Accept my confession?

You Are My Miracle

Jam ditangan menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Myungsoo mengalihkan pandangannya kepada Ahra yang sedang merenung langit yang dipenuhi bintang. Rasa sayang dan cinta mula menebal dalam hati jejaka itu. Ahra menghirup chocolate panas yang berada di tangannya. Angin sepoi-sepoi bahasa menyelak rambutnya lembut membuatkan hati Myungsoo berdebar. Mereka telah meronda satu bandar itu pada malam itu. Sekarang mereka berada di sungai Han. Lidah Myungsoo masih lagi kelu untuk menyebut perkataan itu. Tetapi inilah masa yang sesuai! Hanya mereka berdua berada di situ.

       Myungsoo berdehem " Ehemm..."

       Ahra yang hanya mengingatkan Myungsoo berdehem biasa tidak memperdulikan jejaka itu sebaliknya teruskan sahaja merenung air sungai Han yang tenang. Sekali sekala bunyi kereta yang sibuk dengan pergerakan dapat didengari walaupun jauh.

       Myungsoo terdiam kemudian berkata-kata di dalam hati 

       ' Tak kan dia x dengar kot..? '

       Myungsoo berdehem sekali lagi " Ehemm hemm.. ".

       Ahra yang leka tersentak seketika lalu mengalihkan pandangannya kepada Myungsoo. " Awak kenapa? ".

       Hati Myungsoo berdebar. " Ta-Tak ada apa-apa ".

       Ahra sekali lagi memandang ke hadapan sambil menghirup chocolate panasnya 

        Myungsoo memalingkan kepalanya sedikit kemudian mengigit bibirnya sendiri geram! Kenapa susah sangat nak cakap?! Myungsoo mencubit pipinya sendiri kuat. Ahra memandang Myungsoo. " Apa yang awak buat ni? ".

       Myungsoo dengan segera memandang ke hadapan semula sambil tersenyum " Tak ada apa~ Semut masuk baju~ ".

       Ahra hanya tersenyum kecil kemudian memandang ke hadapan semula " Yelah~ ".

       Myungsoo menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula membayangkan keadaan yang kelakar jika dia luahkan isi hatinya kepada Ahra. 

       PERISTIWA 1:

       *gigit bunga rose* *melutut depan Ahra* " Rose is Red, Violet is Blue, Our love is so true, I LOVE YOU! ". *Ahra pengsan*

________________________________________________________________________________________

       Myungsoo terus memejamkan matanya kuat! " Gila aku nak buat macam tu?! Jatuh maruah sebagai lelaki! ".

       Myungsoo mengeluh perlahan. Matanya ditutup sekali lagi membayangkan peristiwa yang lain.

       PERISTIWA 2:

       *Kemunculan dramatik naik helikopter* *hair flip* *wink* " Nak jadi girlfriend saya? ". *fireworks everywhere*

________________________________________________________________________________________

       Myungsoo mengetuk kepalanya perlahan sambil mengamuk di dalam hatinya " Apa yang aku fikirkan ni?! Makin melampau-lampau pulak! I mean! A HELICOPTER?! Aku ni nak ajak dia jadi girlfriend aku! Bukannya nak melamar! ".

       Sedang otak Myungsoo ligat memikirkan cara-cara secara tiba-tiba Ahra bersuara memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Ahra memanggil namanya sambil matanya masih merenung ke hadapan.

       " Kim Myung Soo.. ".

       Myungsoo terus memalingkan wajahnya lalu memandang Ahra. Hatinya berdegup kencang secara tiba-tiba. " I-Iya? ".

       Ahra memandang Myungsoo. Gadis itu tersenyum manis. " Awak rasa janggal ke sebab hanya kita berdua ada kat sini? Dari tadi saya tengok awak tak senang duduk ".

       Myungsoo mengeleng laju " Eh tak lah! Saya tak rasa macam tu pun. Entah kenapa badan saya terasa sengal sengal. Tu yang tak boleh duduk diam tu ".

       Ahra yang mendengar kata-kata Myungsoo terus sahaja percaya tanpa ragu ragu kemudian bangun dari tempat duduknya " Oh yeke? Mungkin sebab kita dah lama keluar, Jam pun dah pukul 1 pagi.. Mungkin kita patut balik sekarang ".

       Myungsoo mula kalut! Dia belum luahkan perasaanya lagi! " Ta-Tak! Saya okay! Mungkin kita patut luangkan lagi sikit masa? Kita ada masa lagi ni ". Kata Myungsoo sambil melihat jam tangannya.

       Ahra yang risaukan tentang jejaka di hadapannya itu terus mencapai beg galas dan coklat panasnya. " Aniyeoo tak apa~ Kita boleh lagi keluar lain kali kan? Kita ada banyak lagi masa~ ".

       Myungsoo turut bangun bersama " Bu-Bukan tu! Sebenarnya saya! ".

       Ahra terus sahaja bercakap sambil kakinya mula mengorak langkah ke arah motorsikal Myungsoo " Alah awak boleh cakap bila dah sampai rumah~ ".

