CHAP 035

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

    

 

 

Baju -baju dikemas lalu dimasukkan kedalam bagasi hitam . Tae Hyung tersenyum lega setelah selesai mengemas begnya. Dia memandang ibubapanya yang sedang mencebik di muka pintu .

   "Kamu memang perlu pergi ke?. Janganlah risau fasal syarikat kat sana. Mama boleh suruh orang lain jagakan"tutur Puan Kim berat hati ingin melepaskan anak tunggalnya berdikari sendiri di tempat asing. 

Oleh kerana cawangan kecilnya yang berada di daerah Pohang tidak mempunyai pengurusnya lagi,Tae Hyung menawar untuk menguruskan segala urusan di sana. 

Tae Hyung mengheret bagasinya sehingga ke muka pintu sebelum memeluk kedua ibu bapanya itu . "Mama dan Papa jangan risau,Tae Hyung tahu jaga diri.  "Ujarnya dengan yakin. 

Segaris senyuman lebar terukir pada wajahnya. Dia membelek kearah jam tangannya sebelum dengan cemas meminta diri untuk pergi. Takut keretapinya terlepas. 

 

Tangan So Mi meraba kulit wajahnya yang kian mengering. Kulit-kulit kering jatuh berderai sebaik tangannya menyentuh. Separuh wajahnya kini sudah musnah akibat simbahan asid .

Kini tiada siapa lagi yang dapat mengecamnya. Dia bagaikan orang lain yang tidak berwajah. Wajahnya kini sungguh buruk . Namun,dia bernasib baik dia masih boleh melihat ,bernafas dan bercakap dengan normal tanpa masalah. 

So Mi mengamam bibirnya sebelum dia mencampakkan segala produk wajah yang ada diatas meja solek keatas lantai. Dia terduduk menangis sambil menakup wajahnya . 

Beberapa hari lepas,

   "Kita akan pergi ke Pohang tapi aku tak boleh bawak kau kalau muka kau macam ni"tutur Tae Hyung dengan perlahan. 

Dia memegang tangan sejuk So Mi dengan erat lalu menciumnya. "Jadi,aku kena padam wajah tu".

So Mi tidak menjawab. Dia tidak tahu apa agenda lelaki ini lagi. 

Tae Hyung memanggil orangnya masuk. Dia bangun lalu mencium lembut dahi licin gadis itu untuk kali terakhir. Wajah gadis itu ditatap lama sebelum dia berlalu keluar. 

Tutup sahaja pintu,terdengar jeritan derita So Mi dari dalam bilik. Tae Hyung menutup matanya cuba tidak menghiraukan jeritan penuh kesakitan gadis itu 

So Mi menggerutuh kesakitan diatas katil . Wajahnya terasa seperti dibakar dan direnjat pada masa yang sama. Walaupun tidak sepenuhnya asid direnjis pada wajahnya namun ia sudah cukup menyakitkan. 

Dia menjerit -jerit kesakitan. Meminta sesiapa untuk menolongnya menghentikan kesakitan perit yang dirasanya. 

Doktor yang diupah Tae Hyung masuk setelah menerima isyarat. Dengan pantas,dia dan seorang lagi jururawat merawat So Mi yang sudah terjerit -jerit histeria. 

Tae Hyung bersandar pada pintu sambil memerhatikan So Mi dirawat . Dia menarik nafas panjang sebelum berlalu pergi. Tidak sanggup untuk melihat lagi 

 

Pintu bilik dibuka lalu Tae Hyung masuk kedalam . Dia menghampiri gadis itu yang sedang menangis diatas lantai.

Badan gadis itu dipeluk erat sambil cuba menenangkannya. "So Mi,mari pergi"ajaknya dengan lembut. 

So Mi tidak membalas sebaliknya dia menolak lelaki itu kasar daripadanya. "Jauh daripada aku!. Pergi!"halau So Mi dalam sedu sedannya.

Tae Hyung menghela berat sebelum sekali lagi dia memeluk gadis itu.  

  "Kau dah tak ada sesiapa selain aku,So Mi. Jangan merungut .. Sekarang hanya aku seorang yang kenal kau,yang ada di sisi kau.."

So Mi menangis di bahu lelaki itu. Walaupun dia marah namun segala apa yang dikata lelaki itu benar belaka. 

  "Tengoklah apa yang kau dah buat pada wajah aku Tae Hyung..macam mana..macam mana aku nak hidup dengan wajah buruk ni!huarghh.."raung So Mi dengan sungguh perit. 

Hanya dia sahaja yang tahu perasaannya sekarang. Dia sudah tidak bermaya untuk marah lagi. Hanya kesidahan dan kemurungan yang menyelubunginya sekarang. 

Mungkin inilah takdirnya buat selamanya. Kekal bersama Tae Hyung dan jauh dari keluarganya. Jauh daripada Jung Kook. 

Wajah So Mi yang menggelupas dengan kulit yang kering dan hitam ditatap Tae Hyung dengan senyuman tipis. 

   "Sebab itulah kau kena ikut aku,bersama aku .. Aku akan jaga kau"pujuknya dengan lemah lembut .

So Mi diam membisu. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Pilihan apa lagi yang dia ada selain bersama lelaki itu. Barangkali kalau dia pulang rumah,ibunya tak akan kenal dirinya sekarang .

Tangan Tae Hyung dipegang So Mi. Matanya yang jernih itu dipandang. 

   "Kalau aku ikut kau.  Kau janji yang keluarga aku tak akan apa -apa. Ya?"

