CHAP 011

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Pili air dibuka Jung Kook dengan malas.Mukanya yang berminyak itu dibasuh sebersihnya bagi mendapatkan wajah tampannya semula. Dia memandang wajahnya dibalik pantulan cermin.

Semalam,sampai balik isterinya itu tidak sedarkan diri. Sedap sangat ke belakang badannya sampai tak sedar-sedar.Tiba sahaja di rumah,dia terus melantarkan isterinya diatas katil yang empuk manakala dia pula terpaksa menyelesakan diri diatas lantai yang hanya beralaskan cadar.

Pipinya ditampar-tampar lembut, menyedarkan dirinya dari lamunan. "Wake up Jung Kook..yang lepas tu lepaslah!..Lepasni tak ada lagi nak jadi prince charming bagai tau!"tegas Jung Kook kepada dirinya sendiri. 

Ya,selepas ini jangan haraplah Han So Mi. Habis badannya jadi lenguh-lenguh disebabkan angkat gadis itu. 

Ketungg!! Ketunggg!!!

Pintu bilik air tiba-tiba diketuk kuat oleh seseorang. Macam nak roboh jadinya pintu tersebut akibat ketukan si pengetuk itu. 

    "Yah!! Kau buat bilik air ke kau mandi,pak cik!?.Cepatlah aku pun nak mandi jugak!!" Pekik So Mi dari luar pintu.

Tangannya tidak berhenti dari mengetuk -ngetuk pintu bilik air tersebut. Kebal benar tangannya itu. Nama Jung Kook dipanggil berkali-kali apabila tiada jawapan yang diterina dari lelaki itu.

Jung Kook yang berada di dalam pula sudah bagai orang gila mendengar pekikan lari dari ton gadis itu. Dia mendengus geram sebelum pantas membuka pintu bilik air lalu berdepan dengan isterinya itu.

Mata So Mi membulat besar memandang Jung Kook yang hanya  memakai boxer manakala bahagian atasnya itu pula terdedah. Tuala mandi pula tersangkut kemas pada lehernya. 

   "Omo!!!Ahhhh!!!...Arghhh!!!"jerit So Mi beria bagai orang terkena histeria namun selepas itu dia berhenti dan memandang meluat kearah Jung Kook.

Dia memandang lelaki itu dari atas ke bawah berkali-kali. Langsung tidak tertarik dengan keseksian suaminya itu.  

    "Kenapa?kau nak aku jerit macam tu ke? Yah!..aku sikit pun tak tertariklah....wah,tapi aku patut beri tepukan bagi keyakinan kau..Tahniah..Tahniah.."bebel So mi sambil mengkritik badan suaminya yang baginya lebih cantik kayu dari badab lelaki itu.

Jung Kook yang mendengar sudah panas telinga. Berani..Berani sungguh gadis badan pokok ini mengkritik badannya yang mahal itu. Sungguh tidak percaya. 

Dia mengigit bibir bawahnya geram. Hidungnya sudah kempas kempis menahan marahnya yang semakin membuak-buak. Ini dah kes jatuhkan maruahnya ni!.

    "Yah!.. Kau ingat aku nak tunjukkan sangat ke pada kau!.Dasar tak pandaau nilai seni...Sedangkan tapir kat hutan tu pun pandai menilai betapa seksinya aku tau..."balas Jung Kook .

Mempertahankan kuat dirinya. Mana boleh biar gadis ini mempermainkan kesenian badannya begitu sahaja!. Matanya memandang bulat kearah So Mi yang sekadar memasang muka tapai basinya.

So Mi menyilangkan tangannya kedada. Wah,penuh keyakinan betul lelakinya ini!. 

     " Ap..Apa ? Seksi ?...wohohoho...kau buat lawak ke? ..Hello ,encik.perasan tampan,aku lagi rela tengok badan tapir yang tak seksi tulah dari tengok badan kau yang kononnya seksi tu...eceh.." So Mi tertawa gedik sambil membanding-bandingkan keseksian badan tapir yang sentiasa tidak berbaju itu berbanding dengan badan suaminya itu.

Adake patut dia samakan badan manusia dengan haiwan..

Jung Kook hilang kata. Tidak tahu apa terjadi pada mukus mulutnya ini. Bagai tidak bertenaga untuk melawan gadis itu. Mungkin kerana terlalu penat atas kejadian semalam.

