CHAP 012

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Keadaan di dalam bilik rawatan menjadi sunyi seketika .Mata Jung Kook dan Tae Hyung bertembung antara satu sama lain .Jung Kook menelan air liurnya,menyembunyikan rasa gugupnya menghadap Tae Hyung yang kelihatan begitu menakutkan ketika ini.

Lebih menakutkan dari hantu Ju-on yang dilihatnya dalam tv . Dalam otaknya sudah berfikir macam-macam. Adakah lelaki itu mengetahui hubungannya dengan  So Mi? . Adakah lelaki ini akan membunuhnya selepas itu?.

   "Se..sepupu..kitaorang cuma sepupu.."tipu Jung Kook. Bagus lagi satu orang ingat yang kitaorang ni sepupu.

Tae Hyung terkedu. Perlahan-lahan dia melepaskan gengaman kuatnya dari kolar baju Jung Kook itu. Dahinya berkerut seribu seraya memandang kearah Jung Kook yang boleh menghela lega.

Sepupu?. Puan Han bukan anak tunggal ke?. Bagaimana pula boleh ada sepupu?. 

Tidak mudah percaya dengan kata-kata Jung Kook itu,Tae Hyung memberi pandangan maut kearah Jung Kook. "Sepupu? Tapi,mama So Mi tak ada adik beradik..Mana pulak muncul kau?"soal Tae hyung curiga. 

Jung Kook yang mendengar mula cemas. Tanpa sedar dia terkentut perlahan akibat terlalu takut. Alamak!.Sekarang apa aku nak temberang.

Tak sangka pula mamat ni tahu semua latar belakang So Mi. Aku sendiri pun tak tahu tau! .Ni dah kes dasyat.Agaknya lepas ni ,aku kena balik belajar sejarah silam keluarga Han. 

Jung kook berdehem kecil, cuba menyembunyikkan kegugupannya . "Uhh..belah ayah..hah belah pak cik Han"tidak fasal -fasal bapa mertuanya itu dipanggil pak cik.

Sedap -sedap ajer mengaku sepupu ya?. Tae Hyung terdiam. Mungkin ada benar kata Jung Kook memandangkan dia langsung tidak mengetahui apa -apa tentang Tuan Han  jadi ada kemungkinan Jung Kook ini adalah anak saudaranya.

Dia akhirnya mengukirkan senyuman . Punggungnya kembali diletakkan diatas katil sebelah Jung Kook tadi. Jari jemarinya bermain dengan keychain berbentuk 'V' yang sentiasa dibawa kemana sahaja.

     "So Mi walaupun aku dah berpisah dengan dia ..tak bermakna aku lepaskan dia.."tutur Tae Hyung , senyumannya bertukar menjadi menakutkan.

Jung Kook tergamam mendengar apa yang baru dikatakan oleh Tae Hyung. Apa maksud lelaki itu? . Berpisah tetapi tidak lepaskan?. Apa kau merepek ni pak cik!?.

     "Mak..maksud kau?"soal Jung Kook walaupun takut-takut.

Yelah siapa yang tak takut melihatkan senyuman joker Tae Hyung. Sedangkan kucing pun boleh lari terkencit-kencit tau .

Tae Hyung mendongak memandang tepat kearah Jung Kook. Tangannya tiba-tiba melambungkan keychainya itu ke udara sebelum menangkapnya semula dengan lebih kasar. 

    "Senang. Maksudnya,dia tetap milik aku dan aku tak akan senang-senang beri dia pada sesiapa.."

Mak aihh..Apa ni ?Kau buat cerita seram ke Tae Hyung?. Psycho?. 

Jung Kook kekal membisu. Tiada apa yang perlu diungkapkannya lagi. Semuanya sudah jelas lagi bersuluh,Kim Tae Hyung masih mencintai isterinya. Tetapi ,kenapa kau layan dia macam tu!?. 

Tae Hyung bingkas bangun. Dia memandang Jung Kook sebelim mendekatkan wajahnya ke telinga lelaki itu.

