CHAP 022

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Tangan Tae Hyung bergari pada kerusi yang diduduknya. Kakinya pula menghentak kuat tanda protes. Lelaki itu meraung kuat sambil tangisannya semakin bertalu -talu.

Luka di tangannya sudah pun dibalut namun masih terdapat kesan darah pada pakaian yang dipakainya. Kehadiran So Mi di situ masih tidak disedarinya. 

So Mi tergamam di muka pintu. Dia memandang simpati kearah Tae Hyung. Matanya sudah berkaca . Apa yang berlaku?. Kenapa lelaki itu digari sebegitu?.

   "Tae Hyung .."panggil So Mi sayup. Kakinya diangkat selangkah demi selangkah mendekati lelaki itu. 

Tae Hyung mendongak kepalanya memandang kearah si pemanggil namnya. Mulutnya terus terkatup rapat sebaik melihat kehadiran gadis dicintainya di situ. 

   "So..So Mi" So Mi mengangguk perlahan. Dia melutut di hadapan Tae Hyung yang duduk di atas kerusi. 

Wajah bekas kekasihnya itu dipandang sayu . Tangan lelaki itu yang digari dipegang erat. Melihat keadaan Tae Hyung sebegini membuatkan dia turut terasa sakitnya. 

Balutan luka di tangan lelaki itu dipandang So Mi. "Kau tak apa -apa?"soal So Mi risau. Tae Hyung diam membisu. Dia berterusan merenung wajah So Mi dengan mata yang masih bergelinangan mata. 

   "So Mi~~"Tae Hyung terus menangis membuatkan So Mi tergamam. "Jangan tinggalkan aku..tolong"tutur Tae Hyung . 

So Mi terkedu. Dia memandang Tae Hyung yang berterusan mengalirkan air mata. Lelaki itu nampak seperti sedang sengzara seorang diri. 

   "Dah tentulah.."balas So Mi akhirnya. Perlahan dia mendakap tubuh laki itu. Cuba menenangkan keadaan bekas kekasihnya itu. 

Jung Kook yang berada di belakang sekadar memerhati . Matanya tepat memandang kearah Tae Hyung yang kini sudaah berada di dalam dakapan isterinya . Wajah rakannya itu dipandang dengan pandangan yang sungguh memeritkan. 

Tae Hyung memandang kearah Jung Kook yang juga sedang memandangnya. Lama direnung lelaki itu sebelum dia perlahan -lahan mengukir senyuman senget. 

 

 

Secawan milo sejuk dihulurkan Baek Hyun kepada So Mi. Dia menghela lega apabila doktor mengesahkan bahawa keadaan Tae Hyung kini sudah stabil. Dia memandang penuh bersyukur kearah So Mi,gadis yang dicintai anak majikannya itu. 

Mereka berdua duduk diatas kerusi yang tersedia di ruang menunggu. "Terima kasih sebab datang .. kalau kamu tak datang,saya tak tahulah bagaimana keadaan Tae hyung nanti.."tutur Baek Hyun seraya menunduk hormat. 

So Mi hanya tersenyum tipis.Fikirannya masih melayang memikirkan keadaan Tae Hyung. Inilah kali pertama dia lihat lelaki itu bagaikan sedang ketakutan. Tangannya kesejukkan dan badannya mengigil.

Baek Hyun mengigit bibir bawahnya agak lama sebelum mengambil keputusan untuk mendedahkan segalanya. 

   "So Mi ,saya ada perkara yang perlu beritahu awak..Tentang Tae Hyung.."tutur Baek Hyun seraya memandang So mi dengan wajah yang tidak pasti.

   "Tae Hyung mengalami masalah mental sejak kecil. Dia disahkan mengalami kemurungan yang agak teruk membuatkan dia tidak dapat mengawal emosi sendiri...."terang Baek Hyun panjang lebar. 

Mulut So Mi terkatup rapat. Matanya yang masih sembap itu memandang Baek Hyun . Bagai tidak percaya dengan apa yang baru dijelaskan lelaki itu kepadanya. Jantungnya terasa berdegup perlahan. 