Wajah Puan Han masih terlekat pada mindanya. Ibunya,insan paling penting dalam dirinya. Biarlah dia sebegini asalkan ibunya selamat. 

Tae Hyung sudah sakit teruk dan tiada jalan lain yang boleh diambil So Mi selain mengikut sahaja kehendak lelaki itu. Asalkan orang yabg disayanginya selamat. 

   "Aku janji.. cantik"

 

Sudah masuk 2 minggu sejak pemergian So Mi. Kes kehilangannya juga sudah ditutup memandangkan surat dan panggilan itu sudah menunjukkan bukti kukuh gadis itu melarikan diri dan bukan diculik. 

Jung Kook pula masih tidak dapat menerima kenyataan. Dia berterusan mencari dalam usaha kerasnya sendiri. Rambutnya kian memanjang menutup hampir separuh matanya. 

Gambar So Mi ditatp Jung Kook lama sebelum dia mencangkung lemah di atas tanah. Gambar itu didekatkan kefada sebelum dia menangis dalam diam. 

   "So Mi ,sebenarnya kau di mana?"

Hoseok dan Jimin yang turut membantu memandang kasihan kepada rakannya itu. Sudahlah Tae Hyung berpindah pergi sekarang rakan mereka lagi seorang pula sudah jadi tak keruan. 

   "Yah, Jung Kook-yah,jom makan. Kau tak makan sejak semalam!. "Ajak Jimin namun hanya menerima dengusan Jung Kook. 

Lelaki itu berterusan menyebarkan poster tentang kehilangan So Mi. Hoseok dan Jimin berpandangan antara satu sama lain sebelum masing -masing mengeluh berat. 

   "Kau pasti So Mi memang diculik. Jadi macam mana dengan call dan surat dia tu"soal Hoseok menghentikan tindakan Jung Kook. 

Jung Kook memandang kosong kearah kertas ditangannya sebelum matanya membulat besar. Betul!  . Kenapa dia tak terfikir tentang ini! 

   "Yah!aku pergi dulu..kalau ada apa -apa call aku"tutur Jung Kook kelam kabut. 

Dia berlari meninggalkan rakan-rakannya termanggu sendirian.

 

 

2 buah bagasi diletakkan bersama disebelah tempat duduk. "Duduk dulu,aku pergi check train berlepas pukul berapa "arah Tae Hyung kepada So Mi supaya duduk di tempat menunggu .

Tanpa banyak kata,So Mi mengangguk lalu duduk diatas kerusi yang disediakan. Dia memandang penumpang-penumpang lain yang turut sibuk mencari keretapi yang akan dinaiki mahupun tunggu seperti dirinya sekarang. 

   "Omma!!!huwarggghhhhh!!"jerit satu suara budak tiba -tiba sebelum meraung ketakutan .

Seorang budak lelaki berumur 6 tahun menangis teresak -esak sebaik melihat So Mi. Ibunya pantas mendapatkannya . "Omma,ada hantu"adunya ketakutan sambil memeluk kaki ibunya. 

So Mi terkesima dengan kata budak tersebut .Semua pasang mata sudah tertumpu pelik kearahnya.

   "Nuna bukan hantu. Nuna manusialah.. Macam adik"terang So Mi bersungguh samvil menghampiri budak itu namun baru lagi selangkah dia ingin ambil,badannya ditolak sehingga jatuh oleh ibu budak tadi .

   "Pergilah,kamu buat anak saya takut. Sudah tahu muka buruk,kenapa tak tahu sorokkannya!"marah wanita itu dengan wajah jijik.

So Mi terjatuh diatas lanta . Dia memandang budak lelaki tadi yang makin kuat menangis sambil bersembunyi di belakang ibunya .

   "Maa--"

  "Yah ahjumma!!"pekik Tae Hyung daripada jauh. 

Dengan pantas ,dia menghampiri So Mi. Gadis itu dibantu bangun. Dia memandang bengang kearah wanita tak punya perasaan dihadapannya. 

  "Ada masalahke kalau muka kekasih saya macam ni!  . Sekurang-kurangnya hati dia lebih bagus daripada ahjumma yang hati serupa macam taik"Tae hYung menyumpahkan kata -kata kasar kepada wanita itu tanpa rasa takut. 

Wanita tadi terkedu seketika. Dia memandang anak muda kacak dia hadapannya sebelum kearah So Mi yang tertunduk malu di belakang.

   "Wah,sesuai sangatlah kamu"ujarnya sebelum pantas bergegas pergi 

Takut jika Tae Hyung makin naik angin. 

   "Yah! Apa !  Yah  tak guna!!"

Tae Hyung yang masih tidak habis dengan marahnya pantas ditenangkan So Mi. Lengannya dipeluk erat oleh gadis itu.

   "Cukuplah tu.  Aku okay"bisik So Mi dengan lembut .

Tae hYung menghela lemah ,dia memandang So Mi di sebelahnya yang masih tertunduk malu. Kain sejuk yang membalut lehernya dibuka lalu diletalkan pada kepala gadis. 

Membalut kepala gadis itu seperti gaya selendang. "Mari,train kita tiba kejap lagi"

Mereka berdua berjalam pergi tanpa sedar diperhatikan oleh sepasang mata. Onew memerhatikan Tae Hyung pergi dengan seorang gadis yang tidak dikenali. 

Dia kenal Tae Hyung kerana lelaki itu adalah suspek yang pernah disoal siasatnya beberapa minggu lepas. Entah kenapa dia rasa ada yang tak kena .

