CHAP 014

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

So Mi dan Jung Kook duduk bersebelahan menghadap nenek Shim . Masing -masing menunduk memandang lantai ,tidak berani mendongakkan wajah untuk bertentangan mata dengan wanita separuh abad itu.

   "Mana ibu kamu? . Nenek paling tak suka orang yang tidak tepati masa.."bebel Nenek Shim sambil menghirup teh hijau pekatnya dengan sekali teguk. 

Mulutnya ditekap dengan tisu . Matanya beralih daripada So  Mi kearah suami cucunya itu. Kecik-kecik dah menggatal nak kahwin!. Dia langsung tidak tahu menahu tentang perkahwinan cucunya itu.

Ini dia dapat tahu pun dari birasnya yang sekarang berada di Jejudo selepas dia melawat ke sana beberapa hari lepas . Sebab itulah,dia terus ke Seoul untuk dapat penjelasan daripada anaknya. 

   "Mama mesti dalam perjalanan..Nenek sabarlah"balas  So Mi dengan nada yang sungguh perlahan.

   "Mama mama..Mamak!.. tak ada panggilan sebegitu .Panggil ibu kamu omma!. Itu panggilan rasmi orang kita tak akan itu pun dah lupa!"bebel Nenek Shim berterusan .

So Mi yang mendenar sekadar akur. Salah dia pulak kenapa!. Salahkan dirinya waktu kecik sebab panggil macam tu!.Cis!.

Jung Kook mengerling kearah So Mi. Isterinya itu nampak macam takut sahaja pada nenek Shim . Menarik ni.

Tidak sampai berapa minit,Puan Han masuk dengan tergesa-gesa. Dia yang lengkap dengan pakaian pejabatnya segera menunduk hormat kepada ibunya.

Peluh menitik membasahi seluruh wajahnya. Sejurus selepas habis mesyuarat sahaja,dia segera bergegas ke sini.

Segera dia mengambil tempat di sebelah ibunya,menghadap kearah Jung kook. "Ibu dah lama sampai?"tanya Puan Han sambil menyalam tangan ibunya.

 Nenek Shim sekadar mengangguk. Dia memandang kearah Jung kook kembali. "Kenapa tak beritahu omma yang anak kamu dah kahwin!. Hormat apa macam ni!"marah Nenek Shim sambil memandang tajam kearah anak tunggalnya itu.

Memang dia kecil hati sebaik mengetahui. Adake patut dia tidak dijemput. Majlis penting ni. 

Puan Han menghela lemah. "Sebab omma mesti bangka--"tidak sempat Puan Han menghabiskan kata-katanya,NEnek Shim terlebih dahulu memotong laju.

    "Memang omma bangkang!. So Mi ini baru sekolah lagi,macam mana kamu boleh kahwinkan dia!. Waktu dulu-dulu pun,paling tak sabar nak kahwinkan pun tunggu anak tu habis sekolah dahulu"habis terpancut-pancut air liur berkat dari mulut orang tua itu. Marah punya fasal. 

Dia berhenti bebelannya. Matanya kembali memandang kearah So mi dan Jung kook bersilih ganti.  "Tapi nak buat macam mana..semua dah lepas..sebab itulah omma datang sini"

Pantas So mi mendongak memandang neneknya dengan mata yang membulat. Ya,buat apa datang?. Kenapa ?. 

    "Cuti minggu ini datang ke rumah halmeoni.."

Terbatuk-batuk So Mi sebaik mendengar kata-kata neneknya. Tak mungkinlah. Tak nak!. Dia memandang simpati kearah ibunya. Berharap agar ibunya dapat membantu. Namun apakan daya ,semua kata -kata Nenek Shim tiada yang berani melawan jaid turuti sahajalah.

Jung Kook sekadar terdiam. Kenapa?. Teruk sangat ke?.

 

 

 

Habis berselerak bantal -bantal diatas lantai akibat balingan So Mi. Dia berguling -guling diatas katil bagai ulat gatal. Kakinya dihentak-hentak diatas katil .

    "Uwahhhh!!!.. tak nak!Tak nak!!"jerit So Mi bagai orang terkena histeria. 

Sejak dari balik tadi,dirinya bagai zombie yang kehilangan suami. Sungguh teruk keadaannya. Jung Kook menarik keluar bagasi kosongnya lalu didamparkan diatas lantai.

Bammm...

SO mi berhenti menjerit bagai orang histeria. Dia bangun lalu duduk bersila diatas katil . Matanya memandang bulat kearah Jung Kook yang sedang melipat baju masuk kedalam bagasi. 

