CHAP 007

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Kaki So Mi pantas melangkah kehadapan,meninggalkan Jung Kook yang masih terhegeh -hegeh mengekornya. Jung Kook memandang geram kearah So Mi yang sudah maju kehadapan. Laju benar gadis ini. Atlet lari ke?

   "Yah!tunggulah!"panggil Jung Kook seraya berlari anak mengejar So Mi yang masih melangkah laju.

Sebaik sahaja sudah berjalan beriringan dengan gadis itu,Jung Kook menghela kepenatan. Matanya mengerling kearah So Mi yang hanya memandang kehadapan. Gadis ini robot ke?Tak tahu penar?

   "Jauh lagi ke?"soal Jung Kook sudah tidak sanggup untuk menggerakkan kakinya lagi. Ingin sahaja dia duduk sekarang juga. 

So Mi sekadar menjeling.  Malas ingin melayan karenah gedik suaminya itu. Dia berterusan berjalan mendahului Jung kook yang hampir kehabisan tenaga. 

   "Aku penatlah.."

   "Bila nak sampai ni?"

    "Sekolah kau ni apa hah!?kenapa besar sangat"

     "Aku nak air"

    "So Mi..."

    " ark..ark..kaki aku nak patah ni.."

     "Aku nak tidur.."

     "Ahhhhh~~~So Miiiiii~~"

 Akhirnya setelah beribu rungutan yang diluahkan oleh Jung Kook,kaki So Mi berhenti mengejut membuatkan suaminya itu turut berhenti. Gadis itu mengeluarkan sekeping duit syiling  lalu diserahkan kepada Jung Kook . 

    "Huh?"

    "Kau nak air kan?tu.."jari telunjuk So Mi bergerak menunjuk kearah sebuah mesin air.

Terus membulat mata Jung Kook sebaik melihat mesin air tersebut yang tampak bersinar-sinar ketika itu. Segera dia memeluk mesin tersebut seraya memasukkan duit syiling yang diberikan gadis itu tadi. Ditekannya minuman yang diingininya itu.

So Mi hanya mampu memerhati sambil berpeluk tubuh. Biasalah tu pelajar baharu. Sekolahnya ini memang besar tahap gaban.Disebabkan itulah ,pihak sekolah menyediakan begitu banyak mesin air supaya pelajar-pelajarnya tidak mati kepenatan. 

Secawan air milo diambil Jung Kook dengan berhati -hati supaya tidak tumpah sedikit pun. Dihirupnya milo tersebut dengan penuh kenikmatan. Dia mengerling kearah So mi yang sedang memandang keluar melalui tingkap koridor. 

    "Nak ?"milo tersebut yang tinggal hanya separuh dihulurkan kepada So Mi .

Terkebil-kebil mata So Mi memandang kearah Jung Kook. Tidak percaya yang lelaki itu ingin berkongsi dengannya. Nampaknya suaminya ini baik jugakan?

Tangan So mi perlahan-lahan ingin mencapai air tersebut dan baru sahaja jarinya menyentuh ,Jung kook pantas menarik semula lalu meneguknya dengan laju sehingga habis. Cawan kertas yang sudah kosong itu kemudian diberikan kepada So Mi yang masih tergaman dengan apa yang berlaku.

   "Hauske?malangnya,aku dah habiskan..Dah ,jom..nanti kita lewat.."tutur Jung Kook dengan nada yang sungguh menyakitkan hati . 

Lelaki itu kemudian berlari anak meninggalkan So Mi yang sudah ingin meletuskan gunung berapi. Cawan kertas tersebut direnyukkan So Mi sebelum dibaling kearah Jung Kook yang sudah maju kehadapan. 

    "Yah..kau!!!"

   

 

 

Mereka berdua tiba di sebuah bilik yang agak besar saiznya. Tiada kelihatan tingkap pun pada bilik tersebut . "Inike?"soal Jung Kook memandang kearah So Mi yang masih membuat muka bengang kepadanya.

Tanpa menjawab persoalan lelaki itu,tangan So Mi pantas memulas tombol bilik tersebut .Sebaik sahaja pintu dibuka,udara dingin mula menjengah badan mereka berdua. Perlahan-lahan So Mi melangkah masuk kedalam diikuti oleh Jung Kook yang sudah tercengang dengan keadaan bilik tersebut.

