CHAP 015

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

2 buah bagasi besar dibawa turun So Mi  ke ruanh tamu. Diheretnya bagasi-bagasi tersebut kearah ruang tamu dimana Jung kook sedang menunggunya. Wajahnya cemberut sejak semalam lagi.

Matanya yang kelihatan letih itu memandang kuyu kearah Jung Kook yang sedang membelek jam ditangan. Awal -awal pagi lagi lelaki itu sudah bersiap semuanya. Semangat sangat!. 

Jung Kook yang sedar akan kehadiran So mi menoleh kearah gadis itu sebelum matanya membulat memandang bagasi-bagasi besar gabak yang berada ditangan isterinya. 

Gila ke?. Ini nak pindah rumah ke apa?!. "Hoi mak cik!. Kau nak pindah rumah ke apa!?. Alang -alang bawak sekali almari baju tu senang.."sindir Jung Kook sambil berpeluk tubuh. 

Hairan betul dia. Apa yang ada dalam bagasi gadis itu sampai satu bagasi tak cukup. Contohilah dia,satu beg bersaiz beg sekolah je dah cukup tahu!.

So Mi mencebik. Bagasinya diletakkan di sebelah beg baju Jung Kook. Dia bercekak pinggang . " Cik abang ,kalau aku boleh bawak almari tu sekali..dah lama aku angkut tahu..ini kira sikitlah ni aku bawak!"balas So Mi acuh tak acuh.

Dia memandang sekeliling. Mana ibunya ,Jaebum?. Lah ,tak akan tak ada ucapan selamat tinggal kot?. Teruknya.

   "Jaebum oppa!"teriak So Mi kearah dapur.

Mencari kelibat pemandunya yang tidak dapat dikesan itu. Jung kook mengangkat beg bajunya itu. Dia memandang kearah So Mi.

   "JB hyung balik rumah dia..omma dia sakit..Mama pulak awal -awal dah gerak ofis.."beritahu Jung Kook sambil kakinya sudha bersedia melangkah ke pintu utama.

So Mi tergamam. Apa ?!. Gila ke?. Time -time macam ni!. Dia memandang Jung kook yang sudah ingin bergerak pergi. Hey,pak cik kau nak pergi mana?. Kereta tak ada.

   "Yah!. Kita nak balik macam mana?. Tak ada orang drivekanlah.."tutur So Mi sambil mengejar Jung kook yang sudah berlalu ke gerobok kasut. 

Jung Kook memandang kosong kearah So Mi. Kasutnya dikeluarkan . " So?. "Balasnya pendek. Kasut disarungkan ke kakinya yang sudah beralaskan stokin hitam. 

    "So kau cakap!. Maknanya ,plan kali ini batallah!. Tak ada transport!. "Putus So Mi yang sebenarnua gembira tahap nak melompat kelangit. 

Dia berpaling daripada Jung Kook. Ingin kembali ke biliknya. Sambung tidur pun sedap ni.

Tanpa sempat kaki So Mi melangkah,tangan Jung Kook terlebih dahulu mencengkam.betis So Mi . " Mak cik ,kau jangan nak lari..Nenek dah tempah tiket bas untuk kita.. so nak tak nak,kau kena balik jugak.."

    "Whut!!!"

 

 

Perjalanan ke Mokpo iaitu tempat dimana kampung kecil Nenek Shim mengambil masa hampir 5 jam. So mi merenung bosan keluar tingkap. Bosan ..bosan..

Jung Kook yang duduk di sebelahnya pula berdengkur tidur sambil telinganya disumbat dengan earphone.Bagaimanalah mamat ni boleh tidur dengan keadaan yang tak stabil macam ni.

So Mi mengeluarkam telefon pintarnya lalu membuka kekunci telefonnya. Dia terdiam,jarinya menekan punat galeri lalu keluarlah gambar-gambar selfienya dengan..Tae Hyung. Majoriti gambar di dalam telefonnya hanyalah Tae Hyung.

