CHAP 025

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Baekhyun meletakkan jambangan bunga dihadapan bingkai gambar bersebelahan dengan sebuah bekas kaca yang menempatkan abu mayat seseorang. Dia merenung lama gambar tersebut sebelum menghela berat. 

    "Tuan dan Puan Kim masih belum berubah dan  Tae Hyung... Keadaan dia semakin hari semakin tidak terduga.."lapor Baek Hyun seperti dia dapat berhubung dengan  arwah tersebut. 

    " Kau memerhati ke daripada atas sana Dae Hyun?. Maafkan aku kawan..semuanya tak terkawal di bawah kawalan aku..aku cumalah boleh jagakan adik kau sahaja.."

Kesal Baek Hyun seraya cuba menahan rasa sebaknya. Beban yang sepatutnya tidak perlu dikisahkannya terasa menjadi bebannya . Mungkin kerana dia sudah cukup lama dengan keluarga itu. Hubungannya yanh rapat dengan Daehyun juga membuatkan dia terasa seperti dia adalah Daehyun. 

    "Daehyun ,adakah kau dah maafkan dia?"

 

 

Senyuman lebar melekat pada wajah Jung Kook sejak pagi -pagi lagi. Entah apa yang menggembirakan pun tidak tahu. Teh yang terhidang bersama sarapan langsung tidak disentuh. 

Dia sibuk menatap wajah So Mi yang duduk di hadapannya. Lihat sahaja wajah gadis itu sudah cukup membuatkan dia kenyang. 

So Mi mengelap mulutnya dengan tisu setelah selesai menghabiskan roti bakarnya. Dia mengerling kehadapan apabila terasa dirinya sedang diperhatikan dan tekaannya tepat . 

    "Kenapa?"soalnya apabila Jung Kook langsung tidak mengedipkan mata memandangnya. 

Jung Kook yang tersenyum macam orang bodoh menolak sarapannya ke tepi. Dia menongkat dagu memandang So Mi seraya melentok -lentokkan kepalanya ke kanan dan ke kiri membentuk ritma. 

    "Kau nampak cantik hari ini"puji Jung Kook tanpa segan silunya. 

Jujur daripada hatinya dia mengatakan sebegitu . Wajah gadis itu semakin lama semakin tampak cantik apabila dipandang. Adakah ini namanya penangan cinta. Aigoo~

Geli dengan pujian lelaki itu,So Mi terus membaling sekeping roti bakar tepat ke wajah suaminya itu. Punggungnya terus diangkat bangun daripada kerusi. 

Entah anggau mana yang sampuk pun tak tahu. Beg sekolah terus disandang ke bahu. So mi bergegas mengekor Jaebum yang baru keluar daripada dapur. 

Jung Kook tersenyum nakal. Comel betul isterinya itu bila malu. Dah malu ,nak cover buat apa. Tahulah dah cair semalam. Hahahaha..

 

 

Keluar daripada perut kereta,Jung Kook terus mengejar So Mi yang sudah meninggalkannya yang terhegeh -hegeh berbye-bye dengan Jae Bum. Tangan So Mi yang kosong dengan selamba dipegangnya tanpa rasa takut dilihat yang lain. 

So Mi yang terkejut terus menjarakkan diri. "Yah!,apa kau buat"marah So Mi separuh berbisik. Tangannya sedaya upaya mencuba melepaska diri daripada pegangan erat Jung Kook itu. 

Matanya meliar memandang sekeliling takut -takut ada yang pelik dengan keadaan mereka sekaranh. Jung Kook mencebik geram. Makin erat pegangannya pada tangan gadis itu adalah. 

   "Pilih,kau nak aku kiss ke ,kita pegang tangan je?"

Tersedak So Mi mendengar pilihan yang diberi lelaki itu. Terus dia menggeleng laju selaju kilat. Dua -dua dia tak nak . Mamat ni apa masalah hari ini!.

