CHAP 23

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Kasut sekolah disimpan kedalam rak kasut sebaik sahaja pulang. Jam sudah menunjukkan pukul 6 .30 petang dan barulah sekarang So Mi pulang. Walaupun waktu persekolah sudah tamat lama tetapi So Mi mengambil keputusan untuk tinggal di sekolah lama sedikit. 

Dia tidak berani untuk bertentangam mata dengan Jung Kook yang jelas sedang dingin dengannya. Lelaki itu langsung tidak berkata apa -apa di sekolah tadi malah memandangnya pun memang taklah . Jarak mereka berdua bagai semakin menjauh dari minit ke minit. 

Kalaulah boleh tidur di sekolah,sudah lama So Mi tidur di situ. Dia berjalan lemah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Haraplah lelaki itu berada di tempat lain dan bukan di dalam bilik. 

Setelah berdoa lama barulah So Mi membuka daun pintu biliknya itu. Dia mengendap masuk kedalam dengan penuh berhati -hati sebelum matanya terpandang akan sesusuk tubuh yang sedang lena diatas katil. 

Lelaki itu sedang tidur,peluang baik. Dengan gaya penyamun,So Mi menyelinap masuk kedalam biliknya dengan penuh berhati-hati. Dia perlu bersiap cepat dan cepat -cepat keluar dari bilik ini. Pergilah kemana pun asal tak sebilik dengan lelaki ini. 

Tuala dicapai laju beserta pyjamanya . Selesai itu,dia terus berlari anak ke bilik air sebelum suara Jung kOok mengejutkannya. 

   "Baru balik?"soal Jung Kook sambil menguap malas . Dia terus meloncat turun dari katil lalu mendekati gadis itu. 

So Mi yang masih lengkap dengan pakaian sekolah dipandangnya. "Mandilah dulu,aku tunggu kat meja makan .."tutur Jung Kook sebelum berjalan keluar dari bilik. 

Meninggalkan So Mi sendirian . 

 

 

Setengah jam kemudian barulah So Mi siap sepenuhnya. Dia mengigit bibir lama. Bermundar -mandir di bilik sendiri sambil menyerabutkan fikiran dengan soalan -soalan pelik. 

Setelah lama berfikir akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghadapi sahaja segalanya. Dia perlu terangkan segalanya. Salah faham ini perlu diselesaikan. 

Dengan perlahan So Mi menghampiri Jung Kook yang sedang termenung memandang makanan malam yang terhidang . So Mi menarik nafas panjang sebelum mendekati lelaki itu. Dia terus mengambil tempat sejauh yang mungkin dari Jung Kook. 

   "Aaa,dah siap.. Mari makan"tutur Jung Kook pendek lalu terus menyeduk lauk kedalam pinggannya. 

So Mi pula bagau tiada selera. Lelaki itu memang marah padanya ke?. Kenapa begitu dingin kata -katanya. 

   "Jung Kook.. Semua--"

Tidak sempat So Mi ingin menerangkannya, Jung Kook terus bangun dari duduknya . Tanpa kata dia membawa pinggannya mendekati gadis itu lalu duduk di sebelahnya. 

Dia kemudiannya kembali makan . So Mi memandang Jung Kook di sebelahnya lama. Dia tidak faham. Lelaki ini marah padanya atau tida . Jadi kenapa tiba -tiba menghampirinya. 

   "Tak makan?"soal Jung Kook apabila gadis itu langsung tidak menyentuh makanan yang terhidang 

   "Jung Ko--"

Lauk sayur dicapai Jung Kook lalu dicedukkan ke pinggan So Mi. Lauk -lauk lain juga dicedukkan sama. Tindakannya itu membuatkan mulut So Mi terus terkatup rapat. Akhirnya tiada diantara mereka yang berkata apa -apa. 

 

 

Cd-cd yang tersimpan di dalam rak cd dikeluarkan Jung Kook satu persatu. Dia bersila di hadapan tv yang terbuka begitu sahaja sambil matanya menilik setiap cerita di tangannya. Mencari cerita yang menarik untuk ditonton malam itu.

So Mi hanya duduk membatu diatas sofa sambil memerhatikan segala tindakan lelaki itu . Tak berjaya. Dia tak dapat terangkan segalanya kepada lelaki itu. 

   "Kau nak tengok movie?"tanya Jung Kook tanpa menoleh. 

So Mi diam sejenak. Tengok movie dengan Jung Kook. Mereka berdua. 

  "Okay"jawab So Mi ringkas sedangkan hatinya terasa seperti sedang menari -nari tarian Hoola~ 

Jung Kook tersenyum puas setelah mendapat cerita yang menepati citarasanya. Cd tersebut dimasukkan kedalam pemain video . Dia krmudian dengan selamba melabuhkan punggung di sisi So Mi . 

   "Aku pilih Maze Runner,kau okaykan?"soal Jung Kook seraya menyelaraskam volume tv tersebut. 

So Mi yang terasa kekok berada begitu dekat denhan Jung Kook sekadar mengangguk perlahan. Jantungnya tiba -tiba sahaja tidak berhenti berdegup . Mungkin kerana bahu mereka yang bersentuhan antara satu sama lain membuatkan dia tidak selesa. 

