First activity

You Are My Miracle

Sebaik sahaja semua murid-murid dah turun dari bas, Mereka semua terus dikumpulkan oleh cikgu Minwoo. Pelajar-pelajar 4 Ace membuat barisan kemudian dibahagikan kepada kumpulan. Cikgu Minwoo terpaksa menyuruh pelajar-pelajarnya untuk memilih ahli kumpulan sendiri kerana mereka lambat sampai ke tapak perkhemahan dan mereka perlu memberi taklimat segera agar mereka tidak lari daripada jadual yang telah ditetapkan. Cikgu Minwoo berbincang sekejap dengan guru-guru lain sambil menyelak kertas-kertas yang berada di tangannya.

       Selepas mereka selesai berbincang, Cikgu Minwoo terus menepuk-nepuk tangannya meminta perhatian " Baiklah awak semua sila beri perhatian!! Memandangkan kita tiba di sini agak lambat, Awak semua kena pilih ahli pasukan masing-masing. Memandangkan kamu semua ada 25 orang, Cikgu nak kamu semua buat 5 kumpulan. Satu kumpulan 5 orang. Bentuk sekarang! ".

       Ahra terus melambai-lambaikan tangannya ke arah Yeongja! Dia ingin satu kumpulan dengannya! Tetapi belum sempat Yeongja membalas lambaian Ahra, Dia ditarik oleh Dongwoo, Sungyeol, Sungjoong! Nampaknya mereka mahukan Yeongja di dalam kumpulan mereka!

       Yeongja terus mengalihkan pandangan ke arah Dongwoo yang menarik lengannya " YAA! Saya nak satu kumpulan dengan Ahra lah! Kenapa awak tarik lengan saya??! ".

       Dongwoo tersenyum " Rileks lah teddy bear~ Biarlah Ahra satu kumpulan dengan Woohyun dan yang lain-lain! Bolehlah kita bersaing dengan diaorang! Saya pon dah lama tak bersaing dengan Myungsoo~ ".

       Yeongja memandang Ahra sambil mengelengkan kepalanya. Ahra tahu maksud itu. Tentu Dongwoo dan yang lain-lain nak Yeongja berada di dalam kumpulan mereka. Terpaksalah Ahra mencari teman yang lain.

       Sebaik sahaja Ahra berpaling Woohyun dan ahli-ahli Phoenix yang lain tersenyum kepada Ahra. Mereka ialah Myungsoo,Hoya,Woohyun dan Sunggyu! Woohyun melambaikan tangannya " Ahra! Kat sini perlukan satu lagi ahli~ Marilah sini! ".

       Ahra tersenyum kemudian mengangguk! " Ya! ".

Pelajar-pelajar lelaki yang lain merungut apabila melihat Ahra satu kumpulan dengan ahli-ahli Phoenix! Mereka ingin sekali Ahra berada di dalam kumpulan mereka! Tetapi mereka tahu yang Woohyun dan ahli-ahli Phoenix yang lain tak akan melepaskan Ahra! Sementara pelajar-pelajar perempuan yang lain berebut-rebut untuk masuk ke kumpulan Dongwoo yang mengiginkan seorang lagi ahli! Suara pelajar-pelajar perempuan yang bagaikan terkena histeria terdengar di seluruh kawasan gunung Jirisan! 

      " Oppa!! Oppa!!! pilih saya!! pilih saya!! ".

      " Oppa! Andwae! Pilih saya!!! Jangan pilih dia! "

      Dongwoo naik pening melihat semua pelajar perempuan yang ingin masuk kumpulannya! " Awak semua! sabar! sabar! ".

      Akhirnya Dongwoo terpaksa memilih salah seorang daripada pelajar lelaki. Jika dia pilih salah seorang pelajar perempuan, Takut pelajar itu akan disisih pula nanti.

      Setelah kelima-lima kumpulan dibentuk, Cikgu Minwoo terus beri satu lagi tugasan " Jika semua kumpulan telah di bentuk, Kamu semua silakan bagi nama untuk kumpulan masing-masing ya. Kemudian lantik ketua kumpulan. Ketua pula sila tulis nama kumpulan dan ahli kemudian bagi pada saya ".

      Pelajar-pelajar 4 Ace dengan segera melaksanakan tugas yang diberi. Woohyun dan lain-lain saling berpandangan. Siapa pula yang akan jadi ketua?? Woohyun atau Myungsoo?? Belum sempat Woohyun bertanya, Myungsoo terus bersuara " Kau jelah yang jadi ketua Woohyun. Aku malas lah ".

