CHAP 020

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Baju -baju berselerak diatas katil dan lantai. So Mi masih mencari -cari lagi baju yang menarik minatnya. Hampir kesemua bajunya sudah dicampaknya keluar.

Jung Kook yang sedang duduk di atas kerusi belajar menjeling kearah isterinya itu. Dari tadi ,tiada langsung perbualan antara mereka. Kewujudannya bagaikan tiada di bilik itu. 

Gaun hitam pendek paras atas lutut dibawa keluar So Mi dari almari. Didakapkan baju tersebut pada badannya lalu menggayakannya dihadapam cermin. Terukir senyuman puas hatinya . 

   "Cantik tak?okay kan?"akhirnya So Mi berpaling kearah Jung Kook yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di hadapan meja belajar.

Lelaki itu pantas memaling kearahnya sebelum matanya membulat besar memandang kearah gaun pendek yang ditunjukkan oleh So Mi itu. Terus tersedak air liurnya. 

Tak!!!. 

    "Gaun tu cantik tapi bila kau pakai.. lupakan sahajalah "komen Jung Kook acuh tak acuh sebelum berpaling semula menghadap buku sejarahnya yang tebal itu.

So Mi menjuih bibir geram. Tak patut betul dia tanya pada lelaki yang tak tahu fesyen. Buat sakit hati sahaja. Gaun di tangan dipandang sekali lagi sebelum dia tersenyum lebar. 

Puas hati dengan pilihannya. Gaun itu disangkut pada rak tuala. Dia terus masuk kedalam bilik air dengan gembira. Tidak sabar untuk berdate eh, keluar temankan Tae Hyung beli kasut.

Serentak So Mi selamat menutup pintu bilik air,kepala Jung Kook turut bergerak berpaling kearah gaun yang tersangkut cantik pada rak tuala. Tidak sampai sesaat,dia kini sudah memegang gaun tersebut. Pantas benar dia bergerak.

Matanya mengerling kearah bilik air. Kedengaran suara So Mi sedang menyanyi di dalam bilik air. Leka tu. Dengan gaya James Bond,Jung Kook terus menyelinap keluar dari biliknya itu. 

 

Suis seterika dihidupkan. Aras paling panas dipilih. Gaun yang masih di dalam pegangannya dipandang atas ke bawah. Pendek ,terdedah ..Apa ni!!!

   "Apa yang dia fikir nak pakai macam ni kat depan orang ramai?tak tahu malu ke?macam mana kalau angin tiup dan..aishhhh.. akal pendek"bebel Jung Kook seperti mak nenek yang risau akan cucu modennya.

Didamparkan gaun tersebut keatas tempat menyeterika. 

   "Selamat tinggal gaun cantik"

 

Kepala  Jung Kook terjengah ke bilik. Tiada lagi kelibat So Mi. Gadis itu masih belum habis mandi. Bagus!

Seperti penyamun tidak berlesen,Jung Kook terus bergolek masuk kedalam biliknya. Meletakkan semula gaun yang sudah tidak rupa gaun itu ke rak tuala. Dia tersenyum puas.

   "Misi berjaya agen Jung K--"kata -katanya terhenti sebaik terfikirkan sesuatu.

Terus matanya beralih kearah longgokan baju yang berada diataskatil. Tak ..tak ,ada lagi..

 

 

 

   "Jung Kook!!!!"

Mahu ak bergegar rumah agam keluarga Han sebaik So Mi meletuskan gunung berapinya. Nafasnya turun naik memandang gaunnya yang kini sudah tidak beruba gaun. 

Lubang besar betul -betul di tengah gaun membuatkan dia makin geram. Ini memang cari mati namanya. Tidak dapat mencari Jung Kook,gaunnya itu dirobek -robek geram. 

Jam dipandangnya sebelum matanya membutang besar. Tinggal 30 minit sahaja lagi sebelum Tae Hyung datang menjemputnya. 