Myungsoo yang hilang sabar terus memegang lengan Ahra kemudian menghempas badan gadis itu pada pokok yang berhampiran. Coklat panas yang dipegang Ahra terjatuh tertumpah di atas rumput. Ahra mengerang kesakitan akibat badannya dihempas. Perlahan lahan matanya dibuka dan dia nampak wajah Myungsoo! Degupan jantung Ahra menjadi tidak keruan! Begitu juga dengan Myungsoo! Jejaka itu merenung tajam anak mata gadis itu. Wajah Ahra sekarang merah padam kerana menahan malu. Dia cuba menarik tangannya daripada Myungsoo tapi jejaka itu menggengam erat tangannya! Jantung mereka berdua berdegup bagaikan akan pecah pada bila-bila masa! Bagi Myungsoo, Ini lah masa yang tepat! Dia akan luahkan perasaannya! Peluang ini tak seharusnya dilepaskan!

       Ahra memandang Myungsoo lalu menelan air liurnya " Aw-Awak buat apa ni??! ". 

       Myungsoo tidak memberi sebarang jawapan. Sebaliknya hanya pandangan tajam yang diberi. Ahra mula menjadi tidak keruan " Yaaaa Kim Myungsoo! Tak dengar ke saya cakap?! ".

       Myungsoo merenung anak mata gadis itu tajam " Kim Ahra. Dengar sini baik-baik. Saya hanya akan cakap sekali! Dan tolong jangan buat saya ulang! ".

       Ahra terkebil kebil memandang Myungsoo. Menunggu ayat yang bakal disebutnya. Agaknya apa yang Myungsoo ingin katakan kepadanya sehingga harus memperlakukan dirinya seperti itu? Penting sangat ke? Jantung Myungsoo berdegup kencang! Wajahnya kemerah-merahan lebih daripada apa yang Ahra biasa nampak! " Sebenarnya! ".

       Ahra membalas renungan mata Myungsoo " Sebenarnya? ".

       Myungsoo menyambung ayatnya tadi " Sebenarnya saya! Saya!"

       Ahra masih lagi menanti " Sebenarnya awak? ".

       Myungsoo memejamkan matanya erat kemudian dia menjerit sekuat hati " NAN NIGA JOAHAE KIM AHRA! "

Tetapi apa yang malangnya bagi Myungsoo, Pada masa itu ada feri yang lalu kemudian membunyikan honnya ingin memberi isyarat kepada perlabuhan yang mereka akan tiba sekejap lagi. Ahra terkebil-kebil memandang Myungsoo kerana tak dengar apa yang jejaka di hadapannya itu cuba sampaikan. Myungsoo pula tergamam! Dia akhirnya telah menyebut perkataan itu tetapi masalahnya dia pasti yang Ahra tidak mendengar apa-apa yang disebutnya!

       Ahra masih lagi memandang Myungsoo. Ingin mendengar ayat Myungsoo sekali lagi. " Apa yang awak cakap tadi? ".

       Myungsoo geram lalu mengetap bibirnya. " Saya cakap yang saya ni sukakan-! ".

       Lagi sekali feri yang lalu tadi membunyikan hon nya untuk kali kedua memecahkan keheningan dengan bunyi yang kuat! Ahra semakin keliru! Dia tak dengar apa-apa! Apa yang Myungsoo sukakan?? Ahra menggarukan kepalanya yang tidak gatal "Apa yang awak cakap tadi? ".

       Myungsoo menjadi marah " Ish Awak ni! Kan saya dah kata saya cuma akan ulang sekali! Saya dah ulang dua kali tau! Tak kan awak tak dengar?! Awak jangan nak malukan saya! ".

       Kali ni Ahra pula yang naik marah " Eh! Saya nak marah bukan sengaja! Saya tak dengar apa yang awak nak cakap sebab feri tu bunyikan hon! Yang awak nak marah-marah ni kenapa?? Awak yang nak cakap sesuatu! Bukannya susah sangat nak ulang balik! ".

       Myungsoo mengambil nafas dalam-dalam kemudian memandang Ahra seperti ingin menelan gadis itu menahan amarahnya. " Ini untuk kali yang terakhir! Dengar baik-baik! ".

       Ahra mengangguk perlahan. Telinganya dibuka luas luas bersedia ingin mendengar perkataan yang ingin diucap Myungsoo. " Saya! Sukakan! Aw-! ".

       Untuk kali yang ketiga feri tersebut membunyikan honnya. Ahra putus asa. Dia menyentap tangannya daripada gengaman Myungsoo " Sudah lah saya nak balik. Pertama, Awak bawak saya keluar lewat malam. Kedua, Saya tak tahu kalau omma dan appa saya akan marahkan saya untuk perkara ni. Ketiga, Hot Chocolate saya dah tumpah dan awak tak minta maaf pun. Dan yang keempat! Awak marah-marah saya di atas perkataan yang awak tak boleh nak sebut pun! Saya nak balik.. ".

       Ahra mula menggorak langkah ingin meninggalkan Myungsoo. Dia lebih rela balik jalan kaki ataupun menahan mana-mana teksi yang akan lintas daripada balik dengan Myungsoo yang panas baran!

       Sebelum sempat Ahra berjalan melepasi Myungsoo, Myungsoo bersuara " Kalau saya tak dapat ucapkan secara depan-depan, Saya harap awak dapat faham apa yang saya ingin cakapkan melalui cara ni! ".

       Lengan Ahra digenggam erat sekali lagi kemudian dia menarik gadis itu rapat dengannya lalu bibir mereka terkatup! Seolah olah masa terhenti tetapi hanya jantung mereka berdua yang berdegup. Wajah Ahra berubah merah habis! Gadis itu sangat terperanjat dengan tindakan Myungsoo! Myungsoo masih lagi menggengam erat pergelangan gadis itu. Adakah hari esok bakal berubah dengan peristiwa yang berlaku pada mereka berdua pada malam itu?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~