CHAP 019

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Mulut Hyeri dan Yuju masing -masing ternganga tatkala mendengar cerita yang baru disampaikan So Mi kepada mereka. Mahu tak terkejut dorang. Baru berapa bulan berpisah dan minta get back. 

   "Gila!!.. Dia minta get back dengan kau?!. Serius?" soal Yuju dengan matanya yang membulat besar.

Lengan Yuju dipukul So Mi. Segera dia menyuruh rakannya itu memperlahankan suara.Kalau tidak ,habis sekecoh satu sekolah. Dia menghela perlahan sebelum menggeleng lemah.

   "Bukan get backlah.. Kawan..kawan jer!"tegas So Mi lagi setegasnya. 

Ya,kawan. Setakat itu sahaja,tidk lebih. Yuju dan Hyeri berpandangan. "Hey,So Mi kau ni blur ke buat-buat blur?. Kalau dia dah minta macam tu,maknanya dia nak get back lah minah oiii" Hyeri memberi pendapatnya 

Tangannya tidak henti -henti mengasar kukunya yang sebenarnya sudah cukup cantik dah pun. So Mi terdiam. Dia menjeling kearah tempat Tae Hyung yang masih kosong tanpa penghuninya.

Bibirnya diketap lama sebelum kembali memandang rakan -rakannya. Bantuan rakannya amatlah diperlukan ketika ini. "Habis macam mana ni?kalau dia minta get back ,apa aku kena buat?"tanya So Mi cemas. 

Entah kenapa tidak fasal -fasal nak cemas bagai. Yuju berdehem kecil . Bagai pakar cinta,dia duduk tegak memandang So Mi yang kelihatan amat terdesak untuk menerima nasihatnya.

  "Macam nilah,So Mi,kau masih cintakan dia lagi tak?"

So Mi terkedu. Dia memandang Yuju yang kelihatan serius. Dadanya dipegang bagai cuba merasa degupan jantung yanh ketika itu bagai tidak ada ras a . 

Dia terdiam lama. Cuba mencari jawapan yang sebenar-benarnya. Yuju menghela lemah sebelum menongkat dagu memandang So Mi yang masih dalam kesulitan sendirian. 

   "Aku tahu kau masih konfius.. Tapi, seriously kalau kau masih suka dia..  Well, apa salahnya beri peluang kedua.."nasihat Yuju walaupun dalam hatinya sebenarnya tak berapa setuju dengan pendaparnya sendiri.

So Mi diam membisu. Serentak itu,Tae Hyung dan rakan -rakannya masuk kedalam kelas dengan bergayanya. Mata mereka berdua bertembung untuk seketika sebelum Tae Hyung perlahan mengukir senyuman lembut. Membuatkan jantungnya terus terasa ingin gugur jatuh. 

Jung Kook yang berada di belakang Tae Hyung sekadar menjeling kearah So Mi. Tahu benar gadis itu sedang memandang siapa. 

 

 

Dulang makanan diambil So Mi dari tempatnya sebelum beratur di barisan makanan. Selesai itu,matanya terus meliar mencari kelibat rakan -rakannya yang lain. 

   "Somi"panggil seseorang membuatkan So Mi segera berpaling kearah suara tersebut.

Hampir sahaja terjatuh dulang So Mi apabila Tae Hyung tiba -tiba muncul di hadapannya. Lelaki itu menguntum senyuman lebar sebelum dengan selambanya mengambil dulang makanan dari pegangan gadis itu.

    "Jom.."ajaknya membuatkan So Mi tergamam. 

Rehat sama -sama? . Serius. 

Melihat So Mi yang bagai enggan beralih, tangan gadis itu segera ditarik . Mereka berdua pantas melangkah kearah sebuah meja yang diduduki sekumpulan pelajar lelaki. 

Tersembur susu kocak dari mulut Jung Kook tatkala melihat kehadiran tidak diundang So Mi itu ke mejanya. Matanya membutang memandang So mI yang sedang berdiri kaku di sisi Tae Hyung. 

