CHAP 027

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Tiket penerbangan ke Pula Jeju sudah ditempah Puan Han yang begitu teruja dengan perancangan bulan madu anaknya. Awal -awal lagi dia sudah menyediakan segalanya. Memandangkan mentuanya tinggal di Jeju,tidaklah dia risau sangat tentang mereka. 

Jung Kook dengan kelam kabutnya mengemas buku-bukunya lalu memasukkannya ke dalam beg. Tidak sabar untuk ke kelas seterusnya iaitu kelas ET. 

Tanpa sedar,pamplet tentang Jeju yang diletakkan di dalam beg terjatuh keatas lantai.  "Jung Kook cepatlah..kau kemas buku ke buat buku!!"pekik Jimin yang sudah tidak sabar untuk menunjukkan kehebatannya dalam sukan. 

Jung Kook segera mendapatkan rakannya yang sudah terloncat -loncat di hadapan kelas. Mereka berdua kemudian terus berlumba ke gym. Sa Na hanya memandang dengan senyuman lembut. 

Matanya kemudian terpandang kearah sehelai pamplet yang terdampar diatas lantai. Dikutipnya pamplet itu . 

   "Jejudo..."

 

 

Kaki Sa Na yang bertumit tinggi itu berjalan kearah Tae Hyung yang sedang menunggunya di hadapan sebuah kafe . Sebaim sahaja berada di hadapan lelaki itu,dia terus membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sehelai pamplet.

   "Jejudo..Jung Kook ada pamplet ni"beritahu Sa Na  seraya menyerahkan pamplet tersebut kepada Tae Hyung. 

Pamplet itu dibaca Tae Hyung sekilas sebelum keningnya terjongket memandang Sa Na di hadapannya. Langsung tidak faham dengan apa tujuan sebenar gadis itu.

   "Jadi?"

   "Kau bodoh ke?. Think about it,Jung Kook ada benda macam ni,kau tak rasa diorang ada plan untuk ke Jeju..untuk"

Sa Na berhenti seketika sebelum menyambung katanya. 

   "Honeymoon.."

 

 

Cuti penggal sekolah akhirnya bermula . Jung Kook dan So Mi turun daripada teksi yang membawa mereka berdua daripada lapangan terbang ke resort yang telah ditempah ibunya beberapa hari sebelumnya. 

Jung Kook memandang sekeliling kawasan resort tersebut yang kelihatan begitu cantik dan menenangkan. Pokok -pokok hijau menghiasi di setiap kawasan resort tersebut. 

Bagasi-bagasi mereka dikeluarkan oleh pemandu teksi itu sebelum berlalu pergi. Jung Kook pantas merangkul manja lengan isterinya sebelum sebelah lagi tangannya mengangkut dua bagasi mereka itu. 

Terus masuk kedalam ruang legar utama bangunan resort itu.Sebaik melangkah masuk kedalam ruanh tersebut,seorang pekerja resort tersebut terus  menyambut dengan penuh mesra seraya membawa So Mi menuju terus ke kaunter pendaftaran yang berada tidak jauh daripada pintu utama.

    "Aaa,sayang...oppa pergi tandas kejap ya.."beritahu Jung Kook dengan gediknya sebelum melayangkan flying kissnya kepada So Mi yang sudah mengikut pekerja itu . 

So Mi sekadar menggeleng lemah. Lantak kaulah Jung kOok. Kad kredit dikeluarkan So Mi sebaik berada di hadapan kaunter .

   "Saya Han So Mi,beberapa hari lepas ada buat tempahan "beritahu So Mi .

Pekerja wanita itu tanpa banyak tanya terus memeriksa komputernya ,memastikan kata-kata gadis muda di hadapannya ini adalah benar. Beberapa minit berlalu barulah dia tersenyum manis seraya menaip sesuatu pada komputer tersebut. Mengesahkan bahawa penempahnya sudah tiba.

