CHAP 033

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

So Mi dan Tae Hyung bergegas ke balai polis setelah mendapat panggilan daripada pihak polis. Mereka berdua masuk dalam bilik untuk mendengar pengakuan suspek. 

Seorang detektif perempuan bernama Irene yang mengendalikan kes ini berjabat tangan dengan mereka berdua sebaik berjumpa. "Kami dahu jumpa suspek langgar lari kes Sa Na. Suspek dipercayai menyembunyikan diri di sebuah perkampungan nelayan.."

Wajah So mI terus bertukar ceria. Dia mengucap terima kasih kepada detektif itu berkali -kali .

   "Tapi,suspek bukan tak sengaja melanggar..dia diupah" So Mi terhenti. 

   "Diupah..tetapi siapa?"

Irene tidak menjawab sebaliknya dia mengeluarkan lakaran posters daripada koceknya lalu diberikan kepada So Mi. 

   "Suspek menggambarkan wajahnya seperti ini.."

 

 

Pintu bilik Baek Hyun dirempuh masuk oleh pihak polis. Penghuninya yang sedang membaca buku terus digari tanpa sebarang amaran. 

Terkedu Baek Hyun apabila polis tiba -tiba masuk kedalam biliknya. Irene menghampiri Baek Hyun lalu menunjukkan kad polisnya. "Byun Baek Hyun ,anda di tangkap atas kesalahan membunuh...bawa dia ke balai"

Tidak sempat Baek hYun ingin memberi penjelasan,dia terus diheret polis yang menggarinya. Keluar sahaja daripada bilik,dia terus bertembung dengan Tae Hyung dan So Mi. 

Majikannya itu hanya memandangnya dengan wajah kosong. Langsung tidak membantunya . Tae Hyung sekadar memasang wajah kosong. 

So Mi memandang simpati kearah Baek Hyun,entah kenapa hatinya kuat mengatakan lelaki itu tidak bersalah. Walaupun dia hanya sempat berjumpa lelaki itu sekali sebelum ini tetapi dia pasti lelaki itu bukanlah seperti yang dituduh. 

   "Semuanya sudah selesai.."bisik Tae Hyung

 

 

Kopi pekat dihirup Puan Han perlahan. Dia memandang So MI yang berjalan kearahnya. Anaknya itu disuruh duduk di sisinya. 

  "Macam mana hari kamu?"soalnya curiga. 

So Mi diam seketika sebelum mengangguk perlahan. "Okay..tak ada terlalu ,tak ada yang terlalu buruk..semuanya biasa..Kenapa?".

Puan Han tersenyum lembut sebelum memegang wajah anaknya itu. Rambut anaknya disisir sehelai demi sehelai . 

   "Kamu dah yakin dengan keputusan kamu ini?.. Bertunang dengan bekas kekasih kamu?"soal Puan Han dengan risau.

Dia sememangnya tidak setuju dengan keputusan anaknya untuk bersama dengan lelaki yang sudah melukakan hati anaknya itu. Dia lebih suka kalau anaknya bersama dengan Jung Kook. 

So Mi menghela lemah. Dia memegang tangannya ibunya yang masih melekat pada wajahnya. 

   "Mama.. Jangan risau,saya tahu apa yang terbaik bagi saya. Kesimpulannya,semua orang dapat hidup bahagia termasuk dia.."

Puan Han mengangguk kecil. Akhirnya bersetuju dengan keputusan anaknya. Dia mengambil beberapa helai kertas sebelum diserahkan kepada anaknya. 

  "Ini borang penceraian seperti yang kamu minta..Mama dah dapatkan kamu peguam begitu juga jUng Kook.. Selamat malam. "

Kertas tersebut dipandang So mI lama .

 

 

Mulut dikemam rapat untuk masa yang agak lama. Kaki So Mi tidak berganjak sejak dia keluar daripada kereta. Dia memandang bangunan yang menempatkan rumah Jung Kook itu. 

Hatinya masih teragak -agak untuk masuk kedalam. Di dalam beg galasnya,terdapat borang penceraian untuk mereka berdua. So Mi menarik nafas panjang untuk kesekian kali. 

Namun baru sahaja kakinya ingin melangkah setapak,Jung Kook tiba -tiba memanggil daripada jauh. Lelaki itu mengayuh basikal kearah So Mi sebelum menghentikannya tepat di hadapan gadis itu. 

   "Cari kasut ke?"soalnya memulakan perbualan. 

