CHAP 006

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Lonceng berbunyi menandakan sesi pembelajaran atau lebih kepada pendaftaran sudah tamat. Cikgu Kris menutup laptopnya,So Mi yang sedang berbual dengan Hyeri dikerlingnya.

   "Baiklah,sesi pendaftaran dah tamat..Lepasni kamu semua diberikan one period untuk sesi pemilihan jawatan kelas ...So Mi,ingat,esok saya nak buku tu.."pesan Cikgu Kris sebelum berlalu pergi . 

So Mi memuncungkan bibrnya. Bukan salahnya buku itu tiada.Ini semua...

Kepala dialihkan menghala kearah Jung Kook yang sedang dikerumuni pelajar -pelajar perempuan. Tidak perlu dihairankan lagilah memandanglan selama ini pun meja Tae Hyun dan rakan -rakannya sentiasa dikerumuni oleh pelajar -pelajar perempuan. Popular lah katakan. 

   "Hey,So Mi.."belum sempat So Mi ingin melihat wajah Jung Kook,bahunya tiba -tiba dicuit seseorang.

Kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum lebar. "Jom,tolong aku..kita aturkan sesi pemilihan jawatan.."ajak lelaki itu dengan penuh semangat. 

    "Aaa..kita lagi ke?biarlah orang lain buat.."tolak So Mi malas. Dia memandang kuyu kearah lelaki tersebut.

Lelaki itu bercekak pinggang. "Cik adik yang pemalas,kalau bukan kau ngan aku yang uruskan maknanya tak ada ketua kelaslah kita nampaknya.."

So Mi terdiam. Ada benarnya kata -kata lelaki bernama Do Young ini. Jika bukan dia dan Doyoung yang aturkan segalanya,memang tidak terwujudlah segala jawatan dalam kelas mereka. Pada tahun yang lepas -lepas juga,mereka berdualah yang uruskan segalanya.

Kira kata mereka ini bagaikan gandingan mc di dalam kelas mereka itu. So Mi akhirnya menyerah,perlahan-lahan punggungnya diangkat dari kerusi lalu beredar ke hadapan kelas diikuti oleh Do Young yang dari tadi bersemangat untuk melakukan tugas tidak berbayarnya.

So Mi berdiri di tempat Cikgu Kris berdiri tadi. Dia memandang Do Young yang sudah bersedia untuk menulis diatas papan putih. Dua berdehem kecil sebelum tangannya mengetuk -ngetuk meja. Menarik perhatian rakan -rakan sekelasnya yang lain. 

    "Attention Guys,Girls..U olls.."panggil So Mi dengan agak nyaring. Setelah beberapa kali mencuba barulah ,perhatian semua tertumpu kearahnya. 

Sekali lagi Somi berdehem kecil. "Okay,mari kita mulakan sesi pemilihan jawatan kelas.."tutur So mi. 

Perbualan rancak Jung Kook dan rakan -rakan baharunya serta merta terbantut. Jung Kook memandang tepat kearah So Mi yang sedang berdiri tegak di hadapan kelas. Gadis itu kelihatan seperti sedang memberi ceramah untuk mengutip pengundi. Ala -ala macam ahli politik gitu.

    "Baiklah seperti tahun -tahun lepas...mari kita mulakan pengundian untuk jawatan ketua kelas dahulu.."sambung So Mi lagi. 

Tidak sampai seminit,Jimin sudah mengangkat tangan laju. Dia bingkas bangun dan membetulkan kolarnya. Segaris senyuman senget dihadiahkan kepada So mi yang sedang membuat wajah serius. 

   "Saya ingin cadangkan lelaki terhot kini ,Kim Tae Hyung sebagai calon ketua kelas kita"ujar Jimin sambil mengenyit mata kearah Tae Hyung yang sudah membetulkan tali leher. 

So Mi menahan geram dalam hati. Dia mengerling kearah Do Young yang sudah mencatat nama Tae Hyung diatas papan putih. 

  "Baik lain?"soal So mi yang sememangnya berharap nama lain yang lebih bertanggungjawab akan tercalon.

    "Saya!Saya cadangkan Jeon Jung Kook!"cadang satu suara perempuan . Tersedak So Mi di hadapan kelas sebaik mendengar cadangan tidak berakal tersebut. 

Dia memandang tepat kearah siarah pencadang yang sedang tersenyum -senyum gedik kearah Jung Kook. Apa ni!Ini nak cari calon ketualah bukan calon suami!.

