CHAP 030

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Hari persekolahan bermula seperti biasa. Leah dengan matanya yang kuyu memandang gurunya yang sedang mengajar dengan khusyuk di hadapan kelas. 

Hyeri yang duduk di sebelahnya sudah menguap besar untuk kesekian kali. Sekaligus menjangkit dirinya sekali. 

Setelah berjam terperuk lama di dalam kelas ,akhirnya mereka dapat membebaskan diri dengan menuju ke kafeteria. Jung Kook mengenyit mata kearah So Mi seolah -olah memberi mesej kepada gadis itu supaya berehat dengannya. 

Setelah itu,dia terus mengikut Doyoung dan Jimin yang sudah bergegas ke kafeteria macamlah tempat itu boleh lari. Leah membuka begnya sebelum sepucuk surat menjengah pandangannya. 

Dibukanya lipatan kertas itu sebelum dahinya berkerut seribu. "Apa ni?"bisiknya sendirian apabila membaca isi surat tersebut. 

Ia bukan ayat -ayat cinta atau sebagainya tetapi hanya bertuliskan alamat sesuatu tempat. Ada orang salah letak ke . Kecurigaan So Mi terhenti apabila dia membaca ayat di hujung surat.

Kepada Han So Mi..

Itu sahaja. 

   "So Mi"tegur satu suara membuatkan So mI dengan pantas menyembunyikan kembali surat misterinya itu. 

Dia menoleh sebelum terkejut dengan kehadiran Tae Hyung di hadapannya. Dia berdehem perlahan sambil cuba mendirikan dirinya . Entah kenapa dia terasa semakin kekok dan menjauh dengan lelaki itu.

   "Boleh kita berbincang?"

Huh..

 

Bungkusan roti vanilla yang diberikan Tae Hyung itu dibuka So Mi sebelum dia mengigitnya. Dia mengerling kearah Tae Hyung di sebelahnya yang dari tadi hanya membisukan diri. 

   "Benda apa yang kau nak cakap tadi?"soal So Mi membawa ke tujuan asal mereka. 

Botol mineral yang baru diteguk itu ditutup Tae Hyung semula. Dia menarik nafas sedalam mungkin sebelum melepaskannya.

   "Aku nak minta maaf .."kesalnya dengan nada yang perlahan. 

So Mi tersedak kecil. Dia memandang Tae Hyung yang sekadar memandang ke hadapan. "Ta..tapi untuk apa?"

   "Segalanya.. Aku tahu,kau mesti tak selesa dengan aku kan?."sambung Tae Hyung sebelum tersenyum tipis.

So Mi kekal mendiamkan diri. Dia tiada jawapan untuk soalan lelaki itu. Dia tidak selesa . Ya ,kadangkala ..

   "Tae Hyung,sebenarnya ...aku dan --"

   "Aku nak kita kekal berkawan dan lupakan tentang segala yang lepas.. "Potong Tae Hyung apabila dia tahu apa yang ingin dikatakan gadis itu. 

Dia tak nak dengar tentang perhubungan gadis itu. Tidak .

 Mereka berdua diam untuk sekian lama sebelum So Mi tertawa kecil. "Dah tentulah boleh.. Kawan?"

Tangan So Mi menghulur kearah Tae Hyung sebelum lelaki itu tanpa teragak menyambutnya. Mereka berdua tertawa kecil sebelum masing -masing memulakan cerita masing -masing.

 

Pintu kereta ditutup So mI setelah dia selamat masuk kedalam perut kereta. Hari ini dia pulang sendirian memandangkan Jung kOok mempunyai latihan bola keranjang. 

Jae Bum terus memulakan pemanduannya pulang ke rumah agam majikannya itu. So Mi menyandar penat . Tangannya diselukkan ke poket blazer untuk mendapatkan telefonnya sebelum sehelai kertas menyentuh tangannya.

Dengan pantas ,dia mengeluarkan kertas itu sebelum tersentak seketika. Kertas itu direnung sebelum dia memandang kearah Jae Bum yang sedang fokus memandu di hadapan. 

   "Jae Bum oppa..tukar haluan".

 

Sebuah rumah yang agak besar menjengah pandangan sebaik sahaja So Mi turun daripada kereta . Dahinya berkerut memandang sekeliling kawasan tersebut. 

Papan tanda yang agak suram yang terletak pada pagar besar itu dibaca So Mi . "Rumah anak yatim?". 