So Mi terdiam malu. Jung Kook tersenyum lucu. Dia memandang isterinya itu daripada atas ke bawah. Perfect!  . Gadis itu memakai pakaian yang sungguh sesuai untuk aktiviti petang.

   "Maaflah ,aku dah jual.."sambungnya membuatkan So Mi terkedu. 

   "Eh?..Apa?"soal So Mi tidak percaya. 

Senang sungguh jawab. Tahukah betapa mahalnya kasut berjenama itu. Edisi terhad tahu!.

   "Mari,kita dapatkannya semula"ajak Jung Kook apabila melihat wajah cuak gadis itu 

Tempat duduk belakang basikalnya ditepuk-tepuk. Mempelawa gadis itu duduk di belakangnya. 

So Mi terkedu. Dia memandang Jung Kook yang nampak serius. Dia terundur kebelakang. "Tak..takpe..  Kau tak perlu dapatkannya kembali..Aku dah tak naknya"nafi So mI yang sebenarnya tidak selesa ingin membonceng di belakang lelaki itu.

Tangan So Mi pantas ditarik Jung Kook sehingga gadis itu akhirnya terduduk diatas tempat duduk di belakang itu. "Jaga-jaga..Mula!!"

Tanpa persetujuan rasmi So Mi,Jung Kook terus memecut basikalnya laju membuatkan isterinya itu terpaksa memeluknya dengan erat. "Yah!!perlahanlah!!"marah So Mi sambil memukul-mukul belakang badan lelaki itu .

Kayuhan diperlahankan sebaik tiba di kawasan rekreasi tempat pertemuan So Mi dan Taehyung di hadapan tasik hari itu. So Mi tersenyum apabila mereka melalui sepanjang laluan yang ditanam dengan pokok -pokok yang hijau segar. 

Sungguh menyamankan. Udara disedut dan dilepaskan. So Mi terus lupa akan tujuan sebenarnya. Dia memandang Jung kOok yang sedang fokus mengayuh basikal. Tangannya yang sudah sedia melingkar pinggang lelaki itu dieratkan lagi. 

Jung Kook yang merasa lingkaran erat pada pinggangnya tersenyum lebar. Dia mengerling ke belakang sekilas sebelum meneruskan kayuhannya. Membawa isterinya itu menikmati keindahan di waktu petang. 

   "Suka?"soal Jung Kook kepada So Mi di belakangnya. 

   "Tak..aku tak suka"nafi So Mi. 

   "Suka tak?"

   "Tak. Tak langsung"

   "Kau suka tak?"

So Mi diam. Dia memandang Jung Kook yang asyik mengulang soalan sama. Macam tahu sahaja dia sedang menipu. 

   "Yelah!.  Suka"balas So Mi akhirnya membuatkan Jung Kook meletuskan tawanya.

   "Aku dah tahu. Kau memang tak boleh tipu aku..Aku ada banyak daya tarikan"bangga Jung Kook membuatkan So Mi tersenyum sinis.

Badan lelaki itu dipukul kuat oleh So Mi. "Daya tarikan apa?. Dah kurus keding,bawak pun lembap macan siput"sindir So mI sedangkan dia yang terpekik terlolong meminta lelaki itu memperlahankan kayuhan. 

Jung Kook tersenyum lucu dengan kata sindiran gadis itu. Dia menghentikan kayuhannya apabila tiba di tempat kesukaannya. "Turunlah.."ujarnya membuatkan So Mi tersentak.

   "Sini...eihh,kau merajukke.. Sensitifnya"tutur So Mi masih enggan turun .

   "Aku tak sensitif.Itu.."mulut Jung Kook memuncung kearah taman bunga yang agak kecil tidak jauh daripada tempat mereka.

So Mi memandang kawasan yang nampak cantik dengan warna -warna bunga yang pelbagai .

 

   "Uwah..cantiknya!!!"So Mi berlari keanak-anakan kearah taman bunga yang tak seberapa besar itu. 

Dia duduk mencangkung sambil memandang bunga-bunga yang tumbuh mekar di hadapannya. Ada pelbagai corak dan warna . Baunya juga harum semerbak bak bau minyak wangi semula jadi. 

Jung Kook turut mengcangkung di sisi gadis itu. "Kau boleh namakan bunga-bunga ni?"soalnya membuatkan So Mi pantas menggeleng laju.

Siapa yang boleh,penjual bunga bolehlah. 

