Confess

You Are My First !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Pada keesokan harinya,haewon seperti biasa keluar dari rumah setelah mencium pipi oppa Howonnya.'Eh,bukan itu...Myungsoo ke?Aishh,,selalu betul dia tunggu dekat situ!' Haewon merungut apabila ternampak kelibat Myungsoo di lorong rumahnya.Dia tahu,pasti Myungsoo menunggunya.

"Myungsoo!Apa yang awak buat kat sini?"Tanya Haewon selepas dia mencuit bahu Myungsoo.

"saya tunggu awak lah!Nak buat apa lagi?Aishhh,dia ni" Jawab Myungsoo dengan selamba lalu tergelak kecil.

"Buat apa awak tunggu saya?Kenapa tak tunggu di sekolah saja?"Tanya Haewon kembali.Dia agak tidak selesa apabila seseorang menunggu di tempat yang sebegini lebih-lebih lagi,Myungsoo.

"Saya cuma hendak pastikan buah hati saya ni selamat tahu!Dah jomlah kita ke sekolah,nanti lambat pula" Kata Myungsoo lalu memimpin tangan Haewon.

"Siapa buah hati awak huh?!" Kata Haewon dengan muka yang merah.Dia berasa sangat malu apabila Myungsoo berkata begitu.Dia juga melepaskan pimpinan Myungsoo.Dia pasti yang Hyosin akan memberitahu semua orang yang Myungsoo mengaku bahawa dirinya adalah teman wanitanya.

"Awaklah!Hehe!Tengok muka awak yang merah tu,comel tau!"Kata Myungsoo sekali lagi menyebabkan haewon bertambah kemerahan dimukanya.

"Ada-ada sahaja awak nilah!"Jawab Haewon sambil tersenyum.

"Errrr..Myungsoo,awak..tidak takut diejek oleh murid-murid di sekolah ke?Kan..awak berkawan dengan saya?Kan awak berkawan dengan budak-budak terkenal di sekolah tu?" Kata Haewon dengan rasa bersalah.Sudah lama dia ingin menanyakan soalan ini kepada Myungsoo.

"Takut?Nak takutkan apanya?Saya tidak kisah dengan semua kutukan tu,selagi saya ada awak"Kata Myungsoo sambil melemparkan senyuman yang manis.kata-katanya memang membuat Haewon terkedu.Tapi dalam masa yang sama,dia berasa amat terharu.

"Tapi..tapi,,nanti air muka awak jauh macam mana?!" Jawab Haewon semula.Dia cuma tidak mahu Myungsoo yang dia sukai dikutuk-kutuk,dia cuma sanggup dirinya dikutuk kerana dia sudah biasa.

"Saya kata,saya tidak kisah kan,and selagi saya ada awak,saya tidak akan pernah keseorangan,faham" Kata Myungsoo smabil mengeluarkan setiap perkataan dengan perlahan-lahan.

"Baiklah kalau begitu.." jawab haewon.Masih ada pelbagai soalan yang ada dalam fikirannya.Tentang semalam,mengapa ibu bapa Myungsoo tidak mengenalinya?Itu yang dia fikirkan.Dia berharap agar ibu bapa Myungsoo dapat menerima walaupun latar belakangnya adalah seorang anak pembunuh.

--DI SEKOLAH--

Haewon dan Myungsoo berjalan bersama-sama.Haewon hanya menunduk.'kenapalah Myungsoo ni degil sangat?' Haewon berfikir sebegitu kerana terdapat segelintir pelajar yang mengutuk mereka berdua.Tiba-tiba ketua BAP bersuara.BAP ialah musuh kepada INFINITE.Myungsoo pula merupakan ahli baru dalam Infinite kerana Myungsoo sangat rapat dengan Seongyeol.Dia lah yang memperkenalkan Infinite kepada Myungsoo.

"Hey Myungsoo! Nampaknya air muka kau tu akan jatuh tak lama lagi! Kau berkawan dengan perempuan ni?Tidak sangka betullah!" Jerit Yongguk menyebabkan ramai pelajar memberi perhatian kepada mereka.

"Apa yang salahnya aku berkawan dengan dia?Dia manusia macam kita semua juga!Mengapa korang semua perlu menjauhi dia?Dia anak pembunuh ke apa ke,yang membunuh atau berbuat jahat itu ibu bapa dia!Apa kena mengena dengan dia???!!" Jerit myungsoo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Myungjiyounglo
finally this fic end T___T miss ya all

Comments

You must be logged in to comment
ZirAmirah
#1
Chapter 7: jkjk XD kwan aku yg suruh..cite ni best gilaaa!
ZirAmirah
#2
Chapter 7: no i dont like it .. boleh xjgn mention nama aku dh ?
ZirAmirah
#3
Chapter 4: fun bila baca cerita ni..kesian dkat haewon sbb asyik kna buli
Sharissa #4
Can i pengsan somewhere? Im so very excited nak baca ni
tasha_1102 #5
Chapter 4: Just read till here but I'm already loving it!
Just_meand_you #6
Chapter 62: Best story ever. Daebak~
Just_meand_you #7
Chapter 21: Chapter 20: sedih gila! Meleleh air mate
Kwon_Dongho #8
Chapter 4: Again // inoccent face // yes Im here and now i know my name at there hmmm
your story good and keep going
Yan_Yeol #9
Chapter 4: Biase jew..Sbb Saye Bru Bace Chap 4.. :)