   "Ehhh.. So Mi.  Duduk,duduk" Doyoung yang turut berada di situ situ segera memberi ruang untuk gadis itu duduk .

So Mi yang baru ingin mengambil tempat di sebelah Do Young pantas dihalang Tae hYung. 

   "Kau dah lupa ke tempat kau kat mana?"tanya Tae Hyung sambil tersenyum kecil .

Tempat duduk So mI.. Ya,sejak mereka berdua mula berdating,So Mi akan sentiasa duduk di sisi Tae Hyung tiap kali waktu rehat.Tapi, itu waktu datinglah!.

 So Mi pantas didudukkan di sebelah tempatnya. Tae Hyung tersenyum puas sebelum melabuhkan punggung di tempatnya kembali. 

   "Makanlah "tutur Tae Hyung sambil matanya tidak lepas dari memandang So mI disebelahnya. 

Jung Kook yang duduk bertentangan dengan gadis itu hanya membisukan diri. Habis lunyai bebola dagingnya digigit dengan penuh kejam. Dalam anggapannya,bebola daging itulah So Mi. Somi adalah bebolah daging.

Dengan kekoknya,So Mi menikmati makanannya . Renungan tak lepas Tae Hyung membuatkan dia rasa macam dirakam oleh cctv. Matanya mengerling sekilas kearah Tae Hyung . 

   "Ka..kau makanlah jugak" tutur So Mi teragak -agak.

Tae Hyung tertawa kecil sebelum wajahnya didekatkan kearah So Mi. Pipi gadis itu yang kembung kerana makanan masih tersimpan di dalam mulut dipandangnya geram. Comel.

   "Tengok kau je dah boleh buat aku kenyang tau"tutur Tae Hyung membuatkan rakan -rakannya yang lain tersedak air liur masing -masing .

Buat ayat cheesy pula Tae Hyung pagi -pagi ni.Jung Kook hampir sahaja mematahkan chopstik kayunya itu . Dipandangnya Tae Hyung yang masih tidak lekang dari memandang isterinya. Apa tak jemu ke mamat ni?.

Tangan Tae Hyung perlahan -lahan ingin menyentuh wajah So Mi . Jung Kook yang melihat pula dengan pantas menyepak kuat kaki So Mi membuatkan gadis itu menjerit kesakitan.Lalu tersemburlah keluar semua makanan yang berada di mulutnya tepat mengena ke wajah Tae hyung.

   "Omo..."

Jung kOok yang melihat wajah Tae hYung yang sudah penuh dengan makanan sekadar mampu membuat muka terkejut. Padahal hakikatnya ,dia ingin bergolek -golek ketawa. Dia memandang So Mi yang sudah tergamam. 

Serve you right,Han So Mi !! Wahaha..

 

 

Jung Kook bersandar penat pada sofa . Matanya dipejam rapat. Cuba untuk melelapkan mata yang sudah keletihan namun tetap tidak boleh.

Perbualan serius antara dia dan Tae Hyung masih berlegar di ruang mindanya. 

   "Kau cuma sepupu dengan dia je kan Jung Kook?"

   "Jujur dengan aku ,kau langsung tak ada perasaan pada dia kan?"

  "Tolong aku dapatkan So Mi balik .."

   "Aku perlukan dia .. Lebih dari sesiapapun kat dunia ni"

Mata Jung Kook terus terbuka luas. Kata -kata Taehyung itu memang memberi kesan mendalam . Semua jawapan yang diberi bagi soalan lelaki itu  kesemuanya tipu belaka.

Tolong dia?. Macam mana aku nak tolong dia sedangkan aku sendiri pun tak tahu macam mana. Perluke aku nak tolong dia...

Sebelah Jung Kook tiba -tiba diduduk So Mi dengan selamba. Gadis itu pantas mengambil alat kawalan lalu membuka tv. Jung Kook di sebelah tidak diperduli .

Pantas jarinya menekan-nekan punat alat tersebut. Mencari siaran yang menarik perhatiannya. Jung kook mengerling kearah So Mi di sebelahnya.