    "Aku percayakan kau,Jung Kook jadi jangan hapuskan kepercayaan aku.."bisik Tae Hyung sebelum menghadiahkan Jung Kook senyuman manisnya.

Rambut Jung Kook diusap-usap bagai anak kucing sebelum dia berlalu pergi. Meninggalkan Jung kook tergamam sendirian.

Dah terlambat Tae Hyung.. Dah terlambat...

 

 

Semua pelajar kelas 5 Art 1 telah bergegas pulang kerumah sejurus sahaja lonceng sekolah berbunyi kecuali So Mi yang masih tidak berganjak dari kerusinya.

Dia menongkat dagu memandang kearah beg Jung Kook yang kini sudah berada diatas mejanya.Beg tersebut dibelek-beleknya berkali-kali akibat dari terlalu bosan.Sebotol air herba yang bagus untuk kesihatan diselitkan pada poket kecil beg lelaki itu.

Sejak dari tadi dia asyik memikirkan keadaan Jung Kook. Kalaulah dia kejam,sudah lama dia melarikan diri. Biarlah lelaki itu sengsara sendiri. Namun entah kenapa,hatinya melarangnya berbuat begitu.

15 minit sudah berlalu dan Jung Kook masih tidak muncul tiba membuatkan So Mi menguap ngantuk. Matanya terkebil-kebil menahan ngantuk yang semakin menguasai.

 

Jung Kook terhincut-hincut berjalan kearah kelasnya. Sudahlah jauh,makin menyakitkan ajer!.Pintu kelas dibukanya perlahan sebelum terkejut dengan kelibat So Mi.

Gadis itu sudah tertidur diatas meja sambil memeluk begnya. Dia tunggu ke?. Dengan senyap,Jung Kook menghampiri So Mi sebelum mengambil tempat menghadap gadis itu.

Wajah tidur So Mi direnung lama sebelum dia beralih kearah sebotol air herba yang terselit pada poket kecil begnya.Dahinya berkerut apabila pada botol tersebut terdapat sehelai nota kecil padanya. 

Segera dia ambil nota tersebut. 

     Sorry TT^TT

Stay Healty..Fighting!!!

Jung Kook tersenyum sebaik membaca nota tersebut. Walaupun hanya beberapa perkataan sahaja namun ia sudah cukup bermakna buat dirinya. 

Rambut So Mi yang jatuh menutup wajah disisir Jung Kook ke belakang. Sekarang, barulah wajah gadis itu dapat dilihatnya dengan jelas.Senyuman Jung Kook masih terlekat pada wajahnya. 

Dia merenung lama wajah gadis itu . Tenang. Itulah apa yang dapat dirasanya ketika ini. Melihat wajah So Mi membuatkan kesakitannya terus lenyap begitu sahaja. Entah kenapa dia tidak tahu.

Cinta?. Tidak mungkin~. Mungkin dia hanya rasa selesa bersama dengan gadis itu. Selesa seperti seorang rakan yang telah lama bersama. Ya,itulah perasaannya sekarang.

    "Kau risaukan aku?. Jangan risau,aku akan terus sihat.."tutur Jung Kook sambil bermain dengan hujung hidung gadis itu.

Mata So Mi tiba-tiba terbuka membuatkan Jung Kook yang sedang leka merenung gadis itu tersentak. Habis merah seluruh wajahnya akibat terlalu malu. 

Adakah dia dengar segalanya?. Habislah aku.. damm~~. Nak tidur  tu tidurlah betul-betul.

So Mi meregangkan badannya. Matanya memandang tepat kearah Jung Kook yang sudah bagai cacing kehilangan tanah. Lelaki itu tampak cemas semacam. Apahal?.

    "Kau dah okay?"tanya So Mi prihatin sambil matanya mengerling kearah kaki Jung kook yang berbalut dengan kain kasa. 

Teruk sangat ke? Atau jururawat sekolahnya yang melebih?.

Jung Kook terdiam. Dalam hatinya sudah lega sedikit. Nampak gaya macam gadis itu tak dengar apa-apa. Baguslah. Berlagak biasa,Jung Kook. 