    "Okay..jom"tanpa persetujuan yang jelas,Jung kook terus mengheret So Mi bersamanya .

Ahhhhh--Jung Kook!.

 

Sesampainya di kelas,Jung Kook dengan riangnya menyapa seluruh rakan sekelasnya sambil masih memegang erat tangan So Mi. So Mi pula sudah tertunduk -tunduk malu. 

Apalah gosip yang keluar nanti. Hoseok yang sedang sibuk menganggu Yuju terus terhenti. Dia memandang pelik kearah kedua insan yang baru tiba itu. 

   "Oiii..pelik ni.. hubungan apakah ini oiii"soal Hoseok memulakan siasatannya. 

Hampir kesemua rakan sekelas menoleh kearah mereka berdua dengan pandangan pelik. Jung Kook tersenyum lebar . 

   "Curiga kan? So Mi sebenarnya buk---"

   "Tak sihat.."celah Tae Hyung tiba -tiba membuatkan semua orang menjerit kepelikan. 

Penerangan apakah ini. 

Tae Hyung pantas memegang kedua bahu So mi sebelum menolak gadis itu bersamanya ke tempatnya . Namun ,Jung Kook yang enggan mengalah masih memegang erat tangan gadis itu. 

    "Lepaskan"tegas Jung Kook membuatkan Tae Hyung terhenti. 

Mereka berdua berhadapan antara satu sama lain dengan So Mi yang terselit di tengah -tengah. Tae Hyung memandang tajam kearah Jung Kook begitu juga dengan Jung Kook. 

Akibatnya seluruh kelas menjadi sunyi akibat kepeningan melampau. Apa yang berlaku?. Masing -masing mempunyai persoalan yang sama. 

    "Kau yang patut lepaskan."balas Tae Hyung membuatkan Jung Kook melepaskan tawa sinisnya. 

    "Kau memang tak tahu sedar diri kan?"tangan So Mi dilepaskan dan Jung Kook terus meluru kearah Tae Hyung. 

Penumbuk dilepaskan tepat ke pipi kiri lelaki itu dengan kuat membuatkan Tae Hyung tersungkur ke tepi dan melangar meja. Apabila lagi satu tumbukan ingin dilepaskan So Mi pantas menghalang membuatkan gadis itu yang terkena .

So Mi terjatuh terus keatas lantai. Darah mengalir keluar daripada hidungnya akibat hentakan kuat lelaki itu. Hujung bibirnya turut terluka dan mengeluarkan cecair pekat. 

     "So Mi"belum sempat Jung kook ingin mendekati gadis itu,Yuju terus menolaknya kasar. 

Marah dengan tindakan melulu lelaki itu. Habis tercedera rakan karibnya. "Tengok apa kau dah buat!?"

Tae Hyung terus melutut di hadapan gadis itu. Memeriksa keadaan So Mi yang kelihatan teruk.

Tanpa kata dia terus mendokong gadis itu. "Tae Hyung,aku okaylah.."tutur So Mi cuba turun daripada dokongan lelaki itu.

    "Diam..."kata Tae Hyung pendek seraya membawa gadis itu terus keluar daripada kelas. 

Jung Kook yang tergamam dengan tindakannya sendiri hanya mampu memerhati. 

 

 

 

Seusai masa pertama tamat,Jung Kook terus bergegas keluar daripada kelasnya. Tiba sahaja di bilik rawatan,dia terus menghampiri So Mi yang sedang terlena diatas katil .

Dua gulung kapas kecil mencucuk pada lubang hidung gadis itu,di hung bibirnya pula terlekat plaster kecil. Pipi kiri gadis itu kelihatan lebam teruk . Jung Kook melabuhkan punggungnya di sisi gadis itu.

Hatinya luluh melihat gadis itu yang cedera akibat tindakan bodohnya. Dia sepatutnya mengawal emosinya sendiri ketika itu dan pastinya semua ini tidak akan berlaku.

