The 7 Phoenix

You Are My Miracle

Sinar matahari memancar menerusi jendela. Kelihatan sekujur tubuh sedang nyenyak diulit mimpi di atas tilamnya yang empuk. Dia bergerak sedikit apabila sinar matahari terpancar pada mukanya. Dia membuka sedikit matanya. Tetapi di saat matanya mula kuyu hendak tidur semula, Masuk seorang wanita yang berada dalam lingkungan pertengahan umur sambil bercekak pinggang manakala sebelah tanganya memegang senduk. Wanita itu benar-benar marah

         " Kim Ah Ra! sampai bila lagi kamu hendak tidur?! Matahari sudah naik! cepat bangun kalau tidak kamu akan terlambat hari pertama kamu bersekolah! ". Leter wanita itu.

Ahra bergerak sedikit lalu membetulkan posisi tidurnya. Dia tidur secara meniarap sambil memeluk bantal peluknya, merungut kepada wanita itu.

         " Omma~ Slow down okay? I'm still tired from arranged all the books yesterday! My class start at 7:30~ ". Jawab Ahra sambil menarik selimut menutupi mukanya.

         Ibunya betul-betul marah sambil mengetuk punggung Ahra dengan senduk yang dipegang " Oh really? Look at your alarm clock! You're late! "

        Ahra yang sudah tidak tahan mendengar ibunya berleter menurunkan sedikit selimut ke mukanya lalu menjengukkan kepala. Matanya membuntang besar apabila jam menunjukkan pukul 7 pagi! " Oh ! I'm late! Kenapa omma tak kejut lebih awal?! ".

         Kali ini ibunya pula yang membuntangkan matanya " Oh now I'm the bad one? For your information I've tried to wake you up since 6 in the morning okay? ".

         Ahra ketawa sambil mengangkat kedua-dua belah tanganya " Araso~ araso~. Ahra yang salah. Anyway. Morning Omma ". Dia mencium pipi ibunya lalu mencapai tuala sambil meluru ke dalam bilik air.

        " Ermm. Morning~ cepat mandi tu! Omma dah siapkan sarapan! Uniform ada kat dalam almari! ". Jerit ibunya sambil menuruni tangga ke dapur. Ibunya perlu bergegas pada pagi itu kerana dia perlu mendaftarkan adik Ahra ke dalam tadika baru.

         Ahra membalas sambil menggosok giginya di dalam biik air " Nae! ".

Di dapur ayahnya sedang membaca surat khabar manakala adiknya, Kim Hana sedang makan roti bakar yang dibuat oleh ibunya. Tak lama kemudian Ahra muncul di dapur sambil menggalas beg sekolahnya. " Morning Appa! Morning Hana! ". Hana senyum sambil mengangkat tangannya. " Morning Unnie! ". Ayahnya pula ketawa " Looks like someone late! Appa dah cakap semalam, buku-buku itu biar Appa yang susunkan tapi kamu degil ". Ahra mencapai sekeping roti bakar lalu mencium pipi ayah dan adiknya " Don't wanna trouble you Appa~ Okay I'm going! See you in evening Appa, Omma and you too Hana ". Hana melambai kakaknya sambil memberi kata-kata semangat kepadanya. " Unnie! Hwaiting! ". Ahra tersenyum sambil menoleh ke arahnya lalu menggengamkan penumbuk " Hwaiting! Bye everyone! ". Dia terus berlari keluar dari rumahnya. Dia berlari menuruni bukit lalu terserempak dengan jiran depan rumahnya sedang menyiram pokok bunga iaitu Kim Myung Soo. Dia ingin menegurnya tetapi jam di tangan sudah menunjukkan jam 7:15 pagi. Dia buat-buat tidak nampak Myungsoo memandangkan dia tidak mengenalinya tetapi di dalam hatinya timbul sedikit rasa kesal kerana Myungsoo betul-betul kacak! Selepas berlari beberapa minit dia tiba di sekolah barunya. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu melangkah masuk melalui pintu pagar. Pada ketika itu semua orang memandangnya! 

