CHAP 032

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Masuk kehari ini sudah seminggu berlalu sejak Jung Kook pergi. So Mi memandang pakaian seragam sekolah milik bakal bekas suaminya itu . Dia kemudiannya mengambil pakaian tersebut sebelum disumbat masuk kedalam sebuah kotak kosong. 

Buku-buku serta segala peralatan persekolahan lelaki itu turut disimpan bersama di dalam kotak tersebut. Pita pelekat kemudian dilekatkan bagi menutup kotak tersebut. 

Dia menarik nafas panjang sebelum menyimpan kotak tersebut di bawah katilnya. Seusai itu,dia kembali menyambung menyiapkan dirinya untuk ke sekolah. 

Wajahnya yang kelihatan tidak bermaya itu cuba dibuang namun fikirannya tetap melayang teringat akan Jung kOok yang mungkin sudah gembira di tempat asalnya. Kepalanya menggeleng laju lalu terus mencapai beg sekolahnya.

Hampir sahaja dia tertinggal akan telefonnya ,gajet itu berdering kuat. Pantas dia mencapainya dan menjawab panggilan tersebut.

   "Sa Na?"

 

 

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam tetapi Sa Na masih tidak memunculkan diri . So Mi memandang kesekeliling kafe yang mula disesaki oleh pelanggan yang kebanyakkannya pasangan kekasi.

Telefon pintar ditilik untuk kesekian kali bagi memastikan dia tidak ada terlepas apa -apa panggilan atau mesej. Sudah 30 minit dia menunggu ,minumannya juga sudah kering. 

So Mi akhirnya putus asa,dia bangun dan berjalan keluar daripada kafe. Kakinya berjalan menuju kearah keretanya di mana Jaebum sedang menunggu di dalam dengan sabar. 

Tangannya yang ingin membuka pintu kereta terhenti apabila telinganya terasa seperti ada orang yang memanggilnya. Apabila memastikan yang dia hanya berhalusinasi,dia membuka semula pintu keretanya sebelum bunyi pelanggaran kuat dan suara orang menjerit menghentikan tindakannya. 

So Mi terus berpaling kearah jalan sebelum matanya membulat besar. Sebuah kereta bewarna hitam memecut laju meninggalkan jalan raya setelah melanggar seseorang. 

Curiga dengan siapakah yang dilanggar itu,So Mi diikuti Jaebum terus berlari kearah tempat kejadian yang mula dikerumuni oleh pejalan yang lain. Dia menyelit masuk dicelah orang ramai sebelum akhirnya berdiri betul-betul di hadapan mangsa tadi.

Seorang gadis terbaring lemah diatas jalan sambil darah mengalir keluar daripada tempurung kepalanya. Dia dibasahi oleh darahnya sendiri. 

So Mi terkedu . Tidak perlu dipastikan lagi,dia kenal gadis itu. "Sa Na!!!"

Tanpa teragak -agak,dia terus berlari mendapatkan gadis itu. "Panggil ambulans!! Tolong sesiapa!!"jeritnya kearag orang sekeliling sambil tangannya menutup luka besar pada belakang kepala gadis itu. Cuba untuk menghentikan pendarahan .

   "Sa Na !!bertahanlah. Sekejap sahaja..."

Sa Na yang masih sedar memandang kelam kearah So Mi dihadpanny . Mulutnya menggigil -gigil ingin menyampaikan sesuatu. 

   "Ta.. "Tidak sempat untuk menyebut nama itu,dia pengsan di riba So Mi.

 

 

Sekeping gambar yang memaparkan seorang gadis cantik berpakaian gaun hijau dirampas Dae Hyun daripada tangan Tae Hyung. "Uwahh..cantiknya ! Siapa ini?"soal Daehyun setelah melihat wajah pada gambar tersebut. 

   "Beri balik!!. Dia bukan sesiapa!"marah Tae Hyung sambil cuba merampas semula gambar tersebut. 

Dae Hyun berlari keluar daripada bilik adiknya itu membuatkan Tae Hyung mengejarnya. "Janganlah malu.. Mama dan Papa perlu tahu ini!!"ujar Daehyun sambil berlari menuju kearah anak tangga.

