CHAP 024

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

    "Dengar sini psycho...kau yang patut back off dulu.. Sebab So Mi tu ia--"

    "Isteri kau"sambung Tae Hyung selamba. 

Mulut Jung kOok terus terkatup rapat. Terkejut dengan kata -kata lelaki itu. Macam mana lelaki itu boleh tahu pula. 

Tae Hyung tersenyum sinis memandang Jung Kook yang tergamam . "What a pathetic husband..  Kau sendiri malu nak kenalkan So Mi sebagai isteri kau dan sekarang kau cakap So Mi adalah kau punya.. Nampak sangat kau langsung tak sukakan gadis itu sejak dulu kan?. Jadi kenapa kahwin dengan dia?. Biar aku beri kau jawapan,satu je sebabnya .. Sebab harta ..mudah kan"tutur Tae Hyung seperti dapat membaca segala yang berlaku pada kehidupan lelaki itu dalam sekelip mata sahaja.

Jung Kook terus bangun dan meluru kearah Tae Hyung. Tahap kesabarannya sudah mencapai maksimum . Kolar kemeja Tae Hyung direntapnya kasar. Penumbuknya sudah sedia dilepaskan. 

   "Kau!"

    "Tumbuklah tetapi kau tahu apa yang akan So Mi kata kalau kau buat semua ni?"Tae Hyung mengerling kearah cctv yang merakam segalanya.

Hendak tidak hendak,Jung Kook akhirnya melepaskan gengamannya. Dia mendengus kasar sebelum bergerak pergi .

   "Jangan ingat aku akan mengalah Jung Kook .."pesan Tae Hyung sebelum Jung Kook menghilang dari pandangannya.

 

 

So Mi kembali dalam keadaan tergesa -gesa ke bilik rawatan. Dia hanya sempat membeli sekotak susu coklat dan sebungkus roti vannilla.

Sekembalinya ke bilik rawatan,dia terkejut melihat Jung kOok yang sedang menunggu di luar bilik tersebut. 

   "Kenapa duduk kat sini,kau kan sakit. Mari masuk dalam "tutur So Mi jelas risau benar dengan keadaan suaminya itu. 

Baru sahaja dia ingin masuk kembali kedalam,Jung Kook segera menghalang. "Tempat lainlah,dalam sana aku tak selesa"tutur Jung Kook  dan tanpa sempat So Mi membalas apa -apa ,dia terus mengheret gadis itu ke tempat lain. 

 

Susu coklat itu dihirup Jung Kook laju. Dia tersenyum gembira apabila perutnya kini sudah terisi. Dia memandang So Mi yang sedang memandang kearah langit

Roti vanillanya yang masih tinggal separuh disuakan kearah So Mi. "Makanlah sikit" pelawa Jung Kook kepada gadis itu. So Mi hanya tersenyum menggeleng. 

   " Tak apa ,aku tak lapar pun"tolak So Mi . 

Jung Kook mencebik sedepa. Dia turut sama mendongak memandang ke langit sebelum terpegun dengan kecantikkan langit pagi itu.

Awan-awan yang putih gebu itu semuanya berarak perlahan dari tempat ke tempat.  "Cantik kan?"tanya So Mi . 

   "Uhm. Ni kalau ada karpet,sedap baring ni" luah Jung Kook tentang apa yang terlintas pada kotak fikirannya ketika itu.

Ala -ala macam berkelah di taman gitu. Memerhati perarakan awan sambil berbaring di padang rumput yang menghijau. 

So Mi memandang Jung Kook lama sebelum menepuk-nepuk pehanya. "Baring sini" ujar So Mi membuatkan Jung kOok tersembur semula sisa rotinya. 

Gadis itu tersenyum selamba sambil menepuk-nepuk peha. Tanpa sedar,wajah Jung Kook terus memerah tak tentu fasal. Belum baring,dia sudah mengelamun lebih. 

     "Kalau tak nak ta--"belum sempat So Mi ingin menukar gaya duduknya,Jung Kook terus mendaratkan kepalanya diatas peha gadis itu dengan wajah yang masih memerah. 

Wajah kemerahan Jung Kook itu dipandang So Mi pelik. Dahi lelaki itu dirasa dengan belakang telapak tangan namun langsung tidak dapat mengesan sebarang suhu yang panas. 

Jung Kook hanya membiarkan sahaja gadis itu melakukan sebegitu kepadanya. Dia lebih fokus memandang kearah wajah So Mi yang hanya beberapa sentimeter daripadanya.

Tanpa sedar,tangan Jung Kook terus menyentuh wajah So Mi membuatkan gadis itu tergamam. "Maaf sebab aku lambat sedar segalanya.."luah Jung Kook.

