CHAP 017

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

 

Pagi Isnin sememangnya pagi yang paling dibenci oleh pelajar . So Mi menenyeh -nenyeh matanya yang kuyu itu berkali -kali. Menguap tak perlu cakaplah,masuk kali ini sahaja sudah 100 kali dia menguap.

 Perjalanan pulang semalam sememangnya memenatkan. Sepanjang berada di dalam bas,dia asyik tidur sahaja. Jung Kook?. Entahlah,dia tidak ambil kisah pula.

Ibunya yang  turut kelihatan lemah itu dipandangnya. Baru sahaja dia ingin menanya keadaan ibunya,Jung Kook tiba -tiba muncul dengan senyuman lebarnya.

Haih,sejak sabtu petang hari itu,galak sungguh suaminya ini senyum. Gembira sahaja . Jung Kook pantas mengambil tempat di sebelah So Mi. Ini pelik. Selalunya bukan main melenting tak nak duduk bersebelahan dengannya.

    "Ma,hari ini kami naik bas..Jaebum hyung tak perlu hantar..balik pun sama nanti.."putus Jung Kook tanpa persetujuan So Mi terlebih dahulu. 

Sedap benar dia buat keputusan sendiri. So Mi yang mendengar sudah terbatuk sup. Dijelingnya Jung kook di sebelah. Sesungguhnya dia paling tidak suka berjalan ke sekolah dengan naik bas!.

   "Apa pulak?. Aku nak naik ke---ahhh!!"peha So Mi dipulas Jung Kook kuat menyebabkan gadis itu menjerit kesakitan.

Puan Han yang mendengar sekadar mengangguk setuju. Mulutnya dilap rapi sebelum bingkas bangun dari duduknya.  "Mama,pergi dahululah ya?. Nanti mama beritahu Jaebum.."tutur Puan Han lembut sebelum berlalu pergi.

Meninggalkan So Mi dan Jung Kook begitu sahaja. So Mi memandang geram kearah Jung Kook sebelum mengetuk geram kepala lelaki itu. "Yah! Yang kau rajin benor apasal!?. Nak naik bas bagai. Penatlah!"rungut So Mi sambil berpeluk tubuh.

Roti menteganya dikunyah kasar. Jung Kook memegang kepalanya yang sakit dipukul oleh gadis itu. Senyuman nakal perlahan -lahan terleret pada wajahnya. 

   "Kau tak suka ke?. Ke buat tak suka?.. "bisik Jung Kook dengan nada menggoda membuatkan So Mi sekali lagi terbatuk.

Meremang bulu roma So mi tatkala soalan penuh makna itu dituju kepadanya. Dia menampar kuat lengan Jung Kook sebelum pantas berlalu pergi. Perasan sungguh!. Ingat aku dah sangkut ke!?.

 

 

 

Tae Hyung menutup kedua belah telinganya seraua terduduk di hadapan pintu biliknya. Dia menghentakkan belakang kepalanya berkali -kali pada pintu sambil membebel sesuau yang tidak dapat didengari. 

Bekas ubatnya yang terletak diatas meja belajar dipandangnya . Dia mengigit bibir bawahnya lama sebelum bingkas bangun bagi mencapai ubatnya itu. 

Beberapa biji pil ditelannya sekaligus tanpa sebarang bantuan dari air. Sebaik kesemua ubatnya itu selamat masuk kedalam badannya,dia terduduk lemah keatas lantai. Nafasnya ditarik berkali -kali. 

Telinganya terasa berdengung seketika. Terasa bagai ada darah yang mengalir keluar dari gegendang telinganya namun tidak sebenarnya. Sebaik sahaja dia sudah terasa stabil,perlahan -lahan dia bangun. 

Beg sekolahnya dicapai lalu disandang kemas ke bahu. Kakinya melangkah keluar dari bilik . Keluar sahaja dari bilik,perbalahan antara ibunya dan ayahnya semakin jelas dapat didengari. 

   "Tae Hyung!"panggil Tuan Kim menghentikan pergerakan anak tunggalnya itu. 

Tuan Kim menjeling geram isterinya sebelum mendekati Tae Hyung yang berada tidak jauh darinya. "Kamu dah kenal dengan Sana?.. gadis yang papa cerita pada kamu hari tu?"tanya Tuan Kim sambil mengukir senyuman tipis. 

Tae Hyung terdiam. Sana,anak gadis kepada JYP co-operation yang merupakan antara syarikat terbesar di Korea Selatan ini. Oleh sebab itu,ayahnya beria ingin memperkenalkan dirinya kepada gadis itu. Untuk kelebihan sendiri.

   "Tak..Tae Hyung masih belum contact dia lagi.."terang Tae Hyung berani. 

