CHAP 010

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Jung Kook dan Tae Hyung turun dari kereta .Mereka berdua melangkah kearah bawah jambatan besar yang tidak diketahui apa namanya. Semakin mereka masuk kedalam,bunyi muzik semakin kedengaran. 

    "Kita nak ke mana ni?.Ni ke bangtan?"tanya Jung Kook sambil cuba mengejar langkah laju Tae Hyung.

Lelaki itu hanya tersenyum mengangguk. Matanya terus memandang kehadapan. 

    "Itu pun mereka..Jom!"

Kelihatan beberapa orang lelaki sedang sibuk mencuba pelbagai tarian berdasarkan muzik yang bermain . Tae Hyung pantas menarik tangan Jung kook lalu berlari mendapatkan lelaki-lelaki tersebut.

    "Aku dah bawak dia.."ujar Tae Hyung.

Jimin ,Hoseok dan seorang lagi lelaki berwajah pucat yang agak comel ketinggiannya memandang kearah Jung kook . "Chingu-ah,Wassapp!"sapa Jimin dengan teruja seraya bersalaman dengan Jung Kook. Bagai sudah lama sahaja mereka tidak berjumpa.

    "Ouh,ni ke budaknya..Hye,aku Yoongi..Panggil je Suga...Aku ni hyung kau tau!"sempat lagi lelaki bernama Suga itu memberi pesanan tegasnya.

Memandangkan ketinggiannya yang terlalu comel itu ,jadi ramai yang menyalahanggap tentang umur sebenarnya. Sehinggakan ada budak yang lebih muda darinya memanggilnya adik!Sadis hidupnya.

Jung Kook menunduk hormat. Entah kenapa,dia terasa kekok dengan Suga. Mungkin baru pertama kali berjumpa. Dia memandang kearah Hoseok dan Jimin yang sedang sibuk memilih lagu melalui radio yang dibawa mereka.

   "Korang pun bangtan juga ke?"soal Jung kook sambil mendekati kedua-dua orang rakannya itu. 

Walaupun dia tidak tahu apakah maksud bangtan sebenarnya tetapi disebabkan sedap didengar,dia gunakan sahajalah. Hoseok pantas mengangguk. 

   "Untuk pengetahuan kau,Bangtan ni adalah sebuah organisasi bukan hak milik kerajaan yang dicipta oleh jejaka-jejaka kacak di Seoul iaitu kami..Haha..Organisasi ini ter---arkkm"

Tidka mahu mendengar Hoseok merepek lagi,Suga pantas mengetuk kuat belakang kepala lelaki itu.  "Bangtan sebenarnya nama grup tarian kitaorang.. Kitaorang adalah street dancer...."terang Suga dengan lebih mudah.

   "Oleh sebab kau terer menari ,aku ambil decision untuk kau masuk grup kitaorang,amacam?"Tae Hyung yang sedang membetulkan tali kasutnya bangun dari bercangkung.

Dia memandang Jung Kook yang masih mendiamkan diri. 

 

 

    "Betulke sini,Jaebum oppa?Kosong jer.."soal So Mi was-was kepada pemandu peribadi keluarga ,Jaebum.

Matanya memandang keluar tingkap.Mereka kini berada di bawah sebuah jambatan yang agak besar. So mi menggaru -garu kulit kepalanya yang terasa begitu gatal .

Tak akanlah date nak bawak ke tempat ini? Tunggu...

Mata So Mi membulat besar sambil mulutnya ternganga. Habislah..Tak mungkin ! Tidak ,keselamatan Jung kook dalam bahaya. Ini mesti macam drama ni,lelaki bawak perempuan bawah jambatan kemudian..habislah..

So mi mula tidak tentu arah bagai cacing kepanasan tidak dapat angin. Eh,kejap.Tapi kan Jung kook tu lelaki ,tak mungkinlah dia tak dapat lawan.Tapi ,macam mana kalau dia rela..Ahh!.

Mana boleh!Dia suami aku!..Dia normal!

    "Cik nak turun ke tak ni?"soal Jae Bum sambil menguap ngantuk. 

Belum cecah pukul 9 lagi dia sudah ngantuk semacam. Dia mengerling kearah anak majikannya yang bagaikan suami yang risau akan isterinya yang sedang berada di wad bersalin. Apalah nak risau bagai,ikut ajelah..Hey..

So Mi mengibas-ngibas dirinya yang sudah mula berpeluh dingin. Matanya maish melekat kearah pemandangan di luar tingkap.