Keadaan terus kembali senyap apabila cerita sudah bermula. Hanya suara dari tv memecahkan kesunyian diantara mereka. Jung Kook menonton cerita tersebut dengan penuh minat memandangkan pelakon kegemarannya berlakon dalam cerita tersebut. 

So Mi mengerling kearah Jung Kook di sebelahnya. Lelaki itu nampak tenang. Tiada reaksi dingin yang melekat pada wajahnya. Hanya reaksi yang sedang fokus. 

Wajah sisi Jung Kook diperhati So Mi agak lama. Sekarang barulah dia sedar betapa kacaknya lelaki itu sebenarnya cuma dia sahaja yang lambat perasan. Mata yang besar,hidung yang mancung dan bibir yang memerah. Lelaki itu sempurna. 

Tanpa sedar So Mi tidak dapat menarik matanya dari terus memerhati lelaki itu. Lebuh lama dia memandang,lebih laju jantungnya berdegup tika itu. 

   "Kenapa?,kau tak suka cerita ni ke?"soal Jung Kook apabila sedar dirinya diperhati . 

So Mi pantas mengalihkan pandangannya ke tempat lain sambil kepalanya mengangguk dan menggeleng pada masa yang sama. "Ah,tak..suka...suka cerita ni"tutur So Mi padahal dari tadi dia tak menumpu kearah cerita tersebut.

Jung Kook memandang pelik kearah isterinya itu sebelum tertawa perlahan. Dia memgangguk kecil sebelum menumpukan perhatiannya kembali ke kaca tv. Badannya digerakkan dengan lebih rapat kepada gadis itu membuatkan So Mi yang terkejut terloncat sedikit. 

   "Ju.."panggil So Mi tidak habis namun lelaki itu sudah berpaling kearahnya. 

Nafas ditarik panjang . "Semuanya salah faham!. Semuanya tak benar!, itu semua hanya khabar angin,berita palsu!. Kami tidak apa -apa hubungan langsung..betul ni!...berita tu..aku..aku langsung tak tahu,semuanya hanya tiba -tiba..aku pun terkejut sangat..jadi,tolonglah percaya.. Itu semua langsung tak betul!"terang So Mi panjang lebar tanpa noktah. Akibatnya dia yang tercungap-cungap menerangkan segalanya kepada lelaki itu. 

Jung Kook diam . Tiada reaksi yang terpamer pada wajahnya. Dia memandang So Mi untuk beberapa ketika sebelum berpaling semula kearah tv. Langsung tidak memperdulilan kata -kata gadis itu.

Hati So Mi terasa seperti sedang dicincang nipis-nipis apabila lelaki itu buat tak endah terhadap penerangannya. Adakah dia tak percaya pada penerangannya . Dia percaya pada berita tu lebih daripadanya?.

   "Jung Kook ,kau tak percaya aku ke?.."soal So Mi dengan suaranya yang tiba-tiba bertukar serak. 

   "Aku nak percaya kau tapi bukti apa yang aku bo---"

  "Aku akan cuba untuk suka pada kau!"

Sebaik mendengar kata -kata So Mi itu,Jung Kook terus berpaling menghadap gadis itu dengan mata yang membuka luas. Bagai tidak percaya dengan kata -kata gadis itu.

   "Ap..ap..apa?"kini Jung Kook pula yang tergagap sebaik mendengar kata gadis itu. Walaupun dia boleh dengar dengan jelas tafi tetapi dia perlukan kepastiannya. Benar ke apa yang baru didengarnya . Dia ada peluang. 

So Mi mengangguk perlahan. Dia pun tidak tahu kenapa dia terus berkata begitu. Betulke dia sudah bersedia untuk membuka pintu untuk lelaki itu. 

   "Aku akan cuba suka kau. Aku akan berusaha untuk balas cinta kau.. Aku suka berada di sisi kau,buat aku selesa dan gembira jadi aku yakin aku boleh balas semula cinta kau"jujur So Mi . 

Matanya memandang tepat kearah milik lelaki itu. Keadaan menjadi sunyi kembali. Jung Kook pula masih terkedu dengan apa yang terjadi. Dia hanya mampu membalas pandangan jujur gadis itu.

Perlahan-lahan Jung Kook akhirnya tersenyum . 

    "Terima kasih..Aku akan berusaha untuk buat kau jatuh cinta pada aku selamanya" tutur Jung Kook seraya mencuit geram hujung hidung gadis itu. 

Mereka berdua berpandangan untuk seketika sebelum masing -masing tertawa kekok. Semuanya sudah selesai.

 

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam dan tanpa sedar sudah dua movie mereka berdua tonton bersama. Jung Kook menoleh kearah So Mi yang sudah terlena diatas bahunya. 

Dia tersenyum lembut memandang wajah tidur isterinya itu. Tangan So Mi yang sejuk itu digengam erat . 

   "Chincha gomawo.."tutur Jung Kook .

Perlahan-lahan dia mengalihkan kepala gadis itu daripada bahunya . Kemudian,dia mengangkat So Mi dengan mudahnya maduk kedalam bilik mereka. 

 

 

Tae Hyung memandangan tangannya yang tidak berbalut itu dengan pandangan kosong. Fikirannya langsung tidak dapat melupakan So Mi.