Keningnya hampir bercantum bersama memandang kearah suaminya itu. "Kau nak pergi mana?"soal So mi bagai orang bodoh. 

Baju-baju yang sudah terlipat itu disusun Jung Kook kemas didalam bagasi.  Dia mengerling meluat kearah So Mi yang sedang memandangnya dengan wajah naif.

   "Berkemaslah mak cik..lusa kan kita dah ger---"

HUMPP..

Bantal tepat mengena wajah Jung Kook membuatkan kata-kata lelaki itu tidak tamat sepenuhnya. So Mi membenamkan wajahnya diatas katil.

   "Jangan cakap pasal tu!!Aku tak nak pergi!!huwaaaa.. Mama"So Mi menyambung jeritan gilanya disertakan raungan sengaunya.

Jung Kook memandang geram kearah gadis itu. Memekak ajer. Sehari tak sakitkan telinga orang tak boleh apa?.

Jung Kook berpeluk tubuh. Dia memandang baju-baju So Mi yang tersangkut kemas di dalam almari sebelum tersengih . Dia bangun lalu mengambil dua pasang baju dari almari . 

   "Kau nak bawa yang mana..Biar aku packkan ..senang nanti..cepat boleh bertolak.."sengaja ingin membangkitkan lagi kemarahan gadis itu,Jung Kook mula menghulurkan bantuan kepuraan-puraannya.

So Mi mengetap giginya sehingga mengeluarkan bunyi patah tulang. Dia memgangkat kepalanya yang terbenam.diatas tilam lalu memandang tajam kearah Jung Kook. Mamat ni memang cari fasal?. 

Pantas So Mi meloncat turun dari katilnya lalu merampas kedua -dua bajunya itu. Dia tersenyum.geram memandang Jung Kook sebelum.

Pappp..Pappp..Pappp...

 

 

 

 

 Yuju dan Hyeri berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing cuba memujuk rakannya itu. So Mi sejak dari tadi tidak habis -habis meraung kesedihan diatas meja. Sedihlah sangat. Balik kampng ajer pun.

    "Eihh,dua  hari je pun ..bukan lama sangat.."pujuk Hyeri cuba menyedapkan hati So Mi.

Makin kuat raungan So mi sebaik mendengar perkataan 2 hari tersebut. 2 hari baginya kat situ macam 2 tahun tau!!.Bayangkanlah duduk bersama dengan neneknya yang terlalu kolot itu. huwahhh!! .

   "Tapi..tapi macam mana kalau aku mati kat situ..Yuju! Hyeri!!"ngarut So Mi sambil mengoncangkan badan Hyeri sehingga rakannya itu yang pening macam nak mati.

Kepala So Mi diketuk kuat oleh Yuju . "Cik akak,mana ada orang mati sebab balik kampung..biasalah tu,kampung,tak ada internet,line,kafe,wayang.."bebel Yuju sambol membayangkan kebosanan kehidupan di kampunh.

Baiklah ini bukan memujuk,ini melemahkan semangat adalah. So Mi mencebik sedih. Tak apa So Mi ,dua hari sahaja. Dua hari...Uwahh!!.

Sedang So Mi mengarut seorang diri,sehelai kertas tiba-tiba dipapar kearahnya membuatkan tangisannya terus terhenti. Dongak sahaja,wajah Tae Hyung terus muncul membuatkan dia terkedu.

Yuju dan Hyeri berpandangan sesama sendiri. Apa kes mamat ni cari So Mi?. Nak cari fasal ke?. Meh..meh..

   "Kau buat apa cari So mi hah.. shuu..shuu. .So Mi tak nak cakap dengan kau"halau Yuju bak pengawal peribadi gadis itu.

Sesedap sahaja dia mengatakan So Mi tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. Tae Hyung hanya menjeling tajam,malas ingin melayan karenah gila si Yuju itu.

   "Aku datang sini bukan sebab peribadi... So Mi tolong aku..pergi amik barang-barang kat senarai ni untuk kelas lukis nanti.."ujar Tae Hyung menyatakan tujuan sebenarnya berjumpa dengan gadis itu.

So Mi terdiam. Kenapa dia pula?. Dia hanya setiausaha kelas. Ajaklah Jung Kook sana!

  "Aj..ajaklah Jung Kook.."balas So Mi yang sememangnya ingin mengelakkan diri dari Tae hyung.