Pipi So Mi yang keungguan hijau itu dibelai Jung Kook lembut. Tanpa sedar dia mengalirkan air matanya. Inilah dia. Sejak kecil lagi,dia akan mudah tersentuh jika seseorang yang amat disayanginya terluka.

   "Maafkan aku So Mi"kesal Jung Kook .

So Mi yang baru sedar dari lenanya perlahan -lahan membuka kelopak matanya.  Wajah Jung Kook yang sedang tertunduk nangis menjengah pandangannya. 

 

Tidak mahu lelaki itu terus menangis macam orang bodoh ,So Mi mengetuk kecil kepala lelaki itu .

   "So Mi?" Kepala Jung Kook mendongak laju memandang So Mi yang sudah tersenyum senget.

 Perlahan So Mi bangun dari baringnya lalu berpeluk tubuh. "Yah,ada orang mati ke?. Kenapa menangis macam aku dah nak mati"sindir So Mi sambil menjihkan bibirnya ke depan. 

Jung Kook memandang So Mi . Dia langsung tidak tersenyum dengan lawak yang cuba dibuat gadis itu.

.   "Maaf"tutur Jung Kook sekali lagi. 

So Mi melepaskan keluhan perlahan sebelum mengusap manja kepala lelaki itu yang duduk di hadapannya. 

   "Hal kecillah.Tumbukan kau tu tak kuat punlah"tipu So Mi padahal kesakitan yang dirasa bagai terkena bola boling dan dia adalah pinya.

Kalau tidak macam mana dia boleh berdarah bagai. Nasib baiklah dia tak koma terus.

Tangan Jung Kook dipegang So Mi erat . Dia memandang Jung kook untuk masa yang lama sebelum tersenyum tipis.

    "Mari lakukannya..Esok,mari dedahkan semuanya..tentang kita"putus So Mi membuatkan Jung Kook tergamam. 

Ya,dia sudah putuskan. Setelah apa yang terjadi,semua salah faham ini perlu dibetulkan. Dia sudah sedia. Dia sudah menerima Jung kook. Perasaannya. Walaupun belum jelas sepenuhnya tetapi dia pasti ada ruang untuk suaminya itu. 

   "So Mi.."tutur Jung Kook. 

Wajah gadis itu ditatap lama sebelum menguntumkan senyuman lembutnya. Baguslah,akhirnya semuanya dapat berakhir dengan aman.

   "Ini pasti yang terbaik. Aku tak nak mereka salah anggap lagi fasal hubungan kita.. Kita suami isteri ,itu kebenarannya.."sambung So Mi lagi meluahkan segala yang difikirkannya. 

Mereka berdua diam untuk seketika. Jung Kook memandang lama wajah isterinya itu sebelum tangannya menyentuh wajah So Mi. 

Perlahan -lahan wajahnya didekatkan ke gadis itu dan dengan perlahan bibir mereka berdua bercantum antara satu sama lain. Ya,mereka benar -benar suami isteri mulai sekarang. 

Jung Kook menarik semula bibirnya daripada gadis itu . Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain sebelum tertawa kuat.

 

 

    "So Mi~~"

    "Sayangku~~"

    "Baby~~~~"

Sejak pulang dari sekolah ,Jung Kook sememangnya sudah jadi seperti belangkas. Nama So Mi bergema diseluruh rumah akibat panggilannya. Gadis itu sememangnya tidak boleh hilang langsung daripada pandangannya.

Sentiasa sahaja dia melekat dengan gadis itu. Isterinya pergi dapur,dia ada di dapur,isterinya di ruang tamu dia juga di situ...ke tandas,dia di luar tandas. 

So Mi mengerling kearah Jung Kook yang duduk melekat dengannya diatas sofa di beranda rumah. "Kau tak ada kerja ke?.Pergilah sana..Kenapa asyik ikut aku je.."marah So Mi sedikit terganggu dengan kehadiran lelaki itu.