Sedangkan gambar ibunya hanya 10 hingga ke 15 keping sahaja. So Mi merenung lama gambar -gambar bekas kekasihnya itu. 

Makin lama dia merenung gambar -gambar tersebut,makin kuat pula hatinya mengatakan bahawa dia masih cinta akan Tae Hyung. Perasaannya terlalu mendalam. So Mi tersenyum tipis,lucu melihat gambar -gambar selfie lelaki itu yang entah apa -apa.

Tanpa disedari,Jung Kook membuka sedikit mata kanannya sambil menjeling kearah paparan telefon pintar isterinya itu. Gambar Tae Hyung yang sedang tertidur di dalam kelas menjengah pandangannya. 

Eleh,dia lagi comellah!. Jari So Mi kemudian mengeset ke skrin,menukar gambar yang lain. Kali ini ,gambar lelaki itu sedang berselfie comel dengan seekor anjing pula. 

Ceh,anjing tu lagi comellah !. Aku je yang boleh lawan kecomelan anjing tu tau! Seketika terdengar pujian comel dari mulut So mi membuatkan dahi Jung Kook berkerut. Perempuan ni apahal!. Ada masalah mata ke?. 

Hey,orang gila pun boleh bezalah yang comel dengan tak comel!.Jung Kook menjeling geram kearah So Mi di sebelahnya. Bukan geram sebab apa tapi geram sebab isterinya itu tak pandai menilai . Comel dengan buruk pun tak pandai nilai!. Budak Art apa macam ni..

   "5 minit lagi ,kami akan berhenti seketika di Kampung Cheongda-ri ( x wujud pun jangan google) ,diminta penumpang yang ingin turun bersedia.."umum pemandu bas tersebut melalui speakernya .

Dengar sahaja nama kampung tersebut,So Mi pantas menutup skrin telefonnya ." Dah sampai"tuturnya seraya menyimpan semula telefonnya kedalam beg galas hijaunya.

Dia memaling kearah Jung Kook yang masih berdengkur kuat. Tidurlah sangat. Lengan lelaki itu dicuit berkali-kali. 

   "Bangun,kita dah sampai ni.."kejut So Mi macam nak tak nak. 

Jung Kook menggeliat malas,kononnyalah tu. Matanya terkebil kebil memandang wajah So Mi . "Dah sampai?"

   "Hurm.."

 

 

Bagasi diangkat So Mi keluar dari bonet bas dengan usaha sendiri. Tersemput-semput dia mengangkat dua bagasi besarnya itu. Jung Kook bukan nak tolong pun. Lelaki jenis apa kah dia ni?.

Jung Kook bercekak pinggang memandang papan tanda kampung di hadapannya itu. Gayanya ala -ala menteri yang datang untuk memastikan rakyatny hidup aman sejahtera. Eceh.

   "Kampung Cheongda-ri..tak pernah dengar pun"tutur Jung Kook sebaik So Mi berdiri di sebelahnya.

So mi menjeling sekilas. Soalan apakah ini. "Memanglah tak sebab kampung ni tak ada dalam peta.."sindir So Mi . Dia menghela lemah. Masih tidak terlambat untuk berpatah balik wahai sayangku,So Mi.

   "Okay,jom.."ajak Jung Kook bersemangat.

Kakinya melangkah laju masuk kedalam kawasan kampung tersebut. Oh,lembu-lembu dan kambing-kambing tunggu abang sudah mari!. 

So Mi mendengus kasar sebelum dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengalah sahaja. Kakinya diatur mengekor Jung Kook yang sudah ke hadapan. 

