CHAP 031

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Berkali-kali Jimin cuba menelefon Jung Kook namun rakannya itu tetap tidak menjawab. Yuju juga berbuat yang sama. Menelefon So Mi yang juga menghilangkan diri. 

Masuk hari ini sudah 3 hari mereka berdua tidak bersekolah. Guru juga sudah menyoal tentang ketidakhadiran mereka berdua. Menyepi begitu sahaja. 

  "Aish,mana pulak mamat ni hilang.."dengus Jimin seraya menghamparkan telefonnya diatas meja. 

Dia menyerabutkan rambutnya sambil membebel sendirian. Hoseok pula hanya mampu menghela berat. Dia juga risau dengan kehilangan pasangan itu. 

   "Kenapa?..kenapa serabut sangat ni?"soal Tae Hyung yang baru sampai ke sekolah. 

Dia meletakkan begnya di bawah meja seraya memandang kearah rakan-rakannya itu. Jimin pantas membetulkan rambutnya seraya menggeleng pantas.

   "Ah,tak ada apa -apa..Cuma telefon Jung Kook je.."

Tae Hyung terdiam seketika. Dia memandang tempat kosong di hadapannya sebelum ke tempat So Mi. 

   "Hari ini pun dia tak datang?"soalnya sengaja bertanya. 

Hoseok dan Jimin berpandangan sebelum mengangguk perlahan. Masing -masing mengeluh berat. 

Baru Jimin ingin membebel tentang Jung Kook lagi,So Mi tiba -tiba berjalan masuk ke dalam kelas. Terus dia bangun lalu menyerbu gadis itu diikuti oleh Hoseok dan Tae Hyung yang turut ingin tahu. 

Gadis itu yang baru melabuhkan punggung terus disergah Jimin yang tidak tahu sabar. Yuju dan Hyeri turut memandang kearah So Mi . Masing -masing mempunyai persoalan yang sama.

    "Yah!kau ke mana?. Jung Kook mana?. Dia sakitke?. Kenapa korang tak angkat call?"soal Jimin bertubi-tubi sambil beria memaparkan telefonnya. 

Menunjukkan sejarah panggilannya. So Mi memandang rakan-rakannya sebelum tersenyum tipis. "Maaf,ada masalah datang buat seketika..jangan risau..aku dah datang sekarang kan?.."tuturnya cuba berlagak bias . 

Hoseok memandang ke luar kelas . "Jung Kook tak datang hari ini?"soalnya apabila lelaki itu tidak juga memunculkan diri. 

Keadaan terus menjadi sunyi apabila So Mi tidak menjawab dengan pantas. Gadis itu seperti mengelamun seketika sebelum disedarkan oleh Hyeri. 

   "Ah,Dia sudah pindah.."

   "Apa?!!" Jerit Jimin dan yang lain kecuali Tae Hyung yanh masih kekal dengan riak kosongnya.

     "Pindah?. Tapi korang berpasangan macam man--"kata -kata Yuju terus terhenti apabila menyedari kehadiran Tae Hyung di situ .

So Mi tersenyum kelat. "Dia balik ke kampungnya jadi dia tak akan kembali. Sudahlah,cikgu dah masuk tu"tutur So Mi cuba mengelak. 

Tae Hyung memandang So Mi sebelum dia tersenyum sedikit.

 

Sekotal susu segar diberikan Yuju kepada So Mi yang sedang jauh termenung seorang diri di bawah pokok . Dia dan Hyeri duduk di sisi rakannya itu sebelum masing -masing mengangkat bahu . 

   "Kau okay?. Ada apa -apa yang berlaku antara korang ke?"soal Yuju memulakan siasatannya memandangkan Hoseok dan Jimin asyik memaksanya melakukan begitu. 

Straw minuman dicucuk pada kotak minuman tersebut sebelum dihirup perlahan. So Mi memandang Yuju di sebelahnya sebelum mengukir senyuman kelat. 

  "Kitaorang,akan berpisah."jawab So Mi membuatkan kedua orang rakannya itu menjerit terkejut.

Hyeri terus bangun dari duduknya seraya berdiri di hadapan So Mi. "What?. Kau bergurau ke ni So Mi?. Tapi,kenapa tiba-tiba.. Sebelum ini,baik sahaja .."

Tiada jawapan yang diberikan oleh So Mi membuatkan Hyeri makin serabut. So Mi menghirup susu kotaknya itu sambil terus berdiam diri. 

Habis sahaja isi minumannya,dia terus bangun. "Jumpa kat kelas nanti"ujarnya sebelum berlalu pergi. 