 

   "Inspektor Onew cuti tahunan di Pohang,kalau ada yang penting ,saya akan serahkan kes kepada kumpulan lain"terang pegawai polis perempuan yang menjaga kaunter laporan. 

Jung Kook pantas menggeleng. Sudah tentu tidak boleh. Sekarang,surat itu hanya berada di tangan Onew . Jadi,dia hanya boleh meminta bantuan lelaki itu. 

   "Bila dia akan balik?"

   "Mungkin dalam 2 minggu akan datang"

Jung Kook menghela lemah. Itu sudah terlalu lama.

 

Milo kotak dihulurkan Tae Hyung kepada So Mi sebaik mereka berdua selamat tiba di stesen keretapi Pohang. So Mi langsung tidak bercakap sejak bermulanya perjalanan. 

Dia hanya menunduk memandang ke bawah. Takut kejadian berulang lagi. 

Sedang mereka berdua baru ingin meneruskan perjalanan,Onew tiba-tiba menghentikan tindak mereka. "Taehyung kan?"soal Onew dengan sengaja. 

Berpura-pura yang dia baru terserempak dengan lelaki itu. Matanya mengerling kearah gadis di sebelah lelaki itu. Tangannya dihulur. 

   "Sayalah,Inspektor Onewlah."sengaja suaranya dikuatkan bagi menarik perhatian gadis tersebut.

Dan ternyata umpannya berjaya apabila So Mi terus mengangkat wajahnya memandang Onew. Mereka berdua bertentangan mata seketika sebelum Tae Hyung pantas menarik gadis itu menyorok dibelakangnya.

   "Ah,inspektor. Apa encik buat di sini?"soal Tae hYung cuba berlagak selamba .

Onew berdehem kecil. "Oh,saya ambil cuti tahunan. Di sini,kampung saya. "Ujarnya ramah. 

   "Ah~yeke?.."

   "Tapi apa kamu buat di sini?  Dan siapa dia?"soal Onew membuatkan Tae Hyung terkedu seketika.

   "Uh,saya uruskan cawangan ibubapa saya disini. Dia,kekasih saya, Jung Eun Mi"perkenal Tae Hyung dengan selamba tanpa tergagap bagai dia sudah buat skrip terlebih dahulu .

Onew diam. Dia memandang lama kearah Eun Mi yang memandangnya dengan mata sayu. Pandangan gadis itu jelas nampak lain . Ia tidak seperti gadis itu sedang gembira.

   "Maaf tapi kami dah lambat ni,kalau encik tak ada apa -apa lagi,kami minta pergi dulu. Sila bergembira pada cuti encik"tutur Tae Hyung dengan sungguh hormat dan teratur.

Dia memegang erat tangan So Mi lalu membawa gadis itu pergi bersamanya. So Mi memandang sayu kearah Onew berharap agar inspektor itu faham akan makna wajahnya itu. 

Dia berlalu pergi sambil terus memandang kearah Onew yang hanya mampu tercegat di tempatnya .

 

Tangan kiri So Mi dimangga Tae Hyung pada kepala katil seperti sebelumnya. Namun kali ini bukan kedua belah tangan gadis itu. So Mi meronta minta dilepas. 

Dia memandang Tae Hyung dengan pandangan simpati. "Kau kata kau tak akan kurung aku,tapi ni apa?" Taehyung-yah"tutur So Mi sambil cuba melepaskan tangan kirinya dari terus melekat dengan kepala katil. 

Tae Hyung duduk kepenatan di sebelah gadis itu. Dia bermain dengan kunci mangga tersebut. "Awalnya memang macam tu tapi rancangan dah berubah. Aku masih tak boleh janji kau tak akan larikan diri"

   "Tidak.  Aku tak akan larikan.. Serius ..tolonglah lepaskan aku. Taehyung tolonglah"rayu So Mi berdayu-dayu namun langsung tidak dikisahkan Tae Hyung. 

   "Jangan risau,aku akan pastikan kau tak bosan. Sini,ada tv,radio,internet. Semua yang kau nak,aku akan sediakan.. "Pujuk Tae hYung sebelum tersenyum tipis.

Dia mencium dahi gadis itu lembut sebelum berlalu keluar daripada bilik utama rumah banglo keluarganya itu. 

So Mi mendengus geram sambil menggoyang-goyangkan tangannya daripada mangga itu. 

  

 

 Onew duduk berehat diatas buaian rumah ibubapanya sambil cuba merehatkan mindanya. Namun,dia tidak terlepas daripada terus memikirkan tentang gadis misteri bernama Eun Mi itu.

Baru sahaja dia cuba mengendahkannya, telefonnya berdering kuat. Pantas dia menjawab .

   "Hello insperktor,saya ada benda penting nak bincang dengan encik. Encik kat mana sekarang?. Saya dah di daerah Pohang!"

Terkejut Onew mendengar suara gelabah tersebut. 

   "Bertenang,ni siapa?"

    "Saya ,Jung Kook"

 

Malam menjelma dengan pantas . Tae Hyung membawa sedulang makanan masuk kedalam bilik utama. So Mi kelihatan sedang terlena diatas katil . 

Perlahan dia mengejutkan gadis itu . "So Mi,makan dulu"pelawanya bak suami mithali yang menjaga isterinya yang sakit. Ya ,itulah sekarang yang terbayang pada fikirannya sekarang. 

