CHAP 009

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Lima minit berlalu begitu sahaja. Jung Kook masih tercegat di hadapan papan notis sekolah yang menampalkan begitu banyak poster kelab. Semuanya tampak menarik dan berwarna -warni.

Dari satu poster ke suatu poster,Jung kook meremung dengan begitu teliti. Bertanya pada diri sendiri yang mana menarik minatnya. Dia tiada idea.

Dalam hatinya sudah menyumpah-nyumpah So mi kerana tidak mahu berkongsi kelab dengannya. Apa masalah gadis itu entah. Nak meradang je setiap kali.

Dagunya diusap -usap . Kelab muzik?,kelab tari,kelab seni,kelab fotografi?,kelab sejarah?.Mana satu ini?!!

   "Maaf boleh ke tepi.."tutur satu suara .Mendengarkan permintaan tersebut,badan Jung Kook segera beralih. 

Memberi ruang kepada si suara tersebut untuk menampal poster. Jung Kook mengerling kearah poster cantik yang baru ingin ditampalkan tersebut. 

    "Kelab sosial?"soal Jung Kook tertarik. Dia mengerling kearah lelaki tinggi disebelahnya. 

   "Ouh..ini kelab.."

 Sebaik mereka berdua bertentangan mata,masing -masing mula membuat muka terkejut. 

    "Kau,lelaki penguin!"

   "Kau,badut!"

Jung Kook dan Hyun Kyung terkedu ."Apa kau buat kat sini?"soal Jung Kook masih menyimpan dendam terhadap junior isterinya itu. 

Walaupun lelaki itu tidak membuat sebarang salah padanya tetapi dia tetap rasa macam nak simpan dendam pada lelaki itu. Dipandangnya tajam wajah kacak lelaki di hadapannya ini. 

Tangan Hyun Kyung menepuk-nepuk poster yang baru ditampalnya sebagai tanda jawapan. "Tak nampak ke?Tampal posterlah.."balas Hyun Kyung acuh tak acuh.

Stapler birunya disimpan kedalam poket blazer. Dia memeluk tubuh memandang Jung Kook dari atas ke bawah.

Nasib baiklah kau sepupu So mi,kalau tak dah lama aku tendang kau masuk tiang gol sekolah. Biar jadi bola!.

   "Kelab sosial kira macam kelab kebajikan.."berbalik pada soalan Jung Kook tadi,Hyun Kyung mula memberi penerangan. 

Benci atau tidak ,sudah jadi tanggungjawabnya menarik ahli baru masuk.Jung kook terdiam,dia memandang kearah poster cantik tersebut yang bertemakan kekeluargaan?

Entahlah.Pada poster tersebut terdapatnya orang-orang tua dan kanak-kanak serta sampah sarap?Apa sebenarnya motif poster ini pun tidak tahu..

    "Kelab kebajikan?Buat apa ?Best ke?Ada kena bayaran ke?Berapa ramai ahlinya?Kau pengerusi kelab ke?"Jung Kook kembali kepada kerka sambilannya menjadi polis. 

Namun kali ini,mangsanya berbeza pula. Hyun Kyung memandang toya kearah Jung Kook. Banyak pula tanya?Apa ingat dia kaunter pertanyaan ke?

    "Kalau kau nak tahu,joinlah sendiri!banyak tanya pulak!"malas ingin melayan Jung Kook,Hyun kyung berpaling pergi.

    "Join?"

 

 

Papan tanda biru yang tertera nama kelab dibaca Jung Kook seimbas . Hyun Kyung membuka pintu bilik tersebut dengan luas,memberi ruang untuk dia masuk kedalam.

   "Masuk"pelawa Hyun Kyung dengan tidak ikhlasnya.

Tidak sangka pula penerangannya yang tidak seberapa itu boleh menarik minat manusia badut ini. Okay,badut adalah gelaran yang diberi Hyun Kyung kepada Jung Kook memandangkan dia tak ingat pun nama sepupu So Mi itu. Memang tak hingin pun sebenarnya.

 Mata Jung Kook memandang sekeliling bilik tersebut yang besarnya sebesar kelas.Terdapat sofa pendek di hujung bilik dan sebuah meja kopi sebagai peneman. Almari buku bewarna hitam juga dapat dilihat terletak bersebelahan dengan tingkap.Di dalamnya terdapat banyak fail yang disusun mengikut nombor yang tertampal.