      Woohyun mengangguk setuju " Kalau itu yang kau nak. Aku Ok je. Ahra, Awak setuju ke kalau saya jadi ketua?? ".

      Ahra tersenyum manis " Saya tak kisah pon siapa yang jadi ketua Woohyun. Janji kumpulan kita ada ketua ".

      Woohyun terus mengalihkan pandangannya kepada Hoya dan Sunggyu " Korang berdua lak setuju?? ".

      Hoya dan Sunggyu menaikkan ibu jari mereka tanda setuju " Setuju!! ".

 Setelah keputusan dibuat Woohyun pun mengeluarkan sehelai kertas daripada beg yang digalasnya lalu menulis nama ahli kumpulannya. Bermula dengan Myungsoo hinggalah Sunggyu. Lama juga mereka fikir nama apa yang patut mereka letak, Tetapi setelah sekian lama berbincang, Mereka bersetuju untuk meletakkan nama ' INFINITY ' sebagai nama kumpulan mereka. Dongwoo dan lain-lain pula sedang memerah otak untuk mencari nama yang sesuai untuk kumpulan. Cemburu juga Dongwoo apabila dapat tahu yang Woohyun menamakan kumpulan mereka sebagai ' INFINITY ' kerana nama itu memang betul-betul cool! Sementara ahli-ahli kumpulannya asyik memberi nama yang membuat dia naik darah dan pening kepala!

       Tiba-tiba Sungyeol menjerit memberi cadangan! " Hah! Apa kata kita letak nama kumpulan kita ' Kembang Dan Semangkuk Geng ' amacam?? ok tak?? ".

       Yeongja terus mengetuk kepala Sungyeol " Dari mana awak petik nama tu Sungyeol?? Buruk ya amat! Saya lebih rela kumpulan kita tak ada nama daripada awak gunakan nama tu! ".

      Dongwoo dan Sungjoong bersetuju dengan kata-kata Yeongja " Kalau kau nak bergurau pun agak-agak lah~ Lebih baik kau letak nama ' Dongwoo Yang Hebat ' Ok sikit~ ".

      Beberapa saat kemudian Sungjoong dapat idea " Hah! Apa kata nama ' TEENS ADVENTURE ' ok tak?? ".

      Dongwoo terus menganggukkan kepalanya sambil menepuk-nepuk bahu Sungjoong " Wahh~ Sejak bila lak kau jadi pandai ni~ ?? Aku suka nama tu! Awak pulak Yeongja?? ".

      Yeongja mengangguk " Ya! Saya suka! ".

      Dengan nama ' TEENS ADVENTURE ' mereka terus melantik Dongwoo sebagai ketua lalu menulis nama dan beri kepada cikgu Minwoo. Setelah semua kumpulan dah bagi kertas dengan nama ahli dan kumpulan mereka, Cikgu Minwoo terus mengeluarkan arahan yang seterusnya.

Cikgu Minwoo terus menundingkan jarinya di kawasan yang terletak beberapa khemah yang telah siap dipasang " Di situ kalau awak semua dapat lihat, Ada beberapa buah khemah yang telah siap dipasang. Kawasan di sebelah kiri adalah kawasan murid perempuan dan kanan pula kawasan murid lelaki. Memandangkan khemah telah siap dipasang, Kamu semua hanya perlu pilih dan kemaskan barang-barang sahaja. Satu khemah 4-3 orang. Kamu semua boleh pilih khemah kamu sekarang. Lepas memilih khemah, Kamu semua boleh makan bekalan yang kamu bawa dan berkumpul di sini selepas 1 jam ".

         Ahra dan kumpulannya mengangguk faham. Agaknya apa yang perlu dibuat dulu ya?? Pilih khemah atau makan?? Ahra terus bertanya untuk mendapatkan kepastian “ Woohyun, Awak nak makan dulu ke?? Sebab saya rasa nak pergi pilih khemah dengan Yeongja ".

       Woohyun mengangguk setuju " Hrmm… Boleh jugak! Tapi saya rasa nak makan dulu lah sebab saya lapar sangat ni~ Awak pergi pilih khemah dulu, Saya dengan yang lain-lain tunggu awak dekat bawah pokok sana ya?? Kita makan sama-sama! Saya tak sabar nak rasa sandwich yang awak buat ni ".

        Selepas mendapat kebenaran daripada ketua kumpulannya, Ahra terus berlari ke arah Yeongja sambil mengendong beg yang berat! " Yeongja! Yeongja! ".