 Badan So Mi ditarik Tae Hyung dekat kebadan. Senyuman senget terukir pada wajahnya ketika itu. Dagu gadis itu didongak mendekatinya. Perlahan-lahan,bibirnya bergerak kearah milik gadisbitu namun belum sempat dia menyentuhnya,So Mi terlebih dahulu menolak kuat Tae Hyung .

    "Kim Tae Hyung!,kau ingat semuanya semudah itu ke?. Perasaan..kau tak pernah ambil kisah tentang itu pun kan?,perasaan aku. . Semuanya dah berakhir,jadi terima sahajalah semuanya!"marah So Mi.

Dengan perasaan kecewa,So Mi berpaling dariada lelaki itu dan baru sahaja dia ingin melangkah pergi,Taehyung sempat memegang tangan gadis itu. 

   "Maafkan aku.."kesal Taehyung. 

So Mi memandang Tae Hyung agak lama sebelum menepis kasar tangan Tae Hyung yang memegangnya. 

   "Jadi,aku pun nak minta maaf.."tutur So Mi sebelum berjalan pergi.

Taehyung melantarkan badannya pada katil seraya menghela lemah. "Jangan minta maaf dahulu So Mi"

 

 

So Mi yang baru sedar dari lenanya menggeliat malas diatas tilam empuknya. Matanya perlahan-lahan terbuka. Memandang sekeliling bilinknya dengan muka blur. 

   "Dah bangun?..."soal satu suara membuatkan mata Somi terus terarah kearah pemilik suara tersebut. 

Kelihatan Jung Kook yang baru selesai menyalin pakaian mendekati So Mi yang berada diatas katil. Lelaki itu tersenyum senget memandanh So Mi yang kelihatan seperti ulat gonggok diatas katil Gadis itu sepenuhnya diselubungi oleh selimut. Sejuk sangat agaknya. 

 Mata So Mi terkebil-kebil memandang Jung Kook. Otaknya memproses laju tentang apa yang berlaku sekarang. "Sekarang pukul berapa?"soal So Mi .

Jung Kook diam sebelum menilik melihat kearah jam di dinding . "8.50,kenapa?"jawab Jung Kook selamba. 

    "8.50?!. Omo,kita dah lambat,dah lambat!!"So Mi yang baru tersedar dia sudah lambat kesekolah terus bergelut untuk keluar dari sarung selimutnya.

Jung Kook tertawa kecil melihat So Mi yang kelam kabut keluar dari sarung selimut. Dia menggeleng kecil sebelum meloncat keatas katil lalu memeluk So Mi membuatkan gadis itu terus berhenti bergerak. 

   "Lupakan tentang sekolah,jom sambung tidur"tutur Jung Kook selamba. 

Hal sekolah langsung tidak memgganggu fikirannya. Yang penting dia dapat bersama gadis itu. So Mi meamandang Jung Kook di sisinya . 

   "Tap..tapi se--"

    "Lupakan jelah,aku suka macam ni"tutur Jung Kook sambil terus memeluk gadis itu dengan erat. 

So Mi menelan air liurnya yang terasa kering. Dia memandang sekeliling ,cuba mencari alasan untuk lari dari lelaki itu.

    "Ja..jadi,aku pergi mandi dulu"tutur So Mi seraya cuba bangun namun tetap dihalang Jung Kook yang masih baring di sisinya. 

   "Tak apa,aku suka bau kau sekarang ni"ujar Jung Kook sambil menarik nafas panjang di sisi gadis itu. Seperti cuba menghidu bau tidak mandi gadis itu. 

So Mi yang mendengar pula sudah merah muka. Rasanya bila -bila masa sahaja dia akan cair di situ. 

Jung Kook membuka matanya memandang So Mi yang sedang malu sendirian .  Dia tersenyum lebar memandang wajah gadis itu yang kelihatan begitu comel saat itu. 

   "Tapi kan,memandangkan kita dah ada kat atas ni.. Apa kata kita "Jung Kook tersenyum nakal. 

Tangannya menyentuh setiap sudut wajah So Mi sebelum berhenti pada bibir gadis itu.  "Lakukannya sebagai suami isteri.."tutur Jung Kook membuatkan So Mi terus bergolek menjauhkan diri. 

   "Aku mandi dulu!.."tutur So Mi kelam kabut sehingga tidak sedar dia sudah ke penghujung katil dan akhirnya ..

Kedebuikkk

Seperti nangka busuk,dia jatuh keatas lantai. Tapi dah kata pun malu tahap gaban,sakit langsung tidak terasa,So Mi pantas merangkak laju maduk kedalam bilik air . Tidak sedar yang dia telah bawa masuk selimut bersamanya. 

Jung Kook yang melihat hanya mampu tersenyum lucu melihat gelagat gadis itu .

   "Comelnya~"tuturnya  sebelum mula menggila sendirian. 

Bantal So Mi diciumnya berkali -kali lalu dipeluk erat . Dia kemudiannya terbaring diatas katil dan berterusan ketawa seperti orang gila.

 

 

Kaki So Mi melangkah mendekati Jung Kook yang sedang duduk bersenang lenang diatas sofa sambil menonton tv. Jung Kook yang menyedari kehadiran gadis itu segera menoleh kearah gadis itu .

Niatnya yang ingin mempelawa gadis itu duduk di sebelahnya terus terbantut apabila melihat  diri So Mi yang sudah sedia untuk keluar. 

