CHAP 034

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

 

PLAY ANY SAD SONGS  U WANT :) THIS JUST MY OPTION

 

Cincin kahwin dipasang semula ke jari. So Mi menarik nafas panjang sebelum memandang untuk ke sekian kali kearah setiap sudut ruang tamu itu. Perabot -perabot yang agak mahal harganya itu semuanya tersusun dengan cantik dan kemas sekali di tempatnya. 

So Mi menarik nafas panjang . Cuba untuk menenangkan dirinya. 

   "Omo, So Mi?"tutur satu suara dengan nada yang agak terkejut. 

Puan Kim pantas menghampiri gadis itu . Dia yang baru pulang daripada syarikat amat terkejut dengan kehadiran tidak terduga gadis itu . 

Segera dia menyuruh pembantu rumahnya menghidangkan minuman dan makanan untuk tetamu berharganya. Dia kemudiannya duduk menghadap gadia muda itu .

Senyuman manis tercorak pada wajahnya. Gembira dan pada masa yang sama teruja dengan tujuan sebenar gadis itu mengunjungi rumahnya haru ini  

   "Tae Hyung masih belum pulang lagi,nak Auntie call dia ke?"

Tindakan Puan Kim yang ingin menelefon anaknya itu pantas ditahan So mI. So Mi berdehem perlahan sebelum dia memandang tepat ke wajah wanita itu. 

   "Saya nak batalkan aturan perkahwinan kami.Saya tahu ini agak tak hormat memandangkan ini cuma keputusan saya seorang tapi saya harap Puan hormat keputusan saya..."

Senyuman Puan Kim terus lenyap dalam sekelip mata. 

   "Tap..tapi kenapa?. Tae Hyung ada buat kamu marah ke?"soal Puan Kim enggan melepaskan peluang menjadikan gadis itu sebagai menantunya.

    "Sebab saya dah bersuami.."jawab So Mi tanpa berahsia lagi.

Sekali lagi jawapannya membuatkan wanita itu terdiam membisu. So Mi mrlepaskan keluhan berat. 

  "Maafkan saya sekali lagi,Auntie"kesal So Mi sebelum bangun dari sofa. 

Dia membongkok hormat sebelum berpaling pergi. Namun tindakannya terhenti apabila melihat kehadiran Tae Hyung yang sedang terkaku dihadapannya. 

Lelaki itu tampak sungguh kecewa. Riak wajahnya jelas menunjukkan segalanya namun dengan cepat dia memadamkannya. 

Senyuman tipis diukir pada wajah. "Mari ,aku hantar kau balik"ujarnya seperti tiada apa yang berlaku. 

Dia terus berlalu keluar semula daripada rumah. 

 

Malam sudah menjelma namun So Mi masih lagi tidak pulang ke rumah. Puan Han mengeluh risau sambil berterusan cuba menelefon anak tunggalnya itu. 

Dia tahu yang anaknya keluar pagi ini tetapi tidak pula tahu ke mana. Yang cuma anak gadisnya beritahu ,dia ada urusan yang perlu diselesaikan . Itu sahaja. 

 

Jung Kook dengan gembiranya berjalan pulang ke rumah. Mulutnya sibuk bersiul gembira. Wajah So Mi yang sedang tertawa lunak tersarat pada otaknya pada setiap masa.  

Sehingga pelanggan pun dia anggap semuanya So Mi. Angau. Angau. 

Sedang dia sibuk melayan perasaan gembiranya,kelibat sesusuk tubuh yang amat dikenali menghentikan pergerakannya. Matanya mengecil memandang kearah insan tersebut. 

   "Mama?"panggilnya .

Puan Han pantas menoleh kearah suara tersebut sebelum dengan laju dia menghampiri menantunya itu. Wajah risau terpancar pada wajahnya yang kian dimamah usia.

Badan Jung Kook dipeluk untuk mengurangkan rasa risaunya. "So Mi,dia tak balik sampai sekarang..Mama dah berkali-kali call dia tapi tal berjawab"beritahu Puan Han dengam cemas.

Jantung Jung Kook terus berhenti berdetak seketika. Matanya membutang mendengar berita buruk tersebut. Segera dia mengeluarkan telefonnya untuk mencuba pula namun hanya sia -sia.

   "Mama tahu dia pergi mana?"

   "Tak,mama tak tahu. Dia cuma beritahu yang dia ada hal nak selesaikan..."

Hal yang hendak diselesaikan. Hal apa?