30 minit itu bagai 3 minit sahaja bag8 So Mi untuk mendandan dirinya.Arghhhh

Tidak mahu membuang masa memikirkan tentang Jung Kook,dia terus meluru kearah longgokan bajunya yang lain. Mencari gaunnya yang lain. Dicampaknya satu persatu baju ke tepi .

Mana ,mana,mana !!

Gaunnya semua sudah hilang. Tiada. Dalam almari juga sama. Kosong. Bukan gaunnya sahaja malah seluar pendeknya serta baju tanpa lengannya turut hilang sama. 

Ini..ini..

Jung kooooookkk!!.

 

 

Bunyi lonceng berbunyi menandakan Tae Hyung sudah tiba. So Mi yang baru selesai mengoleskan lipglossnya pada bibir tergesa -gesa turun ke bawah. Rambutnya dibetulkan untuk kesekian kali sebelum pintu dibuka. 

   "Done?"soal Tae Hyung sambil tersenyum lebar. 

Dia memandang So Mi yang hanya berpakaian skinny jrans hitam bersama t-shirt kelabu besar.  Gadis itu nampak lain. Tidak sepertu dahulu sewaktu mereka keluar bersama. Gadis itu pasti akan sentiasa memakai gaun atau jeans pendek. 

Tidak dapat menyembunyikan reaksi,Tae Hyung tergamam seketika melihat gaya ringkas gadis itu. So Mi mengamam bibir. Dia pasti nampak selekeh sekarang ini. Oh,malunya.

   "Maaf..aku nampak selekeh kan..ada sesua--"

   "Tak..kau nampak cantik.."

  "Eihh?"  "Eihh"

Serentak So Mi dan Jung Kook bersuara. Mata So mi beralih terus kearah  Jung Kook yang baru memunculkan diri. Sbenarnya dari tadi,Jung Kook bersembunyi di belakang Tae Hyung

Tae Hyung tertawa kecil. "Ah,Jung Kook ikut kita sekali memandang dia hebat dalam bab bab kasut terbaik ni"terang Tae Hyung setelah melihat reaksi terkejut gadis itu 

Jung Kook yang berdiri di belakang Tae Hyung tersenyum kekok sambil berpose peace. Kakinya sebenarnya sudah bersedia untuk membuat marathon. So Mi menahan rasa geramnya dengan baik. 

Dia tersenyum mengangguk. "Ah,betul tu..Jung Kook memang bagus dalam fesyen.."tutur So Mi . Matanya dijenggilkan kearah Jung Kook .

Kau mati lepasni

 

 

So Mi memandang kearah kasut sukan yang terpamer di ruang kasut. Semuanya tampak cantik dan bergaya. Dia menghela dalam diam. Teringat semula kasut sukannya yang sudah lama tersimpan didalam rak kasut sejak dia dan Tae Hyung berpisah.

Kalau dulu,dia dan Tae Hyung akan sentiasa berjogging bersama.Sekarang,dia keseorangan.

Tae Hyung selesai mencuba kasut untuk kali ketiganya dan akhirnya berpuas hati. Dia dan Jung Kook tersenyum puas sebelum masing -masing berpaling kearah So Mi yang sedang termenung seorang diri.

Tanpa sempat Tae Hyung ingin bangun,Jung Kook terlebih dahulu mendekati gadis itu. "Uwah~cantik kasut ni"komennya sambil mengambil sepasang kasut bewarna jingga. 

So Mi memandang kasut tersebut dengan pandangan tidak berminat.  

   "Kasut mempengaruhi seseorang itu untuk bersukan atau tidak.."celah Tae Hyung . 

Tangannya pantas mencapai kasut biru laut berjalur warna merah jambu lalu diserahkan kepada So Mi. Dia tersenyum pahit .

   "So Mi suka gabungan warna dua ni..kan?"

Terharu. So Mi menyambut kasut tersebut dengan tangan yang menggigil. Tidak sangka Tae Hyung masih mengingati warna kesukaannya.

