Its me

You Are My First !
Please Subscribe to read the full chapter

     

 

-Sekolah tamat-

"Mianhae Haewon-ah..Dae tak dapat teman Haewon balik hari ini..ada perjumpaan BAP..Haewon nak balik dulu ke nak tunggu Dae" - Daehyun..

      Di sekolah jika Daehyun ingin bercakap dengan Haewon,mereka berbalas mesej sahaja..Demi menjaga reputasi Daehyun..

"Emm..Gwenchana! Haewon balik dulu ye! Haewon ingat sikit-sikit jalan rumah appa..Minta-minta tak sesat..hehe-Haewon.

      Ketika mendapat mesej dari Daehyun,Haewon sudah berjalan ke tempat di mana dia harus menunggu Daehyun..Patutlah tak nampak dia lepas sekolah habis..

"Tak sesatlah! senang je..Kalau takut sesat tunggulah Dae ^_~ " - Daehyun.

"Ada-ada ja lah Dae ni! Anyeong" - Haewon.

      Tiba di pagar sekolah,Haewon melihat Myungsoo berdiri disitu seperti menunggu seseorang.. 'Dia tunggu siapa?' fikir Haewon.. 'Lantaklah!' Haewon mempercepatkan langkah apabila melintasi Myungsoo..Hatinya masih sakit..

      Tetapi Myungsoo lebih pantas daripada Haewon..Myungsoo menarik tangan Haewon. Haewon terdorong ke arah Myungsoo kerana tarikkan terlalu kuat menyebabkan Haewon terlanggar dada Myungsoo.. Haewon tersentak.Myungsoo tersenyum lalu memeluk lebih kuat Haewon.. Biarlah Haewon marah kerana berbuat begini..Tetapi dia rindukan Haewon..

      Walaupun pelukan ini pelukan terpaksa,Myungsoo rasa bahagia..Haewon tidak memberi respon.Dia berdiri kaku.Myungsoo menepikan egonya pada tika itu kerana rindunya pada Haewon semakin membuak-buak..Haewon bagaikan tersedar dari mimpi,dia terus menolak Myungsoo dengan kuat dan berlari pergi.. Air matanya menitis.. Dia rindukan Myungsoo tetapi kenapa Myungsoo harus menipunya?

      Myungsoo terus berdiri disitu..Mata-mata memandang perbuatan dia terhadap Haewon dan perbuatan Haewon terhadap dia..Sebab kedua mengapa Myungsoo memeluk Haewon,dia mahu membuang rasa cemburu,marah melihat Haewon dan Daehyun..Tadi Haewon tersenyum lebar sambil menaip sesuatu..Cemburu dia melihat ada orang boleh membuatkan Haewon tersenyum begitu..

      Sejak buka sekolah juga,pelajar lain sudah tidak menganggu Haewon.Biarlah mereka tidak menegur Haewon janji Haewon tidak dibuli..Begitu juga BAP dan Hyosin dan geng dia.Myungsoo bersyukur setidak-tidaknya Haewon tidak akan terluka fizikalnya.

      Sambil berjalan air mata Haewon menitis setitik demi setitik.. “Haewon,awak ke tu?” soal seorang perempuan.Haewon cukup kenal dengan suara itu..Mrs.Kim? cepat-cepat Haewon lap air matanya.. “Ah.Nae Mrs.Kim” Haewon tunduk hormat.. “Awak nangis ke?” soal Mrs.Kim prihatin..

      Untung Myungsoo ada ibu bapa yang prihatin,sempat Haewon memuji dalam hatinya. “eh,tak adalah..Tadi ada kereta laju sangat..Habuk masuk banyak! Hehe” tipu Haewon.. “Oh yeke! Sini aunty lihat” Mrs.Kim mendekatkan dirinya dengan Haewon..Dihembus sedikit mata Haewon..Haewon tersentuh melihat Mrs.Kim..

      Akhirnya air matanya menitis kembali.. “Kenapa ni!! Sakit lagi terok eh?” cemas Mrs.Kim dibuatnya.. “Tak lah..” Haewon menguntumkan senyuman yang manis..Kali ini dia menangis kerana rindukan kasih sayang daripada ibu..Dia tidak pernah mendapat belaian daripada seorang wanita dipanggil ibu..

      “Habis kenapa?” soal Mrs.Kim sambil menatap wajah polos Haewon.. Manis sungguh Haewon,puji Mrs.Kim.. “Saya rindukan omma..” makin lebat air matanya menitis.. Mrs.Kim juga tersentuh apabila mendengarnya.. Lalu dia terus memeluk Haewon..Dibiarkan Haewon menangis dalam pelukkannya.. “Syuhh..jangan nangis..Dah..dah” pujuk Mrs.Kim.. Haewon melepaskan pelukan Mrs.Kim..