        " Ada apa-apa pada muka aku ke?? atau baju aku kotor?? uniform aku sama macam diaorang! Ah! biarlah! baik aku cepat! ".

        Sebaik sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah, seorang lelaki yang agak kacak berpakaian seperti guru menegurnya. " Maafkan saya. Tapi awak ni cik Kim Ah Ra ke? ". 

        Ahra tunduk memberi penghormatan " Ya! dan awak ini ialah? ". 

        Lelaki itu tersenyum manis sambil menghulurkan tangannya hendak berjabat tangan  " Selamat datang ke Seoul International High School. Nama saya Park Jung Min. Saya guru kelas awak. Tak sangka awak ni agak cantik orangnya ". 

       Ahra tersenyum sambil menjabat tangan cikgu Park " Gamsahamnida. Cikgu Park pon kacak orangnya ". Cikgu Park tersenyum sambil menunjukkan jalan. 

        " Mari ikut saya. Kita akan pergi ke kelas awak ". Sepanjang perjalannan ke kelas cikgu Park sempat menunjukkan beberapa tempat seperti Kantin, Makmal, Dewan dan lain-lain. Sampai di satu koridor cikgu Park berhenti. " Ini dia kelas awak 4 Ace. Awak tunggu di sini dulu ya. Biar saya masuk dulu. ".

        Ahra menggangguk faham " Baiklah cikgu ".

Sebaik sahaja cikgu Park masuk ke dalam kelas, Murid-murid yang membuat bising sebentar tadi terus duduk di tempat masing-masing lalu mendiamkan diri. Cikgu Park terus mulakan perkara yang hendak di sampaikan.

         " Baiklah, sebelum saya mulakan sesi pembelajaran hari ini, Kita ada rakan baru. Dia dari California dan baru berpindah ke negara ini 2 hari lepas. Dia yang sebelumnya menetap di sana terpaksa pulang ke kampung halaman kerana syarikat ayahnya yang berada di korea mengalami sedikit masalah ".

         Murid-murid di dalam kelas itu terus bersorak dan bergosip! " Whoahh~ ". " Eh, Aku rasa mesti dia kaya kan? ". " Apa pula yang tak kaya kalau ayah ada syarikat sendiri lepas tu menetap kat California! ". 

         Cikgu Park terus meredakan keadaan " Sudah! sudah! kalau nak dengar pendapat kamu semua seorang demi seorang esok pagi pon belum tentu habis! ". 

        Tiba-tiba seorang pelajar lelaki mengangkat tangan lalu bertanya " Cikgu! dia tu lelaki ke perempuan? ". 

        Cikgu Park terus menjawab " Dia perempuan ". Pelajar lelaki terus bersorak manakala pelajar perempuan pula mengeluh  " YEAY!!! ". " Alahh~ ".

         Cikgu Park tersenyum " Kamu semua ni tak baik memilih! Baiklah Ahra. Kamu boleh masuk ". 

Ahra yang berada di luar betul-betul gementar! Hatinya berdegup kencang! Tangannya pula berpeluh dan sejuk! Dia tertanya-tanya sama ada pelajar-pelajar kelas barunya itu akan sukakan dia. Ahra juga berharap agar dia diterima baik oleh rakan-rakan barunya. Ahra melangkah masuk dengan perlahan. Manakala murid-murid lelaki menanti dengan penuh harapan! Sebaik sahaja Ahra masuk ke dalam kelas, Para pelajar seolah-olah terpukau apabila melihat Ahra!

         Cikgu Park terus mengarahkan Ahra perkenalkan dirinya. " Baiklah Ahra Perkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan ". 

         Ahra menggangguk sambil tunduk memberi hormat " Annyeonghasaeyo~ Nama saya Kim Ahra. Selamat berkenalan ".