Tidak mahu terus diselubungi kecurigaan melampau,So Mi mengambil keputusan untuk berjumpa dengan penghuni rumah itu. Pintu besar bewarna coklat itu diketuk berkali -kali namun tetap tiada jawapan. 

Walaupun So Mi tahu dia tak patut ceroboh masuk kedalam namun entah kenapa hatinya menyuruhnya melakukan sebegitu. Dengan perlahan,dia masuk kedalam rumah tersebut.

Matanya meliar memandang rumah tersebut yang kelihatan biasa dengan rumah biasa. Ada sofa,tv dan peralatan rumah lain. Cuma yang berbezanya,terdapat begitu banyak buku dan permainan yang tersusun di suatu sudut. 

Meja makannya turut besar semacam. Sedang So Mi berjalan di sekitar ruang tamu tersebut,matanya terhenti kearah sebuah potret besar yang menggambarkan begitu ramai budak dan penjaganya boleh dikira lebih dalam 4 orang. 

Setiap satu wajah direnung So Mi sebelum dia terhenti  kearah seorang remaja yang berdiri di samping seorang nenek yang duduk diatas kerusi . Ditenungnya wajah remaja lelaki itu sebelum mata So Mi akhirnya terbeliak besar. 

   "Itu Jung K--"

   "Kamu siapa?"

 

 

Latihan akhirnya tamat dan Jung Kook bergegas pulang ke rumah. Sekotak manisan dibelinya dalam perjalanan pulang demi memberikannya kepada So Mi nanti. 

Hatinya tidak sabar ingin berjumpa dengan gadis itu di rumah walaupun hanya berapa jam tidak melihat wajah gadis itu. Kotak manisan itu dipegang Jung Kook erat. 

 

Teh yang dihidangkan  tidak disentuh So Mi sedikit pun. Dia kaku di tempatnya. Mulutnya terketar-ketar membaca isi kandungan surat yang diberikan kepadanya sebagai buktu kepada cerita sebenar yang baru didengarinya tadi. Kisah sebenar tentang perkahwinannya. 

   "Mama.. Mama saya tak sekejam ini.. Jung Kook kata dia kah--"

   "Semua itu tipu,kamu gila ke?. Tak ada orang yang sanggup kahwin dengan orang yang mereka tak kenal . Terutama sekali dengan orang yang terdesak macam kamu.."tutur Puan Joo merangkap penolong kanan pengusaha rumah anak yatim itu . 

Nadanya dingin dan jelas tidak suka akan kehadiran anak gadis itu . Dia menghela berat sebelum menyambung katanya 

   "Cukup setahun,Jung Kook akan tinggalkan kamu.. Itulah yang ada dalam perjanjian ..tetapi ibu kamu tiba -tiba hantar surat mengatakan Jung Kook perlu kekal di situ jika tidak mahu tanah ini terjual.."

Mata So Mi terus bergelinangan . Hatinya terus terasa berderai bagai kaca . Tidak sangka ibunya sanggup menjual tanah di mana tempat ramai anak yatim tinggal. 

Mungkin ini semua salahnya. 

 Sedang suasana menjadi sunyi, kotak tisu tiba -tiba menghentak kepala So Mi . Seorang wanita tua masuk ke dalam ruang tamu itu dengan kayu sebagai bantuan untuknya berjalan. 

Dia memandang tajam kearah So Mi yang duduk diatas kerusi. "Kamu!.. Di mana cucu aku?. Mana dia??"tengkingnya dengan kuat membuatkan So Mi terkejut. 

Tiada sebarang amaran,wanita tua itu terus meluru kearah So Mi sebelum menghentak kepala gadis itu dengan tongkat jalannya. Darah terus mengalir keluar daripada luka besar di dahi sebelah kiri So Mi membuatkan keadaan bertambah kelam kabut.

Badan So Mi digoncang-goncang wanita tua tadi sebelum dia terjatuh ke lantai sambil memegang kaki So mI. "Apa salah kami?.. Kenapa orang kaya seperti kamu terlalu pentingkan diri.. Fikirkanlah keadaan kami di sini.!!!" Raung wanita itu sekuatnya sambil air mata bercucuran mengalir keluar daripada matanya.

So Mi terkedu . Dia beku di tempatnya. 

