CHAP 008

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Lagu Dope mula bergema di dalam studio latihan. Taehyung sudah tersenyum sinis sambil kakinya bergerak menghampiri Jung Kook yang masih terpingga-pingga. Keningnya dijungkit berkali-kali,mencabar lelaki itu .

Sebaik sahaja nyanyian mula berdendang,Taehyung tanpa sebarang kata terus menggerakkan seluruh saraf badannya. Tangan serta kakinya seperti dikawal terus menari mengikut alunan muzik tersebuk. 

Badannya dan muzik tersebut bagai telah bersatu antara satu sama lain. Semakin laju lagu itu,semakin laju tangan dan kakinya bergerak mengikut arahan otak. Jung Kook yang melihat pula sudah terundur-undur ke belakang apabila Tae Hyung semakin mendekatinya. 

Keadaan di dalam studio semakin rancak apabila masing-masing mula bersorak teruja. Apabila lagu itu sudah tiba ke pertengahannya,Tae hyun tiba-tiba berhenti menari. Memberi laluan bagi lawannya menunjukkan bakat pula. 

Peluh -peluh dingin sudah mula membasahi seluruh dirinya. Dia memberi pandangan kearah Jung Kook sebelum bergerak ke tepi .Memberi ruang kepada lelaki itu untuk menari.

Jung Kook mengetap bibir . Dia menutup matanya ,cuba merasai rentak lagu tersebut sepenuhnya. Sebaik sahaja dia dapat merasainya,tangan serta kakinya serta merta bergerak . Menari mengikut alunan muzik tersebut.

Tariannya yang sungguh mengkagumkan membuatkan mulut -mulut mereka yang memerhati terbuka luas. Tidak menyangka bakat yang dimiliki oleh pelajar baharu tersebut.

    "Uwah..daebakk.."puji Hyeri sambil bersorak teruja. 

Terkejut dia apabila lelaki itu tiba-tiba menari dengan laju mengikut rentak alunan muzik. So Mi yang memerhati dari tadi hanya mampu memerhati dengan hati yang lega. Tanpa sedar dia mengukirkan segaris senyuman .

Taehyung turut terkejut ,dia bertepuk tangan. Nampaknya sudah muncul pesaingnya. Dalam kebisingan tersebut,matanya sempat mengerling kearah seseorang yang sedang tersenyum memandang kearah Jung Kook. 

 Tidak mahu membazir masa menjadi penonton,Taehyung menyertai Jung Kook menari bersama mengikut muzik tersebut. Walaupun baru menyertai namun tarian mereka boleh menjadi serentak tidak sampai seminit. 

Setelah 3 minit berlalu ,Cikgu Yixing akhirnya menutup radionya. Dia menepuk gembira. Berpuas hati dengan persembahan yang baru dilihatnya. Dia mendekati kedua -dua pelajarnya itu dengan senyuman lebar. 

    "Bagus..bagus.."pujinya sambil menepuk-nepuk bahu kedua-dua pelajarnya itu.

    "Tetapi..pertandingan tetap pertandingan..semua bergantung pada penonton kamu berdua ni..kamu semua rasa siapa layak menjadi juara?"

Jung Kook terdiam. Pertandingan?jadi ini bukan sekadar menari. Ada pertandingan??

    "Baiklah...kita akan mulakan undian.."

Undian yang seperti biasa dilakukan dengan cepat. So mi mengetap bibir memandang kertas ditangannya.Mana yang perlu dia tanda. Jung kook atau Tae Hyung. Kalau jujurlah,sememangnya Tae Hyung yang baginya lebih bagus dan tepat tariannya tapi..

Ok.Walaupun So Mi ni bodoh tarian tetapi dia tetap pelajar seni.Dia tahu tarian mana yang lebih bagus dari bagus ya.

    "Undian tamat..baiklah.."

Taehyung dan Jung Kook berpandangan antara satu sama lain. Nafas mereka masing-masing masih belum stabil sepenuhnya. Cikgu Yixing sudah berdiri diantara mereka sambil memegang kertas undian .

Dikiranya undian tersebut dengan laju sebelum tersenyum senget. "Juara bertahan,Kim Tae Hyung!!"