So Mi perlahan-lahan bangun daripada tidurnya. Entah kenapa badannya terasa begitu berat .Dia memandang makanan yang terhidang di hadapannya.

Tanpa perlu dipelawa untuk kedua kali,dia terus mencapai penyepit makanan lalu menjamah semua makanan yang terhidang. Sejak akhir-akhir ini,cepat sahaja dia berasa lapar. 

Tae Hyung tersenyum melihat So Mi dengan selera menjamah makanan yang dimasak tukang masak rumahnya. Dia hanya memerhatikan gadis itu menghabiskan segalanya. 

Selesai gadis itu makan,dia pantas mengarahkan pembantunya membawa pergi pinggan mangkuk yang sudah kosong . 

   "Kau nak sesuatu?"soal Tae Hyung sambil menyapukan ubat kulit dengan berhati-hati pada kulit gadis itu .

So Mi menjilat bibir atasnya. Dia memandang kearah Tae Hyung . "Sebenarnya,aku nak makan tembikai,boleh kau belikannya"pinta So Mi membuatkan Tae Hyung terhenti .

Lelaki itu kemudiannya tertawa lucu. "Dah tentulah,benda kecil je tu. Aku akan belikan yang termanis..."janji Tae Hyung sambil meneruskan kerjanya .

So Mi tersenyum sedikit. 

 

Pagi mengganti malam,Jung Kook bangun daripada tidurnya. Semalam ,tiba sahaja di Pohang,dia dijemput Onew ke rumah ibubapa Onew. Dan tanpa sempat dia ingin meneruskan tujuannya,ibubapa Onew sibuk melayannya dengan pelbagai benda. 

Akhirnya dia tertidur tanpa sempat ingin menyampaikan tujuan sebenar. Seusai mandi,dia berlalu ke ruang tamu . Kelihatan Onew sedang khusyuk membaca surat khabar . 

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. "Saya ada benda nak minta tolong encik.."pinta Jung Kook membuatkan Onew berhenti membaca.

   "Tolong hidupkan semula kes isteri saya"

 

 

Sebiji tembikai dibelek Tae Hyung lama sebelum memutuskan untuk membeli tembikai tersebut. Dia membayar buah tersebut .

Pulang ke rumah,dia sendiri yang memotong buah tersebut. Seusai itu dia terus berjalan ke bilik utama. Sepinggan buah tembikai dibawa masuk kedalam membuatkan So Mi yabg sedang termenung diatas katil tersentak. 

Terus terukir senyuman pada wajah gadis itu sebaik melihat buat tembikai yang merah menyala itu. Tae Hyung mengeluarkan kunci mangga dari koceknya lalu dengan pantas membuka mangga tangan gadis itu .

So Mi mengigit buah tembikai tersebut dengan penuh gembira. Dia tersenyum lebar apabila kemanisan buah itu meresap masuk ke mulutnya. 

Tae hYung langsung tidak menjama . Dia memandang gadis itu yang sedang selera memakan tembikai. Perlahan dia merapati gadis itu.

Wajah gadis itu yang sudah tidak sesempurna dulu ditatap lama sebelum tangannya perlahan memegang dagu gadis itu membuatkan So Mi terhenti.

So Mi memandang Tae Hyung yang semakin dekat dengannya . "Tae H--"

Bibir Tae Hyung semakin mendekati milik So Mi yang kering itu. Namun belum sampai beberapa sentimeter,So Mi pantas menolak lelaki itu . Dia bangun lalu berlari kearah bilik air yang sudah sedia ada dalam biliknya. 

So Mi muntah banyak kedalam lubang tandas. Kepalanya yang sudah lama sakit terasa lebih sakit. Dia terasa pening dan pandangannya seperti sedang berputar. 

Pintu tandas diketuk cemas oleh Tae Hyung daripada luar. Setelah beberapa minit,barulah gadis itu membuka pintu. So Mi memandang Tae Hyung dengan wajah pucatnya. 

  "Tae Hyung,aku pening--"serentak itu,So Mi jatuh kearah Tae Hyung. 

 

 

 

Onew mematikan panggilannya. Dia memandang Jung Kook yang duduk di sebelahnya. "Saya dah minta orang saya disana uruskan,sekarang kita tinggal tunggu keputusannya"tutur Onew. 

Teh limau ais yang dipesannya dihirup sedikit. Dia memandang Jung Kook yang masih mengelamun jauh. 

   "Jangan risau,saya akan bantu awak sebaik yang mungkin. Memang saya tak boleh hidupkan balik kes ini tapi saya akan buat siasatan tentangnya"terang Onew cuba menenangkan Jung kOok yang dari tadi hanya mendiamkan diri. 

Jung Kook memandang kearag Onew lama. "Saya tak boleh tunggu lagi. Saya perlu tahu rumah Tae Hyung ..."ujar Jung Kook. 

Jaket hitamnya disarung ke badan. Dengan beg sandangnya,dia berlali keluar daripada kafe meninggalkan Onew menghela berat.

 

   "Maaf tapi semua maklumat peribadi tentang pekerja di sini adalah dirahsiakan"ujar pekerja syarikat Kim iaitu syarikat yang sedang Tae Hyung uruskan sekarang. 

Jung Kook mendengus kasar. Bersungguh-sungguh dia merayu untuk mengetahui alamat Tae Hyung sekarang. 

   "Saya polis,sila berikan alamat Tuan Tae Hyung sekarang"celah Onew bak penyelamat. 

