London [ Part 2 ]

You Are My First !
Please Subscribe to read the full chapter

"HAEWON!!!!" jerit Myungsoo kerana ketakutan.

Jururawat yang baru keluar dari bilik Ms Kim mendapatkan Haewon. Tubuh Haewon dibawa ke wad untuk diberi rawatan. Myungsoo tidak tahu mengikut arah yang mana. Omma? Haewon? Akhirnya dia melangkah ke bilik Ms Kim.

Haewon terjaga apabila ada cahaya terang terarah padanya. "Erm?" Dia bangun sambil mengosok matanya. Terasa bagaikan dia telah tidur yang panjang. Bajunya berubah menjadi gaun labuh berwarna putih. "Aunty?" panggil Haewon sambil mendapatkan Mrs. Kim yang sedang melambai kearahnya. 

"Haewon-ah" panggil wanita yang seakan Mrs Kim.Haewon memeluk erat tubuh Mrs Kim. "Aunty, minta maaf atas semua yang terjadi. Semua salah Aunty, namun.. Masa aunty tidak lama untuk menebuskan semula dosa aunty pasa kamu. Aunty mina maaf sebab mengfitnah kamu. Menghina menghalau kamu. Aunty bersalah pisahkan kamu dengan aunty.Aunty harap kamu dapat membahagiakan anak Aunty, maafkanlah dia.. Pergilah Haewon.. Kembali ke tempat kamu.. Maafkan Aunty..Aunty sayangkan kamu.." bisik Mrs Kim ditelinga Haewon. Perlahan-lahan pelukan mereka longgor.. Akhirnya tautan di tangan mereka terlepas. Dengan air mata berlinangan di pipi Mrs Kim, dia semakin hilang dari pandangan Haewon.. 

"Auntyyyyyyyyyyyyy!" Haewon terjerit. Semua yang berada disekelilingnya mendapatkan dia. Air mata kesyukuran mula menitis keluar dari mata Myungsoo, Mummy dan Mr Kim. Sejak dari hari Mrs Kim meninggal sehingga hari ini iaitu, dua hari selepas itu, Haewon terjaga. Apa yang membuatkan semua disitu yakin Haewon masih hidup kerana air matanya sering menitis dalam "tidur"nya. 

"Awak dah bangun, sayang" suara Myungsoo sayup-sayup kedengaran ditelinga Haewon. Matanya masih belum fokus sebaiknya.Bayang-bayang wajah yang tersenyum sekelilingnya semakin jelas. Jelas riak syukur dan gembira terukis pada wajah mereka bertiga. Tangannya terasa bergerak. Matanya terarah pada tangannya yang dipegang. "Haewon?" panggil Myungsoo apabila Haewon tidak bersuara. Secepat mungkin Mr Kim dan Mummy memanggil doktor. 

Setelah diperiksa doktor, semuanya dalam keadan sihat. Cuma, Haewon mungkin sedikit tertekan. Mr Kim meminta diri untuk ke rumah atas hal tertentu, begitu juga Mummy.. Mahu pulang ke rumah kerana hari ini suaminya akan pulang dari kursusnya. "Haewon, kenapa awak diam saja?" Myungsoo yakin, tadi dia mendengar Haewon menjerit. Tak mungkin dia menjadi bisu kan? Haewon mengurut lehernya tanda dia kehausan. Myungsoo mencapai botol dan dituangkan air ke dalam gelas.

"Nah, minum p-" Haewon mencapai dan meneguknya dengan pantas. "Nak lagi." Haewon bersuara. Myungsoo tersenyum.. "Okay." kali kedua, Haewon minum dengan lebih sopan. Myungsoo tersenyum. Wajahnya tampak lesu dan kepenatan. Matanya bengkak akibat kesedihan yang bertimpa-timpa. 

"Myungsoo.. Aunty mana?" soal Haewon sambil matanya memerhati sekeliling. "Omma.." matanya mula berkaca. "Omma dah meninggalkan kita,sayang" tangan Haewon diusap berlahan. "S-saya fikir s-semua itu mimpi! Jadi betullah Aunty dah tinggalkan saya!Patutlah semua orang pakai baju warna hitam.." Haewon menahan pilu dalam dirinya. Realiti yang disangka mimpi, rupanya memang realiti. Memang tiada tempat untuk larikan diri dari realiti. 

"S-saya mimpi..Aunty datang jumpa saya. W-wajah dia manis sekali walaupun air matanya menitis. D-dia s-" Haewon tidak dapat meneruskan apa yang dilihatnya dalam mimpi.. Suara esakan mula keluar dari bibir mungilnya. Myungsoo memeluk Haewon untuk memberi kekuatan walaupun dirinya sendiri tiada kekuatan untuk dikongsika. "M-myungsoo.." dada Myungsoo bergetar kerana esakkan Haewon.