 Tidak ramai ahli di dalamnya ,lebih kurang dalam 10 orang  sahaja .Mata Jung Kook beralih mendapatkan Hyung Kyung semula yang kini sedang berbual dengan Tae Hyung. Tae Hyung!?

Lelaki itu kelab ini juga?

    "Ini borang keluar kelab aku.."tutur Tae Hyun seraya menyerahkan borang tersebut kepada Hyun  Kyung.

Tanpa banyak tanya,Hyun Kyung pantas menerima dengan hati yang terbuka. Bagus,berambuslah kau!Jangan ganggu So Mi. Dalam hati Hyun Kyung sudah mula bersorak gembira.

Tae Hyung memandang geram kearah juniornya itu. Sukalah itu. Dia mendengus geram sebelum kakinya diangkay ingin pergi namun terhenti . Matanya bertentangan dengan milik Jung Kook yang masih berada di muka pintu .

   "Kau masuk kelab ini?"tanya Tae Hyung . 

Tiada anggukan malah gelengan dari Jung Kook. Dia juga tidak tahu apa sebenarnya tujuannya ke mari. Untuk buang masa atau memang berminat ingin sertainya.

 Tae Hyung mengerling kearah Hyun Kyung yang sedang ingin memotong namanya dari senarai nama ahli kelab. Kakinya pantas mendapatkan lelaki itu sebelum merampas semula borangnya itu. 

    "Kau nak masuk kelab ini ke tak?"tanya Tae Hyung sekali lagi kepada Jung kook yang masih termanggu-manggu. 

Jelas Jung Kook masih didalam dilemanya . Masuk ke tak?Masuk! Tak!.

 Krekk..

Pintu bilik kelab tiba--tiba dibuka seseorang mengejutkan mereka bertiga. " Aku dah balik,aku bawak ahli baru n...ni.."So Mi tergamam di depan pintu. 

Matanya memandang Jung Kook dan Tae Hyung bersilih ganti. Kalau Tae Hyung dia boleh tahu kenapa lelaki ini disini ,tapi Jung Kook..

   "Wah,bagus -bagus..dah ramai ahli.."

 

 

So Mi berpeluk tubuh sambil bersandaran pada almari buku bersebelahan dengan Hyun Kyung yang sedang menyusun fail-fail. Dia memandang geram kearah Jung Kook yang sedang mendaftar nama sebagai ahli baru di meja pendaftaran.

 Matanya kemudian tertumpu kearah Tae Hyung yang sedang bersandar selesa pada sofa. Apa makna semuanya ni?Kenapa lelaki ini rifak berambus?Apa buat menyemak kat sini lagi!

    "Tae Hyung mula -mula nak keluar last-last dia nampak badut tu ,dia tak jadi.."seperti mengetahui apa yang difikir oleh So mi kerika itu,Hyun Kyung mula memberi jawapan.

    "Huh?Badut?"So Mi memandang pelik kearah Hyun Kyung yang sedang menutup almari tersebut. Sudah selesai agaknya.

Hyun Kyung mengangguk sebelum turut bersandar pada almari buku tersebut. Dia mengerling kearah Jung Kook  . 

     "Sepupu nuna tulah..Entah apa nama dia..Jeguk?"selamba badak,Hyun Kyung memberi nama baharu kepada Jung Kook dalam diam. 

So Mi terdiam. Cuba memeproses apa yang dikatakan lelaki itu sebelum dia meletus ketawa. Badut?Oh badut..Ini pasti fasal kes haritulah..

    "Haha..okay,kejap,maknanya Tae Hyung tak jadi keluar sebab ada Jung Kook?"

Hanya anggukan yang diberikan Hyun Kyung bagi pertanyaan gadis itu. Dia menyerabutkan rambutnya yang mulanya tersisir rapi itu. Geram kerana musuhnya masih melekat di dalam kelab yang sama dengannya.Tambah pula lagi dengan lelaki badut. 

 So Mi diam. Hyun Kyung yang kelihatan bagai seseorang yang sedang menyelesaikan masalah kutu didalam kulit kepala hanya dibiar sahaja. Lantaklah kau.

Matanya mengerling kearah Tae Hyung . Apa sebenar motif lelaki ini?Kini dia rasa macam ingin membelah sahaja kepala lelaki itu. Bolehlah dia baca apa yang difikir lelaki itu.

   "Baiklah!Pendaftaran tamat!Sila berkumpul dihadapan saya !"umum satu suara garau tiba-tiba.