   "Tak !, Jangan!!"halang Tae Hyung seraya cuba mendapatkan abangnya itu. 

Gambar tersebut dikibar-kibar Dae Hyun dengan sengaja sambil dia berjalan mengundur. "Tangkaplah kalau dapat!!"cabar Dae Hyun sambil menjelirkan lidahnya .

Namun baru sahaja Tae Hyung ingin memberinya amaran,kakinya tersilap langkah dan terus tergelincir jatuh bergolek dari tangga. Kepalanya tepat terkena bucu tangga membuatkan darah terpancut keluar dengan banyak. 

Tae Hyung terkedu . Dia memandang Dae Hyung yang sudah terbaring diatas lantai. "Omo!! DAE HYUN!!"Puan dan Tuan Kim yang kebetulan baru pulang daripada tempat kerja pantas berlari mendapatkan anak kesayangan mereka. 

 Tuan dan Puan Kim kemudian beralih kearah Tae Hyung yang berdiri kaku di tingkat dua. 

    "Tak!!!!" Mata Tae Hyung terbuka luas . 

Dia memandang siling putih dihadapannya . Wajahnya berpeluh sejuk. 

Pintu biliknya tiba -tiba dibuka dan Baek Hyun berjalan masuk . " Rancangan berjaya. Sa Na dimasukkan ke hospital sekarang"beritahunya sambil memandang kearah lantai. 

Tae Hyung diam . Dia tiada kata untuk pemberitahuan tersebut.  

 

   

Pakaian dan tangan So Mi berlumuran dengan darah milik Sa Na. Dia bermundar -mandir di hadapan wad kecemasan sambil mengetap bibir. Risau dengan keadaan Sa Na sekarang. 

 Sedang dia sibuk merisaukan diri,suara bising menghampirinya membuatkan kakinya terhenti. Beberapa orang berjalan laju kearahnya dengan riak risau. 

   "Sa Na!.  Di mana anak saya?"soal salah seorang wanita yang ada. Dia berpakaian kemas seperti baru lepas memghabiskan mesyuarat. 

Jururawat ditanyanya dengan penuh tidak sabar. Suaminya pula sibuk menenangkan keadaanya. 

   "So Mi?"Tae Hyung tiba -tiba memunculkan diri daripada belakang ibu bapanya. 

Semua pasang mata terus tertumpu kearah So Mi. Tae Hyung menghampiri gadia itu dengan perasaan risau. Dia memandang So Mi yang sudah berlumuran darah seperti gadis itu baru sahaja terlibat dengan pertempuran perang. 

   "Kenapa kau kat sini?"soal Tae Hyung berpura hairan sedangkan dia tahu mengapa. 

So Mi memandang Tae Hyung sebelum dia berjalan kearah ibu bapa Sa Na dengan hati yang berat. "Puan,Tuan...Sa Na baru dimasukkan kedalam wad.. Sekarang,kita kena tunggu dengan sabar."beritahunya sambil menahan sebak. 

Puan Lee terus terjelepok jatuh keatas lantai yang sejuk itu. Dia meraung kesedihan sambil memanggil-manggil nama anak tunggalnya itu. Puan Kim pantas memujuk rakannya itu. 

Keadaan di ruang menunggu wad kecemasan menjadi bising dengan tangisan dan raungan . Masing -masing tidak dapat menahan emosi sendiri.

 

Kaki Jung Kook berlari laju kearah wad kecemasan setelah mendapatkan maklumat daripada jururawat bertugas. Jantungnya berdenar untuk mendapat tahu tentang keadaan Sa Na sekarang. 

Senyuman tipis terukir pada wajah Sa Na. Dia memandang Jung Kook untuk seketika. 

   "Malam ini,aku akan pastikan semua selesai.  So Mi perlu tahu sikap sebenar Tae Hyun..Jung Kook,sokong aku"tutur Sa Na apabila mereka bertemu di hadapan sebuah kedai berdekatan dengan kafe yang ditunggu oleh So Mi sekarang. 

Semuanya sudah diceritakan Sa Na kepada Jung Kook. Tentang rancangan Tae Hyung dan bagaimana lelaki itu memaksa Sa Na untuk merosakkan hubungannya dengan So Mi. 