Riak.wajahnya itu serta merta berubah. Senyumannya terus malap. Hanya wajah tegang sahaja yang terlekat pada wajahnya. 

   "Kan saya dah kata.. awak tak akan dapat berusahasama dengan Jyp dengan cara ini.. lihatlah,saya nanti yang akan dapat peluang tu"celah Puan Kim disertai dengan tawa sinisnya.

Dia mendekati suami dan anaknya itu . "Tae Hyung,usah peduli papa kamu ni..kamu nak pergi sekolah ke?. ..Ini,duit belanja.." beberapa keping not dimasukkan Puan Kim kedalam poket blazer sekolah anaknya sebelum berlalu pergi.

Tuan Kim mendengus kasar. Dia memandang Tae Hyung lama sebelum pantas mengekori isterinya. Tae Hyung hanya mampu membisu di tempatnya. Dia mengeluarkan duit tersebut lama. 

     "Kekayaan tak boleh menjamin kebahagiaan kan ,Han So Mi?"

 

 

 Tangan So Mi sibuk membalas mesej -mesej rakannya itu . Sesekali dia tersenyum membaca mesej lucu yang dihantar rakannya itu. Jung Kook yang duduk di belakang sekadar memandang tidka puas hati.

Kepalanya terjengok -jengok memandang kearah telefon pintar So Mi. Cuba mencuri baca apa yang dibaca gadis itu. Dia bosan. Ya,bosan. Ingat bolehlah dia ganggu gadis itu namun sebaliknya pula.

So Mi lebih sibuk melayan telefon pintar berbandingnya. Sadis sungguh. Tidak mahu terus dibelenggu oleh kebosanan yg melampau,Jung Kook akhirnya memulakan operasi mengacaunya.

Bahu kiri So Mi dicuit membuatkan gadis itu menoleh ke belakang. Tempat Jung Kook berada. Namun seperti dirancang,Jung Kook terus berpura -pura termenung jauh ke luar tingkap. Bagai usikan tersebut tidak dilakukannya. Dia tidak bersalah .

So Mi memandang curiga kearah Jung Kook. Lelaki itu tampak seperti sedang berada di dunia lain . Tak mungkin dia kan?. Ke,halusinasi je ni?. Bahunya yang dicuit tadi dipegang seram. 

Dia kembali berpaling ke hadapan. Menghadap semula telefonnya sambil cuba melupakan apa yang berlaku tadi. 

Jung Kook dalam diam tersenyum lucu. Berjaya. Wajah So Mi yang kelihatan seperti ketakutan itu membuatkan dia terasa ingin bergolek -golek di dalam bas. Lawak wehh..

Tidak puas sekali,dia mengusik lagi gadis itu. Bahu So Mi dicuit membuatkan gadis itu menoleh ke belakang untuk kali kedua. So Mi mengerut dahi pelik. Dia memandang Jung Kook yang masih dalam alamnya sendiri.

Kalau bukan mamat ni siapa lagi?.Setelah lama merenung Jung Kook yang dari tadi tidak bergerak itu,So Mi akhirnya mengalah. Bukan Jung Kook lah nampaknya. Dia kembali berpaling kehadapan sebelum sekali lagi bahunya dicuit namun dengan lebih kasar .

Terus tegak bulu roma tengkuknya ketika itu. Ingin pusing ke belakang takut pula entiti itu muncul. Oleh itu,So Mi buat tidak tahu. Dia menelan air liurnya dengan penuh rasa gugup.

Jung Kook yang masih dalam lakonannya mula tidak puas hati. Kali ini,belakang tengkuk gadis itu ditiup perlahan membuatkan duduk So Mi terus menjadi tegak. Perlahan -lahan So Mi menoleh ke belakang namun ..di situ,Jung Kook...Jung Kook sudah tiada.

Mana mamat ni hilang?. "Ju..Jung Ko..."

   "Jung  Kook!!"wajah Jung Kook tiba -tiba muncul di hadapan So Mi sebaik gadis itu menoleh ke belakang semula.

Maka,,

HUAAAAAARGHHH!!

Terkejut punya fasal,wajah Jung Kook yang kacak itu dihempuk So Mi dengan beg sekolahnya. Konon,sebagai senjata. Terus terduduk Jung Kook di kerusi sebelah gadis itu. 

Hidungnya yang mancung itu dipegang . Habis merah. "Yah!"marahnya kepada So Mi yang masih dengan wajah terpingga-pingganya. Terkejutnya masih belum hilang. 

Mata So Mi kemudian terkebil -kebil memandang Jung Kook di tepinya. Seperti sedang memproses apa yang sedang berlaku. Sebaik dia sudah kembali normal...

PAPP..PAPP...PAPP

   "Auch..auch..hey,apa ni!?"Jung Kook mengusap -ngusap badannya yang dihempuk So Mi berkali -kali itu.