Semua pelajar terlebih gembira bertemu Ahra termasuk juga pelajar perempuan! " Selamat berkenalan Ahra! ". Di saat Ahra memandang seisi kelas, Dia ternampak Kim Myung Soo yang sedang memandang ke arahnya! Tetapi kemudian Myung Soo memandang ke arah lain. Baru dia teringat! Dia nampak Myungsoo menyiram bunga pagi tadi!

         Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila cikgu Park bersuara! " Hrmm... di mana kamu patut duduk ya??". 

Semua pelajar lelaki menjadi gila sambil menundingkan jari ke sebelah tempat duduk mereka! " Sini! sini! sini cikgu! ". Kemudian cikgu Park nampak satu tempat! " Hah! Di situ! Kamu duduk di sebelah Myungsoo ya? ". Ahra menggangguk " Baik, Terima kasih cikgu ". Di saat Ahra lalu diantara kedua-dua belah meja, Pelajar lelaki sedikit pon tidak mengalihkan pandangan mata mereka! Sambil berkata di dalam hati " Cantiknya~ ".

         Sebaik sahaja Ahra melabuhkan punggungnya ke atas kerusi, Dia terus menegur Myungsoo " Hai, Saya Ahra. Selamat berkenalan~ ". 

         Myungsoo hanya memandangnya dingin lalu menjawab " Erm. Myungsoo ". Selepas itu dia terus memandang ke luar tingkap. Ahra tersenyum kemudian pandang hadapan ke arah papan hitam.

Cikgu Park yang tiba-tiba mendapat panggilan terus berkata kepada murid-muridnya " Kamu semua! Saya ada mesyuarat mengejut pula pada pagi ini. Saya akan tinggalkan kamu semua dengan satu syarat jangan buat bising! Sunggyu! Tolong kawal keadaan ya? Kalau ada apa-apa cari cikgu ". Pelajar yang bernama Sunggyu itu pun menggangguk " Baiklah cikgu ". Sebaik sahaja cikgu Park keluar, Semua pelajar di dalam kelas itu berkerumun sekeliling meja Ahra!

         Salah seorang pelajar lelaki memperkenalkan dirinya " Hi, nama saya Lee Sung Gyeol~ Selamat berkenalan~ ".

         Ahra memberi senyuman yang manis kepada Sungyeol! " Hi, Sungyeol~ Selamat berkenalan juga ".

Hati Sungyeol berdegup kencang kerana dapat berbual dengan gadis secantik Ahra! Senyuman Ahra benar-benar membuat hatinya cair! Di saat Sungyeol sedang dilamun cinta, Dongwoo menolak dia ketepi lalu memperkenalkan dirinya pula!

         " Saya Jang Dong Woo! Saya single lagi~ Cik Ahra pon single ke? ". 

         Ahra tersenyum janggal! " Ya, Saya single Dongwoo ".

Pelajar lelaki semua bersorak " Whoaa~ ". Mereka semua menolak-nolak sesama sendiri kerana hendak perkenalkan diri Ahra kepada mereka! Tetapi terdapat beberapa murid yang hanya bersikap biasa dan memerhatikan gelagat rakan-rakan mereka daripada tempat duduk. Mereka semuanya pelajar lelaki! Mereka membuat keputusan untuk murid-murid lain habis memperkenalkan diri kemudian baru lah mereka akan mendekati Ahra! Mereka semua ialah Woohyun, Sunggyu, Sungjoong dan juga Hoya. Berbagai-bagai soalan yang ditujukan kepada Ahra membuatkan dia kelam kabut untuk menjawabnya!

         " Awak lahir di California ke? dah berapa lama awak menetap di sana? ". " Ibu bapa awak orang California ke? Tapi kenapa rupa awak macam orang Korea? ".  " Rumah awak di mana? Boleh ke kalau saya datang melawat? Berapa adik beradik yang awak ada? ". " Apa hobi awak? Awak ada telephone? Boleh ke kita tukar nombor? ". 