        Yeongja yang sedang berbual dengan Sungjoong terus berpaling ke arah Ahra apabila dengar namanya dipanggil " Ahra! ".

        Sebaik sahaja sampai di hadapan Yeongja, Ahra terus tercungap-cungap mengambil nafas. " Yeongja, Awak nak tak tidur satu khemah dengan saya tak??  Kalau awak nakjom kita pilih khemah! ".

        Yeongja mengangguk laju! " Mestilah saya nak satu khemah dengan awak Ahra! Jomlah kita pilih khemah! Kita pilih yang dekat dengan air terjun! ".

        Ahra terus mengaut lengan Yeongja lalu mengheret gadis itu pergi! Sungjoong dan lain-lain mengeluh panjang! Dongwoo mengelengkan kepalanya ketika melihat Yeongja dibawa pergi Ahra " Huh~~ Yeongja tu betul-betul bertuah kan?? Mana-mana dia pergi mesti Ahra nak ambik tahu~ Lagipun Ahra selalu peluk Yeongja~ Kan bagus kalau dia buat semua tu kat aku~ Teringin plak aku nak jadi perempuan~ Dapat satu khemah ngan Ahra~ Hehehe~ ".

       Dongwoo mula berangan perkara yang bukan-bukan! Sungyeol terus mengetuk kepala Dongwoo! " Aisshh!! Jinjja! Pemikiran kau ni memang kotor kan??! Aku bagi tahu Woohyun nanti! ".

       Sungjoong yang tak puas hati setuju dengan apa yang dikatakan oleh Sungyeol " Bukan kau tak tahu~ Dongwoo dari dulu memang macam ni~ Bagi tahu jerk at Woohyun~ ".

       Dongwoo tersengih " Hehehe yelah yelah~ Nan jinjja Mianhae~ ".

Sementara Sungyeol dan Sungjoong memberi syarahan kepada Dongwoo, Ahra dan Yeongja dah sampai pada khemah yang mereka pilih. Khemah mereka berwarna biru gelap dan agak besar. Ahra dan Yeongja terus meletakan barang-barang mereka di dalam khemah kemudian mengeluarkan bekal yang dibawa untuk dikongsi bersama Woohyun dan lain-lain. Mereka bergegas pergi kepada tempat Woohyun.

       Sebaik sahaja Ahra dan Yeongja sampai kepada Woohyun, Dia mula minta maaf " Sorry Woohyun sebab lambat! ".

       Woohyun tersenyum manis sambil mempelawa Ahra duduk " Tak apa~ Kami pun belum makan lagi. Jemputlah duduk ".

       Ahra dan Yeongja mengangguk lalu duduk. Mereka berdua mula membuka penutup tapauwe yang dipegang. Mata Dongwoo membuntang besar sebaik sahaja nampak biskut chocolate chip buatan Ahra! Dia gembira tidak terhingga apabila nampak biskut yang telah menjadi kegemarannya!

      Sebelum tangannya masuk ke dalam tapauwe yang dibawa Ahra, Sunggyu terus mengetuk kepalanya! " Isshh! Kau ni! Mana adab kau! ".

      Ahra ketawa melihat gelagat Sunggyu dan Dongwoo " Tak apa Sunggyu~ Makanlah kalau awak suka Dongwoo ".

      Dongwoo tersenyum lebar lalu menjelirkan lidahnya kepada Sunggyu " Weik~ Ahra bagi jer~ ".

      Sunggyu buat-buat tak nampak Dongwoo menjelirkan lidah kepadanya dan terus minum air yang dituang Ahra.

      Ahra ketawa kecil melihat mereka berdua lalu mencuba masakkan Woohyun! " Erm! Mashikaetta! Pandai awak masak Woohyun! ".

      Wajah Woohyun mula berubah kemerah-merahan " Yeke?? Baguslah kalau awak suka! Makanlah lagi! Saya memang buat banyak untuk semua~ Masakkan awak pun sedaplah Ahra! Gemuklah saya lepas ni~ ".