Akhirnya setelah lama berperang dalam kepala otaknya sendiri,So Mi mengambil keputusan berani untuk turun dari keretanya.Pintu kereta dibuka dengan penuh rasa berdebar. Bertahanlah Jung Kook.

Dengan penuh berhati-hati,So Mi mengatur langkah masuk ke bawah jambatan. Walaupun ada lampu -lampu terang yang menerangi sepanjang jambatan tersebut tetapi ia tetap nampak menakutkan. 

Hood baju dinaikkan ke kepala. So mi mula memakai cermin mata hitamnya. Konon bagi menyorokkan identitinya. Telinganya bergerak -gerak apabila mendengar bunyi muzik kuat tidak jauh dari tempatnya.

Kakinya semakin laju melangkah sehinggalah akhirnya dia dapat melihat sekumpulan lelaki sedang sibuk bermain sambil berjoget sesama sendiri. Terkerut-kerut dahi So Mi memerharikan mereka semua.

Dia memandang sekeliling,mencari tempat sembunyi yang sesuai dan akhirnya dia bersembunyi di sebalik sebuah tong sampah kitar semula yang kebetulan boleh berada di situ. Dengan cermin mata hitamnya,So Mi memerhatikan segalanya dengan penuh rasa curiga. 

Ada Hoseok,Jimin,Tae Hyung dan eh..Suga oppa?

   "Somi?"

Bagai terkena renjatan elektrik ,So Mi tergolek jatuh kebelakang dari cangkungnya apabila namanya tiba-tiba dipanggil oleh seseorang dari belakang. Matanya membulat memandang kearah dua orang lelaki yang sedang membuat muka pelik memandangnya. 

    "Apa kau buat kat sini?"tanya salah seorang daripadanya. Rambutnya bewarna putih keseluruhannya. 

Dia pantas membantu So Mi bangun dari jatuhnya. Dipandangnya lucu gadis itu. So Mi pula sudah tertunduk-tunduk malu.

Bagaimanalah dia boleh lupa tempat ini. Tempat dimana Bangtan selalu berkumpul dan berlatih menari. Kadang-kadang dia juga akan sertai sekali. Meluangkan masa melepak dengan lelaki -lelaki ini yang sememangnya kelakar.

   "Kenapa menyorok..Jomlah,jangan berlagak malu pula..Mari!"lelaki berwajah jambu itu pula mula menolak So Mi supaya mengikutnya menyertai yang lain.

   "Eh..tak ..Jin ,Namjoon oppa..saya ken--"

 Tidak mahu mendengar alasan gadis itu,Jin pantas mengheret So Mi kearah rakan-rakannya yang lain. "Guys..So Mi datang!!"heboh Jin dengan gembira.

Hoseok dan Jimin berpandangan sesama sendiri manakala Tae Hyung pula sudah membisukan diri. Gelak tawa merek terus lenyap. Suga yang turut tidak tahu apa -apa sekadar tersenyum teruja kearah So Mi. Menerima kehadiran gadis itu dengan hati yang terbuka.

Jung kook pula serta merta mematikan radio membuatkan suasana bertambah kekok. Matanya membutang memandang kearah isterinya yang sedang diheret oleh seorang lelaki berwajah jambu yang tidak dikenalinya.

    "Hye.."tegur So Mi dengan kekok. Cermin mata hitamnya terus meleret dari batang hidungnya.

Suga pantas bangun dari duduknya dari atas lantai. Laju dia mendapatkan gadis yang dirinduinya itu. Sudah lama sungguh dia tidak nampak batang hidung gadis itu sejak dia tamat sekolah dan sibuk dengan aktiviti universiti pula.

Bukan sahaja dia malah Jin dan Namjoon juga senasib dengannya. Masing -masing sibuk dengan kerja uni yang berlambak. 

Suga mencubit-cubit pipi So Mi dengan geram sambil tersenyum gembira. SO mi sudah dianggap bagai adiknya sendiri.

   "Kenapa kau datang sini?Kau dah tak layak kat sinilah.."Tae Hyung mula bersuara dingin. 

Dia memandang tajam kearah So Mi . Keadaan terus bertukar sunyi sepi. Suga yang sedang seronok bermain dengan pipi gadis itu serta merta terhenti. Terkejut dengan kata -kata lelaki itu.

Jin dan Namjoon pula sudah berpandangan sesama sendiri. Kenapa?Apa berlaku?Apa yang mereka ketinggalan?.