   "Mawar,Ros,Lily...."Jung kOok berterusan menyenaraikan semua jenis bunga yang terdapat di situ. 

Tidak dapat berkata apa ,So Mi hanya mendengar dengan rasa kagum. Lelaki itu siap memberikan maklumat penuh tentang setiap bunga tersebut. Dasyat. Mat bunga! .

    "Wahh.. Daebakk!.. Master bunga-nim,sila beri tunjuk ajar"gurau So mi sambil mengangkat tanda hormat kepada lelaki itu. 

Jung Kook hanya tersenyum bangga dengan hidungnya yang kempas kempis. Dia bangun lalu meninggalkan So mI yang masih seronok berbual dengan bunga seorang diri. 

Splusshhshshshs

Semburan air terkena tepat pada So Mi membuatkan gadis itu menjerit terkejut kerana suhu yang menerjah ke badannya. Terus meloncat dia daripada cangkungnya. 

So Mi memandang kearah punca semburan air tersebut sebelum berhentu kearah Jung Kook yang sedang memegang pili air sambil berterusan menghalakan pancuran kearahnya. 

   "Yah!. Jeon Jung Kook!!"marah So Mi seraya cuba mendekati lelaki itu namun dengan pantas Jung Kook menguatkan semburan pancuran itu membuatkan gadis itu tidak dapat menghampirinya.

    "Busuk!!Busuk!! ..aku cuba selamatkan bunga tu daripada bau busuk!!"jerit Jung Kook seraya berlari daripada terus dikejar So Mi yang sedang mengamuk. 

   "Busuk?. Kau cakap aku busuk!  Yah!kau ke sini!!"

   "Tidak! Raksasa!!" Jung Kook berterusan memancut air tersebut kearah So mI yang sudah basah lencun akibat semburannya. 

Dia berlari keliling taman bunga itu. Tidak mahu ditangkap oleh So Mi yang sudah berasap itu. 

   "Uwahh!! Hujan,hyung,kami nak main juga"celah sekumpulan kanak -kanak tiba-tiba menghentikan misi kejar mengejar mereka. 

Jung Kook tersenyum memandang budak -budak kecil di hadapannya sebelum mengangguk kecil. "Baiklah! Hujan dah turun!!"

Pancuran air dialihkan kearah budak -budak tadi. Jung Kook dengan gembiranya melayan budak -budak tersebut seperti abang yang baik. 

So Mi hanya berdiri tercegat memerhatikan segalanya. Dia tersenyum memandang JungKook yang sedang seronok melayan budak-budak. 

   "HaaaChuuu"

 

So Mi keluar daripada tandas setelah menukar pakaiannya dengan pakaian kering yang dibelinya daripada rumah sauna berdekatan. Jadi sekarang,dia berpakaian pakaian sauna perempuan yang serba pink itu. Bagus. 

Jung Kook menahan tawanya melihat So Mi yang berpakaian pakaian sauna itu. Pelik tetapi benar. So Mi menjegilkan matanya kearah lelaki itu apabila lelaki itu kelihatan seperti sedang menahan tawa. 

 Kasut basah yang tersarung pada kaki gadis itu dipandang Jung Kook sebelum dia mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya. Kasut milik So Mi dikeluarkan lalu dilontar kearah isterinya itu. 

   "Pakailah. Karang kecut kaki kau. "Ujar Jung Kook selamba sebelum berjalan semula kearah basikalnya yang disandar pada sebatang pokok. 

So Mi memandang kasutnya itu sebelum tersenyum senget. Pantas dia menukar kasutnya itu sebelum berlari mendapatkan Jung Kook yang sudah bersedia untuk mengayuh kembali

Senja sudah ingin menjelmakan diri,Jung Kook dan So Mi berjalan seiringan sepanjang laluan bersebelahn tasik itu. Mereka berbual kosong seperti tiada apa yang teruk telah berlaku pada hubungan mereka. 

So Mi tertawa kecil mendengar lawak bodoh yang dikatakan oleh lelaki itu. Sepanjang masa dia asyik ketawa mendengar segala lawak yang diceritakan oleh lelaki itu.

Tangan So Mi menyeluk kedalam beg galasnya untuk mengeluarkan telefon pintarnya namun benda yang lain yang dicapainya. Borang penceraian tersebut menghentikan terus senyumannya. 

Dia terdiam seketika sebelum menyembunyikan kembali borang tersebut kedalam beg. Jung Kook di sebelah dikerling sekilas. Bibirnya dikemam .