   "Atleast badan aku taklah seberat kau yang berat dah macam gajah"akhirnya setelah ligat berfikir,Jung Kook mendapat jalan.untuk mengenakan gadis itu semula. 

Dia tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Menunggu reaksi dari gadis itu. So Mi tergamam. Erkk..Kali ini dia pula ketandusan idea. 

Berat ke?Mana ada aku berat! 46 kg je! Rasanyalah..Berat ke?? .So mi mula berteka-teki dalam dirinya sendiri. Sesungguhnya kaum hawa sememangnya sensitif tentang berat.

Mulutnya dikemam lama ,cuba melarikan diri dari pandangan sinis lelaki itu. "Di..diamlah Jeruk!!" Eh?..

Jung Kook terdiam. Jelas tersentak dengan panggilan buruk yang diberikan gadis itu kepadanya. Sungguh tak boleh diterima!. Apa kes ni!?

Namanya yang sedap itu boleh pula bertukar kenama makanan. Daripada Jung Kook ke Jeruk. Perempuan ni memang nak mati awal apa!?

    "Yah!Kau ulang sekali lagi,kau mati!"ugut Jung Kook .Dia sudah bersedia untuk mengerat badan gadis itu ke sepuluh bahagian. 

Alang-alang derma pada anjing-anjing liar kat hutan. So Mi tersenyum puas. Dia menjelirkan lidahnya .

    "Jeruk!!jeguk!! Beruk!!!.."makin menjadi pula So Mi. 

Makin banyak pula nama yang tercipta dari mulut gadis itu. Sungguh kreatif..

     "Yah!!!!  Kau..."Ingin dipukul isterinya itu tetapi tidak ada daya pula. Jung Kook hanya memandang geram kearah So Mi.

Dia mendengus kasar sebelum menutup kuat pintu bilik air. Tepat menghempas sedikit ke hujung hidung mancung So Mi. Terbutang terus mata gadis itu akibat tindakan mengejut Jung kook. 

Sunyi. Langsung tiada balasan dari Jung Kook membuatkan mulut So Mi turut terkatup sama.

   "Marah ke? Sensitifnya..."

 

 

Roti bakar yang tidak separuh pun dihabiskan diletak semula keatas pinggan. Jung kook mengesat mulutnya dengan kasar sebelum bingkas bangun dari duduknya .

Beg sekolahnya disandang kemas pada bahu. Dia memandang kearah Puan Han sebelum tersenyum. "Ma, saya pergi dulu.."pinta Jung Kook sopan .

   "Eh,cepatnya..tunggulah So Mi..nanti biar Jaebum hantar..Jaeb--" Panggilan yang baru ingin dibuat Puan Han terhenti apabila So Mi tiba.

So Mi memandang kearah Jung Kook yang sudah bersedia untuk kesekolah. Mereka berdua bertentangan mata seketika sebelum Jung Kook pantas meminta diri.

    "Tak apa Ma..Saya nak naik bas hari ni"ujar Jung Kook sebelum berlalu pergi.

Meninggalkan So Mi terpingga-pingga seorang diri. Kenapa? Apa? . Asal nak berangin semacam !? Fasal nama je!.

So Mi hanya memandang meluat kearah Jung Kook yang sudah melangkah keluar dari rumah. Dia berpaling memandang kearah ibunya yang sedang memberikan pandangan tajam setajam parang tukang kebunnya .

Tanpa berkata apa-apa,lengan kecil anaknya itu segera dipukul Puan Han. Geram dengan perangai anaknya yang langsung tidak pandai menjaga hati orang.

   "Ah!.. Ma,Apa!?"So Mi melenting sakit. Mamanya pun nak sensitif pulak ke?.Apa masalahnya ni.

   "Aigoo~~ kamu ni memang tak pandai terhutang budi ke?"marah Puan Han seraya menggeleng lemah.

So Mi terdiam.Terkebil-kebil matanya memandang ibunya. Apa pula yang nak hutang budi bagai?.

    "..Kejap..Ma,dia ceritakan fasal dia angkat So Mi sampai ke bustop ke?..Aish,dia ni memang nak kena!..."