    "Pergi mana?"soal Jung Kook seraya bangun dari duduknya. 

   "Ah,aku nak pergi beli buku rujukan sikit ..petang nanti aku balik..pergi dulu"tutur So Mi seraya ingin berlalu pergi namun ditahan Jung Kook. 

     "Aku ikut!tunggu sekejap ya"tutur Jung Kook lalu terus berlari mendapatkan barang keperluannya di dalam bilik. Mana boleh lepaskan peluang dating dengan gadis itu.

 

 

Buku -buku berkaitan seni lukis itu dibelek So Mi satu persatu . Mencari yang sesuai dengan aras pembelajaran sekarang ini. Jung Kook pula hanya mengekor dari belakang sambil terus memerhatikan gadis itu tekun mencari buku. 

Dia..buku,jangan tanya. Sememangnya tak sebati bila bersama buku. Jung Kook dan buku adalah dunia yang berbeza.

Sebuah buku diambil So Mi dari raknya. Dia tersenyum puas setelah mendapatkan kesemua yang diinginkan. Dia memandang Jung Kook yang langsung tidak memegang sebarang buku. 

    "Tak beli buku ke?"soal So Mi . 

    "Untuk apa ?" balas Jung Kook seperti orang bodoh. Untuk bacalah pak cik oii. 

So Mi menggeleng lemah . "Untuk studylah..kau tak ingat ke? Tak lama lagi,exam akan datang"beritau So Mi membuatkan Jung Kook terkebil -kebil mendengarnya. 

Lrlaki itu jelas tak tahu apa -apa. Reaksi yang perlu dia beri pun masih keliru. Takut atau terkejut. Exam selama ini pun dia tak amik tahu. 

 "aigoo,marilah aku tolong carikan apa yang perlu"tutur So Mi menghulur bantuan. 

Dia terus menarik ke ruang -ruang buku yang diperlukannya. Pelbagai jenis buku daripada pelbagai subjek dibelikan untuk lelaki itu. 

Jung Kook yang tidak tahu apa -apa pula hanya mengikut sahaja. Terangguk -angguk dia mendengar gadis itu membebel tentang setiap subjek yang ada. 

Akhirnya mereka berdua keluar dari kedai buku itu dengan dua beg plastik beg yang penuh dengan buku. So Mi pantas menelefon Jaebum untuk menjemput mereka pulang. 

Jung Kook memandang So Mi yang sedang berbual dengan Jaebum di telefon. Dia memandang langit yang masih cerah. Cuaca yang cukup indah untuk bersiar -siar jadi kenapa nak balik awal. 

    "Kita dah nak balik ke?"soal Jung Kook dengan nada kecewa. 

So mI yang langsung tidak dapat meneka apa yanh dirasa suaminya itu hanya mengangguk laju. Dia menyimpan telefonnya kembali kedalam beg bimbit hitamnya. 

   "Sayangnya.."bisik Jung kOok perlahan. 

Dia memandang kearah sepasang kekasih yang sedang seronok menikmati minuman bersama -sama di dalam sebuah kafe tidak jauh dari mereka berdiri. 

Tidak lama kemudian,Jaebum pun datang menghentikan penungguan mereka berdua. So Mi tersenyum lega,barang -barang dimasukkan kedalam bonet kereta. Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk kedalam perut kereta,dia terus ditarik Jung Kook keluar. 

    "Hyung,bawak barang ni balik ya..kami balik nanti..bye-bye"pesan Jung Kook kepada Jaebum sebelum menarik So Mi mengikutnya.

 

   "Kita nak pergi mana ni?"tanya So Mi yang masih terpingga-pingga mengikut Jung Kook. 

Jung Kook berhenti melangkah apabila sesuatu benda telah menarik perhatiannya. Dia memandang kearah So Mi dengan senyuman lebar sebelum menunjuk kearah sebuah gerai yang menjual pelbagai bentuk dan warna gula -gula kapas .

    "Gula -gula kapas?"Jung Kook pantas mengangguk laju.

Dia memegang erat tangan So Mi sambil tersenyum riang. "Ingat lagi dating pagi kita kat kampung kau"tutur Jung Kook membuatkan So Mi terdiam. 

Ya,sewaktu mereka berada di Kyungido juga,mereka ada makan gula -gula kapas di pasar pagi. So Mi akhirnya tersenyum setelah teringat kembali kenangan manis tersebut. 

    "Mari"ajak Jung Kook lalu diangguk laju oleh So Mi. 

Mereka berdua berjalan di sepanjang Han River sambil menikmati gula kapas masing-masing. So Mi tersenyum riang apabila perisa gula -gula kapas yang manis itu melekat pada lelangitnya. 

Jung Kook yang berjalan di sisi sesekali mengerling kearah So Mi yang asyik tersenyum dari tadi. Melihatkan gadis itu yang gembira,dia turut terjangkit sama. 

    "Sekarang ni aku rasa macam jadi budak balik"luah So Mi sambil menayang-nayangkan gula -gula kapasnya ke udara. 

    "Kenapa?sebab dapat makan gula-gula kapas?"

So Mi diam sebelum mengangguk perlahan. "Cuaca hari ini baik kan ,ras--"So Mi berterusan membebel tentang apa yang dirasanya. Dia rasa seperti ingin bercerita segalanya kepada Jung Kook. 