Dia ialah Sung Jae.Yook Sung Jae ,lelaki yang bertanggungjawab menguruskan segala urusan kelab sejak tahun lepas lagi. Dia menepuk-nepuk meja bagi mendapatkan perhatian. 

   "Ahli lama sila berdiri di  hadapan bersama saya dan ahli lama sila kehadapan saya!!"arah Sung Jae .

Selepas beberapa minit akhirnya semuanya sudah dapat dikawal dengan elok. So Mi berdiridi sebelah Sung Jae. Matanya memandang kearah wajah-wajah naif palsu di hadapannya .

    "Baiklah,kami adalah senior kamu..majoritinyalah..saya Yook Sung Jae dari 5 B.A dan ini So mi,5 Art 1,Hyun Kyung,4 P.E ,......"Sung Jae mula memperkenalkan satu persatu ahli lama .

Selesai itu dia memandang kearah So Mi yang dari tadi asyik mendiamkan diri. "Baiklah sekarang ,So Mi akan terangkan tentang tujuan sebenar kelab ini dicipta.."Tersedak So Mi mendengar kata-kata selamba Sung Jae.

Matanya membutang memandang Sung Jae yang sudah tersengih senget.  Apa ni?Tak sedia langsung!

Hyun Kyung tersenyum bangga.Perlahan dia menolak gadis itu kehadapan sedikit.Gembira kerana gadis itu diberi peluang untuk berucap?

 Jung Kook yang dari tadi hanya mendiamkan diri sudah bersedia untuk mendengki. Dia berpeluk tubuh memandang So Mi yang teragak-agak ingin menerangkan segalanya. 

   "Errhh..hye..sebe--"

    "Kelab ini tujuannya adalah untuk membuat kebajikan pada alam,orang tua mahupun kanak-kanak.."potong Tae Hyung tidak semena-mena.

Dia yang tadinya berdiri di hujung barisan mendekati So Mi . "Seperti tahun -tahun sebelum ini,kami..."Tae Hyung berterusan menerangkan tentang tujuan sebenar kelab tersebut.

Somi yang tercengang di sebelah dijeling bagai sedang mencabar gadis itu. So Mi memandang geram. Barisan giginya sudah mula menggesel antara satu sama lain. 

    "kita biasanya buat lawatan ke rum--"

    "Rumah warga-warga emas,anak yatim dan kadang-kadang kita akan adakan aktiviti gotong -royong"sambung So Mi sambil tersenyum puas.

Puas hati kerana dapat mengganggu percakapan lelaki itu.  Mereka berdua saling berjelingan antara satu sama alain sambil mulut masing-masing tidka lepas ingin memberi penerangan tetapi akibatnya..

   "Fshsrjkinvdjkklibwyabdniopqwsnxgan ya dankbdhdkwjk"INi sahaja yang dapat didengari oleh mereka yang lain. 

Percakapan mereka berdua telah bercampur baur dan akhirnya menghasilkan bahasa alien yang sungguh pelik untuk difahami.

    "Faham?!"Soal So Mi dan Tae Hyung serentak diakhir penerangan mereka . 

Mata masing-masing sudah membutang luas memandang ahli-ahli baharu dihadapan mereka.PAndangan yang sungguh menakutkan sesiapa sahaja yang melihat. Bagai mengugut mereka supaya mengangguk faham tidak kira apa.

Jung Kook yang dari tadi mendengar sudah membuat muka tapi basinya. Bukan dia sahaja malah yang lain turut sama. Satu informasi langsung tidak dapat diterima mereka .

     "Boleh ketepi..maaf ,sebenarnya tujuan sebenar kelab ini adalah untuk bersosial dengan lebih rapat kepada masyarakat luar.."akhirnya ,Hyun Kyung menyelit diantara kedua insan tersebut.

Menyelamatkan keadaan dengan penerangannya yang lebih lembut dan jelas.SO Mi yang berdiri di sbeelah sekadar memeluk tubuh geram. 

   "Faham.."

 

 

Tae Hyung berlari mendapatkan Jung Kook yang sedang menyimpan barang di dalam loker. Perjumpaan kelab akhirnya tamat setelah mesyuarat pemilihan jawatan sudah selesai. 

   "Balik?"soal Tae Hyung sebaik berada di hadapan Jung Kook.

