Chapter 29

Till The End I Love You ( Malay Ver)

15 tahun kemudian.....

 

Daehwan berlari masuk ke dalam kondo mewahnya.  Dia bersemangat ingin memberitahu mamanya tentang keputusan peperiksaannya yang cemerlang lagi pada kali ini. Wajahnya kelihatan gembira sekali.

“ Mama!  Mama!  Tengok ni!  Daehwan dapat nombor satu dalam sekolah lagi!” teriak Daehwan dengan gembira.  Rina terus mengerling anaknya itu.

“ Kan aku dah cakap jangan tunjuk muka kau dekat aku!  Pergi pakai topeng mulut sana!  Aku benci tengok kau!  Kau dapat nombor kosong sekali pun aku tak kisah.  Kalaulah dengan kejayaan kau tu boleh buang sial yang kau bagi pada papa kau dulu aku tak kisah.  Sudah!  Pergi masuk bilik sana!” marah Rina. 

Daehwan  terus menundukkan wajahnya. Ya.  Inilah nasibnya sejak kecil lagi.  Dia dibenci oleh mamanya sendiri.  Daehwan juga tidak tahu mengapa.  Tetapi Daehwan tidak patah semangat.  Setiap hari walaupun  dia dicaci dan dimaki oleh mamanya Daehwan terus mencuba untuk berbaik dengan mamnya.  Kata nenek, mamanya jadi begitu sejak kematian papanya.  Daehwan menggelangkan kepalanya.  Dia memberanikan diri mendekati mamanya yang sedang memasak itu.  Dia menyerahkan buku laporan tahunannya kepada Rina.  Rina mengambil buku itu lalu melemparnya ke wajah Daehwan.  Daehwan terkesima.

“ Aku dah kata aku tak nak tengok pun buku ni!  Kau pergi berambus masuk bilik sekarang!” tengking Rina.  Daehwan mengutip buku laporan tahunannya itu.

“ Mama, benci sangat ke mama dengan Daehwan mama?  Benci sangat ke?” Daehwan memberanikan diri untuk bersuara.

“ Memang.  Memang aku benci.” jawab Rina selamba.  Daehwan mengangguk laju.

“ Baik. Kalau mama benci sangat nak tengok muka Daehwan ni, baiklah.  Daehwan akur.  Daehwan akan pergi dari hidup mama.  Ini yang mama nakkan? Daehwan cuma nak cakap satu je kat mama. Walau macam mana benci pun mama pada Daehwan..mama kena ingat yang Daehwan sentiasa sayangkan mama...dan papa. Selamat tinggal mama.” Daehwan terus keluar dari kondo itu.  Dia berlari sambil menangis.  Dia sedih kerana terpaksa meninggalkan mamanya yang amat dia sayang. 

Daehwan terus berlari tanpa henti.  Dia tahu mana arah tujuannya.  Dia berlari sehingga ke rumah neneknya iaitu Puan Saeri.  Daehwan menekan loceng rumah banglo yang tersegam indah itu.  Pintu rumah itu dikuak dari dalam lalu Daehwan terus mendakap tubuh itu lalu menangis.  Puan Saeri terkesima.

“ Hey, Daehwan sayang.  Kenapa ni?  Huh?  Mama marah lagi ke?” tanya Puan Saeri kepada cucunya itu.

“ Mama tak sayang Daehwan.  Mama benci Daehwan.  Apa dosa Daehwan nek? Daehwan sayang mama.” luah Daehwan teresak – esak.  Puan Saeri  mengusap lembut belakang cucunya itu. Puan Saeri melepaskan pelukan itu lalu dia memandang wajah cucunya yang persis wajah Daehyun itu. 

“ Daehwan..dengar cakap nenek sayang.  Nenek hantar Daehwan balik ya?  Daehwan rehat je dalam bilik.” Puan Saeri cuba memujuk puteranya itu.  Daehwan menggelengkan kepalanya.

“ Daehwan tak nak balik.  Daehwan takut.  Daehwan tak nak balik nenek.  Daehwan nak duduk dengan nenek.  Nenek je yang sayang Daehwan.” Daehwan merengek manja dengan neneknya.  Ya, sejak kecil lagi neneknyalah tempat Daehwan bermanja.  Puan Saeri melepaskan satu keluhan berat.

“ Okay. Okay.  Sekarang ni Daehwan pergi naik atas dan rehat ya sayang.  Nanti nenek panggil makan ya.  Go.” ujar Puan Saeri. 

Daehwan melangkah masuk ke biliknya yang telah pun disediakan khas oleh neneknya.  Dia menghenyak tubuhnya di atas katil.  Daehwan menutup matanya cuba untuk menghilangkan segala bebanan yang ada di kepalanya.  Dia kembali membuka matanya.  Daehwan menolak skrin telefon bimbitnya.  Gambar wallpaper di telefonnya selalu disalah erti. Semua rakan – rakannya menganggap itu adalah gambarnya tetapi sebenarnya tidak.  Itu adalah gambar Daehyun, papanya.  Dia tau wajahnya persis wajah bapanya.  Lama Daehwan merenung gambar itu sehinggalah dia terlena.

Puan Saeri mengetuk pintu bilik Daehwan untuk memanggilnya turun makan tetapi tiada respon dari cucunya itu.  Perlahan – lahan dia memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik tersebut.  Cucunya itu sudah pun lena.  Mungkin kerana keletihan.  Puan Saeri mendekati cucunya itu.  Dia menarik selimut menutupi tubuh Daehwan.  Lama dia memandang wajah cucunya.  Wajah Daehwan amat mengingatkannya akan Daehyun, puteranya yang telah pergi meninggalkannya lima belas tahun dahulu.  Tanpa dia sedari, mutiara jernihnya menitis membasahi pipi.  Sungguh.  Dia amat merindui puteranya itu.  Kini Daehwan adalah semangatnya.  Daehwan juga adalah pengubat rindunya.  Dahi Daehwan dikucup lembut. 

*Goodnight sweetheart. Sweet dreams.*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet