Event

You Are My First !
Please Subscribe to read the full chapter

Anak mata Daehyun mengekori tubuh Myungsoo yang bangun mengejar Haewon.

Myungsoo dah kembali?

Selama ini Myungsoo bersama Haewon? Suara Hyeejoo mematikan lamunannya.. 

"Yah Daehyun! Your turn now!!" sengih Hyeejoo. "So, siapa nak soal idol kita ni~" usiknya lagi.. Junhong aka Zelo mengangkat tangannya. "Hyung! Truth or Dare!" meleret saja Zelo menyoal. "Erm.. Dare!" jawab Daehyun acuh tak acuh. Badannya di sini, namun hati dan jiwanya meronta-ronta ingin mengekori mereka. Mujur Youngjae menahannya.. Kalau tidak mahu kecoh!

"Yes! Hyung mesti pernah confess kat someone kan! Hyung pernah cakap if Hyung nak confess Hyung akan menyanyi for that girl.. So sing that song here!" Zelo mengangkat kening kanannya.. "Yah Maknae!" jerit Youngjae. "Alah, Hyung.." Zelo menjuihkan bibirnya. "Guitar tak ada." mendatar saja suara Daehyun. "Emm.." Zelo bangun dan mendekati sekempulan remaja yang berkumpul tidak jauh dari mereka. 

"Hello.. Boleh saya pinjam guitar tak?" soal Zelo tidak cukup nafas. "Eh! Zelo!?" jerit salah seorang di situ. "Nae." Zelo mengurut lembut belakang lehernya.. "Oh sure" dengan senang hati dia menyerahkan guitarnya kepada idol yang semakin naik! Siapa tak nak bagi kan! Idol tu~ 

"Nah Hyung!" Zelo menyerahkan guitar kepada Daehyun dan kembali duduk di sebelah Himchan.Daehyun membetulkan posisinya.. Dia menyedut udara secukupnya untuk mengumpul kekuatan. Dan guitar dipetik..

----SONG THAT DAEYUN PLAYED AND SING----

--------------------------

"Wahhh!! Hyung!!" Zelo begitu teruja biarpun Daehyun masih belum menamatkan persembahannya.Daehyun membayangkan malam di mana dia meluahkan perasaannya pada Haewon sekaligus di tolak oleh gadis itu. Kolam matanya mula hangat. Air matanya hanya tunggu menitis sahaja. Dia mendongak ke atas melihat langit namun tanganya masih lincah bermain dan mulutnya masih bernyanyi.. Semua orang menganggumi bakat yang dipersembahkan oleh Daehyun. Namun hanya Youngjae terdiam.

Dia nampak keikhlasan Daehyun sekarang malah mungkinkah keikhlasan Daehyun bernyanyi dahulu lebih dari ini? Aduh! Pastinya sakit sekali buat Daehyun. Dia tersenyum manis dan menepuk lembut paha Daehyun apabila lelaki itu sudah menamatkan persembahannya. Daehyun membalas senyuman itu dengan senyuman tawar. 

"Hyung! Lagu sistar tuu!! Sedapnyaa!! Hyung menyanyi dekat siapa ni?" soal Zelo lagi. Soalan Zelo memancing perhatian semua orang di situ. Daehyun mengaru belakang lehernya yang tidak gatal. "Err Someone before saya debut.." tipu Daehyun sedikit sambil bangun dan mengembalikan guitar tersebut kepada Zelo.

"Noona.. Mian.. Saya nak pergi ke tandas." ucap Daehyun secara formal dan tunduk. Kakinya longlai melangkah ke arah lobi hotel. Youngjae tidak ikut bersama kerana mahu memberikan ruang buat Daehyun. Permainan disitu diteruskan oleh Hyeejoo dengan menyakat members dan staff yang lain. Sememangnya Hyeejoo amatlah peramah dan mampu menceriakan orang. 

Apabila dia melintas lobi untuk ke lif, matanya meliar mencari susuk tubuh Haewon mahupun Myungsoo.. Namun tidak kelihatan.. Dia malas menyibuk dan mengekori mereka. Butang lif di tekan..Apabila pintu lif dibuka, dia masuk dengan lemahnya.. Daehyun bersandar di dinding lif sambil berpeluk tubuh. Matanya ditutup perlahan-lahan, dan air mata yang bertakung, menitis perlahan. 