Dia memandang buku-buku yang disimpan lelaki itu . Jung Kook sekadar mengangguk. Yalah balik,nak pergi mana lagi. Nak ronda,maaf tidak boleh memandangkan Puan Han sudah berjanji ingin mengambil mereka pulang. 

Ya mereka,dia dan So Mi..

   "Oh yeah,ada plan ke malam ni?"soal Tae Hyung lebih lanjut.

Jung Kook terdiam. Plan apa pulak yang dia ada?.Duduk bergaduh dengan So Mi adalah.Setelah berfikir lama,Jung Kook akhirnya menggeleng laju. 

Dia memandang Tae Hyung dengan wajahnya yang tulus itu. Tae Hyung tersenyum. Dia makin mendekati Jung Kook.

   "Sebenarnya jung Kook..aku..."

So Mi yang kebetulan melalui kawasan tersebut berhenti melangkah sebaik melihat kelibat dua orang jejaka itu.Segera dia menyembunyikan diri di belakang dinding. Tidak jauh dari tempat mereka berdua.

Telinganya sudah memasang pencawang yang lebih besar bagi mencuri dengar perbualan dua insan tersebut.

    "Jung Kook sebenarnya aku suka kau..."

Omo. Somi terkedu di tempatnya sebaik mendengar pengakuan jujur Tae Hyung itu. Dia menakup mulutnya yang ingin menjerit kerana terlalu terkejut. Jantungnya sudah berdegup laju.

Situasi apakah ini?. Apa sebenarnya berlaku?. Telinga aku sudah pekakke? Arghh!!

Tidak mampu mendengar balasan Jung Kook lagi,So Mi pantas melarikan diri. Katakan ini semua mimpi!.

   "Huh?"Jung Kook sudah mula cuak. 

Dia terundur kebelakang akibat rasa terancam yang amat sangat. Dirinya sudah bersedia untuk membuka kekuda jika lelaki itu bertindak di luar jangkaan.

Tae Hyung tersenyum lucu melihat wajah cuak Jung Kook ,dia menekan perutnya yang sudah tidak menahan tawa.

    "Hahaha,janganlah fikir yang pelik-pelik..Aku sebenarnya nak ajak kau join Bangtan..Aku suka cara kau menari.Tu jer,tak lebihlah..So ,amacam?"

Jung Kook membetulkan dirinya. Matanya terkebil-kebil memandang Tae Hyung. Masih tidak jelas dengan penerangan sebenar lelaki itu. Bangtan? Kemende tu? Makanan ke?

    "Bangtan tu apa?"tanya Jung Kook dengan naif. 

Hanya segaris senyuman senget yang dibalas oleh Tae Hyung. Dia menepuk-nepuk bahu Jung Kook. 

   "Kalau kau nak tahu,malam ni tepat kul8  jumpa aku kat depan Cafe' Dotz yang dekat dengan sekolah..bye.."

Eh?

 

 

 

So Mi bergegas masuk kedalam kereta ibunya yang sudah menunggu lama di luar perkarangan sekolah. Puan Han yang sedang membaca majalah online melalui tabnya berhenti membaca,dia berpaling memandang kearah anak tunggalnya yang sedang bersandar lesu pada tempat duduk belakang. 

 Wajah anaknya itu tampak pucat semacam bagai baru terserempak dengan hantu. "Kenapa ni So Mi? .mana Jung Kook?"soal Puan Han apabila melihat Jung Kook tidak bersama.

 So mi berpeluk tubuh. "Jalan je..dia ..dia ada hal lain.."tipu So Mi sambil memaksa ibunya untuk segera bergerak.

   "Hal?"

Pantas So Mi mengangguk. Ya,hal kena ngorat dengan lelaki!. Lelaki tau..lelaki!.Oh,dunia ingin terbalik kah?

Puan Han sekadar mengangguk faham.Langsung tidak mengesyaki apa-apa. Tangannya sudah bersedia ingin menarik handle kereta sehinggalah pintu kereta belakang tiba-tiba terbuka.

Jung Kook melangkah masuk dengan selambanya. Dia tersenyum memandang kearah Puan Han yang membuat muka terkejut. "Kenapa Ma?"tanya Jung Kook apabila menyedari reaksi pelik ibu mertuanya itu.

    "Kamu bukan ada hal ke?"soal Puan Han.

    "Hal?"Jung Kook menjeling kearah So Mi yang sudah berpura-pura tidur. 

Tidurlah sangat !Aku cekik juga kau ni !Biar tidur selamanya!.