     "Aaa..arkk,arkk,adueih,sakitnya.."Jung Kook melukakan aksi lakonannya sambil memicit-micit kakinya .

Riak wajahnya tak perlu nak ungkapkan, sememangnya tampak real. So Mi yang melihat sudah mula kelam kabut. Matanya membulat memandang kearah Jung Kook yang kononnya sedang dalam kesakitan.

   "Alamak,kau..kau okay tak ni?..boleh jalan tak?..kita gi klinik ya.." So Mi pantas menyandang begnya dan beg Jung kook tidak terkecuali.

.   "Arr..kaki aku tak leh gerak..kau dokong aku"

Tercengang So Mi mendengar cadangan gila jung Kook itu. Ingin sahaja dia menendang kuat kaki lelaki itu sekarang. Gila apa nak suruh dia yang lemah ini mengangkatnya!.

    "Mana larat!..dahla,jangan nak merepek. Biar aku pimpin kau,Jom."jung kook mencebik.

Walaupun dia boleh berjalan dengan sendirinya tetapi melihat reaksi cemas gadis itu buat dia makin seronok untuk meneruskan lakonannya. Dia hanya akur dengan arahan gadis itu.

Tangannya diletakkan pada bahu gadis itu.So Mi dengan berusahanya cuba mengangkat lelaki itu dari duduk. Tangannya merangkul pinggang Jung Kook bagi menyokong lelaki itu untuk bangun.

   "Auish,beratnya kau!"rungut So Mi  namun dia masih cuba sedaya upayanya untuk mendirikan lelaki itu.

Yang peliknya kan,So Mi hoii..Kalaulah Jung Kook tidak boleh berjalan bagaimana dia boleh ke sini. Terbang?. Yang pasti,So Mi tidak dapat berfikir apa -apa ketika itu. 

Jung Kook sekadar tersengih dalam diam. Ya,sengihan yang teramat jahat. Dia perlahan-lahan kononnya cuba bangun . Namun,malang memang tidak berbau apabila kaki So mi tersepak sedikit kaki Jung Kook membuatkan lelaki itu hilang keseimbangan dan akhirnya terjatuh menghempap So Mi yang juga terlibat sama.

Mata mereka berdua bertembung untuk masa yang agak lama. Wajah Jung Kook yang baru reda dari warna malunya kembali merah semula namun tidak bagi So Mi . Gadis itu cuma terkejut dengan apa yang berlaku.

Jantung,sekata,hati,sekata ,otak,sekata. So Mi langsung tidak merasakan apa-apa. Kosong. Yang dapat dia rasa hanyalah berat badan lelaki itu.Tetapi sebaliknya buat Jung Kook yang sudah mula merasakan getaran di seluruh organnya. Matanya membutang memandang kearah So Mi yang sekadar membuat muka seposen. 

 Keadaan tersebut tidak berkekal lama apabila So Mi mula tidak tahan. Nafasnya sudah tidak dapat menahan lagi.

   "Ah,berat..bangunlah!"marah So Mi seraya menolak Jung Kook dari badannya. 

Apa ingat badannya ni tilam ke? . Suka-suka hati ajer nak baring lelama. Jung Kook tersentak dan dengan segera bangun. Lihat,dia sudah boleh berdiri dengan tegak...

So Mi tidak lama turut bangun. Bajunya dibetulkan dan debu-debu di punggungnya turut dibersihkan. Dia memandang jung Kook yang sudah dapat berdiri normal di hadapannya.

Okay,ini apa kes?. Jangan cakap kau tipu tadi.. Jeon Jung Kook !!. 

   "Yah!kau cakap kau tak boleh diri tadi.Ni apa?"So Mi memandang geram kearah Jung Kook yang sudah membuat muka cuak.

Giginya sudah mula bergesel sesama lain. Memang nak kena suaminya ini. Sedar akan kehadiran aura menakutkan So Mi itu,Jung Kook pantas membuka langkah melarikan diri.