Segalanya sudah terlalu lambat. Jika dari dulu lagi dia sedar bahawa dia mencintai gadis itu,sudah pasti dia tidak akan perlu merana memikirkan perasaan gadis itu terhadap Tae Hyung. Jika sejak mula,dia sudah mula menerima gadis itu,pasti perasaan mereka berdua adalah sama. 

So Mi tidak akan terfikirkan Tae Hyung

    "Jung Ko--". 

   "Mulai hari ini,hanya pandang aku.Aku seorang"tutur Jung Kook bagai sedang membuat permintaan kepada gadis itu.

Keadaan terus memjadi sunyi sepi. So Mi tidak mampu memberikan lelaki itu jawapan. Dalam fikirannya ,dia tidak dapat janji sama ada dia tidak akan terus memiikirkan Tae Hyung. Matanya juga tidak pasti sama ada dia tidak akan terus memandang Tae Hyung.

Semuanya masih terlalu awal untuk dia berjanji sebegitu. So Mi menggigit bibir bawahnya lama. Melihatkan keadaan So Mi yang masih dalam dilema. Jung Kook akhirnya menghela berat.

Ini bukan suatu yang mudah. Dia patut tahu itu. Jung Kook bangun dari baringnya lalu duduk menghadap So Mi .

Wajah gadis itu yang sedang tertunduk didongakkan memandangnya. "Aku akan tunggu kau walau lama macam mana sekalipun"janji Jung Kook sambil tersenyum lembut. 

Dia menarik gadis itu perlahan ke dakapannya . Rambut panjang gadis itu dibelai lembut. 

Suatu hari nanti So Mi...

 

 

Balutan luka ditangan dibuka Tae Hyung. Selesai membukanya,dia mencapai ubat luka yang ada lalu denga satu tangan cuba menyapu pada tangannya. 

    "Biar aku tolong"celah satu suara membuatkan Tae Hyung terkejut lalu menumpahkan ubat luka tersebuy ke lantai.

So Mi pantas memgutip kembali ubat tersebut. Nasib tidak banyak yang tumpah. 

 

Tanpa banyak bunyi,So Mi terus meletakkan ubat tersebut pada coretan luka ditangan lelaki itu. Kemudian dia mengambil kain pembalut lalu membalut kembali luka tersebut.

Seusai itu,So Mi mengambil bungkusan makanan yang dibelinya tadi lalu menyerahkannya kepada Tae Hyung. Lelaki itu tidak menyambutnya sebaliknya hanya memandang So Mi dengan pandangan kosong. 

   "Makanlah,sekarang ni dah waktu rehat..Macam mana dengan luka kau? . Dah okay?"soal So Mi prihatin. 

Apabila Taehyung enggan menerima makanannya,So Mi sendiri yang membukakan bungkusan makanan tersebut. Chopstik dibuka dari bungkusannya lalu dipatahkan kepada dua bahagian.

   "Kau kena makan walaupun sedikit"ladu disepit lalu disuakan ke mulut Tae hYung. 

Lama Tae Hyung memandang gadis itu sebelum perlahan dia membuka mulutnya. Ladu berinti daging itu dikunyah Tae Hyung sehingga hancur sebelum lagi seketul ladu masuk kedalam mulutnya. 

Keadaan di dalam bilik rawatan sunyi sepi. So Mi berterusan menyuapkan makanan kepada lelaki itu tanpa sebarang kata. 

  "Rehatlah ..aku perlu masuk kelas"tutur So Mi seraya membuang bekas makanan kosong itu kedalam tong sampah. 

Tae Hyung pula masih membeku di tempatnya. Dia hanya memandang gadis itu dengan wajah tanpa reaksi. 

    "Aku dah pesan kat Hoseok tadi,balik nanti dia bawakan beg kau ke sini.."beritahu So Mi seraya menyusunbkembali ubat -ubat yang diguna kedalam raknya.

Tae Hyung bangun perlahan lalu menghampiri So Mi. Dengan diam,dia memeluk belakang gadis itu. Kepalanya diletakkan pada bahu gadis itu dan tangannya memelul erat badan gadis itu.

   "Jangan prihatin pada aku kalau kau benci aku.. Ianya terlalu menyakitkan"tutur Tae Hyung sebelum meleraikan pelukannya. 

​Dia kemudian kembali ke katilnya dan baring . Matanyabkemudian cuba dilelapkan. So Mi yang tergamam hanya mampu mendiamkan diri. 

Hatinya terasa pedih apabila mendengar kata -kata lelaki itu.

 

 

Mata So Mi memandang sekeliling padang bola yang kosong tanpa ahli -ahli bola sepak. Pelik. Kemana semua orang?. Rasanya dia tidak salah menilik jadual latihan .