"Lupakan Haewon, Daehyun." Daehyun terdengar seakan-akan ada suara berbisik dengannya.. "Aku sudah cuba!" jerit Daehyun dalam hati. "Cuba lagi dan lagi.." suara itu bergema lagi. Daehyun terus membuka matanya.. Selang beberapa minit pintu lif terbuka, namun bukan levelnya lagi. 

Gadis kecil molek, masuk ke lif dengan kalut dan terlanggar Daehyun. Fail - fail yang dipegang gadis itu berterabur di lantai lif. Gadis bertinggung secepat mungkin tunduk dan mengemaskan fail- fail tersebut dalam kekalutan. Daehyun masih tepinga-pinga namun, cepat dia bertinggung dan membantu gadis itu. 'Macam pernah lihat', teka hatinya.

"M-mian! S-saya kalut tadi" gadis itu berkata tercungap-cungap seakan-akan baru sahaja berlari.. Daehyun menyerahkan fail gadis itu. Matanya membuntang apabila wajah gadis itu diangkat. "J-jung D-d-daehyun!" gadis itu memeluk erat fail di dadanya.

"Awak!" Daehyun berudur ke belakang sedikit. Gadis yang dia terlanggar! "Errr," keduanya terkedu. "Pipi awak luka" tegur Daehyun memecah kebisuan. Dengan kalutnya gadis itu meraba wajahnya dan tersentuh kasar luka tersebut. "Ouch!" keluh gadis itu. Daehyun memegang tangan gadis itu dan menariknya keluar dari lif apabila pintu lif terbuka. Gadis itu dibawa ke biliknya untuk diubatkan lukanya.. Seperti dalam sahaja lukanya. Mungkin terkena bucu fail semasa mereka terlanggar. 

Again, LANGGAR!

"Err, boleh ke?" gadis itu kaku di depan pintu. "Masuk cepat before fans nampak." dia menutup pintu secepat mungkin apabila gadis itu melangkah masuk. "Luka saya kecil je" ujar gadis itu sambil menutup lukanya. Dahinya sedikit berkerut kerana tapak tangannya tersentuh luka tersebut. 

"Yelah..Sini duduk" gadis itu terpana. Adakah ini realiti? Idol di depannnya. Di dalam bilik idol! Terasa mahu meloncat sahaja. "A-awak tidak takut saya ni salah seorang dari sasaeng fans?" soal gadis itu yang masih kaku berdiri di belakang pintu. "Kalau awak sasaeng fans, dah lama awak terkam saya dan awak tak mungkin soal macam tu.." gurau Daehyun. Sekali lagi, gadis itu terpana. Di cubit sedikit pipinya untuk memastikan ini bukan mimpi tatkala dia mendengar tawa Daehyun secara LIVE!! 

"Tak mengapalah, saya keluar dulu." tanpa menunggu jawapan Daehyun, gadis itu meluru keluar dan turun bawah mengunakkan tangga kecemasan. Dadanya dipegang, wow. Laju!! Daehyun terpinga-pinga di dalam bilik. "Serious dia pelik" ujarnya sambil menyimpan semula peti kecemasan yang sentiasa mereka bawa ke mana-mana.

Direbahkan badannya di atas katil. Matanya memerhati siling yang dicatkan warna koko muda. Dadanya dipegang. "Haewon..Myungsoo awak dah kembali. Nampaknya peluang saya untuk merebut awak memang nipis. Takdir korang memang kuat." ujarnya. Daehyun mengiring ke kanan dan cuba untuk tidur.

Otaknya melayang memikirkan gadis aka fannya tadi. Kenapa aku bertindak berani membawanya masuk ke bilik? Aigoo! Cari masalah betul. Daehyun menutup wajahnya dengan bantal.

Myungsoo membuka komputer ribanya dan membuka laman web untuk booked tiket online. Setelah semuanya selesai, dia menarik selimut untuk tidur..Namun matanya tidak mahu menurut..Akhirnya,dia duduk bersila di atas sofa dan melihat Haewon yang tidur di atas katil..Dengan separuh mengantuk, kakinya melangkah ke arah Haewon. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil mengelus lembut pipi Haewon. Rambut yang menutup wajah gadis itu diselitkan di telinga. 