    "Err..siapa yang sampai depan pagar ..dia menang..chou!" Takut diterkam oleh So Mi yang mula naik angin,Jung Kook segera menunjukkan aksi larian boltnya.

    "Yah!Jeon Jung Kook!!"

 

 

Malam itu,Puan Han tidak ada di rumah memandangkan dia mempunyai majlis makan malam bersama denhan pekerja-pekerjanya. Jadi,tinggallah So Mi dan Jung Kook serta pekerja lain di dalam rumah.

So mi yang lengkap berpakaian pijamanya berjalan gembira kearah ruang tamu dengan semangkuk popcorn dan sebotol cola. Hari ini,ibunya tiada jadi bolehlah dia jadi anak dara sejati?.

Dia segera meloncat gembira ketas sofa empuknya itu. Cola diletakkan diatas meja kopi manakala popcorn diletakkan cermat diatas pehanya. Dia bersila sambil tangannya pantas mencapai alat kawalan jauh tv. Punat 'On' ditekan dan automatik siaran tv teris terpasang.

Kebetulan,drama istimewa dari siaran KBS mula tersiar . Makin gembiralah So Mi jadinya.Segenggam popcorn dimasukkan terus kedalam mulut.Oleh kerana mulutnya tidak terlalu besar,beberapa butir popcorn terjatuh keatas sofa.

Mata So Mi membulat tatkala melihat preview drama  yang bakal ditayangkan. "Seram~~"So Mi sudah mula mengigil ketakutan.

Belum mula lagi,sudah pelbagai rekaan.hantu tercipta di akal fikirannya. Namun,takut -takut pun,dia adalah peminat cerita seram jadi sudah tentulah dia akan tonton juga tidak kira apa. Lantaklah hantu tu keluar biji mata ke,keluar anak tekak ke yang penting best!.

 

Jung Kook yang baru selesai membersihkan dirinya berjalan menuruni anak tangga. Bosanlah duduk bilik je. Bunyi kuat tv membuatkan dia makin tertarik . Ini pasti So mi sedang menonton . Apalagi kacaulah!.

Kelihatan So Mi sedang tekun menonton diatas sofa. Jung Kook tersengih apabila menyedari drama yang tersiar ialah drama bergenre seram. Segera dia kedapur lalu mencapi sehelai tuala putih yang masih belum berbasuh. 

Kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati isterinya itu. Dengan kain yang berselubung menutup seluruh badan,dia nampak seperti hantu yang tidak cukup bajet. 

   "HUWAAAA!!!"Sergah Jung Kook membuatkan So Mi terloncat dari duduknya. Habis berterabur popcornnya keatas lantai.

So Mi pula sudah meraung ketakutan sambil bersembunyi di bawah meja kopi. Mulutnya terkumat -kamit membaca doa pelindung diri. Matanya sudah terpejam rapat dan tangannya berpelukan sesama sendiri sambil digoncang-goncang seperti tok bomoh memanggil hantu.

Kain putih tersebut ditarik Jung Kook dari menutup dirinya. Dia memandang isterinya yang sedang tertonggeng-tonggeng di bawah meja. Tidak dapat menahan lagi akhirnya Jung Kook meletuskan tawanya.

    "Buahahahaha!!.Macam tikus mondok siak!"

Mendengarkan suara tersebut,Sso Mi terus terdiam. Jung Kook!. Segera dia keluar dari tempat persembunyiannya seraya memandang geram kearah Jung kook yang sudah bergolek-golek ketawa diatas lantai.

Hah! Ketawa-ketawa!. So Mi mencapai bantal sofa lalu dibaling kuat kearah Jung Kook yang masih beria ketawa bagai sedang menyaksikan Gag Concert.Dia menyilangkan tangannya kedada seraya memandang tajam kearah suaminya yang beransur pulih dari virus ketawa.

Jung Kook perlahan-lahan bangun dari baringnya. Tidak padan kaki sakit,ada hati hendak dengki orang!. "Takut ke makcik Sawi?"