Jung Kook memandang kasut di tangannya. Jingga.Jung Kook,ini bukan dia..Warna ini kesukaan dia bukan So Mi.Sedarlah.

 

 

Menu minuman diteliti mereka bertiga. Selesai sahaja membeli kasut,mereka bertiga terus ke kafe berdekatan bagi menglegakan tekak yang kehausan.

  "Americano"pesan  Tae Hyung dan So Mi serentak membuatkan Jung Kook yang berada di sisi tersisir.

Tae Hyung dan So Mi berpandangan sebelum masing -masing tersenyum kekok.Jung Kook yang memerhati memandang jelik .

   "Buatnya tiga"pesannya tidak mahu mengalah. Apa?Ingat korang je boleh sama. Aku pun nak jugak.

Tae Hyung memandang Jung Kook dengan perasaan terkejut. "Oh! Jung Kook,kau pun suka jugak? Americano~".

Diam. JUNG kook teekedu seketika sebelum dia mengangguk laju. "Of course~ Americano..no..no..no..hahaha"jawabnya dalam tak pasti.

 

 

Riak wajah Jung Kook terus bertukar sebaik meras Americano tersebut. Ingin sahaja dia meludah semula minuman hitam tersebut. Minuman apakah ni!pahit!tak sedap..

Dia menjeling kearah Tae Hyung dan So Mi yang sedang sedap menikmati Americano masing -masing. Makhluk jenis apakah mereka berdua ini?.Tak sedaplah oii.

   "Macam mana?sedapkan?aku suka kafe tu..Americano dorang memang jjang..rasa kopi dia freshh..uiihhh"cerita Tae Hyung teruja. 

Jung Kook yang mendengar sekadar mengangguk lemah. Yeh..yeh..yeh..Lidah apakah lelaki ni!

Mata Jung Kook kemudian beralih kearah So Mi yang sekadar mendiamkan diri. Straw yang berfungsi bagi menyedut air kedalam mulut dipandangnya. Dari tadi,paras Americano di dalam straw tersebut bergerak keatas kebawah berulang kali. Nampak sangat gadis itu sedang mengelak dari memasukkan minuman itu kedalam mulut.

Setelah memastikan tekaannya betul,Jung Kook akhirnya mengukir senyuman kecil . "Uh..mari kita pergi tengok movie?"cadang Tae Hyung setelah menilik jamnya untuk kesekian kalinya. 

​Jung Kook memandang Tae Hyung yang seperti sedang menghantar isyarat melalui gerak anak mata. Apa ?..ah~Faham dengan apa yang dimaksudkan Tae Hyung itu,Jung Kook segera mengukir senyuman lebar palsu. 

    "Ooo..idea bagus.Jom,jom"ajak Jung Kook dengan semangat terujanya.

Dia terus berjalan pergi. Sengaja meninggalkan Tae Hyung untuk berduaan dengan So Mi.

 

 

So Mi menelan air liurnya yang terasa begitu kering.  Americanonya yang belum pun habis sepenuhnya sudah dibuang secara senyap kedalam tong sampah tandas . Dia berjalan keluar dari tandas lalu terus mendapatkan dua orang jejaka yang sedang menunggunya .

Telefon pintar disimpan Yae Hyung sejurus menyedari kehadiran So Mi. Dia tersenyum . "Kitaorang dah cari nak tengok cerita apa..first,thriller,second thriller..mana satu?"

Jung Kook yang berdiri di sisi sekadar memandang So Mi . Melihat daripada reaksi gadis otu,nampak sangat tidak sudi dengan cadangan Tae Hyung tersebut.Yalah,minah ni dah lah penakut,karang tak fasal -fasal habis bergegar satu panggung sebab jeritan dia.

Namun,So Mi dengan perlahan mengangguk. "Mana -mana pun okay je"balas So Mi dalam kerelaan . Tae Hyung tersenyum riang sebelum pantas menarik gadis itu pergi. Jung Kook hanya menggeleng lemah. Tidak faham betul dia dengan  isterinya itu.

