CHAP 002

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Lelaki yang telah meragut separuh jiwa So Mi itu duduk diatas sofa yang kotor dengan butir -butir popcorn manis. Dia mengangkat kening memandang gadis yang menariknya ke situ. 

Tersengih -sengih..Apa ?Apa yang lawak sangat?

So Mi berterusan merenung lelaki kacak di hadapannya itu. Inilah dinamakan cinta pandang pertama. 

   " Oh,kamu sudah sampai..Kenapa tidak beritahu auntie..."Puan Han yang tergesa gesa turun setelah mendapat tahu berita ketibaan tetamunya itu segera bergegas.

Pantas lelaki itu bangun dan memberi tunduk hormat kepada wanita berumur itu. Segaris senyuman lembut dihadiahkan kepada ibu Somi itu. 

Oh~dia senyum..So Mi mula mengangau sendirian .Senyuman masih melebar ke telinga .Mungkin boleh terkoyak jika senyuman itu makin tidak henti melebar. 

Dia segera mendapatkan ibunya lalu membisikkan sesuatu. 

    " Omma..So Mi setuju ...YES YES..."dengan teruja tanpa memastikan siapa sebenar lelaki itu.Somi terus memberi kata putus.

Puan Han sekadar menggeleng. Dia melabuhkan punggungnya diatas sofa bertentangan dengan tetamunya itu.Nama pembantu rumahnya dipanggil lalu menyuruh menyiapkan hidangan ringkas .

   "Maaflah buat kamu tunggu..Kenalkan inilah anak auntie,Han So Mi.." So Mi tersenyum malu sambil duduk menyimpul diatas sofa bersebelahan ibunya. 

Gayanya tampak seperti kucing miang mendapat jantan yang sememangnya menggelikan. 

Lelaki itu tersenyum . "Saya Jeon Jung Kook ,bakal suami awak,Han So Mi.."

Ohhhhhhh~~~~perluke aku berjoget sekarang. Somi sudah mula berangan akan kehidupan lovey doveynya dengan lelaki bernama Jung Kook ini.

   "Baiklah nampaknya semua sudah setuju ...baguslah.."Puan Han akhirnya dapat menghela lega. 

Lepasni legalah telinganya kerana tidak perlu mendengar desakan anaknya lagi.Kalau tidak mahu bernanah telinganya .

   

 

Seminggu sudah berlalu dan majlis perkahwinan Han So Mi dan Jeon Jung Kook akhirnya sudah siap untuk dilangsungkan. Walaupun persiapan majlisnya agak kelam kabut namun disebabkan Puan Han telah mengupah begitu ramai pakar,akhirnya semua berjalan seperti yang dilancarkan. 

Dan Han So Mi nampaknya berpuas hati dengan jodoh tangkap muatnya itu. Sepanjang seminggu itu ,harinya bagai sentiasa dihiasi kelip kelip yang bewarna warni. Lelaki itu sememangnya menepati segala kehendaknya. 

Kacak,baik dan kelakar. Apa ajer kelemahan lelaki itu?

 Gaun pengantin labuh bewarna putih itu disarungkan kebadan langsing Han So Mi . Pembantu persiapan yang ditugaskan dengan cekapnya menyelesaikan apa yang patut pada gaun pengantin tersebut. Tidak mahu ia kelihatan cacat walau sedikit pun. 

 

 So Mi memandang dirinya pada pantulan cermin besar dengan penuh rasa bangga. Tidak sangka dia tampak begitu cantik mengenakan gaun tersebut.Segaris senyuman tercoret pada wajahnya yang sudah siap disolek .

   "Han So Mi...mulai hari ini kau akan jadi isteri orang...."tutur So Mi pada dirinya .Tangannya memegang dadanya yang berdegup laju.

Wajah bakal suaminya yang sedang tersenyum manis terus muncul di fikirannya. Perasaannya terus menjadi teruja.

Puan Han memandang anak tunggalnya yang sedang dipersiapkan oleh pembantu pembantu yang diupahnya. Dia tersenyum tawar memandang anaknya.