Bersama lelaki itu buatkan dia senang untuk berkongsi cerita. Jung Kook yang mendengar turut tersenyum mendengar cerita zaman kecil gadis itu. 

    "Ah,mari duduk situ"ajak So Mi apabila ternampak sebuah bangku berdekatan. 

Dia terus berlari riang kearah bangku tersebut sebelum melabuhkan punggung diatasnya. Jung Kook turut duduk di sebelahnya. 

So Mi menarik nafas panjang. Lapangnya hatinya sekarang. Semua masalahnya bagai sudah hilang dibawa angin sekarang. 

Jung Kook memandang kearah sungai yang terbentang di hadapannya. Matanya kemudian mengerling kearah So mI di sebelahnya . Mulutnya dikemam lama sebelum dengan kekoknya dia menggeliat malas diatas kerusi dan dengan perlahan meletakkan tangannya diatas bahu So m . 

   "Uh,"So Mi yang perasan akan beban di bahunya segera menoleh kearah Jungkook dan hujung hidung mereka tersentuh antara satu sama lain membuatkan Jung Kook terus terundur kebelakang akibat terkejut dengan ajrak yang begitu dekat. 

Jung Kook terus bangun dari duduknya lalu berpura-pura sedang merenggangkan pinggangnya. Telingannya sudah memerah tak tentu fasal. SO mi yang masih diatas kerusi sekadar tertawa kecil. 

    "Jom tunggang basikal"

 

    "Selamat menunggang"ucap penyewa basikal tersebut dengan mesra. 

So Mi dan Jung kook hanya tersenyum. Sebuah basikal yang untuk ditunggang seorang tetapi mempunyai tempat duduk penumpang dibelakang dipilih So Mi. 

Basikal seperti itu dipilih kerana So Mi tidak mahir lagi dalam menunggang basikal. Gadis itu masih terkonco-konco membawa basikal sendiri jadi adalah lebih baik Jung kOok sahaja yang menunggangnya dan So mI menjadi pembonceng di belakang .

Jung Kook sudah bersedia untuk mengayuh di hadapan . So Mi dengan berhati -hati duduk di belakang lelaki itu. Hujung baju lelaki itu dipegangnya sebagai keselamatan 

    "Kita gerak ya"tutur Jungkook seraya mula mengayuh perlahan. 

Bergerak ke sekitar Han River sambil menikmati udara yang segar. So Mi mendepakan tangannya ke udara. 

Mulutnya terbuka,membenarkan udara masuk. Jung Kook yang mengayuh hanya tersenyum melihat gelagat gadia itu di belakang. Dia memandang kearah sepasang kekasih yang sedang bergembira menunggang basikal sama seperti mereka. 

Namun yang bezanya,kekasihnya memeluk erat si lelakinya . Jung Kook memandang pinggangnya yang kosong tanpa sebarang tangan yang melingkar. Dia mengerling kearah So Mi di belakang. 

   "Pegang kuat-kuat ya"pesan Jung Kook sebelum tersenyum senget. 

Kayuhannya dilajukan seperti kayuhan atlet membuatkan So Mi tergesa-gesa mencari tempat berpegang dan akhirnya seperti dirancang Jung kOok. Gadis itu tanpa sedar terus memeluk pinggang Jung Kook supaya tidak terjatuh ketanah. 

Jung kOok tersenyum gembira. 

 

 

Jung Kook menghela kepenatan sebaik sahaja memulangkan kembali basikal yang disewa. Kakinya rasa seperti ingib tercabut. Inilah akibatnya kalau nak disayangi sangat.So Mi kembali kepada Jung Kook setelah memulangkan kunci basikal kepada pemiliknya.

Senyuman lebar terukir pada wajahnya. Dengan riang,dia memeluk Jung kOok dari belakang . "Seronok kan?"soalnya .

Jung Kook terkedu seketika apabila tiba -tiba dipeluk sebegitu oleh So Mi . Tak diminta,diberi pula. Alahai,cairnya sekarang. 

Matanya memandang kearah tangan So Mi yang sekali lagi melingkar pada pinggangnya. Kalaulah dia ada gari ,sudah lama dia gari tangan gadis itu supaya tak boleh lepas dari terus memeluknya. 

  So Mi terus melepaskan pelukannya apabila lelaki itu bagai terkaku . "Ah,ma..maaf.."tutur So Mi malu dengan tindakannua sendiri. 

Tangannya terus disembunyikan ke belakang. Dia berdehem kecil. "Jo..jom"So mI terus berjalan laju meninggalkan Jung kOok yang masih terkedu.

 

 

Secawan teh lemon ais dihulur So Mi kepada Jung Kook. Mereka berdua duduk diatas bangku pertama yang mereka duduki tadi. 

Minuman yang masih sejuk itu dihirup So Mi sedikit demi sedikit. "Terima kasih"ucap So Mi kepada Jung Kook di sebelahnya. 

Jung Kook  menoleh perlahan kearah So Mi. Dia tersenyum tipis seraya menjongket bahu. "Tak ada apalah,hal kecil"balas Jung kOok memahami apa maksud penghargaan gadis itu. 

Minuman diletak ke tepi oleh So Mi . Perlahan dia merapatkan dudukannya dengan Jung Kook sebelum dengan kekok melentokkan kepalanya pada bahu bidang lelaki itu. 