Jung Kook menarik nafas panjang sebelum mengangguk perlahan. "Terima kasih. Aku tahu kau masih tak berubah..Masih takut buat kejahatan"tutur Jung Kook sebelum berpisah dengan gadis itu. 

Tetapi apabila dia ingin berlalu pergi,hatinya jadi tidak senang dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengikuti gadis itu. Dia berhenti di sebelah sebatang pokok sambil memerhatikan Sa Na melintas ke seberang sebelum sebuah kereta tiba -tiba meluncur laju kearah gadis itu. 

   "So Mi!!"panggil Sa Na apabila dia melihat So Mi yang berlalu keluar daripada kafe. 

Langkahnya dipercepatkan sebelum cahaya terang mengecilkan pandangannya. Dia terus menoleh ke tepi dan tersentak apabila sebuah kereta meluncur laju kearahnya 

   "Tak!!!!"jerit Jung Kook .

Sesampai sahaja dia di hadapan wad kecemasan,kakinya terus terhenti. Nafasnya tercungap-cungap.

 Tangan So Mi yang berlumuran dengan darah kering itu dilap Tae Hyung dengan tisu basah. Dia memandang wajah gadis itu sebelum perlahan -lahan mengesat air mata yang mengalir turun .

Sekarang,hanya mereka berdua yang berada di ruang menunggu tersebut memandangkan ibu bapanya telah membawa Puan dan Tuan Lee pergi untuk menenangkan mereka sebentar. 

Jung Kook memandang Tae Hyung dengan pandangan tajam . Kata -kata Sa Na bermain di kotak fikirannya. 

Walaupun aku tahu aku mungkin terbunuh sebab ini tetapi aku nak tengok kau bahagia. Lebih kuat daripada perasaan aku untuk hidup di sini..

Dengan perasaan marah yang membuak -buak ,Jung Kook terus meluru kearah Tae Hyung. Tanpa sebarang amaran,dia terus menendang badan lelaki itu membuatkan lelaki itu terjatuh keatas lantai. 

So Mi terkedu,dia memandang kearah Jung Kook yang boleh berada di situ. Entah sejak bila pun dia tidak perasan.

 

Wajah Tae Hyung ditumbuk Jung Kook berkali -kali bagai lelaki itu adalah beg tinju yang memang untuk melepaskan tekanan. Tae Hyung langsung tidak membalas,sebaliknya dia hanya menyerahkan dirinya sahaja. 

   "Kau!! Kau yang bunuh dia kan!! Kau!!"

Apabila lagi satu tumbukan ingin dilepaskan,So Mi pantas menolak Jung Kook ke tepi. Menghentikan tumbukan tidak bernoktah lelaki itu. 

    "Apa yang kau buat?!."tengking So Mi sambil membantu Tae Hyung untuk bangun. 

Lelaki itu didudukkan diatas kerusi. Jung Kook memandang So Mi yang sedang mempertahankan Tae Hyung. 

   "Ke tepi. Aku ada urusan dengan lelaki keji tu"tutur Jung Kook yang sudah tidak dapat menahan marahnya lagi. 

Dia ingin membalas semula perbuatan lelaki itu atau lebih teruk. Dia ingin bunuh lelaki itu. 

So Mi memandang Jung Kook di hadapannya dengan pandangan tidak percaya. "Apa yang kau merepek ni?.. Aku tahu Sa Na kekasih kau tetapi apa kena mengena pula dengan Tae hYung sekarang ni".

Jung Kook terdiam. 

   "So Mi.. Tae Hyung yang buat semua ini.. Dia yang rancang kemalangan tadi untuk tutup mulut Sa Na..So Mi,dia --"

   "Cukup. Kau benci sangat ke pada Tae Hyung?. Ah,betul.. Tae Hyung adalah bakal tunang Sa Na jadi kau cemburu. Baiklah kalau kau nak Sa Na. Ambillah,aku akan jadi pengganti Sa Na. Puas?"  Tutur So Mi membuat Jung Kook terkedu .

   "So Mi.."

So Mi berpaling daripada Jung Kook. Dia membantu Tae Hyung bangun dan membawa lelaki itu pergi. Mendapatkan rawatan untuk luka pada wajah lelaki itu.

