CHAP 028

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Selesai mengisi perut yang lapar,So Mi mengambil keputusan untuk mengambil angin malam di sekitar resort. Rakan-rakannya pula sudah tidak larat bergerak kerana terlalu penat bergembira dari pagi hingga ke petang.

Udara malam yang sejuk dan mendamaikan membuatkan fikiran So Mi turut sama tenang. Bintang-bintang yang tidak berapa kelihatan malam itu dipandang So Mi lama .

Dia melabuhkan punggung diatas kerusi santai di tepi kolam renang . Jung Kook yang dari tadi mengekor tanpa sebarang bunyi perlahan-lahan menghampiri gadis itu sebelum menyergahnya dengan kuat. 

   "Arrghhh!!"jerit So Mi nyaring. Nyaris sahaja kakinya ingin mendarat kewajah Jung Kook. 

Jung Kook tergelak besar sambil bergolek diatas lantai kolam. Macamlah dia baru selesau menonton cerita lawak antarabangsa. So Mi mencebik geram sebelum membaling seliparnya kearah Jung Kook yang masih bergolek sakan diatas lantai.

   "Berhentilah!. Tak lawak pun lah"marah So Mi dengan penuh rasa bengang.

Tawa Jung Kook terhenti serta merta,kepalanya digeleng laju seperti menjawab pertanyaan seorang kapten. "Tak"jawabnya sepatah seperti seorang prebet di kem askar.

Dia pantas memanjat kerusi santai yang berada di sebelah gadis itu. Segaris senyuman lebar tergaris pada wajahnya. Dia duduk bersila menghadap So Mi .

   "Kau dah puas ada mata ke?"tutur So Mi berbentuk amaran . Dia langsung tidak memandang kearah lelaki itu. 

Matanya lebih tertumpu kearah skrin telefon pintarnya. Jung Kook mencebik sedepa. Dia berterusan memandang So Mi. Amaran gadis itu dibiar terabai ke udara. 

   "Kau marah aku ke?"soal Jung Kook sambil jarinya mencucuk-cucuk pinggang kecil So Mi. 

Gadis itu hanya mendengus kasar. Jari  Jung Kook ditepis-tepis daripada terus menyentuh pinggangnya.  

   

Setelah hampir beratus kali Jung Kook kekal mengganggu ketenteraman pinggangnya ,akhirnya So Mi menghadap lelaki itu.

   "Marah ,puas?"

So Mi bangun daripada duduknya. Malas ingin melayan perangai kebudakan lelaki itu lagi. Telefon disimpannya kedalam kocek seluar.

Kakinya diangkat pergi namun belum sempat dia bergerak selangkah,kakinya tiba-tiba terasa hilang keseimbangan akibat lantai yang licin. Tidak sempat mengawal apa-apa,badannya terasa seperti hilanh keseimbangan seluruh dan terus tertarik ke belakang. 

Splasssshhhhhhhh!!!!

Air kolam memercik menyimbah So Mi yang terduduk diatas lantai. Mata So Mi membulat besar apabila melihat Jung Kook yang kini berada di dalam kolam. Menggantikan tempatnya yang sepatutnya terjatuh kedalam kolam. 

   "Jung Kook!"jerit So Mi yang sudah mula cemas. 

Dia memandang kolam dengan fikiran kosong. Lelaki itu perlahan-lahan tenggelam ke dasar kolam dan akhirnya tidak lagi dapat dilihat. 

   "Jung Kook! "Panggil So Mi berkali-kali. 

Dia memandang sekeliling yang kosong tanpa sebarang manusia yang boleh diminta bantuan. So Mi pantas bangun lalu mengeluarkan telefon pintarnya daripada kocek. Seliparnya turut dibuka. 

Tiada pilihan lain lagi. 