 

Mata So Mi terbuka perlahan. Pandanganya yang masih samar -samar itu memandang kesekeliling . Kepalanya terasa begitu berat seperti dia baru sahaja ambil berdozen ubat tidur .

So Mi cuba untuk bangun namun badannya terasa seperti kebas seluruhnya. Tangannya cuba digerakkan namun tidak mampu. Dia dengan lemah berpaling ke sebelah kanannya sebelu menyedari tangannya sudah diikat mati pada kepala katil. 

   "Kau dah bangun?"soal satu suara yang amat dikenali.

Tae Hyung masuk dengan sedulang makanan dan minuman. Lelaki itu meletakkannya diatas meja bersebelahan gadus itu sebum tersenyum lembut.

  "Jangan banyak bergerak,ia makin menyakitkan nanti"beritahunya membuatkan dahi gadis itu berkerut seribu.

   "Apa kau buat?. Aku kat mana?. Yah! KIM Tae Hyung !"

 

   "Apa kau buat?. Aku kat mana?. Yah! KIM Tae Hyung !"

Pekikan So Mi itu langsung tidak mengejutkan Tae Hyung. Lelaki itu tersenyum lebar sebelum mengambil tempat di sisi gadia itu. Dia duduk menghadapap So mI yang masih keliru dengan apa yang berlaku .

   "So Mi -yah,kau nak tahu sesuatu..."

Wajah So Mi dibelai dengan lembut . Senyuman lebar yang kian menakutkan membuatkan So Mi terdiam seribu.

   "Aku..Psycho.."

 

 

Keadaan di balai polis bertukar huru -hara apabila Puan Han tidak dapat menahan emosinya. Jung Kook dan Mimi sedaya upaya cuba menenangkan wanita itu. 

  "Harap puan bersabar. Sekarang masih belum cecah 24 jam jadi kami tak boleh anggap kes ini sebagai hilang..Barangkali anak puan melarikan diri"andai pegawai polis itu sambil menghela lemah. 

Jung Kook memandang pegawai polis itu dengan pandangan dingin. "Isteri saya tak akan larikan diri.. Saya tahu dia tak akan buat macam tu, dia kata dia akan terus balik selepas lepas pergi hospital!"bentak Jung Kook tidak puas hati. 

Baru sahaja pegawai polis itu ingin membalas,satu panggilan menghentikan tindakannya. Pantas dia mengangkat telefon pejabat itu sebelum wajahnya terus bertukar tegang. 

 Panggilan dimatikan dan dia memandang Jung Kook dengan wajah sayu. " Orang yang mungkin dilawat So Mi hari ni sudah meninggal dunia beberapa minit yang lepas"beritahu dengan perlahan . 

   "Apa!?"

 

 

Perut So Mi berkeroncong untuk kesekian kali. Dia memandang makanan yang tersedia untuknya di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Boleh sahaja jika dia ingin mengambil makanan tersebut dengan mulutnya tetapi setelah fikirkan makanan itu dihidangkan oleg Tae Hyung,dia terus menolak seleranya ke tepi. 

Wajah serta badannya berpeluh sejuk akibat ketakutan dan gemuruh yang amat sangat. Dia memandang sekeliling bilik yang menempatkannya sekarang. Bilik yang didudukinya sekarang langsung tidak mempunyai banyak perabot. 

Hanya luas dan nampak seperti bangunan baru. Hanya terdapat almari mahal dan meja solek mahal di penjuru bilik. Bilik air kecil juga terdapat pada bilik ini sekali.

Nampak gaya,tempat ini bukanlah bangunan lama. Ia seperti salah satu bilik daripada rumah agam yang mewah dan baru. 

Pintu bilik terbuka daripada luar,Tae Hyung masuk dengan selamba sambil bermain dengan telefon pintarnya. Apabila merasakan So Mi sedang memandangnya,dia terus menyimpan telefonnya itu. 

Gadis itu dipandang sebelum dia menguntumkan senyuman manis. Dia pantas menghampiri So Mi yang masih terikat ketat diatas katil.

   "So Mi~"panggilnya berdayu -dayu .

   "Nak dengar cerita tak?.. Lee Sa Na sudah mati"

So Mi tergamam mendengar berita buruk tersebut. Ya,berita buruk sebegitu macam mana boleh disampaikan dengan gembira oleh Tae Hyung. Teruk.

   "Lagi ,kau tahu siapa yang bunuh dia.. Aku.."jujur Tae Hyung dengan bangga. Dia bertepuk gembira seperti sedang meraikan kemenangan atas kematian Sa Na yang akhirnya berjaya. 