Mata Jung Kook bersinar-sinar memandang sekeliling bilik tersebut yang sekelilingnya ditampal dengan cermin. Dilihat sekali imbas,bilik ini kelihatan seperti bilik latihan untuk artis -artis menari.

     "Baru tiba  So Mi?"tegur satu suara mengejutkan So Mi dan Jung Kook. 

Seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam berseluarkan jeans menghampiri mereka berdua sambil berpeluk tubuh. Segera So Mi menunduk hormat sambil tersengih senget. Jung kook yang berada di sebelah diarah agar menunduk hormat juga. 

   "Maaf,cikgu...kami lupa timetable"tipu So Mi sambil matanya memandang ke sekeliling studio yang kosong. Tiada langsung kelibat rakan-rakan sekelasnya yang lain. 

 Lelaki yang merupakan guru tari itu menjeling kearah Jung kook yang masih membuat muka blur kearahnya. "Siapa kamu?saya tak pernah nampak kamu.."soal lelaki itu seraya memandang Jung Kook dari atas ke bawah berkali-kali. 

    "Dia pelajar baru.."belum sempat Jung Kook ingin menjawab dengan ayat yang lebih kurang ajar,So Mi pantas memotong. 

    "..Saya Jeon Jung Kook..selamat berkenalan cikgu?"antara tidak pasti dengan pasti,Jung Kook tetap memanggil lelaki itu dengan panggilan guru. 

Lelaki itu mengangguk kecil . "Saya Cikgu Yixing,guru tarian kamu..." perkenal lelaki itu sambil tersenyum tipis. Bahu Jung Kook ditepuk-tepuknya bagai sedang memberi suatu maksud yang tersirat .

     "Ah cikgu,mana yang lain?"soal So Mi hairan.

    "Sebab itulah saya tak suka ada yang lambat..Yang lain sudah tukar pakaian..kita akan mulakan pembelajaran tarian asas.."

    "Dah mula belajar!?ah cikgu..tapi ini hari pertama...Apa kat kita kenal mengenal..ya?"rayu So Mi yang sememangnya benci akan tarian. Ya,dia benci.

Tarian dengannya tak akan pernah bersatu. Semakin dia cuba mencintai tarian,semakin itu juga tarian menyakitinya sama sahaja seperti si suaminya ,Jung kook. Senang kata,So Mi digelar si pokok menari memandangkan badannya yang keras macam pokok.

Cikgu Yixing mengetuk geram kepala So mi dengan buku muziknya . Gadis ini ada sahaja alasannya. "Jangan nak mengada..Cik So Mi ku sayang,kamu dah nak tamat sekolah kamu rasa ada masa lagi ke nak main -main?badan kayu kamu ni kena lentur dengan betul.."bebel Cikgu Yixing.

     "Tunggu apa lagi..tukarlah!!"

 

 

So Mi mengaduh sakit sepanjang melakukan aktiviti rengangannya.Habis menjerit semua otot-ototnya. Sakit uhh.. Yuju yang menjadi pasangan regangannya sekadar menggeleng kasihan. 

Rakannya ini perlu minum susu banyak barulah tulang kuat. Ini dah macam orang tua 50 tahun !.

Jung Kook mengerling kearah So mi yang tidak habis -habis menjerit sakit. Gadis itu memang tidak reti diam apa. Dia yang mendengar lagi sakit. Boleh berdarah telinganya kalau hari-hari begini. Yang peliknya ,mengapa rakan-rakan sekelasnta selamba sahaja mendengar jeritan maut gadis itu.Mereka pasang kapas ke dalam telinga?

   "Kau tengok apa?So Mi?"Jimin yang sedang meregangkan otot kakinya memandang pelik kearah Jung Kook yang dari tadi sibuk memandang ke kawasan perempuan .

Tersentak dengan teguran Jimin itu,Jung Kook segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Wajahnya sudah mula panas tiba -tiba.

 Jimin tertawa kecil . "Kenapa?terganggu dengan jeritan gila perempuan tu ke?"soal Jimin seperti tahu-tahu sahaja apa alasan lelaki itu memandang kesana. Pantas Jung Kook mengangguk,mengiakan tekaan rakannya itu. 