Tunjuk sahaja lencana polisnya,pekerja tadi terus mengangguk laju. Tanpa banyak kata terus dia memberikan alamat Tae hYung kepada Onew.

   "Terima kasih " 

 

Kaki Tae Hyung terasa lemah sebaik keluar daripada pejabat doktor yang memeriksa So Mi tadi. Dia duduk diatas kerusi . Dahinya berkerut seribu memikirkan kembali kata -kata Doktor Nim tadi.

 "Tahniah,isteri awak sudah mengandung selama lebih kurang 3 minggu"

Mengandung. Tapi bagaimana pula. Dia langsung tidak menyentuh gadis itu . Belum lagi.

Tae Hyung diam seketika sebelum nama seseorang terbit pada kotak fikirannya. Penumbuknya dikepal erat ,nafasnya turun naik menahan meter kemarahan yang kian menaik  .

Dia menjerit geram sambil menumbuk dinding . So Mi yang kebetulan baru dibenarkan keluar daripada bilik pemeriksaan terkedu . Dia memandang Tae Hyung yang sedang melepaskan kemarahan pada dinding .

 Kaki So Mi terundur ke belakang. Takut untuk mendekati lelaki itu. Patutke dia lari sekarang .

Tae Hyung menoleh kearah So Mi berada sebelum dia dengan pantas menyembunyikan tangannya yang sudah luka ke belakang. Senyuman tipis terukir pada wajahnya serta merta. 

Dia mendekati gadis itu lalu segera memegang erat tangan So Mi itu. "Jom!"ajaknya dengan gembira. Cuba menyembunyikan rasa sebenar yang dirasainya. 

 

Sebaik sahaja So Mi lena diatas katil ,Tae Hyung menghampiri gadis itu dengan senyap. Dia memandang perut gadis itu yang masih leper. Tangannya kemudian mengusap kawasan tersebut dengan perlahan .

   "Kenapa? . Kenapa kau mesti lahirkan anak dia?. Kau sepatutnya lahirkan anak kita..bukan dia"bebel Tae hYung sendirian . 

Dia kemudian mengalihkan pandangannya kearah wajah insan yang disayanginya itu. Gadis itu sedang lena . 

   "Kalau bukan sebab ibumu,kau yang kat dalam,aku dah bunuh"tutur Tae hYung dengan nada yang sungguh menyeramkan. 

Ya,dia hanya bertahan kerana So Mi. Walaupun dia tidak terima akan kehadiran fetus itu didalam perut gadis itu namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. 

  "Jangan risau,aku akan jaga kau juga. Aku akan jadi bapa yang baik"sambung Tae hYung lagi sebelum bangun daripada duduknya. 

Dia tersenyum tawar sebelum berlalu keluar daripada bilik. Tutup sahaja pintu,mata So Mi terus mengalirkan air mata. Dia memegang perutnya yang kini sudah ada isi. 

   "Sayang,omma minta maaf"

 

Hoseok dan Jimin berjalan terkocoh-kocoh menunju kearah Jung Kook dan Onew yang sedang menunggu di dalam sebuah kedai ladu. Sampai sahaja,mereka berdua terus dipelawa duduk oleh Onew. 

Tekak dibasahkam dengan oren jus sebelum Jimin mengalihkan pandangannya kearah Jung Kook dan Onew bersilih ganti. "Jadi,apa dia yang urgent sangat korang panggil kitaorang ni?"soal Jimin memulakan perbualan serius. 

Jung Kook berdehem kecil. "Jangan terkejut lepas aku cakap perkara ni tapi kami suspek Tae Hyung yang culik So Mi"beritahu Jung Kook dengan jelas. 

Tersedak Hoseok mendengar kata-kata rakannya itu. Ladunya terus terkeluar balik daripada mulut. Matanya membutang besar. Dia diam sejenak sebelum meletuskan tawanya.

   "Hahahaha. Jung Kook lawak apa kau buat pepagi buta ni!!"

   "Tinggi 163 cm dan berat badan lebih kurang 47  kg dan berambut panjang. Itu bentuk fizikal So Mi ..."tutur Onew membuatkan Hoseok terdiam. 

Hoseok dan Jimin berpandangan sebelum masing-masing menelan air liur. 

 

 

So Mi duduk membeku diatas katilnya. Tangannya masih lagi bergari.  Dia tidak dapat bergerak bebas selain disekeliling biliknya sahaja memandangkan panjang besi mangganya sampai disitu sahaja. 

Mata So Mi merenung kosong dinding putih yang berada di hadapannya. Perutnya dipegang sambil diusap-usap lembut. Fikirannya kosong . 

    "Sayang ,sekarang ni cuma ada kamu dan omma sahaja. Hanya kita berdua.. "

Air mata jatuh mengalir daripada tubir mata. Mengenangkan nasib yang bakal menimpa anaknya kelak hanya membuatkan dia rasa lebih takut. 

So Mi memandang pintu bilik sebelum dia bangun lalu berjalan kearahnya. Tangannya terketar -ketar mencapai tombol pintu. Namun apabila dipulas,pintu tersebut tidak boleh dibuka. 

Senyuman tipis meleret pada wajah So Mi. Sudah tentulah berkunci.

 

Baju-baju bayi yang comel-comel belaka  itu dibelek Tae Hyung lama . Dia kemudian beralih kearah tempat menjual sarung tangan kaki dan tangan bagi bayi. Saiz sarung tangan yang begitu kecil itu membuatkan Tae Hyung tersenyum.