So Mi tidak tahu ingin berkata apa lagi. Lelaki di hadapannya ini sudah terbukti gila. 

   "Kau.. Yang rancang semua ini?. Perlanggaran Sa Na dan penfitnahan Baekhyun?. "

Tanpa banyak kata,Tae Hyung terus mengangguk laju . 

   "Kau memang dah gila ke?. Macam mana ,kau sanggup bu--"

    "Sebab kaulah.. "

Tae Hyung memandang tepat kearah So Mi seperti dia sedang berkomunikasi dengan gadis itu melalui fikiran sahaja. 

   "So Mi,nak dengar cerita. Sejak dulu,aku tak tahu apa itu maksud keluarga kerana aku tak milikinya.." Tae Hyung berhenti membelai rambut lurus gadis itu. 

Riak wajahnya bertukar sayu dan suram. Dia memandang kosong kearah lantai. Fikirannya bagai sedang mengimbas kembali kisah silamnya yang sungguh pahit. 

   "Aku bukan ahli keluarga Kim.. Aku tidak tahu siapa ayah aku... Aku hanya menumpang pada ibu orang.."

    "Apa maksud kau?"

    "Ibu aku dirogol oleh ayah aku yang sekarang sudah hilang entah kemana"jawab Tae Hyung berterus terang membuatkan So Mi terkejut.

Senyuman leret terukir pada wajah lelaki itu apabila dia teringat akan pengakuan sebenar ibunya ketika dia masih bersekolah rendah. Dari situ,barulah dia sedar mengapa keluarganya langsung tidak menyukai kehadirannya.

Tae Hyung menarik nafas panjang. "Aku ada abang tiri,pada mulanya ,aku sangat suka padanya tapi makin hari ,semakin bertambah tahun.. Dia makin menyakitkan hati jadi sebab itulah dia mati"

Tae Hyung berpaling kearah So Mi . "Kau mesti ingat aku bunuh dia kan? . Jujurnya,bukan aku,tetapi dia sendiri.."dia bangun dari katil .

   "Tapi kau tahu,tiada siapa percaya. Tiada seorang pun..Bila dia tiada,aku mula diberi perhatian. Mama dan Papa mula fokus pada aku memandangkan aku seorang sajer yang tinggal. Mereka kawal aku macam patung ,buat ini,buat itu..sesuka hati mereka"

Rantai yang diberi ibubapanya ketika ulang tahun kelahirannya digengam erat sebelum dibaling kuat ke lantai. Dia menoleh kearah So Mi dengan mata yang memerah. 

Perlahan dia melutut di sebelah gadis itu lalu memegang wajah gadis itu supaya memandang tepat kearahnya.

   "Sekarang,aku tak perlu sesiapa. Hanya kau dan aku,mari kita pergi jauh dari sini..Bina hidup kita seperti orang biasa..Ya?"

Kata -kata Tae Hyung membuatkan So Mi tergamam. Pantas dia menggelengkan kepalanya dengan laju,membatah idea gila lelaki itu 

   "Jangan merepek!. Aku tak akan ikut orang gila macan kau..tak akan!"marah So Mi dengan tegas. 

Matanya membutang memandang Tae Hyung yang kelihatan kecewa dengan keputusannya itu. Lelaki itu mengangguk perlahan sebelum bangun . 

   "Kau tak ada pilihan..kau milik aku sekarang ."

    

Hari berganti hari dan berita tentang kehilangan So Mi sudah tersebar ke seluruh Korea Selatan namun satu maklumat pun belum dapat dikumpul. Pihak polis pula makin hilang punca .

Puan Kim menutup siaran tv apabila anaknya pulang daripada sekoalah. Pantas dia mendapatkan anaknya itu. 

   "Tae Hyung,serius ke kamu tak tahu kemana So Mi pergi lepas kamu hantar dia hari tu?"soal Puan Kim ingin tahu. 

Tae Hyung memandang wajah ibunya tanpa perasaan sebelum menggeleng laju. "Betul. Berapa kali Tae Hyung nak terang Ma,dekat pihak polis pun Tae hYung dah beritahu benda sama. Tae Hyung ca hantar dia sampai simpang rumah dia sahaja. Cctv pun dah nampak Tae Hyung turunkan dia kat situ.."balas Tae Hyung malas. 

Dia mendengus kasar sebelum berlari menaiki anak tangga. Pintu dihempas kuat . Puan Kim mencebik geram. Tanya pun marah ke.

