I choose You

You Are My Miracle

Ahra dan Woohyun bergelak ketawa di dalam kereta yang menuju ke Iceland. Apa yang mereka tak tahu ialah, Myungsoo dan ahli-ahli Phoenix yang lain sedang mencari mereka bagaikan orang gila! Myungsoo yang berada di atas motor tak henti-henti memandang sekeliling mencari kelibat mereka berdua. "Di mana awak Ahra... Di mana...! ".

Sedang matanya melilau, Dia teringat sesuatu yang penting semasa mereka berkhemah di Gunung Jirisan! Dia nampak yang Woohyun menghulurkan tiket Iceland kepada Ahra! Myungsoo tersenyum puas kerana akhirnya dapat tahu di mana mereka berada. Ketika di selekoh, Myungsoo terus menghubungi Hoya "Diaorang ada dekat Iceland. Bawak yang lain-lain datang cepat. Aku dalam perjalanan". Sebaik sahaja perkataan itu dia terus mengakhiri panggilan tersebut lalu membawa motornya laju terus pusing lalu menuju ke Iceland.

       Pada waktu itu, Ahra dan Woohyun dan Ahra telah pun sampai ke Iceland. Sebaik sahaja masuk, tubuh mereka terus merasa sejuk! Woohyun terus membara Ahra ke tempat menyewa pakaian tambahan kemudia mereka mula segala permaian yang ada di situ. Ahra betul-betul rasa seronok sambil melihat sekeliling. Ramai betul orang di situ! Sedang dia melihat tiba-tiba dia tertarik dengan orang yang menjerit kerana menaiki roller coaster!

       Ahra terus menjadi seperti kanak-kanak lalu merangkul lengan Woohyun! "Woahhhh tu nampak seronok! Woohyun jom kita naik Ice coaster dulu!".

       Wajah Woohyun mula berubah kemerah-merahan! Hatinya mula berdebar "Ya...yalah..! Jom kita pergi~".

       Mereka berdua ketawa kemudian berlari ke arah orang ramai yang beratur. Walaupun ketika beratur, Ahra tidak melepaskan rangkulan pada lengannya membuatkan Woohyun mula tak keruan! Bagi menenangkan hatinya dia terus membuka topik perbualan dengan Ahra "Awak ni rupanya senang nak teruja ya Ahra~? Kalah anak saudara saya dengan awak~".

       Ahra ketawa kecil dan mengangguk " Yup~ Saya mudah teruja dengan perkara-perkara macam ni~ Tambah-tambah lagi kalau saya dapat pergi ke pantai~ Memang gila dibuatnyaa~!".

       Woohyun yang mendengarnya terus ketawa " Saya tak sangka pulak awak macam ni~ Menarik~".

        Kali ini Ahra yang leka melihat roller coaster tadi berpusing-pusing terus memalingkan mukanya kepada lalu melemparkan senyuman yang manis kepada Woohyun "Terima kasih~ Awak orang pertama yang panggil saya menarik~".

Di saat itu, Jantung Woohyun bagaikan berhenti berdegup melihat Ahra. Senyuman itu. Senyuman paling menenangkan yang pernah dia lihat. Dia terpaku di situ manakala Ahra terus sahaja memerhati roller coaster yang membuatkan penumpangnya tidak henti-henti menjerit. Senyuman gadis itu tak pernah lengkang walaupun sesaat. Setelah beberapa saat, Woohyun yang melihat Ahra tersenyum mula tersenyum bersamanya. Dia telah memutuskan. Yang Ahra akan menjadi miliknya tidak kira apa yang berlaku! Dia harus menjadi miliknya! Dia bukan seperti gadis-gadis lain. Menyembunyikan diri yang sebenar dan berpura-pura sopan santun. 