Dia menarik nafas panjang sebelum mengambil beberapa pilihan yang ada di situ. Sedang dia memilih,matanya terpandang akan sepasang pasangan yang sedang gembira memilih pakaian bayi. 

Perut wanita itu sudah pun ke depan dan suaminya dengan cermat menjaga isterinya. Tae Hyung terhenti di tempatnya.Dia memerhatikan pasangan tersebut sebelum senyuman makin melebar .

Dengan semangat ,dia memilih barang-barang yang berkaitan bayi. Seusai itu dia terus pergi membayar.

Onew kelaur daripada tempatnya bersembunyi. Dahinya berkerut melihat tindakan Tae Hyung itu. Barang bayi? .

 

 

Barang-barang tadi diletakkan Tae Hyung diatas meja. Dia menunggu So Mi keluar daripada tandas. Sambil itu,dia sibuk mengeluarkan semua barang yang telah dibelinya. 

So Mi yang baru keluar pula terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia tidak tahu samaada di perlu gembira atau takut. Perlahan dia menghampiri Tae Hyung lalu duduk di hadapan lelaki itu. 

   "So Mi,tengok. Aku dah belikan hampir semua barang bayi"beritahu Tae Hyung dengan teruja. 

Sarung tangan bercorakkan bebiri yang comel dipegang So Mi. Dia tersenyum melihat saiz sarung tangan tersebut. 

  "Kau tak perlu buat macam n . Lagipun ,masih lama lagi untuk aku lahirkannya"tutur So Mi perlahan namun sudah cukup untuk Tae Hyung mendengar. 

Keluhan lemah dilepaskan Tae Hyung . Dia memandang So Mi. 

  "Mulai hari ini,aku adalah ayah kepada budak tu. Dan kau adalah ibu dia.Mari bina keluarga"

So Mi diam membisu. 

   "Aku akan berikan kau identiti baru dan kita akan berkahwin,selepas itu kau boleh keluar bebas"janji Tae Hyung .

  "Ma..macam mana kau nak tukar identiti aku"

   "Pembedahan plastik.."

 

Mata Jung Kook membulat besar sebaik mendengar cerita yang baru disampaikan Onew kepadanya. Tae Hyung membeli barang bayi.

Dia terundur sehingga ke dinding sebelum jatuh terduduk. Fikirannya berserabut memikirkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. 

Rambutnya dikusutkan dan dia menjerit kegeraman. Dia bingkas bangun dan ingin pergi ke rumah Tae Hyung namun pantas dihalang oleh Onew. 

   "Jangan terburu-buru. Ia mungkin akan bahayakan nyawa So Mi nanti"

Jung Kook terdiam. Dia mengalah. 

 

Lonceng rumah ditekan berkali-kali oleh tetamu yang datang. Tae Hyung yang baru selesai membersihkan dirinya segera berlari untuk membuka pintu. 

Buka sahaja,wajah dua orang insan yang sedang tersenyum lebar menjengah pandangannya. 

 

   "Suprise!!!"sorak Hoseok dan Jimin serentak .

Tanpa dijemput,kedua orang itu terus menyerbu masuk sambil membebel tentang kepenatan mereka sampai ke Pohang . Dengan selamba,mereka berdua duduk diatas sofa .

Tae Hyung yang tiada pilihan hanya membiarkan sahaja. Dia mengerling kearah bilik utama yang berada di tingkat utama. 

  "Wah!!kau duduk sini sorang -sorang. Tak bosanke?"tutur Jimin sengaja. 

Tae hYung tersenyum senget sebelum menyertai rakannya . "Tak . Ada pembantu rumah ,apa nak bosannya"

Hoseok dan Jimin berpandangan sebelum mengangguk kecil. Hoseok memegang perutnya tiba-tiba. "Ah……laparnya weyh!!"

Dia bangun lalu menarik Tae Hyung sekali. "Jom ke dapur,teman aku masak!"ajaknya . 

   "Eh,tak perlu,aku boleh suruh pem--"tanpa sempat Tae Hyung menghalang,Hoseok dengan kuatnya menarik Tae Hyung agar mengikutnya .

Jimin hanya memandang dengan senyuman kekok sebelum dia dengan pantas meneroka rumah tersebut. Dia berlari ke tingkat dua lalu membuka semua pintu bilik yang boleh dia jumpa sehinggalah dia tiba di penghujung koridor. 

Bilik itu cuba dibuka berkali -kali namun tetap tidak berjaya.JImin pantas mengeluarkan sebuah telefon bersertakan surat . 

Nasibnya baik kerana terdapat lubang yang cukup-cukup untuk telefon pintar itu masuk. Jimin mengetuk pintu itu berkali-kali. Jantungnya berdegup kencang seperti sekarang ini dia sedang lakukan jenayah. 

Ketukannya yang tiada henti membuatkan So Mi mengerutkan dahinya. Kalau Tae Hyunglah,sudah pasti lelaki itu tak perlu mengetuk sebegitu sekali. So Mi segera mendekati pintu sebelum satu suara menjengah pendengarannya. 

   "Hello..hello..ini aku Jimin,kau kedalam tu So Mi?. Han So Mi ..."bisik Jimin kepada pintu .

   "Kalau ya,tolong balas ketukan aku ni"

So Mi diam membeku. Dia berfikir lama sebelum akhirnya dia mengikut kata Jimin itu.

Jimin yang mendengar pula sudah cuak. Jafi betullah tuduhan Jung Kook. Tanpa membuang masa,Jimin segera menyelitkan telefon pintar dan surat tersebut di bawah pintu.

