Only Tears

You Are My First !
Please Subscribe to read the full chapter

     

 

 

 

    Woohyun melihat Haewon membuka kotak itu..Dia tidak sanggup melihat gadis itu menangis..Lalu dia beredar pulang.Namun,kakinya melangkah ke rumah Mrs.Kim.Dia menyerahkan kertas yang telah ditandatangan oleh Haewon kepada Mrs Kim.Wanita itu tersenyum sinis.Mr Kim hanya mengelengkan kepalanya melihat perbuatan isterinya.Dia dibantu INFINITE dan pekerjanya yang lain memindahkan kotak-kotak ke dalam lori kerana hari ini merupakan hari terakhir mereka di sini.Barangkali,flight kali ini,Hyosin akan ada bersama memandangkan dia akan menyambung pelajarannya di sana dan menetap bersama mereka.

    Mrs Kim menepuk bahu Woohyun."Bagus bagus." dia memuji Woohyun..Woohyun hanya tunduk dan meminta diri untuk pulang..Members infinite yang lain memandang Woohyun dengan beribu tanda tanya.Akhirnya kesemua barang selamat di pindahkan.Kini,giliran INFINITE mengundur diri. "Take care Mr and Ms Kim! Send our regards to Myungsoo.." semua mereka tunduk dan menaiki kereta masing-masing..Sementara kereta keluarga Kim meluncur meninggalkan kawasan perumahan tersebut dan mengambil Hyosin di rumahnya..

 

    "Ah nae..Kami akan menjaga dia seperti anak sendiri..Lagi pula dia bakal tunang Myungsoo.." Mrs Kim bermanis mulut dengan ibu Hyosin..Setelah beberapa minit bersembang,akhirnya Mr. and Ms. Kim bersama Hyosin pergi ke Airport.Sepanjang perjalanan ke sana Mrs.Kim merangka surat 'balas' buat Myungsoo..Hyosin yang disebelahnya bertanya, "Kenapa Aunty nampak macam rungsing je?" soalnya prihatin.Mrs.Kim menepuk lembut tangan gadis itu."Ani..Aunty just fikirkan macam mana nak meriahkan majlis korang berdua nanti.." Hyosin tiba-tiba menjadi merah."Aunty ni,buat saya blush lah!" Hyosin membuat gelak 'gediknya'.Mrs Kim tidak suka mendengar tawa itu.Seakan dibuat-buat..Dia rindu mendengar tawa Haewon.Aish! Apa aku fikir ni!Cepat-cepat Mrs.Kim membuang tanggapannya..

---

    Myungsoo meletakkan bunga dipusara Eunmi."Eunmi-ah." panggil Myungsoo seakan-akan Eunmi didepannya. "Hari ini hari lahir awak." matanya mula berair.."Kalau saya tak lakukan surprise macam itu,pasti awak ada lagikan?" suara Myungsoo tersekat-sekat kerana menangis.Dia menyapu air matanya."Haha.Saya lemahkan? Dulu saya kehilangan awak.Hari ini,untuk kali kedua saya kehilangan orang yang saya sayang.Kenapa eh?" makin lebat air matanya menitis.."Kalau awak nak tahu,hari ini pun hari jadi Haewon!Tapi,saya tak dapat menyambutnya.Malangkan?" Myungsoo bercakap sendirian."Tapi! Saya ada bagi dia surat.Mesti dia suka! Awak,saya rindukan awak." Myungsoo menundukkan kepalanya..Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang. "Myungsoo?" panggil orang itu.Myungsoo mengelap air matanya dan menyalami wanita itu..Wanita itu merupakan ibu kepada Eunmi.

 

    "Maafkan Myungsoo,Aunty." Myungsoo belum melepaskan tangan wanita itu..Wanita itu menepuk lembut belakang Myungsoo.."Sudah takdir dia Myungsoo..Jangan salahkan diri sendiri..Aunty tahu semua ini tidak berlaku dengan kehendak kamu.." pujuk ibu Eunmi. Myungsoo hanya mengangguk.."Aunty,kenapa Myungsoo selalu gagal dalam percintaan?" soalan Myungsoo membuatkan wanita itu mengerutkan dahinya..Dia mengusap lembut rambut Myungsoo..Di bersihkan pusara anaknya itu dan membantu Myungsoo untuk bangun..Kemudian mereka duduk di dalam kereta ibu Eunmi..

 

    "Bagitahu Aunty..Apa dah berlaku.." soal ibu Eunmi.."Kenapa kami disini? Bukankah kami berada di Seoul?" soal itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.."Myungsoo..feel free to tell me when you ready.." akhirnya Myungsoo bersuara.."Myungsoo jumpa seorang gadis di Seoul.Dia iras dengan perwatakkan Eunmi.Periang Ceria.But behind that smile,dia datang daripada keluarga yang tidak baik.Tetapi dia baik Aunty! Dia yang memberi sinar kepada Myungsoo selepas Eunmi tiada.." bersungguh-sungguh Myungsoo bercerita."Dia anak kepada pembunuh dan pelacur." perlahan Myungsoo bercakap.Ibu Eunmi memegang tangan Myungsoo.."Then? Apa jadi?" dia ingin benar tahu kisah hidup lelaki ini.