Sebaik melihat susuk tubuh Jung Kook yang terapung di dasar kolam,tangan So Mi pantas mencapai tangan sejuk lelaki itu. Nasiblah dia pandai menyelam,dengan sepenuh tenaga,dia terus menarik lelaki itu keluar daripada kolam . 

Badan Jung Kook yang lemah itu segera dibaringkan di tepi kolam. Dada lelaki itu ditekan-tekan supaya air di dalam peparu lelaki itu keluar dan memberi ruang untuk oksigen. 

Setelah beberapa saat berlalu,Jung Kook akhirnya terbatuk kecil memuntahkan air daripada mulutnya yang pucat itu. Matanya kuyu memandang kearah So mI yang sudah basah lencun di hadapannya. 

Dia menguntum senyuman tipis sebelum menarik So Mi jatuh mengempapnya . Dia memeluk erat gadis itu sambil terus tersenyum. 

   "Sejuknya~"bisiknya . 

So Mi terkaku. Dia yang entah macam mana posisinya sekarang hanya mampu mendiamkan diri selain bersyukur yang lelaki itu selamat. 

Kaki Sa Na terhenti . Dia memandang daripada jauh dengan perasaan yang bercampur baur. 

   "Cik..kita dah boleh gerak? " celah seorang pemandu teksi sambil membantu mengangkat bagasi penumpangnya itu 

Sa Na terdiam seketika sebelum mengangguk kecil. Dia memandang Jung Kook buat kali kedua sebelum berlalu masuk kedalam  teksi. 

 

    "Pagi!"sapa Jung Kook ceria kepada So Mi yang sedang bersarapan bersama yang lain di restoran hotel. 

Mereka semua hanya tersenyum . Jung Kook segera melabuhkan punggungnya di sebelah So Mi yang kebetulan kosong. Susu coklat sejuk milik gadis itu dengan selamba diminumnya.

   "Oh ya,sebelum aku lupa..Semalam, Sana jumpa aku ..Dia kata dia terpaksa balik Seoul malam semalam sebab ada urgent katanya"beritahu Hyeri terimbas kembali pertemuannya dengan Sa Na di lobi hotel semalam. 

Jus oren yang baru dihirup Jung Kook tersembur keluar apabila mendengar berita pemergian Sana daripada Hyeri. Matanya membulat besar memandang kearah Hyeri . 

   "Dia apa?. Balik?. "Soal Jung Kook seperti tidak percaya. 

Hyeri pantas mengangguk laju seraya membaling tisu kearah lelaki itu. Selekeh. Jung Kook diam membisu. Mulutnya dilap kasar. 

Hatinya terus diselebungi rasa bersalah yang tidak terhingga. Adakah sebab dia gadis itu pergi. So Mi mengerling kearah Jung Kook di sebelahnya. Perasaan cemburu terus terbit pada dirinya . 

 

Selesai sahaja mengisi perut dengan sarapan yang sungguh sedap,mereka berenam terus bergerak ke pasar terkenal Taman Kuda seperti yang dicadangkan oleh Hoseok. Lelaki itu beria-ia mencadangkan tempat itu memandangkan dia begitu teringin untuk menunggang kuda.

Sesampai sahaja di tempat itu,So Mi turut tersampuk oleh keterujaan Hoseok sebaik melihat begitu banyak kuda yang pelbagai saiz dan warna di padang rumput yang terbentanh luas. Dia dan Hoseok terlebih dahulu berlari masuk kedalam padang itu setelah diberi kebenaran. 

Jung Kook tersenyum melihat keterujaan isterinya itu apabila melihat kuda. Dia menghampiri seekor kuda coklat yang sedang memakan rumput dengan begitu tenang.

Dibelainya kuda itu dengan lembut sebelum dia tenggelam dalam kenangan silamnya . Dimana dia dan keluarganya sering melawati taman kuda dan menunggang kuda bersama-sama. Tetapi itu semua sudah cukup lama. 

    "Arghh!"lamunan Jung Kook tersentak apabila jeritan So Mi mencecah gegendang telinganya. 