  "Tunggu panggilan na--"tak sempat  Jimin menghabiskan ayatnya,Tae Hyung memunculkan diri.

   "Kenapa?"

Terkejut Jimin dibuatnya. Hampir sahaja dia tergolek jatuh . Tae Hyung menghampiri rakannya itu sebelum riak wajahnya yabg dingin bertukar ceria .

   "Jom makan"ajaknya. 

Jimin pantas mengangguk lalu terus berlari turun . Tae Hyung hanya memandang,dia menjeling kearah pintu bilik utama .

 

Sebaik mendapat isyarat daripada Jimin,Jung Kook segera mendail nombor telefon tadi. Jantungnya berdegup laju seperti dia baru menghabiskan marathon tidak berpenhujung.

Tangannya menggigil apabila talian mula dihubungkan. Onew di sebelah pula sudah mula menjalankan tugasnya mengaktifkan alat pengesan pada telefon itu.

  "So Mi"panggil Jung Kook sebaik talian sudah dihubungkan.

Tiada jawapan yang menjawab panggilan tersebut namun bunyi nafas sudah cukup membuktikan yang gadis itu berada di hujung talian.

 

Keadaan sunyi di antara mereka berdua. So Mi di hujung talian sudah terkedu di tempatnya setelah mendengar suara yang amat dikenalinya. 

   "So Mi,jawablah.. Aku rindu kau. Sangat rindukan kau"ujar Jung Kook seolah -olah sedang merayu kepada gadis itu. 

So Mi menahan rasa sebaknya. 

   "Ya"

   "Leganya..kau rindukan aku?. Aku akan selamatkan kau.. Secepat mungkin"janji Jung Kook .

   "Tidak. Kau pasti tak nak berjumpa dengan aku. Aku dah jadi orang lain"

So Mi mengetap bibirnya sambil matanya memandang kearah balikan cermin yang memaparkan wajahnya yang buruk itu. Ia pasti akan memalukan untuk berjumpa dengan semua  orang .

    "Aku nak jumpa kau. Walau apapun yang berlaku pada kau sekarang.Kau tetap So Mi yang aku kenal. Isteri aku "

Ya,Jung Kook sudah tahu semua yang terjadi apa isterinya memandangkan Onew sudah ceritakan kepadanya. Bolehkah dia bayangkan betapa peritnya gadis itu sekarang .

Butir-butir jernih jatuh keatas lantai sebaik So Mi mendengar panggilan isteri dari mulut lelaki itu. Sekarang ,makin kuat perasaannya untuk bersama lelaki itu 

   "Tolong aku.. "

   " Dah tentulah. Aku akan tolong kau walau sesukar mana pun,jadi janji pada aku,kau tak akan putus asa "

    "Aku rindu kau.. Aku cintakan kau. Aku nak hidup dengan kau.."luah So Mi dalam tangisannya.

   "Aku pun..aku pun So Mi"

Tumpp..

    "Maafkan aku... Ju--"panggilan terus terputus .

Jung Kook terkedu. Dia memanggil gadis itu berkali-kali namun bunyj terakhir yang dapat didengar hanya bunyi barang jatuh dengan kuat. 

 

Telefon pintar itu berderai pecah diatas lantai. Tae Hyung memandang dingin kearah So Mi yang sudah terundur selangkah demi selangkah daripadanya. 

  "Siapa yang kau call?"soalnya kasar membuatkan So Mi terkejut .

Apabila So Mi langsung tidak menjawab,Tae Hyung terus meluru kearah gadis itu sebelum menolak kasar So Mi hingga jatuh keatas lantai. 

Mangga pada pergelangan gadis itu dibuka. Seusai itu dia mengheret gadis itu keluar daripada bilik. So Mi yang sudah tidak berdaya akibat tolakan kuat lelaki itu hanya mengikut. 

Dia diheret bagaikan patung. Bawah perutnya terasa begitu perit saat itu. Matanya memandang kearah kakinya sebelum dikejutkan dengan lelehan darah yang agak banyak. 

Itulah perkara terakhir yang dilihat So Mi sebelum pandangannya bertukar gelap .

 

 

Rumah Tae Hyung diserbu dengan pihak polis. Namun ,rumah tersebut kosong tanpa sebarang penghuni. Jung Kook mengutip telefon pintar yang sudah berderai itu. 

Matanya kemudian terpandang kearah darah yang berada di sepanjang koridor. "Mari..Tae Hyung sudah beredar"tutur Onew kepada Jung Kook yang masih terkejut dengan darah yang dilihatnya. 

   "Kita kena cari mereka dengan cepat"

 

Terima kasih kepada hasil kerja Jimin dan Hoseok,alat pengesan sempat dipasang pada bawah kereta Tae Hyung sebelum mereka berdua beredar hari itu. Kereta yang dipandu Onew berhenti dihadapan sebuah bangunan lama yang sudah terbengkalai.

Onew mengarahkan orangnya mengepung kawasan tersebut. Tidak mahu bertindak terburu-buru,dia  mengarahkan orangnya untuk masuk kedalam dalam dengan senyap .

Tae Hyung tersenyum senget apabila melihat pihak polis sudah mula mengepung kawasannya. Dia menelefon seseorang .

   "Hello"

   "Naik ke atas..kau seorang,atau So Mi mati"

 

Sepucuk pistol diberikan Onew kepada Jung Kook. Badan lelaki itu disarungkan dengan baju kalis peluru. Jung Kook memandang Onew sebelum mengangguk perlahan. 

