Lets Play A Game

You Are My Miracle

Woohyun kini sedang menunggu Ahra di hadapan rumah gadis itu bersama kereta Lamborginie kuning miliknya. Dia rasa betul-betul berdebar! Dia bangun betul-betul awal daripada biasa hari itu demi memastikan 'temujanji' dia dan Ahra sempurna. Dia menghabiskan berjam-jam masa di hadapan cermin untuk memastikan semuanya tiada cacat cela. Jam di tangan menunjukkan pukul 10 pagi dan Ahra telah menghantar pesanan teks memberitahu Woohyun yang dia sudah pun siap. Sebelum Ahra keluar dan menemuinya, Woohyun harus memsatikan yang dia betul-betul kelihatan segak. Sekali lagi dia berpusing lalu memandang ke arah cermin keretanya yang gelap. Dengan cahaya yang dipantulkan oleh cermin itu, Woohyun membetulkan rambut dan kolar bajunya. Sedang dia leka mengemaskan dirinya secara tiba-tiba dia ternampak bayangan Ahra berdiri di belakangnya! Woohyun terus tersentak lalu memusingkan dirinya kembali.

       Ahra yang melihat semua gelagat Woohyun tadi terus ketawa kecil "Apa yang awak buat tadi woohyun??".

       Woohyun yang tergamam dengan penampilan pada pagi itu terus sahaja terpaku. Pakaian Ahra tidaklah nampak melebih-lebih ataupun terlalu menjolok mata, Gadis itu hanya memakai blouse kuning parat lutut dengan sedikit riben padanya. Dengan make up ringkas dan juga hair clip yang tersemat kemas pada rambut panjang gadis itu sudah cukup untuk membuat hati Woohyun berdebar kencang.

       Ahra yang tidak sedar dengan keadaan Woohyun terus sahaja bercakap seorang diri sementara Woohyun masih lagi berada di dalam dunianya sendiri. "Awak pakai kereta Lam sekarang?? Mana Ferari awak??".

       Tiada balasan. Woohyun masih lagi terdiam. Menyedai keadaan itu, Ahra terus melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah jejeka itu "Woohyun??".

       Mendengar Ahra memanggil namanya, Terus Woohyun tersedar dari lamunannya "Eohh?? ouh..! Haha saya saja bawak kereta ni. Dah lama tak bergerak~ Tapi kan Ahra~ Awak nampak cantik hari ni. Comel sangat.".

       Ahra terus ketawa kecil sambil pipinya berubah kemerah-merahan sedikit "Terima Kasih~ Saya kan nak keluar berseronok~? Mestilah pakai cantik-cantik! Kalau selekeh hilanglah mood~ Awak pun apa kurangnya~ Awak nampak kacak betul hari ni Woohyun shii~ lain daripada hari-hari lain~".

      Kali ini Woohyun pula yang ketawa sambil menggosok-gosok lehernya "Jinjaa~? Woahhh~ terharu pulak rasanya bila awak yang puji~ Rasa bangga pun ada jugak~".

Mereka berdua terus bergelak ketawa di hadapan rumah Ahra. Tapi ada satu yang mereka tak tahu yang mereka sebenarnya sedang diperhatikan. Myungsoo sedang melihat segala-galanya dari tingkap biliknya. Dia meninjau sedikit dari langsir kemudian mengintip mereka. Ahra sedang ketawa dengan riang dengan lelaki lain membuatkan Myungsoo sakit hati. Ahra sepatutnya mempamerkan senyuman itu hanya kepada dia! Hanya dia seorang! Bukan kepada Woohyun ataupun mana-mana lelaki lain. Perkara ini memang betul-betuk tak boleh diterima Myungsoo. Dia teruskan memerhati gelagat mereka berdua sehinggalah Ahra secara tidak sengaja terpandang Myungsoo sedang mengintip mereka berdua. Apa yang terjadi semalam masih lagi segar di dalam ingatan. Myungsoo juga tahu yang Ahra nampak dia sebentar tadi tapi Ahra hanya buat tidak tahu kemudian mengalihkan pandangannya semula kepada Woohyun! Myungsoo mengigit bibirnya geram.

       Ahra yang tidak mahu Myungsoo turun dan menyertai mereka berdua terus mengajak Woohyun untuk pergi "Jomlah kita pergi Woohyun~ Nanti terlepas pulak semua keseronokkan~ Saya tak sabar nak naik Ice coaster!".

