan sekarang! Kan bagus kalau dia berjaga bersama Yeongja! Semua ni salah Dongwoo kerana nak sangat satu kumpulan dengan Yeongja! Kalaulah dapat Ahra tambah lebar telinga Dongwoo pasti seronok! 

        Sedang Ahra merungut sendirian secara tiba-tiba dia tersedar dari lamunannya apabila Myungsoo menyapa " Hei! Kita dah sampai kat padang,,, ".

        Ahra yang terperanjat terus mengekori belakang Myungsoo dengan perasaan gementar "  Ya!! ".

        Myungsoo terus melabuhkan punggungnya pada sebatang pokok balak yang tumbang di bawah pokok itu sambil memegang lampu suluh. Dia yang bingung melihat Ahra terpinga-pinga terus bertanya lagi sekali " Apa yang awak buat? Duduk lah ".

        Ahra mengangguk lemah kemudian duduk agak jauh dari Myungsoo, Mengekalkan jarak mereka. Keadaan menjadi sunyi semula. Ahra yang duduk bersebelahan Myungsoo terus mencuri-curi pandang jejaka itu. Dia sedang bermain-main dengan lampu suluh yang dipegangnya. Ahra merungut sekali lagi di dalam hati. Dia tidak mempunyai lampu suluh dan telifon bimbitnya pula tertinggal di dalam khemah. Inikah tanda yang dia harus termenung untuk beberapa jam?? Ahra terus meraba-raba sesuatu di dalam poket seluarnya. Takkan tak ada apa-apa yang dia boleh buat main??

       Setelah beberapa saat menyeluk poket seluarnya akhirnya Ahra mengeluarkan sesuatu! Ianya buih belon yang dia main di puncak gunung tadi! Ahra mengeluh kecil. Di dalam poket seluarnya sudah tidak ada apa-apa lagi kecuali sapu tangan Myungsoo yang ingin dia pulangkan. Ahra terus membuka penutup botol belon buih itu dan mula meniup. Satu demi satu buih belon terbang ke arah langit di tiup angin. Kini tempat yang mereka berdua duduk itu dipenuhi dengan belon buih yang berterbangan di merata tempat. Salah satu belon buih yang ditiup Ahra terbang ke arah Myungsoo.

       Myungsoo tersenyum melihat belon yang berterbangan itu. Sebaik sahaja dia ingin menyentuh buih belon yang menghampirinya, Terus buih itu pecah. Myungsoo ketawa kecil. Ahra mula tersenyum apabila melihat jejaka itu ketawa dan mula berbual.

       Ahra meletakkan botol belon buih yang dia pegang tadi bersebelahan dengannya kemudian mengalihkan pandangan kepada Myungsoo " Myungsoo... kalau awak tak kisah... Boleh saya tanya kenapa awak... Tengok cara-cara menanam pokok bunga pada handphone awak?? ".

      Myungsoo yang mula berasa selesa terus bercerita " Ianya... untuk Omma saya,,, ".

      Ahra yang kebingungan mula bertanya " Untuk Omma awak.... ?? ".

      Myungsoo mengangguk perlahan " Ya... minggu depan... merupakan hari jadi Omma saya... Omma sangat sukakan bunga... Terutamanya bunga ros putih... Jadi saya... nak tanamkan pokok bunga ros... Sebagai hadiah hari jadi... ".

       Ahra tersenyum " Oh~ Untuk tu rupanya... Saya ingatkan untuk apa tadi~ ".

       Myungsoo terus mengalihkan pandangannya kepada Ahra. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut rambut panjang gadis itu menampakan wajahnya. Myungsoo terpaku seketika sementara Ahra terus sahaja meniup belon keluar daripada tangkai gegelung buih yang dipegang. Myungsoo terus menepuk dadanya yang berdegup semakin laju! Adakah ini masa yang sesuai untuk dia meluahkan perasaanya??

       Sebaik sahaja Myungsoo ingin membuka mulut untuk berkata-kata, Ahra terus memotong ayatnya! " Ahra saya nak cakap yang sebenarnya saya....! ".

        Ahra secara tiba-tiba melompat bangun dari tempat duduknya sambil menunjukan jari telunjuk ke langit yang gelap " Myungsoo! Tengok tu! Masih ada lagi tahi bintang yang jatuh! Cepat buat permintaan! ".

        Myungsoo yang terkejut terus sahaja menuruti kata-kata Ahra! Myungsoo melompat bangun dari tempat duduknya lalu membuat permintaan dengan Ahra! Myungsoo menahan marah sambil merungut sendiri kerana terlepas peluang keemasan ' Isshh!!! Susah plak nak bagitau Ahra ni!! Yang dia menjerit tiba-tiba kenapa?!! Aduhh~ Macamana nak bagitau dia ni?!! Kan bagus kalau aku dengan dia sesat dalam hutan !! Boleh aku ' biasakan ' diri dengan Ahra!! Senag sikit aku nak bagitau dia!! '

        Secara tiba-tiba Myungsoo tersedar dari lamunanya apabila Ahra menegur! " Myungsoo! Apa yang awak minta tadi?? ".

        Myungsoo terus jadi cemas tak tentu hala! " Awak ni lembaplah! Mana boleh bagitau permintaan kita pada orang lain! Nanti hilanglah magik! ".

        Ahra mengangguk faham " Oh~ begitu ke~ Hehehe hilang magik?? Macam budak-budak lah dia ni~ ".

        Myungsoo yang terasa dengan kata-kata Ahra terus menundingkan jari kepadanya " Abis benda yang awak tengah buat sekarang ni bukan kebudak-budakan ke~ ?! Nak ngata orang konon~ ".

        Ahra ketawa kemudian terus bertikam lidah dengan Myungsoo " Hehehe dah malu tu cakap jer lah~ Lagipun ini bukan kebudak-budakan lah! Nenek moyang kita semua dah buat benda ni dari dulu tau~ Ini lebih kurang macam tradisi~ ".

        Myungsoo menjuihkan bibirnya sambil tersenyum " Nenek moyang awak ya kot~ Tapi nenek moyang saya tak buat macam tu~ Karut jer~ Sama lah macam percaya daun clover boleh membawa tuah kalau ada 4 kelopak~ ".

        Ahra terus sahaja membalas " Mana ada! Semua tu bukan karutlah! ".

Akhirnya mereka berdua berbalah sesama sendiri selama beberapa jam! Myungsoo dan Ahra bergelak ketawa sepanjang perbalahan itu berlaku. Myungsoo terus berbahas mengenai logik dan sains sementara Ahra mengikut kepercayaan orang-orang zaman dahulu. Apabila tiba waktu mereka berdua untuk pulang ke tapak perkhemahan, Ada sesuatu yang tidak dijangka berlaku! Papan tanda untuk pulang ke kawasan perkhemahan telah pun hilang ditiup angin! Myungsoo dan Ahra mula berasa cemas tak terhingga!!! Apa yang perlu mereka berdua lakukan??! Di hadapan mereka berdua sekarang ada tiga jalan yang berbeza untuk pulang ke kawasan perkhemahan!!!

 

 

     

       

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~