   "Ya,Cik Han ya?.. Tunggu sebentar ya..tolong isi borang ini"tuturnya seraya menyerahkan sehelai borang kuning kepada So Mi.

Pen yang tersedia pantas diambil So Mi lalu tangannya laju menari diatas kertas tersebut. Sedang dia khusyuk menulis maklumatnya, bahunya tiba-tiba disergah seseorang daripada belakang . 

   " So Mi!!" sergah suara yang dikenali membuatkan So Mi segera menoleh ke belakang. 

Yuju dan Hyeri tersenyum lebar seraya melambai-lambai kearah So Mi yang hanya di hadapannya. Pen So Mi terus terjatuh daripada pegangannya apabila bukan hanya rakannya berdua yang ada tetapi ... ramai lagi .

Hoseok dan Jimin yang baru masuk kedalam turut menghampirinya. Dan bukan lelaki itu bertiga sahaja.. Sana yang sedang berbual sesuatu dengan pekerja resort turut berada bersama.

 

   " Macam mana ko--"kata-kata So Mi yang terputus - putus itu segera dipotong Hyeri dengan cukup gembira. 

    "Oh fasal tu ke, Sa Na yang rancang kita semua bercuti di sini.. Tapi ,tak sangka pulak kau holiday kat sini ..Wahh!! Kita memanh ditakdirkanlah So mI"terang Hyeri laju seraya memeluk So Mi dengan penuh teruja. 

Gembira benar dia apabila mengetahui bahawa Sa Na ingin menaja dia dan yang lain bercuti. Di Pulau Jeju pula tu. Siapa yang tidak setuju. Dan ,sekarang dia bertembung dengan So Mi. Bertuahnya cuti mereka kali ini. 

Hanya senyuman kekok yang mampu diberikan So Mi ketika itu. Dia juga tidak pasti sama ada dia perlu gembira sama ataupun risau dengan apa yang akan berlaku terhadap bulam madunya dengan Jung Kook. Semuanya hancur lebur. 

So Mi berpaling kearah Sa Na yang sudah selesai berbual dengan pekerja tadi. Tiba-tiba hatinya mula rasa tidak selesa. Ini semua rancangan Sa Na tetapi macam mana gadis itu boleh tahu yang mereka berada di sini. 

   "Oh,Hai So Mi"sapa Sa Na mesra sebaik berdepan dengan So Mi .

   " Macam mana kau tahu?"soal So Mi langsung tidak membalas sapaan mesra gadis itu. S

Sejak hari lepas,So Mi sudah meletakkan garis musuh diantara mereka berdua. Tidak mungkinlah dia ingin berkawan dengan gadis yang tiba -tiba menamparnya macam dia tiada maruah. 

Suasana terus bertukar sepi diantara mereka. Sa Na berdehem kecil sebelum senyuman terus lenyap daripada wajah. 

   "Jung Kook yang ajak aku ke sini"tutur Sa Na membuatkan So Mi diam seribu bahasa.

Ada logiknya apa yang diberitahu Sa Na. Jika bukan Jung Kook yang beritahu tidak mungkin perempuan di hadapanya ini dapat tahu. 

   "Jung Kook?..dia ada jugak?!"celah Jimin tiba -tiba memecahkan kesunyian. 

Baru sahaja dia ingin menyoal siasat So Mi dan Sa Na,suara Jung kOok yang kuat menghentikan perbuatannya .

   "Somi~" panggil Jung Kook berlagu . Masih tidak sedar akan kehadiran orang lain di sekeliling isterinya. 

Semua pasang mata terus tertumpu kearahnya yang sedang berjalan lenggang kangkung. Jung Kook terus terhenti apabila matanya menangkap susuk -susuk tubuh yang lain selain isterinya. 

   "Korang!"matanya terus terbeliak memandang kehadiran rakan -rakannya yang lain. 