 

 

 

Kaki So Mi pantas berjalan menuju kearah keretanya semula. Dia sudah mula berdrama air mata sekali lagi. Hatinya terasa bagai disiat-siat apabila lelaki itu berkata sebegitu.

Sanggup dia berkata begitu kepadanya. Sampai sahaja di tempat yang sepatutnya Jaebum menunggunya,So Mi memandang sekeliling yang kosong tanpa kelibat keretanya. 

Mana dia?Mana Jaebum?Mana kereta? . 

    "ARGHHHH!!!"jerit So Mi geram. 

Dalam keadaan macam ni,boleh pulak Jae Bum cari masalah dengannya. Memang nak kena pecat apa !. Batu -batu kecil disepak-sepak So Mi dengan geram.

Sekarang macam mana dia nak balik?Dengan telefon dan duit tak ada .Apa dia nak buat?. 

So Mi menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dia duduk memeluk lutut diatas lantai. Dia memandang kosong kearah seliparnya . Sejuk.

Butir -butir air matanya yang jernih semakin laju mengalir sebaik terfikir semula tentang apa yang berlaku. Malunya dia. Dirinya dihalau bagikan anjing liar oleh Tae Hyung. 

   "Ahh~~omma.."esak So Mi lalu membenamkan wajahnya kedalam lutut. Dia berterusan menangis melepaskan segala luka di hati.

 

 

 

    "Putus!?"jerit Jin,Namjoon dan Suga serentak . 

Masing-masing terkejut dengan penjelasan Tae Hyung itu. Siapa jer yang tak terkejut kalau mengetahuinya. Selama 4 tahun mereka berdua berkapel dan akhirnya berpisah juga .

     "Yah!apa kau fikir ni Tae Hyung !.So Mi yang baik macam tu kau lepaskan ! Apa yang kau fikir!"marah Suga semarah-marahnya. 

Dia yang selama ini hanya bersetuju sahaja dengan segala keputusan rakan-rakannya akhirnya membangkang kuat. Dia memandang tidak percaya kearah Tae Hyung yang sekadar duduk tenang diatas lantai.

Jung Kook sekadar mendiamkan diri. Mendengar sahaja segala pertengkaran yang berlaku. Tidak sangka pula bahawa isterinya itu disayangi ramai. Semuanya berpihak kepada isterinya itu. Baik sangat ke isterinya?.

Tae Hyung yang sudah tidak dapat menahan segela bebelan lagi akhirnya mendengus marah. Dia bingkas bangun dari duduknya.  "Ah!cukuplah hyung! ..Kalau nak gaduh fasal perempuan tu baik tak payahlah!.Orang datang nak training bukan nak bertekak dengan hyung!..dahlah.."

Tae Hyung mula mengangkat kaki pergi . Meninggalkan rakan -rakannya yang lain. Otaknya sudahlah tengah serabut memikirkan banyak perkara dan kini hyungnya pula ingin menambah lagi.Inikah rakan!?.

    "Eihh..budak ni,aku didik baik-baik,macam ni jadinya.."bebel Jin tidak kesudah. Macam dia je yang membesarkan Tae Hyung sehingga nak geleng-geleng lemah bagai.

Akhirnya keadaan menjadi sunyi sepei,masing-masing hanya mendiamkan diri. Mencari ruang untuk menenangkan diri masing-masing sebelum memulakan tarian mereka yang terbantut. 

Jung Kook mengigit bibir bawahnya lama. Entah kenapa dia rasa tidak senang sekarang. Tidak mahu membiarkan perasaan tidak selesanya terus bersarang,Jung Kook pantas meminta diri.

 

Telefon pantas dikeluarkan lalu menelefon Jaebum bagi mengambilnya. Kakinya berjalan laju menuju ke tempat di mana Jaebum menurunkannya.

    "Ah,hyung..ini saya Jung Kook.."

    "Ambi--"kata -kata Jung Kook terhenti sebaik melihat So Mi sedang duduk memeluk lutut diatas lantai .

Matanya membesar memandang kearah isterinya yang sudah mengigil kesejukan. "Hyung tak perlu amikk..takpe.."panggilan terus dimatikan. Telefon disimpan semula kedalam kocek seluarnya.

Kakinya pantas melangkah mendekati So Mi . Wajah risau sudah mula tercorak pada wajahnya. Dia dengan segera melutut dihadapan isterinya itu seraya menggoyang-goyangkan badan gadis itu.