   "Macam mana hidup kau sekarang ni?"Soal So Mi bertukar kepada topik yang serius. 

Keadaan bertukar sunyi seketika sebelum Jung Kook terbatuk kecil. Matanya meliar memandang sekeliling bagai mencari peluang untuk melarikan diri.

   " Urk,jom makan Tteobokki..aku dengar sana sangat sedap"ajak Jung Kook jelas sekali tidak selesa dengan pertanyaan gadis itu tadi. 

Dia dengan pantas ingin berjalan pergi namun dihalang So Mi. Gadis itu memegang erat lengannya . 

   "Jawablah.. Sukar ke?"

Jung Kook diam membeku. Dia memandang tepat kearah isterinya itu sebelum tersenyum tawar. "Kehidupan di bandar memanglah sukar. Itu lumrah hidup. Jangan risaulah,aku seorang yang hebat..Aku boleh hadapinya."balas Jung Kook cuba menyembunyikan rasa sebenar yang dialaminya. 

Hidupnya yang selesa selama berada di bawah jagaan Puan Han berubah serta merta. Dia terpaksa menyara kehidupannya dengan gaji yang cukup untuknya sahaja. Dimarahi,ditengking dan dimaki sudah sebati dengannya. 

   "Jadi,kenapa kau tak balik ke kampung. Di sana,kehidupan kau akan jadi lebih baik.."tutur So Mi .

   "Sebab aku tak nak..aku nak kekal sini"

   "Kekal sini?. Kau gila,sini bukan tempat kau.. Di sana,tempat di mana keluarga kau berada..bukan sini! . Susah sa--"

    "Cukup!"Tengking Jung Kook membuatkan So Mi terkedu.

   ".. Keluarga aku di sini.. Ya,aku memang keluarga di sana tapi keluarga sebenar aku disini.. Kau adalah keluarga aku .. Keluarga sebenar aku. Sebab itulah aku tak akan pergi .."

Kata -kata Jung Kook membuatkan So Mi mula bergelinangan air mata. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain seperti sedang berkongsi perasaan yang sama. 

Butir jernih yang mulai jatuh pantas dikesat So Mi . Dia tersenyum pahit. "Tapi Sa --"

   "Aku tak cintai Sa Na..."

Mata So Mi membesar memandang Jung Kook di hadapannya. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi  . 

Tangan So Mi dipegang erat oleh Jung Kook seperti merayu kepada gadis itu agar mempercayainya walaupun sedikit. "Mari betulkan segalanya.."

Air mata So Mi terus jatuh dengan lebih laju. Hatinya terus menjadi lemah. Entah kenapa dia rasa bahawa kata-kata lelaki itu adalah benar. 

Jung Kook tersenyum ,dengan lembut dia mengelap air mata gadis itu menggunakan ibu jarinya. Ingin menenangkan gadis itu dia dengan perlahan mendakap tubuh isterinya itu sambil mengusap -ngusap belakang rambut gadis itu . 

  "Menangislah.. Aku ada kat sini"pujuk Jung Kook membuatkan So Mi yang sudah berada di dalam dakapan hangatnya makin kuat menangis.

So Mi menangis sehabisnya sambil tangannya menggigil membalas pelukam lelaki itu. Tangannya memeluk erat pinggan Jung Kook sambil wajahnya disandarkan pada dada tegap lelaki itu. 

Air matanya terus membasahi baju lelaki itu. Jung Kook tersenyum . "So Mi-yah..jom makan tteobokki"soalnya membuatkan gadis itu tertawa kecil dalam tangisan. 

 

   "Tahanan 043,anda ada pelawat"beritahu penjaga penjara dengan tegas sebelum membuka kunci penjara .

Baek Hyun digari dengan kasar sebelum dibawa kearah bilik pelawat. Baek Hyun melangkah masuk dengan penuh tanda tanya. 

Dia tersentak apabila melihat Tae Hyung sedang menunggunya di bahagian sebelah. Mereka berdua dipisahkan diantara cermin . Telefon berdering menandakam Tae Hyung ingim bercakap.dengannya. 

   "Macam mana?Hidup di penjara?"soal Tae Hyung dengan selamba. 

Baekhyun mengetap kuat giginya. "Bebaskan aku"arahnya tegas membuatkan Tae Hyung hanya ketawa besar. 