   "Penceraian kita..aku akan uruskan secepat mungkin jadi jangan risau.. Tentang Sana,aku bersimpati"tutur So Mi tanpa menoleh kearah Jung Kook . 

Dia terus berjalan pergi sambil membawa Tae Hyung bersamanya. Meninggalkan Jung kOok terkedu sendirian. 

   "Kenapa kau tak boleh percayakan aku So Mi?"

 

 

 

  Masa berlalu dengan pantas dan Sa Na masih tidak sedarkan diri daripada komanya sejak kemalangan itu. Dia terbaring tidak bernyawa diatas katil hospital.

Kes langgar lari masih berjalan memandangkan pelanggarnya masih belum dapat dijejaki. So Mi juga tidak semena terlibat dalam kes tersebut memandangkan dia adalah orang terakhir yang ingin dijumpai gadis itu. 

   "Kenapakah mangsa ingin berjumpa dengan anda?. Pada pukul berapakah mangsa berjanji ingin berjumpa dengan anda?.  "Antara contoh soalan yang disoal pegawai polis kepadanya sewaktu siasatan.

Tae Hyung menunggu So Mi keluar daripada bilik siasatan dengan sabar. Dia memandang sekeliling pejabat polis tersebut yang sedang sibuk. 

Pintu terbuka dan So Mi melangkah keluar daripada bilik tersebut. "So?"soal Tae Hyung curiga. So Mi menghela berat sebelum mengangkat kedua belah bahunya. 

   "Polis kata kereta yang melanggar Sa Na hari tu menggunakan plat kereta tak berdaftar jadi polis tak dapat nak track kat mana kereta tu sekarang..."beritahu So Mi sambil mereka berdua berjalan keluar daripada bangunan polis tersebut. 

Tae Hyung hanya diam mendengar segala maklumat yang diberitahu oleh So Mi itu. Langkah So Mi terhenti apabila dia teringat akan sesuatu. 

   "Lagi satu,telefon Sa Na jugak tak dapat dikesan... "

 

Jambangan bunga ros merah diletak Jung Kook kedalam pasu kaca yang terdapat diatas meja kecil bersebelahan dengan katil Sa Na. Dia memandang rakannya yang sedang terbaring tidak bernyawa diatas katil tersebut dengan perasaan kesal. 

Kalaulah dia tahu semua ini akan terjadi,dia pasti akan lintas bersama dengan gadis itu. Pintu bilik wad tiba-tiba dibuka dari luar dan So Mi muncul dengan jambangan bunga ros di tangan. 

Mereka berdua berpandangan seketika sebelum Tae Hyung datang memecah kesunyian yang berlaku. Jung Kook memandang Tae Hyung dengan pandangan tajam sebelum dia pantas berlalu pergi. 

   "So Mi..mari,usah pedulikan dia"tutur Tae Hyung apabila gadis itu masih tidak berganjak. 

So Mi memandang jambangan bunga ros milik Jung Kook yang terletak kemas di dalam pasu.

 

 

Kereta yang dipandu Jae Bum berhenti betul-betul di hadapan  sebuah bangunan 3 tingkat. So Mi keluar daripada kereta tersebut dengan sebuah kotak yang agak besar di tangan. 

Dia menarik nafas panjang sebelum berjalan masuk kedalam bangunan tersebut. Kakinya berhenyi mendaki setelah berada di tingkat 3 bangunan tersebut. Lonceng yang terlekat pada tepi pintu rumah tersebut ditekan berkali -kali namun tetap tidak berjawab. 

   "So Mi?"

Jung Kook yang baru pulang daripada kedai serbaneka berdekatan dengan rumahnya memandang kearah So Mi yang sedang menekan -nekan lonceng rumahnya. Dia menghampiri gadis itu sebelum membuka pintu rumahnya lalu menjemput gadis itu masuk. 

Rumahnya yang kecil itu dipandang So Mi . "Duduklah.."pelawa Jung Kook sebelum dia berlalu kearah dapur kecilnya . 

So Mi dengan kekok duduk bersila diatas lantai seraya meletakkan kotak tadi di sisinya. Dia tidak lepas daripada memandang baju -baju lelaki itu yang berselerak diatas lantai. 