 

Mata Jung Kook bengkak sebengkaknya. Masuk hari ini sudah 4 hari dia tidak melelaplan mata walau sesaat. Dia sibuk mencari gadis itu sambil menyembarkan poster hilang gambar gadis itu.

Dia akhirnya duduk kepenatan diatas bangku sebuah taman setelah berjam menanya kepada semua orang. Kanak-kanak yang sedang bermain dengan gembira itu dipandang lama sebelum butir jernih jatuh satu persatu ke ribanya. 

   "So Mi,mana kau?"

 

Rambut So Mi hampir menutup seluruh wajahnya. Pipinya sudah semakin cengkung akibat enggan menjamah makanan yang dihidangkan Tae Hyung kepadanya. So Mi mengigit bibir bawahnya menahan perit di dalam perutnya yang semakin menjadi-jadi. 

Fikirannya sibuk memikirkan tentang ibunya yang mungkin sedang risau akan kehilangannya. Kalaulah dia boleh terus berhubung dengan ibunya,sudah pasti dia akan memujuk ibunya itu supaya jangan merisaukannya. 

Pintu bilik dibuka perlahan daripada luar. Tae Hyung masuk dengan senyuman biasanya. Dulang yang seperti biasa dipenuhi makanan diletakkan diatas meja berdekatan dengan katil yang mengikat gadis itu. 

   "Kau tak makan lagi?"tutur Tae Hyung kesal apabila melihat makanan yang semalamnya yang langsung tidak disentuh gadis itu sebailiknya dikerumuni tentera semut. 

So Mi tidak membalas. Dia kekal membisu memandang tajam kearah lelaki itu. 

Tae Hyung mengeluh berat . Dia menghampiri gadis itu sebelum mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen. Dihulurkan kedua barang tersebut kepada So Mi .

   "Tulis surat kepada keluarga kau. Katakan kau tak akan kembali dan ini memang pilihan kau. "Arah Tae Hyung selamba. 

   "Apa?. Tak ,aku tak akan ..aku pasti di--"

Kata -kata bantahan So Mi terhenti serta merta apabila lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacukan kepadanya. 

  "Tulis"

So Mi terkedu. Dia memandang pistol yang diacukan Tae Hyung kepadanya dengan rasa gentar. Nafas ditarik sedalam.

   "Tembaklah.. Lebih baik aku mati daripada terkurung disini"ugut So Mi dengan berani .

Dia lebih daripada bersedia untuk mati. Itulah yang terbaik buat masa sekarang ini.

Taehyung menyimpan semula pistolnya kedalam kocek belakang. Dia tertawa besar sambil menggeleng . Bagai ada benda lucu yang perlu diketawakan.

   "Jangan merepeklah,kau isteri aku. Tak akan aku nak bunuh kau. Orang sebenar yang patut dibunuh adalah Jung Kook,betul tak?"

Sekeping gambar yang menunjukkan Jung Kook sedang berehat kepenatan diatas bangku taman menjengah pandangan So Mi apabila gambar tersebut dilempar kepadanya. Hati So Mi terus mengecut takut. 

Dia memandang kearah Tae Hyung yang hanya tersenyum lebar sambil melenggok-lengokkan kepala. "Aku ,banyak mata -mata jadi jangan degil ya isteriku?"tutur Tae Hyung lebih kepada nada mengugut .

Pen tadi diletak diatas tapak tangan kanan gadis itu. "Tulis..".

Tidak ada pilihan lagi,tangan So Mi terketar-ketar menulis apa yang dikehendaki lelaki itu. Selesai itu,kertas tadi yang sudah bertuliskan tulisan So Mi segera disimpan Tae Hyung kedalam sampul surat. 

Setem dilekatkan untuk diposkan. Tae Hyung tersenyum puas sebelum meneruskan lagi rancangannya. Telefon So Mi yang selama berada di dalam tangannya ditayangkan kepada SoMi.

   "Step 2.. Call "

 

 

 

 

Keadaan di dalam rumah sunyi sepi . Pihak polis sibuk membuat siasatan di sekitar rumah. Mencari klu yang mungkin ada. 

Puan Han mengelamun jauh mengenang nasib anaknya sekarang. Adakah sihat atau tidak?. Sudah makan atau tidak?. Lena atau tidak?. Semua soalan itu bergantung tanpa jawapan. 