"Maafkan saya sebab buatkan awak susah hati.. Maafkan saya sebab saya awak bazirkan air mata awak. Saya janji.. Saya tak akan buat awak menangis lagi. Dulu saya lemah. Sekarang jika ada orang masih mahu menghalang kita, saya tidak akan menghilang seperti dulu. Maafkan saya, Lee Haewon." ujar Myungsoo sambil mengusap lembut pipi Haewon.

Entah bila, Myungsoo tertidur dengan posisi duduk di situ. Haewon terjaga apabila dia terasa sesuatu di wajahnya..Apabila matanya sedikit terbuka, dia terkebil-kebil melihat tangan Myungsoo diwajahnya. Dia bergerak sedikit untuk bersandar di kepala katil. Namun tindakannya menyebabkan badan Myungsoo terjatuh atas ribanya. "Ad-" Haewon menutup serapat mungkin mulutnya daripada mengaduh kesakitan akibat ditimpa! 

Dengan kekuatan yang ada Haewon menarik tubuh Myungsoo naik ke atas katil. Itu sahaja pilihan yang di ada. Nak angkat dia ke sofa? Wah, tak mampu! Haewon menyelimuti Myungsoo. Wajah Myungsoo yang polos itu menjadi tatapan matanya.. Dia menguap beberapa kali sambil mengosok matanya. Apabila dia baru sahaja mahu bergerak turun dari katil, Myungsoo memaut pinggangnya membuatkan dia terbaring di atas katil.

Haewon meronta untuk dilepaskan, namun Myungsoo menguatkan lagi pautannya. "Jangan bergerak~ Saya nak tidur" ujar Myungsoo dengan suara garaunya namun matanya masih tutup rapat! Bibir Myungsoo menguntum senyuman kecil apabila Haewon berhenti meronta. Siapa tidak terjaga apabila badannya diusik begitu kasar! Aigoo, kasar betul Haewon mengalihnya atau, dia berat? Myungsoo ketawa dalam hati. Haewon kaku di situ. Dia tidak bergerak seinci. 

"Yah, jangan keras kejung macam tu je.. Nanti muscle awak keras, hehe! Jangan tahan nafas ye, nanti penat." sekali lagi Myungsoo bersuara sebelum mendekatkan lagi Haewon dengan dirinya.. "Goodnight jagiya" nafas Myungsoo terasa di pipi Haewon. Mahu tidak mahu~ Haewon terpaksa mengalah jua malam itu..

--Keesokkan paginya--

Walaupun Haewon sudah bangun, dia tidak bangun dari katil.. Namun matanya menjamah setiap inci wajah Myungsoo. Niatnya tidak mahu bangunkan Myungsoo dari tidurnya yang nyenyak! Apabila melihat Myungsoo seakan-akan mahu membuka matanya, Haewon menutup rapat matanya. Pipinya mula memerah. "Aiee, usha muka orang tak malu!" Myungsoo menghadiahkan ciuman pagi di dahinya. Myungsoo tersenyum dan duduk di atas katil. "Morning, Jagiya~" suara Myungsoo masih serak. Haewon melihat belakang Myungsoo. Rambut tidur Myungsoo. Aish! Dalam keadaan agak kusut pun boleh nampak handsome lagi, puji Haewon dalam ha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Myungjiyounglo
finally this fic end T___T miss ya all

Comments

You must be logged in to comment
ZirAmirah
#1
Chapter 7: jkjk XD kwan aku yg suruh..cite ni best gilaaa!
ZirAmirah
#2
Chapter 7: no i dont like it .. boleh xjgn mention nama aku dh ?
ZirAmirah
#3
Chapter 4: fun bila baca cerita ni..kesian dkat haewon sbb asyik kna buli
Sharissa #4
Can i pengsan somewhere? Im so very excited nak baca ni
tasha_1102 #5
Chapter 4: Just read till here but I'm already loving it!
Just_meand_you #6
Chapter 62: Best story ever. Daebak~
Just_meand_you #7
Chapter 21: Chapter 20: sedih gila! Meleleh air mate
Kwon_Dongho #8
Chapter 4: Again // inoccent face // yes Im here and now i know my name at there hmmm
your story good and keep going
Yan_Yeol #9
Chapter 4: Biase jew..Sbb Saye Bru Bace Chap 4.. :)