CHAP 029

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Satu restoran bergema dengan jeritan terkejut beruk 4 sahabat setelah mendengar berita yang disampaikan oleh Jung Kook. Mata masing -masing membutang luas bagai nak terkeluar anak mata.

Jung Kook pula dengan selamba menghirup sup tulangnua sambil tersenyum lebar. So Mi di sisinya pula sudah menepuk -nepuk belakang Hyeri yang tercekik tulang ayam. 

   "Weyh..ini bulan april fool..Lawak apa kau buat ni bro?."tutur Jimin masih tidak mempercayai kata -kata gila rakannya itu.

   "Yalah..kau nampak aku macam tipu ke sekarang ni?"

Serentak keempat -empat rakannya itu mengangguk laju . Langsung tidak percaya akan Jung Kook yang sentiasa main -main itu. 

   "Sayang~tengok dorang tu tak percaya oppa sekarang ni"runggut Jung Kook gedik.

Meminta pertolongan So Mi yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia sahaja yang beria menceritakan segalanya sedangkan isterinya itu hanya selamba menikmati sotong goreng seorang diri. 

Lengan So Mi dirangkul erat sambil melentokkan kepalanya dengan manja . So Mi menelan sisa terakhir sotong goreng di dalam mulutnya sebelum kepala Jung Kook di tolak jauh. 

   "Ya betul ..Kitaorang dah berkahwin"terang So Mi dengan ringkas tanpa sebarang perasaan. 

Dia kembali mengunyah sotong goreng kegemarannya itu . Reaksi yang diberi rakan -rakannya itu langsunh tidak diambil kisah. Yang penting adalah Makan..

Hoseok menyerabutkan rambutnya. Serabut otaknya cuba mempercayai kata 2 orang insan di hadapannya ini. Ini lebih sukar daripada cubaannya untuk mengawal kuda petang tadi.    

   "Okay,fine..Kalau So Mi pun dah cakap..aku percaya"putus Hoseok akhirnya dipersutujui oleh yang lain. 

Kalau So Mi sudah mengaku maknanya adalah sahihnya. So Mi bukannya jenis yang suka buat lawak.  Lagipun,gadis itu nampak serius sajer. 

Jung Kook tersenyum riang sambil memeluk kedua -dua orang rakan lelakinya itu . Gembira yang sekurang -kurangnya dia tak perlu sembunyikan kegedikannya di hadapan rakan -rakannya itu.

 

   "Sayang~ Sayangku~"

Dahi So Mi berkerut -kerut apabila dia kerap mendengar suara Jung Kook memanggilnya . Dia yang sedang berselubung dengan selimut diatas katil perlahan -lahan membuka matanya yang terasa begitu berat. 

Buka sahaja matanya,pandangannya terus dipenuhi dengan wajah Jung Kook yang sedang duduk diatas lantai merenungnya yang terbaring diatas katil. Apalagi meloncatlah So Mi diatas katil. 

Dia terus bersembunyi di dalam selimutnya akibat terkejut . Bagaimana lelaki itu boleh masuk kedalam bilik sedangkan Yuju dan Hyeri tidur bersamanya. 

Melihat So Mi yang bagai beruang diatas katil membuatkan Jung Kook tidak dapat menahan daripada menerkam isterinya itu. Dengan sepenuh tenaga dia mengangkat So Mi yang berbungkuskan selimut itu masuk kedalam bilik. 

So Mi didudukan di hujung tab mandi. Selimut dibuka daripada terus menutup wajah gadis itu. Memaparkan So Mi yang sedang terpingga-pingga dengan apa yang berlaku sehingga tidak dapat berkata apa -apa. 

Tangan Jung Kook menadah air sebelum dengan perlahan dan cermatnya dia menyapu air tersebut keseluruh sudut wajah gadis itu.So Mi terdiam membisu dan hanya membiarkan lelaki itu melakukan segalanya untuk dia. 

Pencuci muka yang entah milik siapa kemudian dipicit ke tapak tangan sebelum disapu ke wajah So Mi dengan lembut. Jung Kook tanpa sebarang kata terus melakukan segalanya untuk gadis itu. 

Tangan Jung Kook yang ingin mencapai tuala setelah siapa membasuh muka dipegang So Mi. 

   "Terima kasih..oppa "

Panggilan terakhir membuatkan Jung Kook terkesima seketika. Tuala yang baru dicapainya terus terjatuh keatas lantai . Jantungnya berdegup laju selajunya keretapi ke Busan.

Senyuman yang tercorak pada wajah gadis itu membuatkan dia makin tak terkawal. Mulutnya terus menggigil ingin meneruskan kata. 