Pantas kepalanya berpaling kearah gadis itu yang kini sudah terjelepok diatas tanah. Tanpa menunggu lama,kakinya terus berlari laju kearah isterinya itu. So Mi mengaduh kesakitan apabila kudanya tiba-tiba berhentu mengejut membuatkan dia tercampak ke hadapan. 

   "Kenapa ni?..kau okay tak ?"soal Jung Kook cemas sambil terus berlutut di hadapan gadis itu. 

Luka yang agak teruk pada lutut kiri gadis itu dipandangnya sebelum dengan pantas dia mengoyakkan hujung baju t-shirt kelabunya lalu  mengikatnya pada lutut yang terluka itu. 

So Mi terkesima dengan tindakan lelaki itu tetapi dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia memandang Jung Kook yang kelihatan begitu risau terhadap keadaannya .

   "Kenapa?..kenapa??.."serbu Hoseok dan yang lain mengerumuni So Mi . 

Tidak menjawab  soalan rakannya itu,badan So Mi terus didukung Jung Kook dengan senang. "Hoseok,pergi carikan ubat antiseptik dan kain kasa.."arah Jung Kook membuatkan Hoseok terpingga-pingga seketika sebelum berlari mendapatkan pekerja taman kuda itu.

    "Yah,aku boleh jalanlah..turunkanlah.. malulah"bisik So Mi sambil meronta-ronta minta diturunkan. 

Jung Kook memandang So Mi dengan pandangan kosong ." Buat apa malu.. ini honeymoon kita"balas Jung kook selamba membuatkan So Mi terdiam seribu. 

Dia kemudiannya tersenyum sebelum membawa gadis itu ke bangku kayu luar daripada padang kuda itu.

 

Setelah So Mi siap dirawat,mereka dibawa oleh pekerja taman tersebut itu untuk menonton pertandingan lumba kuda yang kebetulan diadakan pada hari itu. Inilah yang dikatakan tuah kata Hoseok.

Suara sorakan penonton kuat bergema apabila tembakan permulaan dilakukan. Kuda-kuda berlari selaju mungkin mengikut arahan penunggangnya. 

So Mi menonton dengan penuh rasa teruja. Dia tidak habis-habis melambaikan tangannya ke udara bersama -sama dengan Yuju dan Hoseok. 

Jung Kook di sebelahnya hanya tersenyum sambil sesekali menyertai gadia itu bersorak. "Ah~jelesnya tengok dorang boleh tunggang dengan  baik..tak adil betul!"rungut So mi perlahan sambil memeluk tubuh. 

Bibirnya terjuih ke depan apabila teringat akan kuda yang ditunggangnya tadi. Punyalah berbakul-bakul pujian diberikan tetapi ini yang dia terima. Sebuah luka yang agak besar .

Sedang dia merungut sendirian,tangannya tiba-tiba ditarik Jung Kook bangun . Dia menoleh kearah lelaki itu dengan kening yang terjongket. "Ikut aku"bisik Jung Kook tidak mahu diketahui rakannya yang lain yang sedang khusyuk menonton perlumbaan yang berlangsung. 

Karang kalau rakannya yang lain dengar,mahunya semua nak ikut. So Mi walaupun masih tertanya-tanya tetapi badannya ikutkan sahaja. 

Mereka berdua berlalu keluar daripada kawasan pertandingan berlangsung. 

 

Kaki So Mi terundur ke belakang setapak demu setapak . Tangan Jung Kook yang menghulur kepadanya tidak disambut. Dia memandang Jung Kook yang sudah duduk diatas seekor kuda coklat dengan selesa. 

Kuda itu juga langsung tidak melawan apabila orang asing yang menaiku atasnya. Bagai rela dirinya ditunggang. 

   "Cepatlah,kau juga kata nak tunggang kuda tadi"tutur Jung Kook sudah penat menunggu. 