Mata Jung Kook terus membutang bulat apabila gadis itu berbuat begitu. Jantungnya berdegup laju bagai mahu letus. Mungkin sekejap lagi dia akan terbang ke alam semesta akibat keterujaan melampau.

Angin sepoi-sepoi bahasa menenangkan lagi keadaan yang sudah sedia ada. Jung Kook mengerling kearah So Mi yang sedang tersenyum tenang di sebelahnya.

 So Mi,kenapa aku yang rasa makin jatuh cinta pada kau. 

 

 

So Mi dan Jung Kook berjalan masuk kedalam perkarangan rumah mereka. Kali ini,mereka tidak pulang menaiki kereta tetapi bas memandangkan amsing-masing ingin ambil angin malam. 

Ya,sekarang sudah tepat pukul 8 malam. Terasa sekejap sunggub masa berlalu buat mereka berdua. 

Jung Kook memandang So Mi yang mendahuluinya di hadapan. Kakinya terasa berat ingin masuk kedalam rumah. Dia terasa ingin kembali ke masa petang tadi. 

So Mi menoleh ke belakang memandang Jung Kook yang bergerak lambat di belakang. Dia menghampiri lelaki itu . 

   "Kenapa?ada benda tak kena ke?"soal So Mi risau. 

Lelaki itu dari tidak bersuara. Bagai ada benda yang menyedihkan . Jung Kook memandang So Mi dengan pandangan yang tidak ditafsir. 

Ada. Ada masalah. Aku nak kita terus luangkan masa macam hari ini. Untuk selamanya. 

    "Kenapa?"soal So mI lagi jelas tidak memahami maksud pandangan lelaki itu. 

Dia menghela lemah. "Mungkin kau penat kut,jomlah masuk ..rehat kat dalam.."teka So Mi ,dia menarik tangan lelaki itu mengikutnya namun kaki Jung Kook masih enggan bergerak mengikutnya.

    "Aku nak ulang semula masa petang tadi"luah Jung Kook akhirnya membuatkan So Mi menoleh kembali kearahnya. 

Gadis itu memandangnya lama sebelum meletuskan tawa kecil. Tangan Jung Kook dipegang erat. 

    "Aku pun sama..."So Mi mendekatkan dirinya kepada Jung Kook.

Wajah Jung Kook dipandang lama sebelum berpura-pura ingin membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. "Lain kali.."

Chuu

Pipi Jung Kook dicium So mI laju. Gadis itu tersenyum lalu terus berjalan pergi. Meninggalkan Jung Kook yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. 

Jung Kook yang bagaikan terkena kejutan elektrik cas kuat hanya mampu tergamam di tempatnya. Pipi kanannya yang baru dikucup gadis itu dipegangnya lama sebelum dengan perlahan dia tersengih lebar. 

   "Dia..dia cium aku.. Dia cium kau Jung Kook..."Jung Kook yang tidak dapat menahan kegembiraannya terus meloncat -loncat kegembiraan bagai monyet dapat bunga. 

Dia menari -nari kegembiraan sambil berterusan mengusap pipi kanannya. 

 

 

 Pagi itu, Jung Kook awal -awal lagi sudah bersemangat bangun dari tidurnya. Dia memandang dirinya pada pantulan cermin bilik air. Pipi bekas ciuman So Mi dipegangnya lama. 

   "Basuh? Tak?..ah~macam mana ni"

 

 

Teh panas dituang kedalam cawan dengan berhati-hati. So Mi membantu Mimi menyediakan segala persiapan sarapan. "Mimi ,bila Mama akan balik?"soal So Mi teringat akan ibunya yang keluar bekerja di luar negeri. 

Sibuk memanjang sahaja ibunya sampai dia di rumah menjadi bosan. Tetapi itu dulu,sekarang dia ada Jung Kook. Hidupnya tak adalah bosan sangat. 

Mimi terdiam seketika. "Mungkin 4 hari lagi Puan akan balik,saya tak pasti.."jawab Mimi cuba mengingat kembali tarikh pengembalian Puan Ahn. Kalau ditanya Jaebum,ingatlah lelaki itu. 

So Mi mengangguk faham,dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Tidak sampai seminit berlalu,Jung Kook muncul dengan wajah berseri-seri. 

Pada wajahnya ,terlekat plaster bersilang di belah pipi kanan. Dia terus duduk bertentangan gadis itu dan berlagak selamba. Cuba berlagak selamba senang kata. Sedangkan hatinya sedang membuak -buak teruja untuk bersama dengan gadis itu. 

So Mi memandang plaster yang terlekat pada pipi Jung Kook dengan kening terangkat.  "Kenapa dengan pipi kau?"soal So Mi naif. 

   "Ah,ini..tadi terkena bucu robok bilik air.. Luka sikit"tipu Jung Kook . 

Sebab kaulah cik adik oii. Sebab apalagi! 

Tanpa kata,So Mi terus bergerak kedapur. Dia kembali dengan kotak kecemasan di tangan. Ubat antiseptik dan kapas terus diambil keluar. 

   "Buka plaster tu,biar aku sapukan antispetik"tutur So Mi bak doktor tak berdaftar. 

