CHAP 016

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Tae Hyung duduk memeluk lutut diatas lantai hujung katilnya sambil matanya memandang gambar -gambar yang berselerak diatas lantai biliknya itu. Telefon pintarnya dari tadi tidak berbunyi.

   "Tuan muda,masa makan ubat.."beritahu pembantu peribadinya yang tiba-tiba masuk kedalam bilik.

Dia menatang sedulang ubat  lalu mendekari Tae Hyung yang sekadar membatukan diri. Beberapa biji pil dikeluarkan dari bekasnya lalu dihulurkan kepada Tae Hyung.

   "Aku dah normal..aku tak gila.."tutur Tae Hyung terketar -ketar sambil kepalanya menggeleng -geleng laju.

Dia menepis huluran pil-pil tersebut hingga berterabur keatas lantai. Dia menutup kedua dua belah telinganya sambil terus menggeleng. "Tak!.. Tak!!..Dia tak akan tinggalkan aku!!"jerit Tae Hyung seorang diri seolah -olah sedang menafikan sesuatu.

Pembantunya,Baek Hyun pantas cuba menenangkan.Perkara ini sudah menjadi kebiasaan pada Tae Hyung sejak anak majikannya ini berpisah dengan kekasihnya . Penyakitnya kembali menyerang membuatkan seluruh isi rumah pening.

    "Ya,ya!. Dia tidak akan tinggalkan kamu.."Tae Hyung terdiam sebaik mendengar kata -kata Baek Hyun itu. 

Dia merenung kosong . "Hyung,saya sayangkan dia..sangat..."luah Tae Hyung sebelum matanya tiba-tiba berkaca . 

Bekas ubat dipandangnya sebelum pantas mencapainya,dituangnya banyak pil keatas telapak tangan sebelum ingin menelan kesemuanya sekaligus namun panta ditahan Baek Hyun. Ini nak bunuh diri namanya!.

   "Jangan.."

  "Hyung ,kalau saya normal,dia akan kembali kan?. Jadi saya kena cepat sembuh!. Hyung.."terdiam Baek Hyun mendengar kata -kata Tae Hyung itu.

Dia yang sudah tidak tahu ingin kata apa sekadar mengiakan sahaja. Dia mengambil lembut bekas ubat tersebut dari pegangan lelaki itu. Badan Tae Hyung dirangkulnya lembut sebelum.dia yanh menitiskan air mata.

   "Ya Tae Hyung..Jadi sebab itu kamu kena sembuh..baru dia akan kembali.."pujuk Baek Hyun srraya menepuk-nepuk lembut belakang badan  Tae Hyung.

Walaupun dia hanyalah pekerja dalam keluarga itu namun Tae Hyung sudah dia anggap bagai adik kandungnya sendiri. Melihatkan keadaan Tae Hyung yang makin teruk itu membuatkan dia serba salah atas segala yang berlaku keatas anak muda itu.

    "Hyung janji..janji dia akan kembali.."

    "Hyung janji...janji.."

 

 

So Mi dan Jung Kook memandang padang lumpur yang terbentang luas dihadapan mereka sekarang ini. Myung Soo dan Nenek Shim sudah terlebih dahulu berada.di dalam lumpur sambil mencari sesuatu yang tidak diketahui.

   "Apa yang kamu berdua tercegat lagi kat situ!.Cepatlah tolong!"pekik Nenek Shim yang sudah berlumuran dengan lumpur. 

Mungkin sebab inilah kulit wanita tua ini masih cantik ,spa lumpur selalu.So Mi mencebik sedepa. Nak turun kedalam lumpur yang kotor lagi menjijikkan ini?. Memang taklah!.

 Jung Kook menjeling kearah So Mi yang sedang buat muka katak tak rela. Dia tersenyum sebelum perlahan -lahan merelakan diri masuk kedalam lumpur. Alah,lumpur je bukan tanah selut.

    "Masuklah mak cik oii..kau ingat kau puteri ke?. Ke,nak aku..."tangan Jung Kook menyelup kedalam lumpur.

Sudah sedia untuk main perang lumpir dengan gadis itu. "Yah!kau baling ,siap"ugut So Mi. Dia memandang kearah Nenek Shim yang sudah memberi pandangan membunuh kearahnya.