Sungguh tidak terurus. Cadar dan selimut yang tidak berlipat juga berlonggok di sudut rumah. 

    "Minumlah "secawan oren jus sejuk dihidangkan di hadapan So Mi . 

Jung kOok membuka baju sejuknya lalu disangkutkan pada penyangkut. Dia kemudiannya duduk di hadapan gadis itu. Matanya terarah kepada kotak yang dibawa gadis itu tadi. 

   "Kenapa kau datang sini?"soal Jung Kook menyedarkan So Mi tentang tujuan sebenarnya ke sini. 

Kotak tersebut diheret lalu diberikan kepada Jung Kook. " Barang kau..buku dan barang belajar lain.."tutur So Mi dengan sungguh kekok seperti dia sedang bercakap dengan orang asing. 

   "Ah~ terima kasih"balas Jung Kook selamba sebelum mengangkat kotak tadi lalu diletakkan bersebelahan dengan buku-bukunya yang lain. 

Dia menarik nafas panjang sebelum memandang gadis itu. "Ada lagi ke?... Bukan nak menghalau tapi aku ada kerja lain.."tuturnya jelas tidak selesa dengan kehadiran gadis itu. 

Sejak perbalahannya dengan So Mi ketika di hospital beberapa hari lepas ,dia terasa regang dengan gadis itu. Bukan kerana perasaannya terhadap gadis itu sudah hilang tetapi dia merasakan gadis itu sudah tidak mahu melihatnya lagi. 

So Mi tergamam. Dia mengangguk laju sebelum dengan kelam kabutnya bangun daripada duduknya sehingga terlanggar minumannya . Kaca berderai pecah akibat tendangan kuatnya itu. 

Tanpa sedar,serpihan kaca tadi tercucuk pada tapak kakinya membuatkan darah terus mengalir keluar. "Au"rintihnya perlahan nanun cukup kuat untuk Jung Kook mendengar.

   "Ma..maa..maaf..."tutur So Mi cemas. 

Dia terus melutut mengutip kaca -kaca tadi tanpa menghiraukan luka yang dialaminya sekarang. Tangannya mengutip laju serpihan -serpihan kaca tersebut sehingga kali ini tangannya pula tergores dengan kaca . 

Jung Kook yang melihat dengan pantas menghampiri gadis itu. "Yah!.."marahnya seraya menarik gadis itu bangun lalu mengheretnya kearah singki. 

Pili air ditekan dan luka pada tangan gadis itu terus dibasih dengan air yang mengalir perlahan. Jung Kook dengan serius membasuh darah gadis itu. Kemudian,dia terus berlalu mendapatkan plaster dari dalam beg sandangnya. 

Luka tersebut ditampalnya dengan plaster. Gadis itu kemudian disuruh duduk diatas bangku kecil . Baldi kecil ditadah dengan air sebelum diletakkan dihadapan gadis itu. 

Kaki So Mi yang luka itu dibasuh dengan air secara perlahan. Jung Kook langsung tidak bercakap walau sepatah. Dia fokus merawat luka gadia itu. Apabila darah sudah tidak mengalir,dia terus menyapu antiseptik pada luka gadis itu sebelum melekatkannya dengan plaster. 

Keadaan menjadi sunyi. So Mi memandang Jung Kook yang sedang mengutip serpihan kaca yang masih bersepah diatas lantai. Kemudian,minuman yang tumpah tadi dilap berkali-kali. Lelaki itu sibuk membersihkan sepah yang dibuatnya .

   "Maaf"ucap So Mi apabila lelaki itu selesai membersihkan segalanya. 

 

Jung Kook mengelap tangannya sebelum memandang So Mi yang tertunduk memandang lantai. Dia diam sebelum mengukirkan senyuman tipis. 

Dengan perlahan dia menghampiri isterinya itu sebelum duduk bercangkung dihadapan gadis itu. Wajah So Mi dipandang lama bagai sedang melepaskan rindunya yang sudah terperap lama. 

Rambut gadis itu disisir ke belakang telinga. "Tak apa,itu cuma hal kecil" tutur Jung Kook dengan sungguh lembut sehingga boleh mencairkan sesiapa sahaja yang berjantina wanita. 

