CHAP 001

Apabila Kahwin Tangkap Muat { COMPLETE }

Kek strawberri hasil usaha Han So Mi sepanjang malam akhirnya menjadi santapan bagi tanah. Tae Hyung menghembus kasar sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu seorang diri. So Mi yang masih tergaman dengan apa yang berlaku hanya mampu memandang simpati keatas keknya itu.

Perasaan sedih,kecewa dan marah bercampur baur dalam dirinya. Tangannya mengumpal penumbuk erat sambil air matanya sudah mula bergelinangan pada tubir air mata. 

   "KIM TAE HYUNG!!!!!"

 

Pintu utama kediaman agam keluarga Han dirempuh kasar oleh Somi . Ya,dia sangat kuat. Kakinya melangkah laju menuju kearah bilik kerja ibunya yang terletak di tingkat 2 . 

Tanpa sebarang ketukan,daun pintu bilik tersebut ditolak kasar oleh So Mi membuatkan ibunya yang sedang menaip pada komputer riba terhenti kerana terkejut. Puan Han memandang anaknya yang sedang tersemput- semput di muka pintu.

Dengan tenang dia mempelawa anaknya duduk berhadapannya. Komputer ribanya ditutup rapat,tidak mahu kerjanya menganggu perbualan antara mereka beranak. 

Ya dan ya,mereka dua beranak sudah kehilangan suami dan ayah pada usia So Mi baru mencecah 3 tahun . Oleh itu,segala urusan syarikat suaminya jatuh ke tangannya.

 Enggan menerima pelawaan ibunya ,Somi menghentakkan tangannya pada meja kerja ibunya itu dengan kuat membuatkan ibunya sekali lagi terkejut. Nasiblah ibunya tiada penyakit jantung kalau tidak sudab tentu So Mi sudah lama menjadi anak yatim piatu.

    "Omma..kahwinkan So Mi...sekarang!!" 

Mata Puan Han membulat bagai biskut. Tersedak air liur terus dia jadinya. Anaknya ini disampuk hantu mana pula ini.

   "Sekarang?Apa kamu merepek ini Somi..."Puan Han tidak jadi ketawa apabila anaknya memandangnya dengan wajah yang serius.

Wah ini dah kes teruk.

   "Tak kira...Somi nak kahwin jugak...baik omma yang carikan atau So Mi tarik mana- mana bangla kat luar sana untuk jadi suami Somi...Ma, So Mi serius ini.."Eh....Somi mula mengugut ibunya yang sudah tidak keruan.

Lama Puan Han berfikir rasional sebelum menghela lemah. " Jangan nak merepek...tariklah kamu...kamu ingat omma percaya ke kata kamu tu..."

Somi mendengus kasar.Oh,cabar ya..

 

 

Puan Han hampir diserang serangan jantung apabila anak tunggalnya itu tiba tiba membawa seorang lelaki bangladesh menjumpainya. Dia yang sedang menghirup teh bunganya terus tersembur keluar.

Dipandangnya anaknya yang sedang memaut lengan lelaki warga asing itu. Lelaki bangladesh itu pula sudah tersengih- sengih bagai kambing mendapat rumput percuma.Eh,adakah peribahasa macam tu..

   "So Mi..kamu ni gila ke.."Puan Han yang tidak mahu anaknya berterusan memaut lengan lelakj tidak dikenali itu pantas memisahkan mereka berdua.

    "Apa?Somi dah cakap kat omma kan semalam..Ma ingat So Mi main- main ke......Ma,kahwinkan So Mi..siapa pun...Somi okay.."

Kepala Puan Han terasa berdenyut laju. Dipicitnya kulit kepalanya itu sambil memandang anaknya yang sedang buat muka terdesak.

   " Baiklah.."

 

 

 

Seminggu telah berlalu dan Puan Han langsung tidak membawa  sebarang calon untuk anaknya. So Mi memeluk tubuh memandang kearah kaca tv rumahnya yang sedang menyiarkan dram korea yang tidak diketahui tajuknya. Yang tahu,watak lelakinya kacak.Itu je..

   "Omma ni ...seminggu kut dah berlalu..tapi satu tanda dia carikan aku suami pun tak ada..."bentak So Mi sambil menyumbat penuh mulutnya dengan pop corn . 

Sedang dia membebel sendirian,loceng rumahnya tiba- tiba berbunyi menandakan ada tetamu datang. Ya, tetamu memandangkan ibunya sudah lama pulang.

   "Mimi ...ada orang datang tu..pergi bukak.."pekik So Mi sambil berterusan menyumbat popcorn masuk kedalam mulutnya.

Habis bertaburan popcornnya diatas sofa. Inikah anak gadis ?

So Mi mengerutkan dahinya apabila loceng berterusan berbunyi. Adakah pembantu rumahnya itu masih belum membuka pintu. Heh,kena potong gaji ni. 

Dengan malasnya,Somi akhirnya bangun dari silanya diatas sofa. Kakinya diatur ke pintu utama sebelum pintu rumah dibuka bagi melihat siapakah gerangan tetamunya malam itu.

    "Ini rumah Puan Han ke?"sebaik sahaja pintu dibuka,mata So Mi terus membulat besar memandang lelaki kacak di hadapannya. 

Lelaki itu tampak sungguh kacak .Dengan rambutnya yang lurus jatuh ke hadapan dan dilengkapi lagi dengab wajah yang sempurna. Dia tampak seperti cahaya di dalam malam yang gelap gelita. 

So Mi terpaku seketika .Matanya tidak berkedip memandang patung berupa manusia di hadapannya. Dia patung kan?Katakan tidak...

   "Ini rumah Puan Han?"sekali lagi lelaki itu mengutarakan soalannya. Tangannya melambai -lambai di hadapan So Mi.

    "Awaklah suami saya..."

 

 

=====End  OF CHAP 001=====

 

YA..YA..SAYA TAHU IA AGAK MEMBOSANKAN JADI ...KALAU AWAK BERHENTI MEMBACA...SUKA HATILAH...TIADA PAKSAAN

 

 

HAHAHAHAHA...OKAY SAYA GILA...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
norarauf15 #1
Chapter 22: Love it so sweet author nim nnti ada story baru bgitau.. Suka sgt DGn penulisan awk
Kwon_Ai_Ara #2
Chapter 38: Sedappppppp sangatttttttttt cite nie.... Daebak author nim :)
MongTaehyungg #3
Chapter 38: Daebak and awesome! Serious takut waktu part Taehyung tu. Jjang
khaisara #4
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
khaisara #5
Chapter 38: wUuu~ daebak!!best happy endinggg~
youngminbfminwoo
#6
Chapter 38: Ending best. Wuu. Tahniah. Fighting!
syeraa_yeol
#7
Chapter 38: Wuoww.. I like the ending of the story..good story..huhuhi..for your comeback i prefer the first story and the character carried by bts
flxwrawr
#8
Chapter 38: Pls bts for 'our monitor class'