      Terasa dia tidak layak dipeluk oleh orang sebaik Mrs.Kim.. “Gomawo Mrs.Kim..Saya minta diri dulu eh?” dengan sopan Haewon berlalu..Mrs.Kim meneruskan perjalanannya ke kedai berdekatan..Mrs.Kim suka berjalan daripada naik kereta untuk ke kedai berdekatan..

      “Anyyeong” sapa Mrs.Kim sebaik sahaja memasukki kedai. Semua disitu tersenyum melihat keramahan Mrs.Kim..

      “Awak tahu tak..Bapa Haewon dah kena tangkap polis!!” Mrs.Kim terdengar orang bercakap disebalik rak. ‘Haewon? Lee Haewon yang sama kah?’ tertanya-tanya Mrs.Kim..

      “Baguslah!! Pembunuh tu dah kena tangkap.HAHA” suara yang lain pula..’Pembunuh’ hatinya tidak keruan lalu berjalan ke arah wanita yang sebaya dengannya..

      “Tumpang tanya,Haewon mana yang awak sedang cakap?” soal Mrs.Kim sopan.

      “Ah!Mrs.Kim..Haewon anak si pembunuh tu.Lee Haewon..Dia tinggal dekat-dekat sini je..Tapi rumah setinggan.Ramai orang sini tidak benarkan anak-anak mereka berkawan dengan Haewon.Takut nanti si Haewon tu menjadi seperti mak dia.Mak dia pula seorang pelacur.Bapa pembunuh mak pelacur..Dunia-dunia..Saya sendiri tak bagi anak saya berkawan dengan Haewon..Dia sekolah di Woolim High.” Panjang lebar wanita itu bercerita.

      “Oh..Boleh awak cerita lagi?” Mrs.Kim terasa darahnya membuak-buak.Haewon anak pembunuh! Dan anaknya,KIM MYUNGSOO berkawan rapat dengan ANAK PEMBUNUH! Mukanya memerah..

      “Dia ada abang,namanya Lee Howon..Kerja di Infinity Cafe.Macam mana boleh kerja pun saya tidak tahu..Tak sangka saya ada orang nak ambil anak pembunuh dan pelacur sebagai pekerja..hehe” meletus ketawa wanita itu..

      Lee Howon? Pekerja di cafe dia! Ah!!! kenapa Keluarga tidak bermaruah ini perlu wujud dalam keluarga KIM? Pasti mereka merancang sesuatu..Aku harus lakukan sesuatu untuk memisahkan Myungsoo dan Haewon..Serta membuang Howon.Aku harus hapuskan mereka dari kehidupan keluarga KIM sebelum maruah keluarga ini tercemar..

      Niatnya untuk membeli di kedai itu terbantut..Terus dia pulang ke rumah dengan hati panas. Terlupa Mrs.Kim akan tangis Haewon tadi..Kini dirinya diselebungi perasaa benci dan marah.

      Myungsoo tidak terus pulang ke rumah..Hubungan dia dan Haewon harus dipulihkan hari ini juga. Dia terus ke rumah Woohyun hyung..

      “Hyung!! Hyung!!!” jerit Myungsoo mengejar Woohyun yang berjalan pulang ke rumah..

      “Myungsoo.Ada apa?” Woohyun melihat Myungsoo yang tercungap-cungap..

      “Hyung,tolonglah cepat.” Setelah nafasnya teratur Myungsoo meluahkan niatnya..

      “Hmm..Malam ni kita buat. Kamu nak jumpa dia dimana?” soal Woohyun.

      “Taman Seoul..” ringkas jawapan Myungsoo..Tempat dimana Haewon menerima dia.

      “Okay! Malam nanti kita buat plan eh? Datang rumah hyung.” arah Woohyun..

      “Ah! Okay,Nak pergi amik angin jap!” Woohyun hanya mengelengkan kepalanya melihat Myungsoo yang tidak keruan..

--Haewon POV--

      “Ringg..Ringg” telefon  Haewon berbunyi ketika dia sedang membuat kerja sekolah..Di rumah ini dia keseorangan kerana Cikgu Jung masih di sekolah,Daehyun meeting..Oppa kerja..

      Dibiarkan saja telefon itu berbunyi,kerana dia malas megangkatnya..Kali ke-5 telefon itu berbunyi,Haewon mengkuatkan dirinya untuk mengangkat.

      "Haewon,nanti saya balik kita jalan-jalan eh?" - Daehyun

      "Uh? Bila?" - Haewon

      "Saya dah otw balik ni! Lagi 5 minit nak sampai.." - Daehyun.

