Lovely day [ Part 2 ]

You Are My First !
Please Subscribe to read the full chapter

Apabila selesai mengikat rambut, Haewon membuka pintu. "Daehyun!" sapanya dengan senyuman. Namun, tiada senyuman di wajah Daehyun. "Kenapa ni? Masuklah!" Haewon bergerak masuk ke dalam biliknya kembali.

"Hae tinggal seorang?" soal Daehyun untuk memastikan apa yang dikatakan Myungsoo benar. "Tak~".

 Perlu ka aku beritahu dia yang aku tinggal sebilik dengan L? Ish, tak nak lah!

Haewon mengelengkan kepalanya. "Dengan siapa?" soal Daehyun sambil duduk di sofa.

Di lihat ada dua bagasi di sini.Ada juga backpack macam L punya. Hum? 

"Kawan." balas Haewon sambil menukar channel. "Siapa?" soal Daehyun lagi. "Dae, malam ni betul ke ada BBQ?" soal Haewon untuk menukar topik. "Ha'ah. Awak nak join?" Daehyun sudah tahu, pastinya L yang tinggal sebilik dengan Haewon.

Namun kenapa?

"Kenapa awak tinggal sebilik dengan kawan awak?" sambung Daehyun. "Mestilah saya join! hehe! Hum, sebab bilik saya kena ambil dengan Hyeejoo unnie. Hum~ Saya biarkan saja sebab kasihankan dia kena tinggal dengan manager lain. Huu, tapi bilik yang saya kasi tu pun dah penuh.Tak tahu nak masuk mana, saya terpaksalah tinggal dengan kawan saya ni.." panjang lebar Haewon bercerita. Namun, tidak sekali dia menyebut nama L. Baru dia terfikir,

Kemanakah lelaki itu sekarang? Beli air kenapa lama sangat huh?

Haewon mencapai telefonnya dan menghantar mesej kepada L. "Oh, Awak nak saya ambil awak di bilik untuk malam ni?" soal Daehyun sambil anak matanya melihat Haewon memegang telefonnya.

"L-ssi.. Mana awak?" - Haewon.

"Tak apalah, susahkan awak ja nak kena naik ke tingkat 10 ni~ Awak pergilah dengan BAP members, nanti apa pula diaorang cakap kalau awak dengan saya." mata Haewon tidak lekang melihat skrin telefon. Menanti balasan L.

Mana dia ni..

"Okaylah kalau awak cakap macam tu" suram wajah Daehyun. "Alah, janganlah macam ni.Awak ada geng awak..Jangan tinggalkan tau demi saya." pujuk Haewon dan matanya kembali melihat skrin telefonnya.

"Kedai serbaneka bawah hotel. Kenapa?"- L

"Baiklah S-" telefon Daehyun berbunyi. Dia bangun dan bergerak ke balkoni. Haewon malas mengambil tahu dengan siapa Daehyun berbual, lalu dia membalas mesej L.

"Belikan saya coca cola satu!" - Haewon.

"Ish, tak baiklah minum air berkarbonat!" - L

"Macam makciklah awak ni. Belikan saya air mineral. -_-" - Haewon.

"Dalam bilik tu ada. Buat apa nak beli?" - L 

"Aieee, bencinya! Belikan saya coklat. No excuses!" - Haewon.

"Got it , Your Highness!" - L

"Aieee, die." - Haewon."

Haewon menghempas telefonnya di atas katil. Geram betul dengan perangai L. Daehyun masih berbual. sepertinya serious.

Hummm..

"Hae, saya balik dulu okay? Mianhae, but jumpa malam ni. Nanti saya jumpa awak di lobi nya. Take care" Daehyun cepat-cepat berlari ke biliknya. Haewon mengangkat bahunya. Lalu dia berbaring atas katil. Di lihat mesej daripada L.

Eh, dia balas.

"Die ? Okay. I'm dead now~" - L

"Dia ni kan. Cepatlah naik! Boring ni" - Haewon.

Haewon tersenyum dengan balasan L. 

"Eh? Bukan Daehyun ada ka? Sembanglah dengan dia.. Saya tak nak ganggu" - L

Myungsoo membalasnya dengan hati yang masih geram! Benci betul bila teringatkan kejadian tadi..

"Dia dah balik.. Huu, kalau dia ada tak bosan lah.." - Haewon. 

Haewon sengaja balas sebegitu untuk mengelakkan L menganggap dia asyik ingatkan L.

Ish,apa kena dengan aku ni? Tiba-tiba rasa something je dengan si L ni, Aish!

Myungsoo mengetap bibirnya melihat balasan Haewon.

Haish! Dia ni tak pernah nak senangkan hati aku..

Myungsoo mencapai coklat , air coca cola dan mineral untuk Haewon.Kemudian kakinya melangkah naik ke bilik.

"Nah." L melempar plastik beg berisi pekara yang dipinta Haewon. "Ouch!" Namun terkena kepala Haewon. Mahu sahaja Myungsoo mendapatkan Haewon sekarang seperti tadi, namun langkahnya terhenti..