Hilang sahaja kelibat So Mi daripada situ, Hoseok dan Jimin terus meloncat keluar daripada semak samun. Dari tadi,mereka bersembunyi begitu sehingga habis seluruh badan diserang serangga.

   "So?"soal Hoseok lalu menerima gelengan daripada dua orang gadis itu. 

Jimin mendengus berat sebelum mencuba sekali lagi menelefon Jung Kook yang masih menghilangkan diri. 

 

 

Tiket bas dibeli Jung Kook sebelum dia berlalu mencari bas yang bakal membawanya pulang. Telefonnya sekali lagi berdering membuatkan dia menghela berat. 

Bagasinya dimasukkan kedalam bonet bas sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bas. Tiket diserahkan dan dia terus melabuhkan punggung di tempat duduknya. 

Telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek dan sejarah panggilan tidak terjawab menjengah pandangannya. Kebanyakkannya semua daripada Jimin dan Hoseok. Satu daripada So Mi langsung tiada membuatkan dia makin yakin gadis itu sudah melupakannya.

Jung Kook menyandarkan kepalanya pada cermin bas. Dia memandang penumpang-penumpang lain yang sedang sibuk memasukkan bagasi kedalam beg. 

   "Awalnya kau pulang?"tegur satu suara menyentakkan lamunan Jung Kook. 

Jung Kook terus menoleh ke sebelahnya sebelum melihat Sa Na sedang tersenyum kekok . Gadis itu duduk di sebelahnya dengan selamba. 

Malas ingin mengambil peduli hal gadis itu,Jung Kook kembali dengan posisi lamunannya . Dia kekal memandang keluar tingkap. 

   "Kau marah aku ke?"soal Sa Na memulakan perbualannya. 

Sunyi. Jung Kook langsung tidak menjawab malah reaksi wajahnya turut tidak berubah. Persoalan gadis itu bagai terbang dibawa udara. 

Sa Na menarik nafas panjang . "Aku tahu..aku salah. Aku betul -betul tak berniat untuk lakukan semua ini. "

Kepala Jung Kook akhirnya berpaling kearah Sa Na. Dia memandang gadis itu untuk masa yang agak lama. 

  "Kalau kau cuma nak bebel fasal rasa bersalah kau..Berambus. Aku tak nak dengar.."

   "JungKook,aku.."

   "Cukup!"jerit Jung Kook dengan kuat membuatkan semua pasang mata beralih kearah mereka. 

   " Kau..dah berjaya. Tahniah sebab hancurkan hidup aku dan persahabatan kita"sambung Jung Kook dengan dingin. 

Sana terus terdiam. Dia menahan rasa sebak yang mula menebal dalam dirinya. Mendengarkan kata penamat tentang persahabatan mereka membuatkan dia rasa lebih teruk. 

Dia mengukirkan senyuman kelat . 

   "Baiklah..mari tamatkannya. Tolong kekal di sini dan dapatkan semula So Mi.. Dia milik kau.."tutur Sa Na sebelum berlalu pergi. 

Dia keluar daripada bas dengan mata yang bergelinangan. Dia akan betulkan semuanya walaupun rahsianya sendiri akan terdedah. 

Bas mula bergerak keluar daripada tempat parkirnya. Jung Kook masih berdiam diri di tempatnya. Dia memandang telefon pintarnya yang memaparkan gambarnya dan So Mi. 

   "Ahjussi..tolong berhenti!!!"

 

 

Beg sekolah yang baru ingin disandang So Mi ke bahu pantas dirampas Tae Hyung . Lelaki itu tersenyum manis sambil tolong membawakan beg gadis itu. 

  "Jom balik .."ajaknya sebelum berlalu terlebih dahulu. 

Meninggalkan So Mi terpingga-pingga. Tanpa kata ,So Mi terus mengejar lelaki itu . Hyeri dan Jimin berpandangan sebelum masing-masing menghela lemah. 

Inilah akibatnua kalau sudah tahu hal yang sebenar.

   "Yah! Tae Hyung,beri balik!"marah So Mi sambil mengejar lelaki itu yang berlari laju kearah pagar sekolah. 

Lelaki itu tiba-tiba berhenti membuatkan So Mi melangarnya kerana tidak sempat menekan brek kaki. So Mi mencebik geram sambil mengusap batang hidungnya yang terasa sakit. 

Dia memandang Tae Hyung di hadapannya yang masih tersenyum nakal. Beg sekolahnya tersangkut kemas pada bahu lelaki itu. 

  "Dessert?"pelawa Tae Hyung .

So Mi diam. "Rumah"balasnya jelas menolak pelawaan lelaki itu. 

Kali ini,Tae Hyung pula yang mencebik ,lelaki itu pantas menarik So Mi menuju kearah motornya. Topi kaledar yang sengaja dibawa dua dipakaikan pada kepala gadis itu.