Dia hendak melukis pun tak tenang jadinya. Jung Kook mencebik rajuk . Dia berpeluk tubuh memandang gadis itu dengan kening terjongket sebelah. 

   "Aigoo~~my baby memang tak pandai bermesra..Yah,oppa dah cakap panggil oppa, 'oppa',faham?"tutur Jung Kook sambil mengetuk dahi gadis itu dengan pensil kayu . 

So Mi memandang geli kearah lelaki itu. Pensil kayu itu dirampas So Mi dengan kasar. "Dalam mimpi jelah"

Malas ingin melayan kegedikkan Jung Kook itu,So Mi meneruskan niatnya untuk melukis pokok kaktus milik Jaebum . Entah kenapa dalam banyak -banyak pokok kat taman dia pilih pokok kaktus juga jadi model. 

Jung Kook memerhati sahaja tangan isterinya itu menari diatas buku lakar dengan lancar. Dia tersenyum apabila melihat wajah gadis itu yang berkerut -kerut apabila lukisan tidak jadi. 

    "Kau tak boleh terus mula dengan pensel 2B ...kalau nak mula pun,kena jadikan garisan lakarnya smooth dulu"nasihat Jung Kook membuatkan So Mi terhenti. 

Gadis itu menoleh kearah Jung kook dengan mata yang membulat. "Kau pandai lukis?"

Jung Kook menjongket bahu berkali -kali walaupun hidungnya sebenarnya sudah kempas kempis. Dia mengambil buku lakar dan pensel gadis itu lalu mula melakar pokok kaktus tersebut.

Daripada satu ke satu langkah dan akhirnya lukisannya mula menyerupai pokok kaktus yang sebenar. "Uwahh..macam betullah"puji So Mi sambil bersorak teruja .

Jung Kook mendepakan tangannya ke udara sebelum dengan selamba mendaratkannya diatas bahu gadis itu. Senyuman nakal melirik pada wajahnya. 

    "Jadi,ganjarannya?.."mulutnya dimuncungkan kepada gadis itu dan matanya menutup rapat. 

     "Baiklah"

Buka sahaja mata ,Jung Kook terus terloncat jatuh daripada sofa apabila pokok kaktus hampir mengena bibirnya yang berharga. So Mi tersenyum puas sebelum bangun daripada duduknya. 

Dia menjelir geram kearah suaminya itu lalu berlalu pergi dengan senang hati. Jung Kook menghentakkan kepalanya berkali -kali diatas sofa. 

Haih,ingat dah menjadi..

 

 

Pagi yang cerah menaikkan lagi semangat jejaka kacak bernama Jung Kook. Uniform sekolahnya yang sudah digosok rapi disarungkan ke badan. Dia berdiri di hadapan cermin meja solek sambil tersenyum lebar. 

Puas hati dengan penampilannya yang tampak sungguh kacak . Setelah itu,beg sekolahnya yang terlantar diatas katil segera dicapainya. 

Kakinya melangkah laju menuruni anak tangga. "Sayang~oppa dah siap!"seru Jung Kook sambil berjalan kegedikan menuju ke ruang dapur.

    "Oppa dah sam--.. Mama" Puan Han yang sedang meminum kopi paginya tersenyum simpul memandang menantunya yang kelihatan begitu bersemangat. 

Siap ber-oppa bagai. Ini dah naik satu tahap perhubungan mereka. Bagus ni. Jung Kook pantas membongkok hormat. Pipinya sudah memerah bak buah ceri kat pasar tani. 

Malu dengan tindakannya yang entah apa -apa. Depan mak mertua oiii. So Mi yang duduk di hadapan ibunya hanya menggeleng. Itulah gedik sangat.