Nanti dia ketawakan aku.

"Ah, sakitnya.." Haewon memegang kepalanya dan tunduk. Myungsoo masih buat tidak tahu.

"Ah darahhh!!!!" jeritan Haewon membuatkan Myungsoo mendapatkan dia. "Darah? Mana? Mian!!" Myungsoo membelek kepala Haewon. Tiba-tiba ketawa Haewon meletus. "Dia ni kan!!" lengan Haewon dicubit. Haewon cuba mengelak namun ketawa masih tidak henti. 

"Sudahlah.Penatlah macam ni." Myungsoo berhenti berbuat demikan. Dia kembali duduk di sofa. "Mian." tutur Haewon sambil bangun mendapatkan Myungsoo. "Its okay." Myungsoo meletakkan kakinya di atas sofa bagi mengelakkan Haewon duduk. 

"Yah tepi." Haewon menarik-narik kaki Myungsoo. Myungsoo buat tidak tahu. "L!" Haewon memeluk tubuhnya menanti Myungsoo mengangkat kaki. "Katil ada. Duduklah. Ni tempat saya." balas Myungsoo sambil pejamkan matanya. 

"Hish!" Haewon kembali ke katil. Dia terus baring dan pejamkan matanya. 

Akhirnya senja tiba. Myungsoo bangun daripada lenanya. Diurut lehernya yang sengal kerana posisi tidur tidak sesuai. "Aigoo..Sakitnya" dia berjalan ke katil untuk melihat Haewon. "Kuat tidur betul dia ni." matanya memerhati setiap inci wajah Haewon.

Daripada dahi  ke mata.. ke hidung dan ke... bibir . Tiba-tiba dia teringat kejadian di shopping complex. Dia terasa begitu kejam kerana berbuat demikian ke atas gadis itu. "Mianhae Haewon. I miss you." Myungsoo berjalan ke bilik air dan bersiap untuk BBQ. 

Haewon terjaga apabila mendengar bunyi paip air dibuka. "Pukul berapa ni?" dia mencapai telefonnya. "Oh no! 6.30!!" Haewon terus bangun daripada katil dan berlari ke bilik air. Aissh!! "L! Cepatlah sikit!!" Haewon mengetuk pintu berkali. "Iyalah..Wait!" 

Setelah 5 minit berlalu, baru Myungsoo siap mandi. "Yah! Pakailah baju kat luar. Lambat dah ni~" jerit Haewon dari luar. "Ish, gila ke?" balas Myungsoo sambil mencapai bajunya dan disarungkan ke badannya. "Dah masuk." Myungsoo keluar dan Haewon cepat-cepat masuk.

Hmm, wanginya L! ,

Sempat hatinya berbisik tatkala mereka berselisih.

Myungsoo membuka hoodienya. "Aigoo.Rimasnya nak kena sentiasa pakai benda ni." cepat-cepat dia mengeringkan rambut dan badannya. Selepas mandi, dia tidak sempat memakai baju dan terus memakai hoodie. 

"L-" Haewon menutup kembali pintu bilik air apabila melihat L dalam keadaan tidak berbaju. Myungsoo cepat-cepat menyarungkan kembali hoodienya dan berpaling.

Mujur dia tidak lihat muka aku! 

"Kenapa?" soal Myungsoo dari luar. "Err tak apalah." Haewon terus mandi. "Hmm Okay." Myungsoo cepat-cepat memakai bajunya dan menyarungkan jaketnya. Disikat rambutnya rapi dan dipakaikan topi. Lalu dia duduk di balkoni. Kelihatan ramai staff sudah turun mengeliling pantai.

Perlukan aku lakukannya malam ni? 

Ingatannya terhadap peristiwa dimana membuatkan Ommanya terlantar di hospital sekarang berlayar difikirannya.

Hyosin, kau memang tak guna!, kutuk Myungsoo dalam hatinya.

Perasan sedih marah kecewa bercampur dalam satu. Tanpa dia sedar Haewon sudah berdiri dieseblahnya melihat tindak tanduknya. Sekejap mengeluh.. Sekejap menahan sedu. Haewon melihat tangan Myungsoo yang makin merah akibat mengenggam kuat besi balkoni itu. Matanya tertutup rapat. 

Haewon menyentuh tangan Myungsoo. Menyebabkan lamunannya terhenti. "Haewon." Myungsoo berpaling.Haewon tersenyum manis. "Jom!" Haewon berjalan ke pintu sambil tangannya masih memegang tangan Myungsoo. "Kalau awak nak bercerita, saya siap dengar!" Haewon menayangkan sebaris giginya. Apabila mereka hampir tiba di lobi "Hwaiting L-ssi!" ujar Haewon sambil mendekati Hyeejoo. Myungsoo tersenyum lalu berjalan ke arah yang sama.

"Yah Unnie! Sampai hati buat Haewon macam ni! Bencinya dekat Unnie! Nak mengadu dekat President lah macam ni!" Haewon mencebik. Namun anak matanya memerhatikan Myungsoo. Jelas kelihatan lelaki itu sedang rungsing dan sedih. 