   "Sebab itulah.." Baekhyun mengamam bibirnya lalu dengan perlahan dia melutut diatas lantai . Memandang gadis itu dengan pandangan simpati. 

   "Tolong berada di sisi dia"pinta Baek Hyun dengan mata yang tepat memandang kearah So Mi. 

Kalau boleh dia memang tidak mahu melibatkan gadis naif itu dalam masalah ini namun dengan keadaan Tae Hyung yang semakin tak terkawal,dia tak boleh buat  apa -apa selain mengikut segala kemahuan lelkai itu. Ya,Tae Hyung inginkan Han So Mi.

Keadaan bertukar sunyi serta merta. So Mi mengigit bibir bawahnya lama . Wajah Baek Hyun yang kelihatan seperti sedang merayu kepadanya benar -benar membuatkan jantungnya terhenti berdegup. 

   "Bai--"

Badan Baek Hyun tiba -tiba direntap ke belakang membuatkan lelaki itu terjelepok jatuh keatas simen sejuk itu. Jung Kook yang kebetulan baru balik dari tandas sufah mendengar segalanya. Dia juga tidak dinafikan terkejut dengan penjelasan Baek Hyun tadi. 

Tidak tersangka lelaki yang nampak normal itu mengalami masalah mental yang serius. 

​  "Jung Kook"So Mi yang ingin membantu Baek Hyun bangun pantas dihalang suaminya itu. 

Jung Kook merentap kasar kolar Baek Hyun lalu memaksanya bangun. Wajahnya yang sedang dalam kemarahan itu memandang tidak puas hati kearah Baek Hyun. 

   "Apa?. So Mi perlu ada di sisi Tae Hyung ?.. Ulang semula apa kau cakap!"tengking Jung Kook dengan kuat membuatkan semua pasang  mata tertoleh kearah mereka. 

Gengamannya ada kolar lelaki itu makin erat apabila Bae Khyun sekadar memandangnya dengan pandangan tanpa reaksi. Penumbuknya yang baru ingin dilepaskan ke muka lelaki itu dihalang So Mi. Gadis itu segera menolak kuat badannya jauh dari Baek Hyun . 

   "Ya, So Mi perlu ada di sisi Tae Hyung selamanya. Kenapa ,ada masalah dengan kamu?"tutur Baek Hyun apabila dirinya sudah selamat dari gengaman lelaki itu. Kolar bajunya dibetulkan . 

Jung Kook terundur ke belakang. Dia memandang So Mi yang sedang memandangnya dengan mata yang sembab. 

   "Ada.. Sebab,  So Mi adalah isteri aku "

So Mi tersentak dengan kata -kata akuan Jung kook itu. Bukan dia sahaja malah Baek Hyun turut terkena kejutan yang sama. Dia mengerling kearah So Mi yang berdiri di sisinya dengan dahi yang berkerut. 

 Kaki Jung Kook melangkah mendekati So Mi dan Baek Hyun yang hanya beberapa langkah di hadapannya. Tangan sejuk So Mi dicapainya lalu digenggam erat. 

   "Jadi,aku tak akan biarkan sahaja isteri aku diguna oleh orang lain terutama lelaki itu"tegas Jung Kook. Bagai memberi  amaran keras kepada Bae Khyun. 

Seusai itu,dia terus berlalu pergi sambil mengheret So Mi bersamanya. 

So Mi hanya mampu mendiamkan diri sambil membiarkan dirinya diheret pergi. 

Apabila mereka selamat keluar dari banagunan hospital tersebut. So Mi terus menghentikan langkahnya. Jung Kook turut terhenti sama. Lelaki itu berpaling kearah isterinya yang sudah tertunduk memandang lantai. 

   "Tunggu sini,aku pergi tahan teksi "pesan Jung Kook namun baru sahaja dia ingin melangkah pergi,tangannya masih dipegang erat oleh So Mi. 

So Mi mendongak memandang wajah Jung Kook. Perlahan -lahan dia melepaskan pegangan pada tangan lelaki itu.Kakinya diundur ke belakang setapak. 

   "Betul apa yang dia cakap... Pada saat ini,aku kena ada di sisi Tae Hyung. Dia perlukan aku sekarang"tutur So Mi dengan nada yang mendatar.