Dia mendengus geram. Seliparnya dibuka lalu perlahan-lahan menyelupkan kakinya kedalam lumput tersebut. Eiiiuhhhh..

Ketika dan saat ini,dia terasa ingin cepat kehari esok supaya dia dapat balik ke tempatnya yang asal. Tempatnya yang selesa dan bersih!.

   "Done."So Mi yang sudah berjaya berdiri sepenuhnya di dalam lumpur menghela lega. Dia memandang kearah Jung Kook yang tersengih nakal kearahnya. 

Apa?. Tak..tak!!!

Gluppp...

SO mi menjerit kegelian apabila hampir seluruh badannya termasuk wajahnya sekali sudah berlumpuran dengan lumpur. Jung Kook yang merupakan dalang segalanya sudah berdekak ketawa sambil menekan -nekan perut.

Agaknya kalau mereka berada diatas tanah,sudah lama lelaki itu bergolek sakan. So Mi mengesat geram wajahnya yang sudah tidak nampak macam wajah. Dia mendekati Jung Kook.

   "Hey..hey..jangan dekat..Hey!!"halau Jung Kook apabila So Mi semakin mendekatinya.

So Mi tersenyum lebar sambil mendepakan tangannya . "Marilah.."ajak So Mi sebelum menerjah kearah Jung Kook yang sedaya upaya cuba melarikan diri .

Kedebupppp

Akibat terdesak sangat ingin lari,Jung Kook akhirnya mengorek lubang sendiri. Kakinya tersadung pada sesuatu lalu terus jatuh tepat diatas lumpur. So Mi  terdiam seketika sebelum ketawanya terus meletus.

Nenek Shim dan Myung Soo yang sekadar memerhati turut ketawa sekali. Cara Jung Kook jatuh yang macam superman tak dapat terbang memang lawak.

 Jung Kook akhirnya berserah. Dia duduk bersila diatas lumpur tersebut seraya menyimbahnya sedikit kearah So Mi. Mereka berdua berpandangan muka buruk masing -masing sebelum masing -masing ketawa lucu.

   "Buruknya kau!"

   "Kau lagi buruk!"

Tidak puas disaluti dengan lumpur,Jung Kook bangun lalu membaling segumpal lumpur kearah So Mi membuatkan gadis itu menjerit geram. "Kau!!"

    "Hahahaha.."

Nenek Shim tersenyum kecil melihat pasangan muda tersebut sibuk bermain. Jung Kook kini sudah digulingkan So Mi keatas lumpur bagai sedang membuat sunyi. Roll..roll..

Akhirnya,tidak fasal -fasal Myung Soo yang tiada kena mengena turut terjoin sekali. Lumpur tersebut sudah jadi macam air sahaja bagi mereka. 

   "So mi,Myung Soo..tengok ni..berenang gaya butterfly.."tutur Jung Kook sambil kononnya berenang diatas lumpur.

Habis terpecik-pecik lumpur tersebut kearah So Mi dan Myung Soo yang memerhati. Mereka berdua ketawa lucu melihat gaya Jung Kook yang lebih kepada kata berbanding rama -rama.

 

Jung Kook,So Mi dan Myung Soo akhirnya yrrdampar di tepi kolam lumpur tersebut. Masing -masing kepenatan setelah berjam main di dalam lumpur.Lumpur adan badan mereka juga sudah kering.

   "Aku pergi amibil tuala basah jap"tutur Myung Soo lalu berlari meninggalkan So Mi dan Jung Kook berduan .

Jung Kook mengerling kearah So Mi di sebelahnya. Wajah sisi gadis itu direnung lama . Segaris senyuman tiba-tiba terukir pada wajahnya tanpa disedari.

   "Aku tahulah aku cantik,jangan tenung macam tu sekali"tutur So Mi sambil menjegilkan matanya kearah Jung Kook yang sudah tersedak lumpur.

   "Eherh..jangan perasanlah!. Aku tenung tu.."

   "Kereta sorong?"soal So Mi hairan apabila lelaki itu menununjuk kearah kereta sorong yang terletak berdekatan mereka.

Jung Kook pantas mengangguk. Dia bingkas bangun lalu bergerak kearah kereta sorong iu. Dia berdehem kecil sebelum memandang kearah So Mi yang sudah buat muka pelik.