Pistol diambil lalu disorokkan di belakang kocek seluarnya. "Berhati-hati,kami akan berada di belakang awak.."tutur Onew sebelum mengarahkan orangnya menghantar Jung Kook masuk kedalam bangunan sehingga ke tingkat 5 di mana Tae Hyung berada. 

 

Nafas ditarik sedalam mungkin. Cuba mengumpul segala kekuatan yang tersisa. Pintu yang sudah berkarat itu ditolak lalu dengan berani dia masuk kedalam. 

Kakinya berhenti sebaik sahjaa masuk kedalam ruang yang berupa seperti pejabat itu. Jantungnya seperti berhenti berdetak apabila melihat apa yang berada di hadapannya sekarang .

So Mi sudah diikat dengan tali pada leher dan digantung keatas siling namun masih belum mati memandangkan kaki gadis itu berpijak pada atas kerusi yang agak usang. Jika kerusi itu jatuh,habislah gadis itu .

Bunyi peluru dimasukkan kedalam pistol menyentak Jung Kook. Tae Hyung tersenyum sambil mengacukan pistolnya kearah kaki kerusi yang dipijak oleh So Mi .

   "Tae Hyung-yah,semua sudah berakhir. Serahkanlah diri dan semua akan baik"pujuk Jung Kook memulakan pertaruhannya dengan lelaki itu.

   "Dan kemudian apa,kau akan dapat So Mi sedangkan aku kehilangan dia. Itu yang kau kata baik"balas Tae Hyung lalu menarik semula acuannya pada kaki kerusi itu .

Pistol tadi diacukan pula kepada Jung Kook di hadapan. Kakinya bergerak mendekati lelaki itu. 

   "So Mi milik aku seorang dan kau sepatutnya lenyap"tutur Tae Hyung jelas marah dengan Jung Kook. 

Hujung pistol itu berhenti benar-benar dihadapan dahi Jung Kook. 

   " Jadi?. Kau nak bunuh aku?"soal Jung Kook dalam gentarnya. 

   "Dah tentulah aku nak buat begitu tapi aku ada idea yang lebih baik..."pistol tadi ditarik kembali. 

Tae Hyung mengundurkan dirinya kembali kearah So Mi yang hanya berdiri lemah menyaksikan segalanya. Gadis itu sudah tidak mampu bergerak. Darah masih mengalir turun daripada kakinya. 

   "Aku akan mati bersama So Mi. Dengan itu,kau semua tak akan kacau kami.. "Beritahu Tae Hyung seraya memegang kerusi yang menahan beban So Mi. 

Bila-bila masa sahaja dia boleh menarik kerusi tersebut sekaligus menarik nyawa gadis itu sekali.

   "Kalau aku tak boleh miliki dia ,tiada sesiapa yang boleh"

Banggg!!!

Jung Kook jatuh melutut diatas lantau yang berdebu itu apabila kakinya tiba-tiba ditembak oleh Tae Hyung tanpa sebarang amaran. Darah memercik keluar dengan laju daripada peha kirinya. 

   "Termasuk kau"sambung Tae Hyung dengan selamba.

Pintu terus diserbu oleh pihak polis sebaik mendengar bunyi das tembakan. Serentak itu juga,kerusi So Mi ditarik oleh Tae hYung menyebabkan gadis itu tergantung di udara . 

Tali itu terus mencerut leher So Mi apabila tiada lagi alat yang boleh menahan bebannya. Tangan So Mi memegang tali yang semakin lama semakin terasa kecil. Dia tercungap-cungap cuba mencari nafas. 

    "Party starts"

 Tae Hyung melepaskan tembakan kearah dadanya sendiri . Dia tersenyum sambil memandang kearah So Mi sebelum jatuh keatas lantai. 

Darah mengalir banyar daripada mulut dan hiudungnya . Perkara terakhir yang dilihatnya hanyalah So Mi yang sedang bergelut dengan nyawa sendiri.  

SELAMAT TINGGAL,SO MI.

Jung Kook bingkas bangun lalu dengan kaki yang terhincut-hincut dia berlari mendapatkan So Mi yang masih tergantung pada siling. Onew segera mengarahkan orangnya menurunkan So Mi sementara dia pergi kearah Tae Hyung bagi memastikan keadaan lelaki it u 

   "So Mi!. "Panggil Jung Kook berkali-kali sambil menampar -nampar lembut pipi gadis itu. 

So Mi sudah langsung tidak bergerak. Badannya sejuk dan bibirnya juga pucat. Bagai tiada lagi jantung yang mengepam darah keseluruh badan. Gadis itu bagai tidak bernyawa. 

Jung Kook memeluk erat isterinya bagai cuba mengongsikan haba badannya dengan gadis itu. Air matanya sudah bercucuran jatuh pada wajahnya. Nama isterinya dipanggil tanpa henti sambil memohon maaf tanpa henti. 

Dalam masa yang sama,Onew memandang Tae Hyung dengan pandangan simpati. Dia mengerutkan dahi apabila matanya terpandang kearah tangan lelaki itu yang menggumpal penumbuk. 

Dibukanya penumbuk itu sebelum menjunpakan sebentuk cincin wanita yang cantik . Onew mengambil cincin tersebut sebelum ambulans datang dan membawa mayat lelaki itu.

Dia menghela berat sambil terus memandang kearah cincin yang dipegangnya itu. 

 

 

=======

One more CHAP TER 😉

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'