CHAP 026

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Tanpa ketukan,Tae Hyung terus menyerbu masuk kedalam bilik Baek Hyun membuatkan si penghuninya itu terkejut. Baek Hyun yang sedang terbaring diatas katil bujangnya bingkas bangun . 

Dia memandang Tae Hyung yang sedang berdiri di muka pintu dengan wajah dingin. 

   "Kau pergi lawat dia?"soal Tae Hyung kasar. 

Baek hYun terdiam sebelum mengangguk perlahan setelah memahami maksud soalan lelaki itu. Dia menghela lemah .

   "Berapa kali aku perlu ulang?. Sampai kau mati?. Aku ulang lagi,untuk hari berikutnya dan sampai bila -bila,jangan sesekali ingat padanya..."amaran keras diluahkan Tae Hyung sebelum dia berpaling ingin pergi. 

    "Jadi,sampai mati juga ke kau tak nak akui kesalahan kau?.. Kim Tae Hyung,aku bukan baru kenal kau semalam.. Aku tahu semuanya dan aku tahu kau rasa bersalah.. Dae Hyun,masih ada di hati kau ,hyung kau.." tutur Baek Hyun seperti cuba untuk memujuk lelaki itu . 

Kakinya diangkat menghampiri lelaki itu . 

    "Tae Hyung,jangan simpannya lagi... Luahkannya..."

Belakang badan Tae Hyung dipegang Baek Hyun dengan tangan yang menggigil. 

   

   "arkk,appa!!Tolong berhenti..ah,appa~"rayu. Tae Hyung apabila taling pinggang itu asyik mekibas tepat ke belakang badannya. .

Air matanya sudah bercucuran membasahi lantai yang kian menyejuk. Kaki ayahnya dipeluk memohon agar penderitaannya itu dihentikan. 

Namun,rayuannya itu hanya terapung -apung di udara. Tiada siapa yang mendengar tangisannya. 

Dae Hyun berdiri kaku di muka pintu. Memerhatikan sahaja adiknya didera dengan kejam oleh bapanya yang tidak berperikemanusian. Ibunya yang datang ke sisi pantas memeluknya dan menutup matanya. 

Kedua mereka hanya memerhati tanpa sebarang kata. Bagai Tae Hyung yang didera itu bukanlah darah daging mereka. 

Panggilam Hyung bertalu -talu kedengaran di selluruh penjuru bilik stor itu. Tae Hyung mengetuk -ngetuk pintu bilik stornya itu,minta dilepaskan. 

Hanya panggilan hyung yang keluar daripada mulutnya yang luka teruk. Dia hanya mampu menangis sendirian tanpa sesiapa di sampingnya. 

    "Kau yang minta ini..."tutur satu suara dari luar bilik menyentakkan Tae Hyung. 

   "Hyung"

Dae Hyun hanya memegang tombol pintu bilik itu tanpa memulasnya. Dia memyandarkan dahinya ke muka pintu . 

    "Kenapa kau musnahkannya?.. Kenapa kau suka menyusahkan kami?.. Kau ,bukan ahli keluarga Kim..kau adalah parasit dalam keluarga ni"

Tae Hyung jatuh terduduk diatas lantai yang berdebu itu. Dia tidak percaya dengan apa yang baru dikatakan lelaki yang paling dihormatinya. Abangnya sendiri. 

   "Pergi..dari sini" Dae Hyun mengesat  air matanya sebelum berlaku pergi dari situ dengan langkah yang berat. 

Tae Hyung terdiam. 

   "Hyung...aku benci kau..."

Ketawa sinis meletus dari mulut Tae Hyung. Dia memandang Baek Hyun dengan mata yang memerah. 

   "Hyung?. Aku tak ada hyung...Aku hanyalah parasit"tutur Tae Hyung sebelum berjalan pergi . Meninggalkan Baek Hyun yang hilang kata. 

 

Sebuah kotak kecil dikeluarkan Jung Kook daripada bagasi hitamnya. Dia duduk dikaki katil seraya membuka kotak kecil tersebut. 

Beberapa keping gambar dan gelang rantai yang diperbuat daripada tali dan cengkerang pantai menjengah pandangannya. Tangannya menggigil mengambil gelang tersebut .

Kaki Jung Kook yang langsung tidak sempat beralaskan apa -apa berlari mengejar kereta yang baru ingin bergerak pergi. Batu -batu kecil dikutipnya lalu dibaling kearah kereta tersebut membuatkan kereta terus terhenti.