 

Setelah hampir 20 minit berjapan merentasi seluruh kampung,akhirnya So Mi dan Jung Kook dapat menghela lega. Bagasi diletakkan diatas tanah. Rumah besar berdindingkan kayu itu dipandang Jung Kook dengan penuh kagum

Terasa bagai dia telah merentas masa pula. Begitu tradisonal sekali. Abad keberapakah ini?. Di sekeliling kawasan rumah pula terdapat sebuah kandang besar dan juga kebun -kebun sayur.

    "So Mi?"tegur satu suara .

Segera Jung Kook dan So mi betpaling kearah si pemanggil tersebut. Seorang lelaki tersenyum lebar dambil langkahnya diatur laju mendekati So Mi yang masih tercegat di hadapan rumah. 

   "Siapa..."

Belum sempat So Mi bertanya lebih lanjut,tubuhnya tiba-tiba dipeluk erat lelaki tersebut. Terus terbeliak mata So Mi tatkala badannya dirangkul lelaki itu. Bukan dia sahaja yang terbeliak,dengan Jung Kook sekali terbeliak sama. 

    "Huwaahh..kau dah jadi makin cantik"puji lelaki tersebut seraya melepaskan pelukannya. 

Dia merenung lama wajah blur So Mi. Gadis itu berdehem kecil. Cuba berlagak selamba. Kakinya terundur ke belakang. Takut-takut perkara lain pula terjadi nanti.

    "Maaf,awak sia--"

    "Kau siapa hah!?."tidak perlu So Mi bettanya,Jung Kook pantas memotong. 

Matanya memandang tajam kearah lelaki yang memeluk isterinya itu . Selamba badak sungguh kau ya?. Mehlah,peluk aku pulak.

So Mi mengerling kearah Jung Kook yang tampak bengang dengan apa yang berlaku. Jeles ke?. Tanpa sedar,So Mi tersenyum leret seraya menunggu jawapan yang bakal diberikan si pemeluknya tadi.

   "Akulah!.Aku,Myung Soo..Kim Myung Soo"perkenal lelaki itu seraya memandang harapan kearah So Mi.

Terdiam. So Mi tersentak seketika. Matanya yang mulanya sudah normal kembali membesar semula. Mulutnya terbuka kerana terlalu terkejut. "Ka..ka--"

    "So?. Ada kitaorang peduli ke nama kau Susu ke apa ke..yang penting sekarang ni..."sekali lagi Jung Kook potong line. 

Dia mendekati Myung Soo sebelum merentap lasar kolar baju Myung Soo. "Kau apahal peluk isteri aku!?"

So Mi terkedu. Dia memandang kearah Jung Kook yang nampak serius ketika itu. Jantungnya berdetak tidak semena-mena. 

Isteri?. Ini kali pertama lelaki itu berani memperkenalkan status sebenar mereka berdua. Apa yanh difikirkan dia sebenarnya?. Kenapa begitu marah?.

    "Isteri?. So Mi kau.."

     "Aigoo..Myung Soo kamu dah sampai..."Nenek Shim yang kebetulan baru keluar dari rumah memandang teruja kearah 3 orang anak muda itu.

Senyuman lebar menghiasi wajah tuanya.

 

 

Pokok -pokok bunga  yang tertanam segar di halaman rumah dipandang So Mi. Sesekali dia mengerling kearah Myung Soo yang langsung tidak memberi sebarang reaksi sejak mereka berdua berada di situ. 

   "Err...Ka..Kau dah berubah giler..hahaha"So Mi tertawa kekok .

Myung Soo yang mendengar sekadar tersenyum mengangguk. Bersetuju dengan pernyataan gadis itu. Memang dia sudah banyak berubah..

Dari budak lelaki yanh gemuk ,gelap dan hodoh menjadi pemuda yang kacak,putih dan sasa (?). Dari diejek orang lain menjadi digilai semua orang.

   "Tapi..hati aku tak berubah.."Myung Soo memandang tepat kearah So Mi yang sudah terkedu.

Mereka berdua bertentangan mata untuk seketika .Jung Kook yang berdiri dari kejauhan sekadar memerhati dengan pandangan tajam.