"Syyhhh, jangan nangis macam ni..Omma tak sukalah awak nangis.Saya ada..Saya akan jaga awak." pujuk Myungsoo walaupun dia juga menangis. "Aunty jahat..Aunty tinggalkan saya" dada Myungsoo menjadi mangsa lepas geram Haewon. "Awak lakukan apa pun Omma takkan kembali pada kita.. Kita yang hidup harus teruskan kehidupan kita..Haewon..bangunlah..Kuatkan semangat..Kita boleh" Haewon sedikit termakan kata-kata Myungsoo mengangkat wajahnya.

"A-awak kena selalu ada dengan saya.Janji" Haewon mengeluarkan jari kelinkingnya. "Janji." Myungsoo membalas. "Awak sedih saya lagi sedih." ujar Myungsoo sambil membersihkan air mata di wajah Haewon. Begitu juga Haewon walau badannya sedikit lemah. "Myungsoo, saya minta maaf sebab teroveract.." Myungsoo tidak memahaminya. "Aunty meninggal patutnya awak, mummy dengan Mr Kim yang sedih lebih dari saya. Ini, saya yang lebih. Sehingga menjadi beban buat awak semua.Saya minta maaf" setitik demi setitik air matanya menitis lagi.

"Tak mengapa. Saya bersyukur awak sedar. Semua orang pun begitu! Setidak-tidak diri "Omma" ada dalam diri awak. I mean, you can be my wife and mom for my future child" nakal Myungsoo bersuara. "Gatal!" lengan Myungsoo dicubit. Ketawa kecil terletus namun semuanya seketika. Suasana berkabung menyelubungi mereka kembali. 

"Saya nak lawat kubur Aunty." Haewon bersuara. "Hurm, okay." Myungsoo menjawab ringkas. "Myungsoo, hari ini dah 3 hari lah kan Aunty tinggalkan kita?" soal Haewon sambil berjalan ke tingkap. Tingkap dibuka agar udara segar masuk. Membawa pergi kesedihan dalam bilik ini dan diganti dengan semangat yang baharu. 

"Yes." Myungsoo memeluk Haewon dari belakang. Dagunya diletakkan atas bahu Haewon. "Hari ini juga kita patut balik Seoul" sambung Myungsoo. Haewon baru teringat lalu berpaling menyebabkan dia berdiri begitu dekat dengan Myungsoo. "Macam mana ni!!" Haewon tampak cemas. "Jangan risau, saya dah contact Hyeejoo Noona yang kita balik lusa. Sebab Omma saya meninggal.. So, dia faham.. Lagipun awak nak kerja dengan siapa if saya tiada kan?" Myungsoo mengeyitkan matanya. 

Haewon berpaling melihat ke arah tingkap kembali. Myungsoo bergerak ke kiri ke kanan. Seakan mendodoi Haewon.. "Haewon..Esok kita pergi jalan-jalan?" ajak Myungsoo. "Hurm? Tak apakah?" soal Haewon pelik. "Hum.. Saya nak bawa awak tengak kota London. Esok kita boleh lawat Omma juga... Rasanya tak apa kot. Nanti saya tanya Appa. Lagipun flight kita lusa, tengah hari." dan Haewon mengangguk dan berpaling.

Wajah Myungsoo dipegang kedua tangannya. "Awak kuat sangat. Saya tahu dalam ni" Haewon memegang dada Myungsoo, "sedang menangis namun awak tak tunjuk diriak wajah awak.Saya nak jadi kuat macam awak.Tapi kenapa saya ni crybaby?" Haewon menjuihkan bibirnya.Myungsoo tersenyum sebelum mencapai tangan Haewon dan diusap "Sebab awak ada didepan saya. Awak, kekuatan saya. Saya tahu, Omma yang suruh awak disamping saya. Sebab tu awak terjaga!" balasan Myungsoo menyebabkan Haewon tersentak kerana kata-katanya seperti Ms Kim dalam mimpinya..Hari itu juga Haewon dibenarkan pulang.

-Keesokkan harinyaa~~-

Mimpi yang Haewon lihat tiada siapa lagi yang tahu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menceritakan. Tergi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Myungjiyounglo
finally this fic end T___T miss ya all

Comments

You must be logged in to comment
ZirAmirah
#1
Chapter 7: jkjk XD kwan aku yg suruh..cite ni best gilaaa!
ZirAmirah
#2
Chapter 7: no i dont like it .. boleh xjgn mention nama aku dh ?
ZirAmirah
#3
Chapter 4: fun bila baca cerita ni..kesian dkat haewon sbb asyik kna buli
Sharissa #4
Can i pengsan somewhere? Im so very excited nak baca ni
tasha_1102 #5
Chapter 4: Just read till here but I'm already loving it!
Just_meand_you #6
Chapter 62: Best story ever. Daebak~
Just_meand_you #7
Chapter 21: Chapter 20: sedih gila! Meleleh air mate
Kwon_Dongho #8
Chapter 4: Again // inoccent face // yes Im here and now i know my name at there hmmm
your story good and keep going
Yan_Yeol #9
Chapter 4: Biase jew..Sbb Saye Bru Bace Chap 4.. :)