 Heh?Sawi?. "Apa?Sawi?. Yah!nama aku So Milah!"bentak So Mi . Sesedap hati sahaja ingin menggantikan nama cantiknya itu.

Okay ,disini nampaknya So Mi telah lupa daratan bahawa dia yang mulakan dahulu. 

Jung Kook bercekak pinggang. "Hello,perempuan badan pokok..siapa yang mulakan? Kau kan!..Ah,hutang kau ngan aku kat bas tak bayar lagi.."Jung Kook tersengih nakal. Bersedia untuk kembali ke gaya Thornya semula.

   "Hutang?"So mi tersedak. Jung Kook pula sudah menghampirinya. 

Plakkkk!!

So Mi mendengus geram sambil bersila kemas diatas sofa. Denyut di kepalanya masih cukup terasa. Segar dari ladang!.Dia kalah.

Setelah berperang bagai nak hancur rumah dengan suaminya,akhirnya dia telah dikalahkan teruk. Jadi,alat kawalan tertakluk di bawah jajahan Jung Kook.

Siaran kini sudah tertukar ke siaran kartun. Rancangan robocar poli sedang disiarkan ketika ini. Apa buang tabiat lelaki ni,tengok kartun budak -budak!.

    "Kau minat siapa ? "Soal Jung Kook melenyapkan suasana sunyi .

So Mi terdiam. Kenapa tiba-tiba je? Tanya soal hati pulak. Lain macam je..

   "Tak..tak ada siapa-siapa..semua tak menarik minat.."

Jung Kook mengangguk faham. Matanya masih terlekat dikaca tv. "Aku minat poli..dia cool.."

Eh?SO Mi terkedu. Pasal kartun ke? .Malaun punya pak cik!. Buat malu aku jer. Nasib baik aku tak cakap lebih.

Keadaan kembali sunyi. Iklan mula tersiar membuatkan Jung Kook sudah tiada apa ingin dilihat. Matanya memandang kosong kearah kaca tv.

   "Terima kasih.."tutur Jung Kook walaupun pada mulanya otaknya bertarung sesama sendiri supaya tidak mengatakan perkataan itu.

So Mi hanya mengangguk kecil . Tahu apa yang dikatakan lelaki itu. Ini pasti sebab minuman herbanya itu..Alah perkara kecil ajer.

Jung Kook menarik nafas panjang.Perbualan seriusnya dengan Tae Hyung kembali berputar. Matanya mengerling kearah So Mi yang sedang mengutip butir popcorn diatas sofa lalu terus masuk kedalam mulut. Ni perempuan ke monster?. 

   "Kau kahwin dengan aku sebab apa?"So Mi tersedak. Tersembur popcorn yang baru ingin masuk kedalam mulutnya.Euhh

So Mi memandang kearah Jung Kook yang kelihatan begitu serius. Sebab apa?. Dia tiada sebab ,yang pasti dia hanya ingin cepat mencari pengganti yang boleh melindunginya. Ya,itu pemikirannya pada mulanya. 

Dia ingin melupakan Tae hyung. Ingin membina hidup baru dengan suaminya. Namun,kini segalanya berubah. Semua tidak seperti dirancang. Angan-angannya hanya tinggal khayalan.

     "Eerkk..kenapa tiba-tiba ni?..hahaaa--"melihatkan wajah Jung Kook yang tidak nampak seperti lelaki itu dalm mood,So Mi segera memberhentikan ketawa palsunya.

Dia hanya mampu membisu seraya memandang kearah lantai yang sudah bertaburan dengan popcorn.Kasihanlah kau popcorn.

    "Tae Hyung tu ex kau..kau kahwin dengan aku sebab nak lupakan dia ke?"suara Jung Kook sedikit mendatar.

Dia bagai tiada perasan ketika ini. So mi yang mendengar mengangguk perlahan. Tepat sekali tekaannya. Itulah tujuan utamanya.

 Jung Kook mengigit bibir bawahnya. Wajah So Mi dipandangnya . " Kalau diberi peluang untuk kembali pada dia..adakah kau akan terima?"