Tidak suka kenapa masih berlagak bagai suka..

 

 

Jung Kook berbaris pada barisan panjang di hadapan kaunter dengan sabarnya. Sesekali dia memandang kearah So Mi dan Tae Hyung yang sedang menunggunya tidak jauh dari pintu masuk panggung. 

Kelihatan bagai mereka berdua sedang berbual sesuatu yang seronok memandangkan So Mi tidak henti -henti tertawa. Gembira sungguh. Tunggulah kau masuk panggung nanti,terlolonglah kau sorang -sorang.

 

Selepas beberapa minit berlalu ,Jung Kook akhirnya kembali dengan dua keping tiket di tangan. Senyuman kecil berkuntum pada wajahnya sebelum diserahkan tiket tersebut kepada pasangan tersebut. 

Tiket tersebut pantas disambut So Mi . Dia memandang tangan Jung Kook yang kini kosong tanpa sebarang tiket. "Kau punya tiket?"tanya So Mi hairan. 

Jung Kook hanya tertawa kecil. "Aku tak dapat join koranglah,sorry..ada hal  pulak"tipu Jung Kook seraya matanya mengenyit laju kearah Tae Hyung. Memberi isyarat kepada lelaki itu.

   "Ah..eh,yeke?ruginya.Na..Nampaknya kita berdua jelah So Mi"tutur Tae Hyung gugup. Dalam hatinya sudah gembira tidak terkata dengan rancangan yang dibuat Jung kook itu. Memang terbaiklah rakannya ni!.

So Mi diam seketika sebelum akhirnya mengangguk perlahan. Dengan wajah naifnya ,dia memandang kearah Tae Hyung. "Okaylah,mari masuk"

   "Ah..oh jo--"

    "Oppa!!?"

Langkah mereka berdua terhenti sebaik mendengar seseorang memanggil Tae Hyung. 

  "Tae Hyung,is that you?"

Seorang gadis berambut panjang melepasi bahu berjalan laju dengan kasut tumit tingginya mendekati Tae Hyung yang sudah tergamam di sisi So Mi dan Jung Kook. Dalam masa yang sama,Jung Kook turut terkedu di tempatnya. 

Matanya membutang memandang gadis yang sedang menghampiri tempatnya. Mulutnya terganga kecil. Jantungnya berdetak laju. 

   "Sana"

Riak wajah Tae Hyung terus bertukar dingin sebaik gadis itu berdiri di hadapannya. Sana tersenyum manis sambil berprluk tubuh memandang anak rakan ayahnya itu. 

   "Don't look at me like that ? Don't you  want to meet me as soon as possible?"tutur Sana dengan lagak inggerisnya. Rambutnya diselak ke belakang. 

Matanya yang cantik disolek dengan celak mata memandang Tae Hyung sebelum beralih kearah gadis pendek di sebelah lelaki itu. Dipandangnya gadis itu dari atas ke bawah berulang kali . 

   "Hello!saya Sana...Lee Sana"Sana pantas menghulurkan tangannya kearah So Mi yang masih tidak tahu apa -apa. 

So Mi yang ingin menyambut huluran gadis itu pantas dihalang Tae Hyung. "Jangan ganggu kitaorang,terima kasih"tegas Tae Hyung masih memasang wajah dinginnya. So Mi segera dipregangnya erat. Ingin membawa gadis itu pergi secepat mungkin.

    "Kacau?. Awak tak patut kata saya macam tu.. Saya cuma nak beritahu yang saya keluar dengan Mama Kim hari ni"tutur Sana sambil mengukir senyuman sengetnya.  

Tae Hyung terus terdiam. Tangan So Mi terus dilepas dari pegangannya. Dia mengigirt bibir bawahnya agak kuat sebelum memandang kearah So Mi yang sedang memandangnya kembali dengan wajah yang berkerut. 

