Meteor Shower

You Are My Miracle

Sebaik sahaja mereka semua selesai mendengar kisah Sungjoong, Pelajar-pelajar 4 Ace yang lain mula berkongsi kisah misteri mereka bersama-sama. Mereka semua sungguh gembira sehinggakan gelak ketawa mereka bergema di kawasan perkhemahan itu! Hari semakin larut malam dan akhirnya mereka semua tidur pada pukul 12 tengah malam akibat terlampau seronok bercerita! Dan sudah tentu cikgu Park mengalami masalah untuk melelapkan mata! Habis semua rakan sekerjanya diganggu kerana dia takutkan Haneul! Di saat semua pelajar masuk ke khemah masing-masing, Ahra sempat mencari kelibat Myungsoo di tapak perkhemahan pelajar lelaki! Alangkah bagusnya kalau dapat lihat wajah Myungsoo sebelum tidur~ Dijamin pasti akan dapat mimpi indah malam itu!

      Di saat Ahra meninjau-ninjau sekeliling mencari kelibat Myungsoo secara tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang membuatkan dia terkejut! " Hei Biskut! ".

      Jantung Ahra berdegup kencang! Dia kenal akan suara itu! Ahra pun berpaling! " Myung...! Myungsoo! Awak buat apa kat sini??! Semua pelajar dah nak tidur! ".

      Myungsoo mengeluh panjang " Itu saya tahu lah~ Awak ingat saya nak sangat ke datang sini?? Saya nak pulangkan tapauwae ni dekat awak! Awak ingat saya boleh makan tapauwae ni sekali ke?? Kenapa tak ambik tadi?? ".

      Ahra terus mengambil tapauwae yang dihulur Myungsoo sambil menggarukan kepalanya " Mianhae... Tadi... Saya ingat tak nak ganggu awak makan... Jadi saya pun... ".

      Myungsoo terus memusingkan badannya kemudian berlalu pergi. Sebelum dia masuk khemah, Myungsoo sempat berpaling ke arah Ahra lalu menutup zip khemahnya. Ahra mengeluh panjang! Dia mengetuk-ngetuk kepala kerana lupa mengambil bekas tapauwaenya selepas Myungsoo makan! Agaknya Myungsoo perasan tak yang dia meninjau-ninjau kelibatnya di tapak khemah pelajar lelaki??! Kalaulah Myungsoo nampak apa yang dia buat tadi!! Memang dia tak boleh bayangkan betapa malunya dia kepada Myungsoo! Memang padanlah dengan muka dia kerana nak sangat melihat Myungsoo sebelum tidur! Ahra yang tengah serabut terus membawa tapauwae yang dipulangkan Myungsoo tadi masuk ke dalam khemah! 

      Lama kelamaan, Semua pelajar dan guru-guru pembimbing tertidur. Mereka semua tidur di dalam keadaan tenang begitu juga dengan cikgu Park. Malam itu, mereka harus dapatkan rehat yang cukup kerana esok pagi semua pelajar 4 Ace harus memberi sepenuh perhatian kepada hasil seni yang akan mereka hasilkan. Agaknya, Esok pagi macam mana Ahra dan Myungsoo akan bekerjasama sebagai satu pasukan??

Tidak lama kemudian, Sinar pagi pun tiba. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 7 pagi tapi Ahra dah pun bangun meninggalkan Yeongja yang masih diulit mimpi di dalam khemah. Ahra menghirup udara segar gunung Jirisan. Dia berjalan-jalan meniti batu bata yang tersadai di tepi air terjun. Cuaca amat cerah pada hari itu. Walaupun masih pukul 7 pagi, Ahra masih boleh nampak dasar jeram yang mengalirkan air jernih. Ahra tersenyum gembira sambil memasukkan kakinya ke dalam jeram. Amat sejuk rasanya. 

        Di saat dia bermain-main air dengan kakinya secara tiba-tiba Ahra nampak sepasang kaki bersebelahan dengan kakinya! Ahra terperanjat lalu mengalihkan pandangannya ke kiri! Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Myungsoo sedang memandang ke arahnya! 

       Ahra terperanjat besar dan hampir-hampir sahaja jatuh ke dalam tasik! " Myung...! Myungsoo...!! ".

       Myungsoo ikut bermain air dengan kakinya " Apa yang seronok buat macam ni sampai awak tersenyum macam tu?? ".

       Ahra terus kehilangan kata-kata! " Se...! Sebenarnya saya! ".

       Belum sempat Ahra menghabiskan ayatnya terus Myungsoo mencelah! " Oh ya! Untuk makanan semalam~ Terima Kasih~ Walaupun tak berapa sedap! ".

       Ahra terus menundukkan kepala memandang kakinya yang semakin pucat kerana dibiarkan terlalu lama di dalam air jeram yang sejuk " Sama sama... ".