Mereka berdua berpandangan untuk suatu masa lama sebelum Jung Kook tersenyum tawar.  "Perluke aku panggil Jae Bum,kau boleh jalan ta--"Jung Kook yang baru ingin bangun dari cangkungnya ditarik So Mi rapat kewajahnya.

Bibir So Mi terus berpaut pada milik lelaki itu . Mata Jung Kook membulat besar. Dia tidak menyangka tindakan gadis itu. So Mi kemudian perlahan -lahan menarik bibirnya kembali.

Malu dengan tindakan melulunya,dia terus bangun lalu dengan pantas berlalu keluar daripada rumah dengan kaki yang terhincut-hincut. "So Mi"panggil Jung Kook seraya mengejar So Mi yang sudah menuruni anak tangga dengan begitu laju. 

Jung Kook terdiam di muka pintu. Dia memandang kasut gadis itu yang ditinggal begitu sahaja. "Kasut kau..".

Tanpa sedar,Jung Kook tersenyum  .

 

Gambar -gambar yang baru diterimanya dibuang bertaburan keatas lantai. Tae Hyung memijak -mijak gambar tersebut sebelum dia memandang kearah Baek Hyun yang berdiri di sebelahnya. 

   "Cari..di mana tempat lelaki ini bekerja.. Siasat semua aktiviti dia dan laporkan. Termasuk So Mi"arahnya tegas sebelum menghalau Baek Hyun keluar daripada biliknya.

Dia menjerit geram seraya mengoyak-ngoyakkan gambar tadi. Wajah Jung Kook dalam gambar dicoret-coret berkali-kali dengan pisau lipatnya. 

   "Jung Kook..Jung Kook"

Tangannya kemudia mengeluarkan sebuah telefpn pintar dari bawah laci meja belajarnya. Dibaling-baling telefon yang sudah retak skrinnya ke udara sambil tersenyum jahat. 

   "Kau nak terima nasib sama agaknya kan?"

 

 

So Mi menampar-nampar bibirnya berkali -kali . Dia menyerabutkan rambutnya sambil menjerit bagai orang gila. 

Apa kau buat ni So Mi!!!

Telefon pintarnya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk. Segera dijawabnya panggilan tersebut. 

   "Hello"

  "So Mi"

 

Kasut baru yang sempat dibeli ketika dalam perjalanan disarung ke kaki. So Mi dengan kaki yang terhincut-hincut berjalan kearah Tae hYung yang sedang  duduk menunggu diatas bangku berhadapan dengan sebuah tasik . 

   "Tae Hyung.."tegur So Mi menyedarkan lelaki itu dari terus hanyut dalam lamunan sendiri. 

Punggung terus dilabuhkan di sebelah lelaki itu tanpa dipelawa terlebih dahulu. Tae Hyung memandang So Mi yang kini sudah duduk di sebelahnya. Dia menarik nafas panjang. 

   "Aku mengganggu ke?"soal Tae Hyung memulakan perbualan mereka. 

So Mi pantas menggeleng. Dia memandang kearah tasik yang terbentang luas di hadapannya. Kelihatan bot -bot yang berbentuk angsa berlayar diatas air . 

Kawasan ini memang terkenal sebagai tempat rekreasi memandangkan di sini banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Berbasikal,berkayak,berkelah atau apa aktiviti sekalipun dengan senang boleh dilaksanakan memandangkan kemudahan yang disediakan amat cukup .

   "Aku bukan nak buat kau tak selesa tetapi tentang apa yang kau cakap,hari itu di hospital .. Adakah kau maksudkannya?"soal Tae Hyung dengan nada serius. 

Dia tetap memandang So Mi yang mula tersentak dengan kata-katanya. Nampak sangat gadis itu sudah lupa dengan kata -katanya sendiri

 

 

So Mi terdiam lama sebelum dia berpaling menghadap Tae Hyung. "Aku.."

  "Aku tahu kau dah berkahwin dengan Jung Kook..."

Sekali lagi mulut So Mi tertutup rapat. Dia benar -benar tidak menyangka tentang itu. Yang mampu dia lakukan sekarang hanya memandang lelaki itu dengan perasaan yang bercampur baur. 