   "Maaf tapi nama Jung Kook tidak diterima memandangkan dia hanyalah pelajar baharu yang langsung tidak tahu apa -apa!"bantah So Mi seraya menahan Doyoung dari terus mencatat nama Jung Kook diatas papan putih. 

Tidak !Memang tidaklah dia nak beri jawatan kepada lelaki sewel itu. Habis tunggang terbalik lah kelas nanti.

    "Kenapa pulak!..tak kiralah dia baru atau tidak ,yang penting kitaorang yakin dia boleh jalankan tugas!"bentak seseorang sambil berpeluk tubuh. Siapa lagi kalau bukan dari kaum hawa. 

Keadaan sunyi serta merta. Masing -masing bagai sedang bermesyuarat dalam otak masing -masing. Samada pelajar baharu yang kacak ini boleh dicalonkan atau tidak. Keadaan tiba -tiba jadi serius tidak semena -mena.

   "Ke...kau nak biar ex kau Tae Hyung yang jadi ketua lepastu kau jadi penolong,macam tu?"tuduhan mengarut tiba -tiba dilontar kearah So Mi membuatkan keadaan kelas dari sunyi bertukara bising . 

Kesemuanya bagai menyokong tuduhan meraban tersebut. So Mi mengetap bibir geram. Dia menghentak meja dengan kuat membuatkan kesemua di dalam kelas terkejut. Lihat siapa sudah marah.

    "Baiklah..fine,dia tercalon"tidak mahu merumitkan keadaan,So Mi akhirnya terpaksa mengalah. Jung kook pula sudah tersengih puas melihat kekalahan So Mi.

Setelah beberapa minit akhirnya beberapa calon sudah tersenarai .SEkarang tiba pula masa untuk memilih. Pilih punya pilih akhirnya nama Tae Hyung dan Jung Kook mendapat undian yang sama rata.

So Mi mengerut dahi melihat kiraan yang dibuatnya. "Ada sesiap yang tak undi ke?"soal So Mi pelik. Masing -masibg sekadar mengangkat bahu. TIdak tahu menahu. 

    "Kau?kau tak undi ke So mi?"celah satu suara membuatkan So Mi terdiam. 

Betul tu.So Mi langsung tidak mengundi. Dia tersengih malu sebelum mengalihkan pandangannya kearah papan putih. Terpampang jelas nama Tae Hyung dan Jung Kook pada papan putih tersebut. 

   "Jung..."

So Mi tergamam.Tinggal dua calon sahaja dan undiannya adalah penentu segalanya.Semua berada di tangannya. So Mi bagaikan membeku seketika. Dia tersekat diantara dua nama yang memberi kesan pada dirinya. 

Tae Hyung dan Jung Kook memandang tepat kearah So Mi yang kelihatan seperti patung dihadapan kelas dari tadi. Gadis itu bagaikan sedang berada dalam kesulitan. Tae Hyung menyelukkan tangannya pada kocek lalu memegang sesuatu di dalamnya. 

Matanya masih melekat pada susuk tubuh So Mi yang membatu dari tadi. Hatinya berdegup laju menunggu keputusan gadis itu. Pandangannya kemudian beralih kearah Jung Kook yang duduk membelakanginya. Kenangan dua hari lepas kembali berputar dalam kotak ingatannya. 

Segala persoalan yang sejak hari itu masih lagi tergantung tidak berjawab.Kakinya kemudian menendang kerusi Jung Kook menyebabkan lelaki itu terganggu. Pantas Jung Kook menoleh ke belakang,menghadap Tae Hyung yang sedang merenungnya  .

   "Kenapa?"soal Jung Kook masih lagi kekok dengan Tae Hyung.

Tae Hyung mendekatkan dirinya kearah Jung Kook. Dia menongkat dagu memandang Jung Kook. "Kau rasa dia akan pilih siapa?"soal Tae Hyung sambil menjongket kening. 

Terdiam Jung Kook mendengar soalan KBAT lelaki itu. Dia merngerling sekilas kearah So Mi yang masih belum membuat keputusan. Apa yang susah sangat?.Otak Jung Kook ligat berfikir.

Otaknya sebenarnya tidak peduli siapa yang dipilih gadis itu tetapi hatinya pula memberontak agar gadis itu memilihnya. 

Dia memandang Tae Hyung sebelum menjongketkan bahunya. "Aku tak tahu..mungkin di--"

    "Uwah tahniah Tae Hyung!ketua kelas kita tahun ini!"umum Doyoung sambil bersorak gembira. Meraikan kemenangan lelaki bernama Tae Hyung itu. 