     "Wahhhh...daebakk.."Taehyung menunduk-nunduk bangga dihadapan rakan -rakan sekelasnya yang mula memberi sorakan menggila. 

Dia memandang kearah Jung Kook yang turut menepuk gembira kepadanya. "Baiklah Jung Kook..rule  tetap rule.."

    "Rule?"

    "Uhurm,yeah,sesiapa yang menang ada hak untuk arahkan yang kalah buat apa yang dia nak.."celah satu suara menjawab pertanyaan Jung Kook itu.

Tercengang Jung Kook saat menyedari dia telah terperangkap. Apa ni!.Tak beritahu awal-awal!

    "Jadi Taehyung awak nak apa?"soal Jung Kook acuh tak acuh. Geram sebenarnya kerana dia tidak diberitahu dengan lebih terperinci tentang pertandingan tarian mereka.

Tae Hyung mengusap-ngusap dagu runcingnya seraya matanya mengerling kearah rakan -rakan sekelasnya yang lain . "Apa ya?"matanya berhenti kearah So Mi yang sedang duduk memeluk lutut sambil menenggelamkan wajah kedalamnya.

Gadis itu kelihatan seperti tidak sanggup mendengar segala yang bakal dikatakannya nanti. Pandangannya beralih semula kearah Jung Kook . "Saya simpan kemenangan ni.."

   "Huh?"

    "Jadi bersedialah ye Jeon Jung Kook?"

KEREEENGGGGG

 

 

So Mi melantarkan kepalanya pada meja sambil mencebik geram. Fikirannya serabut dengan apa yang sebenarnya ingin dilakukan Kim Tae Hyung.Apa sebenarnya yang ada dalam otak kosong lelaki itu?!?.Apa!!!

Kepalanya kemudian diangkat laju lalu dipaling kearah Tae Hyung yang sedang rancak berbual bersama Hoseok,Jimin dan Jung Kook. Jung kook!! .Adakah lelaki ini lurus atau bodoh!. Dia musuh kaulah ..Musuh!!

    "Lelaki topeng!apa sebenarnya muslihat dia?"bisik So Mi pada diri sendiri sambil berpeluk tubuh memerhati kearah lelaki-lelaki pingitan perempuan kelasnya itu.

Jiwanya bagai tidak tenteram selagi tidak dapat mengetahui muslihat lelaki bernama Taehyung itu.

Yuju yang perasan akan kepelikan So Mi segera mencuit lengan gadis itu. "Kenapa So Mi?dari tadi tenung dorang tu,asal?"soal Yuju ingin tahu. 

    "Ah,tak ada..tak ada apa-apa..aku tengok tu hah..lebah .."

    "lebah?mana?"

Kosong .Langsung tiada serangga bertebangan di udara. Yuju memandang curiga kearah So Mi. Namun baru sahaja dia ingin menyoal lebih lanjut,pintu kelasnya tiba -tiba ditolak kuat seseorang. Habis terkejut satu kelas akibatnya. 

Seorang lelaki meluru masuk dengan laju sambil ditangannya terdapat sebiji bola sepak. Dia mendekati So Mi dengan laju sebelum tiba-tiba meletakkan bola sepak itu diatas meja gadis itu.

    "Nuna!! Petang ni ada perjumpaan kelab!!Nuna datang ye?ye?ye?"baiklah siapa lagi kalau bukan Hyun Kyung si penyibuk. 

Hyun Kyung memandang penuh harapan kearah So Mi . Menunggu jawapan positif dari gadis itu.So Mi menggaru-garu kulit kepalanya. 

   "Per..perjumpaan kelab?tapi ini baru hari pertama?"Soal So Mi. Dia sebenarnya malas .Malas dan malas ingin menyertai mana -mana aktiviti hari ini. 

Dengan badannya yang sakit-sakit ini,dia hanya berharap dapat melantarkan diri diatas tilamnya yang empuk sambil bertemankan bantal peluknya yang lembut..Ah~~

   "Nuna tak tahu ke?pengumuman rehat tadi..Hari ini ada pendaftaran kelab dan perjumpaan kelab.."