          Ahra tergagap-gagap hendak menjawabnya! " Nan..nanti awak semua! Saya akan jawab satu-satu! ".

          Woohyun terus bangun dari tempat duduknya untuk membantu Ahra! " Korang ni kalau ya pon, Satu satu la~ Dia takkan boleh jawab semua nya sekaligus! ". Dia dengan perlahan berjalan menuju ke tempat duduk Ahra yang dikerumuni para pelajar.

Tiba-tiba semua pelajar perempuan bersorak sambil memandang Woohyun " Whaaa~ Woohyun sangat Cool la~ Aaahh! Dia sangat kacak! ". Woohyun hanya tersenyum malah tidak perdulikan semua yang pujian yang dia terima.

          Ahra tersenyum manis " Terima kasih. Dan awak ialah? ".

          Woohyun tersenyum " Nama saya Nam Woo Hyun. Saya orang yang berpengaruh di dalam sekolah ini. Sekolah ini milik bapa saya. Saya juga ketua bagi kumpulan Phoenix. Kalau awak ada apa-apa masalah datang lah jumpa saya ".      

          Ahra menggangguk " Baiklah, Woohyun~ Dan kumpulan Phoenix ialah?? ". 

Woohyun terus memanggil kumpulannya " Weih korang! Meh sini! ". Sunggyu, Sungjoong, Dongwoo, Sungyeol dan Hoya datang ke arah Woohyun. " Ini ialah ahli kumpulan saya. Yang mata sepet ni namanya Kim Sunggyu. Dia ialah anak kepada pengarah filem yang terkenal, Kim Tae Woong. Dia juga berbakat dalam seni lakonnan. Flower Boy sebelah saya ni namanya Lee Sung Joong. Dia seorang pemain piano yang terkenal malah dapat anugerah daripada President Amerika, Barack Obama. Ibu bapanya merupakan pelakon dan pemain muzik yang terkenal di Korea. Yang ni pula awak dah kenal. Jang Dong Woo. Orang yang paling ceria antara kami. Dia seorang yang berbakat dalam bidang sukan. Terutamanya Bola Sepak. Dia akan pergi ke peringkat pemilihan untuk mewakili Korea ke sukan antarabangsa tak lama lagi. Ini pun awak dah kenal, Namanya Lee Sungyeol. Anak kepada jutawan terkenal yang memiliki gedung membeli belah seluruh dunia. Yang pakai cermin mata ni, Namanya Lee Howon. Tapi kami panggil dia Hoya. Dia yang paling pintar di antara kami. Ayahnya memiliki beberapa Hospital yang termaju di Korea. Dia paling pandai di dalam subjek Mathematic,Fizik,Biologi,Sains dan Kimia. Kalau awak nak tahu dia ni pelajar kesayanggan semua guru di dalam sekolah ni. Termasuklah Ayah saya. Dan akhir sekali, Ahli yang paling penting bagi kami, Kim Myung Soo yang duduk di sebelah awak tu. Dia berbakat dalam Bidang sukan juga pelajaran. Dia ialah cucu kepada President Korea. Ibu dan bapanya merupakan orang yang paling berpengaruh di Korea. Mereka juga memiliki beberapa syarikat yang terkemuka di seluruh dunia. Kami gelarkan diri kami 7 Phoenix! ".

          Beberapa orang pelajar perempuan bersorak " WHOAHH!!! ". Ahra tersenyum " Nampaknya awak semua ni hebat-hebat orangnya. Rasa segan pulak nak bergaul dengan awak bertujuh. Tapi saya rasakan awak semua ni macam tiru F4 dari Boys Over Flower je~ ".

         Woohyun ketawa sambil menggeleng kan kepalanya " Eh! mane ade! Diaorang tu yang tiru kami tau~ Kami Bertujuh dah berkawan sejak kecil. Lagipun Boys Over Flower tu hanya lakonan~ Kami ni betul-betul! ". 