       Myungsoo ketawa kecil " Saya cadangkan lebih baik awak keluarkan kaki awak daripada air. Kaki awak dah semakin pucat. Darah tak dapat mengalir pada kaki awak. Nanti kaki awak kejang ".

       Ahra mengangguk perlahan. Secara jujurnya dia berasa agak tersinggung kerana Myungsoo mengatakan yang masakan dia tak sedap " Yela... ".

       Ahra dan Myungsoo pun bangun dan mengeluarkan kaki mereka dari dalam air. Ahra yang berasa tersinggung terus bangun lalu cuba berjalan meninggalkan Myungsoo!

       Tetapi oleh kerana kakinya kebas, Dia terjatuh kemudian memegang kakinya yang sejuk! " Aduh sakitnya!! ".

       Myungsoo yang risau akan keadaan Ahra terus memeriksa kakinya " Awak tak apa-apa ke?? ".

       Kaki Ahra mengigil kesejukkan " Sejuknya! Ka... Kaki saya kejang! Saya tak boleh jalan ".

       Myungsoo terus cuba kaedah yang pernah diajar Hoya dulu untuk memulihkan kaki yang kejang. Myungsoo terus menekan-nekan tapak kaki Ahra " Awak dapat rasa apa-apa tak kalau saya buat macam ni?? ".

       Ahra mengeleng " Tak... ".

       Myungsoo cuba menekan dengan lebih kuat " Kalau sekarang pulak?? Macamana?? ".

       Ahra mengangguk " Ya... ".

       Myungsoo menghela nafas lega " Huh~ Nasib baiklah... Saya ingatkan serius tadi... Kaki awak terlampau sejuk! Darah tak boleh mengalir! Kan bagus kalau awak keluarkan kaki lebih cepat tadi! ".

       Ahra terus rasa bersalah " Mianhaae... ".

       Myungsoo terus menggosok-gosok kaki Ahra " Kaki awak akan elok tak lama lagi, Cuma kena tunggu panas je. Awak tunggu sini, Saya pergi carik tuala dan air panas! ".

       Myungsoo terus berlari meninggalkan Ahra pergi mencari air panas. Ahra tergamam melihat Myungsoo! Nampaknya dia telah berubah perangai sekali lagi! Padahal baru tadi dia mengatakan masakan Ahra tak sedap dan sekarang pula dia memulihkan kekejangan pada kaki Ahra!

        Selang beberapa minit Myungsoo kembali dengan sebaldi air suam dan tuala. Myungsoo dengan perlahan mencelupkan tuala itu ke dalam air panas kemudian menuamkan pada kaki Ahra yang kesejukkan.bAhra berasa sangat lega dan kakinya juga semakin pulih!

        Sedang Myungsoo asyik menuam kaki Ahra, Secara tiba-tiba Ahra menghentikan perbuatan Myungsoo " Sudah... Saya rasa saya dah boleh jalan... ".

        Myungsoo terus meletakkan tuala itu di tepi kemudian  membantu Ahra berdiri " Macamana?? Awak boleh berjalan?? ".

        Ahra mengangguk " Ermm... Terima Kasih ".

        Ahra berlalu meninggalkan Myungsoo... Sebenarnya dia agak gembira berbuat begitu kerana ingin membalas perbuatan yang Myungsoo buat pada dia malam semalam! Myungsoo dari belakang memandang Ahra sayu. Ahra berjalan dengan sedaya upaya untuk meninggalkan dia walaupun berjalan dalam keadaan yang terjengkot-jengkot! Nampaknya dia dah buat Ahra marah! Dan sekarang dia harus cari jalan untuk Ahra berhenti dari marah kepadanya. Ahra yang dah pulang kepada tapak perkhemahan tertinjau-tinjau mencari kelibat guru-guru pembimbing! Seorang pun tak ada! Takkan cikgu Minwoo pun masih belum bangun?? Sekarang dah pukul 8 pagi dan sarapan pun belum sedia! Macamana pelajar-pelajar lain nak makan nanti??

        " Jangan risau, Sarapan akan dihantar ke sini sekejap lagi~ ". Ahra terus terkejut! Tiba-tiba Woohyun berdiri di sebelahnya dalam keadaan tersenyum!

        Ahra yang seolah-olah baru nampak hantu tergamam! " Ma...! Macamana awak?! ".

        Woohyun tersenyum manis " Selamat pagi Ahra~ ".

        Ahra mengelengkan kepalanya sambil melangkah meninggalkan Woohyun " Pagi~ Kalau macam ni lebih baik saya buat dulu ".

       Woohyun hairan " Buat apa?? ".