Dia tidak tahu apa yang patut dirasanya saat ini. Semuanya terlalu konflik dan sukar. 

Jung Kook hanya diam membisu. Lama dia merenung gadis itu sebelum dengan perlahan dia mendakap So Mi lalu mengucup lembut dahi gadis itu. Tidak sampai beberapa minit,dia meleraikan pelukannya itu .

Senyuman terkuntum lembut pada wajahnya . Kepala So Mi diusap lembut . Bibirnya dikemam lama sebelum kakinya mengundur selangkah ke belakang. Tangannya diangkat separas bahu sebelum melambai kecil kepada So Mi. 

    " Ah~.. baiklah..jumpa nanti"tutur Jung Kook cuba menahan perasaan sebenarnya. 

Senyuman kelat masih dihadiahkan kepada gadis itu. Dengan berat hatinya,dia berpaling dari gadis itu lalu melangkah pergi . Sebaik wajahnya dipaling dari gadiaitu,cecair jernih menitik jatuh dari tubir matanya dengan automatik. 

Tanpa menoleh ke belakang,dia terus menahan teksi yang kebetulan muncul tepat pada masanya. Segera dia menaiki teksi tersebut tanpa lambaian terakhir kepada So Mi yang terkedu di tempatnya. 

So Mi hanya mampu memandang dengan hati yang berbelah bagi. Kakinya terasa seperti digam ketat pada lantai. Hanya pandangan mata yang mampu mengejar lelaki itu namun tidak fizikalnya. Tae Hyung pada masa yang sama sekadar memerhati dari dalam bangunan hospital. 

Dia juga terasa sakitnya walaupun dia sepatutnya berasa gembira kerana gadis itu memilih untuk menjaganya.Dia memandang balutan luka di tangannya lama sebelum tersenyum pahit. 

 

 

    "Encik nak pergi mana ni?"soal pemandu teksi tersebut yang masih tidak mengetahui kemana penumpangnya itu ingin tuju.

Jung Kook diam sejenak. Matanya memandang keluar tingkap. Melihat kesibukan bandar yang tidak pernah berehat. 

​    "Jauh dari kesibukkan bandar..tolong bawa saya kesana"

Pemandu tersebut hanya mengerut pelik namun tetap meneruskan pemanduannya. Jung kook bersandar penat sambil menutup matanya lama. Cuba melupakan segalanya. 

 

 

Mesej Tae Hyung dibalas So Mi dengan segera. Dia tersenyum tipis membaca mesej -mesej lucu yang dihantar oleh lelaki itu. Pelik -pelik sahaja kesemuanya. Hari ini, Tae Hyung sudah dibenarkan keluar wad petang nanti. 

Lelaki itu hanya ditahan semalaman memandangkan emosinya yang sudah stabil sepenuhnya. Syukurlah semuanya kembali normal. So Mi menyimpan telefonnya kedalam beg sekolahnya sebelum senyumannya kembali pudar. 

Uniform sekolah Jung Kook yang tergantung sepi pada rak penyangkut baju dipandang so Mi. Jung Kook tidak pulang ke rumah semalam . Ditanya Mimi dan Jaebum,mereka pun tidak tahu apa -apa malah Jae Bum juga langsung tidak menerima sebarang mesej atau panggilan. 

Lelaki itu hilang tanpa kata. So Mi menarik nafas panjang seraya menggeleng laju. "So Mi!sedar!.. Jangan serabut sangatlah..dia okay,dia akan okay.."

   "Aku suka kau"

So Mi memegang pipinya yang terasa panas apabila teringat pengakuan jujur dari Jung Kook semalam. Pantas dipadam segala ingatannya itu,tidak mahu terbawa -bawa sangat dengan kata -kata lelaki itu. Entah benar atau tidak.

Tidak mahu terus menyerabutkan fikitan,So Mi segera mencapai beg sekolahnya lalu terus turun ke meja makan. Mencari Jaebum untuk menghantarnya ke sekolah seperti biasa. 