Jung Kook pantas berpaling semula kehadapan kelas sebaik mendengar pengumuman tersebut. Hatinya bagai ditembak meluru berpandu . Dalam masa yang sama dia bengang kerana isterinya itu tidak memilihnya. Isterinya!Derhaka !Derhaka!

Segaris senyuman terukir pada wajah Tae Hyung. Matanya memandang kearah So Mi yang sudah bergerak kembali ke tempatnya. Dengan pantas,dia bangun dari kerusi dan berlalu kehadapan kelas bagi memberi sepatah dua kata. Seperti biasalahkan bila dah menang.

    "Terima kasih semua kerana percaya pada saya..oh,dan So Mi.."

So Mi sekadar menjeling tajam . "Saya akan menjalankan tugas saya sebaik mungkin dan sebagai ketua kelas,biarlah tahun ini saya yang memilih penolong kelas bagi membantu saya.."sambung Tae Hyung lagi dengan skemanya. 

     "Pilih aku !!"jerit Jimin teruja. Ya,selama ini tiada siapa yang ingin memberi jawatan kepadanya memandangkan sikapnya yang suka bermain itu.

Tae Hyun tertawa lucu. Dia kemudian memandang kearah Jung Kook yang sedang merenung tajam kearah So Mi. "Jeon Jung Kook"

Huh?

 

 

Mesej yang dihantar So Mi dibaca Jung Kook sekilas sebelum menyelukkan semula telefonnya kedalam kocek seluar.Dia memandang sekeliling sebelum bergerak ke tempat yang disuruh si penghantar mesej. 

Pintu bumbung sekolah dibuka Jung Kook perlahan -lahan. Kakinya melangkah masuk kedalam. Dipandangnya sekeliling kawasan tersebut yang kosong .Baru sahaja mulutnya ingin dibuka ,tengkuknya tiba -tiba dipukul oleh seseorang dari belakang membuatkan dia terjatuh kesakitan diatas lantai.

    "Arkkkk"jerit Jung Kook sambil memegang tengkuknya yang terasa bagai baru dipukul dengan pemukul besbol besi. 

So Mi berpeluk tubuh memandang Jung Kook yang sedang bergolek -golek diatas lantai. Over. Puas hatinya dapat memukul lelaki itu. 

    "Padan muka kau!"lidah dijelirkan kepada Jung Kook yang masih merana dengan kesakitan. 

    "Yah!kau apahal minah gila!"masih dalam kesakitan,Jung Kook perlahan -lahan bangkit dari jatuhnya. Dipandangnya wajah So Mi dengan rasa marah yang meluap -luap.

Ini bukan kali pertama gadis itu menyakitkan tengkuknya tetapi sudah berkali-kali. Apa dia ingat tengkuk boleh diganti ke bila patah!?.

     "Siapa suruh kau masuk kelas aku hah!"marah So Mi.Melepaskan geramnya . Pandangan gerun Jung Kook langsung tidak menakutkannya walau sedikit pun. Makin besar matanya adalah. 

Gigi Jung Kook mula bergesel sesama sendiri. Minah ni memang nak mati awal ke?. "Hoi mak cik!kelas kau?Bila masa pulak ada kelas nama So Mi hah?kalau ada pun,kau ingat aku teringin sangat nak masuk.Bukan aku je,orang lain pun tak nak masuklah!.Ah,ada ,orang gila otak masuk air macam kau je yang masuk kelas kau tu!"balas Jung Kook membuatkan So Mi terdiam seribu. 

Hanya dengusan kasar yang mampu dilepaskan So mi. Dia berpeluk tubuh geram. Matanya memandang kearah tempat lain. "Tukar kelas lain!"arah So Mi sewenang -wenangnya.

Macam sekolah itu sekolah mak bapaknya sahaja. Jung Kook yang mendengar makin rasa ingin mencekik mati gadis itu secepat mungkin. Makin melayan,makin sakit hatinya. 

   "Kaulah pindah!lagipun budak.macam kau tak sesuai langsung dengan title budak seni tau.Mencacatkan"sindir Jung Kook tidak mahu mengalah. 

     "Yah!kau!"

     "Yah !kau!"ajuk Jung Kook semula dengan muka toyanya.

 So Mi mendengus kasar sebelum berjalan pergi. Meninggalkan Jung Kook yang sudah mula mengejeknya .

    "Blahlah..minat sewel!"Jung Kook berjalan ke hujung beranda bumbung. Udara segar ditariknya dengan tenang. 

Cuba meredakan kembali hatinya.