         Ahra ketawa kecil " Hrmm~ betul juga cakap awak tu~ ". 

         Kemudian secara tiba-tiba Woohyun mendekatkan mukanya ke muka Ahra sambil bercakap " Tapi awak pon apa kurangnya kan? Cik Kim Ah Ra? . Ayah awak seorang Saintis yang terkemuka. Ayah awak selalu mencipta perisian yang terbaru untuk teknologi dan juga robot. Ayah awak pemilik syarikat yang menjadi pembekal alatan terbaru ke seluruh dunia. Ibu awak pula seorang pelukis terkenal. Malah mempunyai beberapa galeri yang berprestij di negara-negara besar seperti Amerika, China, Jepun, Australia dan lain-lain. Dengar nya awak juga berbakat dalam pelbagai perkara. Handal dalam taekwando, Seni lukis yang hebat, Pemain violin yang handal, Penari Balet yang berbakat, Malah seorang Chef dan boleh bertutur dalam  7 Bahasa Asing iaitu, Perancis, Jepun, China, Thailand, Fiipina, Portugis dan bahasa Malaysia. Jika dicampur Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris semua sekali 9 Bahasa ". 

         Ahra tergamam seketika. Sementara semua pelajar di dalam kelas memandang Ahra dengan penuh perasaan kagum! .  "Kejap. Awak selidik latar belakang saya ke?? ".

         Woohyun tersenyum " Rasanya tak baik menipu kan? Jadi saya berterus terang dan jawapannya ialah ' Ya! ' ".

         Ahra memandang Woohyun hairan " Jadi apa yang awak nak dari saya? ".

         Woohyun tersenyum lalu menjauhkan mukanya dari Ahra " Memandangkan awak tinggal di depan rumah Myungsoo dan awak juga mempunyai latar belakang yang baik malah mahir dalam pelbagai perkara, Saya nak awak jadi salah seorang dari ahli kami ".

         Ahra menggelengkan kepalanya sambil mengeluh " Huh~ hari pertama tak sepatutnya macam ni~ Bagi saya sebab kenapa saya perlu masuk kumpulan Phoenix ni?? Dan apa pula kene mengena dengan kalau saya jadi jiran Myungsoo?? "

Woohyun memandang tepat pada mata Ahra " Seperti yang saya cakap tadi~ Faktor-faktor latar belakang awak, juga kemahiran awak yang menggagumkan. Kalau awak nak tau Banglo 3 tingkat yang ayah awak dah beli berharga 127 Juta Won tau! Itu merupakan satu lagi faktor yang bagus untuk awak jadi sebahagian dari kami~ Tidak lagi dinafikan yang awak ni kaya. Kalau awak tak nak jadi sebahagian dari kami menggunakan faktor tu, Anggap sahaja yang kalau kita berkawan, awak akan tolong mak dan ayah awak memajukan perniagaan melalui ibu bapa kami. Senang kan? ". 

         Ahra terus berfikir " Hrmm...nanti saya fikirkan...lagi pun, bukankah awak perlu mendapatkan persetujuan daripada ahli-ahli awak?? ".

         Woohyun tersenyum " Jangan risau, Kami dah bincang dah pun! Sebulan sebelum awak datang sini. Kami dah selidik semuanya pasal awak. Dan ahli-ahli saya tiada masalah tentang awak.. Mereka setuju. betul kan korang? ". Tanya Woohyun kepada ahli-ahli kumpulannya. 

         Sungjoong mengelipkan sebelah matanya " Masuk lah kumpulan kami Cik Kim! Gerenti seronok punya! ". Sementara ahli-ahli lain menggangguk kan kepala mereka dengan bersungguh-sungguh kecuali Hoya dan Myungsoo. Hoya hanya tersenyum manakala Myungsoo pula hanya meletakkan kepalanya dia atas meja dan tidur dari tadi selepas para pelajar mengerumuni Ahra. Dia sedikit pon tidak bercakap dan mengendahkan Ahra dan ahli-ahli lain seolah-olah tiada apa yang berlaku.