Selepas kejadian kekok semalam,tidak mungkinlah dia ingin berdua-duaan dengan.lelaki tu. Nanti macam mana kalau dia jatuh cinta semula?. Jung Kook nak campak mana?.So mi mula berfikir bukan-bukan.

   "Jung Kook cirit birit..dia takde..dahlah jom!"tanpa sempat So Mi berdolak-dalik lagi,tangan So Mi pantas ditarik Tae Hyung lalu mengheret gadis itu keluar kelas tanpa rela.

Sebaik melihat Tae Hyung dan So Mi sudah berlalu pergi jauh dari kelas,Jung Kook yang dari tadi menyorok keluar dari tempat persembunyiannya. Dia berpeluk tubuh memandang isterinya yang sedang diheret Tae Hyung.

Inike katanya pengorbanan seorang kawan ?

 

 

Pintu stor bilik seni lukis dibuka Tae Hyung. Bau cat mural menusuk masuk kedalam hidung mereka sejurus pintu dibuka. Kuat benar baunya.

So Mi memandang barang-barang lukis yang tersusun kemas di setiap rak. Dia suka lukis!. Kalau kuncinya dalam bilik ni semalamam pun takpe ,asalkan dia dapat melukis.

Kerta putih tadi dikeluarkan Tae Hyung dari kocek blazernya . "Berus 28 batang semua saiz.."tutur Tae Hyung membaca setiap pesanan yang ditulis Cikgu Kris pada kertas tersebut.

So Mi segera mendapatkan sebuah bakul kecil yang terletak di hujung bilik.Kemudian,dia berlalu mendapatkan semua berus yang diperlukan lalu dimasukkan kedalam bakul tadi. 

Diteruskan lagi,Tae Hyung membaca setiap yang diperlukan dan yang mengambilnya ialah So Mi. Laju sahaja dia mengesan setiap lokasi alat -alat lukis tersebut. Almaklumlah,dia sudah sinonim benar dengan stor seni itu. 

Tae Hyung sekadar memerhati dengan segaris senyuman terlekat pada wajahnya. Gembira melihat semangat gadis itu. "Dan terakhir..kanvas.."

So Mi terhenti. Matanya meliar memandang kesekeliling stor segi empat itu. Kanvas?. Di mana?.Dia lupa!. 

Nasib baik,oleh kerana ketinggian Tae Hyung yang boleh dikatakan tinggi,kanvas yang terletak diaras paling tinggi rak dapat dilihatnya. "Ah itu"

So Mi mendongak memandang keatas. Mak aihh..tingginya kau menyorok ,kanvas oii. Sekarang macam mana dia nak ambil. So Mi memandang bangku kecil yang kebetulan boleh berada disitu. 

Segera dia memdapatkan bangku itu lalu berdiri diatasnya. Kakinya menjinjit -jinjit cuba mendapatkan kanvas tersebut namun tidak berjaya. 

   "Mari.."

Tiba-tiba kaki  So Mi dirangkul erat oleh Tae Hyung lalu dinaikkan keatas. Mata So Mi membesar sebesar yang boleh. Dia memandang kearah Tae Hyung yang sekadar tersenyum memandangnya. 

   "Cepat ambil tu"ujar Tae Hyung sambil bibirnya menjuih kearah kanvas diatas rak.

   "Aa...ah,ya... "beberapa keping kanvas diambil So Mi.

   "Ka..kau boleh turunkan aku.."arah So Mi yang sebenarnya sudah mula gugup . 

Jantungnya berdegup lebih laju daripada biasa. Pipinya sudah mula kemerahan dan dia dapat rasakan badannya mula panas seluruh badan akibat terlalu malu.Matanya beralih daripada memandang Tae Hyung.

Tae Hyung tersenyum apabila sedar akan kegelisahan gadis itu. "Okay.."perlahan -lahan dia melepaskan pelukannya namun tiba di pinggang,lelaki itu berhenti membuatkan jarak diantara wajahnya dengan wajah So Mi hanya tinggal berapa sentimeter.

   "Pandang aku"arah Tae Hyung apabila So Mi berkeras memandang ke tempat lain.

Setelah berfikir lama akhirnya So Mi menoleh memandang kearah Tae Hyung yang kini berada begitu dekat dengannya.Tae Hyung tersenyum.

     "You mine Han So Mi.."

Tidak!. Tidak !. Han So Mi !. Jangan percaya!. Arghhh!..So Mi terkedu,tergamam ,terkentut dan seangkatan dengannya. Jelas terkejut dengan kata-kata Tae Hyung itu.