  "Jom!"

 

Sepinggan kek tiramisu bersama dengan aiskrim vanilla dihidangkan kepada So Mi . Secawan latte turut dipesan Tae Hyung untuk gadis itu. 

Mereka berdua kini berada di dalam kafe mewah berdekatan dengan kawasan sekolah. Tae Hyung tersenyum lebar sambil menghirup lattenya. 

Dia memandang So Mi yang langsung tidak menyentuh makanan. "Kenapa?. Tak sedap ke?"soalnya risau. 

So Mi pantas menggeleng . Perlahan -lahan dia menyuakan secebis potongan tiramisu tersebut kedalam mulutnya walaupun tiada selera. 

Taehyung memandang gadis itu sebelum dia memegang tangan So Mi yang berada diatas meja. "So Mi-sshi,aku kawan kau kan?.."soal Tae Hyung membuatkan So Mi terhenti.

   "Jadi,senyumlah.. Walaupun aku tak tahu apa masalah kau tapi aku tak suka kau macam ni.. Aku nak kau yang riang macam dulu.. Aku nak kau tahu,aku ada kalau kau perlukan apa -apa.."pujuk Tae Hyung dengan sungguh lembut. 

So Mi memandang Tae Hyung di hadapannya . Hatinya terus berasa hangat apabila lelaki itu berkata begitu. Terasa bebanya hilang sedikit. 

Dia tersenyum lembut seraya menggangguk perlahan. 

  "Gomawo chingu-ah.."

 

Gambar -gambar yang terlekat pada dinding dipandang Tae Hyung dengan wajah tanpa reaksi. Baek Hyun masuk dengan sedulang makanan dan minuman. Dia berjalan menghampiri lelaki itu sebelum meletakkannya di sebelah Tae Hyung. 

   "Lepas makan ni. Pastikan kau makan ubat ya"pesan Baek Hyun sambil mengeluarkan sebotol ubat penenang daripada laci meja solek lelaki itu. 

Dia yang kemudiannya ingin berlalu pergi pantas dihalang Tae hYung. "Baek Hyun,aku percaya kau .."

  "HEh? "Dahi Baek Hyun berkerut seribu. 

Dia memandang Tae Hyung yang menghampirinya. Lelaki itu kemudiannya menghulurkan sejumlah wang kepadanya membuatkan dahinya berkerut berlipat ganda. 

   "Ada orang yang buatkan aku serabut. Hapuskan dia..Upah seramai mana pun yang kau nak ,aku akan bayar"arah Tae Hyung membuatkan Baek Hyun terus terkedu. 

   "Apa?. Tae Hyung,kau gila ke?. Kau nak bunuh orang?!"

Segaris senyuman senget terukir pada wajah Tae Hyung. Dia mendekatkan mulutnya kearah telinga Baek Hyun sebelum membisikkan sesuatu. 

    "Aku memang sudah gila.."

 

Kaki Sa Na yang bertumit tinggi itu berhenti berjalan apabila terasa dirinya diekor seseorang daripada belakang. Dia memandang ke sekeliling dengan perasaan berdebar namun tiada seorang pun. 

Dengan pantas dia berlari kearah keretanya lalu terus memandu laju . Hatinya terus terasa tidak tenteram. 

 
 

Mesej yang baru diterima dibaca So Mi sebum dia tersenyum tipis. Dia membayar duit tiket masuk ke dalam taman tema sebelum pantas berlalu mencari tempat duduk sementara menunggu ketibaan Tae Hyung. 

Dia memandang ke sekelilingnya yang sesak dengan ramai pengunjung yang dari pelbagau peringkat umur. Dari kanak -kanak hinggalah orang tua. Semuanya mengambil peluang untuk bermain di taman tema sempena cuti minggu. 

Begitu juga dengan dia,Tar Hyung beria mengajaknya untuk ke taman tema kononnya supaya dia dapat kembalikan semula tenaga positifnya. 

So Mi menggeleng lemah apabila teringat akan kata -kata merapu Tae Hyung kepadanya. Lelaki itu benar-benar membuatkan dia boleh kembali tersenyum . 

Sementara menunggu ,sebuah belon tiba -tiba dihulurkan kepadanya oleh ..maskot beruang. 

Belon itu disambut So Mi teragak -agak. Sebaik dia menyambut belon bewarna merah berbentuk hati itu,maskot beruang itu terus meloncat gembira sambil melontarkan begitu banyak simbol hati. 

Tidak dapat menahan lucu,So Mi ketawa kecil . Dia turut melayan karenah maskot beruang itu dengan kononnya membuat gaya sedang menyambut hati -hati yang bertebangan di udara setelah dilontarkan maskot beruang tersebut. 