Pappp.. baru sahaja So Mi ingin membebel buruk tentang Jung Kook,sekali lagi lengannya dipukul oleh Puan Han. Wanita itu memandang geram kearah anaknya itu.

    "Sampai ke bustop apanya! .Dia tak ada cerita apa -apa pada Mama. Mama nampak sendiri dia gendong kamu bawak masuk bilik tau...Berpeluh-peluh suami kamu tu jadinya "beritahu Puan Han.

Mengimbas kembali kisah semalam. Dia yang turun kedapur untuk melegakan tekak yang haus terhenti apabila melihat menantunya mengangkat anaknya. Terharu dia jadinya malam itu.

So Mi terkedu. Sampai balik dia bawak? Tak jumpa bustop ke mamat ni? Kalau dah tahu tak jumpa bas amiklah teksi! Macam aku tak boleh bayar pulak!..

Masih tidak mahu mengalah,So Mi berterusan menyalahkan Jung Kook. "Yang kamu tercegat lagi kat sini buat apa..pergilah kejar suami kamu tu..pergi sekolah sama -sama.."halau Puan Han seraya menolak So Mi.

   "Ahh~~Mama..biarlah dia nak pergi sendiri..So Mi nak naik kereta..Jaebum oppa"walaupun masih menyimpan dendam terhadap pemandu peribadi keluarganya itu tetapi So Mi tetap perlu mengharapkan lelaki itu.

   "Hey,kamu ingat suami kamu tu pandai ke nak turun kat mana..Takde,takde..pergi kejar sana"Puan Han tetap berkeras. 

Ditolaknya anaknya hingga ke luar rumah sebelum pantas mengunci pintu . Ni dah kira macam kes menghalau dah ni. SO mi merengus marah.

Dia menghentak-hentakkan kakinya diatas tanah. Geram dengan sikap ibunya yang sentiasa sahaja menyebelahi suaminya itu. Apa yang istimewa sangat kat pak cik jeruk tu!.

Hendak atau tidak ,So Mi tetap bergerak malas menuju ke bustop berdekatan yang mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk kesana.

 

 

 

Jung Kook duduk membatu seorang diri diatas bangku bustop. Dia merenung kasut sekolah hitamnya yang masih berkilat itu . Keluhan lemah kemudian dilepaskannya.

   "Jeon Jung Kook...Jung Kook..."tuturnya seorang diri .

Namanya itu adalah satu-satunya peninggalan berharga ibu bapanya. Selain darpada itu adalah kosong. Jadi,tak mungkinlah dia akan semudah-mudahnya mengizinkan orang menghina namanya itu.

Baginya menghina namanya sama sahaja seperti menghina ibu bapanya. Sebelum ini pun dia telah membelasah orang yang mengejek namanya.

    "Arr~~sebab inilah aku tak suka naik bas.."rungut seseorang yang entah dari mana munculnya.

Jung Kook segera memalingkan kepalanya kearah si perungut itu . Dia melepaskan keluhan lemah lagi apabila wajah So Mi muncul dalam pandangannya .Sudah dia agak. 

Dengar suara pun ,dia sudah boleh tahu bahawa ia milik gadis itu. Sengau semacam ,So Milah tu. Oleh kerana masih geram dengan gadis itu,Jung Kook sekadar membiarkan sahaja. 

Dia berterusan memandang kejalan raya . Hanya kereta dan motor sahaja yang lalu lalang,kelibat teksi atau bas langsung tidak ada sejak tadi.

So Mi mengerling kearah Jung Kook yang dari tadi membatu diatas bangku. Kehadirannya disitu langsung tidak diendahkan. Sedih!.

Tidak selesa dengan suasana yang sunyi sepi itu,So Mi akhirnya memberanikan diri mendekati lelaki itu. Dengan selamba dia melabuhkan punggung disebelah Jung Kook yang masih fokus kearah jalan raya.

   "Kau ada kad ke nak naik bas ni?"tanya So Mi seraya menyangkan kadnya kearah Jung Kook.

Kad bas awam bewarna biru pekat itu hanya dikerling Jung Kook sekilas. Siapa peduli,tanpa kad itu pun boleh naik kalau mempunyai wang. 