   "Nuna!"sergah Hyun Kyung mengejutkan So Mi .

Hyun Kyung dan beberapa ahli bola sepak yang lain tersenyum memandang SoMi. "Kamu tak ada latihan ke?"soal So Mi hairan apabila melihat lelaki itu masih tidak menukar pakaian sukan .

   "Oh,sebenarnya hari ini latihan dibatalkan sebab coach ada urusan ..."celah Minsul menyampuk perbualan antara dua insan itu. Dia menunduk hormat kepada So Mi selaku junior.

Hyun Kyung menjeling kearah rakannya itu sebelum merangkul bahu So Mi dengan erat. "Memandangkan nuna dah kat sini. Apa kata join kami lepak "ajak Hyun Kyung ceria. So Mi terdiam seketika sebelum menggeleng laju. 

   "Tak apalah,kamu semua hang outlah...nuna ada kerja lain..jumpa nanti"tolak So Mi sebelum berlalu pergi. 

Meninggalkan Hyun Kyung mencebik sendirian sambil didengki rakannya yang lain. 

 

 

Jung Kook berhenti bermain bola keranjangnya apabila telefon  berdering kuat . Terus dijawab panggilan tersebuy apabila melihat nama So Mi tertera pada skrin telefonnya. 

   "Hello?"

   "Kau kat mana?urusan dah selesai ke?"

   "Oh,aku kat gelanggang bola keranjang,kau d--"

Tidak sempat Jung Kook menghabiskan ayatnya,panggilan sudah terlebih dahulu dimatikan oleh So Mi. Jung Kook mengerutkan dahinya pelik. 

Baru sahaja dia ingin menyambung bermain dengan bola keranjang,pintu tiba-tiba terbuka luas. Kelihatan So Mi sedang tercunggap -cunggap di muka pintu sambil tersenyum. 

   "Somi?"

 

 Mereka berdua duduk di tengah -tengah gelanggang yang kosong itu . So Mi memandang sekeliling gelanggang yang kosong tanpa sebarang manusia. 

   "Aku ingat kau berlatih dengan ahli lain"tutur So Mi seraya memandang kearah Jung Kook yang sedang melantunkan bola ke lantai. 

Lelaki itu hanya tersengih lebar. "Kau nak main dengan aku?"ajak Jung Kook membuatkan gadis itu pantas menolak. 

    "Eh,takpalah..aku tak pandai"tutur So Mi laju. Dia dengan sukan ,janganlah nak disamakan. 

Jung Kook tersenyum seraya bingkas bangun dari silanya . Tangannya menghulur kearah So Mi. Menyuruh gadis itu bangun walaupun enggan. 

Akhirnya mereka berdua kini berhadapan antara satu sama lain. Bersedia untuk acara 1 lawan 1 . "Ready..."

Bola dibaling ke udara dan belum sempat bola tersebut ingin jatuh ke lantai, Jung Kook terlebih dahulu meloncat mendapatkan kembali bola itu. So mI yanh ternyata lebih pendek hanya mampu mendengus geram. 

Mereka berdua mula berebut bola tersebut walaupun sebenarnya ia sudah melanggar peraturan permainan. So Mi menggigit bibir geram. 

Jung Kook sengaja ingin menguji kesabarannya. Dari tadi dia langsung tidak dapat memegang bola tersebut. Lelaki itu makin asyik menganjingnya dengan melantunkan bola itu dari tempat ke tempat.

Geram dengan aksi lelaki itu,So Mi akhirnya memijak kuat kaki kiri Jung Kook membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan lalu terjelepok jatuh keatas lantai. Bola tersebut terus terlepas daripada pegangannya maka dengan cepat,So Mi mendapatkan bola itu . 

    "Yah! Mana aci tu"marah Jung Kook. Tidak mahu mengalah. 

Dia dengan kaki yang terhincut mengejar So Mi yang sudah berlari dengan bola ke tiang gol. Belum sempat So Mi ingin menjaringkannya,Jung Kook terlebih dahulu mendokong gadis itu naik ke atas. 

So Mi terkedu dengan tindakan Jung Kook terus memandang terkejut kearah lelaki itu. Jung Kook tersenyum senget . "Tu,jaringkan.." ujar Jung Kook menunjuk kearah jaring yang kini sudah berada dekat dengan gadis itu. 

Tidak mahu terus berkeadaan kekok,So Mi terus memasukkan bola tersebut dengan mudah kedalam jaring di hadapannya. Sebaik memasukkannya,Jung kOok terus menurunkan gadis itu dengan berhati-hati kembali keatas lantai. 