Dendamnya masih tidak terbalas. Dia berpeluk tubuh geram. Apa yang dorang bualkan tu?. Afasal lama sangat?.Bibirnya diketap menahan bengang. Makin dilihat,makin sakit pula hatinya.

   "Cemburu?"

   "Mestilah cemburu..dia ister--.eh,halmeoni!" tanpa sedar Nenek Shim turut serta menjadi penonton di sisi Jung Kook.

Wanita tua itu tersenyum makna seraya memandang kearah cucunya. Jung Kook menelan air liur gugup. Malunya !.Apa kau cakap ni Jung Kook?!.

Cemburu?. Mana ada aku cemburu cuma geram sikir je..YA,geram je..

   "Ada apa-apa kamu nak tahu ke?"tanya Nenek Shim masih dengan senyuman maknanya. 

Dia memandang kearah Jung kook yang kelihatan tidak senang . Faham benar apa yang dirasa lelaki itu ketika ini. Tak perlu nak nafikan sangatlah.

Jung Kook diam. Matanya mengerling kearah Myung Soo. 

   "Siapa Myung Soo tu halmeoni?"soal Jung Kook setelah berfikir lama.

Ya,siapa mamat tu?. Apa dia menyemak kat sini?. Tak boleh halau dia ke?. Boleh tak kalau nak belasah dia sikit.

    "Dia cucu halmeonilah..siapa lagi"

Eh??

 

 

So Mi kembali kedalam bilik . Buka sahaja pintu,matanya terarah kearah sesusuk tubuh yang dengan selamba berbaring diatas katil. Katil dia!.

   "Yah!"jerkah So Mi seraya bercekak pinggang. 

Jung Kook menutup majalah yang dibacanya . Dia memaling kearah So Mi yang sedang menyinga di muka pintu.Senyuman terleret pada wajahnya.

Tangannya menepuk-nepuk tilam disebelahnya. "Hey,dah habis date ya Puan So Mi..mehlah..date ngan aku pulak"ajak Jung Kook dalam nada menyindir.

So Mi memandang pelik kearah suaminya itu. Apa salah makan ke lelaki ni?. "Kau merepek apa hah!?. Dah,dah..siapa suruh kau masuk bilik aku hah!. Pergilah bilik sebelah!"halau So Mi .

Pantas dia meluru kearah Jung Kook dan menarik lelaki itu supaya keluar. Menyemak ajer. Kat rumah sebilik,sekarang kat kampung,jangan mimpilah kau nak sebilik. Lantaklah apa Nenek Shim nak fikir!.

   "Au..au..au..sak..sak..k"Jung Kook mengaduh kesakitan apabila So Mi bertubi-tubi mencubit badannya.

Ini cara nak halau orang ke ,cara nak minta kena bunuh. Jung Kook yang sudah terheret secara terpaksa di muka pintu tetap tidak mahu mengalah.

Tangannya memegang erat tombol pintu bilik sambil kakinya ditarik So Mi supaya keluar. Gaya mereka sudah kelihatan bagai ibu yang memaksa anaknya untuk kesekolah.

   "Berambuslah!"

    "Tak nak!"

    "Baik kau menyerah,kalau tak aku tarik seluar kau!"

    "Tariklah!. Aku tahulah kau teringin sangat nak tengok kaki aku yang lagi cantik dari kau!"

     "Yah!"

     "Bwekkk..."

Nenek Shim yang kebetulan naik ke tingkat 2 untuk mengambil barang tersentak melihat keadan pasangan muda tersebut. Dia memandanh So Mi yang sedang berusaha mengheret Jung Kook keluar.

   "Apa kamu berdua buat ni!?"

   "Halmeoni!"

 

Sambil bersiul gembira,Jung Kook menyangkut baju -bajunya kedalam almari. Dia mengerling kearah So Mi yang sedang buat muka tidak puas hati di atas katil.