Pintu belakang kereta terbuka dan Sa Na keluar daripada perut kereta. Dia yang cantik berpakain gaun putih memandang kearah Jung Kook yang tercunggap -cunggap berjalan kearahnya.

Kaki lelaki itu kelihatan luka  kerana berlaru diatas batu -batu yang tajam demi mengejarnya. Jung Kook berdiri tegak di hadapan Sa Na dengan mata yang berair. 

Dia menarik nafas panjang sebelum memeluk gadis yang dicintainya itu buat kali terakhir. "Janji ,kau akan kembali... Sa Na-yah"tutur Jung Kook . 

Tangannya menggigil memeluk gadis itu. Sa Na terdiam  sebelum tersenyum tipis.

   "Dah tentulah... Aku akan kembali,aku janji... Jadi,kau kena tunggu aku. Aku seorang"Sa Na menolak Jung Kook dari terus memeluknya. 

Air mata yang menitis pada wajah lelaki itu dikesatnya . Dia membuka gelang pada tangannya lalu diberikan kepada lelaki itu. 

  "Jaga ini.. Petanda untuk hubungan kita...aku pergi dulu"

Gelang itu dipegang Jung Kook erat sambil memerhatikan kereta mewah hitam membawa cintanya pergi jauh daripadanya. 

 

Helahan lemah dilepaskan Jung Kook . Apa yang dia buat sekarang benar -benar sudah langgar daripada perjanjian. 

   "Gelang yang cantik"tegur So Mi mengejutkan Jung Kook. 

Kotak kecil itu terus terjatuh daripada riba Jung Kook dan mendedahkah semua gambar kenangannya dengan Sa Na. Termasuk gambar ciuman ringan pertamanya dengan Sa Na.

Jatuh benar -benar di hadapan kaki So Mi . So Mi mengutip gambar tersebut . 

   "So Mi,itu c--"

    "Kenangan.."potong So Mi sebelum menguntumkan senyuman. 

Dia bercangkung lalu mengutip gambar selebihnya dengan senyuman yang masih melekat. Kemudia dia bangun lalu duduk di sebelah suaminya itu. 

Gambar -gambar itu diserah semula kepada Jung Kook yang hanya memandangnya tanpa kelip. 

  "Ambillah.  Kenapa?,tak nak ke?"soal So Mi sambil menjuihkan bibirnya .

   "Kau..ta--"

  "Cemburu?..aigoo~,aku bukan budak kecil lah. Sesiapa ajer boleh ada kenangan..aku juga ,ada kenangan..jadi,berhenti buat muka katak macam ni"tutur So Mi matang. 

Pipi Jung Kook ditariknya geram sebelum tertawa. "Ah~,aku lapar..jom ,makan kat luar.."ajak So Mi menukar ke topik lain. 

Jung Kook terdiam sebelum dengan kekoknya dia bangun.  "Ooo kay,aku pergi siap jap"tutur Jung Kook sebelum berlari anak masuk kedalam bilik air. 

So Mi hanya tersenyum ,dia memandang gambar yang terbiar diatas katil . Gambar Sa Na dan Jung Kook. Dua insan yang sungguh gembira bersama. 

   

 

Jam berjenama mahal dipasang ditangan. Sa Na mendengus perlahan seraya menutup loker bukunya. Dia memandang sekeliling koridor yang mula dipenuhi pelajar lain. 

Sudah agak lama dia tidak pergi ke sekolah memandangkan selama ini dia menerima pembelajaran secara privasu di dalam rumah. Santai dan selesa tidak macam sekarang,sudahlah kelas tidak berhawa dingin. Geeezzz

Kalau bukan sebab si mamat tu,tak mungkun dia akan jejakkan kaki di sekolah ini. Si ..

    "Sa Na"panggil satu suara menghentikan lamunan Sa Na.

Tae Hyung menghampiri gadis itu dengan wajah tanpa reaksi.  "Mulakan dengan cepat"tuturnya seperti memberikan arahan.Sa Na menyilangkan tangannya ke dada. 

Dia memandang lelaki itu lama sebelum tersenyum sinis. "Mulakan apa?benda yang kau mesej tu?. Yah!,aku cuma buat perjanjian dengan kau untuk munculkan diri depan Jung Kook bukan rampas hati dia balik..gila"

Rambut disisir ke belakang dengan penuh kedivaan. Sa Na berpaling daripada Tae Hyung dan kakinya diangkat pergi. Namun baru berapa langkah ke hadapan,kata -kata Tae hYung kembali menghentikannya. 