Suasana kembali menjadi sunyi semula. Hanya bunyi dari tv yang memenuhi seluruh ruang diantara mereka. So Mi memegang dadanya. 

Dia tidak tahu. Tiada jawapan pasti yang boleh diberikannya ketika itu.Kembali kepada Tae Hyung semula. Ia bukan keputusan yang mudah . Lebih susah dari soalan-soalan peperiksaan yang dicipta oleh ahli Mensa tau.

Tetapi ,dalam hatinya kuat mengatakan bahawa dia masih mencintai Tae Hyung. Ya,perasaannya pada Tae Hyung masih ada.Melupakan cinta pertama bukanlah sesuatu yang mudah.

So Mi menghela lemah. "Benda tu tak akan berlakulah..Aku dah bersama dengan kau.."balas So Mi  cuba melarikan diri dari soalan KBAT Jung Kook itu.Dia mengambil alat kawalan jauh dan mahu menukar siaran namun pantas dihalang Jung Kook.

Tangan lelaki itu memegang kuat tangan So Mi. Matanya memandang tepat kearah So Mi. 

   "Kau menyesal?"tanya Jung Kook sekali lagi memberikan soalan KBATnya. Mungkin lelaki ini adalah peminat soalan KBAT agaknya.

So Mi yang terkejut dengan pegangan halilintar Jung Kook tidak tersengaja melepaskan alat kawalan jauh . Dia memandang Jung Kook yang sedang membuat muka serius.

Dia langsung tidak dapat membaca apa yang difikir lelaki itu sekarang. Apa sebenarnya tujuan lelaki itu . Kenapa tiba-tiba bertanya sebegini kepadanya. Hubungan mereka biasa sahaja sejak petang tadi tetapi kenapa sekarang..

Menyesal atau tidak?. Jujurnya,memanglah pada mulanya dia menyesal benar dengan keputusannya namun setelah cuba mengenali lelaki itu,rasa kesalnya itu semakin menghilang.

Walaupun lelaki itu sering membuat dia meluat tetapi hatinya langsung tidak sakit. Dia boleh terima semua itu.

   "Ak..aku.."

    "Aku cuma nak kau tahu So Mi,aku sedia nak lepaskan kau bila-bila masa sahaja.."

So Mi terkedu. Matanya membulat memandang kearah Jung Kook. Jangan buat lawaklah! . Apa semua ni!?.

Kedaan bertukar semakin sunyi. Mata So mi tidak lepas dari memandang wajah suaminya. Cuba membaca pemikiran lelaki itu.

     "Bu.bu..Buahahahahahaha!!hahah,tengoklah muka cuak kau tu,berdekak seh.."Jung Kook tiba -tiba meletuskan tawanya. 

So Mi terkedu. Apa?. Kenapa?. Okay,jangan cakap dia buat lawak. SO mi mengigit bibir geram. Dia hampir sahaja ingin mengalirkan air mata disebabkan lawak gila lelaki itu. Ini bukan boleh dibuat mainlah!.

Kaki Jung Kook ditendang so Mi dengan kuat membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan. Jung Kook memegang betisnya yang ditendang so Mi tanpa rela. Tawanya terus lenyap ,kini kesakitan pula menyinggah.

   "Ini tak kelakarlah!"marah So Mi. 

Ya,dia memang tengah marah ketika ini. Makin kecik ajer dia lihat Jung Kook sekarang ini. Kalau boleh ingin sahaja dia potong kaki lelaki itu,biar padan muka!. Cacat.

.  "Ini tak kelakarlah~~"ejek Jung Kook dengan nada yang amat menyakitkan hati. 

   "Yah!!"

    "Yah~~"

   "Jeon Jung Kook!!"

    "Jeon jung Kook~~.. ya,saya.."

So Mi mengetap giginya ,penumbuknya sudah bersedia untuk dilepaskan. Siaplah kau Jung Kook!.

   "Alamak..."