       Woohyun terus tersenyum manis. Dia dapat rasakan yang hatinya telah dipenuhi bunga-bunga yang mekar! "Araseoo~ Araseoo~ Khajaaa~".

       Woohyun terus membuka pintu kereta tempat duduk penumpang untuk Ahra kemudian berlari sedikit ke sebelah kereta. Sebaik sahaja beberapa saat Woohyun masuk ke dalam kereta, Mereka terus bergerak hilang dari pandangan Myungsoo. Api yang boleh membakar segalanya sedang membara di dalam hati Myungsoo kemudian dia terus mempamerkan senyuman jahatnya sambil menutup semula tingkap biliknya dengan langsir. "Jadi awak nak main permainan ni dengan saya ya Ahra?? Mari kita tengok siapa yang akan menang...!".

Myungsoo yang dipenuhi dengan kemarahan terus merancang sesuatu untuk kenakan Ahra. Myungsoo yang memang sudah selesai mandi terus menukar bajunya lalu menyapai jaket miliknya lalu menghantar pesanan teks kepada ahli-ahli Phoenix yang lain .

' Kita ada game hari ni. Siapa yang jumpa Woohyun dulu akan aku bagi sesuatu yang korang tak pernah bayangkan. Tapi kalau aku yang jumpa Woohyun dulu korang kena ikut cakap apa yang aku nak. Game starts now! '.

Sebaik sahaja semua ahli Phoenix dapat pesanan teks daripada awal pagi itu, terus mereka semua keluar rumah dengan keadaan tergesa-gesa! Bagi mereka, Jika Myungsoo sudah mulakan sesuatu seperti itu, Hadiah yang mereka dapat memang lumayan! Dan apa yang mereka paling nak ialah melihat Myungsoo tunduk dan akur dengan kata-kata mereka kerana selama ini tiada siapa yang berani menentang Myungsoo~ Jika menggunakan Woohyun sekali pun agak sukar untuk menewaskan jejaka dingin itu. Semua ahli Phoenix kini semuanya di dalam mood 'fighting' Mereka akan cari Woohyun sampai ke lubang cacing jika perlu! 

       Hoya kini sedang bergandingan bersama Sunggyu mencari Woohyun. Hoya yang sedang memandu terus mengalihkan pandangannya kepada Sunggyu "Hyung, Hyung rasa kenapa kita kena carik Woohyun?? Tak boleh ke kita call je dia leps tu tanya dia ada dekat mana? Agaknya apa yang jadi sampai Myungsoo suruh kita keluar carik Woohyun eh".

       Sunggyu yang belum puas tidur terus menggeliat kemudian menguap "Mollaaa.. Mungkin ada sesuatu yang jadi kot. Mana boleh call! Kalau call habislah kantoi. Kau bukan tak tahu si Woohyun tu. Lagipun kau nak ke si Myungsoo tu marah?? Budak tu kalau dah sekali marah bumi ni pun boleh terbalik tahu tak. Dah lah aku ni tak makan lagi. Aduhh.. lapar, lapar".

       Hoya yang mendengar kata-kata Sunggyu ketawa. Betul juga kata-kata Sunggyu tu. Kalau nak guna cara kerahkan orang bawahan untuk carik diaorang jadi macam tak adil pulak. Sementara si Myungsoo sedang menunggang motorsikalnya dengan laju. Bukan sahaja motorsikalnya yang laju meluncur. Tapi otaknya juga ligat berfikir. Di manakah Ahra dan Woohyun??? Dia mula berasa agak risau. Ahra belum mengenali Woohyun dengan sepenuhnya. Bukannya dia bermaksud untuk mengutuk sahabat baiknya itu. Myungsoo takut jika Woohyun betul-betul telah jatuh cinta dengan Ahra, Dia akan buat segalanya untuk mendapatkan Ahra. Termasuklah taktik yang kotor. Memang sebelum ini Woohyun tak pernah mempamerkan perangainya itu kepada sesiapa, Tetapi Myungsoo tahu. Perkara seperti ini bagaikan taman permainan bagi Woohyun. Selama ini Woohyun hanya pernah menggunakan taktik kotor di dalam bisnes hanya kerana pihak lawan menggunakan taktik kotor juga. Tetapi kalau Woohyun benar-benar telah terpengaruh, Dia mungkin akan buat perkara yang sama kepada Ahra walaupun gadis itu tak pernah berbuat apa-apa kepada dia.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~