Story For Two Of us

You Are My Miracle

Langit di luar mula menguning. Di dalam bilik wad VVIP Ahra pula telah penuh dengan pelbagai hadiah! Lantai biliknya penuh dengan belon dan juga anak patung beruang. Dia kaki katil nya juga terikat belon-belon yang terapung. Dia sendiri pelik! Ini birthday party atau apa?? Ahra mengeluh perlahan lalu menyandarkan sedikit badannya. Semua yang dia kenal melawat dirinya tadi. Termasuklah Teachers Over Flower. Semua yang ada di atas lantai biliknya itu semuanya datang daripada cikgu Joongki dan juga Hana dan keluarganya! Riuh betul masa tu! Ahra ketawa kecil sendirian apabila mengenangkan peristiwa itu.

       Tiba-tiba Myungsoo keluar daripada bilik air sambil menggeringkan rambutnya dengan tuala. "Mesti demam awak ni teruk kan Ahra? Sampai tahap senyum sensorang?".

       Ahra yang mendengar kata-kata Myungsoo mencebik "Suka hatilah apa yang saya nak buat sekali pun~ Yang awak nak sibuk kenapa??".

       Myungsoo pula yang mencebik "Bukannya apa~ Saya tak nak lah kena ejek jaga orang gila~".

       Buntang mata Ahra mendengar kata-kata Myungsoo! "Mworagoo?!!"

       Myungsoo yang nampak penumbuk Ahra yang hanya menunggu masa untuk dilayangkan terus berhenti ketawa " Haha saya gurau jelah~!".

       Ahra terus menenangkan dirinya "Nasib baik..Kalau tak awak yang masuk hospital tau! Lagipun siapa suruh awak yang teman saya dekat sini? Saya tak suruh pun~".

       Tuala yang dipegang Myungsoo digantung kemudian dia duduk di sebelah Ahra sambil merenung gadis itu dengan pandangan yang mencairkan hati. Tak keruan jadinya Ahra! Wajahnya secara semula jadi berubah kemerah-merahan seperti memakai blusher! Keadaan di dalam bilik itu menjadi sunyi! Ahra yang tadinya memandang ke arah Myungsoo kini dengan sedaya upaya memandang ke tempat yang lain! ' Apa yang tak kena dengan mamat nih?!!!! ' Jerit Ahra di dalam hatinya!

Secara tiba-tiba Myungsoo bangun daripada kerusi lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Ahra dengan perlahan! Makin lama makin dekat! makin dekat! makin dekat!! makin dekat!!! Ahra pula makin lama makin kebelakang! sehingga belakangnya menyentuh dinding! Kini dia tak boleh nak lari! Myungsoo pula dengan sengaja mempamerkan senyum jahatnya kerana suka dengan reaksi Ahra! 

       Bibir Ahra ditenungnya lama! Kemudian Myungsoo bersuara selepas beberapa minit " Ahra...Sebenarnya..saya....~".

       Ahra yang mendengar kata-kata Myungsoo terus panik! " Aw...awak apa..? Cakap tu biar habis boleh tak???".

       Myungsoo ketawa kecil kemudian mengucup lembut dahi Ahra "Sebenarnya saya rasa nak pergi beli latte kejap dekat cafe depan hospital ni~ Awak duduk sini diam-diam eh~?".

       Ahra yang tergamam dengan perbuatan terus mengangguk perlahan sambil memegang dahinya. Jantungnya berdegup kencang dan wajahnya juga merah. Myungsoo tersenyum manis kemudian mengusap rambut Ahra perlahan " Senangnya nak buat awak jadi budak baik~ Tunggu sini ya? Saya pergi sekejap aje".

        Keluar sahaja Myungsoo daripada bilik itu, Ahra terus menekapkan mukanya dengan bantal lalu menjerit sekuat hati "Aaaahhhhhhh dia cium dahi akuuu!!!!!".