       Beberapa minit berlalu dan akhirnya tiba lah giliran mereka berdua, Woohyun ketawa melihat Ahra yang tidak henti-henti bercakap dan tersenyum. Comel sungguh gadis itu! Mereka pun duduk di dalam Ice coaster itu sambil juru keselamatan memastikan tali pinggang dan kit-kit keselamatan yang lain telah dipasang dan selamat untuk mereka bergerak. Setelah siap, Ice coaster pun mula bergerak. Di dahi Woohyun mula muncul, titik-titik peluh. Takut juga dia menaiki permainan itu. ' Macam mana Ahra boleh tak takut pula??? ' tanya Woohyun di dalam hati. Sampai sahaja di puncak, Ice coaster terus menuruni bukit dengan laju membuatkan Woohyun menjerit ketakutan manakala Ahra menjerit kegembiraan! Ice coaster terus berpusing-pusing membuatkan semua penumpang menjerit! Kenderaan itu meluncur laju membuatkan Woohyun rasa nak muntah! Tapi segera muntah itu ditahan kerana tidak mahu memalukan diri di hadapan Ahra.

       Setelah beberapa pusingan, Ice coaster pun berhenti. Ahra melompat keluar dari Ice coaster dengan gembira manakala Woohyun terhuyung hayang bagaikan zombie kerana menahan muntah. Ahra yang melihatnya pun haira "Eoh?? Awak kenapa Woohyun?? ".

       Mendengar Ahra menyebut namanya terus Woohyun berdiri tegak kembali kemudian mengusap-usap lehernya "Hehe tak ada apa~ Urmm.. Ahra.. Boleh saya pergi ke tandas sekejap?? Awak tunggu dekat sini ya? ".

       Ahra ketawa kecil kemudian mengangguk "Okay saya tunggu awak dekat sini~ Jangan lama-lama sangat ya? ".

       Woohyun mengangguk perlahan kerana menahan muntahnya lalu berpura-pura tersenyum "Baik lahh..".

       Ahra tersenyum kemudian biarkan Woohyun pergi mencari tandas. Sebaik sahaja Ahra berpaling ke ferai ice cream berdekatan, Woohyun terus berlari bagaikan dikejar anjing mencari tandas kerana dia betul-betul sudah tidak tahan! Sampai sahaja ke dalam tandas, Dia terus mengeluarkan segala yang ditahan sepuas hati. Kini kepalanya berdenyut! Woohyun mengurut tengkuknya kemudian dadanya. Memang gila! Macamana Ahra boleh tahan semua tu??? Dia berehat sebentar kemudian keluar mencari Ahra setelah rasa loyanya hilang. Sekarang, semangat dia untuk mendapatkan Ahra lebih menebal lagi!

        Ahra kini sedang berjalan-jalan sendirian sementara menunggu Woohyun. ' Agaknya ke mana lah si Woohyun ni pergi?? '. Gumam Ahra di dalam hatinya.

       Secara tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang lalu Ahra memusingkan badannya! Kemudian dia nampak Woohyun sedang tersenyum kepadanya " Lama ke awak tunggu? Mian~ ".

       Ahra cuma tersenyum kemudian menggeleng perlahan entah kenapa dia rasa Myungsoo ada berdekatan di situ. Hatinya kuat mengatakannya. Jantungnya juga berdegup kencang! Ahra terus memandang kiri kanan kemudian mengalihkan semula pandangannya kepada Woohyun " Tak apa lah Woohyun~ Bukannya lama sangat punn.. Lepas ni kita nak pergi mana??".

        Woohyun tersenyum kemudian memegang lengan Ahra. " Lepas ni kita pergi Ice world pulakk~ boleh main salji~ Mesti seronok~ ".