Matanya menjengil kearah So Mi yang sedang buat muka tidak puas hati. "Ni kerja kau kan!?"tuduh So Mi. Matanya mencerlung kearah Jung Kook.

Lelaki ini memang alien!. Ingat dekat kampung dah berubah jadi suami mithali yang sweet sweet macam drama korea tu,rupanya tak langsung!. Jung Kook tersenyum senget sambil membetulkan tali lehernya yang semakin longgar.

  "Kenapa? Takut?...ah~aku tahu ..kau nak peluk aku sekarang ni kan?sebab kau terlalu takut,tu yang gelabah cari aku tadi.."Jung Kook mula memberi spekulasi sendiri.

Tangannya didekatkan kepada So Mi. Memberi izin bagi gadis itu meminjam lengan sasanya itu sekejap. So Mi memandang dengan perasaan yang meluat. Ditepisnya kasar tangan lelaki itu.

   "Jangan nak merep--"

Streeeeeettt

Bas tiba-tiba berhenti mengejut membuatkan So Mi dan Jung Kook sama -sama terhenjut kedepan. Pemandu bas tersebut terus mencarut sambil menekan hon sebanyak mungkin. Jung Kook dan So Mi berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berdua yang sememangnya suka selak kain orang menghampiri pemandu tersebut.

   "Kenapa pak cik?"soaal Jung Kook sebaik tiba di hadapan. Tidak perlu menunggu jawapan dari pemandu tersebut,matanya sendiri sudah memberi jawapan sebaik dia memandang kehadapan. 

Seorang pelajar lelaki yang berpakaian seragam sekolah sebijik sepertinya sedang duduk bersila diatas jalan raya sambil berpeluk tubuh. Wajahnya tertunfuk ke bawah namun dari susuk tubuhnya,Jung Kook sudah dapat teka.

   "Tae Hyung?"

Segera Jung Kook turun dari bas tersebut . Meninggalkan So Mi tergamam sendirian. Jelas terkejut dengan tindakan gila bekas kekasihnya itu. Ingin bunuh diri ke?. Nak bunuh diri pun agak -agaklah!.

   "Tae Hyung!apa kau buat ni ?. Gila ke!?"Jung Kook segera mendekati Tae Hyung yang masih duduk membatu bagai tok sami sedang bertapa diatas jalan raya.

Nama lelaki itu dipanggil banyak kali namun tidak langsung disahut. Setelah digerakkan tubuhnya barulah Tae Hyung tiba -tiba mengangkat wajah. Seperti orang yang baru tersedar dari alam mimpi. Tidur ke!?. Gila lah!.

Tae Hyung memandang bas yang berhenti benar -benar dihadapannya sebelum beralih kerah Jung Kook yang mencangkung risau di sebelahnya.Dia menggeliat seketika sebelum bingkas bangun.

   "Hey!kau tidur ke ?. Kat sini?"tanya Jung Kook tidak percaya. Dia turut bangun sekali.

Tae Hyung mengerling kearah Jung Kook sebelum mengangguk . Segari senyuman terukir selamba pada wajahnya bagai itu hanyalah perkara biasa. "Aku ngantuk sangat tadi..dahlah,meh naik bas"ajaknya lalu mengutip begnya yang terdampar diatas jalan .

Kakinya melangkah laju menaiki tangga bas. Masuk sahaja,matanya bertembung denhan milik So Mi. Gadis itu memandangnya risau namun tiada kata yang terungkap dari bibirnya. Kad basnya dikeluarkan lalu di an .

   "Jangan buat macam tu lagi tahu!kalau pak cik tak nampak tadi,dah lama kamu mati katak"bebel pemandu bas itu seraya menggeleng lemah.Pagi -pagi sudah buat drama gila.

Tae Hyung sekadar tertawa kecil seraya mengangguk faham. Dia memandang semula kearah So Mi yang masih lagi tercegat. Menghalang laluannya. 

  "Kau nak stay terus macam ni?"Tae Hyung menjeling tajam sebelum berjalan melepasi gadis itu. Namun,baru beberapa langkah dia berhenti.

Kakinya berpatah semula kearah So Mi. Dipandangnya wajah gadis itu untuk seketika sebelum tangan gadis itu ditariknya menuju ke tempat duduk So Mi tadi.Jung Kook yang masih berdiri di tangga sekadar memandang. Tidak lama itu ,dia turut bergerak ke tempat duduknya kembali . Belakang Han So Mi.

 

So Mi dari tadi bagai cacing kepanasan. Matanya asyik melekat ke luar tingkap. Berharap agar bas boleh pecut ke sekolahnya. Siapa yang nak lama -lama dalam situasi macam ni!?.

   "Duduk macam ni..rasa macam dulu -dulu pulak kan?"Tae Hyung tersenyum tipis sambil matanya memandang ke sisi wajah So Mi yang masih enggan memandangnya.