   "Hyung-nim,mana boleh.. Aku tak boleh pesalah yang baru bunuh seorang gadis.Macam mana kalau kau bunuh aku pula"balas Tae Hyung menganggap seperti Baek Hyunlah dalang kepada kes tersebut dan dia langsung tidak terlibat. 

   "Yah Kim Tae Hyung!. Kau memang dah gila..Lambat laun,perkara sebenar akan terbongkar juga. Sana akan bangun dan bongkar segalanya. Kau akan mati dengan aku"

Tae Hyung diam sebelum tersenyum sinis. 

  "Omo-yah,ottoke?. Patutke aku serah diri atau.."senyuman jahat mekar pada wajahnya. 

    "Tamatkan sahaja nyawa Sa Na..hahaha,aku suka yang kedua. Ah~aku memang pandai.."Tae Hyung tiba -tiba ketawa sendirian bagai sedang meraikan kemenangannya yang masih tidak pasti.

    "Yah Tae Hyung!"

   "Anda hanya tinggal seminit"celah pegawai penjara tiba-tiba. 

Tae Hyung tersenyum . "Jangan risau,aku akan sara keluarga kau kat kampung jadi jagalah diri di penjara..babai".panggilan terus dihentikan dan Tae Hyun berjalam keluar. 

Baek Hyun memegang dadanya yang terasa seperti dicucuk -cucuk. "Kau tak akan berjaya"

 

 

 

    "Ahjumma,satu pinggan tteobokki lagi"pesan Jung Kook kepada penjualnya. 

Dia memandang So Mi yang sedang makan dengan selera. Gadis itu langsung tidak berhenti sejak makanan sampai tadi. Sekarang sudah masuk pinggan keempat gadis itu. Dasyat. 

   "Aigoo,tengoklah gadis ni makan..gelojoh "sindir Jung Kook sambil menggeleng lemah. 

So Mi terus menghentikan suapannya. Dia memandang tidak puas hati kearah suaminya itu. Dengan mulut yang penuh,dia mengutarakan ketidakpuasan hatinya. 

  "Apa?. Gelojoh?. Yah!kau yang buat aku lapar sangat.. Aku penat tahu?"bentaknya geram. 

Pipi So Mi kembung akibat terlalu banyak makanan yang disumbat ke dalam mulutnya. Membuatkan dia nampak seperti tupai. Jung Kook tertawa melihat kecomelan isterinya itu. 

Dengan selamba,dia mengelap mulut gadis itu dengan lengan bajunya membuatkan So mI membutangkan matanya. "Yah,kotorlah.."marah So Mu serba salah. 

Jung kOok memandang hujung lengan bajunya yang sudah agak kotor . "Tak apalah..ia bekas kau bukan sesiapa..Aku punya isteri."balas Jung Kook sebelum menyambung suapannya.

   "So Mi,nak tahu tak..setiap pelanggan yang datang ke kedai tteobokki pada waktu malam sambil minum ada kisah menyedihkan." beritahu Jung Kook separuh berbisik. 

Seperti dia sedang bercerita sesuatu yang dilarang kepada gadis itu. So Mi terdiam ,dia memandang kearah pelanggang yang lain. Biasa sahaja,tiada pula yang nangis ,meraung bagai. 

   "Kisah sedih?mereka nampak biasa jer. "Balas So Mi dengan naifnya. 

Jung Kook menghentak mejanya , "memanglah! . pabo,mereka tak akan tunjukkannya..mari aku cerita satu persatu..Itu,ahjussi-ahjussi yang duduk kat situ"tunjuk Jung Kook. 

Sekumpulan lelaki separuh umur sedang duduk minum soju sambil berbual benda yang merepek-repek,tetapi di kalangan mereka ada juga seorang lelaki yang agak muda . So Mi memandang pelik. 

Dia langsung tidak faham.

   "Ahjussi -ahjussi tu kerja di sebuah syarikat.. Pekerja pejabat..Nampak satu -satunya lelaki muda kat situ.Dia dipaksa sertai. Mengikut pemerhatian,dia baru bekerja.."cerita Jung Kook bersungguh-sungguh.

   "Jadi?"

  "Jadi ahjussi-ahjussi sjahat tu buli lelaki baru tu..bayarkan segalanya..minuman mereka,makanan mereka.segalanya.."