 

 

T ali leher diikat kemas pada leher. Jung Kook merapikan sedikit rambutnya dengan gel rambut Jimin. Dia tersenyum puas sebelum mengalihkan pandangannya kearah Jimin yang dari tadi merenungnya dengan pandangan tidak puas hati. 

   "Apa?"soal Jung kook dengan naifnya. 

Jimin berpeluk tubuh seraya bersandar pada meja soleknya bersebelahan dengan Jung Kook. "Kau masih tak citer lagi dengan aku apasal kau stay out rumah aku semalam.."tutur Jimin menuntut semula janji Jung Kook yang semalamnya. 

   "Ah,it..itu..oh,tengok jam,dah lambat ...baik cepat.."ingin lari dari kotaan janji,Jung Kook segera mencapai beg hitam diatas meja lalu meluru keluar dari bilik rakannya itu. 

Jimin pula sudah terkedu melihat kepantasan rakannya itu melarikan diri. "Oii!!itu beg akulah malaun!!"

 

 

Hyun Kyung melambung -lambung bola sepaknya ke udara sambil sibuk medendangkan lagu Boombayah nyanyian Black Pink. Dia kemudian terhenti sebaik terpandang akan kehadiran So Mi yang baru turun dari kereta. 

   "Oh,..NUNA!!!!!~~~"Seperti orang gila,dia berlari kearah gadis itu sambil terpekik terlolong memanggil nama gadis itu. 

   "Nuna~~"terus dipeluk badan So Mi dengan teruja seperti sudah setahun lamanya tidak berjumpa. So Mi yang terkekut pula hanya membiarkan sahaja. Sudah biasa dengan perangai obses lelaki tinggi itu terhadapnya. 

So Mi tersenyum menggeleng memandang Hyun Kyung yang kelihatan sentiasa bertenaga itu. Macam langsung tak ada masalah dalam hidup lelaki itu sehingga boleh tertawa sepanjang hari. 

   "Kamu ada latihan ke hari ni?"soal So Mi seraya matanya mengerling kearah bola yang dipegang erat oleh lelaki itu. 

Hyun Kyung mengangguk laju seraya memutarkan bola tersebut diatas jarinya. Dia tersenyum lebar . "Sebenarnya bukan latihan tapi perlawan persahabatan dengan Sekolah Tinggi daerah Daegu .."beritahu Hyun kyung semangat. 

   "Oh yeke..nuna tak tahu pun"

Putaran bola terus berhenti. Hyun Kyung memandang pelik kearah gadis itu sebelum perlahan -lahan mulutnya memuncung sedepa.  

   "Macam mana boleh tak tahu pulak? . Bukan hari tu Hyun Kyung ada beritahu nuna ke? Mesej pun dah..malah jadual pertandingan pun Hyun kyung dah beri!"rajuk Hyun kyung yang sebenarnya tengah geram dengan sikap tak prihatin gadis itu.

Gulp. So Mi menelan air liurnya dengan perit sekali. Seram pula melihat Hyun kyung mengamuk tetiba. Dia tersenyum kekok sebelum meletuskan tawa palsunya dengan kuat. 

    "Ah~..haha..mana ada lupa...Nuna,sajer je nak  .. JUNG KOOK" kata -kata So Mi terganggu apabila matanya terarah kearah seorang lelaki yang baru memasuki kawasan sekolah.

Hyun Kyung mengerut pelik. Dia turut berpaling kearah tempat yang dilihat gadis itu sebelum terpandang seorang lelaki yang amat dikenalinya. "Ouh dia tu. Biarl-- nuna?"toleh sahaja kembali,kelibat So Mi sudah tiada. Ghaib begitu sahaja.  

 

Kaki So Mi melangkah laju mengejar Jung Kook yang sudah jauh dihadapannya. Dipanggil nama lelaki itu berkali -kali namun tetap tidak diperduli. 

   " Jung Kook ! Yah"panggil So Mi apabila dia sudah menghampiri lelaki itu. 

Seperti dikawal,dia terus memncapai tangan lelaki itu membuatkan lelaki itu terhenti lalu menoleh kearahnya. Jung Kook tergamam seketika tatkala melihat insan yang tiba -tiba menegurnya. 