So mi terdiam. Baiklah,macam mana dia nak tahu kalau dia sibuk bertekak dengan Jung Kook diatas bumbung waktu rehat.Hahaha..bagus..

Hyun Kyung tersenyum .Pipi gadis itu dicubitnya geram . "Aigoo~~my girl..sudah pekak ke?..hahah,oklah..balik ini,Hyun Kyung tunggu kat bilik kelab..jumpa nanti..chu~~"sempat lagi Hyun Kyung memberi flying kissnya kepada So Mi sebelum berlari keluar setelah dibaling dengan pemadam oleh mereka yang lain .Gelli melihat tindakan gedik lelaki itu.

Hampir satu sekolah mengenali lelaki bernama Hyung Kyung .Bukan kerana kegedikkannya tetapi kerana kehandalannya dalam sukan bola sepak. Lelaki itu sudah berkali-kali mengharumkan nama sekolah dengan gol-gol cantik yang dijaringkannya. Hebat bukan.Cuma satu sahaja sifatnya yang menyebabkan pelajar-pelajar lelaki tidak mengkaguminya,dia terlalu gedik.okay..

So Mi menghela lemah. Dia tak nak.Tak nak  pergi!Matanua kemudian mengerling kearah Yuju dan Hyeri yang sudah tersengih senget. 

   "Apa senyum -senyum?"tanya So Mi hairan melihat senyuman penuh makna rakan -rakannya itu.

Hyeri menongkat dagu memandang So Mi dengan sengihan yang masih melekat. "So Mi-ah,jelesnya aku tengok kau dengan Hyun Kyung.."tutur Hyeri sambil mencebik sedih.

   "Korang nampak sesuai sangat..Apa kata kau  kapel je dengan dia..Aku Sokong sangat!!"sambung Yuju pula. Sengaja dia menguatkan nadanya bagi membenarkan orang lain mendengarnya. 

Matanya menjengil kearah Tae Hyung yang berpura-pura sedang berbual dengan Hoseok sedangkan telinganya berdenyut-denyut mencuri dengar perbualan 3 orang gadis ini.Sesekali dia menjeling sekelas kearah So  Mi yang sekadar tertawa lucu. Apa?Apa yang lucu?

    "Jangan nak merepeklah!.Korang pun tahu aku cuma anggap dia sebagai junior tak lebih dari tu.."So Mi menggeleng lemah .Rakan-rakannya ini ada sahaja idea ingin mengenakannya. 

Tetapi memang jujur ,dia langsung tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap lelaki bernama Hyun Kyung itu.Lelaki yang muda setahun darinya itu hanya dianggap seperti adik tidak lebih dari itu. 

Yuju dan Hyeri saling berpandangan sebelum masing-masing memukul geram tangan So Mi. "Sekurang-kurangnya kalau kau kapel dengan dia..kau tak akan luka sebab dia sangat gilakan kau.."Hyeri mula beralih kepihak juniornya itu.

Walaupun kadang-kadang dia juga meluat dengan perangai gedik lelaki itu,tetapi sekurang-kurangnya dia tahu yang lelaki itu memang benar cinta tahap nak mati pada rakannya itu. Jadi tak mungkinlah dia akan melukakan So Mi kan?

So Mi terdiam. Otaknya ligat berfikir kebenaran yang dikata oleh rakan-rakannya itu. Hyun Kyung memang mencintainya dan dia juga sudah mengetahuinya tetapi entah kenapa dia tetap tidak boleh menerima lelaki itu. 

Sedang dia sibuk terfikir tentang Hyun Kyung,ketawa kuat Jung Kook menyentakkan lamunannya. Segera dia berpaling menghadap kearah Jung kook yang sedang digeletek oleh Jimin. Apa masalah mamat dua orang ini?

Wajah Jung Kook yang sedang tertawa sakan dengan rakan-rakannya direnung lama.Betul.Tiada guna dia berfikir apa -apa lagi. Tempat Tae Hyung sudahpun diganti cuma antara dia terima atau tidak sahaja. Salahkah keputusannya?