Junh Kook terus terundur ke belakang melihat tindakan gadis itu. Kelam kabut dia jadinya melihat ubat antiseptik pada tangan gadis itu. Antiseptik buat apa,ciuman nak dirawat dengan antiseptik. Kemendenya ni. 

   "Eh,tak..tak apa ..sikit je"nafi Jung Kook cuba melarikan diri. 

    "Sikit pun kena rawat,meh aku buk--"tangan So Mi yang ingin mencabut plaster itu terbantut apabila lelaki itu terus bangun dan melarikan diri.

    "Jaebum hyung!..cepat kitaorang dah lambat ni"pekik Jung Kook kelam kabut menuju kearah rak kasut. 

So Mi dan Mimi pula sudah berpandangan sesama sendiri. Masing -masing hanya mampu menjongket bahu tanda tidak tahu. Pelik bebenor. Antiseptik pun takut ke.

 

 

Jung Kook mengerling sekilas kearah Somi yang duduk di tepi tingkap. Dia tingkap belah kanan dan gadis itu tingkap belah kiri maknanya ada ruang di tengah mereka. 

    "Jaebum oppa,harini saya balik lambat sikit,nanti saya call.."beritahu So Mi sambil meneliti jadual latihan bola Hyun Kyung pada telefonnya. 

Hanya anggukan faham yang dilakukan Jaebum. Dia kemudian mengerling kearah Jung Kook yang hanay diam di belakang. 

   "Tuan Jung Kook pula?balik pukul biasa?"soal Jaebum membuatkan Jung Kook terdiam. 

Dia menoleh kearah So Mi yang sedang sibuk bermain dengan telefon. "Saya pun balik lewat.."balas Jung Kook setelah seketika. 

So Mi memandang kearah Jung Kook . "Jadi,kita balik sainglah..nanti susah pulak oppa nak jemput kita sengsorang..nanti,kalau kau dah selesai urusan kita jumpa ya"cadang So Mi sambil tersenyum. 

Diam. Jung Kook bagai tidak terdaya untuk menjawab. Dia hanya bersetuju sahaja. Urusanlah sangat. Urusan aku adalah kaulah So Mi.

 

 

Pintu loker dikunci So Mi setelah mengambil semua keperluannya untuk pembelajaran nanti. Dia kembali ke kelasnya sebum bertembung dengan Tae Hyung yang kebetulan ingin ke lokernya.

Mereka berdua terus terhenti di tempat masing -masing. Mata mereka berdua bertembung untuk seketika sebelum mata So Mi terarah kearah hujung kiri dahi Tae Hyung yang tercalar lebar. Darah masih dapat dilihat mengalir pada luka tersebut.

Namun lelaki itu langsung tidak meletak sebarang plaster atau balutan padanya. "Itu luka kenapa ?"walaupun masih dingin dengan lelaki itu tetapi So Mi masih tidak sanggup membiarkan lelaki itu begitu. 

Entah kenapa dia masih ada rasa prihatin terhadap lelaki itu. Tae Hyung memegang dahinya sebelum mengerang sakit. Dia juga terkejut apabila memegang luka tersebut 

Ini pasti sebab pagi tadi,tidak sangka dia boleh tak perasan. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan luka,badannya sudah tidak boleh rasa sakit lagi. 

    "Tak ada apa pun..."balas Tae Hyung seraya berjalan melintasi So Mi dan terus ke lokernya. 

So Mi seperti tidak boleh bergerak daripada tempatnya. Dia masih tidak dapat melepaskan pandangan daripada lelaki itu

 Dia menarik nafas panjang seraya cuba bergerak dari situ namun akhirnya dia menghampiri lelaki itu. Tangan Tae Hyung ditariknya supaya mengikutinya. 

Tae Hyung yang tertarik hanya mengekor tanpa bantahan. Dia memandang  So Mi di hadapannya yang langsung tidak berkata  apa -apa.

Mereka berdua masuk kedalam bilik rawatan yang kosong tanpa jururawat bertugas. Barangkali belum sampai lagi jururawat yang bertugas. 

    "Duduk sini"arah So Mi kepada Tae Hyung. Menyuruh lelaki itu duduk diatas katil yang kosong.

Dengan segera,So Mi terus mendapatkan barang yang diperlunya dari almari ubat di hujung bilik. Kemudian dia kembali menghadap Tae Hyung yang duduk kaku diatas hujung katil.

So Mi meletakkan semua barang tadi ketepi. Luka Tae Hyung itu ditekap dahulu darahnya dengan kain basah. Antiseptik kemudian ditekap sedikit demi sedikit. 

Gunting dicapai lalu mengunting kain kasa mengikut keperluannya. Kain aksa itu ditampal kemas pada luka tersebut. Menutup keseluruhan luka tersebut sepenuhnya. 

Tae Hyung tidak mampu berkata apa -apa. Dia hanya membiar sahaja gadis itu merawatnya. 

    "Sakit"tutur Tae Hyung membuatkan So mI berhenti menampal pelekat pada kain kasa tersebut. 

    "Tahan sikit"

    "Bukan..."tangan So Mi yang sedang memegang dahinya dipegang Tae Hyung. 

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain untuk masa yang lama. 

    "Kau layan aku macam ni buatkan aku rasa makin sakit..."

 

 

Jimin dan Hoseok memandang pelik kearah Jung Kook. "Oi,apasal pipi kau tu?bergasak ke?"soal Jimin sebagai kawan yang prihatin. 

