His Plan

You Are My First !
Please Subscribe to read the full chapter
 

Tergiang-giang ayat yang dikatakan Haewon sebentar tadi di kepala Myungsoo..

"Saya punya EX-boyfriend hantar surat."

"Dia tak cakap benda yang saya inginkan pun dalam surat tu..Dia kejam."

"Saya bodohkan? Jatuh cinta dengan lelaki kejam." 

Adakah dia tak sukakan surat yang aku hantar?,fikir Myungsoo..

Dia menghentak stereng kereta sebelum memandu pulang..Setibanya di rumah, dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.

"Haewon! Kenapa?" soalnya sambil melihat siling..

"Kenapa awak cakap saya kejam? Apa sebenarnya dah berlaku?" Myungsoo masih tidak mengetahui kebenaran bahawa suratnya yang sebenar telah bertukar hasil kerja Mrs. Kim.

Kenapa awak lain?

Kenapa awak buat saya terseksa macam ni?

Adakah awak sudah bercinta dengan Daehyun?

Adakah saya sudah kehilangan awak?

Kenapa awak tak tunggu saya? 

Daehyun lebih bermakna daripada saya? 

"Aish! Serabutnya!" Myungsoo membenamkan wajahnya pada bantal.. Akhirnya, dia terlena dengan tanda tanya yang tidak pernah lupu daripada pemikirannya.. Keesokkannya, dia terlewat bangun. Setelah selesai bersiap, dia bergegas ke apartment milik Haewon.. Dari jauh kelihatan Haewon berjalan bersama Daehyun.. Hatinya sekali lagi terasa dirobek-robek! 

"Eh Dae!" tegur Haewon. Ketika itu dia sedang memerhati sekeliling mencari kereta milik Myungsoo.. Tetapi pandangannya jatuh ke susuk tubuh yang amat dikenalinya.. "Hae!" jawab Daehyun sambil mendekati Haewon.. Dia sebenarnya baru sahaja pulang bersenam di gym yang terdapat di syarikat tersebut.. "Ada photoshoot ke?" soal Daehyun sebaik saja berdiri sebelah Haewon. Haewon mengangguk.. "Dah tu kenapa tak pergi lagi?" soalnya lagi. "Tunggu orang." mata Haewon meliar mencari susuk tubuh Myungsoo. 

"Siapa?" soal Daehyun. "L~" jawab Haewon ringkas sebelum menunjukkan ke suatu arah di mana kereta Myungsoo di letakkan. "Dia dah sampai! Okaylah, jumpa nantinya.. Apa-apa mesej saya.. Jaga diri!" Haewon terus meninggalkan Daehyun sambil mendekati kereta milik Myungsoo..

Aneh! Selalunya dia akan turun kereta, fikir Haewon.

Dia mengetuk cermin kereta apabila dapati pintu kereta terkunci.Myungsoo membuka kunci pintu tersebut, namun dia tidak melihat Haewon seperti yang di lakukannnya.. Hatinya sedang diulit rasa cemburu melihat kemesraan mereka. Keadaan di dalam kereta sunyi.. Hanya kedengaran lagu dimainkan di radio..

Tiba-tiba lagu BAP di pasang, Haewon menjadi teruja. Namun dengan selambanya Myungsoo menukar saluran. "Yah!" Haewon melatah. "Apa?" dingin suara Myungsoo.. Haewon terus senyap. "Tak ada apa" kedua-dua mereka kembali senyap. 

"Awak dengan dia ada apa-apa ka?" soal Myungsoo tiba-tiba.. Haewon yang terleka melihat kenderaan diluar berpaling, "Apa?" Myungsoo menarik nafas sebelum mengulang pertanyaanya.. "Awak dengan dia ada apa-apa ka?" soalnya lagi. "Dia? Siapa?" Haewon bingung. "Lelaki yang awak cakap tadi lah. Apa nama dia, Ha- Daehyun!" Myungsoo hampir tersasul! "Oh Daehyun! Dia emm.. Dia saudara angkat saya" jawab Haewon. "Oh." ringkas jawapan Myungsoo.. Tiba-tiba telefon milik Myungsoo berbunyi.. Myungsoo mencapai earphone dan menjawabnya.. 

"Annyeong Woohyun hyung." 

"Mwo?" 

"Jinja?" 

"Aish! Apa yang harus aku lakukan?"

"Yah Namu!" 

"Tengah memandu." 

"Dia? Ya, dia ada ni." 

"Entah, macam tak kenal je." 

"Huh? Rahsia?" 

"Yah Nam Woohyun!"

"Yah!" ,

Myungsoo terjerit di akhir talian. Haewon yang disebelahnya tergamam.

Nam Woohyun? Woohyun Oppa? T-tak mungkin diaorang kenal.

Haewon diam seribu bahasa. Myungsoo mengeluh.. Woohyun menelefonnya mengatakan Ommanya kritikal.. dan paling serabut, Ommanya mahu sangat berjumpa dengan Haewon! Dia bagaikan terlupa kehadiran Haewon disebelah.. Langsung dia tidak fikirkan apa yang bakal di fikiran Haewon tatkala dia menyebut nama Woohyun. 

"Kenapa?" suara Haewon menghentikan lamunan Myungsoo. Kebetulan mereka berada di traffic light. "Apa?" Myungsoo kebingungan pula. "Tak ada apa." Haewon kembali melihat ke tepi.

Bagaimana kalau sebenarnya L adalah Myungsoo? Terlalu banyak persamaan mereka berdua! Patutkah aku bertanya? , Haewon termenung.

"L", "Haewon" , mereka menyebutnya serentak. "Awak cakap dulu." cepat Haewon memintas. "Awaklah dulu." Myungsoo terasa semangatnya hilang. "Nantilah." Haewon membalas. "Saya pun nantilah." Myungsoo mengajuk Haewon. "Hish!"  Haewon membuka iPodnya.. Akhirnya mereka tiba di lokasi photoshoot pada hari itu.. 

Haewon duduk termenung tatkala semua staff berkemas. Hari ini tepat sebulan dia menjadi seorang model! Begitu juga sebulan dia mengenali L. Seorang lelaki yang sangat aneh! "Hey." tegur Hyeejoo unnie membuatkan lamunannya mati.. "Hey." lemah suaranya.. "Kenapa ni?" prihatin Hyeejoo bertanya.. Dia semakin menyayangi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Myungjiyounglo
finally this fic end T___T miss ya all

Comments

You must be logged in to comment
ZirAmirah
#1
Chapter 7: jkjk XD kwan aku yg suruh..cite ni best gilaaa!
ZirAmirah
#2
Chapter 7: no i dont like it .. boleh xjgn mention nama aku dh ?
ZirAmirah
#3
Chapter 4: fun bila baca cerita ni..kesian dkat haewon sbb asyik kna buli
Sharissa #4
Can i pengsan somewhere? Im so very excited nak baca ni
tasha_1102 #5
Chapter 4: Just read till here but I'm already loving it!
Just_meand_you #6
Chapter 62: Best story ever. Daebak~
Just_meand_you #7
Chapter 21: Chapter 20: sedih gila! Meleleh air mate
Kwon_Dongho #8
Chapter 4: Again // inoccent face // yes Im here and now i know my name at there hmmm
your story good and keep going
Yan_Yeol #9
Chapter 4: Biase jew..Sbb Saye Bru Bace Chap 4.. :)