   "Hal..halmeoni... Saya.. Saya mi--"

Puan Joo menarik wanita tua tadi daripada terus merayu pada So Mi. Seusai dia menyuruh pekerja lain mengambil wanita tadi,dia memandang kearah So mI yang masih kelihatan terkejut. 

Perlahan dia melutut di hadapan gadis itu. "Tolonglah.. Fikirkan tentang kehidupan Jung Kook.. Dia ,dia tak perlu tanggung semuanya.  Tolong lepaskan dia. Saya merayu.."

   "Ahjumma.. "

 

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam dan batang hidung So Mi masih tidak kelihatan. Bukan gadis itu sahaja malah Jae Bum juga tidak kelihatan. Jung Kook menunggu dengan risau diatas sofa sambil matanya asyik mengerling ke luar tingkap. 

Selang beberapa minit menunggu,bunyi enjin kereta mengejutkannya yang hampir terlena. Terus dia meloncat dari sofa lalu berlari ke muka pintu bagi mendapatkan isterinya itu. 

Namun langkahnya terhenti sebaik melihat keadaan So Mi yang tidak bermaya. Luka yang agak besar pada dahi gadis itu membuatkan dia makin terkejut. 

Terus diserbu isterinya itu dengan pelbagau pertanyaan. "Sayang pergi mana?. Oppa call kenapa tak angkat?. Kenapa luka teruk ni?"soal Jung Kook dengan risau. 

Tanganya yang ingin memeriksa luka gadis itu pantas ditepis. "Aku penat..."tutur So Mi tidak bermaya . 

Dia terus mengangkat kaki meninggalkan Jung Kook yang terpingga-pingga di muka pintu. 

 

 

Matahari sudah naik tegak diatas kepala namun So Mi masih mengurung dirinya di dalam bilik . Dia langsung tidak memberi tindak balas sejak semalamnya lagi sehinggakan Jung kOok terpaksa bermalam di bilik lain. 

Pintu dibuka So Mi dengan perlahan apabila dia pasti ibunya dan Jung kOok sudah tiada di rumah. Dengan senyap,dia menuju ke bilik pejabat ibunya. 

Kosong,ibunya sudah keluar bekerja . Tanpa menunggu lama,seluruh sudut biluk itu terus digeledah So Mi . Kertas-kertas yang banyak itu diteliti satu persatu . 

Sedang dia ingin menarik sebuah buku tebal dari almari,sehelai surat tiba-tiba terjatuh keluar . So Mi mengutipnya lalu dengan perasaan berdebar dia membuka surat tersebut. 

   "Perjanjian Tanah-Kahwin "

 

    "Puan memang tak berhati perut. Ramai anak yatim yang tinggal di sini ,sampai hati Puan kata hendak membangunkan perindustrian di sini. Kalau begitu,di mana kami ingin pergi Puan.Kami tiada tempat lain selain di sini!"bentak Jung kOok dengan berani. 

Jika tiada yang berani membatah jadi dia akan. Dia memandang wanita bekerjaya dihadapan dengan pandangan tajam. Memang wanita itu berhak ingin menentukan apa yang akan dibuat dengan nasib tanahnya itu tetapi sekurangnya fikirlah nasib mereka yang tinggal di tanahnya itu. 

Puan Han diam . Dia memandang anak muda yang berani mementang arahannya. Diteliti Jung Kook dari atas ke bawah. 

   "Kamu berapa tahun?"

   "Huh?. 18 jadi kenapa?"

Segaris senyuman terus terukir pada wajah Puan Han. Dia menghulurkan tangannya kepada Jung kOok. 

    "Mari kita buat perjanjian"

    "Perjanjian apa?"

    "Kamu kahwin dengan anak saya untuk setahun dan tanah ini akan selamat"

Selepas membaca kesemua isi kontrak tersebut, tangan So Mi terus menggigil . Surat itu terus terlepas daripada tangannya. Dia memegang dadanya yang terasa sesak. 

 Ibunya sanggup melakukan sebegini kerana permintaannya yang bodoh. Sikapnya yang kebudak -budakkan itu sememangnya bodoh. Menyusahkan semua orang di sekelilingnya sahaja. 

Pintu bilik tiba-tiba dibuka daripada luar. Puan Han terkejut dengan kehadiran anaknya di pejabat kecilnya itu. Kertas yang amat dikenalinya itu terlantar diatas lantai .

   "So Mi.."