   "Kan aku dah cakap,tak kira macam mana,aku akan tetap menang..ni Jeon Jung Kook larh.."

Sengaja ingin menaikkan kemarahan So Mi,Jung Kook tertawa kemenangan. So Mi mengetap geram bibirnya. Dia meloncat turun dari katil lalu terus keluar dari bilik.

Malas ingin berlama -lama di bilik. Sebaik So Mi keluar,Jung Kook tersenyum senget. Dia memandang kearah katil sebelum senyumannya semakin melebar.

Telefon pintar So Mi terlantar keseorangan diatas katil . Ditinggal tuannya. Lupalah tu. Memastikan keadaan stabil,Jung Kook pantas mencapai telefon tersebut.

Bertuah kerana gadis itu tidak memasang sebarang kata kunci,Jung Kook pantas menggodam. Sebaik sahaja punat on ditekan,gambar Tae Hyung tertera besar pada paparan skrin telefon. Wallpaper..

Jung Kook merenung tidak puas hati. Adake patut letak gambar ex sendiri jadi wallpaper.Baru sahaja jarinya ingin menrkan punat galeri,matanya tertumppu kearah punat peti masuk  yang kelihatan terdapat beberapa mesej baharu.

Dia terdiam seketika. Bukak atau tidak?.Tapi,ni privasi dia..Tapi,aku suami dia.Damm,berhenti gelar diri kau suami,Jung Kook!.

So Mi..hey

What are you doing?

I miss you..

Are you busy

Answer me 

Are you mad at me?

I'm sorry..

Dear Han So Mi,Aku harap kau sudi baca walaupun aku tahu kau tu pemalas (okay,joke). Aku nak kita perbaiki semula hubungan kita. Maafkanlah aku...

Sudi tak kau jadi Girlfriend aku semula?

Han So Mi..pleaze..

Aku merayu ni

 

Gengaman Jung Kook pada telefon So Mi semakin kuat sebaik dia menamatkan penghabisan bacaannya pada mesej-mesej yang dihantar oleh Tae Hyung.Dibacanya berulang kali mesej Tae Hyung itu debelum dia tersenyum sinis.   

Apakah ini!.Kau dah buang dia pastu nak kutip balik. Apa kau ingat So Mi tu patung!?. Dia pun ada akal dan perasaanlah!. 

Tidak ada kaitan,Jung Kook pula yang beremosi lebih. Bagai dia pula yang berada di situasi gadis itu. Dia mengigit bibir bawahnya lama. 

Macam mana kalau dia terima?. Jadi,maknanya..aku kena lepaskan dialah kan..Bagus ke tak?. Baguslah kan?. Aku bahagia dan bebas. Ya!. Baik suruh dia baca.

Tapi...nanti....

Mesej-mesej tersebut akhirnya selamat dipadam dari memori. Jung Kook menepuk -nepuk dahinya untuk kesekian kali. Antara menyesal atau tidak. Ini yang terbaik kan?.

Baru sahaja dia ingin meletakkan semula telefon gadis itu,suatu idea tiba-tiba muncul. Dia tersenyum lebar.

 

 

 

Hidangan tengah hari yang sudah siap dimasak dihidangkan Myung Soo keatas meja makan. Segala persiapan disediakannya dengan teratur. Dia tersenyum lucu memandang kearah So Mi yang asyik dimarahi oleh Nenek Shim di dapur.  

Haih,anak dara apalah tak tahu masak lagi.Jung Kook yang tertarik dengan bau enak dari tingkat dua segera turun tanpa dipelawa. Dia memandang hidangan enak yang terhidang dengan hidung yang kempas kempis.

   "Uwah~"soraknya teruja,punggungnya pantas dilabuh diatas kerusi makan. 

Dia memandang kearah Myung Soo yang dari tadi  dok memerhatinya. "Apa?". 

   "Kau suami So Mi?"tanya Myung Soo dengan pandangan penuh curiga.