 Maskot beruang itu kemudiannya menarik So Mi menuju kearah tempat menembak . Ditunjuk-tunjuknya kearah beruang besar yang menjadi taruhan hadiah pertama bagi peserta yang berjaya menembak paling banyak dalam sekali cubaan. 

So Mi memandang maskot itu yang beria melompat -lompat sambil menunjuk kearah hadiah utama itu. "Maaf,tapi saya tak pandai menembak"kesal So Mi membuatkan maskot beruang itu terhenti. 

Dia terus menunduk sedih sambil bergoyang-goyangkan badannya seperti sedang merajuk. Melihatkan aksi maskot beruang itu membuatkan So Mi tidak sampai hati.

   "Aihh,janganlah merajuk.. Baiklah,saya akan cuba..ahjussi,saya nak cuba!"putus So Mi akhirnya.

Senapang palsu itu dipegang So Mi lalu diarahkan kepada tin -tin yang bersusun pada rak. Nafas ditarik dalam dan sebelah mata ditutup bagi mendapat sasaran yang lebih tepat. 

Bangg..Bang..bangg..bangg..

Dengan sekali cubaan,So Mi dapat menembak 6 tin berturut -turut cukup-cukup dengan peluru yang diisi. So mi memandang tin -tin yang jatuh daripada raknya dengan pandang tidak bercaya. 

   "Berjaya!!!..uwahhhh!! ,,saya berjaya..berjaya!!"sorak So Mi dengan terujanya sambil memeluk maskot beruang itu dan menari dengannya.

Sebuah patung beruang besar dihadiahkan kepada maskot beruang tadi . So Mi berhigh five dengan maskot itu . Tanggannya mengusap -ngusap kepala maskot tersebut sambil tersenyum riang . Terasa seperti dia betul -betul sedang mengusap beruang sebenar. 

Sungguh lembut. Baru sahaja So Mi ingin terus bermain dengan maskot beruang tersebut,Tae Hyung tiba -tiba datang mencelah. "So Mi!!"panggilnya seraya menghampiri So Mi . 

Dia memandang maskot beruang yang berada di sisi So Mi sebelum tersenyum. "Mari. Maaf sesak jalan tadi"kesal Tae Hyung sambil tersenyum . 

Maskot beruang tadi berpeluk tubuh sambil memandang Tae Hyung seperti lelaki itu adalah daging segar yang lembut. "Tak apa. Jomlah.."ajak So Mi sebelum berpaling semua kearah maskot beruang tadi. 

   "Saya pergi dulu..jumpa lagi"tuturnya sebelum berlalu pergi dengan Tae Hyung. 

Maskot beruang itu hanya memandang tanpa kata. Sebaik sahaja gadis itu hilang daripada pandangannya,dengan perlahan dia mencabut kepala maskot beruang itu . 

Mendedahkan wajahnya yang sebenar  

 
 

Keluhan penat dilepaskan Jung Kook sebaik dia dapat menghidu udara segar. Peluh membasahi seluruh wajahnya ketika itu. 

Dia kemudiannya memandang kearag patung beruang yang didudukkan diatas bangku. Dia tersenyum tipis sebelum membawanya ke tempat menembak tadi. 

   "Ahjussi..ini..terima kasih fasal tadi"ujarnya sambil menyerahkan sejumlah wang kepada penjaga permainan menembak tadi. 

Dia yang mengupah penjaga tersebut supaya membenarkan So mI menang tempat pertama supaya gadis itu gembira. Penjaga permainan itu tersenyum menggeleng melihat Jung kOok yang bermandikan peluh. 

   "Kamu patut luahkan sahaja perasaan kamu tu.."nasihatnya. 

Jung kOok tersenyum kelat . 

 

Malam sudah menjelma dan So Mi baru pulang daripada temu janjinya dengan Tae Hyung. Dia turun daripada kereta lelaki itu seraya berjalan masuk kedalam perkarangan rumahnya. 

Langkahnya terhenti apabila merasa dirinya sedang diperhati. Dipandangnya sekeliling namun kelibat seseorang langsung tiada. Malas ingin melayan perasaan,dia terus berjalan masuk kedalam rumahnya. 

Apabila bunyi pintu rumah ditutup kedengaran,Jung Kook terus keluar daripada tempat persembunyiannya. Dia memandang kearah bilik So Mi yang masih terang. 

Dia duduk mencangkung di tempatnya sambil menunggu gadis itu tutup lampu. Apabila bilik gadis itu sudah gelap,barulah dia mengangkat kaki pergi. 

Selamat malam , Han So Mi...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'