  "Uhha.aah..tunggu kat luar..bersiaplah.." tutur Jung Kook gelabah sebelum tergesa-gesa keluar daripada bilik air.  

So Mi hanya tertawa kecil . Dia pantas menutup pintu lalu terus membersihkan dirinya.

 

Nota kecil yang tertampal pada cermin dibaca So Mi sebelum meronyokkannya. Hyeri dan Yuju tak guna. Jadi sebab itulah Jung Kook dengan senang masuk kedalam bilik mereka. Rupanya rancangan budak bertuah dua orang itu. 

Lagi satu,sampai sungguh hati rakannya itu pergi dahulu sebelumnya. Meninggalkan dia dan Jung Kook bersama. 

Setelah selesai bersiap ,So Mi terus keluar daripada biliknya. Keluar sahaja ,matanya terarah kearah Jung Kook yang sedang berdiri membelakanginya . Lelaki itu khusyuk memerhati pelancong lain bersuka ria di kolam renang. 

Perlahan -lahan So Mi mendekati lelaki itu sebelum dengan selamba memeluk Jung Kook daripada belakang membuatkan lelaki itu tersentak. "Jom"

Jung Kook menelan air liurnya gugup sebelum tersenyum lebar. Berlagak biasa. Kepala So Mi diusap lembut sebelum mengangguk kecil. 

   "Lapar?"

 

Mi goreng itu dimakan So Mi dengan penuh selera. Sekarang sudah pukul 1 petang ,mungkin sebab itulah dia lapar semacam. Bila difikir balik,tidak sangka dia bangun begitu lewat. Memalukan sungguh.

Makanan Jung Kook langsung tidak tersentuh . Dia lebih asyik memerhatikan isterinya itu makan dengan gelojoh. Langusng tiada sopannya.

Dia tersenyum apabila melihat sisa makanan yang terlekat di hujung hidung gadis itu. So Mi berhenti makan . Dia mendongak memandang kearah Jung Kook yang berterusan memandangnya macamlah dia stik yang lebih sedap. 

   "Kenapa?...tak laparke?"soal So Mi hairan. 

Hendak kata makanannya tak sedap,okay sahaja. Bolehlah ditelan tekak . Tidaklah teruk sangat. 

Tidak menjawab soalan So Mi itu,Jung Kook mendekatkan dirinya kearah So mi yang duduk dihadapannya sehingga wajah mereka hanya berjarak beberapa sentimeter. 

   "Aigoo~what a clumsy girl you are"sisa makan yang terlekat pada hidung So Mi pantas dilap Jung Kook. 

So Mi terkedu,pipinya terus memerah. Macam manalah dia boleh tidak sedar akan perkara itu. 

Apabila melihat Somi yang sedang malu sendiri,Jung Kook terus ketawa .

 

Pelbagai jenis baju dibaling kearah So Mi kepada Jung Kook sebelum menolak lelaki itu masuk kedalam bilik persalinan. Dia bertepuk teruja melihat begitu banyak pilihan baju pasangan untuk dibeli. 

  Setelah hampir berpuluh baju dicuba dan begitu banyak kedai dilawati ,Jung Kook akhirnya kehabisan tenaga. 

Dia dengan gaya zombinya terus masuk kedalam bilik persalinan bagi memenuhi semua kehendak gadis itu. Tidak fasal dia menjadi model tak berbayar gadis itu hari ini. 

 Sementara menunggu ,So Mi berterusan meronda sekitar kedai berkali -kali sambil membelek baju -baju yang lain. Sedang dia membelek baju yang terpamer,seorang lelaki tiba -tiba datang menghulurkannya sebotol jus oren. 

   "Cari baju?"tegur lelaki kacak yang tidak dikenali itu. 

So mi meletakkan semula baju dalam pegangannya tadi lalu memandang lelaki di hadapannya itu. Dipandangnya lelaki itu daripada atas ke bawah sebelum kagum dengan penampilan yang ditonjol lelaki itu. 

Dengan ketinggian yang dimiliki oleh lelaki itu,walaupun dengan t-shirt berlengan panjang yang disinsing dan seluar jeans hitam lelaki itu sudah nampak cukup bergaya. Kacak pula itu!

   "Maaf,awak siapa?"enggan menerima minuman tersebut,So Mi mula mempersoalkan kehadiran lelaki itu. 

Lelaki itu tersenyum lebar sebelum menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan . 

   "Saya Min Gyu.. Pemilik Kafe depan tu.."tuturnya sedikit bangga. 

So Mi tersenyum senget. Perluke dia kenalkan dirinya juga. Hello ,saya So Mi, pewaris kepada sebuah syarikat yang mampu beli kafe awak ini jadi sila melutut. 