Jung Kook tersedak sedikit . Dia berdehem kecil,cuba berlagak selamba. Duduknya dibetulkan. 

   "Uhmm..ye..Yelah!"balasnya gugup. 

Mendengarkan jawapan penuh yakin Jung Kook itu,Myung Soo akhirnya mengangguk percaya.Dia mengambil tempat di sebelah Jung Kook sebaik sahaja menyedari So Mi dan Nenek Shim sudah kembali dari dapur.

   "Baik,mari makan tengahari.."ajak Nenek Shim .

 

 

So Mi menyuap gelojoh makanannya kedalam mulut. Lantaklah apa orang nak kata. Dia sudah lapar tahap kebulur ni. Jung Kook yang duduk bertentangannya memandang dengan rasa jijik. 

Gadis ni manusia ke?. Pelahap nak mampos. Buat malu je. SO mi menelan suapan terakhirnya sebelum matanya tertumpu kearah telur gulung yang berada di hadapan mata.

Merasakan perutnya masih boleh diisi,chopstiknya pantas menyepit telur gulung tersebut namun bagai mencari peperangan,chopstick Jung Kook turut menyepit telur gulung yang sama. 

Terus terasa bagai ada satu halilintar diantara mereka berdua. Jung Kook dan So Mi saling bertentangan mata. "Aku punya"tutur mereka berdua serentak. 

Masing -masing tidak mahu mengalah sedangkan masih ada banyak lagi telur gulung yang lain.Yang itu juga yang mereka berdua ingin rebutkan.

   "Aku yang dapat dahulu.."bentak So Mi makin menguatkan cepitannya pada telur tersebut.

   "Akulah!.Baik kau angkat chopstock kau tu".lawan Jung Kook dengan matanya yang membutang besar.

    "Yah!"

   "Yah~~"

So Mi mendengus geram,akhirnya dia mengangkat chopsticknya. Malas ingin berperang. Dia beralih ke telur yang lain namun Jung Kook yang sememangnya suka mencari fasal turut beralih kearah telur gulung pilihan baru So Mi itu. 

Dan akhirnya keadaan yang sama berulang banyak kali. So Mi dan Jung Kook tidak habis habis mencepit telur gulung yang sama. Geram yang teramat sangat,So Mi akhirnya menghentakkan kuat chopsticknya keatas meja.

Matanya membulat memandang kearah Jung Kook.Dia bangun dari kerusi. "Kau sini!"pantas So Mi mencapai senduk sup lalu mula mengejar Jung Kook yang sudah berlari menyorok belakang Myung Doo. Kasihan lelaki itu hendak makan pun tidak senang.

Mereka berdua bermain (?)kejar mengejar di sekeliling meja makan sebelum Jung Kook memanjangkan kakinya kedapur.  Sudip dicapainya lalu mengarah kearah So Mi yang masih dengan senduknya. Gaya mereka berdua sekarang sudah kelihatan bagai ingin berlawan pedang. 

Tidak cukup dengan sudip sebagai alat mempertahankan diri,Jung Kook mencapai pula kuali sebagai perisainya. Yalah,sudah ada pedang kenalah ada perisai. Asas tu..

Myung Soo ingin bangun namun segera ditahan Nenek Shim. Wanita tua itu menggeleng . "Biarkan mereka.."

Huh?.

Ketang -ketang.. Berbanding dari menyerang,Jung Kook dari tadi mempertahankan diri,serangan senduk So Mi pula asyik terkena ke bontot kuali membuatkan dia makin geram.

   "Hiyarghh"

Masa bagai terberhenti . S enduk So Mi terjatuh keatas lantai akibat serang balas sudip Jung Kook. Gulp. Jung Kook menelan air liurnya. Seram..

   "Errhh.."

   "JEON JUNG KOOK !!!"  