       Ahra yang mendengar perkataan salji terus lupa apa yang ia risaukan tadi apabila dia mendengar perkataan 'salji' itu! Memang salah satu perkara yang digemarinya dari kecil lagi! "Okayyy jom~"

        Woohyun terus membawa Ahra ke Ice World. Dia betul-betul tak boleh berhenti tersenyum ketika itu! Selangkah demi selangkah dia mendekati Ahra tanpa gadis itu sedari. Apabila sampai di Ice World, para pekerja yang bertugas semuanya mengenali Woohyun dan ingin memberi tunduk hormay kepada jejaka itu! Mana taknya! Ice land itu milik bapanya! Woohyun yang nampak mereka semua mula ingin memberi tunduk hormat terus memberi isyarat agar tidak melakukannya tanpa disedari Ahra! Para pekerja semuanya bingung melihat tuan muda mereka itu! Tetapi apabila mereka nampak Ahra terus mereka faham kemudian memberi galakan kepada Woohyun! Mereka tahu semuanya dari gaya senyum lebar yang terukir dari wajah anak majikan itu! 

Sebaik sahaja mereka sampai ke tempat untuk mereka menyewa baju sejuk dan segala peralatan, Mereka berdua terus pergi ke tempat persalinan untuk menukar baju. Woohyun yang siap dahulu teruskan menunggu Ahra. Setelah beberapa minit, Ahra berjumpa Woohyun semula. Mereka terus masuk ke dalam Ice World lalu bermain dengan salji. Senyuman Ahra yang sentiasa terukir di bibir membuat Woohyun terasa amat bahagia. Selepas bermain snowball, mereka berdua berhenti seketika lalu duduk di atas bench yg diperbuat daripada ice. 

       Ahra tersenyum sambil memandang Woohyun " seronok betul hari nih~ Lain kali kita datang lagi ya~? "

       Woohyun tersenyum manis lalu mengangguk " Okayy nanti kita datang sini lagi ya? Seronokkan~? ".

       Ahra terus sahaja tersenyum sambil mengangguk. Woohyun yang merasakan inilah masanya untuk dia bertindak, terus sahaja menaikan tangannya ingin memeluk bahu Ahra daripada belakang. Jantung woohyun berdegup kencang membuatkan dia rasa tidak keruan! ' Inilah masanya! Aku akan buat Ahra jadi milik aku! Hanya aku seorang! '.

       Di saat tangannya hendap menyentuh bahu Ahra, Secara tiba-tiba ada satu snowball meluru laju ke arah kepala nya dari belakang! " pukk! " .Woohyun, terperanjat lalu terus memalingkan kepalanya! " Aishhh..! Sapa pulak yang-! ".

       Kata-katanya terhenti di situ. Dia sekarang sedang memandang Myungsoo sedang memandang ke arahnya dengan satu lagi snowball di tangannya. Myungsoo tersenyum jahat " May i join you? "

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Chap 32 is here baby~ Do you guys think this will be the end? Just keep reading and please subscribe and leave your comment jsy~

Comments

You must be logged in to comment
princea2899 #1
Chapter 33: Author nim. .. jebal palli update. .. I can't wait. .. what will happend to Ahra? ?? Did Ahra accept Myungsoo? ?? ♡♥♡♥
Update soon. .. please update. .. ♡♥♡♥
scyaheeda
#2
Chapter 32: suspen betol citer ni.. author nim awk mmg hebat la blh buat citer yg mendebarkan..jjang~~
erasyazana_kookie
#3
Chapter 28: oh cara ni lmbt lg diorang nk couple,hhh ni suspen bru,relex2..tnggu update bru, :-D
Ai_ena
#4
Chapter 28: ooyeeahhh...xsbr nk tungu Ahra n L couple..mestii sweet bagaiiXD
jillin
#5
Alamak, asal bukak2 gmbr myungsoo xkluar eh,, myungsoo ni L ye...sbb dlm byk2 watak xde muke dia pon...
Kaira97
#6
Mianhae to my readers and subscribers cause making u guys waiting~ Maklumlah SPM xD but im back now~ :3 Beta akan sambung chap dengan pantas so please keep reading jusaeyeoo~ (Sorry utk ayat beta xD)
woohyun98
#7
Chapter 25: update soon :)
EXOXOXOSEHUNIE12 #8
Chapter 25: Update soon!
Your story was toooooooo much Daebak
Kaira97
#9
Hehe chosueomnidaa~ Maklumlah busy sikit~ Line pun prob~ Akan update dlm waktu yg terdekat~