Melihatkan reaksi Jung Kook yang masih beku bagai ais itu,So Mi menyimpan kembali kadnya. Dia menjilat bibirnya yang terasa kering itu. Sekarang apa perlu dia cakap?Arghh!!Sememangnya dia langsung tidak terer dalam bab -bab memujuk orang ini! Menyusahkannya!!

   "Ka..kau ma--"tidak sempat So Mi ingin menghabiskan kata-katanya,Jung Kook tiba-tiba bangun.

 Bas awam berhenti tepat-tepat dihadapan mereka berdua membuatkan So Mi terkocoh-kocoh mengeluarkan kad basnya. Segera dia kejar Jung Kook yang sudah terlebih dahulu masuk kedalam bas.

Setelah mengan kadnya,So Mi segera berpaling kearah tempat duduk bas yang kebanyakkan masih kosong. Penumpang didalamnya hanyalah dia,Jungkook dan 2 orang mak cik yang mungkin ingin pergi membeli belah memandangkan mereka memegang beg berupa bakul di tangan.

Tanpa rasa bersalah So Mi dengan muka tebalnya terus mengambil tempat disebelah Jung kook yang sedang merenung keluar tingkap bas. Bas bergerak tidak lama dia selamat mendaratkan punggungnya diatas kerusi.

Keadan bertukar kekok kembali. Hanya bunyi bising enjin yang meriahkan?suasana ketika itu. So Mi memegang erat beg sekolahnya yang diletak diatas peha. Dia mengerling kearah Jung Kook yang masih enggan bersuara.

    "..Ya..Yah!cakaplah sesuatu!"jerit So Mi dengan kuat membuatkan mak cik-mak cik yang ada di dalam bas itu menoleh kearahnya dan jung Kook. Pelik dengan apa yang berlaku. 

Jung kook yang turut terkejut menjeling kearah So Mi di sebelahnya. Namun mulutnya masih membisu . Langsung tidak memberi balasan kepada gadis itu.

   "Yah!!Jeon Jung Kook!!"jerit So Mi lagi.

   "Baik!!Aku mintak maaf!! Kalau tu pun kau tak puas hati lagi,okay..pukul aku.."terbeliak mata Jung Kook mendengar lampu hijau dari gadis itu.

Ini peluang baik! .Okay,mana nak pukul? Kepala,kaki atau tangan? . Tak ,semua sekali!.

Kepala Jung Kook akhirnya berpaling menghadap So Mi. Gembira dengan tawaran percuma gadis itu. Segaris senyuman  sudah terukir pada wajahnya. Matanya memandang tepat kearah So Mi.

    "Okay..bagi aku pukul kepala kau"balas Jung Kook yang sememangnya sudah bersedia untuk memukul kepala gadis itu. 

Sudah lama sungguh dia tunggu saat ini.Sekarang sudah ada,buat apa tunggu lagi.

Sekarang mata So Mi pula yang terbeliak. "Ke..kepala?"eh,mana boleh. Kepalanyalah paling berharga di dunia. Edisi terhad mana boleh disentuh begitu sahaja!

Mamat ni dah lebih!

    "Kepala mana boleh !"tutur So Mi seraya memegang kepalanya dengan penuh kasih sayang.

     "Kau kata boleh pukul mana-mana.."ujar Jung Kook sesuka hati.Lengan bajunya sudah disinsing kelengan . Bersedia untuk memukul gadis itu.

Sesungguhnya,dia sememangnya bukanlah lelaki yang gentleman. Lantak kaulah perempuan atau lelaki. Semua dia bantai.

      "Mana ada aku cakap macam tu! Kau reka!"marah So Mi. 

Hello,sebodoh-bodoh dia pun,dia tahu apa yang dia cakap. Jangan ingat dia mudah tertipu ya.

Jung kook memandang So Mi dengan wajah tidak puas hati. Ada sahaja nak membantah. "Okay then,jangan cakap dengan aku lagi.."rajuk Jung Kook sambil berpeluk tubuh. 

Kepalanya dipalingkan ke luar tingkap semula. Merajuk semula dengan So Mi. Macam budak-budak..haih..

So Mi menggaru-garu belakang lehernya. Aduih,merajuk pulak. Apa dia nak buat?.Ngada-ngada betul mamat sewel ni.

   "Yelah-yelah..sekali ajer dan jangan kuat..Kalau aku mati ,aku saman kau tau!"ngalah So Mi akhirnya. 

