**Impian
The StoriesSpecial Chapter for 100 subscribers ^_^
Prompt: Don’t be afraid of doing something that you think is the best.
Ketika kaki sibuk melangkah, fikiranku melayang terbang, sambil tubuh ditiup angin sepi. Ku merasakan bahawa betapa indah alam ciptaan-Nya. Langkah terhenti seketika di hadapan sawah yang terbentang luas. Seluas-luas sawah padi di hadapanku, luas lagi lautan yang belum aku terokai selama hidupku.
Aku mempunyai satu impian, impian yang sering menjadi ejekan rakan sekelasku. Aku ingin ke luar negara. Ku sedar bahwa ku hanyalah seorang budak kampung yang tidak seberapa pandai dan hanya hidup bertemankan lilin di waktu malam. Ku kuatkan minda dan ku teguhkan impian agar ianya tidak hanya menjadi sekadar mimpi di waktu pagi.
Hari berlalu pergi tanpa sedarku berada dalam dewan peperiksaan. Aku memohon kepada yang Esa agar segala yang aku lakukan dan usahakan akan membuahkan hasil. Loceng terakhir peperiksaan mematikan suasana sepi sebelumnya. Ku berdoa, bertawakal dan memohon bantuan Ilahi.
Kaki masih melangkah menuju sebuah destinasi yang bakal menentukan adakah senyuman atau kesakitan yang bakal ku rasakan. Proses demi proses ku tempuhi dan akhirnya sekeping kertas ku terima. Ku tenangkan diri dan membukanya. Kini, impian yang selama ini membeku di hati, akhirnya tercapai apabila aku mendapat tawaran belajar di Rusia yang sepenuhnya ditanggung kerajaan. Aku juga telah diangkat sebagai pelajar paling cemerlang di sekol
Comments