So Mi yang mendengar sekadar membisu. Mulutnya bagai tergam rapi. Dia sekadar memandang kosong kearah luar tingkap. Kenangan lama bagai berputar kembali di kotak ingatannya. 

Di dalam baslah ,mereka berdua mula berenalan dngan lebih rapat. Pertemuan yang tidak pernah dijangka. Segalanya berlaku secara tiba -tiba. Gelak tawa Tae Hyung yang kuat itu masih dapat didengari So Mi lagi ketika ini. Betapa riangnya lelaki itu berbual dengannya ketika itu.

Tae Huung menarik nafas panjang sebelum dia tertawa kecil. Air liur ditelannya sukar. Tekaknya terasa begitu kering .

  "Dan kat sinila,hubungan kita bermula ..kau ingat tak?"

Sunyi. So Mi masih membisu dari tadi. Dia sekadar mendengar sahaja segala kenangan yang diuatarakan oleh Tae Hyung itu. Walaupun ianya kenangan manis namun pada ketika ini,baginya..ia hanya suatu kenangan yang patut diluputkan.

   "Ingat lagi waktu tu yang kit--"

   "Berhenti!"kata -kata Tae Hyung dipintas So Mi.dia tidak mahu lagi mendengar segalanya.

Cukup dan cukuplah. So Mi memandang kearah Tae Hyung yang kelihatan terkejut dengan kata -katanya. So Mi menghela perlahan,beg sekolahnya disandang kemas pada bahunya. 

   "Aku tak ingat..jadi berhenti jadikan ia makin teruk.."sejurus itu,lonceng bas terus ditekan So Mi . Dia bingkas bangun dan berjalan pergi . 

Walaupun sekolahnya masih lagi jauh tapi lantaklah,asalkan dia boleh larikan diri dari lelaki itu.Dia lebih rela kakinya patah  dari terus menahan perasaannya yang semakin perit itu.

Tae Hyung terdiam. Matanya sekadar mampu mengitingi gadis itu turun dari bas begitu shaja. Meninggalkannya dalam kenangan lalu sendirian.. Dia jeke yang merindui kenangan mereka berdua?

Tingg!

 

Jung Kook hanya mampu memandang Tae Hyung mengejar isterinya. Dia pula duduk seorang diri di dalam bas dengan perasaan yang tak menentu. 

 

 

Kaki So Mi berterusan melangkah, mengendahkan segala panggilan Tae Hyung yang mengejarnya dari belakang.Namun,oleh kerana tidak dapat menahan lagi,dia berhenti lantas menoleh ke belakang. 

Memandang Tae Hyung yang turut berhenti melangkah. "Apa ? . Apa sebenarnya yang kau nak Kim Tae Hyung?.."

Tae Hyung diam. Matanya tidak bergerak dari terus merenung wajah gadis yang dicintainya. Gadis yang dia tidak dapat hidup tanpanya.

   "Aku nak kau..aku nak kita kembali balik semula..."jujur Tae Hyung tanpa dolak dalik lagi. 

So Mi tersedak sendiri. Dia terundur ke belakang. Jantungnya bagai nak gugur ketika itu. Kenapa saat macam ni. Tetiba sahaja . Dia tidak bersedia. 

   "Jangan merepeklah !"marah So Mi sebelum dia berpaling dari menghadap lelaki itu. Ingin melarikan diri secepat mungkin.

Baru beberapa langkah So Mi melangkah,badannya tiba -tiba dirangkul dari belakang oleh Tae Hyung membuatkan dia statik . Pelukan Tae Hyung makin erat. Matanya sudah berair dan tidak sampai seminit,butir demi butir air matanya menitis jatuh ke bahu gadis itu.

   "Aku tak merepek.. Aku serius . So Mi,aku perlukan ka--"

Tidak sempat menghabiskan ayatnya,Tae Hyung tiba tiba meleraikan pelukannya sebelum rebah keatas tanah.So mi tergamam. Pantas dia berpaling mrmandang kearah Tae Hyung yang sudah terbaring diatas tanah.

  Tae Hyung...

 

 

 

=====END OF CHAP 017=====

 

HELLO READERS...

UHURM,DAPATKAH ANDA RASA TEKANAN YG AKAN SOMI RASAI SKANG?

DAN,TLG TERUSKAN MRMBACA BAGI MENGETAHUI APA SEBENARNYA BERLAKU PADA TAE HYUNG...

DAN,SIAPA SANA?.

OKAY..CHOW...

 

B4 THAT,TQ SO MUCH PADA YG SUDI KOMEN..RELA MELENGUHKAN JARI ANFA MENGOMEN SAYA PUNYA CITER NI.. I REALLY APPRECIATE IT

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'