   "Uhuh..kenapa dia menjerit banyak sangat?sakit telinga.."luah Jung Kook sejujurnya sambil matanya menjeling sekilas kearah So Mi yang kini sudah terbaring diatas lantai  macam mayat hidup.

​Jimin berhenti melakukan regangan lalu duduk disebelah Jung kook yang terlebih dahulu sudah menamatkan sesi regangan. "Dia memang unik sikit ..jangan risau,kau akan biasa jugak nanti..Kitaorang semua kat sini pun macam tu jugak mula-mula..Memang banyak kali dia kena marah ..haha"cerita Jimin seperti atuk yang sedang bercerita dongeng kepada cucunya. 

    "Banyak kali?..tapi dia masih macam tu jugak?"tanya Jung Kook tidak percaya. Wow,tabahnya isterinya itu.Ke hati batu?Tak reti sedih kena marah.

Jimin mengangguk. "Hurm hurm..tapi waktu tu Tae Hyung datang backup..tu yang semua pun tupp..diam "

     "Taehyung?backup?"makin teruja jung Kook ingin tahu lebih lanjut tentang gadis itu. Dia mengerling kearah Tae Hyung yang sedang rancak berbual sesuatu dengan Cikgu Yixing.

     "Yes...kau tak tahuke?Tae Hyung tu ex So Mi dulu..eh,mestilah kau tak tahu..kau budak baru..hahaha"Jung Kook langsung tidak ketawa. Entah kenapa dia langsung tidak terkejut dengan cerita yang baru diketahuinya ini. 

Jadi sebab itulah lelaki itu pandangnya semacam haritu. Rupanya ada kena mengena dengan So Mi.

   "Kenapa dorang pisah?"soal Jung Kook sambil merenung dalam kearah Jimin. Berharap lelaki itu menceritakan segalanya kepadanya. 

    "Ah..itu..."

    "Tak ada kena mengena dengan kau.."celah satu suara mengejutkan Jung Kook . Tae Hyun muncul dengan wajah cerianya . 

Punggungnya dilabuhkan disebelah Jung Kook lalu merangkul leher lelaki itu dengan mesra bagai mereka sudah lama berkenalan. "Mari,siapa nak versus dance dengan aku?kau macam mana Jung Kook?kool?"

   "Eh.."

 

 

Muzik dimainkan dengan kuat oleh Cikgu Yixing. Giru berbangsa Cina itu kemudian bergerak kehadapan pelajar-pelajarnya sebelum menghentakkan kaki dengan kuat berkali-kali,meminta perhatian. 

    "Baiklah atas permintaan seseorang,harini kita hanya akan adakah Free dance time!"umum Cikgu Yixing membuatkan keadaan didalam studio tarian itu semakin bising akibat sorakan gembira pelajar-pelajar. 

So Mi menghela lega. Nampaknya harini dia tak perlulah tayangkan tarian pokoknya itu. Terima kasihlah pada siapa yang minta benda ni..

   "So,siapa nak start first?"todak perlu menunggu lama,Tae Hyung sudah bangun dengan relanya. 

Dia beralih kehadapan. "Siapa kamu nak versus Tae Hyung?"tanya Cikgu Yixing sambil meletakkan tangannya pada bahu anak murid kesayangannya itu. 

   "Fresh dari ladang cikgu..Jung Kook!"panggil Tae Hyung sambil tersenyum senget kearah Jung Kook yang sudah dingin seluruh badan. 

Seram uhh..

So Mi yang mendengar pula sudah tersedak air liur sendiri. Dia yang duduk melentok malas di sebelah Yuju serta merta menjadi segar bugar. Terus tegak dudukannya. 

   "Awak terima Jung Kook?"

Jangan..jangan ..jangan!!!

   "Terima cikgu"Jung Kook yang naif lagikan tidak berdosa sekadar mengangguk setuju.

Tae Hyung menepuk gembira. "Lets start then.."

 

=====END OF CHAP 007=====

JADI ?JADI?

APA AKAN JADI YA??HAHA..TATAEMACAM NK MULA PRG DINGIN JE NI...SO MI PLAK ?

 

 

  Terima kasih pada subcribers sekalian alam dan yg mengomen..Tq ^^

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'