Will We Be Distance?
You Are My MiracleMyungsoo menghantar Ahra balik. Sepanjang perjalanan itu mereka berdua hanya mendiamkan diri. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Ahra, Myungsoo mematikan enjin motornya. Ahra turun secara perlahan lahan. Wajah mereka berdua merah. Myungsoo membantu Ahra menanggalkan topi keledarnya. Wajah gadis itu merah padam. Tangannya bertukar sejuk. Aduh apa nak buat ni! Nak cakap apa ek?? Haishhh!! Ahra menelan air liur. Dia memandang kakinya tepat.
Ahra mula menggomel dalam hati ' baik kau blah Ahra! Tak sanggup lagi nak jadi tunggul depan budak hot ni! '
Ahra terus berpaling lalu melangkah pergi! Hatinya tak habis habis bergumam dari tadi! ' Malu! Malu! Malu! Malu!!! '
Di saat Ahra ingin melangkah masuk ke dalam pintu pagar, Myungsoo memanggilnya " Ahra ".
Rasanya jika jantung boleh meletup, Agaknya ini kali ke sepuluh jantungnya meletup! Gila betul Myungsoo malam ni! Ahra berhenti melangkah kemudian berpaling " Ap-Apa..? ".
Comments