BAMMM

Baru sahaja Jungkook ingin melupakan segalanya,So Mi kembali dengan muka masam mencuka. So mi berjalan pantas mendekati Jung Kook yang sudah mula memandangnya dengan muka meluat. 

    "Aku nak buku biru aku balik!kau amikkan!"tuduh So Mi.

Jung Kook memandang So Mi dari atas ke bawah. "Kau nampak aku macam kedai buku ke?library?.Nak buku ,pergi tempat lainlah!"badan So Mi ditolak kasar ketepi .Jung Kook pantas berjalan pergi namun belakang blazernya sempat dipegang So Mi terlebih dahulu.

Terbantut terus pergerakan Jung Kook akibat pegangan kuat gadis itu pada blazer. "Aku tahu kau amik buku biru aku!beri balik!"marah So Mi enggan berputus asa. 

Dia pasti.Yakin bahawa lelaki itu mengambil bukunya. Kalau tak ,apa?,bukunya berjalan sendiri?Jung Kook yang mula rimas menolak So Mi yang makin menguatkan pegangan. 

    "Lepaslah ,aku nak blah..."

   "Tak nak!!"

 

 

Buku biru akhirnya kembali ke tuannya. So Mi tersenyum kemenangan. Buku itu dipeluknya rapat ke dada. Lihatlah siapa yang menang !hah ?hah?

Jung Kook memandang geram. Zip begnya ditutup rapat. Dia memandang sekeliling kelas yang kosong. Baru dia perasan,mana semua orang.Sejak habis masa rehat tadi,kelibat seorang rakan kelas mereka langsung tidak kelihatan. 

    "Mana yang lain?"soal Jung Kook hairan. SO mi yang sedang memasukkan semula buku biru tersebut kedalm beg sekadar menjongket bahu.Dia juga tertanya -tanya kemana hilangnya rakan -rakannya. 

Sedang mereka berdua tertanya -tanya sesama sendiri,telefon So Mi tiba tiba berdering bagai penyelamat. Pantas panggilan itu dijawab So Mi. 

   "Hah?okay.okay..Tahu.."panggilan ditamatkan setelah mendapat maklumat . Untung Hyeri ,rakannya itu menelefon.Kalau tidak,mungkin sampai kesudah,dia akan berduan dengan mamat sewel ini.

Jung Kook yang memasang telinga menjongket kening memandang So Mi. "Mana,dorang pergi mana?"soal Jung Kook ingin tahu. Dia yang ingin melabuhkan punggung terus terbantut. 

Tiada jawapan dari So Mi. Gadis itu diam . "Aku nak gi toilet jap"ujar So Mi sebelum berjalan keluar kelas. Meninggalkan Jung Kook berseorangan di dalam kelas. Biar.biar lelaki itu terperap macam tempe basi kat dalam kelas!

Jung kook sekadar mengangguk. Dia kembali duduk keatas kerusi dan menongkat dagu memandang kosong ke hadapan kelas. Bosan. 

Sementara,So Mi sudah jauh kearah tangga koridor. Dia tersenyum nakal tatkal teringat akan nasib Jung Kook .kasihan.Basilah kau sengsorang.

Namun,baru dua tapak menuruni anak tangga,langkah So Mi terhenti. Bibirnya dikemam tidak senang. 

 

Jung Kook memandang So Mi yang sudah kembali ke kelas. Awalnya. Gadis itu bergerak mendekatinya sebelum tiba -tiba mengetuk kuat kepalanya. 

   "Ahh"aduh Jung Kook sambil menjeling tajam kearah So Mi. Apa masalah perempuan ni. Kerja nak pukul orang ajer. Datang bulan?

   "Jom ,dorang semua dekat studio seni"beritahu So Mi akhirnya . Mengalah,dia tidak boleh mendengki orang. 

Seusai itu,So Mi pantas berjalan pergi. Meninggalkan Jung Kook terpingga-pingga.

   "Eh,tunggu!"

 

 

=====END OF CHAP 006=====

JADI,KALI INI TAMBAH WATAK DOYOUNG FROM NCTU..ROOKIE LAGI..WAHAHAHA..

SEDIKIT PENGENALAN BAGI DOYOUNG

-TERKENAL SEBAGAI ORANG PALING RAJIN MENGURUSKAN SEGALA ACARA DALAM SEKILAH. 

-SUDAH BERKENALAN DENGAN SO MI SEJAK MENENGAH RENDAH LAGI,OLEH ITU DIA AMAT RAPAT DENGAN SOMI

 

OKAY TU JE..SEBARANG SOALAN BOLEHLAH TANYA..SAYA AKAN JAWAB ASAP.. ^^..

 

 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'