       Mahu sahaja Ahra melompat atas katil itu pada masa tu jugak! Agaknya kenapalah dahinya menjadi perhatian sejak dua tiga hari ni~? Mahu gila Ahra dibuatnya!

       Myungsoo yang diluar pula secara tidak sengaja mendengar Ahra menjerit terus mendapatkan gadis itu semula! "Ahra?! Awak tak apa-apa?! Kenapa jerit???".

       Ahra yang mendengar pintu biliknya dikuak terus berlagak normal sambil mencampakan bantal itu kembali ke tempat asal lalu membetulkan rambutnya sedikit " Eh! Tak adalah! Mana ada saya jerit! Awak! Awak salah dengar kot ".

       Myungsoo yang mendengar kata-kata Ahra terus menghembus nafas lega "Awak ni kan Ahra! janganlah buat saya risau. Saya nak pergi beli latte kejap aje nanti saya naikbalik okay?".

       Ahra mengawal pernafasannya lalu mempamerkan senyuman manis " Naeee~".

       Myungsoo keluar semula dari bilik Ahra lalu menghubungi para pengawal peribadinya " Lee, Bawa yang lain jaga bilik Ahra. Saya nak keluar sekejap".

Pengawal peribadi Myungsoo yang bernama Lee itu pun terus memanggil 2 orang anak buahnya untuk mereka menjaga Ahra. 2 pengawal peribadi Myungsoo sedang berdiri tegak di antara pintu bilik Ahra sementara Lee mengikuti Myungsoo ke cafe. Ahra yang berada di dalam bilik pula masih lagi dalam keadaan 'excited'. Dia membuka tingkap yang berada di sebelahnya kemudian meninjau ke bawah. Dia boleh nampak Myungsoo sedang menyeberang untuk ke cafe. Jejaka itu nampak sangat kecil daripada atas! Ahra tersenyum kecil. kemudian dahi yang dikup Myungsoo tadi dipegang. Myungsoo banyak berubah sejak pertama kali Ahra mengenali dirinya. Terlampau banyak. Terguris juga perasaan Ahra tadi apabila Myungsoo mengatakan yang Ahra bukannya 'style' dirinya.

       Ahra mengeluh perlahan kemudian menutup tingkap itu semula. Dia baring dengan perlahan kemudian mengumam perlahan " Dah lah Ahra.. Kau nak tahu jawapan Myungsoo.. Dan dia dah pun bagi jawapan.. Haaiihhhh malunya.. Sekurang-kurangnya aku dah tahu.. yang dia tak suka dekat aku..".

       Myungsoo menyeberang jalan yang dilaluinya tadi sambil diekori Lee. Di hadapan pintu pagar dan pintu masuk hospital di jaga oleh pengawal peribadi milik Ahra dan Myungsoo yang terbaik. Mereka berkerjasama menjaga tuan dan cik muda masing-masing. Sistem keselamatan hospital Seoul jadi lebih ketat sejak mereka berdua berada di situ. Di setiap tingkat ada sahaja lelaki yang memakai baju sut dan bercermin mata hitam. Mereka tunduk hormat setiap kali ternampak atau terjumpa Myungsoo. 

Myungsoo mempercepatkan langkahnya kerana tak mahu Ahra menunggu. Sejak dari tadi senyuman terukir di bibirnya membuatkan pengawalnya Lee hairan. Dia tak pernah nampak Myungsoo tersenyum lebar seperti itu! Angin tuan mudanya itu juga baik! Sebaik sahaja di hadapan pintu bilik Ahra, Lee berhenti lalu membiarkan tuan mudanya itu masuk lalu dia menyambung pekerjaannya iaitu meronda.

       Ahra yang sedar Myungsoo masuk ke dalam biliknya terus duduk semula di atas katil sambil bersandar. Myungsoo menarik kerusi yang berhampiran lalu duduk di sebelah Ahra. Dia menggeluarkan Vanilla Latte untuk Ahra dan Americano untuk dirinya. "Nah~ ni awak punya~".