Di saat mereka semua sedang ketawa riang, Ahra mencuri-curi pandang kepada Myungsoo. Myungsoo yang tadi sedang menonton video kini sedang membaca buku pula! Myungsoo tak sentuh langsung bekal yang Ahra bawa! Ahra berasa sedikit sedih. Dia pandang ke bawah meja. Di tangannya dia sedang mengenggam saputangan yang Myungsoo beri kepadanya ketika dia menangis di bawah pokok dulu. Ahra masih belum pulangkan lagi. Sepatutnya dia pulangkan sehari selepas kejadian itu berlaku. Tetapi Ahra tak punyai keberanian. Walaupun jejaka itu duduk di sebelahnya setiap kali dia masuk ke kelas. Kali ni Ahra bertekad. Dia harus pulangkan saputangan itu kepada Myungsoo sebelum perkhemahan tamat.

       1 jam berlalu dan kini mereka sedang berkumpul di kawasan lapang yang mereka berdiri ketika mereka sampai tadi. Cikgu Daesung mula memberi arahan untuk aktiviti pertama mereka. " Baiklah. Kamu semua dah kenyang ke?? ".

      Para pelajar 4 Ace tersenyum riang sambil menyahut soalan cikgu Daesung " Ya~ ! ".

      Cikgu Daesung mula memberitahu cadangannya " Pada pendapat cikgu, Oleh kerana kita baru sampai di gunung Jirisan ni, Apa kata kalau hari ni, Kita tak payah melukis dulu! Kita rilaks~ mandi-mandi dekat airterjun and buat BBQ untuk makan malam!! Ok tak??! ".

      Semua pelajar terus jadi bersemangat lalu bersorak! " Yeay!!! ".

      Cikgu-cikgu yang membimbing kelas 4 Ace mula tersenyum lebar apabila mendengar pelajar-pelajar mereka bersorak gembira! Cikgu Jungmin terus menjerit! " Apa lagi!!! Semua! Serbu air terjun!!! ".

      Sebaik sahaja pelajar-pelajar dengar arahan cikgu Jungmin, Mereka semua terus lari bertempiaran untuk menukar baju! Ada yang dah berlepas melompat ke dalam air terjun tanpa menukar baju! Sungyeol pula yang memang teruja dari tadi terus mencapai pelampungnya yang belum diisi angin lalu meniup sehingga sesak nafas! Ahra dan Yeongja berlari masuk ke dalam khemah mereka untuk menukar baju sambil berpegangan tangan!

      Dongwoo yang mengambil kesempatan terus ikut Ahra dan Yeongja berlari masuk ke dalam khemah mereka sambil menjerit " Mari kita tukar baju~ !! ".

      Belum sempat Ahra dan Yeongja menjerit, Sunggyu dan Hoya masuk ke dalam khemah mereka berdua! Beberapa saat kemudian, Sunggyu dan Hoya keluar sambil mengheret Dongwoo dengan menarik telinganya! Dongwoo seakan-akan tinggal nyawa ikan dengan benjol di kepalanya! Mungkin diketuk oleh Hoya dan Sunggyu! Pasti rasanya 2 kali ganda sakit kerana Sunggyu dan Hoya mengetuk pada tempat yang sama dan pada saat yang sama!

       Hoya mengeleng sambil menepuk dahinya " Kau ni kan Dongwoo~ Memang tak boleh dibiarkan sekejap! ".

       Sunggyu mengangguk menyokong kata-kata Hoya " Kau ni kan~ Aishh! Jinjja!! Tak tau apa aku nak buat dengan kau ni! ".

       Dongwoo yang masih lagi melayang akibat hentakkan kuat oleh Sunggyu dan Hoya terus meracau~ " Happy Birthday to me~ Happy Birthday to me~ Namjaga sarang halttaen~ Twinkle-twinkle little star~ Cause Your My Destiny~ ".

       Hoya ketawa kecil " Aku rasa kita ketuk kuat sangat lah. Aku tengok budak ni macam dah gila je! ".

       Sunggyu terus mengeleng keras! " Eh! mana ada! Kau tak tau ke dia memang macam ni?? Kan masa kecik kepala dia terhentak dekat pintu! Kejap lagi elok lah tu~ ".

       Sunggyu dan Hoya ketawa sekuat hati mereka! Sementara mereka berdua mengheret Sunggyu masuk semula ke dalam khemah, Pelajar-pelajar yang lain dah bermandi manda di airterjun! Mereka semua betul-betul gembira! Ahra dan Yeongja juga sudah berlepas masuk kedalam air terjun! Ahra nampak agak y apabila rambut panjangnya basah~ Semua pelajar lelaki tercengang apabila nampak Ahra! Tetapi sebaik sahaja ahli-ahli Phoenix yang lain masuk ke dalam air terjun, Mereka semua mula menjauhi Ahra. Terutama sekali apabila mereka nampak Myungsoo dan Woohyun!