Dipandang  wajah gadis itu untuk suatu masa yang lama.  Satu helahan lemah dilepaskan perlahan. Begitu perlahan. Tangannya merampas alat kawalan dari tangan gadis itu lalu terus menutup tv. 

So Mi yang tersentak terus melenting kuat. Dijelingnya Jung Kook yang kelihatan serius. 

   "Apa ni ..bag--"

   "Tae Hyung masih suka kau!"

Terkedu So Mi apabila Jung Kook tiba -tiba berkata sebegitu kepadanya. Matanya membesar memandang Jung Kook yang turut membalas pandangannya 

Hanya wajah terkejut yang mampu disiarkan So Mi ketika itu. Kenapa tiba -tiba Jung Kook berkata sebegitu .

   "A...apa kau merepek ni?..dah,beri balik remote tu"seperti cuba lari dari perbualan,So Mi berpura -pura tidak kisah dengan apa yang dikatakan suaminya itu. 

Jung Kook mencampak jauh alat kawalan tersebut dari mereka berdua. Dia memandang kearah So Mi yang kelihatan cemas. "Dia tak ada niat pun untuk tinggalkan kau sebelum ni"

Diam. So Mi hanya mampu membisukan diri. Kepalanya tertunduk memandang lantai. Tangannya berpelukan antara satu sama lain. 

   "Aku ada soalan nak tanya kau"wajah So mi dipegang Jung Kook lalu didongakkan memandangnya.

   "Adakah kau dah lupakan Tae Hyung?"

...

Mata So Mi tidak dapat berkedip . Mulutnya juga terbuka kecil. Air liurnya ditelan sukar sebelum kepalanya ditunduk memandang lantai. 

   "Belum"pendek jawapan So Mi 

Jung Kook mengangguk kecil sebelum bersandar pada sofa dengan lagak selambanya. Kakinya disilangkan bagai boss besar. 

  "Baguslah... Aku ingat kau dah jatuh cinta pada aku..merana aku nanti"

Mendengar sahaja t ujuan sebenar Jung Kook itu,So Mi pantas mengangkat wajah .Matanya membutang memandang Jung Kook yang sedang syok mengorek hidung. 

   "Huh?"

   "Bukan apa..aku tak naklah mak cik macam kau ni jatuh cinta kat aku..you know my taste.... "

Tappp

Tengkuk Jung Kook disiku So Mi dengan ganas. Gadis itu sudah mengamuk nampaknya. 

  "Arkk..au au..sakitlah"Jung Kook dengan sepenuh tenaga cuba melindungi tengkuk berharganya itu.

Dihalangnya tindakan ganas So Mi itu. Terus dia meloncat turun dari soda lalu berlari menaiki anak tangga terus ke bilik. Tidak lama itu,kedengaran bunyi kuat tutupan pintu. So Mi mendengus kasar. 

Dia berpeluk tubuh diatas sofa. Hatinya kini terasa begitu perit dan terasa seperti dipermainkan. Kata -kata Jung Kook sangat menyakitkan hatinya. 

Dadanya dipegang . Tapi kenapa dia pwrlu rasa kecewa ?..

 

 

Kaki Tae Hyung menguis -nguis tanah.Tangannya terseluk selesa di dalam kocek seluar. Matanya memandang kearah pelajar -pelajar perempuan yang baru tiba kesekolah. Masuk minit sekarang,sudah cecah setengah jam dia tercegat di hadapan pagar sekolah. 

Hari ini tidak seperti biasa,pagi -pagi lagi dia sudah memecut ke sekolah dengan motorsikalnya.Sedang dia memerhati,matanya akhirnya menangkap sesusuk tubuh yang sedang berjalan dengan seorang lelaki. Jungkook.

   "Somi!"panggil Tae Hyung ceria.

Kakinya pantas mengatur kearah kedua insan tersebut. Tangan So Mi terus dipegangnya erat. "Mari"ajaknya .