Sememangnya pada awal dia amat membangkang keputusan anaknya untuk berkahwin. Yelah,ibu mana yang kasik anaknya kahwin awal.Tetapi semuanya berubah sebaik dia berjumpa dengan Jeon Jung Kook.

Dia merasakan lelaki itulah yang terbaik untuk anaknya. Dia pasti.Nalurinya kuat menyatakan lelaki itu adalah terbaik buat anaknya..

   "Apa yang kamu belek- belek lagi muka tu?dah cantik dah pun..."tegur Puan Han sambil tangannya merangkul anaknya dari belakang. 

Mereka berdua tersenyum sama melalui pantulan cermin. Tanpa sedar,Puan Han mengalirkan air matanya. 

    "Omma,kenapa ini...ma risau So Mi tinggalkan omma ya?jangan risaulah Somi  tak akan tinggalkan omma..Omma is my number one.."pujuk So Mi tatkala air mata ibunya jatuh mencecah bahunya.

    "Haha..yelah...Somi,kamu kena ingat..sekarang ni kamu ada di bawah jagaan Jung Kook..jadi omma dah tak boleh masuk campur...semua kamu kena urus sendiri..."

Pipi anaknya itu diusap lembut sebelum dia memeluk erat anaknya sekali lagi. 

    "Ye omma..."

 

Akhirnya,acara perkahwinan antara So Mi dan Jung Kook berakhir jua .Semuanya berjalan dengan lancar tanpa cacat cela. Sempurna.

Jung Kook menanggalkan kot hitamnya lalu dilemparkan keatas katil. Punggungnya dilabuhkan diatas katil .Butang kemeja putih dibahagian leher dibuka ,memberi udara masuk ke dalam. Matanya merenung lantai biliknya itu. Eh,bilik dia dan isterinya.

 Satu keluhan lemah dilepaskan. "Betulke apa aku buat ni?"bisiknya seorang diri. Jari jemarinya berpaut antara satu sama lain. 

Dahinya berkerut seribu bagai memikirkan sesuatu yang amat sulit. Bibirnya diketap . 

Kreekkkk...Sedang dia bermunasabah diri,pintu bilik tiba -tiba dibuka dari luar. Kepala So Mi tiba tiba menjengah ke dalam. 

Gadis itu tersenyum kekok memandang Jung Kook yang sedang duduk bertafakur diatas katil. "Maaf saya ganggu ke?"perlahan lahan So Mi melangkah masuk kedalam biliknya sendiri. 

Malulah pula berduan dengan lelaki itu.SEbelum ini dia yang teruja sangat. Jung Kook tidak menjawab sebalik matanya berterusan merenung kearah So Mi. 

So Mi dengan berhati-hatinya mendekati suaminya seraya duduk di sebelah lelaki itu. Senyuman kekok masih tidak lekang dari wajahnya. Yelah tak akan nak bermasam muka pula waktu malam pertama..okay..ertnya... >_<

 Menyedari gadis itu duduk di sebelah,Jong Kook pantas mengalihkan pandangan memandang gadis itu. Dipandangnya gadis itu dari atas ke bawah berkali kali ,membuatkan So mi malu sendirian. 

    "Baik kau tukar baju kau sekarang,tak selera aku tengok.."seusai melemparkan kata kata tersebut,JUng Kook bingkas bangn dan berlalu masuk kedalam.bilik air . 

Meninggalkan So Mi dalam keadaan terpingga-pingga. So Mi memandang dirinya sambil meraba -raba seluruh badannya sendiri. Telinganya sudah pekak ke.

Lelaki itu cakap tak ada selera?Aku salah bawak laki ke ni?...

 

2 biji bantal dicampak keatas lantai oleh Jung Kook. Lelaki itu dengan selamba baring diatas katil seorang diri sambil membaca komik Doraemon . Tersengih -sengih dia membaca komik kegemarannya itu.

So Mi yang baru selesai membersihkan dirinya keluar dari dalam bilik air. Keningnya hampir bercantum dua sebaik sahaja melihat bantal bantalnya berada diatas lantai. 