So Mi mendengus perlahan sebelum dia berpaling kembali kearah kaunter . Borang diserahkan dan sejurus itu dia mendapat kunci bilik. 

Lengan Hyeri dan Yuju terus ditarik bersama mengikutnya. Tanpa kata ,dia terus mengheret rakan-rakanya itu masuk kedalam lif. Terus ke tingkat bilik ' mereka '.

 

   "So Mi-yah. Jomlah bersiar-siar.. Apa gunanya bercuti kalau tak duk terperap dalam bilik"ajak Yuju yang sudah bersiap dengan pakaian santainya. 

So Mi yang dari tadi berbaring diatas katil hanya menggeleng. "Koranh pergilah,Aku penat"tipunya seraya menutup wajahnya dengan bantal . 

Kalau dia keluar pun ,buat sakit hati sahaja melihat wajah si Sa Na itu. Ditambah dengan senyuman palsu gadis itu,mungkin makin loya dia dibuatnya. 

Hyeri mendengus geram. Dia berdiri diatas katil So Mi itu sebelum menghempap badan rakannya itu . Terus terjerit So Mi akibat beban yang diterimanya secara mengejut. 

Dia terus bangun daripada baringnya seraya menendang Hyeri jatuh daripada katil. Dia memandang rakan -rakanya itu dengan mulut yang terjuih ke luar. 

   "Yelah faham.. Nasib baiklah aku ni kawan yang baik "puji dirinya sendiri sebelum mengeluarkan baju untuk bersiap keluar. 

Hyeri dan Yuju tertawa kecil sambil menghadiahkan rakan mereka itu pelukan erat. 

 

   "Ah, berhentilah!. Kau tak ada tempat nak pergi ke?... Berhenti ikut aku boleh tak?..."marah Jung Kook apabila dia daripada tadi diekori Sa Na. 

Dia yang tenangkan fikiran dengan bersiar -siar sekitar resort pun tidak senan . Gadis itu asyik mengekornya ke mana sahaja. 

Sa Na terdiam seketika sebelum menghampiri Jung Kook yang beberapa langkah daripadanya. "Aku nak berjalan dengan kau macam dulu"tuturnya mengimbas kembali kenangan silam mereka.

Helahan lemah dilepaskan Jung Kook tatkala mendengar permintaan daripada gadis itu. "Sa Na,semuanya sudah tak macam dulu . Sekarang ,semua sudah berubah.  Kita hanya kawan..kawan biasa"tutur Jung Kook dengan tenang. 

Walaupun dia tidak mahu menyakiti hati gadis itu tetapi gadis itu perlu faham akan keadaan mereka sekarang. Antara mereka berdua sudah tiada apa -apa lagi selain hubungan silam yang sudah lama terlerai. 

   "Kawan biasa?.. Sejak bila kau mula anggap hubungan kita sekadar kawan. Sejak perempuan tu muncul?.. "Kata -kata Sa Na terhenti seketika. 

Dia mengambil nafas panjang sebelum kembali meneruskan kata -katanya. 

   "Jujurnya ,siapa perempuan tu?... Macam mana kau boleh pilih dia daripada dia?..Siapa..Siapa sebenarnya dia!!"tengking Sa Na tidak dapat menahan rasa perit dalam hatinya. 

Air matanya mula bercucuran mengalir laju terus ke pipi. Jung Kook hilang kata. Dia tidak suka melihat gadis itu menangis. 

   "Sa Na, So Mi adalah isteri aku.."jujur Jung Kook menjelaskan segalanya yang sudah lama tersembunyi. 

Tangisan Sa Na terus terhenti. Dia memandang Jung Kook dengan mata yang merah. 

   "Jadi, dialah perempuan tu?.. Anak kepada Han Co-operation . Yang sanggup menjual tanah anak yatim.. "Tawa sinis dilepaskan Sa Na seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

Jung Kook terdiam . Kepalanya tertunduk memandang tanah. 