 

    "Omma,appa dapat tahu pekara itu.Omma marah sangat.Dia kurung Myungsoo macam dia buat dahulu.Omma bencikan Haewon.Ini semua kerja Hyosin!Dia yang menfitnah Haewon supaya Omma lebih bencikan Haewon.." ibu Eunmi menepuk bahu Myungsoo.."Myungsoo dah berbulan di sini.Omma pecahkan telefon Myungsoo.Myungsoo tak dapat contact sesiapa selagi Myungsoo tak berjanji untuk bertunang dengan Hyosin.Myungsoo terpaksa terima perempuan itu." Myungsoo melihat mata ibu Eunmi."Aunty tahu? Hari ini hari lahir Haewon." walaupun wajahnya dibasahi air mata,dia tersenyum.Ibu Eunmi tersentuh..Kasihan Myungsoo..Bahagianya selalu direntap.Air matanya menitis.Myungsoo mengelap dengan ibu jarinya."Aunty tak payahlah sedih-sedih." Myungsoo senyum.Begitu juga wanita itu.Myungsoo yang dihadapannya lain dengan Myungsoo setelah kehilangan Eunmi.

 

    "Myungsoo kena kuat tau!" Ibu Eunmi memberi semangat.Myungsoo mengangguk."Demi Haewon,Myungsoo akan kuat.Myungsoo tak akan lemah seperti dahulu." Myungsoo memegang erat tangan ibu Eunmi."Lain benar kamu sekarang." komen ibu Eunmi sambil mengosok rambut Myungsoo."Ya! Haewon yang membuatkan saya berubah."Ibu Eunmi tidak tahan sebak.Kenapa Mrs.Kim tidak dapat membuka matanya melihat Haewon?Dari apa yang diceritakan Myungsoo,Haewon tiada salahnya.Anak itu tidak diminta lahir daripada keluarga seperti ini."Kenapa datang awal pagi macam ni?" soal Ibu Eunmi setelah lama mereka berdiam."Saja,tadi lepas contact Woohyun hyung terus datang sini." Myungsoo bermain dengan tangannya.."Hmm..Awal sangat tahu! 5 pagi.Tak takut ke?" Wanita itu sememangnya akan melawat pusara Eunmi sebelum pergi kerja."Tak.Rasa dekat dengan Eunmi.Lama tak lawat dia." Myungsoo menghadiahkan senyuman.Ibu Eunmi menyapu bekas air mata di pipi Myungsoo..

 

    "Aunty belanja sarapan nak?" Myungsoo mengangguk..Dia datang ke sini dengan berjalan kaki.."Boleh! Tapi Aunty kena hantar Myungsoo baliklah lepas itu." Myungsoo ketawa.Ibu Eunmi turut tersenyum."Sabar okay? Aunty akan cuba bercakap dengan Omma Myungsoo." Myungsoo mengangguk sebelum kereta milik wanita itu meninggalkan kawasan bersemadinya Eunmi.

 

    Akhirnya mereka tiba di sebuah cafe.Wanita itu berjalan memasuki cafe tersebut.Manakala Myungsoo kaku di depan cafe itu.Di hadapannya seakan terlayar kenangannya bersama Eunmi.Tiba-tiba tangannya disentuh.Dia melihat Ibu Eunmi tersenyum kepadanya."Jom masuk?" Myungsoo mengangguk sebelum mengikuti wanita itu."Aunty tahu tak? Ini tempat kegemaran Eunmi." kata Myungsoo sambil memasukkan gula dalam tehnya.Wanita itu mengangguk."Tahu,dari kecil lagi dia suka ke sini.Eh! Minumlah..Kalau Myungsoo nak sambung cerita pun tak apa.Aunty nak dengar lagi..Ceritalah macam mana Myungsoo kenal dengan gadis itu." Myungsoo terasa darah menyerbu pipinya..Dia ketawa kecil sebelum bersuara.."Aunty ni.Myungsoo kenal dia di taman permainan berdekatan kawasan perumahan baru Myungsoo." Myungsoo cuba mengingati malam itu."Dia duduk di buaian,rasanya dia menangis.Tetapi Myungsoo tak pasti.Jadi Myungsoo tegur dia.Aunty tahu,bila Myungsoo tanya dia siapa,dia tanya Myungsoo balik "Awak tak kenal saya?" Myungsoo ketawa.Ibu Eunmi turut ketawa kecil.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Myungjiyounglo
finally this fic end T___T miss ya all

Comments

You must be logged in to comment
ZirAmirah
#1
Chapter 7: jkjk XD kwan aku yg suruh..cite ni best gilaaa!
ZirAmirah
#2
Chapter 7: no i dont like it .. boleh xjgn mention nama aku dh ?
ZirAmirah
#3
Chapter 4: fun bila baca cerita ni..kesian dkat haewon sbb asyik kna buli
Sharissa #4
Can i pengsan somewhere? Im so very excited nak baca ni
tasha_1102 #5
Chapter 4: Just read till here but I'm already loving it!
Just_meand_you #6
Chapter 62: Best story ever. Daebak~
Just_meand_you #7
Chapter 21: Chapter 20: sedih gila! Meleleh air mate
Kwon_Dongho #8
Chapter 4: Again // inoccent face // yes Im here and now i know my name at there hmmm
your story good and keep going
Yan_Yeol #9
Chapter 4: Biase jew..Sbb Saye Bru Bace Chap 4.. :)