 

 

Jaket sejuk disarungkan ke badan. Jung Kook mencapai topi hitamnya sebelum memakainya. Dia membelek-belek dirinya untuk kesekian kali dihadapan cermin. Memastikan dia tampak kacak seperti biasa.

So Mi yang baru mengisi perutnya masuk kedalam bilik.Dahinya berkerut memandang kearah Jung Kook yang sudah bersiap cantik dihadapan cermin. Mana pula suaminya ingin merayap malam ini.

Punggung dilabuhkan diatas katil. So Mi duduk bersila memerhatikan suaminya yang tidak habis-habis membetulkan rambut. Sudah okay sudah tu,nak betulkan apa lagi!.

     "Pergi mana?"soal So Mi akhirnya meluahkan soalan yang sudah lama bersarang di kepalanya. 

Jung Kook berpaling kearah So Mi . "Jumpa Tae Hyung"jawab Jung Kook malas ingin berahsia bagai. 

Yalah setakat jumpa dengan kawan lelaki.Normallah tu. Tidak Jung Kook,tidak pada fikiran So Mi sekarang. 

So Mi pantas meloncat turun dari katilnya. Dia mendekatinya suaminya itu. "Tae Hyung?Pergi mana?Buat apa?"seperti sudah dikangkiti oleh kerja part-time suaminya itu,kini So Mi pula berubah menjadi polis.

   "Yah!kau apa?polis?..Sudahlah,aku dah lambat.."Jung Kook pantas mengatur langkah keluar dari biliknya. 

Dia perlu cepat memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7.55 malam. Nama pemandunya segera dipanggil.

So Mi mencebik sambil memerhati Jung Kook tergesa-gesa menuruni anak tangga. 

 

 

Selepas beberapa minit Jung Kook berlalu pergi,So Mi melantarkan badannya diatas katil. Otaknya ligat memikirkan ke manakah suaminya itu pergi.Matanya dipejamkan serapat mungkin.Cuba menghilangkan semua perkara tentang Jung Kook daripada otaknya.

Tae Hyung tersenyum sebaik melihat kehadiran Jung Kook. Kot hitamnya segera dibetulkan bagi tampak kemas. Jantungnya sudah berdegup selaju mungkin.

​Sebaik Jung Kook sudah berada di hadapannya,kerusi terus ditarik bagi mempersilakan lelaki itu duduk. Dia kemudiannya mengambil tempat dihadapan Jung Kook.

Mereka kini berada di sebuah restoran terkemuka Seoul.Pelayan restauran mula menghidangkan makanan-makanan mewah seperti yang ditempah oleh Tae Hyung.alunan muzik dari pemain-pemain muzik terkemuka mula kedengaran apabila Tae Hyung memetik jarinya.Semuanya sudah dirancang dengan rapi.

Keadaan tampak begitu romantik dengan lilin -lilin berwarna -warni menyerikan lagi keadaan. Tae Hyung membetulkan tali lehernya. Cuba menyorokkan rasa gugupnya.

Dia memandang tepat kearah Jung Kook yang sedang tersenyum gembira. Lelaki itu tampak bersinar-sinar ketika ini membuatkan dia makin jatuh cinta. 

   "Jung Kook..I love you..will you be my.."sebentuk cincin dikeluarkan Tae Hyung dari kocek jaketnya lalu ditayangkan kepada Jung Kook yang sudah bergelinangan air mata.

Terharu dengan pengakuan jujur Tae Hyung itu. 

   "..be my partner forever in my life.."sambung Tae Hyung .

 Jung Kook mengigit bibirnya . Air mata sudah menitik turun . 

   "I will,Tae Hyung.."

 

.   "Tidak !!!"So Mi bangun dari imaginasinya.Wajahnya sudah bermandikan peluh.  

Dia memandang sekeliling biliknya sebelum pantas mencapai telefon bimbitnya yang diletak diatas meja solek.Nombor pemandunya didail dengan tergesa-gesa.

    "Oppa,amik So Mi sekarang!"

 

=====END OF CHAP 009=====

 

TERIMA KASIH PADA KOMEN -KOMEN KORANG YANG AMAT MENYENTUH HATI.. TQ SO MUCH ^^ 

SAYA BERSEMANGAT NI !! >0<

 

Disini saya selitkan beberapa v kook pic dan hyunkyung ^^ 

 

 

 

 

 

8

Oh plus sungjae ^^

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'