Mulutnya terkatup sepenuhnya. Tidak terdaya untuk melawan. Adakah Kim Tae Hyung masih mencintainya?. Serius!?.

 

Tanpa sedar,Jung Kook memandang mereka berdua dari luar bilik stor dengan pandangan kosong.Sejak dari tadi,dia mengekori kedua-dua mereka. Matanya memandang tepat kearah So Mi yang sedang dalam dilema. 

Gadis itu pasti gembira kan?. Baguslah. Tidak pasti dengan perasaan sendiri,Jung Kook tanpa sedar mengumpalkan penumbuknya. Dia menarik nafas panjang sebelum berlalu pergi.

 

 

 

So Mi menepuk-nepuk muka berkali-kali. Dia memandang dirinya di balikan pantulan cermin tandas. Cuba menyedarkan dirinya supaya tidak terus berangan -angan.

   "Hahaha..Han So Mi,tak mungkin dia suka kau !. Dia baru berpisah dengan kau tau!!.. tak !. Tak !.. tak!!"jerit So Mi menggegarkan seluruh tandas perempuan itu.

Nasib baiklah tiada siapa dalam tandas kalau tidak mahu terkencit orang tersebut kerana ingatkan jin mana yang melalak. SO mi membasuh wajahnya untuk kesekian kali.

Dia menarik nafas panjang lalu dihembus keluar dengan perlahan. Cuba mendapatkan kenormalannya semula. Setelah memastikan jantungnya sudah kembali pada sediakala, dia mengatur langkah keluar dari tandas .

  "Tak! ..tak!. Tak~~..apa yang kau merepek mak cik?" Bagai hantu tandas,Jung Kook tiba-tiba memunculkan diri. 

Mengejutkan So Mi yang baru keluar dari tandas. Nasib baik tak tergelincir jatuh gadis itu jadinya. Jung Kook bersandar pada dinding di luar tandas. Tepat-tepat bersebelahan dengan pintu tandas tersebut.

Dia memandang kearah So Mmi yang sedang mengurut-ngurut dada. Terkejutlah tu ~. 

    "Yah!. Apa kau huat kat sini?...omo!,kau ngendap akuke?"tuduh So Mi sebarangan sambil tangannya memeluk dirinya dengan penuh rasa terancam.

Jung kook berpeluk tubuh memandang kearah So Mi. Perasan sungguh. 

    "Hello,mak cik ..kau ingat aku tak ada benda lain ke nak buat selain ngendap kau. Daripada aku ngendap kau baik aku ngendap badak sumbu..Almaklumlah,badak sumbu dengan kau kan nak dekat sama cuma badak sumbu tu..seksi sikit ah "sindir Jung Kook sambil memandang gadis itu dari atas ke bawah.

So Mi mengetap bibir. Rasa tercabar dengan kata-kata lelaki itu. Adakah patut badannya yang langsing ini disamakan dengan badak yang saiz 2 kali ganda darinya. Tak padanlah!!.

    "Hei! Aku tak sama dengan badak lah!"

   "Ada cakap kau sama dengan badak ke?. Aku cakap nak dekat sama.."

      "Kau tu..uhh..lembik! Baru angkat sikit dah sakit!"

     "Tu sebab kau berat macam... Gajah!. Kalau lori angkat kau pun boleh pancitlah"

     "Merepek! Aku tak beratlah!"

    "Mana kau tahu?. Kau pernah angkat diri kau sendiri ke?"

uhh... So Mi hilang kata. Dia mendengus geram sebelum membaling tisu yang digunakannya untuk mengelap tangan kearah Jung Kook.Kakinya pantas diatur pergi. Makin melayan,makin habis dirinya nanti.

Jung Kook sekadar memerhati dengan muka meluatnya. Geram dengan sikap gadis itu. Dengannya bukan main kasar lagi layan,dengan Tae Hyung..mak aihh..malu-malu gitu. Pigilah!

   "Siaplah kau kat kampung nanti.."

 

 

=====END CHAP 014=====

OH NO,NAMPAKNYA TAE HYUNG DAH MULA NAK RAMPAS SOMI SEMULA..WAHAHAHA

DAN ,JUNG KOOK.. JELES KE?? 0*0

HAHA,BTW.NEXT CHAPPIE .SAYA AKAN ADAKAN LOKASI PENGAMBARAAN DI KG NENEK SHIM !! YEAH!

SPOILER :=NEXT CHAP NANTI CUMA ADA JK DAN SOMI ..WUHUU..TAKDE PENGACAU..JADI TAHU -TAHU JELAH ..PEACE YO 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'