Tanpa sebarang ucapan pagi,gadis itu terus diheret bersama masuk kedalam perkarangan sekolah. Meninggalkan Jung Kook termanggu -manggu seorang diri. 

 

 

     "Biar aku buat tu"

     "Ini kerja lelaki..biar aku buat"

     "Aku buat"

     "So Mi"

     "So Mi"

      "So Mi"

Jung Kook menongkat dagu memandang Tae Hyung yang sedang menyibukkan diri membantu So Mi menampal kertas pada notis kenyataan kelas. Sibuk benar rakannya itu hari ini ya.

   "Wahh..Tae Hyung memang dah kembali jadi putera Tae Hyung  ni"muncul Jimin tiba -tiba. 

Lolipop 60 sen terlekat pada mulutnya. Dia turut memerhatikan sahaja tindak tanduk rakannya itu. Sibuk memanjang. Dia duduk bersilang diatas kerusinya .

Mata Jimin mengerling krarah Jung Kook yang dari tadi tidak memberi sebarang reaksi. Disinggulnya badan rakannya itu. 

   "Kau sepupu So Mi kan?So Mi ada citer apa apa ke fasal Tae Hyung?"tanya Jimin cuba mengorek rahsia. 

    "Huh..ta..tak..tak ada apa -apa pulak"jawab Jung Kook tidak pasti. 

Jimin mencebik sedepa. Dia kembali memandang kearah Tae Hyung dan So Mi sebelum menggeleng lemah. 

   "Tapilah kan,kalau betullah Tae Hyung nak kembalikan hubungan dorang..Aku sokong habis"luah Jimin sambil matanya tidak lepas memerhatikan gerak geri Tae Hyung.

Rakan karibnya itu dari tadi tidak lepas dengan senyuman. Senyuman yang tidak dibuat -buat. Melihat keadaan Tae Hyung sebegitu membuatkan dia malah Hoseok lega. 

    "Aku dengan Hoseok kenal dia dah lama ..sebelum dia kenal dengan So Mi,memang payah gila nak tengok dia senyum. Time tu,kitaorang nama ajer kawan dia tapi langsung tak lepak sama..Tae Hyung dulu lebih suka bersendirian,dingin,sombong ,bongkak dan segalanya yang teruk ada padanya..sampailah,So Mi muncul. Perangai dia terus berubah.."cerita Jimin panjang lebar bak seorang bapa yang bangga akan perubahan positif anaknya.

Jung Kook membisu. Benarke apa yang dicerita Jimin kepadanya. Sebab So Mi...

 

 

 

 Langkah So Mi terhenti apabila Tae Hyung tiba-tiba menghalangnya. Lelaki itu tersenyum kekok.  "Kenapa?"soal So Mi sambil memandang pelik .

    "Jom date!"

    "huh?"

Tae Hyung pantas menakup mulutnya . Habislah. Bagaimanalah dia boleh terlepas cakap. Ayoyo.

    "Tak..tak..maksud aku..esok ,temankan aku beli shoes baru "tutur Tae Hyung gugup . 

Perasaannya sekarang langsung tidak dapat digambarkan.Ini lebih mendebarkan dari mendapat keputusan peperiksaan.

   "Tae Hyung,aku ta--"

    "Jumpa esok..pukul 3 petang ..bye"

Tidak mahu mendengar dahulu jawapan gadis itu,Tae Hyung terus berlari pergi. Meninggalkan So Mi termanggu sendirian. 

    "Tae Hyung"

 

 

Jung Kook membaca mesej yang baru dihantar Tae Hyung kepadanya. 

From : mamat Tong Sampah

Aku dah ajak dia..esok tolong pastikan dia pergi ya ..tq chingu..

Jung Kook memadam terus mesej tersebut dari terus menyemak di peti masuk telefonnya. Kepalanya kemudian berpaling kearah So Mi yang masih tercegat di tempat tadi. 

​   "Lets play fair game,Kim Tae Hyung"

 

 

=====END OF CHAP 019=====

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'