       Ahra mengambil Latte yang dihulur Myungsoo "Terima kasih..".

       Mereka berdua diam seketika sambil menghirup minuman masing-masing. Keadaan menjadi agak kekok kemudian selepas beberapa minit Ahra membuka mulut. "Masa nak pergi camping.. Saya nampak awak tengah baca cara-cara menanam pokok bunga..ermmm.. awak nak tanam bunga ke?".

       Myungsoo mengangguk perlahan kemudian menghabiskan Americano di tangannya " Ya..untuk Omma saya..".

       Ahra memegang Latte dengan kedua-dua belah tangannya lalu memandang Myungsoo " Untuk Omma awak..?".

       Myungsoo lagi sekali mengangguk lalu membaling cup Americano nya yang telah kosong ke dalam dustbin berhampiran. " Hari tu saya dengar.. Omma cakap dia nak taman bunganya penuh dengan bunga tulip.. Jadi saya nak tanamkan untuk dia.. Kalau nak harapkan Appa.. Memang lambatlah jawabnya.. Sebab dia selalu sibuk..".

       Myungsoo mengangkat kepalanya kemudian memandang Ahra "Untung awak Ahra.. sesibuk mana Appa awak atau sejauh mana pun dia berada.. dia tetap akan balik.. Keluarga awak selalu sahaja meriah walaupun awak hanya ada dua orang beradik.. Tak macam saya..".

       Ahra tersenyum tawar mendengar kata-kata Myungsoo "Mungkin apa yang awak kata tu betul.. Tapi dulu.. Appa pun sama jugak.. Sampailah saya ditimpa kemalangan.. Appa berubah.. Kalaulah saya tak ditimpa kemalangan dulu.. Mungkin saya boleh jumpa dia sekali dalam 2 tahun.. Sebab Appa suka bekerja..".

       Selepas ayatnya habis, Ahra terus menukar nada suaranya kepada ceria sambil menampar kuat belakang Myungsoo " Tapi kan! Awak kira bertuah lah! Awak ada ramai kawan! Saya ni selalu berpindah~ Sorang kawan pun tak ada~ Sampailah saya jumpa awak semua~ Dan Yeongja~ Hidup saya berubah serta merta tau~ Cemburu saya dengan awak~".

       Myungsoo  menggerang kemudian ketawa kecil "Awak ni kan Ahra kalau dah excited memang over guna tenaga kan? Sakit lah! Adoii~".

       Ahra ketawa lalu mengusap sedikit belakang jejaka yang dicintai itu " Hehe Mianhae~ mianhae~ Saya memang macam ni kalau excited~ Sebagai tanda maaf saya nak tolong awak tanam bunga tulip Omma awak~ Call?? (setuju) sebab saya tahu~ bila saya menampar memang sangat sakit~ Mungkin belakang awak dah berbirat~".

       Myungsoo terus ketawa besar "Aduhhh terasa panas belakang saya ni! Memang dah sah berbirat~! Okay! Call! Awak jangan mungkir janji pulak ya~ Kita buat hujung minggu ni!".

       Ahra menghabiskan Latte yang berada di tanganya lalu mencampakanya ke dalam dustbin seperti yang dilakukan Myungsoo " Eh! Saya pulak? Awak tu kalau tak ada kat rumah kalau saya datang nanti! Saya colour kan motor awak dengan warna pink~! Siap bonus sticker Hello Kitty~".

       Mereka berdua ketawa semalaman pada hari itu. Pelbagai kisah mereka kongsikan. Pengawal-pengawal mereka yang berada di luar bilik juga turut gembira mendengar tuan dan cik muda mereka ketawa. Dan mereka berharap gelak ketawa itu akan kekal..gelak ketawa yang tak akan berubah kepada tangisan..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~