        Ahra tersenyum " Baiklah, Biar saya fikirkan tentang hal ini dulu. Esok pagi saya akan bagi tahu keputusannya ". Kesian pula Ahra tengok pada pelajar-pelajar lain yang bertanyakan soalan kepadanya tadi. Dia belum jawab lagi soalan mereka! Ahra pon memberi tahu kepada pelajar-pelajar lain " Awak semua yang menanyakan soalan kepada saya tadi, jom la ikut saya pergi makan, nanti saya akan jawab semua soalan ".

Para pelajar lelaki dan perempuan bersorak gembira lalu mengikut Ahra dan kumpulan Phoenix menuju ke kantin. Para pelajar dari kelas-kelas yang lain semua memandang mereka! Tetapi yang menarik perhatian mereka semua ialah ahli-ahli Phoenix dan juga perempuan cantik yang bersama mereka, iaitu Ahra. Kemudia Ahra perasan sesuatu yang Myungsoo tidak mengikuti mereka. 

         Ahra pon bertanya kepada Woohyun " Ermm...kawan awak tu, tak ikut awak makan ke? yang tidur tadi ".

        Woohyun tahu yang Ahra sedang bertanya mengenai Myungsoo " Ohh~ maksud awak Myungsoo ya? Dia tu memang macam tu. Dia cuma akan makan bila dia mahu. Saya rasa, mungkin dia tak lapar lagi. Dia tu seorang yang agak dingin. Dia pon jarang senyum.Tapi sebenarnya dia baik dan penyayang orangnya. Saya minta maaf bagi pihak dia kalau dia ada buat awak terasa. Memandangkan awak dan dia dah jadi jiran, Tak lama lagi awak akan biasa lah dengan dia ".

         Ahra menggangguk " Ohh~ begitu ke? ".

Woohyun tersenyum. Tak lama kemudian, mereka sampai ke kantin. Sebaik sahaja ahli-ahli Phoenix sampai di sana, Semua mata-mata tertumpu pada mereka seolah-olah mereka itu Malaikat yang turun dari langit! Para pelajar di sekolah itu betul-betul kagum dengan mereka semua! Bukan sahaja mereka memiliki wajah yang tampan dan kaya, malah mereka semua juga berbakat dalam pelbagai bidang. Apabila tiba di satu sudut, Ahra nampak satu meja yang agak besar. Tetapi tiada sesiapa yang duduk di situ. Malah tiada pelajar pun yang berani mendekati tempat tu. Woohyun terus menyuruh Ahra duduk di situ. Sebaik sahaja Ahra duduk di tengah, Woohyun dan Sungjoong duduk di antaranya sementara Hoya Dongwoo, dan Sunggyu duduk di hadapan menghadap mereka. Sementara Sungyeol pergi beli roti untuk ahli-ahli Phoenix dan Ahra. Pada hari itu ahli-ahli Phoenix tidak ingin makan makanan yang mewah-mewah tetapi hanya ingin makan roti dan susu segar. Ahra pula hanya bersetuju apabila Sungyeol mencadangkan untuk makan makanan yang sama seperti mereka. Murid-murid yang mengekori mereka tadi mengerumuni mereka untuk mendengar Ahra menjawab soalan-soalan yang ditujukan tadi. Bagi murid-murid lain mereka sudah cukup beruntung kerana dapat memasuki ' zon VIP/Popular ' di mana ahli-ahli biasa melepak dan makan. Tiada sesiapa pun yang berani duduk di tempat kosong milik Myungsoo walaupun dia tidur di dalam kelas. Woohyun yang memang merancang untuk Ahra makan di ' meja ' mereka, telah menyediakan kerusi yang ke -8 untuk ahli baru pada pagi tadi. Tidak lama kemudian Sungyeol kembali dengan makanan lalu mengagihkan makanan kepada ahli-ahli Phoenix dan Ahra.