 

 

 

Tae Hyung,Hoseok dan Jimin melangkah masuk kedalam perkarangan sekolah bersama-sama. Tae Hyung meludahkan gula-gula getahnya yang sudah mula terasa tawar keatas tanah.

Dia hanya mendengar sahaja apa yang dibualkan oleh 2 orang rakannya itu. Malas ingin turut serta. Tiada yang menarik pun. 

   "Eh,tu bukan Jung Kook ke?..Jun-- So Mi?"Jimin berhenti melambaikan tangannya kearah Jung Kook sebaik melihat So Mi keluar dari kereta yang sama.

Mereka bertiga berhenti berjalan serentak dan mengalihkan pandangan kearah dua orang insan tersebut yang kebetulan baru tiba. Tae Hyung merenung kearah Jung Kook yang sedang gembira mendengki bekas kekasihnya itu. 

    "Huwaahh,dorang kapel ke?"streeekk ..mulut  Hoseok pantas ditakup Jimin.

Gila ke? . Tae Hyung ada di sebelah mereka sahaja. Karang tidak fasal-fasal mati sia -sia sahaja mereka berdua nanti.Tae Hyung sekadar menjeling kearah rakan -rakannya itu. 

Tangannya diseluk masuk kedalam poket seluar. "Tak. Mereka berdua tu sepupulah.."balas Tae Hyung sambil memandang kearah So Mi dan Jung Kook yang mula mengambil haluan masing-masing.

Jimin dan Hoseok berpandangan sesama sendiri. Terkejut dengan jawapan luar dari kotak Tae Hyung itu. Sepupu!. Biar betik!. 

Tetapi bila fikir balik,ada logiknya juga memandangkan So Mi adalah orang yang paling cemas apabila Jung Kook terjatuh tempoh hari. 

  "Ah,seb--"kata -kata Hoseok terhenti apabila bunyi mesej tiba-tiba berdering pada telefonnya. 

Bukan dia seorang malah Jimin dan Tae Hyung turut menerima mesej pada masa yang sama. Pantas Hoseok mengeluarkan telefon pintarnya. Mesej dari laman web sekolah,pasti ada berita sensasi ni.

Segera punat buka ditekan dan sebuah gambar terpampang pada skrin 4 inci telefonnya. "Omo!"terkejut dengan gambar yang dilihat,Hoseok menakup mulutnya . Tae Hyung dan Jimin memandang pelik kearah Hoseok sebelum tangan Tae Hyung pantas merampas telefon pintar rakannya itu.

Mata Tae Hyung membutang besar memandang kearah gambar tersebut. Digengamnya erat  telefon pintar Hoseok itu bagai ingin meremukkannya bila-bila masa sahaja.

    "Jimin kau panggil Jung Kook, Hoseok kau ikut aku"arah tae Hyung tegas sebelum berjalan pergi . 

Jimin dan Hoseok menghela lemah sebelum masing-masing akhirnya mengambil haluan sendiri seperti apa yang diarah oleh Tae Hyung tadi.

 

 

 

 So Mi berjalan sepanjang koridor dengan perasaan yang tidak selesa. Dirasa semua mata memandang tajam kearahnya. Kenapa?. Ada sesuatu pada dirinya ke?.

Langkahnya berhenti mengejut apabila laluannya tiba-tiba dihalang seseorang. Tak,bukan seseorang tetapi sekumpulan pelajar perempuan.

So Mi memandang kearah pelajar -pelajar perempuan di hadapannya dengan rasa meluat. Dia mengeluh lemah. Siapa lagi kalau bukan peminat-peminat susah mati Tae Hyung yang sememangnya sudah lama menyimpan dendam terhadapnya sejak dahulu.

Bagus. Sekarang mereka pasti datang untuk membalas dendam padanya. Yalah,sekarang ini Tae Hyung sudah tiada untuk mempertahankannya . Apalah yang mereka perlu takut.

   "Oh,jadi nilah sebabnya kau putus dengan Tae Hyung oppa kan?. Sebab nak pancing ikan baharu!..omy,I can believe this!"ketuanya, Nayeon .