Terpaksalah dia berkorban. Entah-entah kalau dia masih bergaduh dengan Jung Kook lagi,Mamanya akan halaunya pula.Yelah,menantu kesayangan kan? Cis!.

Jung Kook tersenyum lebar. "Jangan risau,sakit dia macam kena tetak dengan kapak jer!" Tutur Jung Kook konon cuba menenangkan gadis itu. 

Tangannya sudah diangkat keatas bagai sedang memegang penukul Thor. 

   "Apa kau buat hah!!"tidak sempat Jung Kook ingin mempersembahkan gaya Thornya memukul kepala So Mi,seseorang tiba-tiba mencelah .

Hyun Kyung memandang tajam kearah Jung Kook sebelum dia pantas menarik So Mi bangun. Menyorokkan gadis itu dibelakangnya bagai lelaki itu ialah penjenayah bersiri terkemuka dunia.

   "Kau buat apa kat nuna hah!"tengking Hyun Kyung dengan kuat . Tangannya sudah bersedia untuk menarik kolar baju  Jung Kook .

Langkahnya terhenti apabila seseorang tiba-tiba memegang kuat tangannya. Menghalangnya dari mengapa-apakan Jung Kook . 

    "Yah!jangan berani kau nak sentuh kawan aku.."Tae Hyung yang turut baru menaiki bas dengan pantas menghentikan pergaduhan yang mungkin bakal meletus.

Dia memandang dingin kearah Hyun Kyung sebelum berpaling kearah So Mi yang sedang berdiri di belakang badan tinggi juniornya itu. Walaupun dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku tetapi dia yakin ini semua pasti berlaku kerana Han So Mi.

     "Menyusahkan!"dengus Tae Hyung sebelum menolak Hyun Kyung lalu melabuhkan punggungnya disebelah Jung Kook . 

So Mi terkedu. Dia tahu ayat itu sebenarnya ditujukan kepadanya.Tangan Hyun Kyung dipegangnya erat lalu ditarik ke tempat duduk yang lain. Sejurus duduk ,dia terus memandang keluar tingkap. Cukup Somi .Jangan nangis. Kau kuat!.

Hyun Kyung yang sedar pantas memegang kedua-dua belah bahu gadis itu . Cuba menenangkan gadis itu.

Jung Kook pula mula diselubungi rasa bersalah. Tidak sangka gurauan begitu boleh membawa kepada masalah besar. Matanya menjeling kearah So Mi yang duduk baris belakang bertentangan barisannya. 

Gadis itu yang sedang ditenangkan oleh lelaki penguin masih boleh tersenyum . Matanya kemudian beralih kearah Hyun Kyung yang sedang cuba membuat jenaka bagi menghiburkan hati gadis itu.

Sesuailah..desis hati Jung Kook sebelum dia berpaling semula kearah luar tingkap.Perjalanan yang membosankan...

 

 

 

Sejak bermula sesi pembelajaran ,Jung Kook asyik mendamparkan kepalanya diatas meja. Dia terasa begitu letih. Kakinya juga terasa sengal-sengal seluruhnya. Bahunya  tidak perlu cakaplah. Macam nak patah rasanya. 

Ini pasti kesan kerja kuatnya mengendong gadia itu. Itulah Jung Kook,nak jadi prince Charming sangat.Prince lenguh kau dapat.

Akhirnya masa yang paling tidak ditunggu Jung Kook tiba juga,P.E . Jimin bersorak teruja sambil menepuk kuat belakang Jung Kook membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

   "Sukan weyh..sukan!!"sorak Jimin bagai kanak-kanak ribena

Tae Hyung yang baru mengemas barang-barangnya bangun dan mendekati Jung Kook yang masih tidak bergerak dari tadi. 

    "Jom"ajaknya .Jung Kook tersengih senget. Dia nak ponteng tak bolehke?.

   "Ah..okay..okay"

 

 

 

So Mi mengelak bola yang dibaling oleh Yein kepadanya. Pelajar perempuan sekarang sedang bermain bola beracun atau dalam bahasa Inggerisnya Dodgeball.Pelajar lelaki turut bermain permainan yang sama tetapi tidak bercampur dengan pelajar perempuan.