   "Mereka tak seteruk yang kau sangka..Mer--"

   "Bo?.. Baik?..sudah tentulah kau cakap macam tu. Sebab kau dah sebahagian daripada mereka.. Kau memang mengecewakan"tutur Sa Na sebelum berpaling pergi.

Kakinya terus diangkat pergi meninggalkan Jung Kook yang terkedu seorang diri. Tanpa sedar,Jung Kook terus bercangkung di tempatnya. Air matanya jatuh mengalir dengan perlahan.

Beberapa cengkerang yang berlainan bentuk dan warna dikutip So Mi dan Yuju dengan teruja. Mereka berdua kemudian berlari anak kearah Hoseok dan Hyeri yanh sedang gigih menimbus Jimin dengan pasir pantai. 

   "Yah!"marah Jimin apabila Hoseok dengan sengajanya membaling pasir ke wajahnya membuatkan dia tertelan sedikit pasir pantai yanh masinh itu. 

Mentang-mentanglah dia tidak dapat bergerak ,rakannya itu sengaja mengambil peluang. Hoseok hanya menjelir nakal kearah Jimin sambil terus membentuk six pack pada perut pasir rakannya itu. 

SoMi yang hanya melihat rakan -rakannya itu bermain pasir tertawa lucu. Jenaka-jenaka bodoh yang dibuat rakan -rakannya itu membuatkan dia tidak kering gusi. 

Ada sahaja idea mereka untuk mengenakan antara satu sama lain sehingga dia sekali terkena. Tanpa disedari sesiapa,Jung Kook yang kebetulan ingin mengambil udara di sekitar pantai berdekatan resort mereka itu terhenti sebaik melihat rakan -rakannya sedang berseronok . 

Tangan diselukkan ke jaket sejuk hitamnya . Jung Kook memandang So Mi yang sedang mencangkung di sisi Hoseok sambil membantu lelaki itu mengukirkan sesuatu diatas badan pasir Jimin. 

Gadis itu tertawa besar menyerlahkan giginya yang tersusun cantik. Senyumannya yang sunggu cantik bagi sesiapa sahaja melihatnya. 

Helahan lemah dilepaskan Jung Kook . Wajah So Mi terus dipandangnya lama . 

 

Baju -bajunya dikemas sebelum dimasukkan kedalam bagasi hitamnya yang besar. Dia memandanh sekitar biliknya yang kecil itu ,yang menyimpan pelbagai memorinya. Sekarang dia harus tinggalkan segalanya. 

   "Kamu tak perlu buat semua ini,Jung Kook"tutur satu suara sayu menghapuskan lamunan Jung Kook. 

Seorang wanita yang agak tua menghampiri Jung Kook sebelum memeluk erat lelaki yang sudah dianggapnya sebagai cucu kandung. Titisan air matanya pantas dilap tatkala meleraikana pelukannya.

   "Halmeoni..janganlah buat muka sedih..Jung Kook janji,Jung Kook akan kembali. Satu tahun sahaja dan semuanya selesai!.."pujuk Jung Kook bersungguh -sungguh sambil memegang wajah neneknya itu yang sudah dimamah usia. 

Wanita tua itu hanya mampu melepaskan keluhan berat. Dia memandang cucunya itu dengan riak wajah risau. 

   "Macam mana kalau kamu tak nak kembali?"soalnya membuatkan Jung Kook tersentak. 

Lelaki itu tergelak besar bagaikan baru mendengar jenaka lucu . "Halmeoni merepek apa ni ?.. Jung Kook mestu balik punyalah!  Gerenti!. Kenapa,halmeoni takut Jung Kook tersangkut dengan perempuan murahan tu ke?.. Hahaha,halmeoni ni lawaklah.. Dalam hati Jung Kook ni ada Sa Na jelah . Sa Na seorang!"tegas jUng Kook sambil tersenyum lebar. 

Yakin benar dengan kata-katanya ketika itu. 

 

===== END OF CHAP 027

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'