Tanpa menjawab soalan Jimin itu,Jung Kook terus duduk diatas kerusinya. Sengihan lebar bagai orang bodoh menyelinga di wajahnya. Dia berpaling memandang rakan -rakannya sebelum meletuskan tawa orang jahat yang sudah berjaya menawan dunia. 

Hoseok dan Jimin yang melihat pula sudah meremang seram. Baru sehari tidak hadir sudah jadi gila . Bahaya ni. 

Kepala Jung Kook dipukul Hoseok geram apabila lelaki itu tidak berhenti ketawa. Apa yang kelakar sangat pun tak tahulah. "Kau apahal ? Baru sehari tak datang dah parah macam ni.."tutur Hoseok hairan . 

    "  Ha ah,kau apahal..dahlah semalam serentak tak datang dengan So Mi,kau apahal tak datang semalam?. Perjumpaan keluarga?"soal Jimin . 

Jung Kook diam.  "Oh,sebab aku--"Jung Kook menoleh ke tempat So Mi sebelum menyedari gadis itu tiada di tempatnya. 

   "So Mi mana?"jawapannya terus terbantut. 

   "Oh,tadi aku nampak dia denhan Tae Hyung pergi bilik rawatan..alah,hal kapel ,biarlah.."ujar Hoseok selaku mata -mata di sekolahnya itu.

Walaupun matanya kecil tetapi dia tahu smua pergerakan orang tahu. Jung Kook memandang tempat kosong di sebelah Hoseok. "Aku pergi tandas kejap"tutur Jung Kook sebelum berlari keluar dari kelas. 

   "Oii,kelas nak mulalah!!"

 

 

Tangan So Mi dilepaskan Tae Hyung perlahan -lahan. Dia memandang gadis itu yang hanya membisukan diri.

   "Aku cuma na--"tidak sempat Tae hYung ingin menghabiskan ayatnya,dia tumbang kearah So Mi. 

    "Tae Hyung!"

 

 

Jung Kook tiba di hadapan bilik rawatan dengan nafas yang tercunggap-cungap. Tanpa menunggu lama,dia terus masuk kedalam bilik rawatan tersebut. 

Masuk sahaja kedalam,kakinya terhenti sebaik terlihat So Mi sedang menyelimutkan Tae Hyung yang terbaring diatas katil. Gadis itu menghela berat sebelum duduk di sisi lelaki itu 

Wajah Tae Hyung dipandang lama. Rambut lelaki itu yang menutup mata diselak ke belakang. So Mi membelai lembut wajah lelaki itu sebelum tangan lelaki itu dipegangnya erat. 

   "Maafkan aku. Aku dah jadi milik orang lain"tutur So Mi perlahan . 

Jung Kook yang mendengar segalanya dari balik langsir yang menutup terkedu seketika. Jantungnya bagai terhenti seketika. 

Pipinya dipegang sebelum mengukirkan senyuman . Milik orang lain adakah gadis itu maksudkannya. 

So Mi menyelak langsir untuk berlalu keluar namun terhenti sebaik bertembung dengan Jung Kook. "Jung Kook?"soalnya pelik. 

   "Ah,..ah, sakitnya"Jung Kook  terus berlakon sakit perut. Dia bercangkung diatas lantai sambil berterusan mengaduh sakit.

Tergamam So Mi melihat keadaan Jungkook itu. Dibawanya lelaki itu ke katil yang lag satu lalu dibaringkan diatasnya.

    "Tunggu sini kejap,aku pergi belikan makanan,mungkin perut kau kosong ni"ujar So Mi . 

Dia terus bergegas ke kafe bagi mendaatkan sedikit makanan bagi lelaki itu. Membiarkan Jung Kook dan Tae Hyung berduan dia dalam bilik

Sebaik So Mi keluar dari bilik,Tae Hyung terus membuka kelopak matanya. Dia menjeling kearah Jung Kook yang sedang bergolek -golek di atas katil sebelah.

Perlahan dia bangun dari baringnya lalu menghadap Jung Kook. " What a nice acting huh"Kegembiraan Jung Kook terus terbantut apabila mendengar suara Tae Hyung itu. 

Dia turut bangkit dari baringnya lalu menghadap lelaki itu. 

    "Apa kurangnya dengan kau huh?"

Tae Hyung tersenyum senget.  "Sekurang-kurangnya aku tak desperate untuk rampas cinta orang lain"tutur Tae Hyung mendalam membuatkan Jung Kook terdiam.

   "Hei,rampas?. Siapa yang buang cinta tu dulu dan sekarang aku cakap aku rampas...sedarlah sikit Kim Tae Hyung!"lenting Jung Kook sudah tidak tahan dengan sinisan lelaki itu. 

Tae Hyung memandang Jung Kook dengan pandangan dingin. "Perlu ke aku ulang banyak kali,aku tak pernah buang cinta So Mi..Dia adalah milik aku selamanya dan kau patut back off"

     "Dengar sini psycho...kau yang patut back off dulu.. Sebab So Mi tu ia--"

    "Isteri kau". 

 

 

=====END OF CHAP 23=====

JK DAH JADI GILA 😝

SOMI START TERIMA JK 😘

V DAH TAHU SEGALANYA 😱

  

 

  

 

 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'