   "Haha,marilah duduk sini Jung Kook"pelawa Puan Han cuba menyembunyikan tawanya yang mungkin akan meletus bila -bila masa sahaja.

Jung kook pantas m elabuhkan punggungnya di sebelah So Mi. Teh yang sudah suam suhunya diminum laju. 

    "Jadi nampak macam ada perkembangan sahaja hubungan kamu berdua ni"tutur Puan Han memulakan  topik perbualan kekok. 

So Mi mengigit penkeknya dengan selamba . "Biasa sajer..Tak ada yang luar biasa pun"balas So Mi cuba menafikan segalanya. Jung Kook di sebelah hanya tersengguk -sengguk setuju. 

Panas di wajah masih belum reda sepenuhnya. 

    "Omma ,kenapa balik awal pula..bukan lusa ke omma baru balik?"soal So Mi mengubah topik perbualan mereka. 

Puan Han tersenyum nipis seraya menyapukan cecair coklat diatas pankeknya. "Kenapa?. Kamu nak omma balik lambat supaya boleh berduaan"dengki Puan Han membuatkan anaknya itu menjerit menafikan segalanya.

   "Hahaha..kerja omma habis awal..lagipun ,omma ada terfikir something.."Puan Han memandang kedua anak muda di hadapannya bersilih ganti.

   "Omma rasa kamu berdua patut pergi honeymoon"

   "Apa?!"   "Yesss"

 

 

 

Tangan Jung Kook menghulur kearah So Mi. "Jom"ajaknya seraya memegang erat tangan isterinya itu masuk kedalam perkarangan sekolah bersama-sama.

Inilah saatnya,saat yang sepatutnya. Jung Kook tersenyum lebar apabila So Mi langsung tidak memberontak dengan pegangannya. Gadis itu dengan senang menerima huluran tangannya. 

   "Jadi,dah fikir tempat honeymoon kita nanti?"soal Jung Kook separuha berbisik ke telingan gadis itu.

So mi menjeling tajam kearah Jung Kook . "Jangan nak merepek. Aku tak nak pergi honeymoon..Not yet"tegas So Mi. 

Jung Kook mencebik sedepa. "Not yet?apa maksud tu.."

   "Diam jelah.."

Sesampainya di hadapan pintu kelas,Jung Kook segera memulas tombol pintu tersebut . Sebaik dibuka,semua pasang mata tertumpu kearah mereka berdua .

    "Hey !!"sapa Jung Kook ceria .

Namun keceriannya hanya seketika apabila matanya terhenyi kepada seorang gadis yang memakai seragam sekolah sama sepertinya. 

Gadis itu tersenyum lembut kearah Jung Kook . Matanya yang bersinar memandang tepat ke milik Jung Kook. Rambutnya yang panjang paras lengan disisir ke belakang,menyerlahkan lagi wajahnya yang tampak cantik tanpa sebarang solekan seperti biasa. 

   "Hey Kookie"sapa gadis itu dengan suaranya yang sungguh lembut langsung tidak sama dengan suara So Mi yang lebih kasar dan kuat macam speaker.

   "Sa Na..macam ma--"Jung Kook tidak dapat berkata apa -apa.

Dia mengerling kearah So Mi sekilas sebelum dengan pantas dia menarik Sa Na keluar daripada kelas. Meninggalkan So Mi terpingga-pingga seorang diri. 

    "Jung Kook"

Yuju dan Hyeri serta sekutu yang lain dengan cepat mengerumuni So Mi yang masih dalam dilema sendiri. Badan gadis itu digoncang kuat. 

   "So Mi,kau tak tahu ke?"soal Hyeri dengan matanya yang membutang besar.

   "Tahu..tahu apa?"soal So Mi kembali seperti orang bodoh. 

Yuju dan Hyeri saling berpandangan. "Sepupu kau,Jung Kook tak cerita?.  Perempuan tadi tu, kekasih dia.. " terang Hyeri berpandukan apa yang dicerita oleh Sa Na kepada mereka sekelas tadi.