   " Aku dengar tanah tu harganya dah turun,senanglah aku nak beli"

   "Ka..kau?"

   "Dengar cakap aku atau hidup kau akan musnah ..semuanya.."

Sa Na terdiam membisu. Dia kalah. 

 

Setiap kerja yang ingin dilakukan So Mi pantas dibantu Jung Kook. Tak boleh lihat gadis itu buat kerja sedikit,pasti dia akan datang memberikan bantuan bak superhero dalam cerita Avengers.

Alat-alat seni itu disusun So Mi dan Jung kOok ke tempatnya semula. Sa Na yang sedang mengeringkan hasil seni rakan-rakannya diatas meja mengerling kearah Jung Kook dan So mI yang asyik berkepit bak belangkas. 

Dari pagi sampai ke tengah hari ini,di mana ada So Mi,adalah Jung Kook di situ. Hyeri mencuit bahu Sa Na membuatkan gadis itu terkejut. 

   "Kenapa?"soalnya pelik dengan Sa Na yang dari tadi asyik mengelamun. 

    "Eh?.ah,tak ada apalah..cuma..Hyeri-yah,apa hubungan So Mi dengan Jung Kook sebenarnya?"soal Sa Na membuatkan Hyeri tersenyum .

    "Oh,So Mi?..cemburu ke?..Haha,jangan risualah..mereka tu cuma sepupu je,tak lebih"terang Hyeri dengan yakinnya. 

    "Sepupu?..."terkejut bukan main Sa Na tatkla mendengar kata -kata Hyeri itu.

Dahinya berkerut seribu memandang kearah So Mi. "Jung Kook tak ada sepupu.."

 

   "Ya,korang pergi dulu"tutur So Mi kepada Yuju dan Hoseok yang ingin ke kafeteria terlebih dahulu sebelum terus ke masa pembelajaran terakhir mereka di bilik muzik. 

Dengan pantas,So Mi berjalan menuju ke arag lokernya yang terletak tidak jauh daripada kelasnya. Kakinya terhenti serta merta apabila  bertembung dengan Sa Na yang kebetulan baru balik daripada tandas .

 Tidak mahu melambatkan masa,So Mi terus berjalan cepat melintasi Sa Na namun tangan gadis itu pantas ditarik Sana. Dengan kasar,Sa Na menolak So Mi ke dinding . 

   "Jung Kook tak ada sepupu jadu kau ni siapa?"tanya Sa Na dengan suaranya yang terus bertukar daripada lemah lembut menjadi kasar dan garau. 

Terkedu So Mi apabila soalan itu tiba -tiba disoal begitu kepadanya. Ah,dia patut sedar gadis di hadapannya ini ialah cinta pertama Jung kOok a.k.a kawan semasa kecil suaminya itu. Jadi,sudah tentulah semua rahsia Jung kOok diketahuinya. 

   "Le..lepaskan"tidak mampu menjawab soalan maut itu,So Mi bergelut minta dilepaskan daripada pegangan kuat Sa Na itu.

Tidak padan badan kurus keding,kekuatan gadis ini persis lelaki. So Mi akhirnya berhenti bergelut yang hakikatnya akan menyakitkan dirinya sahaja.

Dia memandang kearah Sa Na yang sedang menunggu jawapannya. Pandangan tajam gadis ity membuatkan suaranya takut untuk keluar. Anak tekaknya terus terasa seperti sudah pecah.  

    "Ini..susah untuk diterangkan....kau tak fa--"

PPapppp

Pipi So Mi tiba -tiba ditampar Sa Na dengan kuat meninggalkan kesan merah di pipi gadis itu. So Mi tergamam. Terasa seperti pipinya baru terkena renjetan elektrik apabila gadis itu memberikannya tamparan.

   "Tak kira apa pun alasan kau..aku dah mula benci kau.."

Mata Sa Na memanjang dingin kearah So Mi di hadapannya . Melihat wajah gadis itu membuatkan dia terus terasa sakit. Mungkin kerana melihat akan kerapan gadis itu dengan Jung Kook membuatkannya cemburu. 

Selama ini,hanya dia sahaja yang berada di sisi lelaki itu namun sekarang nampaknya dia sudah ada pesaing. 

So Mi menolak kasar badan Sa Na dari terus memerangkapnya pada dinding. Dia membetulkan pakaiannya sebelum menghadap gadis itu dengan berani.