Yelah,pelajar lelaki punya balingan punyalah kuat macam apa ,tak akan nak baling kat perempuan. Karang ,ada kes mati kena baling bola pulak.

    "Perempuan rehat jap"arah Krystal selaku ketua bagi masa P.E. Sememangnya dia adalah gadis yang sungguh hebat dalam pelbagai sukan tapi entah macam mana boleh tercampak kedalam kelas Art pula.

So Mi mengesat peluh yang menitik  pada wajahnya.  Dia mengambil tempat diatas lantai bersama dengan pelajar perempuan yang lain. 

Menyaksikan pelajar lelaki yang masih tidak henti bermain. Cergas benar. Kali ini kumpulan Jung Kook pula yang dibaling bola . So Mi memerhati tanpa berkelip.

Jung Kook terhincut-hincut mengelakkan diri dari bola terkena badannya. Walaupun sakit,dia hanya menahan. Bibirnya sudah berapa kali digigit bagi menahan sakit yang semakin merebak keseluruh kakinya.

   "Dia nampak pelik.."bisik So Mi apabila menyedari tentang keadaan Jung Kook itu.

Yuju yang duduk di sebelah berpaling memandang So Mi yang sedang khusyuk memerhati kearah pelajar lelaki. "Apa yang pelik,So Mi?"

 Tanpa menjawab persoalan Yuju itu,So Mi bingkas bangun lalu berlari mendapatkan guru P.E nya yang sedang sibuk mencatat sesuatu pada kertas.  "Cikgu,  Jung Ko--"

   "Arrrghhh!!!!"

BAMMMPP

Jung Kook terjatuh kuat diatas lantai akibat balingan kuat dari Minho .Kakinya sudah tidak dapat menahan lagi .

    "JUNGKOOK!!"

 

 

Keadaan di dalam bilik rawatan sunyi sepi. Mata Jung Kook perlahan -lahan terbuka. Dia menguap ngantuk. Sudah lamake dia tertidur.Kedua belah kakinya yang telah dibalut oleh kain kasa dipandangnya. Sekarang dia kelihatan cacat.  

Bahunya dipicit-picit,masih terasa lesu walaupun sudah mendapat rehat secukupnya. "Dah bangun?"Taehyung yang baru tiba mendekati Jung Kook sebelum melabuhkan punggungnya diatas sebuah katil bersebelahan Jung Kook.

Matanya memandang kearah kaki Jung Kook yang dibalut dari lutut ke buku lali itu. Teruk?. "Dah balik ke?"tanya Jung Kook sambil menghirup air mineral yang tersedia kepadanya diatas meja kecil sebelah meja .

 Tae Hyung sekadar mengangguk. Dia memandang lama kearah Jung Kook.

   "Mesti penatkan dokong dia semalam.."

Tersembur air mineral Jung Kook dari mulutnya. Matanya membutang memandang kearah Tae Hyung  yang  sedang memandangnya dengan wajah dingin.

    "Eh?..ma--"

    "Aku nampak.."potong Tae Hyung pantas. 

Dia tersenyum sinis seraya menyilangkan tangannya kedada. "Kau tahu,kau orang pertama yang dapat gendong dia macam tu .."

Jung Kook terdiam. 

    "Dan aku tak suka tu.."nada Tae Hyung terus bertukar keras.

Dia bangun dan terus merentap kolar baju Jung Kook membuatkan lelaki itu terkedu.

    "Kau!. Apa hubungan kau dengan So Mi sebenarnya!?"

Gulp..

 

 

=====CHAP 011=====

 

YESZZZAAA..WAHAHA..

SAYA TAHU CHAP NI X MENARIK ..HUHU T^T

BTW,TQVM BAGI KOMEN-KOMEN KORANG YG AMTLAH MENTUH PERASAAN..

SAYA SAMPAI RASA MACAM ..BEST KE_?SERIUS BEST.. HEHE..BTW,PLEAZE SUPPORT ME UNTIL THE END OF THIS STORYZ..

Pluz,bagi sesiapa yg telah menonton drama web we broke up..ada scene yg saya amik dari drama tu..satu je.. ^^

SKANG NI,ENTAH KENAPA HYUN KYUNG BOLEH JADI WTK UTAMA PULAK..HAHA

 

  

 

 

 

 

    

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'