   "Jo..jom..balik"ajaknya tersekat -sekat. 

So Mi perlahan -lahan bangun lalu mendekati Jung Kook yang berdiri di sisi kereta sorong itu. " Naik "arah Jung Kook membuatkan So Mi tercengang.

   "Hah!. Naik ni?. "

   "Yalah mak cik..benda ni je ada..kau ada nampak kapal terbang ke kat sini?. "

So Mi memandang kereta sorong itu lama sebel u m dia akhirnya duduk di dalamnya. Jung Kook tersenyum lebar. 

   "Baiklah ,puan nak pergi mana?"soal Jung Kook ala -ala pemandu teksi gitu . So Mi tertawa kecil sebelum berpeluk tubuh.

   "Ke rumah Nenek Shim please.." layan. So Mi mula memberikan destinasi yang ingin ditujunya.

   "Baik..pegang kuat"pesan Jung Kook sebelum dengan kudratnya menolak gadis itu laju ke hadapan.

Terus ke rumah Nenek Shim yang tidak jauh ke hadapan.

 

 

 

Pencuci muka dipicitkan ke telapak tangan. So Mi dan Jung Kook sama -sama membersihkan segala kotoran pada wajah mereka. Jung Kook dengan telitinya membersihkan segala kotoran pada wajahnya.

Dia memandang kearah So Mi yang sudah membilas wajah dengan air . Sudah siap?. Matanya terarah kearah kotoran lumpur yang masih melekat di sisi -sisi wajah gadis itu. Haih,tak teliti benar. 

Pencuci muka dipicit lagi le telapak tangan. "So Mi,sini..". 

   "Kena--"

Mata So Mi membulat apabila tangan Jung Kook tiba -tiba menyentuh wajahnya lalu membersihkan wajahnya sekali lagi. "Kau ni memang tak telitilah..lihat,sini masih ada"bebel Jung Kook seperti seorang bapa memarahi kecuaian anaknya. 

Jari jemari lelaki itu lembut menyental kotoran degil di setiap penjuru wajah. "Tutup mata.."arah Jung Kook lalu membilaskan wajah gadis itu .

Selesai,dia menarik gadis itu duduk diatas kerusi jamban lalu mengambil botol syampu diatas rak . Diletaknya syampu pada rambut gadis itu . 

   "Jung Kook ,aku boleh buat sendiri"tolak So Mi yang mula rasa tidak selesa. 

Namun ,jung Kook sekadar mendiamkan diri. Tangannya lembut menyental rambut panjang gadis itu,memastikan tiada lumpur yang terlekat pada rambut isterinya.

So Mi tersenyum,selesa menerima rawatan rambut khas dari lelaki itu. "Aku rasa kau patut buka salon.."gurau So Mi membuatkan Jung Kook tertawa. 

Jung Kook mendekatkan wajahnya kearah So Mi sebelum membisikkan sesuatu. "Jadi,kau akan jadi pelanggan pertama aku.."balasnya .So Mi terdiam.

    "Ada potongan harga?"

    "Tak ada"jawab Jung Kook laju membuatkan So Mi menjuihkan bibirnya kedepan.

    "Kalau macam tu,tak hinginlah aku datang"Jung Kook tersenyum kecil mendengar rajukan gadis itu. 

Dia mencangkung di hadapan gadis itu. "Aku tak akan bukak salon..sebab,kau satu-satunya yang berhak terima rawatan aku..Secara percuma"batang hidung So Mi dicoleskan dengan buih syampu.

So Mi pula sudah terkedu. Jantungnya sudah tidak tentu arah. Kenapa ?. Kenapa sweet sangat ni!?.  

   "Baiklah.."Jung Kook meletakkan sebaldi air di hadapan kaki gadis itu.

   "Spa kaki pula.."tuturnya membuatkan So Mi tergamam. 

   "Eh,tak perlu..Aku boleh bersihkan sendiri"malu .So Mi yang ingin bingkas bangun ditahan Jung Kook. 

Didudukkan kembali gadis itu diatas kerusi jamban. "Pelanggan kena tunggu sampai rawatannya habis.."tegas Jung Kook sebelum kaki So Mi dipegangnya lalu dibilas dengan air.