Earfonnya terus terjatuh dari lubang telinganya . Dia memandang So Mi yang kelihatan tercunggap -cunggap mungkin kerana mngejarnya tadi. 

   "Kau,kemana semalam ?Kenapa tak balik malamnya?"soal So Mi dengan nada yang agak marah. Tidak fasal -fasal dia berangin tak tentu fasal . 

Diam. Jung Kook yang masih terkejut hanya,memandang gadis,itu.Lama dia berfikir sebelum tersenyum nakal. Tangannya disilang ke dada lalu keningnya dijongket keatas. 

   "Kenapa?. Kau risau ke?. Tahu tak risau tu tanda sayang tau~"tutur Jung Kook sengaja ingin menguji So Mi. 

Ktungg...

Jung Kook memegang lututnya yang sakit ditendang kasar oleh So Mi. Dia memandang geram kearah gadis itu yang hanya buat muka toyer.

   "Tch,kau buat lawak ke?"balas So Mi acuh tak acuh. 

Elok -elok dia tengah risau,lelaki itu boleh pula main -main dengannya. Tak serius langsung. Tetapi,legalah semuanya baik sahaja. 

Jung Kook membetulkan blazer yang dipakainya itu sebelum tersenyum . Dia menarik nafas sebelum dengan selamba meletakkan tangannya diatas bahu gadis itu lalu menarik gadis itu supaya jalan beriringan dengannya. 

  "Ah,..lepa--"

   "Aku tahu kau tak selesa degan hal semalam,aku pun.."Jung Kook berhenti berjalan lalu menghadapkan gadis itu dihadapannya .

  "Mari mulakan semuanya,hari ini.. Cubalah untuk cintakan aku" sekali lagi Jung Kook dengan beraninya meluahkan perasaannya kepada So Mi. 

Matanya memandang tepat kearah So Mi yang sedang terkedu di hadapannya.Rambut gadis itu yang menutup wajah diselakkan ke belakang. Tangan So Mi yang mula menyejuk dipegang erat lalu dicium lembut.

   "Sebab sekarang ini,aku dah jatuh cinta pada kau dan walau apa sekalipun,aku akan pastikan kau milik aku"sekali lagi pengakuan Jung Kook membuatkan bumi terasa seperti berhenti berpusing.

Lelaki ini nampaknya benar -benar sudah serius akan perasaan terhadapnya. So Mi berdehem kecil sebelum pantas menarik semula tangannya daripada Jung Kook. 

  "A..aku pergi dulu"dengan gagap ,So Mi terus melarikan diri sejauh yang mungkin daripada Jung Kook. Walaupun dia tahu nanti dia akan bertemu dengan lelaki itu juga tetapi buat masa ini,biarlah dia tak hadap muka lelaki itu.

So Mi masuk kedalam kelas dalam keadaan tercunggap-cunggap. Baru sahaja dia ingin kembali bernafas normal,matanya bertembung dengan milik Tae Hyung. 

Lelaki itu hanya duduk di tempatnya sambil dikelilingi oleh rakan -rakan sekelas yang lain. Tae Hyung dengan tangannya yang masih berbalut dengan gembira melambai kearah gadis itu seraya memanggil gadis itu ke sisinya. 

   "Pagi, Sayang" sapa Tae Hyung manis .

So Mi yang masih tercegat di hadapan kelas terus terbatuk mendengar panggilan yang diguna oleh lelaki itu. Telinganya yang salah dengar atau memang benar apa yang baru dia dengari tadi. Lelaki itu memanggilnya 'sayang'.

Belum sempat So Mi ingin bertindak balas,Yuju dan Hyeri sudah menyerbunya terlebih dahulu. Rakan -rakannya itu memandangnya dengan mata yang membulat besar. Badannya digoncang kedua rakannya itu dengan kuat membuatkan dia terasa kelasnya itu sedang berputar.

   "Yah,So Mi.. Sampai hatinya kau tak beritahu kitaorang yang korang dah kembali bersama !"marah Yuju sedikit merajuk kerana dia tidak mengetahui berita tersebut lebih awal. 