Setelah beberapa kali dipanggil barulah So Mi mengangkat lemah wajahnya memandang kearah wajah risau Jung Kook. Setelah menyedari isterinya masih sedar,Jung Kook menghela lega. Nasib baiklah masih hidup.

    "..Y...Yah!Kau fikir apa hah?! Intip aku dengan baju macam ni! ..Apa kau fikir ah.."marah Jung Kook sambil memandang pakaian yang dipakai isterinya itu.

So Mi hanya mengenakan pijama nipis bewarna coklat. Apa yang gadis ini fikir pakai baju macam ni waktu sejuk-sejuk macam ni?

   "Pinjam henfon kau"malas ingin mengendahkan bebelan Jung Kook itu,So Mi segera meminta telefon lelaki itu yang lebih penting dari segalanya sekarang ini.

Dia sudah mati kesejukkan menunggu lelaki itu datang . Nasib baiklah dia tak sempat mati lagi kalau tak memang dia akan ganggu suaminya itu jika dia sudah mati.

   "Huh?buat apa?"

   "Telefon Jaebum oppalah!"balas So Mi sedikit melenting. 

Dia sudah tidak larat nak berlawan lagi. Dalam otaknya sudah fikir rumah sahaja. Rumah yang hangat dan selesa.Jung Kook menyelukkan tangannya pada kocek seluar bagi mengeluarkan telefonnya namun terhenti.

   "Telefon aku mati! Bateri habis.."tipu Jung Kook seraya bangun dari cangkungnya.

    "Apa!?..Habis macam mana kita nak balik!..ah~~Kita akan mati disini.."So Mi mula meraung lagi. 

Dengan kejadian yang menimpanya tadi,emosinya kini sudah tidak terkawal. Mata serta hidungnya sudah merah kerana terlalu sejuk dan banyak menangis. 

Jung kook memandang geram kearah So Mk. Apa masalah gadis ini?Fikir yang merepek -repek.  "Yah!kita tak akan matilah kat sini!..kau tak pernah dengar ke balik naik bus.."

Terus terhenti tangisan gila So Mi,wajahnya terus bersinar-sinar gembira. Bingkas dia bangun menghadap lelaki itu. "Kau bawak duit?jadi kita boleh balik!ahh~syukurlah. .mari!"dengan semangat yang membara,So Mi mula mengorak langkah mendahului Jung Kook.

Jung kook hanya memandang isterinya itu dengan rasa yang sungguh tidak boleh dipercayai. Apa jenis perempuan dia ni?Sekejap sedih,sekejap marah,sekejap gembira. Lagi satu,dia tak tahu malu ke pakai pijama macam tu jalan tengah-tengah bandar Seoul.

Tangan Jungkook menepuk dahinya berkali-kali. Pening dengan telatah pelik isterinya itu.

 

 

 

     "Yah !cepatlah! Tadi bukan main semangat!"pekik Jung Kook yang kini sudah mendahului So Mi.

Gadis itu dilihat sedang berjalan lembab bagai siput. Sudah penatke?Hendak kata mereka sudah lama berjalan,baru beberapa tapak mereka melangkah. Jambatan tadi pun mereka masih boleh lihat dengan jelas. 

Kaki So Mi melangkah dengan begitu lambat sekali,badannya juga terbongkok-bongkok bagai nenek kebayan di Malaysia. Tenaganya sudah habis ,kini perutnya pula meragam. Memang jadi lumrah hidupnya untuk lapar setiap kali menangis.

Jung Kook bercekak pinggang memandang So Mi yang sudah namapk macam zombie yang sudah tidak mempunyai semangat untuk hidup lagi. Mengalah.Akhirnya dia yang datang mendapatkan gadis itu.

    "Jauh lagi ke bustop?"soal So Mi apabila Jung Kook sudah berada dihadapannya.

   "Depan je lagi tu..kau yang jalan lambat sangat.."kaki So Mi yang menggigil -gigil melangkah dipandang Jung Kook.

Gadis itu pasti sudah tidak mempunyai tenaga lagi. Lihat wajah pun sudah tahu. Jung Kook mengeluh lemah. Dia melutut membelakangi So Mi. 

    "Naik belakang aku biar aku gendung.."arah Jung Kook namun kepalanya tidak memaling kearah So Mi. Dia terus memandang kehadapan dan menunggu sahaja gadis itu menaiki belakang badannya.