    "Girls, bukanke korang patut gembira sebab aku dah putus dengan 'oppa' korang tu?. Jadi sekarang ni baik kau ,kau ,kau orang semua ni pergi kejar 'oppa' korang tu sekarang dan jangan kacau aku.."malas ingin bertekak di pagi hari. So Mi mengambil keputusan untuk berdamai. 

    "Yes,memang dah lama pun kau patut buat macam tu tapi ..."Jihyo,lagi seorang gadis disitu mendekatkan diri kearah So Mi sebelum menolak kasar bahu So Mi berkali-kali.

Telefon pintar yang dipegang Tzuyu diambilnya lalu ditayang kearah So mi. "Perbuatan ni memang ..tch,tch tak boleh diterima.."

Mata So Mi memandang kearah gambar yang tertera pada skrin gadis itu. Mulutnya ternganga sedikit akibat terlalu terkejut. 

   "In..Ini.."

 

 

Kaki Jimin berlari laju mengejar Jung Kook yang sudah mara kehadapan jauh. Dipanggilnya nama rakannya itu berkali-kali sehingga Jung Kook akhirnya berhenti. Tersemput-semut dia mencari nafas. 

   "Ik..ikut aku sekarang!cepat!"ajak Jimin tergesa-gesa.

Jung Kook memandang hairan kearah Jimin. Kenapa?.

 

 

Pintu bilik kelab fotografi dibuka Jimin sejurus sampai. Dia dan Jung Kook tergamam di hadapan pintu sebaik melihat apa yang berlaku.Jung Kook memandang kearah Tae Hyung yang kelihatan seperti makhluk jahat yang sedang dalam kemarahan yang membara.

Tae Hyung menggesel-geselkan kakinya diatas tangan seorang pelajar lelaki yang sudah terbaring kesakitan diatas lantai. Hanya rayuan perlahan yang dapat didengari dari mulut lelaki itu. 

Serpihan kamera bersepah diatas lantai akibat lontaran kuat dari Tae Hyung. Hoseok yang dari tadi mendiamkan diri hanya berpeluk tubuh menyaksikan segalanya. Dia juga tidak berani untuk berbuat apa -apa jika lelaki ini mengamuk.

   "Hoi, Tae Hyung ,apa kau buat hah! Gila ke?"tutur Jimin yang masih tidak berganjak dari muka pintu.

Tae Hyung mengangkat kakinya dari tangan pelajar lelaki itu sebelum menoleh kearah rakan-rakannya. Dia menguntum senyuman lebar ,menampakkan gusinya. 

    "Cuma bersihkan sampah.."

 

 

 

=====END OF CHAP 012=====

HYE,HAHA..CPATNYA DAH MASUK BAB 12

. HUHUHUTT^TT

JADI,KALI INI SAYA TONJOLKAN SIKIT SIFAT TAE HYUNG..DIA MENAKUTKAN KAN?. HAIH,KALAU ADA ORANG MCM DIA,SAYA RASA SAYA DH TERKENCING TAKUT..

HAHAHA, BTW, SAYA BETUL 2 NK UCP TQ PADA SMUA YG MENGOMEN CITER SAYA NI..

TERUTAMA SKALI YG SETIA JADI PENGOMEN TETAP ..TQ SO MUCH..

SAYA TERKEJUT GLER BILA BUKK ACC TGK TGK KOMEN DAH LEBIH 10 ..WAUUU 0=0

MGKN ESK SAYA AKAN BUAT DOUBLE UPDATE UTK KORANG SEMUA..PEACE.. ^^

 

Oh oh.. SIAPA YG DH LIHAT MV EXO!!..HAHA SAYA TRUS JJADI GILA TGK MV TU..MEREKA SANGAT MENAKUTKAN ? TAPI KACAK..HAHA

 

BAIK SAYA MENGAKU SAYA PEMINAT EXO.. DAN OH CHANYEOL..LIHATLAH RAMBUTNYA YANG SUDAH KEMBALI KE WARNA MERAH FLAME DIA TU.. >=<

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'