   "Ikut suka hati kaulah.. benci aku atau tak,ianya langsung tak ada kena mengena dengan aku"balas So Mi dengan beraninya.

Hello..dia bukanlah gadis lemah macam heroin-heroin dalam drama kat tv tu. Senang sahaja dibuli. 

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain untuk masa yang agak lama sehinggalah Tae Hyung tiba -tiba datang mencelah. Lelaki itu pantas menghampiri dua orang gadis itu sebelum dia segera membawa So Mi pergi dari situ tanpa sebarang kata.

 Sa Na yang tersentak dengan tindakan lelaki itu hanya mampu memerhati . Dia kemudiannya tersenyum senget seraya berpeluk tubuh. 

    "Jadi sebab inilah kau suruh aku ke sini.."

So Mi merentap kasar tangannya daripada pegangan Tae Hyung . Dia memandang lelaki itu dengan mata yang berkaca. Entah kenapa dia jadi sensitif pula setelah lelaki itu tiba. 

   "Aku boleh pergi sendiri.."tutur So Mi yabg sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dikatanya. 

Dia terus mengangkay kakinya ingin pergi namun terhenti. Dia berpaling semula kearah Tae Hyung. Fikirannya berserabut memikirkan pelbagai soalan yang tidak dapat dijawabnya.

   "Perempuan tu?.. kau ,kenal dia juga kan?..."soal So Mi bertalu -talu.

Tae Hyung diam .Tangannya diselukkan kedalam kocek seluar. Dia memandang So Mi sebelum mengangguk kecil. 

   "Aku kenal dia tapi aku tak nak kenal dia.."

Jawapan Tae Hyung yang kompleks itu membuatkan So Mi mengerutkan dahinya. 

   "Dia datang untuk bawa Jung Kook balik semula.."

    "Balik?"mata So Mi membutang memandang Tae Hyung. 

Balik tetapi ke mana. Tunggu.. 

Kaki So Mi terundur ke belakang selangkah sebelum dia pantas berlari pergi. Tae Hyung tersenyum sendirian sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. 

   "Aku dah jalankan bahagian aku..kau,buat macam yang aku rancang lepas ni"

Sa Na di hujung panggilan mendengus geram sebelum menjawab setuju. Panggilan dimatikan . Dia memandang ke arah langit. 

 

 

Air mineral sejuk ditekapkan Jung Kook ke dahi So Mi yang sedang duduk termenung sendirian diatas sofa di ruang tamu. Tv terbuka tetapi si pembukanya kelihatan langsung tidak fokus. 

Suhu sejuk yang terus terasa ke saraf membuatkan So Mi tersedar. Dia memandang kearah Jung Kook yang bergegas mengambil tempat di sebelahnya. 

   "Kenapa?ada masalah ke?"soal Jung Kook risau. 

Sejak balik tadi ,isterinya itu bagai mayat hidup . Makan pun tak mengena. Adake patut air sirap dituangnya ke dalam nasi . Nasiblah dia sempat tegur kalau tidaj jadilah makanan baru. Nasi menyirap.. 

So Mi diam sebelum menggelenh laju. Senyuman kekok diukir pada wajahnya. Beberapa helai pamplet yang didapatkannya daripada agensi perlancongan dikeluarkan daripada laci meja kopi. 

 Kesemuanya ditunjukkan kepada Jung Kook. "Jom pergi bulan madu!"ajak So Mi tiba -tiba. Tiada hujan,tiada ribut.

Tersedak Jung Kook mendengar ajakan gulung -gulung kalinya daripada gadis itu. Deman atau sawan ni. Dia memandang pamplet -pamplet yang bertaburan dihadapannya. 

   "Nikmatilah alam semula jadi,Jejudo.. hurm?"sehelai pamplet berkenaan pulau terkenal Jeju dipilih Jung Kook. 

Keningnya terjongket memandang kearah isterinya.Menunggu jawapan isterinya itu. Tidak  perlu menunggu lama,So MI segera mengangguk laju. 

Jung Kook bersorak teruja. So Mi di sebelahnya hanya tersenyum tipis. 

Jung Kook..tolong jangan tinggalkan aku..

 

 

 

=====END of CHAP 026 =====

WELL..IS TO COMPLICATED RIGHT..WAHAHA..

SIAPA DAEHYUN..KENAPA TAE HYUNG KENA DERA DULU..

SANA NAK BAWAK JK BALIK MANA..

DRG NAK PERGI HONEYMOON..YOOHHHOOO..JE TO THE DO YOH!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'