        Woohyun tersenyum manis apabila dia nampak Ahra yang melambaikan tangannya sementara Myungsoo pula berpura-pura tak nampak lalu memandang ke arah lain! Ahra berasa sedikit terasa! Kenapa Myungsoo tak seperti Woohyun?? Susah betul nak dekat dengan Myungsoo jika dia berperangai macam tu! Dah lah tadi dia tak makan bekal yang Ahra bawa! Dia juga tak makan bekal yang Woohyun dan lain-lain bawa! Ahra jamin selepas Myungsoo mandi dia akan mula mencari makanan! Mujurlah tadi dia ada tinggalkan sedikit makanan untuk Myungsoo. Kalau tidak mesti Myungsoo kelaparan.

        Sedang Ahra mengelamun tiba-tiba Sungyeol menjerit sambil melompat dari tebing dangan memakai pelampung kanak-kanaknya! " Canon Ball~ !! ".

        Pelajar yang berada di dalam air terjun habis basah! Ahra ketawa melihat gelagat Sungyeol sementara Yeongja pula mengepal-ngepal penumbuknya kerana dia tak ingin basahkan dirinya! Yeongja hanya ingin bersantai di tebing melihat Ahra berenang!

        Yeongja terus ' meletup ' lalu masuk ke dalam air terjun mengejar Sungyeol! " YAA! Lee Sungyeol!!! ".

        Myungsoo dan yang lain-lain juga dah habis basah! Sedangkan mereka semua belum masuk lagi ke dalam air! Myungsoo mengeluh panjang! Akhir nya mereka berenam masuk ke dalam air perlahan-lahan menuju ke arah Ahra.

        Ahra terus menegur mereka dulu " Awak semua sampai jugak akhirnya! Saya ingatkan awak semua tak nak mandi ".

        Sungjoong terus mempamerkan senyumannya yang manis sambil menyelak rambutnya " Mestilah kami mandi cik Kim~ Mana boleh lepaskan peluang ni! Terutamanya bila berdekatan dengan awak~ ".

        Ahra menggaru kepalanya yang tak gatal sambil mengangguk pada Sungjoong " Oh~ Yeke?? Hrmm~  ".

        Tiba-tiba Sunggyu bertanya " Wah! cantik betul rantai awak Ahra! Awak beli dekat mana?? Mesti mahal kan?? ".

        Ahra terus mengalihkan pandangan pada rantai yang tergantung pada lehernya " Oh! Rantai ni ke?? Rantai ni pemberian datuk saya... Rantai ni dia bagi masa saya kecil lagi... Rantai ni amat berharga pada saya... Datuk saya seorang yang suka mengembara... Dia kata pada Omma saya, Dia jumpa permata biru di dasar lautan ketika dia menyelam di London dulu... Jadi dia ambil batu permata ni dan jadikan rantai... Dan apabila dah siap akhirnya dia beri pada saya... Tapi sayangnya dia dah tak ada... Jadi rantai nilah yang mengingatkan saya pada dia selain daripada gambar-gambar lama saya dan datuk... ".

        Sunggyu terus rasa bersalah " Maafkan saya Ahra... Saya tak berniat nak... ".

        Belum sempat Sunggyu menghabiskan ayat Ahra memotong kata-katanya " Tak apalah Sunggyu~ Lagipun semua tu kisah lama~ Yang penting sekarang ni masa depan! Saya ada Omma, Appa, Hana, Yeongja dan awak semua! Dan itu sudah cukup untuk buat saya terus terus tersenyum! Jadi awak janganlah terasa pula Sunggyu!

        Sedang mereka berenam memandang Ahra sayu tiba-tiba Yeongja memanggil mereka " Ahra! Awak semua! Mari sini! Jom lah kita main sama-sama! Kita main siapa tahan nafas paling lama nak??! ".

        Ahra tersenyum lebar seperti tak ada apa-apa lalu melambaikan tangannya pada Yeongja! " Ya! Saya datang! ".

        Ahra terus menyelam dan berenang ke arah Yeongja kerana dia takut Myungsoo dan lain-lain nampak airmatanya yang dah nak mengalir keluar! Ahra sedikit pun tak sedar Myungsoo nampak keadaanya! Myungsoo hanya memandang Ahra simpati. Dia betul-betul tak suka nampak Ahra begitu. Dia berazam untuk mengukir senyuman pada wajah Ahra sepertimana dia telah berjanji pada ibu Ahra.

 

      

   

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~