Tanpa mengetahui apa -apa,segera dia kutip bantal -bantalnya itu dan melompat naik keatas katil. Namun baru sahaja dia ingin melantarkan diri ,punggungnya tiba-tiba ditendang kuat oleh Jung Kook menyebabkan dia tersungkur jatuh ke bawah.

    "Auhhhh...sakitlah...awak ni kenapa!?"marah So Mi tidak dapat menahan sabar lagi.

Punggungnya diusap- usap lembut. Jung Kook yang masih diatas katil sudah berpeluk tubuh memandang isterinya yang sedang terduduk diatas lantai.

   "Kau tidur bawah ,aku tidur atas...jangan mimpilah kita nak tidur sama- sama..."jelas Jung Kook ringkas 

Hampir terjerit So Mi mendengar kata kata lelaki itu. Terus hilang sakit di punggungnya itu. Dia bangkit bagi menegakkan keadilan. 

Tangannya sudah dicekak ke pinggang. Ini tidak adil. Memang tak adil!. Di pandangnya wajah kacak suaminya itu dengan pandangan tajam.

   "Hey! Kenapa saya pula yang tidur bawah sedangkan awak tidur atas...Mana peraturan awak dapat ni hah!"bentak So Mi sudah bersedia untuk berperang.

Namun dalam fikirannya masih tertanya-tanya siapakah sebenarnya makhluk di hadapannya ini. Adakah jelmaan suaminya?adakah suaminya telah diculik alien dan alien tersebut menyamar menjadi Jung Kook. 

 Segala persoalannya hanya mampu tergantung begitu sahaja. 

    "Peraturan aku..kenapa ada masalah?...dengar sini mak cik gatal dan gedik...Walaupun aku kahwin dengan kau tak bermakna aku suka kau dan bila makna aku tak suka kau ,maknanya aku tak akan layan kau macam aku suka kau...dan ini bermakna walaupun kita kahwin sekalipun,kita akan hidup macam orang bujang ..Faham?"penerangan panjang lebar Jung Kook itu hanya mampu So Mi balas dengan mata yang terkedip -kedip

Jelas tidak dapat memahami penerangan lelaki itu yang putar belit macam soalan addmath . Lidahnya kelu untuk membalas semula. Semuanya bagaikan suatu kejutan .

Kejap adakah ini satu jenaka. Pasti ada kamera tersembunyi ini..

Tidak dapat menerima kenyataan,So Mi mula menyelongkar seluruh bilik. Mencari kamera tersembunyi bayangannya itu. Jung Kook hanya memerhati tanpa bunyi. Apa yang dilakukan gadis itu?Dia tiada klu..

   "Kau diam..maknanya kau setuju..mulai hari ini kau tidur di bawah.."putus Jung Kook sesuka hati. 

Dengan pantas ,selimut ditarik menyelubungi seluruh dirinya. SO mi yang sedang tertonggeng tonggeng mencari di bawah meja belajar hanya tercengang. Memang taklah dia nak tidur bawah.

Ini katilnya. Hak mutlaknya .

Dengan sepenuh tenaga ,dia melompat keatas katil lalu menendabg belakang Jung Kook yang sedang tidur mengereng membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan. Terus bangun lelaki itu akibat tendangan padu gadis itu.

   "YAH...KAU..."

   "APA ? APA? KAU INGAT AKU NAK MENGALAH KE?..INI KATIL AKU"

   "SO WHAT ?AKU SUAMI KAU..AKU ADA HAK.."

   "HAK ? HAK PUIHHLAH ...SUAMI MITHALI TAK AKAN SURUH ISTERINYA TIDUR BAWAHLAH..PAK CIK BISKUT.."

 Tidak cukup berperang mulut,perang urat mata pula bermula. 

Oh ,kau nak perang ya?okay ..perang mula..kau ingat aku perempuan..Aku lemah..Ini Han So Mi lah...

Eh,mak cik ni..kuat juga..tak pe aku takkan mengalah..siaplah kau minah..

   

Lalu bermulalah kisah cinta pasangan ini yang sememangnya terpesong dari jangkaan Han So Mi....

 

=====END CHAP 02=====

KAMSAH HAMNIBDA..

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'