Belum sempat So Mi ingin menyambut tangan Mingyu ,tangan lain pula yang sibuk menggantinya. Jung kook dengan wajah dinginnya memandang Mingyu di hadapannya. 

Ada hati sungguh nak pikat isteri orang. Meh aku lanyak dahulu. 

   "Kau siapa?"soal Mingyu pantas menarik semula tangannya daripada tangan Jung Kook tadi.

Jung Kook menarik So Mi rapat kepadanya . Pinggang gadis itu dipegang supaya tidak lari daripadanya. Manalah tahu lelaki di hadapannya ini tetiba bawa lari isterinya. Meroyannya karang.

   "Suami dia ,ada masalah?"

Terbutang mata Mingyu mendengar kata -kata Jung Kook itu. Siapa sangka gadis yang diingatnya masih belajar sudah ada suami. Dia pun tidak ada teman wanita.

Dia terus berundur ke belakang sebelum tersenyum kekok. "Oh..emm..saya minta diri dahululah ya"tidak mahu jadi perosak,Mingyu terus berlalu pergi. 

Jung Kook menoleh kearah So Mi dengan pandangan membunuhnya . "Apa?"

   "Kenapa tak lari tadi?"marah Jung Kook masih bengang dengan tindakan gadis itu. 

Nasiblah dia cepat salin . So Mi menolak Jung kook daripadanya. "Nak lari buat apa ?. Dia bukannya nak culik orang pun.."balas So Mi acuh tak acuh.

Dia memandang Jung Kook yang berpakaian t-shirt kelabu dengan gambar hati separuh bertulisan LO. Lama dia merenung baju yang dipakai lagi itu sebelum melompat kegembiraan. 

   "Kita dah jumpa ! Dah jumpa!.."putusnya sambil terus menarik Jung Kook menuju ke kaunter pembayaran.

Akhirnya mereka berdua keluar daripada kedai dengan baju pasangan yang sama. Mereka berdua berjalan di sepanjang barisan kedai itu sambil So mi teruja membeli begitu banyak cenderamata untuk ibunya ,Myung Soo dan nenek.

Jung Kook memandang t-shirtnya sekali lagi sebelum tersenyum malu. Dia mengerling kearah So Mi disebelahnya . Tangannya perlahan -lahan menyentuh milik gadis itu sebelum memegang erat tangan So Mi itu. 

Dia tersenyum lebar apabila gadis itu langsung tidak mrmberi sebarang komen. Mereka berjalan dengan senang hatinya sambil berpegang tangan. 

   "Nak aiskrim?"soal Jung Kook apabila matanya terarah ke sebuah kedai yang menjual aiskrim .

Tanpa berfikir lama,So Mi terus mengangguk laju. Dua batang aiskrim vanilla dibeli . Jung Kook menjilat laju aiskrimnya . Dia kemudiannya memandang So Mi yang turut khusyuk menjilat aiskrim sendiri. 

Dia memandang So Mi seketika sebelum jarinya mencoles aiskrimnya lalu dicomotkan ke bibir gadis itu. Dahi So Mi terus berkerut apabila Jung Kook tiba-tiba melakukan sebegitu kepadanya. 

Dia memandang tajam kearah lelaki itu sebelum tangannya diangkat ingin mengelap bibirnya. Namun tidak sempat tangannya tiba ke bibirnya,Jung Kook sudah menahannya. 

Dalam sekelip mata,bibir Jung Kook tiba -tiba menyentuh miliknya tepat -tepat pada kesan aiskrim itu. Masa bagai terhentu seketika. Siapa sangka lelaki itua akan menciumnya di khalayak ramai.

Jung Kook menjauhkan wajahnya sebelum menjilat bibirnya yang kini memiliki aiskrim vanilla tadi. Dia mengenyit matanya dengan seksi kepada isterinya sebelum berlalu pergi. 

Meninggalkam So Mi terpingga-pingga seorang diri. Perlahan -lahan So Mi tersenyum malu sebelum menampar -nampar pipnya . Licik..

 

Malam menjelma dan Jung Kook sibuk menyediakan kejutan untuk isterinya yang sedang berehat dengan Yuju dan Hyeru di spa. Manakala dia ,Hoseok dan Jimin pula sedang sibuk.menyediakan parti barbeque di atas bumbung hotel . 

Bau asap yang sedap menusuk hidung mereka. Sementara Hoseok dan Jimin menguruskan hal makan malam mereka , Jung kook pula sibuk merancang sesuatu dengan seorang pekerja hotel. 