Air mata terus jatuh daripada tubir mata . So Mi memandang ibunya dengan perasaan yang bersalah. "Mama..maafkan So Mi.. Maaf.. Semua ini pasti tidak akan berlaku jika So Mi tidak mendesak Mama.."tangis So Mi tiba -tiba . 

Puan Han pantas memeluk tubuh anaknya yang terketar -ketar itu . Rambut anaknya itu diusap lembut.  

   "Apa yang kamu cakap ini?. Apa salah kamu?. Kamu tak salah apa -apa pun.. Mama yang.. Mama yang salah sebab buat semua ni... Mama benar-benar minta maaf.."

Badan ibunya ditolak So Mi perlahan. Dia memandang ibunya dengan mata yang merah. Tangan ibunya dipegang erat . Mulutnya dikemam berkali-kali sebelum meneruskan kata -katanya. 

   "Mama.. Kenapa ?.. Kenapa  Mama sanggup hancurkan hidup anak-anak tak berdosa itu ?. Kenapa!?"soal So Mi dalam sedunya. 

Tidak semena ,dia rasa bersalah terhadap anak -anak yang malang itu. Kesimpulannya,tanah itu tak boleh dijual walau apa sekalipun. 

   "Oleh sebab itu, bebaskan mereka.. Berikan tanah itu pada mereka sendiri..Tolonglah.."

Wajah So Mi yang sedang teresak -esak itu dipandang Puan Han sayu. Dia diam untuk masa yang lama sebelum mengangguk perlahan. Apa sahaja untuk anak tunggalnya itu. 

   "Macam mana den--"

  "Saya akan berpisah dengan Jung Kook.."putus So Mi membuatkan ibunya terkedu. 

   "So Mi tapi ka--"

   "Tak kira sudah cecah setahun atau tidak, perjanjian  Mama dengan dia perlu dibatalkan. Jung Kook tak cintakan saya ,dia hanya buat begitu supaya tanah tu tak terjual.. Dia ..ada orang yang dia cintai.. Jadi,saya akan lepaskan dia.."

Puan Han terus memgalirkan air matanya. Dia terasa begitu berdosa kerana telah memulakan segalanya. Sekarang,perasaan anaknya yang terluka. Dan dia turut rasa yang sama.

   "Mama..benar -benar rasa bersalah.. Maafkan Mama.."

   "Tidak.. So Mi yang bersalah..ini semua bermula sebab So Mi.."

 

 

Jus oren dihirup So Mi sedikit demi sedikit sambil menunggu ketibaan orang yang ditunggunya. Dia duduk merenung meja kayu di hadapannya. Fikirannya kosong begitu juga hatinya.

Tidak sampai beberapa minit, Sana dengan pakaian seragam sekolahnya muncul di hadapan So Mi. Mereka berdua bertentangan mata untuk seketika sebelum So Mi mempelawa gadis itu duduk di hadapannya. 

  "Kenapa kau tak datang sekolah?. Sakit?"soal Sa Na setelah duduk. 

Dia bertanya begitu pun kerana melihat keadaan Jung Kook yang tidak bermaya di sekolah. Lelaki itu sudah banyak kali dimarahi guru kerana mengelamun.

Sa Na memandang So Mi di hadapannya dengan perasaan pelik. "Saya tak nak apa -apa.."balasnya kepada pelayan yang sudah bersedia mengambil pesanan. 

   "Kau ..apa yang kau nak cakapkan sebenarnya. Straight to the point sekarang"soal Sa Na setelah pelayan tadi berlalu pergi. 

Tidak terus menjawab,So Mi menghirup minumannya . 

    "Awak..masih cintakan Jung Kook ?"

   "Apa?...saya .."

    " Kami akan berpisah..."beritahu So Mi membuatkan Sana terbatuk kecil. 

   "Saya dan Jung Kook sudah berkahwin... Tapi,saya baru tahu itu semua hanya kontrak ,untuk setahun.. Lepas itu,kami akan berpisah..Jung Kook pasti sebenarnya masih sukakan awak.. Saya pasti penghalangnya.. "

Kata -kata So Mi terhenti seketika. Dia mengambil nafas panjang sebelum meneruskan penerangannya. 

    "Saya tahu kamu berdua rakan baik.. Serta kehidupan kamu sebelum,saya sudah tahu. Sebelum apa pun,saya minta maaf atas tindakan Mama saya sebelum ini. Tapi,kami tak akan jual lagi tanah tu... "

Sepucuk sampul surat besar berisikan geran tanah diberikan So Mi kepada Sa Na yang masih terkedu dengan apa yang berlaku. Tanganya menerima sahaja surat itu tanpa mengetahui apa -apa. 