     "Aku memang nak naik tapi..macam mana kalau kuda ni tetiba sawan?"balas So Mi tidak yakin bahawa kuda ini akan jadi baik sepanjang penunggangan mereka. 

Jung Kook tertawa besar sebelum menepuk-nepuk lembut badan kuda itu. "Jangan risau..Jung Kook junior tak akan sawan ..kalau yang sawan pun,kau je orangnya"tutur Jung Kook memberikan janjinya. 

   "Jung Kook junior..tceh..yelah.."mengalah dengan pujukan lelaki itu,tangan Jung Kook akhirnya disambut dan dia naik keatas kuda itu. 

Bahu Jung Kook dipegangnya erat apabila kuda itu mula bergerak setapak demi setapak.

    "Baiklah puteri..Jom gerak!"

 

Bak penunggang handalan,Jung Kook menunggang Jung Kook junior tanpa masalah. Kudanya itu dengan tenang mengikut arahannya. Mereka berdua berpusing jauh keluar daripada padang yang menempatkan kuda-kuda lain. 

Padang rumput dihiasi dengan bunga-bunga cantik menjengah pandangan mereka. Sungguh cantik dan menenangkan. So mi mendepakan tangannya ke udara . 

Sungguh nyaman dan selesa.

 

Mereka berdua terbaring kepenatan diatas padang rumput yang luas itu berdekatan dengan tempat kuda ditempatkan. So MI tertawa kecil sebelum melepaskan helahan lega. 

   "Aku , cintakan kau ..."serentak Jung kook meluahkan perasaannya untuk kesekian kali,serentak itu juga angin bertiup kuat .

Jantung So Mi berdegup kencang tanpa henti. Dia memandang Jung Kook di hadapannya dengan wajah statik. Mulutnya terkedu untuk membalas kata -kata lelaki itu.

Walaupun dia tahu ini bukan kali pertama lelaki itu meluahkan perasaan kepadanya tetapi kali ini perasaannya sungguh berbeza. Bagai ada kisah lain di sebalik kata lelaki itu yang membuatkan dia risau. 

 Tangan So Mi digenggam Jung Kook erat . "Memang,memang aku benci kau pada mulanya tapi semakin hari..aku rasa sungguh selesa bersama kau.Bukan sebagai kawan tetapi sebagai pasangan... Jadi,boleh kau janji dengan aku, walaupun apa sahaja yang berlaku,kau akan percaya pada aku.. Boleh kau janji tu?"

Mulut So Mi tergam rapat. Perkataan percaya yang keluar daripada mulut lelaki itu membuatkan dia teragak -agak. 

   "Aku akan"

Jung Kook tersenyum lebar sebelum memeluk erat gadis itu. So Mi pula hanya tersenyum tipis. Hatinya masih tidak senang tetapi dibiarkan sahaja perasaannya ketika ini. 

 

 

Bagasi diheret Sa Na setelah turun daripada lapangan terbang. Dia berjalan menuju ke tempat teksi untuk terus pulang ke rumahnya. 

   "Kau tak rasa kau pulang terlalu awal ke?"tegur satu suara menyebabkan Sa Na tergamam seketika sebelum berpaling ke belakangnya. 

Kelihatan Tae Hyung sedang bersandar pada kereta hitamnya sambil berpeluk tubuh. Lelaki itu tersenyum senget sebelum menghampiri gadis itu. 

Bagasi gadis itu dirampasnya lalu diangkat masuk kedalam bonet keretanya. "Masuk..aku hantar kau pulang"tuturnya sebelum terus masuk kedalam keretanya. 

Sa Na mendengus berat sebelum mengikut masuk ke dalam. Dia tiada pilihan bukan...

 

 

Kanak -kanak berlari dengan gembira di halaman sebuah rumah anak yatim . Kesemua anak yatim itu bermain tanpa mengisahkan sebarang masalah. 