 

 

Telefon yang terlantar diatas katil dicapai So Mi. Geramnya pada Jung Kook masih belum terpadam.Entah kemana lelaki itu lari pun tidak tahu. Dia duduk diatas katil. Kekunci telefon ditekan lalu terpaparlah skrin telefonnya yang sudah bertukar tema.

So Mi terkedu sendirian. Dia tidak tahu sama ada ingin ketawa atau mengamuk sekarang ini. Dia mengigit bibir bawahnya geram.

Baru sahaja dia ingin menjerit ,Jung Kook tiba -tiba masuk kedalam bilik dengan wajah selamba. Bagai orang tidak bersalah,dia berlalu ke katil lalu duduk di bucu katil.

   "Kau!. Ini apa!?"pekik So Mi membuatkan Jung Kook terloncat sedikit dari duduknya akibat terlalu terkejut.

Lelaki itu menoleh kearah skrin telefon So Mi yang terpapar gambarnya yang sungguh kacak (?)Dia tersenyum teruja seraya bertepuk gembira.

  "Omo..omo..siapa ni?. Kacaknya..eh,ni akulah!. Hahahaha"puji Jung Kook sambil terloncat -loncat bagai orang gila dapat buah.

So Mi memandang pelik kearah suaminya itu. Dia yang baru ingin menerajang lelaki itu terhenti. "Tunggu..jangan kata kau..."jari So Mi pantas menekan butang galeri sebelum gambar selca Jung Kook terpapar .

Jari So Mi mengskrol sehingga ke penhujungnya namun gambar Tae Hyung langsung tidak dapat dijumpainya lagi. Hanya Jung Kook Jung Kook dan Jung Kook!. 

    "Kau ceroboh aku punya fon!?"marah So Mi . Jelas tidak boleh terima dengan perlakuan lelaki itu.

Jung Kook yang melihat muka bengang So Mi sekadar mengangguk -angguk . Bangga dengan perbuatannya itu. Apa?. Bukanke normal jika telefon seorang isteri itu mempunyai banyak gambar suaminya dan bukan gambar lelaki lain !.

   "Aku padam!"

   "Padamlah.."

Notis permintaan memasukkan kata kunci keluar apabila So Mi ingin memadam kesemua gambar Jung Kook tersebut.Terus terbatuk So Mi melihat notis tersebut. Dia memandang kearah Jung Kook yang sekadar tersenyum senget.

  "Kau letak password!?"soal So Mi tidak percaya. 

Jung Kook bingkas turun dari katil. Dia menjongket bahu sebelum menunjukkan gaya peacenya lalu berlari keluar dari bilik. Meninggalkan So Mi tergamam sendirian. 

   "Yah!!"

 

 

=====END OF CHAP 015=====

DISINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF. KERANA SUDAH LAMA TIDAK UPDATE.

MAAF TERAMAT SANGAT.

SAYA TERLALU SIBUK NAIK CUTI HAROTU. DARI SATU AKTIVITI KE AKTIVITI YANG LAIN.. ITULAH FASAL.. DAN BAGI ANDA YANG SUDAH LAMA MENGIDAM ? NAK BACA CERITA INI.. SAYA AKHIRNYA DAPAT JUGAK MENGUPDATE.. ^^

OH DAN BAGI YG PELIK AKAN HUBUNGAN MYUNG SOO DAN SOMI. mYUNG SOO SEBENARNYA CUCU ANGKAT KEPADA NENEK SHIM MERANGKAP SEPUPU ANGKAT SO MI.

OLEH KERANA PADA WAKTU KECILNYA,MYUNG SOO TERSANGATLAH BURUK RUPANYA,SO MI TIDAK DAPAT MENGECAM SEPUPUNYA SENDIRI. MEREKA BERDUA KIRA RAPATLAH OLEH KERANA SO MI SERING MEMPERGUNAKAN MYUNG SOO UNTUK PELBAGAI PERKARA.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

    

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'