        Budak lelaki yang menanyakan soalan tadi terus mengulangi soalan yang diajukan tadi. " Awak lahir di California ke? Dah berapa lama awak tinggal di sana? ".

         Ahra menggangguk " Ya, Saya lahir di sana. Saya dah tinggal di sana sejak saya lahir, Sampai lah saya berpindah ke sini iaitu 2 hari lepas ".

        Selepas itu, seorang budak perempuan pula mengulangi soalannya tadi " Ibu bapa awak orang California ke? Tapi kenapa muka awak seperti orang Korea? ".

         Ahra menjawab soalan yang diajukan " Tidak, mereka berdua orang Korea. Mereka cuma menetap di luar negara kerana berkerja ".

         Pelajar-pelajar yang lain terus menyambung bila soalan pelajar yang lain telah dijawab " Rumah awak di mana? Boleh ke kalau saya datang melawat? Berapa adik beradik yang awak ada? ".

        Ahra ketawa kecil " Saya ada 1 adik perempuan. Kalau masuk saya jadinya 2 adik beradik. Seperti yang awak dengar tadi, Rumah saya di hadapan rumah Myungsoo. Kalau pasal melawat, Saya kene tanya Omma saya dulu ".

        " Apa hobi awak? Boleh ke kita tukar nombor? ". Tanya seorang budak lelaki sambil malu-malu.

         Ahra tersenyum mempamerkan gignya yang putih. " Hobi saya melukis. Maaf, tapi saya hanya bagi nombor telifon kepada orang yang saya betul-betul kenal sahaja. Mungkin saya akan bagi lepas saya betul-betul kenal awak ".

Wajah pelajar lelaki itu berubah kepada merah padam apabila melihat senyuman Ahra! Dia malu dan bahagia pada waktu yang sama! Secara tiba-tiba Ahra terpandang seorang pelajar perempuan yang agak besar badannya sedang makan berseorangan. Pelajar itu seolah-olah teragak-agak ingin berjumpa Ahra. Dia juga mengelak daripada matanya bertemu dangan mata Ahra. Mungkin dia malu kerana dia berbeza daripada pelajar-pelajar perempuan yang lain kerana dia yang paling berisi di antara semua.

         Ahra pon bertanya kepada Woohyun. " Hei. Pelajar perempuan yang sedang duduk di sana tu. Siapa dia? ".

         Woohyun memandang pelajar itu sambil makan rotinya. " Oh! maksud awak Lee Yeong Ja ke?? Dia tu salah seorang ahli kelab Taekwando. Dia suka bersendirian dan seorang yang panas baran. Dia pon salah satu pelajar kelas kita. Dengar kata semalam dia pukul seorang budak lelaki sampai parah sebab mengejek dia ". 

         Belum sempat Woohyun menyambung ayatnya, Dongwoo memotong sambil berbisik kepada Ahra " Lebih baik awak jauhkan diri daripada dia kalau tak nak cedera. Saya pon takut nak berdepan dengan dia! ".

Pelajar-pelajar lain serta ahli-ahli Phoenix mengganggukan kepala mereka. Ahra sedikit pon tak kisah mengenainya malah dia bangun lalu beli satu kotak susu segar kemudian duduk menghadap pelajar yang bernama Lee Yeong Ja itu. Pelajar-pelajar lain terperanjat besar begitu juga dengan ahli-ahli Phoenix!

        Hoya memandang ke arah Ahra lalu melambaikan tangannya menyuruh Ahra untuk kembali ke tempat duduk mereka. " Ahra! apa yang awak buat! mari sini! ". 

       Ahra sedikit pon tidak memperdulikan kata-kata Hoya malah dia mulakan perbicaraan antara dia dan Lee Yeong Ja sambil memberi susu segar yang dia beli tadi kepadanya. " Hai. Nama saya Kim Ah Ra. Selamat berkenalan. Apa nama awak? ". 