 

 

Borang kelab yang diedarkan Jung Kook diambil So Mi dengan malas. Dipandangnya ruang -ruang kosong pada kertas putih tersebut. 

    "Kau masuk kelab apa?"soal Jung Kook masih tidak berganjak dari tempat So Mi. 

So Mi tidak membalas sebaliknya dia terus mengemas barang -barangnya . Beg sekolahnya disandang kemas pada bahu,bersedia untuk bergerak ke bilik kelabnya.

    "Buat apa kau nak tahu. Pergilah ..shu~shu~"halau So Mi bagai sedang menghantar seekor hantu yang sesat ke tempatnya semula. 

Badan Jung Kook yang menghalang laluannya ditolak ketepi. Menyemak ajer. Kakinya diangkat ingin berlalu pergi namun tangan panjang Jung Kook lebih cepat memegang begnya sehingga menyebabkan dia hampir tersunggkur kebelakang. 

   "Yah!"marah So mi apabila dia sudah mendapat keseimbangannya semula. 

Wajah Jung Kook dipandangnya dengan penuh rasa geram. Jung kook pula sekadar memasang wajah seposennya. Dia berpeluk tubuh sambil merenung lama gadis itu.

     "Kau kelab apa?dengan Hyun Kyung itu ke?Berapa ramai ahli kelab itu?Berapa ramai perempuan ,lelaki?Siapa cikgu penasihatnya? "soal Jung Kook bertubi-tubi. Wajahnya serius memandang kearah So Mi yang masih menahan geram terhadapnya. 

Dengan gayanya yang sedang berpeluk tubuh sekarang ditambah lagi dengan wajah seriusnya,dia kelihatan seperti pegawai polis yang gila kuasa . 

So Mi mendengus geram. Boleh serabut kepala otaknya melayan karenah lelaki ini. Ingin lari,karang sampai kesudah lelaki ini mengejarnya.Bukan boleh percaya mamat ni.

    "Kau apa?Polis?aish,lelaki annoying. ."rungut So Misambil membuat gaya sedang memegang pistol dan menembak lelaki itu berkali-kali. Bang Bang..

​    "Jawab jelah.."marah Jung Kook sudah hilang sabar. Boleh pula gadis ini ingin bermain dengannya. 

So Mi mencebik seraya memyimpan semula pistol imaginasinya. "Ok..ok..aigoo~kenapa?marah?tak comel suam--"pantas mulut So Mi ditekup dari meneruskan kata-katanya. 

Jung Kook sudah mula cemas takut ada yang mendengar. Dia memandang sekeliling kelasnya yang sudah kosong. Memanglah kosong,mereka berdua sahaja tadi yang lembab macam siput mengemas barang. Yang lain sudah bergegas ke kelab masing-masing.

     "Kau gila ke?kalau orang dengar macam mana?"marah Jung Kook sambil tangannya masih menekup mulut gadis itu .So Mi memandang toya suaminya itu. 

Takut?Tahu takut?.Yang sibuk sangat nak siasat fasal orang buat apa?

Geram dengan perilaku Jung Kook itu,tangan Jung Kook digigit So Mi dengan ganas membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan. Pantas Jung Kook menarik semula tangannya yang sudah mempunyai bekas gigitan So Mi itu. Gadis ini buaya ke?Lapar sangat?

   "Padan muka..Lain kali kalau takut sangat,jangan  act macam suami orang..hidup kau hidup kau ,hidup aku hidup aku..Mari buat macam tu,sebab itu yang kau nakkan.."tegas So Mi sebelum berlalu pergi.

Dia menjeling dingin kearah Jung Kook . Malas inginmelayan sikap suaminya yang sentiasa berubah itu. Tidak faham apa sebenarnya yang diingini lelaki itu sebenarnya.

Jung Kook pula sudah terkaku di tempatnya. Gadis itu marahke?Tapi kenapa ?Apa salahnya ?

 

 

======END OF CHAP 008=====

TQ PADA YANG KOMEN..IA BERI SAYA SEMANGAT YANG LEBIH MEMBARA.. ^^

 

THIS SOME PIC FOR U

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'