Mulut So Mi terus terkunci daripada bersuara. Kenangan silam sewaktu mereka bertembung dengan SaNa di Mall terus terimbas kembali. Mungkin sebab itulah lelaki itu terus terkedu .

Sa Na ialah kekasih dia...

Tae Hyung yang berdiri di muka pintu hanya menyaksikan segalanya tanpa sebarang kata. Dia memandang wajah So Mi yang kelihatan seperti dalam kekeliruan.

 

 

Tangan Sa Na dilepaskan sebaik mereka berdua berada di penghujung koridor. Jung Kook memandang Sa Na di hadapannya dengan reaksi yang tidak dapat ditafsir .

Perasaannya bercampur baur ketika ini. Marah,sedih,kecewa atau gembira. Dia tidak tahu yang mana satu yang patut dirasanya. Semuanya terlalu sulit.

   "Kenapa kau di sini?kenapa sekarang ?Kenapa?!!"soal Jung Kook dengan nada yang meninggi .

Sa Na memegang pergelangan tangannya yang terasa sakit akibat pegangan kuat Jung Kook tadi. Dia memandang Jung Kook dengan pandangan kosong.

    " Aku yang patut tanya kau dulu..Kenapa kau di sini? Apa yang terjadi?... Kenapa tak jaga nenek?!"balas Sa Na kembali. 

Matanya mula bergelinangan air mata. Jiwanya terus menjadi lemah sebaik bertemu dengan Jung Kook. Emosinya bagai susah untuk dikawal. 

Jung Kook terdiam sebaik mendengar panggilan nenek daripada mulut gadis itu. Dia mengigit bibir bawahnya kesal. 

   "Kau dah janji dengan aku...kau akan tunggu aku. Kau dah janji kau akan jaga nenek tapi sekarang ..kau..di sini ,ketawa dan seronok..Apa sebenarnya yang kau fikirkan?. Adakah kau putus asa..tentang kita?nenek?..keluarga?"sambung Sa Na lagi.

Kali ini,butir -butir jernih mula jatuh mengalir dari tubir matanya. Dia memandang Jung Kook dengan perasaan yang kecewa. 

   "Semuanya tak dikawal..ianya terlalu sukar..Kau langsung tak..."

    "Sukar?...Jadi macam mana dengan aku?. Aku lagi sukar dari kau ... setiap hari,aku kena berlagak macam orang lain..kau ingat itu mudah.."

Sa Na berhenti berkata. Dia mengesat air matanya yang mengalir deras dengan belakang tapak tangannya. 

    "Aku..Adakah hubungan kita masih sama?..kau masih cintakan aku ?"soal Sa Na membuatkan Jung Kook tergamam .

Jung Kook memandang wajah Sa Na yang sudah berbasahkan air mata. Melihatkan situasi gadis itu membuatkan dia turut terasa lemah. Cinta pertamanya adalah Sa Na.

Gadis yang sepatutnya menjadi isterinya adalah Sa Na. 

Badan Sa Na ditarik lekat ke badannya. Jung Kook mendakap lembut gadis itu .

   "Maafkan aku"

 

So Mi hanya memandang dari jauh dengan perasaan yang berbelah bahagi. Nampaknya rahsia mereka akan tersimpan sampai bila -bila pun dan mungkin tiada siapa pun yang akan tahu. 

Tae Hyung yang berdiri di belakang So Mi hanya memandang kosong. Melihat kearah dua orang insan yang sedang berpelukan. 

   "Jung Kook masih tak dapat lupakan cintanya..how tragic"tutur Tae Hyung membuatkan So Mi menoleh kearahnya. 

Mereka berdua berpandangan untuk seketika sebelum So Mi mengambil langkah untuk beredar.

Sampai bila kau nak sedar...Han So Mi

    

 

===== END OF CHAP 025 =====

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'