   "Macam mana kau tahu dia baru bekerja ,macam mana kalau dia sama jer tahap sahaja dengan semua ahjussi tu"

Kepala So Mi diluku Jung kOok akibat terlalu geram. "Yah!dah jelas lah,lelaki muda itu terlalu kemas walaupun dah habis kerja,tengok,kad id kerja dia masih tergantung pada leher. Lagi satu,cara dia duduk sangat sangat sangat kekok.."

So Mi terdiam. Ada logik juga cerita lelaki itu. Dia kemudia terpandang kearah sepasang kekasih yang duduk hanya selang dua meja daripada mereka. 

 

 

   "Macam mana dengan mereka.."soal So Mi ingin tahu .

   "Mereka kawan baik"balas Jung Kook tanpa perlu melihat .

   "Kawan baik,tapi mereka nampak macam couple"

   "Taklah..lelaki tu ada kekasih tetapi perempian tu tak ..mereka kawan baik sejak kecil .."

  "Macam mana kau tahu?"

   "Tengok sahajalah gaya lelaki itu,dia sibuk telefon pintar dia..mesti chit chat ngan awek dia tapi perempuan tu sibuk bercerita. Lagipun lelaki tak akan bawak perempuan yang dia suka di tempat sedih sebegini"tutur Jung Kook dengan pasti. 

So Mi memandang Jung Kook . "Jadi macam mana dengan kau?. Kau bawak aku di sini"

Jung Kook terdiam. Dia menelan air liurnya dalam. "Eih,kita kes lain.."tuturnya gugup. So Mi mengigit bibirnya tidak puas hati. 

Tteobokki dicucuknya ganas dengan garfu sebelum disuakan kedalam mulut.  

   "Yeah,yeah lain sangat"

Jung Kook hanya mampu tersenyum kekok .

 

   "Dah telefon Jaebum hyung?.."soal Jung Kook sejurus mereka keluar daripada warung tersebut.

Dia memandang kearah So Mi yang sedang sibuk mengelap kekotoran pada mulut. So Mi diam. Dia mengerling kearah Jung Kook sekilas sebelum pantas mengeluarkan telefon pintarnya.

Nombor Jaebum yang baru ingin ditekan terhenti. So Mi menyimpa semula telefon pintarnya. Dia memandang kearah Jung Kook yang sedang menyepak-nyepak batu kecil pada jalan raya. 

   "Sudah?"soal Jung Kook apabila gadis itu memandangnya. 

So Mi mengemam bibirnya lama . "Boleh tak aku stay rumah kau malam ni"tutur So Mi gugup. 

Tersedak Jung Kook mendengar permintaan isterinya itu. Dia memandang So Mi dengan mata yang membulat besar. Terkebil-kebil matanya buat seketika. 

   "Apa?..st..stay..ru..rumah aku?"tergagap-gagap Jung kOok menyoal semula gadis itu. 

   "Ah,kalau tak boleh ..tak apa.."dengan kelam kabut So Mi mendail semula nombor Jae Bum.

Apabila talian sudah dapat dihubungkan ,Jung Kook pantas menghentikannya. Dia memegang telefon gadis itu. 

    "Dah tentulah boleh..tapi,rumah aku kecil takut kau tak selesa.."tutur Jung Kook segan dengan luas rumahnya yang tak berapa nak besar itu. 

So Mi memandang Jung Kook yang sudah tertunduk memandang ke bawah. "Jom!"ajak So Mi dengan riang. 

Dia memeluk lengan Jung Kook dengan erat . Sudah bersedia untuk bermalam di rumah suaminya itu. Jung Kook yang terkedu seketuka hanya tersenyum . 

Mereka berdua berjalan terus kearah rumah Jung Kook yang agak jauh juga daripada tempat mereka sekarang.

 

 

Tae Hyung memandang gambar -gambar yang dihantar kepadanya pada skrin telefon. Dia mrngigit geram bibirnya sebelum membaling telefon pintarnya itu keatas lantai. 

Botol ubatnya dicapai lalu dengan segera dia menelan beberapa biji pil tersebut . Melebihi dos yabg sepatutnya diambil. 

Kemudian,dia terus menjerit kuat sebelum menyerakan  semua barang yang disentuhnya. 

Habis semua barang yang dicapainya dicampak ke lantai. Dia menggigil sendirian sebelum berlari bersembunyi di bawah meja belajarnya. 

Kukunya digigit -gigit sehingga ternampak daging sendiri. Air matanya mengalir laju tetapi mulutnya langsung tidak mengeluarkan bunyi. 

Dia duduk memeluk lututnya .

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'