   "Penceraian bukan sesuatu yang mudah ,aku tahu itu.. Sebab itu," kedua belah tangan So Mi digenggam erat oleh Tae Hyung seraya tersenyum lembut. 

   "Aku akan tunggu kau sampai kau bersedia. Aku akan jadi pengganti dia"sambung Tae Hyung bersungguh-sungguh membuatkan So Mi makin ditimpa rasa bersalah. 

So Mi memandang tangannya yang kini berada dalam pegangan erat lelaki itu. Dia diam membisu. Fikirannya serabut memikirkan jawapan tentang perasaannya sendiri. 

   "Tae Hyung,aku perlu lebih banyak masa yang mungkin kau tak akan dapat tunggu. Maaf tapi aku..."

    "Aku akan tunggu walau berapa lama sekalipun.."

 

Spaggeti lasagna itu disuap kedalam mulut sedikit demi sedikit. Tae Hyung memandang ibu bapanya yang hanya makan tanpa banyak kata. Keadaan di meja makan sunyi sepi. Hanya bunyi garfu dan sudh berlaga dengan pinggan sahaja kedengaran ketika itu. 

Mulut dilap sebelum Tae Hyung berdehem kecil. Dia memandang ibu bapanya lama . "Batalkan perkahwinan saya dengan Sa Na"putus Tae Hyung membuatkan ibu bapanya tersedak. 

Puan Kim memandang anaknya itu dengan mata yang membulat. "Batalkan?.."

  "Ya. Sa Na pun dah koma jadi saya tak rasa perkara ini patut diteruskan. Saya pasti Mama dan Papa tak nak bazirkan duit melabur untuk menolong kos pembedahan Sa Na .."

Mulut kedua -dua ibu bapa Tae Hyung terus terkatup. Benar sekali kata anaknya itu. Mereka bukannya baik sangat . 

    "Saya dah ada calon dan ia lebih menguntungkan.."beritahu Tae Hyung lagi membuatkan ibu bapanya sekali laagi tersedak. 

   "Si..siapa?"

    "Han So Mi,pewaris kepada Syarikat Hyanyang"

 

 

Makan malam di sebuah restoran mewah terkenal diatur Puan Kim sejurus mengetahui calon yang dicadangkan anaknya. Dia dan suaminya dengan teruja ingin bertemu dengan pemilik syarikat besar itu. Walaupun syarikat mereka juga tidak kurang hebat tetapi mereka masih tidak setanding dengan syarikat Hyanyang. 

Masih jauh lagi sebelum mereka mencapai tahap syarikat tersebut. Puan Han dengan gaun hitam labuhnya berjalan masuk kedalam restoran tersebut diiringi boleh seorang pelayan .

Senyuman tipis terukir pada wajahnya apabila bertemu dengan sepasang suami isteri yang mungkin sudah lama menunggunya. Setelah berkenalan ,dia mengambil tempay dihadapan pasangan tersebut. 

Makanan dipesan dan dia kembali berpaling kearah pasangan dihadapannya. "Mari terus ke tujuan sebenar kalian mahu berjumpa saya"ujar Puan Han langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk berbual kosong .

Puan Kim dan suaminya saling bersenggolan sebelum Puan Kim akhirnya berdehem kecil. "Aa..dah tentulah..Sebenarnya,anak kami dah berkenan dengan anak Puan..jadi ,saya rasa kita tak pa--"

  "Siapa anak kamu"potong Puan Han tidak mahu mendengar selanjutnya.

Terkebil -kebil Puan Kim seketika sebelum dia pantas merampas telefon suaminya lalu menunjukkan gambar anaknya itu. "Iii..ini..mereka dah lama berkawan..."

Gambar tersebut dipandang Puan Han lama sebelum dia pantas bangun daripada duduknya 

   "Saya akan fikirkan..nama anak awak,Kim Tae Hyung kan?. Baiklah,kalau ada apa -apa,saya akan hubungi kamu..pergi dulu"tutur Puan Han terus menjadi dingin. 

Dia berjalan pergi apabila makanan yang dipesannya baru sampai. 

 

=====END OF CHAP 031=====

 

 

 

 

 

 

 

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'