   "Ambillah geran tanah ini.  Tentang pertukaran nama ,kami akan uruskan kemudian.. Maaf sekali lagi.. Dan,tolong jaga Jung Kook sebaiknya. Saya betul -betul gembira dengan kehadirannya.. "

Air mata yang baru ingin mengalir pantas dikesat So Mi. Dia menyandang beg galasnya pada bahu sebelum kepalanya menunduk hormat kepada Sa Na. 

   "Saya pergi dulu... Sehingga berjumpa lagi.."

 
 

Mata Jung Kook membesar melihat So Mi yang sedang memasukkan baju -bajunya kedalam bagasi besar. Pantas dia menghentikan tindakan gadis itu daripada terus mengosongkan almari.

   "So Mi,apa yang awak buat..So Mi!"tangan So Mi dipegang Jung Kook daripada mengambil baju-bajunya yang lain. 

   "Pergi.. "

   "Apa?"soal Jung Kook masih tidak faham. So Mi dengan kuat merentap kembali tangannya daripada pegangan Jung Kook. 

Dia memandang lelaki itu dengan mata yang berair. Air matanya memang tidak kering -kering hari in . Sentiasa mengalir sahaja daripada pagi hinggalah ke lewat petang ini.

   "So Mi ,kenapa ini?.."soal Jung Kook meminta penjelasan .

   "Pergi...pergi daripada sini.. Kita.. Sudah berakhir. Mari berpisah. Hentikan semua lakonan ini,yeah?"tutur So Mi dalam menahan tangisannya. 

Jung Kook terdiam. Dia memandang So Mi di hadapannya sebelum memegang kedua belah bahu gadis itu.  

   "Tapi..tapi  kenapa tiba-tiba.. Semuanya okay sebelum tapu kenapa tiba -tiba... Sa Na.. Apa yang Sa Na buat.. Sa  Na buat apa sam--"

Tangan Jung Kook ditepis So Mi dengan kasar membuatkan kata -kata lelaki itu terhenti. So Mi terus mengalirkan air matanya laju menuruni wajahnya. 

   "Sa Na tak buat apa -apa... Saya yang putuskan. Saya. "

Sekali lagi Jung Kook terkedu dengan kata -kata isterinya itu. Tidak dapat meluahkan dengan kata,diabterus memeluk So Mi dengan erat seperti cuba menyampaikan perasaanya kepada gadis itu. 

   "Tidak..kita tak akan berpisah. Tidak.. Saya betul -betul cintakan..sangat..sangat ...jadi,tolong jangan putuskan hubungan...tolong.."luah Jung Kook seikhlasnya sambil mengalirkan air matanya .

    "Cukup..."

Badan Jung kOok ditolak kasar oleh So Mi membuatkan lelaki itu hampir tersungkur jatuh ke atas lantai. 

   "Cukuplah untuk semua lakonan ini.. Semua dah berakhir. Saya tahu tentang perjanjian Mama dan awak.. "

   "So Mi.."

  "Jangan risau... Saya tak akan jual tanah itu.. Baliklah,mereka semua di sana rindukan awak.. Sangat..."

Helaian pakaian terakhir dimasukkan So Mi kedalam bagasi sebelum dia menutupnya lalu menyerahkan kepada Jung Kook. Bibirnya dikeman lama sebelum dia mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. 

Sebentuk cincin tanda perkahwinan mereka diberikan kepada Jung Kook. "Saya ..minta maaf sebab buat awak terpaksa berpura-pura cintakan saya.. Minta maaf sangat "

Cincin itu diletakkan pada tapak tangan Jung Kook. So Mi menarik nafas panjang sebelum berpaling kearah ibunya yang sedang berdiri di hadapan muka pintu. Senyuman pahit kemudian diukirkan pada wajahnya.

Bahu Jung Kook ditepuk berkali -kali bagai cuba menaikkan semangat lelaki itu. "Pergilah. Mereka pasti tak sabar untuk jumpa awak.."tutur So Mi cuba menyembunyikan perasaan kecewa dan peritnya.

Jung Kook tidak mahu untuk mengungkapkan sebarang kata. Tidak kira berapa banyak kali dia menerangkan kepada gadis itu,semuanya tidak berguna. Gadis itu percaya yang cintanya yang tulus itu hanya lakonan semata -mata. 