So Mi terpingga-pingga seorang diri mendengar kata Yuju itu. Dipandangnya wajah Yuju dan Hyeri bersilih ganti sebelum dahinya berkerut seribu. 

   "Kitaorang?. Kembali bersama?. Siapa .."

   "Eihh,jangan buat tak tahulah So Mi,kau dengan Tae Hyung dah baik semula kan?"celah Hoseok seraya tersengih lebar. 

Dialah antara manusia yang gembira sekali sebaik mengetahui berita tersebut. Sampai menari -nari dia sebaik Tae Hyung memberitahunya pagi tadi. Tidak sangka pula cinta boleh berputik kembali. 

So Mi terdiam . Tiada kata yang mampu di ungkapkan ketika itu. Perasaannya juga bercampur baur antara satu sama lain. Dia memandang tepat kearah Tae Hyung yang turut membalas pandangannya dengan reaksi yang susah difahami. 

Taehyung,dia yang sebarkan semua ini. Tetapi kenapa?. 

   "Oh,Jung Kook,tepat masanya..kau dah tahu,kawan kita ni dah kembali bersama dengan sepupu kau tau!.."beritahu Hoseok sebaik melihat Jung Kook yang baru tiba. 

Jung Kook yang pada mulanya senyum lebar terus bertukar suram. Senyumannya pudar dalam sekelip mata. Dia memandang kearah So Mi yang sedang memandangnya dengan riak risau. 

   "Oh,betulke?. Tahniah.."ucap Jung Kook dengan senyuman. 

Kakinya terus menapak ke tempat duduknya . Tanpa sebarang kata,dia terus membenamkan wajahnya diatas meja. Berpura-pura ingin melelapkan diri. 

   "Cikgu datang,kejut aku"tutur Jung Kook sebelum terus mendiamkan diri. 

So Mi memandang Jung Kook dengannpenuh rasa bersalah. Walau ini bukan salahnya tetapi dia benar -benar ingin memohon maaf kepada lelaki itu.

 

 

Masa sukan sudahpun tamat,kesemua pelajar 5 Art mula bergerak ke bilik persalinan. So Mi yang langsung tidak dapat berseronok terus mendapatkan Tae Hyung yang sedang membantu mengemas bola. 

   "Taehyung"panggil So Mi membuatkan lelaki itu berhenti mengutip bola. 

Tae Hyung terus berpaling kearah So Mi yang memanggilnya tadi. Dengan senyuman,dia mendekati gadis itu. "Kenapa?"seperti tiada apa yang berlaku,Tae Hyung berlagak selamba. 

   "Kita perlu bercakap."tegas So Mi tanpa reaksi. Dia sudah tidak mahu bermain dengan hal perasaan lagi. Ini bukan benda yang boleh di buat main. 

Tae Hyung yang mendengar terus mematikan senyumannya. Dia mengerling kearah rakan -rakannya yang masih mengemas .  "Guys,tolong tinggalkan kitaorang sekejap"arah Tae Hyung dan tanpa banyak kata ,rakan -rakannya itu terus berlalu pergi . 

Sebaik kelibat mereka sudah hilang,So Mi terus menyatakan tujuan sebenar bertemu lelaki itu. "Apa sebenarnya yang kau buat ,Kim Tae Hyung. Sebarkan berita palsu kemudian berlagak macam benda tu benar. Apa sebenarnya yang kau fikirkan ?!"tutur So Mi dengan nada tinggi. 

Adakah dia marah?. Dia tak pasti. Tetapi dia tahu dia tidak suka dengan tindakan Tae Hyung menyebarkan semuanya berita palsu itu. Sekarang ini ,semua orang sudah percaya akan berita tersebut. Malah,peminat gila lelaki itu juga sudah kembali menyerangnya. 

Diam. Tae Hyung tidak memberi sebarang jawapan. Lelaki itu hanya memandang So Mi tanpa berkelip.

    "Jadi apa sebenarnya yang patut aku buat?. Patutke aku jadikan berita tu kenyataan?. Kau dan aku ,mari berdating semula"

 

 

===== END OF CHAP 022=====

 

 

TQ ^^

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'