"Ey, kamu suka apa tinggal dengan lelaki charming macam tu. Amacam? Pernah tengak tak wajah dia?" soal Hyeejoo dengan muka penuh ingin tahu. "Tak~ Dia tu sorok muka macam penjenayah!" Haewon meregus. "Hahaha. Mesti handsome kan dia tu! Tengak gaya pun tahu.Lihatlah, kamera dia sentiasa dengan tuan. Untungnya jadi kamera dia.. Hee!" Hyeejoo mengulas. 

"Yeke? Lagi untunglah kalau jadi girlfriend dia.Hahah! Dapat tengak muka misteri dia tu." Hyeejoo dan Haewon ketawa. Ketawa mereka mendapat perhatian Myungsoo yang dikerumuni model-model lain.

Aish, meluat aku nak layan mereka ni!

Namun apakan daya dia, mereka asyik mengikuti dia. Haewon pula berjalan dengan Hyeejoo. Aiiee! Omelannya terhenti apabila Daehyun mendekati Haewon.

"Hae, jom?" Daehyun memegang tangan Haewon. "Ah Unnie, jumpa di pantai okay." Hyeejoo tunduk dan Daehyun berjalan bersama Haewon. Myungsoo perhatikan mereka berdua. Ditinggalkan model-model yang melekat padanya dan berlalu ke Hyeejoo. "Noona. Jom gi pantai juga." ajak Myungsoo. "Oh okay." mereka berdua berjalan belakang Daehyun dan Haewon. Agak jauh. 

"Hey, jealous ke?" soal Hyeejoo apabila Myungsoo tidak berhenti merenung Daehyun dan Haewon. Bagaikan mahu tembus badan mereka berdua ditenungnya. Myungsoo berdehem , "Er, tak adalah." dia mengaru belakang rambutnya yang tidak gatal. 

"Aigoo.." Hyeejoo menolak Myungsoo ke depan. "Go! Fighting!" Hyeejoo ketawa melihat Myungsoo terpinga-pinga. Myungsoo berjalan sendirian untuk tiba di tempat dimana semua orang berkumpul. Kelihatan Haewon bergaul mesra dengan member BAP yang lain. Dia terasa bagaikan orang asing disitu. Yelah, sejak dia masuk TS, Haewon dan Hyeejoolah yang dia kenal. Hmm. Kerana terlalu memberikan tumpuan kepada Haewon, dia lupa untuk bergaul dan berkawan dengan yang lain.. Myungsoo berjalan ke tempat grill makanan. 

Walaupun tidak dipinta, Myungsoo membantu staff menyediakan makanan buat mereka semua. Sesekali matanya memerhatikan Haewon yang masih dengan BAP. Dia mengeluh. Tiba-tiba ada seorang menegurnya, "Awak, photographer baru kan?" soal seorang perempuan. Myungsoo mengangguk. "Oh, Saya pun photographer." sambungnya lagi. "Annyeong sunbae-nim" tegur Myungsoo sopan. "Tak perlu formallah. Panggil Noona pun boleh. Saya, Jenny Park." dia menghulurkan tangannya. 

Myungsoo teragak-agak menyambutnya, namun melihat kesungguhan wanita itu, dia menyambutnya. "Saya L.KIM" sahut Myungsoo. Namun, tatkala tangan mereka bertaut, Haewon terpandang ke arah mereka. Myungsoo tidak mengetahui itu. "Jom jalan tepi pantai nak? Boleh berkongsi pengalaman." ajak Jenny. "Err..Tapi ni-" Myungsoo menunjukkan makanan yang sedang disediakannya. 

"Biarlah staff lain siapkan. Jom?" Jenny tersenyum. Myungsoo mengambil beg kameranya dan berjalan di sebelah Jenny. "Err, Noona dah lama dalam bidang ni?" Myungsoo gugup memulakan bicaranya. "Erm, Almost 5 years. Lama or baru?" soal Jenny kembali. "Err agak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Myungjiyounglo
finally this fic end T___T miss ya all

Comments

You must be logged in to comment
ZirAmirah
#1
Chapter 7: jkjk XD kwan aku yg suruh..cite ni best gilaaa!
ZirAmirah
#2
Chapter 7: no i dont like it .. boleh xjgn mention nama aku dh ?
ZirAmirah
#3
Chapter 4: fun bila baca cerita ni..kesian dkat haewon sbb asyik kna buli
Sharissa #4
Can i pengsan somewhere? Im so very excited nak baca ni
tasha_1102 #5
Chapter 4: Just read till here but I'm already loving it!
Just_meand_you #6
Chapter 62: Best story ever. Daebak~
Just_meand_you #7
Chapter 21: Chapter 20: sedih gila! Meleleh air mate
Kwon_Dongho #8
Chapter 4: Again // inoccent face // yes Im here and now i know my name at there hmmm
your story good and keep going
Yan_Yeol #9
Chapter 4: Biase jew..Sbb Saye Bru Bace Chap 4.. :)