      "Okay.." - Haewon..

-End of Haewon POV-

       Haewon terus bersiap dan menunggu Daehyun di pagar..

      "Bahhh!!" Daehyun mengejutkan Haewon.

      "Howon oppa!!!!" jerit Haewon.Meletus ketawa Daehyun..

      "Tch.Adik manja" Daehyun menyindir Haewon.

      "Biarlah.Daehyun cemburu lah tu!" perli Haewon..

      "Tak ada masa!Tunggu sini,saya nak salin baju.." lalu Daehyun masuk ke rumah..

-Myungsoo POV-

      "Boringnya..Kalau ada Haewon kan syok!" omel Myungsoo ketika berjalan-jalan di sekitar tamannya..

      Tiba-tiba matanya terlihat susuk badan yang amat dikenalinya.. 

      "Haewon?" hatinya terdetik untuk mendekati rumah tersebut.. 

      "Buat apa dia buat disini?" lalu Myungsoo mengambil keputusan untuk memerhati Haewon..Jantungnya bagaikan nak berhenti mengepam darah apabila dia melihat Daehyun keluar dari rumah tersebut dan berjalan dengan Haewon..Terpancar senyuman Haewon apabila Daehyun bergurau..

      "Kenapa mereka begitu mesra? Tak mungkin mereka bercinta? Aku dan Haewon bukannya putus lagi?" persoalan demi persoalan muncul di fikiran Myungsoo..Dia mengambil keputusan untuk mengekori mereka berdua..

--End of Myungsoo POV--

      "Daehyun,kita nak pergi mana?" kekok Haewon melihat kemesraan Daehyun..Dia berasa begini juga apabila Myungsoo tiba-tiba berubah.. 

     "Adalah!" Daehyun bahagia,dengan appanya mengambil Haewon sebagai anak angkat,hubungan dia dan Haewon semakin rapat..Daehyun berharap agar Haewon menjadi miliknya..Tetapi perkara sebegitu tidak mungkin berlaku..Kerana dia begitu kejam terhadap Haewon..

     "Hmmm..Tapi kenapa saya rasa macam ada orang ekori kita?" Haewon terasa dirinya diperhatikan..Matanya melilau mencari susuk tubuh manusia yang sedang mengekorinya..Tetapi gagal..

      "Tak lah! Dae tak rasa apa pun" Daehyun turut berbuat seperti Haewon,memerhati sekeliling..

     "Perasaan ja kot!" lalu dia terus berjalan..

     Sehari suntuk Daehyun dan Haewon menghabiskan masa di bandar..Macam-macam benda yang tidak pernah dilakukan oleh Haewon seumur hidupnya berlaku hari ini..Haewon terasa masalah yang membebankan dirinya ini hilang tika dia bersama Daehyun..Tak mungkin cintanya pada Myungsoo sudah hilang? 

      Myungsoo juga sejak tadi mengekori mereka..Mujur dia mempunyai mask,cermin mata hitam dan topi untuk menutup identitinya.Jika diikutkan perasaaannya,mahu sahaja dia menumbuk Daehyun itu.Mesra terlebih dengan Haewon dia.. Tetapi dia menyabarkan dirinya kerana semua itu tidak akan mendatangkan hasil untuk kedua pihak,entah-entah Haewon makin benci kepadanya.

      Pada pukul 6 petang,Haewon dan Daehyun kembali ke rumah..Myungsoo terkejut melihat Haewon masuk ke rumah itu dan tidak keluar..Bermacam-macam kesimpulan yang disimpulkan oleh Myungsoo tika itu..Lalu dia terus ke rumah lama Haewon dan bertanya kepada jiran berdekatan..

     

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Myungjiyounglo
finally this fic end T___T miss ya all

Comments

You must be logged in to comment
ZirAmirah
#1
Chapter 7: jkjk XD kwan aku yg suruh..cite ni best gilaaa!
ZirAmirah
#2
Chapter 7: no i dont like it .. boleh xjgn mention nama aku dh ?
ZirAmirah
#3
Chapter 4: fun bila baca cerita ni..kesian dkat haewon sbb asyik kna buli
Sharissa #4
Can i pengsan somewhere? Im so very excited nak baca ni
tasha_1102 #5
Chapter 4: Just read till here but I'm already loving it!
Just_meand_you #6
Chapter 62: Best story ever. Daebak~
Just_meand_you #7
Chapter 21: Chapter 20: sedih gila! Meleleh air mate
Kwon_Dongho #8
Chapter 4: Again // inoccent face // yes Im here and now i know my name at there hmmm
your story good and keep going
Yan_Yeol #9
Chapter 4: Biase jew..Sbb Saye Bru Bace Chap 4.. :)