Segala kotoran yang masih terlekat digosok sehingga bersih. So Mi memandang sahaja Jung Kook membasuh kakinya dengan tekun. Sibuk dengan kebersihan orang,dia sendiri tidak bersih lagi. 

   "Tak apalah ,kau bersihkan diri kau tu dulu.."tutur So Mi cuba menarik kakinya dari pegangan kemas lelaki itu.

   "Kau lagi penting dari aku..."Balas Jung Kook selamba. Dia masih fokus dengan kerja pembersihannya.

So Mi terkedu. Kata -kata lelaki itu benar -benar membuatkan mulutnya terkatup rapat. Dia lebih penting ?. Benarke?.

 

 

Suasana malam di kampung sememangnya menenangkan. Toada bunyi bising kenderaan seperi di bandar. Disini,semuanya sunyi dan hanya bunyi deruan angin yang menenangkan sahaja dapat didenhari.

So Mi duduk berseorangan di beranda rumah sambil memerhati susana malam. Dia tersenyum tenang memandang kearah sawah yang terbentang luas.

Dengan air yang sepoi-sepoi bahasa,dia rasa sungguh tenang .  Jung Kook..Jung Kook... fikirannya tiba -tiba melayang ke Jung Kook ,suaminya yang pelik itu. 

Kenapa hari ini,dia pelik sangat. Mula -mula asyik nak sakitkan hati orang. Lepastu ,dia boleh selamba pulak jadi sweet semacam. Adakah dia ada masalah personaliti?. 

So Mi tersenyum sendirian apabila mengenangkan betapa gembiranya dia dan suaminya itu bermain di padang lumpur. Lumpur yang kotor itu mereka boleh main bagai sedang bermain salji. 

Tidak cukup dengan itu,Jung Kook dengan sepenuh tenaga menolaknya dengan kereta sorong pulang ke rumah. Bagai tahu sahaja yanh dia sudah terlalu penat. Lelaki itu benar -benar membuatkan dia ketawa banyak hari ini. 

Hari ini,barulah dia terasa bahawa mereka bagai benar -benar sepasang suami. Pasangan yang bahagia.

 

 

Pagi-pagi buta lagi ,Jung Kook sudah mengejutkan So Mi dari tidur. Selesai bersiap,gadis itu dibawa keluar untuk berjalan -jalan. Mengambil udara segar di pagi yang hening. 

Basikal biru milik Myung Soo dibawa keluar dari garaj oleh Jung Kook. Ya,sudah tentulah dia minta keizinan.So Mi memandang kearah Jung Kook. 

   "Naiklah"ujarnya sambil tersenyum lebar. 

   "Kita nak pergi mana gelap -gelap macam ni,matahari pun tak muncul lagi"tutur So Mi yang sudah mengigil kesejukan. Dia berpeluk tubuh sambil menggosok -gosok badannya. 

Jung Kook mencebik geram. Banyak pula tanya. Pantas dia menarik gadis itu supaya duduk di belakangnya .Sebaik sahaja ,So Mi sudah duduk kemas di belakang,pantas kakinya memulakan kayuhan menuju ke tempat yang diinginkan.

 

   "Sampai.."Jung Kook memberhentikan kayuhannya. Dia menghela penat. Mana tak penat,pagi -pagi lagi dia sudah mengerah tenaga mengayuh basikal naik bukit. Bawak beban pula tu!. 

So Mi turun dari basikal. Dia memandang sekeliling yang dipenuhi pokok. Mereka kini berada diatas bukit yang kosong tanpa sebarang rumah

 Hanya terdapat beberapa buah bangku yang tersedia untuk mereka yang penat mendaki.Jung Kook mendirikan stand basikal lalu terus menarik gadis itu duduk di salah satu bangku.

   "Kita buat apa kat sini?"tamya So Mi apabila lelaki itu langsung tidak berkata apa -apa.

Jung Kook menilik jam tangannya sebelum dia mula mengira dari angka sepuluh sehingga ke satu secara perlahan.Sebaik dia tamat mengira,matahari terus terbit dengan sinaran cantiknya. 

   "Omo.."So Mi menakup mulutnya. Sungguh tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Sungguh cantik. 

Jadi inilah sebabnya Jung Kook membawanya ke sini. Ohh~. 