Somi terdiam. Dia memandang belakang badan suaminya itu. "Tak apa ..aku boleh jalan.."tolak So Mi yang sememangnya tiada rasa pun ingin membebankan lelaki itu.Dia berterusan berjalan dengan cara siputnya.

   "Yah!"Jung Kook memandang geram kearah isterinya yang berjalan melepasinya.

Tangannya pantas memegang tangan sejuk So Mi membuatkan gadis itu berhenti mengejut.  "Kenapa ego sangat?dengan keadaan kau yang macam zombie ni....Sampai esok pun tak sampailah!"marah Jung Kook sambil matanya memandang tepat kearah mata So mi .

Apabila So Mi tidak berkata apa-apa,Jung Kook dengan segera memaksa gadis itu menaiki belakang badannya. Setelah semuanya dipastikan okay,Jung Kook akhirnya menapak menuju kearah bustop yang sebenarnya tidak tahu di mana ia berada.

So Mi memeluk kekok leher jinjang Jung Kook itu sambil kepalanya disandarkan pada bahu lelaki itu.Memang betul,dia sebenarnya sudah tidak larat untuk bergerak lagi. Baguslah Jung Kook baik hati menghulurkan bantuan kepadanya. 

Segaris senyuman tipis terukir pada wajah pucat So Mi. Terharu dengan perbuatan suaminya itu.Inilah agaknya istimewanya jika mempunyai suami..

 

Setelah 20 minit menapak,akhirnya mereka berdua tiba di sebuah bustop yang berdekatan.  "Dah sampa--"Jung Kook terdiam sebaik kepalanya dipaling ke belakang bagi memeriksa keadaan gadis itu.

So Mi sudah tertidur diatas bahunya. Wajah gadis itu direnung lama sebelum dia menguntum senyuman yang tidak dapat ditafsir. 

    "Maafkan aku..aku bukan suami yang baik pada kau.Aku tak dapat pertahankan kau ...Maafkan aku.." luah Jung Kook kesal . 

Serentak dia meluahkan segalanya,bas awam pula tiba. Jung Kook mengemam bibirnya,kakinya yang ingin melangkah meniki bas terhenti. Dia memandang So Mi yang tertidur di belakang sekilas sebelum berpaling semula kearah pemandu bas yang sedang menunggunya naik.

   "Maaf pak cik,saya tak jadi naik..ah, pakcik... perumahan xxxx jauh tak kalau jalan kaki dari sini?"soal Jung Kook apabila dia ingin melangkah keluar semula dari bas. 

   "Ouh..tempat ituke..Kalau jalan kaki dari sini,jauhlah..kira-kira dalam 20 minit gitu baru sampai.."ujar pemandu bas itu sambil matanya mengerling kearah So Mi yang sedang lena .

Jung Kook terdiam. 20 minit?!!.Mampus kakinya!. Dia mengerling kearah So Mi yang masih tidak sedarkan diri. Lena sungguh gadis itu tidur. 

    "Ouh..terima kasih pak cik.."tutur Jung Kook sambil tersenyum kearah pemandu bas tersebut yang sudah tersenyum makna.

Pemandu bas itu terangguk-angguk faham. Apa yang fahamnya?. "Fighting ya!..hahaha"sempat lagi dia memberi kata-kata semangat sebelum menutup pintu bas lalu bergerak pergi.

Jung Kook pula sudah terpingga-pingga seorang diri mendengar kata-kata pak cik itu. Dia menarik nafas panjang sebelum sekali lagi berpaling memandang kearah So Mi. 

   "Tidur lena..kita ada perjalanan yang panjang untuk tempuh.."bisik Jung Kook sambil tersenyum.

Tidak mahu membuang masa,dia mengatur langkah menuju kearah perumahan Puan Han yang masih jauh kehadapan sambil bersiul gembira.

 

=====END OF CHAP 010=====

 

HYE..YOHOO!!OLEH KERANA CHAP -CHAP LPAS ASYIK KLAKOR AJER..SAYA DECIDE CHAP 10 NI NK BUAT JADI SWEET PULAK..HAHA

X TAHULAH JADI KE TAK..BTW,TQ VM BAGI YANG MENGOMEN.. SARANGHAEYO <3

SBLUM NAIK CUTI NI,SAYA AKAN UPDATE ASAP TAPI NAIK SKOLAH NANTI SAYA AKAN CUBA UPDATE DAILI IF POSSIBLE ^^ 

 

 

 

 

 

 

 

 

     

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'