 

 

   "Macam mana kau masih boleh tersenyum sedangkan kau baru hancurkan rumah tangga orang?"

Sa Na memandang tajam kearah Tae Hyung yang masih boleh menikmati makanan lazat di restoran . Tae Hyung mengelap mulutnya dengan sapu tangan yang tersedia.

Dia memandang gadis di hadapannya dengan pandangan kosong. "Jangan ganggu selera makan aku. Kalau kau nak habiskan air liur sahaja,baik kau beredar.."halau Tae hYung.

Pisau makannya memotong stik dengan lembut sebelum dimasukkan kedalam mulutnya. Dia mengunyah dengan gembira apabila segala rasa perapan daging merasa ke lidahnya.

Sa Na memandang Tae Hyung dengan pandangan yang tidak percaya. Dia melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu walaupun tidak dipelawa. 

   "Kau yang hantar alamat itu pada So Mi kan. Kau yang beritahu semuanya kan?"

Selera Tae Hyung terhentu serta merta apabila Sa Na berterusan mengganggu ketenangannya. Dia memandang gadis itu dengan kening yang terjongket .

   "Betul. Aku buat semu itu,jadi kenapa?. Ada masalah?. Aku dah beri kau amaran ,kalau kau tak jalankan arahan aku..aku yang akan lakukan sendiri. Dengan lebih cepat.."

    "Kau memang perlu buat semua ni ke?. Hancurkan hubungan mereka?"

Tae Hyung diam seketika. Dia menyandar pada badan kerusi sebelum menyilangkan tangannya rapat ke dada. 

   "Perlu. Sangat perlu. Walaupun aku perlu bunuh Jung Kook untuk dapatkan So Mi kembali.."

Sebaik Tae Hyung menghabiskan katanya,Sana terus tertawa sinis. "Baguslah..sebab aku tak akan benarkan kau buat macam itu.."

"Betul. Sangat perlu. Walaupun aku perlu bunuh Jung Kook untuk dapatkan So Mi kembali.."

Kata -kata Tae Hyung tadi kembali dimainkan Sa Na membuatkan lelaki itu tersedak. Sa Na menunjukkan telefon pintarnya yang sedang berada dalam aplikasi merakam. 

   "Terima kasih atas luahan jujur membunuh kau.. Apa agaknya reaksi So Mi lepas dengar semua ini kan?. Enjoy your dinner .."

Sa Na terus bangun setelah mendapat apa yang diperlunya. Dia segera beredar daripada restoran mewah itu. 

Meninggalkan Tae Hyung yang sedang kekusutan sendirian. Tae hYung hanya mampu memandang gadis itu berlalu pergi sedang hatinya risau dengan tindakan gadis itu nanti.

   "Kau memang cari maut ,Sa Na..."

 

 

Minuman sejuk dihidangkan pelayan kepada Jung kOok dan Puan Han . Mereka berdua kini berada di sebuah kafe  berdekatan. 

Helahan berat dilepaskan Puan Han apabila Jung Kook hanya mendiamkan diri dari tadi. "Mama minta maaf sebab mulakan segala ini.. Mulai hari ini,mulakab kehidupan baru kamu.. Mama tak akan buat apa -apa dengan rumah anak yatim tu. "

   "Bukan sebab itu.. "Jung Kook akhirnya membuka mulutnya 

Dia memandang ais yang kian mencair dalam minumannya. Matanya yang masih merah akibat tangisan tidak berhentinya tadi beralih kearah ibu mertuanya yang duduk di hadapannya. 

  "Saya betul -betul dah jatuh cinta kepada So Mi.. Saya ikhlas mencintai dia..."

Puan Han diam membisu. Dia juga terkejut dengan pengakuan jujur menantunya itu. Selama ini dia ingat Jung Kook sengaja melayan anaknya dengan begitu baik untuk mencuri hatinya supaya tidak menjual tanah itu tetapi rupanya dia salah. 

Lelaki ini benar mencintai anaknya. 

   "Jadi, Mama..tolonglah...tolong percayakan So Mi tentang perasaan sebenar saya ini.."pohon Jung Kook sambil memegang erat tangan Puan Han. 

Matanya memandang tulus kearah wanita itu. Seperti dia sedang membuat permintaan terpenting dalam hidupnya. 

   "Saya tak nak ceraikan So Mi"

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'