Mereka berdua berpandangann untuk masa yang agak lama. Bola yang sudah kembali turun keatas lantai langsung tidak diendahkan. 

   "Kerja bagus"puji Jung Kook sambil tersenyum lebar. 

Hidung gadis itu dicuit manja seraya tersenyum lebar.

Jung Kook memandang kearah bola yang terbiar di tepi gelanggang. Mahu terus bermain ,dia segera mendapatkan kembali bola tersebut . Meninggalkan So Mi yang masih dalam keadaan terkedu.

    "Nak sambung main at--"

Kosong,So Mi sudah berlari keluar daripada gelanggang meninggalkan Jung Kook termanggu-manggu seorang diri. Jung Kook memandang beg sekolah gadis itu yang terbiar sepi bersama begnya.

Segaris senyuman lebar tercoret pada wajahnya. Dengan senang hati,dia membawakan beg gadis itu. Mencari pemiliknya yang sudah melarikan diri akibat malu melampau. 

 

 

Garfu besi mencucuk potongan stik tersebut sebelum dimasukkan kedalam mulut. Tae Hyunh makan dengan tenangnya seorang diri di sebuah restoran mewah sambil menikmati permandangan malam Bandar Seoul. Baru sahaja dia ingin memasukkan lagi makanan kedalam mulut,tetamu yang ditunggunya sudahpun melangkah tiba. 

Dia mendongak memandang gadis di hadapannya sebelum mengarahkan gadis itu duduk. Sana melabuhkan punggungnya dengan sopan diatas kerusi berhadapan dengan Tae Hyung. 

Rambutnya disisir rapi ke belakang ,menonjolkan lagi wajahnya yang cantik itu. Dia tersenyum memandang Tae Hyung .

  "It's weird..Why you call me so suddenly .."soal Sana teringat kembali akan panggilan Tae Hyung buat kali pertama kepadanya. 

Tae hyung meneguk perlahan minumannya sebelum memandang gadis du hadapannya dengan pandangan dingin. Sekeping gambar dikeluarkan daripada kocek baju kemejanya lalu diletakkan diatas meja.

    "Tak perlu pura -pura sebagai puteri lagilah . Kau bukan anak kandung keluarga Lee tapi hanya budak kampung yang tidak sedar diri"tutur Tae Hyung lancang. 

Keadaan bertukar tegang serta merta. Sa Na yang terkedu dengan kebenaran yang sudah terbongkar menarik nafas panjang. Betul tu,tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi. Lelaki itu sudah tahu. 

    "Betul tu,aku bukan anak Mama dan Papa . Mama dan Papa ambil aku sebagai anak angkat me--"

    "Anak angkat? . Kau berlakonke?. Kau ingat aku tak tahu, mereka bukan ambil kau sebagai anak angkat tetapi jumpai anak mereka sendiri"potong Tae Hyung dengan ayatnya yang berputar belit. 

Dia menongkat dagu memandang Sa Na yang kelihatan cuak dengan kenyataan yang diberikannya. Jadi ,betullah tekaannya selama ini. 

     "Lee Sa Na sudah mati ..dan di hadapan aku adalah Yoon Sa Na . Kelakar kan?. Wajah sama malah nama juga sama..."

Ketawa Tae Hyung memenuhi ruang restoran yang lenggang itu memandangkan malam itu sudah ditempah hanya untuk mereka berdua. Sa Na mengigit bibirnya. Dia menghentakkan tangannya diatas meja membuatkan ketawa lelaki itu terhenti .

   "Terus terang jelah..apa yang kau nak?"tegas Sa Na. 

Dia faham dengan apa yang dimaksudkan lelaku itu. Menyelongkar kesemuanya rahsianya bukanlah sesuatu yang lelaki bernama Tae Hyung ini akan lakukan kecuali terdapatnya kebaikan untuk diri sendiri. 

Tae Hyung terus bertukar riak. Dia menjeling kearah gambar yang terlantar diatas meja.        

    " Sunny  Orphanage House ...kau dan Jung Kook dari sana bukan?"

 

===== END OF CHAP 024=====

 

Baiklah ,saya akan cuba completekan cerita ini secepat mungkin.. ​

Dan bagi peminat Tae Hyung,maaf sebab buat dia nampak macam Psycho tahap ke4 ..parah dah tu..

Tae Hyung ,ada banyak masa silam sebenarnya tapi author tak tahu nak revealkan bila..Jungkook pun..cara macam mana dia boleh terima nak jadi suami tangkap muat Somi.. 

Author akan muatkan satu persatu dalam chap.. ^^

 

 

 

 

 

 

 

 

    

 

 

 

 

 

 

    

     

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'