 

 

Sejurus mereka turun dari bukit,Jung Kook terus membawanya ke pasar pagi . So Mi tergamam melihat pasar yang begitu sesak di hadapannya. Sejujurnya inilah kali pertama dia ke pasar . Memandangkan selama ini,segala keperluan hanya dibeli oleh Mimi,pembantu rumahnya.

Jung Kook mengerling kearah So Mi yamg kelihatan teruja. Dia tersenyum melihat kecomelan wajah gadis itu. Tangan So Mi dikerlingnya sekilas. Air liur ditelan gugup sebelum perlahan -lahan tangannya ingin memegang tangan gadis itu namun pantas ditarik semula sebaik So Mi menoleh kearahnya. 

    "Ouh,itu nampak sedap..jom ke sana"ajak So Mi teruja lalu segera merangkul lengan Jung Kook supaya mengikutnya. 

Mereka berdua memandang kearah makanan laut kering yang dijual di situ. So Mi memandang bulat kearah sotong kering yang tampak sungguh menyelerakan. "Ahjumma,ini sotong kering kan?"soalnya meminta kepastian. 

Pantas mak cik tersenyum mengangguk. Dia mengambil cebisan sotong kering tersebut lalu dihulurkan kepada So Mi untuk dirasa. 

    "Urrmm..sedap..ahjumma,saya nak ni lima"pantas So Mi meminta. Dia menghulurkan sedikit kepada Jung Kook untuk turut merasa.

Bungkusan tersebut dihulurkan kepada So Mi selepas dibayar. Mak cik itu memandang gembira kearah pasangan di hadapannya. "Aigoo..kamu berdua ni memang secocok..seorang hensem,seorang cantik..hahaha"sempat lagi mak cik itu memuji .

Jung Kook dan So Mi saling berpanangan sebelum pantas mengalih ke tempat lain. Jung Kook berdehem perlahan sebelum tersenyum manis kearah penjual tersebut. Tangannya merangkul bahu So Mi. 

   "Kami suami isteri."dengan gembiranya,Jung Kook mendedahkan hubungan sebenar mereka. 

Wanita itu terdiam seketika sebelum tertawa kecil. "Omo,yeke?.haha..tahniahlah ya.."

So mi tersenyum kekok,dia mengerling kearah Jung Kook yang masih dengan senyuman lebarnya.Kalaulah kau dedahkannya di sekolah,pasto aku akan jadi orang paling gembira di dunia . Kan?.

 

 

Jung Kook memuntun basikal Myung Soo sambil berjalan beriringan dengan So Mi,menuju pulang ke rumah setelah puas membeli pelbagai jenis makanan di pasar tadi.

   "Mama kata dia dah belikan tiket semalam dan suruh kita mintak kat Myung Soo.."beritahu So Mi. Teringat semula akan panggilan ibunya semalam. 

Jung Kook yang mendengar sekadar terdiam mengangguk. Dia tiada apa yang ingin dibalas.   Petang ini,mereka akan kembali semula ke bandar dan meneruskan hubungan mereka sebagai sepupu . 

   "Kau suka?"tanya Jung Kook seraya memberhentikan basikalnya. Dia memandang kosong kehadapan. 

Kaki So Mi turut terhenti sama. Dia memandang Jung Kook yang kelihatan serius. "Kenapa?"

Jung Kook memarik nafas panjang sebelum berpaling kearah So Mi. Wajah gadis itu ditenung lama.

   "Sebab aku tak suka.."tutur Jung Kook sebelum berjalan pergi. 

Meninggalkan So Mi termanggu sendirian.

 

=====END OF CHAP 016=====

SO HEYOO DOUBLE UPDATE A DAY..

HAHAHA,MAAF JIKA IA AGAK MEREPEK SEDIKIT MEMANDANGKAN SAYA KEHAUSAN IDEA UNTUK BUAT IA JADI SWEET DI KG ..

BTW,TTG TAE HYUNG,KALAU U OLLS NAK TAHU APA JADI PADA MAMAT NI..STAY TUNED..

JENG JENG JENG..

ADAKAH JK DAH JATUH CINTA KAT SO MI ??. HUI HUI HUI..

 

 

 

 

 

 

 

 

    

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'