       Yeongja memandang Ahra malu " Nama saya Lee Yeong Ja ".

       Ahra tersenyum " Yeongja. Saya seorang pelajar baru di sini. Nak tak kalau awak jadi kawan saya? ".

       Secara tiba-tiba riak wajah Yeongja berubah. Malah dia marah sambil menunding jari ke arah Ahra! Dia merasakan bahawa Ahra hanya ingin mempermainkannya seperti pelajar-pelajar lain! " Awak jangan nak tipu!!! Awak sebenarnya cuma nak mempersendakan saya je kan??! Selama ini tiada siapa yang nak jadi kawan saya kerana saya ni hodoh dan berbadan besar!!! Awak ni tak jauh beza dengan budak lelaki yang mengejek saya semalam!!! ". Yeongja mula mengepal kan penumbuk lalu mengangkat tangannya ingin menumbuk Ahra!

Seluruh pelajar di kantin menjadi cemas dan tak tentu hala! Kalau Ahra terkena tumbukan Yeongja, Ahra mungkin akan cedera parah! Dongwoo dan lain-lain bangun untuk menghentikan tumbukkan Yeongja! Tapi sebelum mereka sampai kepada Ahra, Mereka melihat sesuatu yang luar biasa di hadapan mereka! Ahra menghalang tumbukkan Yeongja dengan satu tangan sahaja! Malah sambil tersenyum manis! Yeongja sendiri terperanjat! Dari mana gadis sekecil Ahra dapat Kekuatan seperti itu?! Semua yang berada di dalam kantin itu masih tergamam! Sementara Myungsoo yang bersandar di sebalik salah satu dinding sambil memeluk tubuhnya tersenyum. Dia menyaksikan segala-galanya dari Woohyun dan lain-lain sampai ke kantin, sehinggalah ke saat itu. Kemudian dia berlalu tinggalkan kantin. Tiada seorang pun yang perasan dia di situ.

         Ahra yang menahan tangan Yeongja dari tadi terus mengusap tangan Yeongja dengan kedua-dua belah tangannya. Dia berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia melemparkan senyuman yang menenangkan hati kepada Yeongja lalu berkata " Kenapa awak jadi macam ni. Awak seorang gadis yang comel dan saya memang ikhlas hendak berkawan dengan awak. Awak tak ingin ke berkawan dengan saya? Situasi di sini mesti susah untuk awak selama ni kan? ".

        Secara tiba-tiba air mata Yeongja mengalir " Saya nak sangat berkawan dengan awak. Saya memang tak ada kawan selama 4 tahun saya sekolah di sini. Saya dijadikan bahan gurauan kepada pelajar-pelajar lain. Sebab itu kadang-kadang saya jadi panas baran dan pukul mereka. Tapi saya tak berniat untuk mencederakan mereka. Saya cuma mahukan seorang kawan. Tetapi oleh disebabkan tindakan saya, Mereka menjadi takut untuk dekati saya ".

       Ahra tersenyum lalu memeluk Yeongja " Jangan risau. Saya di sini sekarang. Jadi lah kawan saya Lee Yeong Ja ".

      Yeongja mengesat air matanya lalu membalas pelukkan Ahra sambil mendukungnya lalu berpusing dengan gembira!     " Akhirnya! saya punyai seorang rakan! ".

Ahra ketawa bersama-sama Yeongja. Para pelajar yang berada di kantin bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan dengan mata mereka! Kim Ahra, Pelajar baru yang cantik, baru sahaja menjadikan gadis yang paling kuat di sekolah sebagai kawan perempuannya yang pertama dengan cara menahan tumbukan Yeongja yang kuat dengan satu tangan! Pelajar semuanya bersorak dengan kebolehan Ahra sambil meraikan mereka berdua yang baru sahaja menjadi kawan! Dia betul-betul hebat! Woohyun pula meletakkan tangannya di dagu sambil tersenyum " Siapa sebenarnya awak... Kim Ahra ".

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~