   "Maaf..nampaknya plan hari ni terpaksa terbatal.."tutur Tae Hyung kesal sebelum dia pantas berlalu pergi. Meninggalkan So Mi terpingga-pingga sendirian dengan apa yang berlaku.

Sana tersenyum puas. Dia memandang So Mi sebelum matanya akhirnya beralih kearah insan yang dari tadi tercegat di sisi gadis itu. Sebaik matanya bertentangan dengan Jung Koo,matanya terus membulat sebesar -besarnya. 

 Keadaan terus menjadi sunyi seketika. Jung Kook pantas berdehem kecil sebellum segera menarik So Mi mengikutinya. Berlalu pergi meninggalkan Sana yang masih tergamam .

 

 

 

Kaki Jung Kook terus melangkah laju sambil mengeret So Mi ikut bersamanya. Jantungnya masih tidak berhenti berdegup kencang. Dia masih tidak boleh percaya dengan apa yang baru dilihatnya. Adakah ini cuma halusinasinya sahaja?.

So Mi yang diheret memandang curiga kearah Jung Kook . Tanganya semakin lama semakin terasa sakitnya akibat pegangan kuat lelaki itu. Tidak dapat menahan lagi diri diheret bagai patung,So Mi pantas  merentap tangannya dari pegangan lelaki itu.

   "Siapa peremuan tadi tu?"soal So Mi sebaik mereka berdua kini berhenti melangkah. Jung kook diam membisu,dia tidak tahu kenapa tetapi kepalanya terasa berat untuk menghadap gadis itu. 

Ianya bagai dia telah melakukan kesalahan besar kepada isterinya itu. Dia hanya kekal membeku di tempatnya tanpa sebarang kata. 

  "Yah! Jeon  Jung Kook,jawablah!. Kenapa kau dengan Tae Hyung boleh kenal dia ?Siapa dia?"soal So Mi bertalu -talu. 

Hatinya kini sedang sakit dan fikirannya pula sedang berserabut. Siapakah perempuan itu sehingga Tae Hyung sanggup meninggalkannya begitu sahaja.

Jung Kook masih kekal mendiamkan diri membuatkan So Mi hilang sabar. Pantas So Mi menghampiri lelaki itu lalu menghadapnya . Matanya tenang memandang Jung kook yang kelihatan bagai sedang mengelamun jauh. 

   "Jung Kook,tell me?.. Perempuan tu,apa kena mengena dia dengan Tae Hyung?"gesa So Mi seraya tangannya menggoyang -goyangkan badan Jung Kook. 

Tiada jawapan dari lelaki itu membiatkan Somi makin kuat menggoncangkan badan lelaki itu. 

   "Diamlah!"tengking Jung Kook sambil tangannya menolak kuat So Mi dari terus mengoncang badannya. 

So Mi tergamam,dia terus ditolak jauh sehingga hampir tersungkur ke lantai. Jung Kook turut tergamam dengan tindakannya sendiri. Dia memandang So Mi yang turut memandang risau kearahnya. 

Keadaan menjadi sunyi serta merta. Tiada yang bersuara sehinggalah So Mi tiba tiba menghampiri lalu terus mendakapnya perlahan. 

   "So--"

Jung Kook berdri tegak di tempatnya,dirinya terasa seperti sedang membeku apabila So Mi tiba -tiba memeluknya. Perlahan,dia akhirnya tersenyum kelat 

Macam mana kalau aku betul -betul jatuh hati pada kau,Han So Mi?

 

 

 

=====END OF CHAP 020=====

AKHIRNYA 2 UPDATE ^^

MAAF SBB DH LAMA X UPDATE

BTW,SAYA HRP KRG SERONOK BACA UPDATE KALI INI..

ALERT :TLG JGN JADI SILENT READERS SBB IA AKAN BUATKAN SAYA CURIOUS SAMA ADA CERITA SAYA NI MENARIK ATAY MEMBOSANKAN..DAN AKHIRNYA MOOD SAYA NAK BUAT CERITA DOWN.. :(

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'