Mata Sa Na mula berair apabila melihat adik-adiknya itu kini sudah membesar dengan baik. Kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka membuatkan jiwanya makin terseksa.

  "Kenapa?.. Apa sebenarnya yang kau nak?.. macam mana kau boleh sanggup untuk hancurkan zaman kanak-kanak dorang?. Kau tak ada perasaan ke?"tutur Sa Na tergagap sambil cuba menahan air matanya dari terus bercucuran. 

Tae Hyung yang sedang berdiru dengan selamba di sisinya dipandang dengan pandangan tidak percaya. Langsung tiada riak pada wajah lelaki itu. 

   "Zaman kanak-kanak?.. aku tak ada benda tu...kelakar kan?.. Tapi kau tahu apa,aku tetap boleh hidup dengan bagus sekarang tanpa zaman bodoh tu.."balas Tae Hyung sebelum bergerak semula ke keretanya. 

Bagasi Sa Na dicampaknya keluar daripada bonet kereta sebelum dia masuk ke dalam keretanya. " Jangan anggap aku tak amik serius fasal ni.. Jalankan sahaja kerja kau"

Apabila Tae Hyung ingin menutup pintu keretanya, Sa Na pantas menahan. Dengan mata memerah,gadis itu memandang Tae Hyung dengan pandangan tajam.

   "Kau ingat So Mi akan suka kau dengan cara kau ni?. Kau lebih keji daripada aku.."

 

Pedal minyak ditekan Tae Hyung sekuat yang mungkin. Dia memandu dengan laju tanpa memikirkan keselamatan diri atau pemandu yang lain. Kata -kata Sa Na bermain di kotak fikirannya. 

Hasil-hasil lukisan Tae Hyung dicampak Dae Hyun ke atas lantai tanpa sebarang belas kasihan. Dia tersenyum senget sebelum memijak-mijak lukisan-lukisan cantik tersebut di hadapan Tae Hyung yang sedang terkesima. 

  "Lihatlah..dalam sekelip mata lukisan kau sudah musnah.."  

Tae Hyung mengenggam erat penumbuknya sebelum dia menolam kasar abangnya itu dari terus menghina lukisan-lukisannya itu. Berhari-hari malah berbulan -bulan dia menghabiskan masanya hanya untuk menghasilkan lukisan -lukisan tersebut dan sekarang ini penghargaan yang diterimanya.

   "Jangan hina seni saya.."tutur Tae Hyung sambil mengutip kembali kesemua lukisannya itu. 

Tawa sinis lepas daripada mulut Dae Hyun. Dia mencangkung di hadapan adiknya itu sebelum menonjol -nonjol kepala Tae Hyung. 

   "Seni..uwah, lawak kau makin menjadi sekarang.. Yah KiM Tae Hyung..bukan, Tae Hyung sajer .. Orang bodoh sajer yang akan anggap sampah ni seni..kau tak tahu,ah, dah tentulah.. sebab kaulah orang bodoh tu.. Bodoh"sindir Daehyun sebelum menampar nampar kecil pipi Tae Hyung. 

    "Tahu tak. Aku betul betul betul Benci Kau dan aku akan pastikan tak ada seorang pun yang akan sukakan selamanya..Aku jamin"bisik Dae Hyun halus ke telinga lelaki itu sebelum dia bangun dan berlalu pergi. 

Tae Hyung mengigit bibir bawahnya kuat sebelum menjerit geram. Dae Hyun,kau mati jerlah!

 

Brek ditekan Tae Hyung secara mengejut membuatkan kereta dibelakangnya juga terpaksa mengelak . Hon -hon kereta mula bergema di sepanjang jalan apabila keretanua tiba -tiba berhenti tanpa amaran. 

Sterengnya ditepuk-tepuk sebelum dia tersenyum sinis.

    "Kau salah..So Mi suka aku dan selamanya akan"

 

 

===== END OF CHAP 028 =====

Next chap is gonna be sweet ..rsanya..
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'