    "Dorang akan datang lagi 5 minit!"jerit Jimin kelam kabut sebaik menerima mesej daripada Hyeri. 

Jung Kook pantas membetulkan dirinya. Sekuntum bunga ros palsu yang dirembatnya daripada meja ruang menunggu di lobi hotel dipegangnya erat.    

Otaknya sibuk mengira masa . Bila -bila masa sahaja gadisnya akan muncul di hadapan pintu itu. Hoseok dan Jimin pula sudah bersedia dengan tugas masing -masing. 

So Mi yang tidak tahu apa -apa dipaksa Hyeri dan Yuju ke atas bumbung . Kononnya untuk melihat pemandangan yang lebih indah. 

   "Bukaklah"tutur Yuju teruja. 

Pintu dibuka So Mi perlahan -lahan sebelum sebuah alunan muzik yang agak romantik menjengah gegendang telinganya. Apabila buka sahaja luas daun pintu tersebut,matanya bercahaya memandang kearah Jung Kook yang sedang tersenyum kearahnya. 

Lelaki itu berdiri tegak di hadapanya sebelum dengan tangan menggigil menyerahkan bunga tersebut kepada So Mi . 

    " Let's have fun "bisik Jung Kook ke telinga So Mi sebelum memeluk erat gadis itu yang sedang terkaku dengan apa yang berlaku. 

Lampu suluh ditekan Jimin apabila Jung Kook memeluk So Mi . Serentak itu juga,bunga api berlepas ke udara dan membentuk hati di udara . 

Bang. Bang..bang..

So Mi tidak terkata apa -apa. Dia hanya mampu menyaksikan pertunjukkan bunga api di hadapannya ini dengan penuh rasa terharu. Tidak sangka semua ini di disediakan untuknya. 

Inilah saat yang terindah yang pernah dialaminya buat ketika ini. Jung Kook sememangnya penuh dengan kejutan yang tak terduga. 

Jung Kook meleraikan pelukannya sebelum menguntum senyuman manis .

    "Dah lama oppa nak tanya fasal ni.. Han So Mi, are you falling for me now?"

So Mi diam membisu sebelum dia tiba -tiba menitiskan air mata kegembiraanya. Perlahan dia mengangguk malu membuatkan Jung Kook bersorak gembira. 

Leaki itu memeluk So Mi sekali lagi sambil mengoyang -goyangkan badan gadis itu bersama dengannya. 

   "Barbeque time!!"jerit Hoseok memulakan party mereka. 

 

 

Hari ini adalah hari terakhir mereka dan So Mi pagi -pagi lagi sudah keluar daripada resort. Bersiar -siar di sekitar pantai di hadapan resort mereka. Angin sejuk pagi membuatkan dia menggigil kesejukan memandangkan dia hanya memakai baju tipis bersama seluar treksuit. 

Rambutnya yang dilepaskan beralun ditiup angin . So Mi mendekati air pantai lalu menyelamkan kakinya ke dalam air. Suhu sejuk tidak dipeduli ,yang penting dia rasa sungguh tenang. 

Bahunya tiba -tiba terasa berat apabila ada beban yang menumpang. Perlahan -lahan dia berpaling ke sisinya sebelum melihat kepala Jung Kook telah terletak di bahunya. Lelaki itu tersenyum tipis sambil tangannya melingkari pinggang isterinya itu. 

   "Oppa nak kita kekal di sini.. Jauh daripada orang yang telah kenal kita.."luah Jung Kook .

Matanya merenung kearah ombak lembut yang menyentap pasir pantai. Wajah Sa Na muncul di kotak fikirannya. Dia ingin larikan diri daripada kenangan silamnya entah kenapa. Yang dia mahu sekarang hanya bersana isterinya. 

Mungkin dia akan digelar penting diri tetapi itulah yang dia inginkan sekarang. Sudah cukuplah dengan segala kerosakkan yang berlaku pada perhubungannya dengan So Mi. Dia sudah tidak larat lagi. 

Tangan Jung Kook yang memeluk pinggang dipegang So Mi . Gadis itu tersenyum lembut. "Tapi kita tak boleh... Kita tak boleh lari daripada mereka"pujuk So Mi .

   "Aku tak nak kau tinggalkan aku lagi..Cukuplah segala salah faham yang telah berlaku..lepas ni,tak tahulah apa lagi yang akan berlaku.."tutur Jung Kook mendalam membuatkan So Mi terkesima. 

Perlahan-lahan Jung Kook meleraikan pelukannya .  "Mari...jom berkemas ..."ajaknya sebelum berlalu pergi terlebih dahulu. 

   "Apa maksud kau Jung Kook.."

 

 

 

 

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'