       Ahra memalingkan kepalanya kemudian menunjuk kepada bunga yang mekar di tepi air terjun " Saya nak melukis dulu~ Kalau awak nak tau, Kalau kita nak lukis bunga, Kita kena lah buat pagi-pagi sebab masa tulah bunga mekar paling cantik! Saya ingatkan semua pelajar yang ditugaskan untuk melukis bunga akan bangun pagi~ Tapi cikgu Minwoo sendiri masih belum bangun! "

       Woohyun mengangguk " Awak nak saya teman tak?? ".

       Ahra mengeleng " Tak apalah~ Saya tak nak menyusahkan awak~ Walaupun saya nak! Lagipun tak selesa lah kalau melukis tapi awak merenung saya! Saya lukis lama tau! ".

       Woohyun ketawa " Awak ni ada-ada je lah! Kalau ada apa-apa panggil saya! Saya nak pergi kejutkan Dongwoo dan Sungyeol. Hoya dan Sungjoong dah bangun tinggal budak berdua tu je ".

       Ahra mengangguk kemudian berlalu menuju ke khemahnya sambil melambaikan tangannya ke arah Woohyun " Yelah! Saya pun nak pergi ambik kertas lukisan ngan alat-alat melukis saya! Bye Woohyun! Oh lupe! Slamat pagi! ".

       Woohyun tersenyum melihat Ahra " Comel betul~ ".

       Ahra yang dah dapat semua peralatannya mula melukis di seberang sungai. Dia cuba mencari kelibat Myungsoo di tempat tadi. Tapi tiada. Nampaknya Myungsoo dah menghilangkan diri lagi. Ahra terus menyelak kertas lukisannya lalu mula mencari bunga yang cantik. Tempat melukis Ahra nampak selesa kerana pokok bunga itu tumbuh betul-betul bersebelahan dengan pokok yang rendang! Ahra melabuhkan punggungnya di bawah pokok itu lalu terus melukis. Setengah jam berlalu dan sekarang Ahra sudah siap melukis dan kini dia perlu warnakan pula.

       Ahra mula mengeliat meregangkan badannya " Argghh~~ Penatnya~ ! Dah lah belum mandi... Agaknya Yeongja dah bangun ke belum ya?? ".

       Ahra meninjau-ninjau ke seberang. Zip khemah masih belum terbuka. " Agaknya mesti Yeongja masih belum bangun. Kalau macam tu... Aku warna dulu lah! ".

       Baru sahaja Ahra ingin mengangkat berus lukisan, dia mendengar Woohyun memanggil namanya " Ahra!!! Mari makan!! ".

       Ahra tersenyum " Ya!! Saya datang!! ".

       Sebaik sahaja Ahra sampai di sana, Mereka semua heboh pasal sesuatu! Ahra yang ingin tahu pun mula bertanya! " Woohyun, Apa yang mereka hebohkan ni?? ".

       Woohyun ketawa sambil memeluk tubuhnya " Awak tak tahu lagi ke?? Malam ni ada hujan tahi bintang lah! Dengar kata fenomena ni jarang berlaku di Korea tau! Jadi mereka semua merancang untuk pergi tengok atas gunung nanti... Kalau awak sudi... Awak nak tak pergi tengok dengan saya?? ".

       Ahra yang tak berapa dengar kata-kata Woohyun kerana pelajar heboh pun mengangguk " Oh~ Hujan tahi bintang ke~ ?? Huh?? Apa awak cakap tadi?? ".

       Woohyun ketawa " Saya tanya. Awak sudi tak tengok hujan tahi bintang tu dengan saya?? ".

       Wajah Ahra terus berubah merah! " Te... Tengok hujan tahi bintang dengan awak?? ".

       Sebelum Ahra menjawab Ahra menjawab pertanyaan Woohyun dia mencuri-curi pandang Myungsoo dahulu! Nampaknya Myungsoo sedang berbual dengan Hoya! " Ermm.... Boleh je! Kita kan kawan! "

       Woohyun tersenyum lebar " Yeke?? Tak sangka pulak awak sudi! Kalau macam tu... Kita naik gunung sama-sama nanti?? ".

        Ahra ketawa " Ya~ Woohyun~ ".

        Woohyun terus memegang lengan Ahra " Kalau macam tu kita breakfast dulu ya~ ".

        Ahra mengangguk " Erm! Jom breakfast! ".

Hati Woohyun berdebar-debar! Malam ni, Dia akan luangkan masa dengan Ahra! Cuma dia dan Ahra. Gadis yang dia cintai. Tapi kali ni dia perlu pastikan tiada apa yang akan menghalang dia! Di situ tidak akan ada panggilan kerja yang akan menghalangnya dan dia perlu mencari tempat dimana Myungsoo tidak dapat jumpa Ahra! Woohyun berasa agak sedih tadi kerana Ahra menerima pelawaaya sebagai kawan. Lepas ni dia pasti Ahra akan menerima pelawaannya sebagai kekasih pula!

                

 

 

        

 

 

       

       

       

 

 

     

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~