Mimi terkocoh-kocoh berlari menghampiri Puan Han yang sedang duduk di sofa. Sepucuk surat berada ditangannya. 

   "Puan,ada surat!"hebohnya .

Onew,penyiasat yang mengendalikan kes ini pantas menghampiri Puan Han. Dia sudah bersedia untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut.

Surat dikeluarkan daripada sampulnya. Mata Puan Han yang tidak bermaya terus bertukar segar sebaik melihat tulisan yang dikenalinya itu.

   "Ini,tulisan So Mi"

Jung Kook yang sedang berbincang dengan pegawai polis yang lain segera mendapatkan ibu mertuanya itu. Surat tersebut diambil lalu dibaca laju sebelum hatinya terasa seperti hancur berkecai. 

   "Tak..tak mungkin So Mi yang hantar surat ini.. Ini pasti penculiknya"tegas Jung kOok cuba menolak kenyataan. 

Puan Han mengutip kembali surat tadi lalu dibacanya dengan perlahan. 

Mama,apa khabar?. So Mi baik -baik sahaja. Cukup makan, dan cukup tidur. Mama jangan risau tentang saya. So Mi sangat baik di sini. 

Mama,saya minta maaf sangat. Saya perlu masa sendirian. Jadi,So Mi akan bawa diri untuk masa yang lama. Mama,tak perlu cari So Mi. Apabila So Mi sudah baik sepenuhnya,So Mi akan pulang .

Dan,Jung Kook-ah,mari bercerai..

Yang benar,

Han So Mi

   "Ini memang tulisan anak saya"

Jung Kook memandang ibu isterinya denagn mata bergelinangan. Dia memegang kedua belah bahu wanita itu dengan kuat. Kepalanya digeleng berkali-kali sambil air mata turun dengan laju. 

    "Tak. Tak !!!. Saya yakin itu semua cuma arahan penculiknya. So Mi tak mungkin tulis macam tu!. Saya dan So Mi dah berbaik.. Betul ni,Mama.."

Tiada jawapan yang mampu diberikan Puan Han. Dia hanya mampu menunduk sedih dengan apa yang berlaku. Jung Kook berterusan menafikan segalanya. 

Dia tidak akan puas hati selagi bukan diri gadis itu sendiri yang munculkan diri. Tidak. 

Telefon Puan Han berdering kuat sekali lagi menarik semua perhatian isi rumah itu. Tanpa lengah,Puan Han segera mengangkat panggilan. Pihak polis sudah bersedia untuk mengesan lokasinya. 

 "Hello"

 "Mama..hello"

Puan Han menakup mulutnya sebaik suara serak dan tidak bermaya itu menjengah gegendang telinganya.

  "Mama apa khabar?. Baik?. "

  "Uhm..Mama baik,kamu?"

Keadaan sunyi seketika. Kedengaran seperti So Mi sedang menarik nafas panjang sebelum meneruskan perbualannya .

   "Saya baik. Ma,jangan risau tentang saya. Saya dah besar dan kuat macam yang Mama nak.Mama,sepanjang So Mi pergi. Jaga makan,kesihatan dan keselamatan,faham?. So Mi tidak apa-apa di sini. Jadi,Ma pun mesti gembira macam So Mi kat sini. "Bebel So mI panjang lebar seperti sedang memberi tips penjagaan kepada ibunya. 

Tidak mendengar sebarang jawapan daripada Puan Han,So Mi meneruskan katanya.

   "Mama,So Mi sangattttt sayang Mama.. Sebesar yang mama boleh bayangkan... Hidup dengan bertenaga dan jangan risau fasal So Mi,okay?. Saranghae Omma!"

Puan Han mengalirkan air matanya dengan begitu laju. Telefonnya pantas dirampaskan Jung Kook. 

   "Yah!  Kau kat mana?. Yah!!beritahu sekarang?!"

Tiada balasam daripada So Mi di hujung talian. Untuk seketika ,perbualan mereka bagaikan terputus.

   "Aku benci kau. Mari kita berpisah. Jangan cari aku atau fikirkan aku... Selamat tinggal"jawab So Mi akhirnya sebelum mematikan panggilan. 

Tutt.

Jung Kook terkesima sendirian. Hampir sahaja dia melepaskan telefon itu daripada pegangannya akibat kejutan yang teramat. 

   "So Mi,adakah kau memang maksudkannya?"

 

 

=======

ARiGATOU UTK SOKONGAN.

CRITA NI DAH NAK SAMPAI PENGHUJUNG. SOBS..SOBS..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'